BAB 13 ....
aku terkejut menerima panggilan daripada emak mertuaku yang mahu melawat kami berdua suami isteri malam ini. gusar. risau. aku dan Zainal masih dingin. aku tak nak mereka tahu kecelaruan rumahtangga kami buat masa sekarang. akhirnya aku setuju setelah diasak banyak kali. banyak kali mama bertanya kenapa dan kenapa aku seperti mengelak daripada berjumpa dengan mereka sekeluarga sedangkan mertua aku juga. sudahnya aku mengaku kalah. mama memang benar. aku tak nak mama syak yang bukan-bukan pula. tak pasal-pasal pulak aku di'kena' oleh Zainal si pencurang.
"baiklah ma. okey.... nanti Fiya bagitau abang. walaikumussalam ma!"
klik!
aku renung I-phone 4 yang tersemat dalam genggaman tanganku. betul ke apa yang aku buat ni?
###########
aku mulai bersiap sedia menyambut kedatangan emak mertuaku petang nanti. Zainal tidak dapat pulang awal hari ini memandangkan banyak kerja yang perlu di review. itu katanya tapi hakikatnya aku tak tahu. mungkin ada agenda dengan perempuan perampas tu. ah! buat apa aku peningkan kepala dengan kecurangan laki aku dengan betina sorang tu. huh! buang masa!
aku sekadar mengenakan pakaian cukup ringkas. sepasang baju kemeja longgar berlengan panjang berwarna mrah hati dipadankan dengan seluar panjang berwarna hitam. tidak lupa juga tudung jenis sifon labuh membalut kepalaku. ala-ala fesyen hana tajim gitu. kenapa aku pilih baju longgar? alasannya aku tak nak sesiapapun yang perasan akan perutku yang sudah sedikit membukit. hehe..
setelah berpuas hati dengan baju yang tersarung ditubuhku, sekali lagi aku tarik senyuman dibalik cermin yang memantulkan seluruh imej tubuhku. cantik dan kemas! betul, aku tak tipu! Alhamdulillah...
aku terus keluar dari bilik untuk menyiapkan dua jug air jus buah. satu jag jus buah badam dan satu jag lagi mengandungi lemon juice. siap!
keluar dari ruangan dapur, aku mengorak langkah ke ruang tamu. sunyi. sepi. ruang tamu itu agak besar tapi langsung tidak menampakkan serinya. aku rasa aku sangat dikecewakan oleh lelaki yang bermulut manis. tak pernah menyangka begini suratan perkahwinan ini. tuhan, inikah takdir buatku? apakah tidak ada penyelesaian masalah ini? hamba buntu. tolonglah hamba...
aku tengok jam didinding, sudah menginjak pukul 7 petang. aku tengok sekali lagi keadaan susun letak atur perabot. kemas dan perfect!
sementara menunggu kehadiran emak mertuaku dan mungkin ada seorang dua diantara iparku yang akan datang bersama mama nanti, aku berdiri diatas anak tangga yang terakhir menuju ke tingkat dua. sekali sekala aku hantar pesanan kepada Zainal, tapi langsung tak dibalasnya. selepas mama memberitahu akan kedatangannya pagi tadi sekitar pukul 8 pagi, terus aku memberitahu Zainal akan hal itu. teruk aku dimarahinya kerana bersetuju tanpa bertanya kepadanya terlebih dahulu. malah dia menuduh aku yang sengaja mengajak mama supaya nampak rumah tangga kami yang bergolak hebat. aku benar-benar kecewa dengan sikapnya. dia yang bersalah namun diletakkan dipundak bahuku. entah bila masalah kami akan selesai ataukah tidak pernah selesai untuk ke akhir hayat. aku hembus nafas yang memberat dijiwa. kalau kau dah tak perlukan aku disini Zainal, buat apa kau simpan aku. buat apa kau datangi aku lewat malam yang sepi?
setitis airmata kuseka dengan jari runcing. aku tenung airmataku sendiri. apakah memang tak ada ruang bahagia buatku?
aku lurutkan tanganku kebawah pusat. terhenti gerakan tanganku tatkala hinggap di'bukit' kecil yang mulai membesar.
'anak mak...'
sayu. hatiku benar-benar rasa sayu. aku buang pandang ke tingkap gentian kaca yang terselak kecil. pandanganku berbalam lama disitu memantulkan semula peritiwa malam lepas. aku pasrah dengan ketentuan-Nya
aku terbangun dari pengsan. tak percaya, tubuhku sedang berada dalam pelukan kemas Zainal dalam satu selimut tebal. bajunya sudah bertukar.makin kuat hujan mencurah diluar. sesekali kilat dan guruh membelah awan. aku tolak tangan Zainal yang membelit dipinggang. Zainal terbangun. aku perasan dia terpinga-pinga seketika.
"lepaslah..." aku tolak lagi tangannya yang mahu menyentuh dahiku. pantas aku turun dari katil.
"sayang...nak kemana tu?"
tanpa menjawab soalannya, aku terus masuk kedalam bilik air. dalam bilik itu barulah aku perasan baju tidurku sudah bertukar. amarah yang tenggelam mulai muncul kembali. aku kunci pintu bilik air dan buka pili air lalu menangis sepuas-puasnya. ketukan dipintu tidakku endahkan.
"jangan pedulikan Fiya!! pergi!! pergi!!" esakanku makin menjadi-jadi.
"sayang.. buka pintu ni sayang..."
pujukan dan bujukan Zainal tidak mampu menawan rajukku. lama aku berkurung diri didalam biik air. apabila ketukan dipintu sudah tiada, aku segera menguak daun pintu tetapi malangnya Zainal terus menangkapku dan mencempung tubuhku naik ke atas katil.
"aaaah!! lepaskan Fiya!! lepaskan!!" aku meronta sekuat hati. Zainal tidak langsung mengendah. malah dihempasnya tubuhku diatas tilam. matanya begitu garang seperti ingin menerkamku.
"heii!!boleh tak kau diam?? memekik memekik malam-malam buta macam ni. aku nak tidurlah bodoh!! " dahiku ditujal-tujal dengan jari telunjuknya. terasa diriku ibarat sampah dimatanya. tak ubah sperti haiwan haram.
"sakitlah bang!" aku bawa kepalaku jauh kekiri mengelak ditujal dengan kasar.
"diamm!! aku sumbat mulut kau tu nanti!!" tempikan Zainal benar-benar menakutkanku dan inilah kali pertama aku ditempik sebegitu mati. tiada apalagi yang dapat kubandingkan perasaan disakiti sebegini. hinakah aku untuk menegur apa jua perbuatannya? dikala ego sebagai seorang isteri tidak semudah goyah mulai menampakkan keturutan hasutan jiwa. semua ketenteraman punah diambil syaitan durjana. mangkat suami tidaklah aku hormat. tertebuslah angin mantera sukma menyerap menyiram membaja amukan mahadewa amatur umbut rasa. sampai disatu tahap kewarasan manusia tercipta dibawa pergi bertukar ganti dengan seluas api gunung. jangan anggap aku kecil, aku dikira yang 'terkalahkan'. bila diri ini sudah menghilangkan tahap kesabarannya nantikanlah akibat durjana yang kau lakukan.
"abang memang tak guna!!"
akibat kelancangan mulut ini tubuhku ditindih dengan berat tubuhnya tapi dengan zero kemesraan.
"kau tarik balik apa kau cakap tadi!! tarik balik!! sekarang!!"
mataku matamu bersabung dalam amarah syaitan durjana.
ptuuihh!!
"jangan harap!! i will not do that!! stop from dreaminya!"
