Wednesday, April 11, 2012

Jauh Aku Berlari 14

thanks buat anda-anda yang suka meninggalkan komen dalam ruangan blog sesawang ini... 


layan ...


   BAB 14....


JAUH AKU BERLARI.....



      Jauh Aku Berlari

    BAB 14



      Aku mahukanmu... bukan kerana siapa dirimu tapi kerana kaulah tercipta UNTUKKU- Syeikh Zainal



      Zainal memelukku sebaik sahaja tubuhku mara kedepan. tangannya menyauk pinggangku kemas sambil bibir turut menyunggingkan sebuah senyuman yang cukup manis. fake!

    selepas bertanya khabar dengan mama, Kak Farah dan abang anuar, Zainal melenyakkan punggungnya disofa yang kududuk tadi. matanya asyik tidak lepas daripada merenungku sampaikan mama tidak henti-henti mengusik kami.

    'tanda sebuah keluarga yang bahagia mengalahkan kak farah abang anuar dan anak-anak mereka'

itulah antara usikan mama. tapi yang sebaliknya, tidak sebegitu mama. mama janganlah menaruh harapan pada hubungan kami lagi. memang tak ditakdirkan untuk Fiya dan anak lelaki kesayangan mama untuk berjodoh panjang. agaknya inilah suratan cinta ini ma!

    "kami minta diri dululah Fiya. mama risaukan wawa kat rumah tu. jangan lupa pesan mama tadi Nal! jangan bagi isteri kamu kerja kuat sangat. harapkan orang gaji berbayar mewah, isteri kamu juga yang cuci kain seluar kamu. apa nak jadi dengan laki macam kamu ni?" merah wajah mama bersama tempelak yang tidak putus-putus meloncat keluar dari bibirnya. aku tahu telinga Zainal sudah bernanah disindir sedari tadi. ada juga sekali mama bangkitkan hal yang lepas-lepas. siapa lagi kalau bukan masalah Zainal dengan 'bekas' tunangnya, shasha Dato karim.

   "dahlah tu ma. abang Zainal tak salah. Fiya yang mahu buat semua kerja tu. Fiya bosan tak buat kerja apa-apa. Fiya ok ma... mama jangan risau ye.." aku usap tangan mama setelah berpelukan. Zainal hanya diam sedari tadi. mama asyik membebel menyalahkannya setelah mengetahui kerja-kerja membasuh semuanya aku yang buat.

   "hrmm.. jaga diri kamu baik-baik... " aku hanya mengangguk. lengan Zainal ku paut kecelah ketiak. sengaja menunjukkan kemesraan. terasa sangat rindu berbuat begitu. rindu sangat-sangat. tak apa kalau dia anggap aku perempuan murahan sekalipun sepulangnya mama nanti. aku tak kisah. memang aku sudahpun diperlakukan seperti anjing kurap setiap malam dulu. sudah kebal hati ini dengan hinannya. yang penting hatiku yang degil ini dapat melepaskan kerinduan padanya. aku memang sudah angau! aku yang sengal! aku yang tidak tahu malu! tapi betulkah?

   "alah ma..Zainal kan ada... mama tak yakin eh dengan anak kesayangan mama jaga isteri dia? macamlah mama tak faham dengan perangai anak mama yang satu tu!" celahan kak farah membuatkan mama terdiam sekejap. kemudian mama menggenggam erat jemariku bagai memberiku sejuta kekuatan. ada sebuah senyuman yang lahir dari dalam hatiku. menyembuhkan satu peratus luka yang ada disitu akibat dihiris oleh Zainal dengan perbuatannya.

     "ok then. mama percaya kamu Zainal! and i trust on you now.."
serius suara mama. pertama kali aku dengar. sewaktu di rumah nenek hajah dulu pun tak adalah seserius tadi.

     "you can always trust on Nal, ma. takkan mama tak kenal anak mama sendiri kot?" bersama gelak kecil, Zainal seakan membalas perlian mama. kedengaran mama mendengus halus. aku tahu mama sedikit geram dengan perlian anaknya tadi.

    "it's okay ma. Fiya boleh jaga diri Fiya dan..." aku lepaskan pautan pada lengan Zainal dan memeluk tubuh mama sekali lagi sebelum mendekatkan bibirku di telinganya dan membisikkan sesuatu rahsia yang tidak kukhabarkan sedari tadi. mama meleraikan pelukan dan memegang kedua bahuku rapat.

    "alhamdulillah... ya Allah.. mama rasa macam nak nangis aje Fiya... mama benar-benar tak sangka... " mata mama memerah. berkaca-kaca.

     "sudah rezeki yang Allah beri untuk Fiya ma..." bibir ini turut mengukir senyuman yang benar-benar tulen sesudah sudah lama tidak berbuat begitu. malah dengan Zainal pun aku tidak lagi mengukirkan senyuman sesudah peristiwa pahit dulu.
 
     "kalau macam tu, mama pergi dululah... Fiya jaga diri baik-baik tau! mama tak nak kejadian yang sama berulang semula. janji dengan mama!" sebaknya suara mama. aku sekadar memberikan jelingan pada kak Farah disisi mama yang melopong sedari tadi. tapi ada senyuman buatku juga buatnya dariku. dengan abang anuar juga begitu. mereka bagaikan faham dengan ke'hamil'anku. hanya Zainal seorang lagi yang belum dapat menangkap maksud perbualan ringkas kami tadi. ahh.. biarlah dia..


    "Assalamualaikum.."

   "waalaikumussalam.." serentak aku dan Zainal menjawab. mama dan 'rakyat'nya mula menempatkan diri dalam kereta mewah tersebut. raqy beria-ia tidak mahu ikut pulang kerana mahu bersamaku lebih lama disini tapi diheret oleh kak farah dengan abang anuar yang bertindak sebagai pemujuk anaknya. sampai begitu sekali 'home sick'nya padaku. bersama senyuman manis, tangan melambai-lambai pada raqy yang masih lagi melambai sehinggalah kelibat kereta mewah itu tenggelam dibalik bukit tinggi. sedar ditinggalkan berdua bersama dengan Zainal disitu, aku merasa sangat-sangat janggal. hilang semua rasa hendak bermesra dengan suami sendiri. mungkin kerana kerinduanku padanya sudah tertebus tadi, maka aku rasakan sudah tidak memelukan kemesraan darinya. aku perasan mata Zainal ralit memerhatikanku. lantaklah!!!

    'masa untukku dipenyek-penyek'

   aku terus berjalan masuk kedalam rumah tanpa menjemput suamiku untuk masuk sama. , biarkanlah dia. pandai keluar, pandailah juga masuk tu nanti.

   Zainal masih lagi berada di garaj. memang aku dilayan bagaikan puteri dihadapan mama. tapi aku tahu semua itu lakonan semata. Zainal sengaja memperlihatkan kemseraan yang berlebihan dihadapan mama seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. kononnyalah... ceeiitt!! poodah

    aku mengemas semula bekas dulang dan jag yang telah digunakan. aku tidak memasak malam tadi kerana mama ada membawa bekal untuk kami makan sama. Zainal begitu berselera nampaknya. macam dah lama tak makan gayanya. aku tahu wajahku sering dicuri pandang oleh si dia. aku tahu dan amat-amat sedar akan itu cuma tidak tertangkap olehku sebaik aku memandang kearahnya. rindukah dia padaku? ah.. untuk apa aku mengharapkan itu semua. tidak!! aku masih rindukan dirinya. sungguh walaupun aku sudah berjanyji untuk mmebencinya namun aku tak mampu. sungguh tak mampu untuk menyimpan perasaan benci itu. mungkinkah kerana cintaku terlalu dalam buatnya. kalaulah aku tahu aku dipenjarakan dalam perasaan asmara yang hangat sebegini, aku lebih rela memilih untuk tidak berkahwin tetapi siapalah aku. semua itu sudah takdir dariNYA. DIA lebih mengetahui segalanya...

    sambil membasuh pingggan mangkuk, terimbas-imbas semula kenangan makan malam bersama dengan mama tadi. semasa makan tadi pun, mama ada juga mengusik raqy yang masih degil suka membising semasa makan. malu aku dibuatnya.