"kurang ajar!!"
sebelum sempat tangannya menamparku secepat itu aku meloloskan tubuh masuk kebawah tubuhnya. dengan seluruh kekuatanku, tangan yang berdosa ini menghadiahkan satu tumbukan sulung keperutnya. maafkan saya...
"aduh!"
dan kali ini adalah kesempatan terbaik untukku mlepaskan diri setelah kedua tangannya memegang denyut di perutnya. namun tuhan sangat memurkai isteri yang menderhakai suaminya. aku terima ini sebagai pembalasan. tubuhku kecilku sempat dipaut dan dihumban sesuka hati diatas lantai. mujur hentakan itu kukurangi dengan menggunakan sekudrat kekuatan yang berbaki diatas kelincahan dan paduan jemari yang terseret kelantai mengalas bahagian perut. ada satu aliran airmata yang panjang dan sangat panas mengalir dipipi. akulah wanita yang di....
tidak sudah dengan hentakan pada tubuhku, sekali lagi Zainal menyaukku dengan tangannya mengakibatkan tubuhku dibaluti seluruh tangannya dan menghumbanku tanpa sedikitpun perasaan perikemanusiaan. tubuh yang sudah 'bernyawa' ini terbuang ibarat daging buruk lalu terdampar diatas katil kelamin 'neraka'. Ya Allah, kau maha adil-seadilnya. Zainal menyakitiku lagi dengan segera mahu memuaskan nafsu jantannya.
"jangan bang... Fiya mohon sangat dekat abang... jangan buat Fiya sampai Fiya membenci abang..."
"kau milikku! aku tak akan lepaskanmu!"
"Fiya milik abang... jangan sakiti Fiya abang..."
"kau milikku, aku milikmu... aku mencintaimu..."
"Fiya milik abang..."
"ya, kau milikku, serahkan hakku kepadaku... aku berkuasa padamu.."
Zainal seperti tidak lagi dapat menahan bujukan syaitan laknatullah. bersama dengusan kencangnya, wajahku dijelajahi dengan kasar. seperti orang hilang akal, seperti aku mahu meningalkannya, begitulah kuatnya pelukan Zainal. rayuan, esakan, rintihan kelukaan tidak dapat membeli jiwa Zainal. aku tahu aku tidak mungkin dapat berbuat apa-apa lagi setelah kedua tanganku digenggam sekuatnya dan ditindih dengan lengannya. lenganku dikuak bersama kuakan lengannya. begitu juga dengan kakiku. ditindih dan dikepit dengan peha besarnya. terseka. sangat-sangat terseksa. aku meronta-ronta cuba melepaskan diri namun Zainal bagai sudah lupa diri. Zainal sudah tidak ingat aku ini isterinya yang wajib dibelainya. Zainal sudah lupa isyarat bisikan cinta asmara malam-malam kelam kami dikala hasrat hati meminta dilunasi. Zainal lupa.... Zainal lupa aku juga insan biasa yang merasai ertinya dikasari dan dilukai...
usai bibirku yang dicumbunya dilepaskan, apa yang tak tersuarakan akhirnya tersuara dikala airmata sudah menjadi peneman wajahku.
"maafkan Fiya bang... maafkan Fiya.. Fiya janji tak akan melawan abang lagi...Fiya janji..." apalah gunanya aku merayu setelah maruahku tidak dipandang hatta sedikitpun tidak dipedulikan.
"just shut up honey... i only make you cheer... jangan sesekali cabar kesabaran aku. ini amaran pertama buat kau!"
"jangan bang!! jangan!! ag....." selebihnya jeritanku bergema dalam mulutnya apabila hilang sudah rongga buatku bersuara. aku semakin teresak. tiada sudah airmata yang sudi mengalirkan diri. mereka kasihan melihat seorang wanita yang dijadikan sebagai pelepas nafsu suaminya semata tanpa kerelaan isterinya. akulah wanita malang itu! akulah wanita yang ....
terluka... sakitnya hanya tuhan yang tahu. Zainal... sampai hati abang buat saya macam ni...
terhiris... tergamaknya awak Zainal menyakiti saya tanpa sebarang salah saya...
tertusuk ngilu.... aku tidak pernah relakan kau menyentuhku sebegini kasar...
terkapai-kapai.... aku... kau perlukan dikala kau mahukanku, ya.. sudah terlaksana hajat jantanmu...
menangislah kau saffiya... keluarlah wahai airmataku agar menjadi peneman buatku.
pagi yang kelam itu, aku terbangun dalam sejuta kesayuan. tiada apa lagi yang kuingati selain Allah yang maha mengetahui. Dialah yang memiliki segala sesuatu dilangit dan dibumi...
tubuhku yang terbiar ibarat mayat hidup bersama pelukan 'mesra' suami kubalut dengan kain selimut. aku tolak perlahan tubuhnya yang jelas 'keletihan'. diri ini terlalu hina. dirogol oleh suamiku sendiri yang berjanji sehidup semati akan menjagaku. sangat mengaibkan. mujurlah lampu tidak terpasang. syukur masih kupanjatkan pada tuhan kerana masih sudi memelihara keadilan buatku biarpun tidak banyak. mungkin ini bayarn buat kesilapanku selama ini. dan Zainal... kepala ini tergeleng kecil. mungkin kerana terkedu apabila mengetahui bahawa janji lelaki adalah semuanya buaya. palsu. fakeyyy...
hampir meletus tawa sumbang ini Zainal. kau benar-benar melucukanku... tapi aku... kau tak tahu apa yang berada dalam hati kecil ini. aku telah gaulinya dengan garam berasid. buruk sudah hatiku Zainal.
kalau ini kesudahannya... kalau inilah fitrahnya,
baiklah.. baiklah kalau ini mahumu Zainal, akan kubawa diri ini pergi sejauh-jauhnya darimu agar kau dapat memandang wajahku lagi namun tahukah kau, aku tak berdaya melakukannya? kerana aku tahu dan aku sedar tugasku adalah sebagai seorang isteri yang wajib tidak pernah meninggalkan rumah ini tanpa seizinmu. lama aku pandang wajahmu Zainal. kau masih tidur. kau begitu 'kekenyangan'. apakah kau tidak terseka melihat aku yang disakitimu?
Ya Tuhan... aku tidak rela disakitinya. mengapa ini harus kulalui? apa salahku padaMu?
sob..sob..sob..
aku begitu taat dengan tanggungjawabku sebagai isterinya tapi kenapa Zainal tidak sepertiku Tuhan? dan kau pula Zainal, kenapa masih mahu memperlihatkan keperkuasaan dirimu sebagai seorang lelaki tatkala kudrat wanita sudah terang lagi tersuluh tidak berdaya melawan keperkasaan kaummu?
'kau memang kejam Zainal! kau memang kejam!'
sampai satu hari itu aku hanya mengenangkan nasibku. Zainal sudah lama melangkah keluar dri rumah. kemana? entah! aku tak larat memberitahumu... pergilah kemana saja yang kau mahu...
malam itu, aku bersendiri diruang tamu. bukan niat mahu menunggu suami tapi itulah tugasku, tanggujawabku.
bunyi enjin kereta akhirnya berngaum digaraj. aku biarkan dia masuk sendiri kedalam rumah kerana sedari awa lagi aku sudah membukakan pintu untuknya cuma Zainal tinggal perlu menguaknya dengan kudratnya. cukup mudah sebenarnya menjadi seorang suami. isteri yang sediakan untuk mereka. tapi kenapa Zainal masih berubah? apakah kekurangan yang sudah muncul dimatanya dalam pada memandangku? aku tak ada jawapan.. Zainal sahaja yang faham.
aku berpura-pura memejam mata sebaik ada tangan hangat yang menyentuh dahiku. bila terasa dahiku dikucup, mata ini berair tapi tidak menitis.
bauan haruman giorgio armani milik suami menyemerbak keseluruh ruangan. tiada ruang kosong yang tertinggal.
"Zainal sayang Fiya. cintakan Fiya. maafkan Zainal."
entah kenapa bisikannya benar-benar kedengaran ikhlas ditelingaku. lalu airmata yang tadi malu-malu memunculkan diri mereka kini tanpa segan silu memuntahkan lalu membanjiri pipi ini.
aku berpura-pura menyengetkan kepalaku disebelah menghadap sofa. aku tahu Zainal tidak perasan kerana lampu ruang tamu kupadam berganti dengan pelita zaman jepun. samar-samar benda dipandangan mata.
telinga ini menyaksikan lagi drama tangisan airmata seorang suami. teresak-esak dia menangis. hati ini lagi sakit Zainal...
aku dibawa dalam cempungannya naik keatas. wajahku tidak henti-henti dicumbui bibir kecilnya bersama linangan airmata yang menitik kepipiku.
lelaki sehebat seperkasa Zainal MENANGIS...
wanita selemah SAFFIYA semakin menangis. akhirnya aku biarkan tubuhku terhenjut-henjut mennagis. tiada apa lagi yang harus ku pura-purakan. semuanya sudah jelas Zainal masih menyintaiku. aku tahu Zainal tidak sengaja semalam. mungkin akulah sebenarnya yang tersalah menafsirnya...
malam itu merangkak pergi dalam rahasia yang tersendiri.....(mood gembira)
"I love you Fiya..."
"you too..."
malam yang ketiga selepas prtengkaran besar dulu, Zainal kembali berubah laku. entah bagaimana shasha boleh menjadi batu api. dari mana shasha datang aku tak tahu. yang aku tahu, shasha bisikkan sesuatu ditelinga Zainal dan selepas itu tawa mereka bergabung. kebetulan ada teman lelaki shasha yang namanya Jowel 'si Pondan' turut berada disana. tersenyum-senyum melihat telatah menyampah Zainal dan shasha. makin aku sakit ati melihat mereka duduk dalam satu sofa yang sama dan hampir-hampir bersentuhan. pakaian shasha pada malam itu cukup daring dengan gaun bertali halus berwarna merah hati dan hanya separas peha. aku perasan Zainal seringkali melirik kearahku yang selamba menonton Tv sambil memakan biskut kering. hujung mata ini mencuri-curi melihat aksi mereka yang meloyakan tekakku. memang sakit Zainal buat aku seperti ini tapi aku masih mampu bertahan. Zainal akan cuba kupertahankan menjadi milikku sehingga aku hilang asa. kaki shasha yang sengaja dilipatkan dan disilangkan didepan Zainal benar-benar menggugat kesabaranku. ikutkan hati, aku halau shasha dari rumah ini. ini rumah milik atas namaku bukan atas nama Zainal tapi atas dasar nama 'tetamu hormat Zainal' maka tidak kuturutkan rasa hati ini. sebelum shasha dan Jowel 'si pondan' berambus pergi, mereka ada berbisik sesama sendiri dan pandangan mata Zainal tertancap kemataku. tajam dan bening. sepulangnya kunjungan tidak diundang dalam pihakku, Zainal terus mencempung tubuhku naik kedalam bilik untuk memuaskan nafsunya. aku terkena... aku dipakai murahan.... aku pelacur suamiku.... sampainya hati abang....
seminggu selepas itu aku mula muntah-muntah. Zainal memarahiku apabila aku tidak tersengaja telah termuntah diatas bajunya selepas menyelaminya untuk ke tempat kerja.
"kau ingat bapak kau mampu beli baju mahal aku ni hah?? heii orang kampung, kau dengar sini, aku nak kau cuci baju aku ni sampai bersih. aku tak nak ada sikitpun tinggal bau mulut kau tu!!" aku hanya mampu teresak atas kesalahanku sendiri. tapi apakah perlu dia mengungkit asal-usulku. aku tak rela ibi bapaku dicampuradukkan dalam masalah kami.
Zainal membuka baju kemeja mewahnya yang kugosok dan kubasuh dengan kudrat tanganku lalu dicampakkan kewajahku. terpalit muntahku yang hamis kewajahku sendiri. bagai ibarat memulangkan semula hakku tapi dengan cara yang paling keji sekali. aku ambil baju kotornya dari mukaku dan kubawa ketangan. melihat ada banyak tompokan kuning disitu yang sama dengan apa yang ada diatas lantai, membuatkan hatiku sayu. Zainal tidak tahu mungkin ini adalah tanda-tanda aku mengandungkan anak kami. benihnya yang mulai subur dan membesar dalam rahimku.
"pergi cuci sekarang!!"
" hrmm.." telinga ini sudah lali diterjah semahunya. apalah sangat yang mampu dia buat. asyik memekik-memekik dan memekik 24 jam. tapi bila dengan kehadiran shasha tempoh hari, rumah ini jadi aman. jeritan hilaiannya berganti dengan kata-kata berbaur pujukan. sampai di satu tahap aku tahu aku sudah hilang asa. sabarku sudah mencecah tahapnya. sekali lagi Zainal mengaibkanku dan memperlekehkanku, tahulah dia balasan atas keceluparan mulut longkangnya yang basi!
"tak boleh ke bagi elok-elok? ingat aku ni apa.!" mulut ini merungut perlahan. waktu itu aku sudah agak jauh darinya. malah aku sudah hampir memasuki bilik mendobi yang terletak disebelah dapur.
"apa lagi yang awak membebel ni hah?" aku sekadar menggeleng kecil sebelum masuk kedalam bilik dobi.
"tunggu!!"
terhenti langkahan kakiku. daun pintu yang baru hendak ditutup terbuka luas seperti awal tadi. aku berpaling kearahnya yang mengatur langkah mendekatiku. apalagi masalah dia ni?
"apa yang kau tak puas hati sangat ni hah?" soalnya begitu lancang tanpa ada sedikitpun kawalan suara. aku yang ditanya pula terkedu.takkan merungut macam itupun boleh meng'amarah'kannya kut? pelik!
"aku tanya apa yang kau umpat aku tadi hah?"
luka dihati yang sedia ada makin membesar. 'aku' 'kau'. itulah panggilannya untuk kami sekarang. apa yang telah aku lakukan sampai Zainal berubah membenciku sebegini besar? kenapa dia tidak luahkan saja padakau agar aku lebih mengerti dan boleh mengubahnya. tapi aku dibenci atas sebab yang aku sendiri yang aku tak pasti. adilkah begitu?
"apa yang abang nak sebenarnya ni?" aku akan beranikan diri. TITIK. mulai dari sekarang aku cuba membencinya. FULLSTOP!
wajah Zainal memerah. telinga pipi dan pelipisnya yang keputihan memerah. marah sangat denganku ke? tapi atas apa salahku?
"kau ni dah tuli ke? berapa kali orang nak cakap, hah??"
"maaf.. tadi abang cakap kuat sangat sampai telinga Fiya ni dah jadi tuli... cakaplah apa yang abang nak cakap sangat tu!" diri ini ibarat meminta dipelempangkan. aku sudah bersedia untuk itu.
"jangan cuba naikkan darah aku Saffiya!! tak ada masa aku nak layan kerenah basi kau tu!" aku tersenyum dalam kelukaan. apa dah jadi kat laki aku....
"ok. biar Fiya terus terang kalau itu yang abang nak sangat.." aku buang baju kotornya keatas satu meja mendobi yang terletak didalam bilik dobi sebelum berpaling semula kearahna. kaki ini mendekati lelaki yang dulu pernah bertakhta dihati ini. mendekatkan lagi jarak yang sedia dekat. aku pandang silau matanya.