  'bila maksu nak ada baby? kalau along nak adik lelaki boleh tak maksu?'

soalan cemas yang memang menempah maut. terasa sumbang sudah tangan ini menyuap makanan nasi bersupkan nasi ayam kedalam mulut. sengaja tidak menjawab soalan raqy. yang aku paling tak puas hati apabila dengan selamba tak ada otak Zainal mengatakan aku akan melahirkan adik lelaki untuk si kecil yang suka bertanya macam-macam. rasa meluat pulak aku dengar. sekalipun ianya hanyalah gurauan semata, namun aku tak rasa ianya ikhlas. tapi aku tidak menafikan aku on the way memberikan adik seperti yang dipinta oleh si raqy. cuma tak pasti jantinanya. harap-harap anak lelaki. aku mahu anak sulung kami menjagaku bila aku sudah tua kelak. tahu sangat suamiku akan meninggalkan malah menceraikanku tidak lama lagi. masyaallah!
 
    #########

     buat pertama kalinya aku melawat rumah mama setelah sudah lebih empat bulan tak melawat mama cuma bertanya khabar melalui talian sahaja. akukah menantu yang tidak mengenang jasa ibu mentua?

 mungkin aku tak sedar waktu itu akan kepentingan menjaga hubungan dengan mentuaku kerana dengan hubungan yang sangat baik dengan Zainal merangkap anak mama sudah dapat mencerminkan hubungan kami yang tidak bermasalah. tapi itu dulu sebelum kemelut rumahtangga kami belum berkocak. kini, aku harus tumpukan perhatian pada kandunganku. sebaik mama sampai kerumah malam tempoh hari, mama terus menelefonku dan bertanya itu ini. terkejut juga mama apabila aku memberitahunya yang Zainal masih belum kuberitahu akan kehamilanku. mujur mama tak mudah melenting cuma aku dinasihatkan untuk memberitahu suamiku secepat mungkin takut dia merajuk. huh! tak ada maknanya aku nak layan orang tua tu merajuk. aku yang masih sakit hati ni tak pula meminta dipujuk.

    sesudah berborak dengan mama dan abah, aku meminta diri untuk pulang. aku sekadar menaiki teksi untuk ke sini tadi setelah mendapatkan kebenaran daripada Zainal semalam. walau aku tak pasti sama ada Zainal membenarkanku namun dengan reaksinya yang senyap saja itu membuatkan aku merasakan hatinya mengiakan. lagipun bukannya aku nak keluar sembarangan. dia tak ada hak nak halang aku keluar dari rumah. kalau dia boleh buat, takkan aku tak boleh. sesungguhnya tidak lahir pun niat dihati untuk melarikan diri daripada dianiayanya. entah sampai bila aku boleh bertahan dengan semua ini. mungkinkah Allah ada merancangkan sesuatu untuk kami.

   sampai sahaja dirumah kira-kira sudah masuk waktu maghrib, aku terus sahaja mendapatkan air dalam peti sejuk. rasa dahaga sangat. Zainal masih belum nampak batang hidungnya. suram dan hilang seri rumah yang dulunya bersinar indah. Zainal... apa sebenarnya yang awak mahukan dariku? tell me!

   aku menaiki tangga untuk masuk kedalam bilik. serasa dah tak larat nak mendaki anak tangga satu-persatu. pernah dulu aku hampir-hampir sahaja tersadung diatas anak tangga yang paling tinggi. subhanallah! waktu itu terasa nyawa sudah berada di hujung tanduk. aku tidak mahu sesuatu terjadi yang buruk berlaku pada kandunganku. aku mahu zuriatku kali ini dapat aku lahirkan dengan sepenuh kasih sayang. aku tak sanggup kehilangan zuriatku sekali lagi. pasti lebih rumit masalah kami nanti. sebelum masuk kedalam bilik, aku terkesan sesuatu yang lain. seingat aku, pintu bilik tadi berkunci dengan daunnya pintunya yang ditutup rapat. tapi sekarang daun pintunya seperti diselak. Zainal dah balik ke? ah! tak mungkinlah!

   dengan perasaan ingin tahu yang sangat meluap-luap, kaki ini pantas mengorak langkah ke depan pintu. tergesa-gesa tangan ini menolak daun pintu.

  wajah dia!

  wajah itu sedang tertidur. nampak begitu lesu. dengan pakaian pejabatnya dan kot-kotnya sekali masih belum ditanggalkan. stoking berwarna coklat jenama Baldini dikakinya juga masih elok tersarung. cuma tidak berkasut. hanya aksesori itu sahaja yang sempat ditanggalkan. terbit rasa kasihan buat dirinya. hati perempuan memang lembut. Allah s.w.t sememangnya menciptakan wanita untuk kelembutan. sebab itu jugalah hati wanita mudah tersentuh. sangat sensitif. mudah dan terlalu senang untuk dilukai. aku juga sama... akulah wanita itu..

   perlahan-lahan aku merapati katil. tubuh itu nampak tidak bermaya. matanya nampak macam sedikit lebam. apa yang terjadi pada suamiku sebenarnya? sampai sekarang aku masih tak dapat mencari jawapan untuk soalan yang kuciptakan untukku mencari jawapan. buntu!

   aku duduk dibirai katil dekat dengan tempat kepalanya direbahkan. tubuh itu nampak sedikit menggigil. hairan. sedangkan penghawa dingin tak pun dipasang kuat. sedang-sdang sahaja. pelik. memang pelik. aku mula mencium sesuatu yang terjadi padanya. mungkinkah...?

  panik. aku mulai panik.

 cepat-cepat aku bawa tanganku menyentuh lembut dahinya.

  "panasnya!"

   aku terteriak sedikit kuat sehingga Zainal terpisat-pisat bangun. habislah aku.. habislah aku...

  baru aku berkira-kira hendak melarikan diri takut ditempiknya, tanganku digenggam. jantung melarikan irama dansa. kencang dada ini ditekan oleh jantung yang kuat mengepam.

  "abang demam.. sayang..."

cukup perlahan suaranya. hati wanita ini yang mudah sangat tersentuh terjatuh sebak. tak sangka, suara itu akan lembut lagi seperti dahulu. aku rindukan suara manja itu. aku kepinginkan dambaan cintanya. tanganku digenggamnya namun tidak seerat seperti selalu. nampaknya Zainal benar-benar demam teruk. aku memalingkan semula wajahku menatap wajahnya. aku tahu sedari tadi aku diperhatikan oleh matanya. wajahnya begitu sembam dan kurang gebu. jelas terasa seperti benar-benar tertekan.

   "dah makan ubat?"

 Zainal hanya menggeleng.

   "malas nak makan.." satu persatu ayat dilafaz. bibirnya juga nampak menggeletar. dulu, emak pernah jatuh sakit sepertimana Zainal sekarang. baru aku ingat, emak terkena jangkitan kuman dalam darahnya membuatkan emak terpaksa ditahan didalam wad selama beberapa hari. mungkinkah Zainal mengalami penyakit sama? doktor kata, penyakit tersebut boleh merebak sehingga ke jantung sekiranya tidak dicegah dengan segera. dihospital dulu, emak dirawat dengan antibiotiks.

   "kalau macam tu, kita ke hospital sekarang..." aku hanya membiarkan tanganku digenggam makin erat. angau ke apa laki ni?

   "abang tak nak... sayang.." terbulat mataku spontan.

   'kenapa pulak? abang kan demam panas ni.." menyampah betul! bukan mudah untukku melawan sabarku, dia pula sengaja menaikkannya. ikutkan hati, aku biarkan saja dia sekarang. tapi manalah aku sanggup buat begitu. memang sahlah aku bodoh. isteri yang paling gila sekiranya aku buat apa yang aku fikir tadi.

   "abang... boleh tak jangan degil?" aku merengus kecil. tak suka diperlekehkan. ini semua mengenai nyawa!! masa itu amat berharga.

   Zainal cuba mengukirkan senyum. kurang manis dipenglihatanku. tidak seperti dahulu.

   "abang demam sikit aje... abang tak suka bau hospital..." masih keras kepala!