"abang tunggu sini kejap. Fiya nak keatas nak ambik baju baru abang,lepas tu baru Fiya cerita ok?"
"tak perlu!" penuh ketegasan suaranya. matanya mencerung membalas tatapan renunganku yang sorot meredup dan bila-bila saja akan ada hujan disitu. TIDAK! TIDAK UNTUK KALI INI!!
"kenapa abang buat Fiya begini bang? apa salah Fiya dekat abang? cuba beritahu Fiya bang..." itu sebenarnya persoalan semua permasalahan kami yang tiba-tiba sahaja meruncing. Zainal terdiam. mulutnya bergetar seakan mahu mengatakan sesuatu namun tidak ada satupun bunyi yang tercetus dari dua ulas bibir merahnya. nampaknya Zainal tak akan memberitahuku.
"oklah. Fiya tak akan paksa abang sekarang. Fiya nak ambik baju baru untuk abang kat atas, dan setibanya Fiya kembali disini, Fiya harap abang ada sediakan jawapan untuk itu..." aku mengautr langkah menuju ketingkat atas. tidak pulak dia menahan aku kali ini. aku tersenyum dalam hati. Zainal mungkin sedang tercengang keberanian aku kut! hahaha.
aku turun semula selepas mengambil baju kemejanya yang baru yang sudah siap bergosok didalam almari. memang begitu selalu, aku akan menggosok semua baju kemejanya sebelum menggantungkannya didalam almari pakaian kongsi milik kami berdua.
"nah..."
aku serahkan baju kemeja tersebut. biru warnanya dan cantik sekiranya dipakai oleh tubuh sasa itu. setiap inci kulit tubuh itu yang sudah kuratah dengan tanganku. shasha hanya mengutip sisaku. hahaha. shasha memang tak tahu malu mengutip sisa orang kampung sepertiku. tapi benarkah aku sanggup melepaskan lelaki ini untuk dijadikan jamuan malam shasha. sakit dan pedih terasa mencengkam mengingatkan hal-hal kemesraan mereka. mereka tidak sedar ada hati yang bercalar teruk akibat perbuatan tidak bermoral mereka.
"aku nak ingatkan malam ini aku akan ajak shasha ke rumah ini lagi. sediakan dua jag jus buah-buahan untuk tetamu aku. jowel akan ikut! kau faham tak??"
"tapi..."
"tak ada tapi-tapi, aku nak kau buat juga!! kalau tak habislah kau aku kerjakan!!" aku mula hot. Zainal yang sedang menyarungkan kemeja ketubuhnya hanya mampu mengarah sahaja. apakah aku hanya mengikuti telunjuknya kali ini? TIDAK!!
"okay.. Fiya akan ikut cakap abang tapi Fiya ada satu syarat..."
"apa?" terhenti tangannya dari membutangkan bajunya. matanya memandang tepat kemataku. liur ini kutelan kelat.
"Fiya nak abang bagitahu Fiya apa sebenarnya yang abang benci sangat dekat Fiya sedangkan Fiya sendiri tak tahu apa salah Fiya dekat abang..."
kami masih berdiri bertentangan. nampaknya Zainal menggelengkan kepalanya. hati semakin parah.
"apa maksud abang denga gelengan tu?"
dia masih lagi membalasnya dengan gelengan. aku sumpah lehernya tercabut!
"cakaplah bang. Fiya cuma nak tahu bang... Fiya terseksa hidup macam ni. Fiya rindukan abang yang dulu..." seraknya suaraku. mudah-mudahan Zainal faham erti serak basah itu. menandakan aku bakal mengalirkan airmata.
"cakaplah bang.." "
"diam!! diam!!!" terangkat bahuku ditengking begitu kuat dan dekat. meleleh airmataku diherdiknya. suamiku sendiri.
"dari tadi asyik nak pot pet pot pet aje. kau nak aku sumbat mulut busuk kau tu dengan penumbuk aku ni??" terkedu aku bagai tidak terkata apa-apa dah. peli jiwa ini bagai tidak mampu dibendungkan dah. dada yang tadi sedikit tenang kini kuat menendang dindingnya. hampir pecah rasanya.
"memang sahlah abang suami yang dayus kal.."
pang!!!
aku pegang pipiku yang terasa berbirat. terpusing wajahku dengan leher yang hampir terpelecok. pedih dan ngilu mengasak dada. sangat kuat berombak dan mengganas seperti taufan yang meribut.
tanpa dapat menahan perasaan, aku rapatkan kaki dan menendang kuat pinggangnya.
"arghhh!!!"
Zainal terjerit sakit sebelum tubuhnya terhumban kebelakang. hati semakin gabra ibarat nyawa yang berada dihujung tanduk. aku bingkas membuka langkah seribu mahu menyelamatkan diri. aku mahu melarikan diri sebelum dibunuhnya. aku pasti Zainal tak akan melepaskanku selepas apa yang terjadi tadi. egonya sudah tentu akan kian melangit. aku berlari sekuat hati ingin naik ke tingkat atas sebelum Zainal sempat bersedia namun nasibku amat malang. Zainal dapat mencapai pergelangan tanganku apabila tubuhku berjaya sampai dianak tangga pertama.
"sial kau!! jangan harap kau dapat larikan diri dari aku!!" tanganku direntap tanpa belas kasihan dengan cengkaman tangannya dipergelangan tanganku, aku tak dapat menyeimbangkan diri lalu tersadung kebelakang. hampir-hampir aku terbongkang kelantai marmar. never or late? and i choose better late than never kerana aku terpaksa mengeluarkan segala step kuda-kuda ajaran ayah dikampung dulu. kepadamu suami yang kuderhakai, aku terpaksa lakukan ini sayang...
Dushhh!!! dushh!!! dush!!!
dentuman dan hentakan serta jeritan kesakitan yang begitu menderaku kedengaran dari balik belakang. kalau itu mahumu sayang, aku terpaksa lakukannya...
"sorryy..Fi...Fiya..maafkan Fiya..." dengan suara yang terketar habis dalam keadaan membelakanginya, aku tahu Zainal terperosok dan terhantuk serta terhempas dilantai setelah tubuh badan sasanya terhempas didinding. tendangan mautku yang kupraktikkan menendang kebelakng dengan gaya lipatan kunang-kunang ilgam ajaran silat ayah. sesungguhnya, aku benar-benar tidak sanggup melihat keadaannya sekarang. aku pasti dia amat parah. berdarah. itulah yang dapat aku katakan. jangan bermain dengan api jika bermusuh dengan air, kelak tiada yang membantumu. baru aku berniat ingin naik semula keatas, kakiku terpacak disaat mendengar rintihannya. hati ini dengan mudahnya jatuh belas...
"Allah.. saa.. saakitnya kepala aku..." sayu jiwa dan batin ini mendengar erangan keperitan suami. namun apakan daya, aku terpaksa demi menyelamatkan diriku. biarlah kami yang sakit asalkan 'baby' kami terselamatkan nyawanya.
"kurang ajar!!! hoi!!! sini kau!! berani kau tendang aku!!" Zainal menghampiriku dengan begitu ganas seperti ingin membahamku namun langkahnya sumbang. kubuka segala ilmu kuda-kudaku sewaktu menuntut ilmu dengan ayah dahulu. bersedia menanti sebarang serangan daripadanya walaupun seluruh tubuhku terasa menggeletar. bergaduh dengan suami bukan tandinganku namun sudah suratan. kami sekarang sedang berhadapan. takkan ada teragak-agak lagi untuk membalasnya. ajaran silat ayah mahukan pengamalnya tidak mengasihani dengan tipu daya musuhnya. sekarang Zainal suamiku adalah musuhku. peraturan dunia persilatan tidak akan kuingkari. biar mati suami yang jahat, asalkan jangan mati adat.
"Zainal!!! sakit dihati ini biar kau sama rasakan!!" makin membengis wajahnya.
"kurang ajar!!!!!"
aku elak tumbukannya dan mengilas tangannya kebelakang dan mengunci gerakan tangannya kebelakang sebelum menampar wajahnya kuat.
pang!!!
aku balas tamparan diwajahku suatu ketika dahulu. Zainal terus rebah. tanpa mempedulikannya, dengan kekuatan yang aku ada, aku segera menaiki anak tangga melangkau dua anak tangga sekali langkah.
"heii!!! tunggu!! kurang ajar punya isteri!! aku bunuh kau!!" makin bergema tempikan zainal. bagaikan sudah kerasukan. nasibku amat baik kerana dapat meloloskan diri daripada amarahnya tadi. aku sempat mencapai telefon bimbitku sebagai langkah bersedia untuk sebarang kemungkinan. aku tidak mahi mati ditangan suamiku sendiri.terus aku berlari sekuat hati masuk semula ke dalam bilik air.
aku bersandar didinding. pintu bilik air sudah kukunci. tak mungkin Zainal dapat pecahkan pintu yang keras. tidak lama kemudian ketukan didaun pintu bilik air menjadi-jadi. Zainal seperti singa yang mengaum. aku yakin sekiranya aku berjaya ditangkapnya tadi, paling koman pun aku akan hilang kecantikan diwajahku akibat ditampar melulu. alhamdulillah.. syukur aku diselamatkan oleh Allah.. menangis-nangis mengingati kebesaran Ilahi. dia maha menolong hambaNya. terima kasih ya Allah. terima kasih....
"buka pintu ni!!! buka!!"
banyak kali Zainal meranduk daun pintu tetapi gagal. tenaganya tidak seampuh kekerasan daun pintu. dalam kesejukan pagi, aku tertidur diatas lantai disatu sudut bilik air dalam keadaan terduduk. sampai kepetang aku berkurung didalamnya.
Zainal sudah hilang dan dua hari dia tidak menampakkan dirinya dirumah ini. pergilah kalau itu mahumu...
airmataku menitis lagi saat terkenangkan peristiwa pahit itu.
aku usap perutku yang benar-benar 'berisi'. masin air liur mak dulu. aku senyap-senyap ke klinik Dr. Zahlia yang terletak tidak jauh dari perumahan elit Sakura Perdana setelah Zainal bergegas ke pejabat tiga hari yang lepas. malah aku sudah khabarkan kepada emak dan ayah dikampung akan kehamilanku kerana emak seringkali menelefonku menanyakan tekaannya. baguslah kalau mak dan ayah gembira. tinggal Zainal merangkap suami aku sahaja lagi yang belum aku beritahu. aku takut Zainal tidak suka akan benihnya ini kerana semenjak dari peperangan besar sebulan lepas, aku dan Zainal sudah tidak pernah berbaik mahupun sekali sekala aku terniat mahu juga berbaik dengannya. sampai bila kami harus menongkah arus rumahtangga begini? sampai Zainal berkahwin dengan perempuan perampas itu? tidak! aku takkan pernah membenarkan Zainal memadukanku. pahit. perit. walaupun aku belum dimadukan namun sudah terasa bahana bahangnya inikan pula apabila sudah dimadukan. aku tak mahu berkongsi suami dengan wanita lain hatta anak raja mahupun bidadari dari kayangan sekalipun. kalau Zainal tetap juga berkeras berkahwin dengan shasha, aku akan benarkan dengan syarat aku harus diceraikan terlebih dahulu. titik! tak akan ada lagi sebarang kompromi. keputusanku bulat dan sudah sebulat suara. mudah-mudahan ini yang terbaik untuk kami.
aku keluar didepan rumah menunggu kedatangan mama. sebuah kereta mewah panjang berwarna Hitam Metallik milik keluarga Zainal berhenti betul-betul digaraj. aku lemparkan senyuman mesra sewaktu melihat mama dan beberapa ahli sekeluarga Zainal yang lain sedang turun dari kereta. mama datang bersama abang ipar dan kakak sulung Zainal, kak Farah serta dua orang anak kecilnya, Raqy dan si kecil Amran yang belum sampai setahun umurnya. tak ada pulak aku nampak anak kak Farah yang kedua, Najwa Hanisya yang kuat menangis semasa dimajlis kahwinku dulu. anak bandar yang dibawa kekampung, mana biasa tidur dalam keadaan rumah kampung. sudahlah dikampung dulu banyak nyamuk tambah-tambah mereka anak beranak tidur dekat luar, diruang tamu dan ada juga yang menginap di penginapan di pekan. semuanya sudah menjadi sejarah. yang lepas let be bygone. I couldn't change it. just let it be...
kami berpelukan sebaik mama sampai dihadapan pintu luncur bergrill. ada juga sebutir airmata yang menitis. perempuan. tidak boleh tidak menangis apabila berjumpa dengan mertua seperti mama yang baik hati dan penyayang.
"mama rindu dangat dekat Fiya."
"Fiya pun ma. rindu sangat kat mama. kenapa mama tak selalu ke sini? kalau mama ada, tak adalah Fiya sunyi kat sini. abang selalu pulang lambat. malam baru nampak batang hidung." sengaja menampakkan hubungan kami biasa-biasa sahaja.
"alah.. mama bukan tak nak pergi tapi setiap kali mama dah planned nak nak kesini, ada aje masalah yang datang. ada meeting dengan ahli persatuanlah. kejap ada masalah sana, masalah dekat sini..."
"takpelah ma. Fiya faham. Fiya ni je sorang tahu meminta itu ini dari mama tapi Fiya sendiri tak pernah melawat mama kat rumah sana. Fiya minta maaf.." aku kucup lagi sekali tangan mama. tubuhku dipeluk sekali lagi. menangislah kerjanya. perempuan...
"Fiya janji lepas ni Fiya akan selalu datang rumah, ye ma. mama tak kesini pun tak apa. yang penting Fiya yang kena ke rumah mama tiap hujung minggu." berani aku berjanji begitu. bila tiada sesiapa dirumah, tinggallah aku seorang diri. Zainal bergembira dengan shasha diluar sana. dan tak salah rasanya aku tinggal dirumah mama semalaman. pandai-pandailah Zainal menguruskan dirinya. pandai menggatal dengan perempuan lain, pandailah jaga diri sendiri. bukan aku yang menanggung dosanya.
"baiklah.. nanti mama pujuk Zainal. biar dia yang hantarkan Fiya ke rumah. mama tak nak apa-apa berlaku dekat menantu mama yang sorang lagi ni..." menyerap keseluruh tubuhku dengan kata-kata mama. terharu? ya, sudah semestinya!
"thanks ma.."
"sama-sama Fiya. tapi kenapa mama tengok badan Fiya dah lain macam aje ni!" bila mama bisik macam itu, jantungku terus berdegup tak terkata. 'orang tua lebih dulu merasa asam garam Fiya'. oh tidak! perkataan itu benar-benar menghantuiku.
"tak ada apa yang berubah ma. biasa aje pun..." aku leraikan pelukan. aku tahu mama tahu aku hamil kerana semasa berpelukan tadi perutku tersondol dengan perut mama. mungkin ada benda keras yang memisahkan jarak perut kami membuatkan emak terperasan akan sesuatu yang sebaik mungkin kucuba sembunyikan. tapi sebelum mama bertanya lebih lanjut, aku sengaja bertanya mengenai ketiadaan ayah mertuaku bersama mama kemari.