    "sikit apa kalau dah sampai macam ni?" aku memandang mata Zainal yang suram dalam-dalam. nafas kutarik dalam-dalam. tidak mahu terlalu mengikut amarah. sudah maklum, memujuk orang tua lagi sukar daripada budak-budak kerana mereka lebih keras hati. payah!

    "no! abang kena pergi hospital sekarang juga! Fiya tak nak demam abang tambah teruk" kepala Zainal semakin menggeleng laju. susah betul!

   "tak nak.. abang tak suka duduk hospital..." rayuan itu dulu pernah melenturkan kekentalan jiwaku tapi kini akan kupastikan dia patuh padaku. patuh kerana kecerdikanku. bukan kerana ku 'guna-guna'.

    "bang..."
 
     "abang cakap tak nak! tak naklah!! Fiya... please...do understand me sayang..." Zaina menarik tanganku tanpa sempat aku mengimban tubuhku lalu aku terjatuh keatas tubuh badannya. setangkas kilat menyabung, secepat itulah Zainal memelukku. erat.

    "i'm missing you so much... so much.. and.. so much.."

bagaikan sudah lali dipujuk rayu, aku tolak dadanya kuat. aku tahu Zainal tak mungkin dapat melawanku dalam keadaannya sekarang. tapi...

   cupp!!

    "abang!!"

cepat aku jauhkan wajahku yang terasa kebas.

   "siapa ajar abang buat macam tu?" memang aku marah menyala-nyala. sikap biadapnya makin ketara.

   "i'm soryy but i just.. i just can't resist it..."

   "no! never do that again! abang tak boleh sesuka hati abang buat benda macam tu!" aku mendengus kuat sebelum melepaskan diri daripada pelukannya. dia 'permainkan' bibir seksiku! gila!

   aku jauhkan diriku daripada gapaiannya meskipun aku masih berada didalam satu bilik dan satu katil. masih terasa ciumannya dibibirku sebentar tadi. lelaki ni memang miang tahap keladi! teruk sangat! entah perlu disental dengan clorox mungkin barulah boleh kutanggalkan kegatalannya. getahnya terlalu banyak dalam otak kuning lelaki itu. ah! suami aku juga! malangnya...

   aku mengambil masa yang lama untuk memulihkan jiwa. perasaanku benar-benar terganggu dengan  kejadian tadi. mungkinkah aku juga merindui kehangatannya namun kusembunyikan daripada deria 'bau' nya. tidak! mustahil!

   aku duduk membelakangkan Zainal di birai katil. aku tahu Zainal terasa dengan kata-kataku tadi. aku memang bermaksud begitu supaya maruahku tidak dipijak sesuka hati lelakinya.

   tengoklah sekarang. langsung tidak ada kata-kata pujukan langsung biarpun aku tidak mengharapkannya. malah untuk meminta maaf pun terasa ego sangat. untuk apa aku memberinya peluang sekiranya benda yang sama akan dilakukannya berkali-kali tanpa ada serik. lama kami berkeadaan begitu.

   Zainal tidak lagi beriak. dia diam sahaja. tiba-tiba Zainal mengerang sakit. luluh hati sesiapa yang mendengarnya. bagaikan terdengar-dengar suara dalamannya yang jarang-jarang terhasil. itu tandanya seseorang itu benar-benar dalam kesakitan. ah.. mungkin berpura-pura saja barangkali sengaja mahu mendapatkan perhatian dariku.

   sekali lagi Zainal mengerang. kali ini lagi menggamit hiba. aku tak mampu bertahan. lalu aku dekatkan diriku ketubuhnya. sesungguhnya aku masih wajib menjalankan segala kewajipanku selaku isterinya.

   "kenapa ni? sakit sangat ke?" sudah tahu bertanya pula. dahi Zainal berkerut-kerut menahan sakit. seksa aku melihatnya.

  Zainal hanya mengangguk. aku bawa tanganku memegang perutnya yang dipegang dan diramasnya. kena gastrik ke? aku maklum, Zainal memang ada gastrik sebelum ini.

   "jangan-jangan abang kena gastrik lagi tak?" aku sekadar meneka. kelihatan liang roma didahinya mengeluarkan peluh halus.