"abah sihat. dia tolong tengokkan wawa yang tengah demam kena campak. tak apelah.. dah nak sembuh dah pun. oh ya, dari tadi mama tak nampak Zainal pun, Zainal dah balik belum? ishh anak bertuah sorang tu, ada isteri ditinggal-tinggalkan pulak." memang pun ma! malah anak kesayangan mama tu dah lukakan hati Fiya.
"nanti kejap lagi abang baliklah tu. Fiya dah pesan supaya balik rumah cepat-cepat." dengan senyuman ceria diwajah aku cuba tidak mahu mama nampak kecuakan dari riak wajahku. sungguh! aku bukannya wanita yang pandai berbohong. tapi itu harus kulakukan. tak nak mama tercium bau-bau hangit dari api yang membakar rumahtangga kami.
kemudian aku beralih menyalam tangan kakak iparku. kami berpelukan dan bertanya khabar. aku hanya menyapa birasku.
"jomlah masuk mama, kak, bang..." aku kuak pintu lebar-lebar dan menjemput mereka penuh mesra. raqy yang menyusul dibelakang ku bawa kedalam pelukan hangat. aku kucup kedua pipinya. comel anak buah Zainal ni!
"raqy, adik tak ikut sekali erk?" aku pimpin Raqy yang baru sahaja berusia memasuki genap lima tahun itu untuk menyusul mereka. sengaja bertanya walaupun sudah jelas lagi tersuluh adiknya, najwa yang berumur tiga tahun tidak ikut sekali. raqy menggeleng.
"angah kena tinggal dekat rumah dengan atuk. angah demam.." oh! kasihan anak buah aku yang sorang lagi.dia dulu rapat dengan Zainal sewaktu dirumah nek hajah masa pernikahanku.
"err ma, Fiya nak kedapur sekejap nak ambil air yang Fiya dah bancuh tadi. raqy duduk kat sini dulu ok. maksu nak masuk dapur jap, nak ambil ari untuk raqy. tunggu kat sini hrm.." aku dudukkan raqy diatas sofa namun raqy hentak kaki tanda protes. wajahnya memuram.
"along!! stop it!!" hentakan kaki raqy terhenti disitu sahaja apabila diherdik ibunya. raqy terus memeluk pinggangku dan menyembamkan wajahnya diperutku. kasihan...
tanganku membelai perlahan kepalanya. sama seperti aku membelai wajah Zainal semasa hangat bercinta dulu.
"tak apa kak Farah.. Fiya tak kisah raqy ikut masuk dapur.."
"akak bukan apa Fiya. kamu bukannya tak tahu budak tu degi, keras kepala, nakal. akak tak nak nanti dia buat hal kat dapur tu. nanti Fiya juga yang susah..." pantas aku menggeleng kecil.kemudian ketawa kecil.
"it's okay. Fiya sanggup kak.." tercengang mata kak farah. membulat. aku mengangguk mengiakan apa yang berada dalam hati mereka. aku leraikan pelukan raqy dipinggangku. tanganku membelit bahunya yang kecil. ketinggiannya baru sampai dipusatku.
"dengar sini along!! kalau along buat macam tu lagi, mama akan rotan along!"
"Farah... jangan berkasar sangat dengan anak-anak... dah berapa kali mama nampak kamu rotan along. kesian cucu mama tu." mama yang sedari tadi hanya memerhati kami menegur lembut Kak Farah.
"memang patutpun farah rotan budak degil tu ma! kalau tak diajar dari kecil alamatnya sampai ke tualah perangainya macam tu!" sindiran kak farah pada anaknya membuatkan raqy menarik muncung panjang. simpati aku tengok anak kecil itu merajuk. sudah pandai menterjemah bahasa kiasan golongan dewasa.
"sayang... sayang ikut maksu ke dapur eh..." pujukku penuh bersimpati pada si kecil. pantas Raqy mengangguk. sukalah tu.
"ok jom!" aku melirik pada wajah kak Farah yang tajam merenung anaknya. aku tahu raqy memang sedikit keras kepala tapi biasalah budak-budak. aku layan aje. aku memang suka kanak-kanak. baby... tak lama lagi baby akan ada adik...
"tak usahlah kamu pujuk budak nakal tu Fiya, budak tu takkan dengar cakap orang. aku yang mak dia pun tak nak dengar cakap, inikan pulak kamu. memang degil budak tu. ini semua gara-gara abah dia yang suka manjakan anak dia!" suara kak farah seakan sengaja mengejek anak sulungnya. baru aku hendak membela raqy, abang anuar sudah terlebih dulu membela anaknya. bagiku, abang anuar jenis yang sempoi. tenang dan kool. biasalah, kerjaya sebagai seorang peguam memang macam tu. petah berkata-kata.
"biarkan aje anak kamu ikut Fiya, farah. yang kamu marah-marah sangat dekat raqy tu kenapa? Fiya sendiri pun tak kisah, kamu pulak yang melebih-lebih. ishh.. apa nak jadi dengan kamu ni?" mama pulak menyampuk.
"tapi ma, Farah tak nak susahkan Fiya.. farah takut.." kata-kata farah terhenti disitu. matanya tunak memandang keparas perutku. kebetulan aku sedang berdiri menghadap mereka dengan si kecil raqy separas pinggangku.
"takut apa kak farah?" pelan suaraku mahu mengenalpasti ketidakpuashati kak farah. confirm kak farah dah tahu! kantoi...
"er.. tak ada apalah Fiya. takut pulak kak Farah tersalah teka. kamu pulak yang kecil hati nanti..." ada serba salah dalam suaranya. mungkin kerana aku pernah keguguran sekali dulu membuatkan dia harus berhati-hati dengan perasaan wanitaku. tapi memang benar tekaan kak Farah! malangnya, aku masih belum ada kekuatan untuk meklumkannya. biarlah dulu menjadi rahsia...
abang anuar mencuit pipi arman yang masih tertidur dari pangkuan isterinya dan melangkah keluar apabila telefon bimbitnya meminta dijawab. mungkin tidak mahu mengganggu hal wanita agaknya.
aku terus ke dapur sambil memimpin tangan kecil raqy. tiba di pintu dapur, aku menoleh sekilas kebelakang. teryata mama dan kak farah seperti rancak berbual sesuatu. biarlah apa mereka nak cakap sekalipun.
hampir satu jam sudah kami berbual kosong, kelibat Zainal masih belum kelihatan. selepas bersolat maghrib berjemaah tadi dengan diimamkan oleh abang anuar, kami menyambung sembang diruang tamu sambil menontot siaran astro ceria. si Raqy yang beria-ia tidak mahu terlepas rancangan menariknya iaitu Hagemaru. kiut betul!
"suami kamu lambat lagi ke nak sampai Fiya? cuba kamu call suami kamu Fiya tu, bagitau dia yang mama dah nak meletop dekat sini. geramnya mama dekat budak bertuah tu!!" mama kelihatan runsing.
"tunggu apa lagi, pergi call cepat!" mama tolak bahuku seakan menggesaku cepat bertindak. kalaulah mama tahu perbuatan kecurangan anaknya kebelakangan ini, apakah mama akan redha?
"baik ma.."
aku akur dengan arahan mama. sempat aku nemjeling pada Raqy yang manja duduk bersila dipangkuan papanya. kalau aku dah ada anak nanti, aku akan suruh Zainal buat macam tu juga. tapi... masihkah ada peluang itu buat kami?
"Fiya... kenapa?" teguran mama sedikit menyentak lamunanku.
"err.. tak ada apa-apa ma. Fiya suka tengok Raqy kena manja macam tu. Fiya teringin sangat abang manjakan anak kami nanti macam abang anuar buat.." mama turut sama menjeling kesebelah sofa. abang anuar dan kak Farah serta anak-anak mereka kelihatan seronok menghayati cerita lucu hagemaru. contoh sebuah keluarga bahagia.
"nanti kamu ada anak juga Fiya. sabarlah..." pujukan mama yang lembut menyapa sampai kedalam jiwa.
"insyaallah ma." aku lemparkan senyuman pada kak Farah yang terperasankan kami sedang merenung bahagia melihat keceriaan mereka sekeluarga. rasa cemburu tiba-tiba datang menerpa.
"kenapa ma?" soal kak farah dengan wajahnya yang beriak hairan.
"tak ada apa. Fiya, pergilah call suami kamu. nanti makin lambat pulak budak tu sampai rumah." aku menganggukkan kepala.
terus aku bergegas menuju ke sudut yang menempatkan telefon rumah. belum sempat aku mengangkat ganggang telefon, dihatiku terdetik sesuatu. ya! aku semakin hari semakin benci mendengar peti suaranya walaupun tahap kerakusannya diatas ranjang tidak berubah malah bertambah ganas. sakit tubuh badan aku dikerjakannya. bodoh!! kureng betul lelaki jenis macam tu! menggatal dengan perempuan lain lepas tu bila dah gersang, malam-malam cari aku. arghhh!! benci!! benci!! benci!!
mak dan ayah dikampung masih belum mengetahui hubungan kami suami isteri yang retak menanti belah. Zainal makin melampau. dulu, pernah dua hari dia tidak balik kerumah. mungkin mencari tabib untuk menyembuhkan luka pada tubuh badannya akibat menerima tendangan bertubi-tubi dariku. tapi memang tak ada pula dia bagitau nak outstation ke apa.mungkin betullah dia buat rawatan agaknya. tapi dia buat penat aku menunggu sampai aku tertidur dilantai ruang tamu. sampainya hati dia buat aku macam ni. aku mahu meminta maaf atas kekasaranku tempoh hari dan oleh itu aku banyak kali menelefonnya namun bila aku telefon nombor Zainal, suara shasha yang menjawab panggilanku biarpun sudah menjelang masuk waktu malam. apalagi, apabila syaitan mula menghasutku, dua hari lepas itu aku pulak yang menghilangkan diri pergi tidur dihotel murah. biar dia rasakan bagaimana perasaan ditinggalkan tanpa sebarang khabar. anggaplah aku nusyuz. katalah aku perempuan jahat atau isteri yang derhaka, aku terima dengan rela hati tapi aku tanya kamu sanggupkah kamu hidup sepertiku? tentu sekali tidak, bukan?
kamu tak tahu apa yang aku alami. ya, kamu mungkin tahu tapi isi hatiku hanya aku seorang sahaja yang tahu. apa yang Zainal lakukan padaku memang sangat menyakitkan. boleh membunuh jiwa dalaman ini secara perlahan-lahan. sedikit demi sedikit perasaan sayang buatnya terkikis disebabkan kecurangannya. mana ada isteri yang boleh bertenang mendengar dan melihat suami mereka curang. tidak! aku bukan wanita yang begitu baik hati mahu dimadukan suami. aku bukan bonekamu Zainal!!
Zainal sudah hilang pegangannya selama ini. aku yakin ada sesuatu telah berlaku diantara kami. sekali lagi Zainal buat hal yang sama. malah seminggu lebih dia tidak pulang rumah. entah dia tidur dekat mana entah. ah! pedulilah!
aku dail nombor suamiku yang sudah terlekat kemas dalam ingatanku.
"Hello... Assalamualaikum!"
"hah, nak apa? abang masih kat dalam pejabat ni!" kasar betul suaranya. entah kemana perginya perasaan cintanya dulu. tapi benar ke apa yang aku dengar ni? abang? ah! persetankan!
dia ingat dia aje yang boleh marah sesuka hati. pergi mamposlah!
aku dah meradang. dada ini sudah mulai turun naik menahan nafas kencang.
"umi ada kat rumah sekarang bang. dah lama kami tunggu abang. cepat balik. jangan ingat dating aje!" sekadar mengugut kecil biar dia tahu aku perempuan yang tidak boleh dipermainkan sewenang-wenangnya meskipun maruahku sudahpun diperkotak-katikkan. biarlah!
"ermm.."
"jangan pulak melencong kat tempat lain. tahu sangat perangai abang tu!" memang betul! lelaki ini terlalu suka memungkiri janji. tambahan lagi,hatiku masih sakit melihat hantaran gambar-gambar MMS yang kuterima daripada seseorang yang tidak kukenali. sudah tentu shasha kerana dalam gambar itu semuanya gambar shasha dengan Zainal yang sangat mesra. malah ada satu gambar menunjukkan betapa eratnya Zainal merangkul pinggang shasha. Zainal tersenyum mesra manakala Shasha tersenyum gedik. hancur hatiku. tiada siapa yang tahu luluhnya hati ini. rugi aku terima lamaran dulu. lebih baik aku mati daripada dianiaya. sekarang ini, aku dah tak ada harapan nak baiki hubungan kami. shasha sudah berjaya merampas Zainal dariku. malah Zainal semakin jauh dari gapaianku. Zainal hanya mendekat apabila malam tiba. siang menjadi hantu, malam menjadi barua. tolol!
"abang tahulah!! bising betul. menyampah!" sakitnya hati aku diherdik sesuka hatinya.
"siapa yang menyampah bang? saya ke abang?" aku dah mula ber'saya' ber'abang'. pedulilah kalau dia kata aku derhaka. panas barannya memang benar-benar melampau.
"dah... jangan nak membising pulak dekat sini. abang tak ada masa nak layan. membebel aje!! kejap lagi abang baliklah. itupun nak bising.."busur sindirannya benar-benar masuk kedalam hati. terpanah apa yang tidak sepatutnya. dadaku berombak kencang.
"apa abang cakap ni? salah ke kalau Fiya suruh abang balik awal. kalaupun abang tak suka pandang muka Fiya, abang baliklah rumah untuk mama. jangan derhaka pada mama bang..."
"heii!! suka hati akulah nak balik ke tak. itu mak aku bukan mak engkau. yang kau menyibuk ni apesal? huh... menyesal betul aku kenal dengan keluarga kau. kalau bukan kerana kau, aku takkan putus tunang dengan shasha!!"
"abang!!" terus aku tekup mulutku. takut tidak mampu menahan tangisan. mujurlah suara TV agak kuat. aku tidak percaya Zainal tergamak menghinaku seteruk itu.
"sampai hati abang..." tak mampu aku ungkapkan ini dengan kata-kata. terhiris dan terguris dengan gentian kaca. pedih...
"ahh...aku..err abang...mungkin dalam setengah jam abang sampai kat rumah." suaranya bertukar lembut. ya Allah! aku rasa pelik. pelik! pelik! apa yang berlaku sebenarnya. kenapa Zainal tiba-tiba sahaja berubah menjadi lembut?
"kenapa dengan abang ni?"
soalanku dijawab dengan gelak kecilnya. gelak yang penuh dengan sinis dan sindiran.
"I... I love you.."
tutt tutt tut!!
sekali lagi aku terpana. jatuh melurut ganggang telefon menghempas meja perabot. aku pegang dadaku yang tiba-tiba sesak. apakah sebenarnya yang telah berlaku?
Ya Allah, apakah musibah yang Engkau sedang berikan pada kami? permudahkanlah kami untuk menjalani ujianMu itu ya Allah!