   "bukan... yang ni lain...arghh.. abang rasa sejuuuk sangat.." sampai menggigil tubuhnya kuperhatikan. perasaan sudah lain. hilang marah berganti simpati. dia yang dulu pernah memanjaiku dan sekarang meminta aku memanjainya. perlukah aku?

   aku lantas bungkus seluruh tubuhnya dengan selimut tebal. aku dah tak tahu nak buat apa dah.
cuma satu sahaja yang terlintas difikiran. aku harus pujuk dia supaya ke hospital.
 
    "abang... dengar cakap Fiya ni... kalau abang masih sayangkan Fiya, ikut cakap Fiya ni..." ada tangisan dalam jiwa ini seusai mengucap kata berupa pujukan selemah imanku tadi.

   "please... demi Fiya... itupun kalau abang masih sayangkan Fiya. kalau abang tak nak pergi, that's mean abang dah tak sayangkan Fiya..." rasa malu kubuang jauh-jauh. aku memakukan pandangan penuh empati padanya. buatnya yang kini dalam belenggu kesakitan.

   "baiklah... kita ke hospital sekarang..." walau suaranya kedengaran begitu lemah sekali namun ada sebutir senyuman yang terpamer diwajahnya. penuh kerahsiaan. cuma Zainal yang mampu tahu makna yang tersirat.

   "okay good. Fiya nak call mama kejap!"

   "buat?"

 ish!! takkan masih tak faham.

   "abang kan tak larat nak drive. biar orang lain yang drive kereta then hantar abang ke hospital" terangku penuh jelas. aku tunduk sekali lagi mengucup dahinya.Zainal tidak membantah. bagus!

   "sabar... ini ujian yang sangat kecil buat abang" aku bisik perlahan ditelinganya. matanya yang terkelip-kelip semakin meredup. bukan niat untuk membalas dendam tapi sebagai peringatan. apa juga yang kita buat pada orang lain akan dibalas oleh Allah. didunia dan juga diakhirat. DIA maha adil!
 
   aku melepaskan genggaman tangannya dan mengeluarkan telefon dari dalam beg tanganku.

   "aduh... bateri habis pulak! masalah betullah" aku lupa mengecas telefonku semalam yang sudah hampir nyawa nyawa ikan. bateri dah kong!

   "pinjam telefon abang boleh tak? bateri telefon Fiya dah kong!" aku sekadar unjukkan telefonku yang gelap skrinnya menandakan sudah tidak mampu beroperasi. dengan mata yang sedikit terpejam, Zainal menganggukan kepalanya. sakit sangat ke? tapi sakit dihatiku seribu kali lebih perit!

   "ambik kat atas meja tu..." mataku masih menatap wajahnya. sungguh hatiku rasa sangat lain. ada sesuatu yang telah berlaku dalam hubungan kami dan aku sangat yakin ada kena mengena dengan penyakit Zainal. aku pasti kali ini!

    aku terus capai telefon bimbit Zainal yang berada diatas meja solek dengan hanya selangkah. aku dail nombor telefon emak yang sudah kuhafal angkanya. sakit hatiku ternampak betapa banyaknya panggilan yang dibuat oleh shasha. tapi tak ada pulak aku nampak panggilan yang dibuat dari telefon  ini ke nombor telefon shasha. ah! boleh saja Zainal sudah padam semuanya. manalah tahu kan?

   "hello! assalamualaikum ma."

   "walaikumussalam Fiya. hah, ada apa-apa ke Fiya?"

  "ma! boleh tak mama datang ke rumah sekarang?"

  "kenapa ni?" dah mula gelabah.

  "err.. abang demam panas lah ma. badan abang panas sangat." aku toleh sekilas Zainal. nampak macam dia nak bangun tapi tak berdaya.
   
   "aih! dah berapa lama Zainal sakit? masa mama datang kat situ haritu tak ada pulak tanda-tanda nak demam. lagipun suami kamu tu memang jarang dapat demam. tambah-tambah demam panas."