"maksu nangis erk!" terkejut aku disergah begitu dari belakang. bila menoleh kebelakang, wajah comel raqy yang juga cucu sulung dalam keluarga yang sederhana itu menyapa pandangan mata yang berkaca-kaca. pandainya anak sekecil ini mengetahui perasaanku. alangkah baiknya andai Zainal juga berfikiran hal yanag sama. tidaklah akau sakit hati harihari bertemankan airmata apabila selesai melampiaskn hajatnya. aku benci!! benci!! kata-kata cintanya tadi hanyalah palsu belaka!! fake!! fake!!
go away from me!! go!!!
"maksu... paksu mana maksu?" soalan si kecil ternyata menyejukkan hatiku. budak ini terlalu sayang pada paksunya yang curang. hanya aku, shasha, Zainal dan keluarga shasha yang tahu akan kecurangan Zainal. selalu sudah dia membawa shasha pergi dinner bersama-sama. menikmati hubungan mereka yang terjalin itu. aku sakit hati setiap kali hidangan yang aku sediakan diatas meja makan tidak diusik langsung. aku terpaksa buang ke tong sampah kerana sudah basi. sampai hati dia buat aku macam ni. kemana pergi sifat penyayangnya? kemana?
aku usap perutku. teringat kembali pada malam itu, Zainal seperti perasan pada perubahan bentuk perutku, pernah dia bertanya sebaik sahaja mepuaskan kehendak batinnya malam itu.
"makin buncit pulak perut awak ni!" dia terus tinggalkan aku yang jelas terkebil-kebil seusai menunaikan kewajipanku pada seorang yang bergelar suami. aku kini tak ubah cuma pemuas nafsunya sahaja. celaka!
sumpah, aku langsung tak ada hati mahu melakukan hubungan badan itu dengannya namun aku tidak mahu dikasari lagi. cukuplah sekali dulu aku ditampar setelah apa yang aku lakukan salah sama sekali dimatanya. ambillah tubuhku. jamahlah sepuas hatimu. tapi jangan sesekali kau bangkitkan soal cinta andai kau sendiri mencurangi diriku.
malam itu juga, baru aku mahu memejamkan mata, terasa tubuhku dipeluk erat dari belakang. mahu meronta tapi aku tak berdaya. air mata dan tangisan bergema begitu meruntun hatiku.
"abang minta maaf." aku jelas terkejut dengar bisikan maaf. apa dia ingat dengan ucapan maaf itu boleh mencantumkan hatiku yang sudah bernanah dengan kerenahnya. aku jadi benci yang teramat sangat apabila dia mengucup dahiku sebelum berlalu keluar dan tidur di ruang tamu. malam itu aku tidur dalam esakan sayu. begitulah keadaan kami hari-hari. siang bergaduh. tiba malam, dia akan datang mencariku. menjadikan aku sebagai tempat melepaskan hawa nafsunya. aku sakit hati sangat. aku terasa dipergunakan sewenangnya. bila dia nak dia pujuk rayu aku. bila dah rasa bosan, terus aku ditolak ketepi dan shasha yang dikejarnya. bodoh! aku memang bodoh.
"maksu... janganlah nangis maksu... nanti raqy beritau dekat paksu yang maksu nangis. raqy nak paksu pujuk maksu. hehehe..." aku tidak sedar pula yang aku menangis. mungkin gambaran pada raut wajahku yang hendak menangis agaknya membuatkan raqy mengatakan aku menangis. mujur raqy menegurku. kalau tak malu aku orang lain nampak aku sedih begini. kebetulan, sudut letak telefon itu terhalang oleh satu tiang pacak ke tingkat dua. tak adalah mama atau kak farah mengsyaki apa-apa.
"maksu tak nangis dah...nah! tengok pipi maksu dah tak ada air dah. so, raqy tak perlu bagitahu paksu ya. nanti maksu belanja aiskrim banyak-banyak yang besar-besar untuk raqy. nak tak?" aku akan pujuk anak itu sehingga bersetuju. takkan sekali-kali aku meminta dipujuk meskipun itulah yang aku nak dari lelaki yang masih kucintai.
"nak! raqy nak maksu! yeayyy!" sampai terlompat-lompat raqy kerana terlalu gembira. ceria betul wajahnya. iras Zainal masih kuat diwajah itu. sungguh aku rindukan senyuman ceria itu menghiasi raut wajah kusam suamiku. tapi takdir tuhan mengenepikan angananku. biarlah...
"bila maksu nak belikan raqy aiskrim? malam ni boleh tak?" bersinar indah mata si kecil. aku geleng. tak mungkin malam ini. nampak sangat ada sesuatu yang aku rencanakan.
"malam ini tak boleh. dah lewat sangat. kedai pun dah tutup. esok ajelah maksu belanja ye!" aku pimpin tangan raqy untuk kembali ke ruang tau utama. aku terus pastikan yang wajahku ceria. aku takut mereka mengesyaki apa-apa. biar pecah diperut jangan terhambur dari mulut. aku akan jaga rahsia rumahtangga kami daripada mereka semua kecuali Zainal yang sendiri memberitahu.
"alaahh... malam ni tak boleh ke?raqy nak makan aiskrim..." bila dia buat suara merayu macam tu, aku jatuh simpati. pandai sungguh budak ini meruntun jiwaku. kecil-kecil sudah pandai memujuk. bila dah besar entah apa akan jadi dengan perangainya. budak kecil, apa mereka tahu. makan, minum dan berseronok sahaja.
"oklah... malam ni! tapi raqy kena minta kebenaran dari papa dan mama dulu tau. kalau mama tak bagi, nanti esok kita jalan-jalan urm.." pujukanku berjaya mmebuatkan sikecil tersenyum besar. suka sangat agaknya dapat makan aiskrim. gigi tiinggal dua batang aje lagi.
"betul ke ni maksu?" aduh! pandai betul meminta kata putus. sepupu-sepipit baka Zainal lah ni. lalu soalannya kubalas dengan anggukan.
"horaaayy!! makan aiskrim!! makan aiskrim!! terima kasih maksu.. raqy sayang maksu!!" raqy terus berlari mendapatkan mama bapanya yang sedang berborak sesama sendiri.
"alonggg!!! kenapa teriak-teriak ni? bisinglah, nanti adik terbangun!"
"Assalamualaikum...."
suara seperti Zainal memberi salam dari luar.
"pergilah sambut suami kamu. kasihan anak mama sorang tu.. kuat sangat kerjanya.." ada senyuman yang begitu bahagia bergayut dibibir umi Zainal. kalaulah mama tahu apa sebenarnya yang telah terjadi antara kami... akankah senyuman dan pujian itu masih bergema dan bergayut dibibirnya?
yang pasti akan ada sambungannya....
bersambung....
"
6 comments:
korang kata apa? hmpeh!!!
Salam,megat teruna. saya yaya saya berminat nak berkerjasama menulis dgn awk. kalau awak sudi. email saya dia
yaya_fik@yahoo.com
secepat mungkin ye
tak pham btul la dengan si zainal tu..bangang ke apa..
hi MT, tulisan awak memang superb.... rasa - rasanya Zainal diguna - gunakan oleh Shahsa dan Dato' Karim tak??? nape tetiba aje dia berubah laku??? Rasanya kalau zainal ada depan mata sekarang memang saya akan terajang lelaki yang tak guna dengan minah senget yang tak cukup kain itu.. Dato' Karim itu biar mampu kena gilis oleh lori sampah.. tolong pulihkan zainal cepat n pujuk fiya ye... tolong selamatkan kandungan fiya dan TOLONG JANGAN MEREKA BERCERAI YE...
adoi..mcm nk lempang je zainal nie..jhaha
Malang btul klu dpt laki mcm si zainal ni..laki mcm ni elok diterajangkn aje..
Post a Comment