  "Fiya pun tak sedar ma. rasenyerr semalam ok je abang. tak sangka pulak abang jatuh sakit malam ni..." aku toleh lagi kearah Zainal apabila terdengar dia mendecit.

   "ma.. cepat datang sini ye ma! abang nampak sakit sangat... tolong ye ma..."

   "oklah... kamu tunggu aje mama sampai kat situ. jangan biarkan Zainal drive. kejap lagi mama sampai.. assalamualaikum.."
 
   "walaikumussalam ma... thanks ma.." aku matikan telefon dan meletakkannya diatas katil. tubuh Zainal yang cuba dibangunkan jatuh semula diatas tilam. seksa mata ini menanggung pandangan yang menyakitkan.

  "abang okay tak ni?" memang aku sangat risaukannya. bohonglah kalau aku membencinya kerana buat masa ini aku memang pencinta tegarnya.

  Zainal sekadar menggeleng. lemah sangat. akukah yang terlalu mengabaikan keperluan suamiku?
 
   "Fiya dah call mama. kejap lagi sampailah tu.. abang tahan ye... abang tunggu kat sini dulu. Fiya nak surutkan suhu badan abang" sempat aku tunduk dan mengucup dahinya. panas! memang sangat panas dahinya.

   "thanks..." sempat telinga kecil ini menangkap suaranya yang bergetar sebelum aku melangkah ke almari pakaian dan mengeluarkan satu helai sapu tangan milik suami yang sudah tidak dipakainya. cepat-cepat aku masuk kedalam bilik air dan mengambil bekas air lalu kurendamkan sa[u tangan tadi kedalamnya. aku keluar dari bilik mandi dengan bersama bekas mengandungi sedikit air didalamnya. sampai dibirai katil, aku letakkan mangkuk kaca diatas tilam sebelum memeras sapu tangan yang sudah basah kuyup. kemudian aku tekap sapu tangan yang agak dingin tadi diatas dahinya. itu sahaja  yang termampu untukku buat sekarang sementara menunggu mama sampai dan membawa Zainal ke hospital berdekatan. aku tak pasti kemana mama akan membawa Zainal, asalkan bukan di PPUM. itu sudah memadai. tak sanggup aku melihat tubuh suamiku disentuh oleh si shasha yang tentu akan menggeletis mahu menolong merawat suamiku disana kelak. tak sanggup aku bayangkan.  minta dijauhkan ya Allah! KAUlah yang maha mendengar suara hatiku...

   hampir setengah jam selepas itu, mama sampai dan terus naik ke bilik. aku memang sengaja tidak memapah Zainal kerana aku tak larat menampung berat tubuhnya. bayangkan beratnya hampir mencecah 80 kg dengan ketinggian 182 cm. aku pulak sekadar 60kg dengan ketinggian 170 cm. memang aku boleh jatuh. tambah-tambah dengan kehadiran benih kami dalam rahimku. aku tak mahu berlaku apa-apa. that's it! bukannya mementingkan diri sendiri tetapi sekiranya aku jatuh, maka Zainal juga akan jatuh dan paling teruk, mungkin aku akan keguguran sekali lagi. sudahlah Zainal belum kuberitahu akan kandunganku yang saban hari ditunggunya sebelum peristiwa pahit tempoh hari. semoga ada cahaya kebahagiaan buat kami sekeluarga. amin...

   aku hanya sempat mengemas sedikit barang-barang keperluan Zainal termasuk dua helai kain untuk dipakainya balik nanti sekiranya ditahan didalam wad dan selebihnya aku masukkan bahan bacaan kerana Zainal seorang ulat buku. sebagai tidak mahu membosankannya sahaja. siapa tak tahu berada didalam wad sangat membosankan.

  abang anuar, abah dan pak deris membantu memapah Zainal turun ke tingkat bawah. tubuh itu kelihatan sangat tidak bermaya dan langsung tidak mampu membantu dirinya sendiri. kalaulah aku lambat balik tadi, mungkin keadaan Zainal semakin teruk.

   "mujur kamu cepat telefon mama tadi Fiya. teruk sangat demam suami kamu tu. tak pernah-pernah Zainal demam sampai begitu sekali sebelum ni."

   aku tidak mencelah. membiarkan emak melahirkan kerisauan hatinya. hati seorang ibu begitulah fitrahnya. tak mungkin sanggup melihat anak mereka sendiri dalam keadaan menderita.

   ###############

   Zainal ditahan didalam wad. memang sudah ku agak.

aku, mama, abah masih berada didalam bilik yang menempatkan bilik rawatan Zainal. nasib baiklah mama menghantar Zainal ke hospital pantai yang terletak di ampang. Zainal masih tertidur setelah tubuhnya dimasukkan cecair tambahan. kata doktor yang merawatnya tadi, Zainal dijangkiti kuman dalam darahnya. sama seperti yang berlaku pada emak dulu. terus aku khabarkan berita buruk itu kepada orang tua di kampung termasuk abang-abangku yang bekerja di sekitar selangor dan Kuala Lumpur. bukan memaksa mereka untuk datang menjenguk Zainal tapi sekiranya ada kesempatan lagi elok. semoga dengan bantuan doa mereka semua, zaina akan lebih cepat sembuh. baru saja tadi nurse mengambil sampel darah Zainal untuk dihantar ke makmal untuk mengesahkan jenis kuman yang menjangkiti darahnya. mudah-mudahan bukan kuman yang berbahaya.

   aku menyuruh mama dan abah untuk pulang untuk berehat. lagipun hari sudah masuk pukul 12 malam. mama nampak begitu mengantuk.

   "baiklah... kamu jaga diri baik-baik tau. jangan lupa telefon mama kalau Zainal dah sedar."
 
   "ye ma.."

kami berpelukan sekejap dan aku salam tangan abah. mereka meminta diri sekali lagi sebelum kelibat menghilang dibalik pintu.

   aku ambil tempat duduk disisi Zainal. cukup mewah bilik rawatannya. kelas pertama jenis perkhidmatannya. sehinggakan mengalahkan hospital makhota milik Dato' karim.

   wajah 'sakit' Zainal ku tatap penuh perasaan. masih ada cinta yang berdenyut menyebut namanya. cinta itu kadangkala menyentap, kadangkala mengghairahkan dan kadangkala juga membahagiakan. bergantung pada diri kita untuk merasainya. aku sudah merasai ketiga-tiga rasa itu.

  'Zainal.. bangun Zainal... katakan padaku, awak masih memerlukanku...'

tak terluah kata-kata itu. tersangkut dalam tenggorok yang basah. aku telan air liur yang terasa kelat.
aku berdiri dan bersandar pada katil. tangan yang pernah menghadiahkan penampar sulung ke pipinya membelai halus pelipisnya. aku merasa sangat berdosa. berdosa dan berdosa!

   'Zainal kalaulah awak tahu...'

ahh.. peritnya untuk mengungkap rahsia hati. biarlah aku pendam dalam-dalam. biar aku yang merasainya.. biar aku sendiri menanggungnya kerana kau mungkin tidak mampu memahaminya. emnggapainya pun mungkin tak terjangkau oleh tanganmu. panjang tapi tak berguna. minta maaf!

   lama melangut ditepi katil melihat dan mendengar dengkuran halus Zainal, aku mula terasa bosan. aku pasang TV yang tersedia tanpa mengeluarkan suara. tidak mahu mengganggu lena Zainal. biarkan dia rehat secukupnya. itu kata doktor yang merawatnya tadi.

   bila aku rasa mengantuk, aku bangun dari kerusi tepi katil dna melangkah menuju ke sofa empuk.

   'sedapnya tidur kat sini...'

  aku berbaring diatas sofa yang sudah tersedia disitu. bilik kelas elit memang menyediakan semua kelengkapan seperti dirumah sendiri. TV, akuarium, meja perabot, 'dapur' kecil dan tandas persendirian. aku sudah memanaskan air untuk Zainal sebaik dia terjaga nanti. mata terasa berat sangat. seusai membaca doa tidur, aku menoleh sekilas kearah katil Zainal yang hanya beberapa langkah sahaja jaraknya. dapat aku nampak wajahnya dari bilik yang disuramkan cahayanya. lena sangat nampaknya. tidurlah wahai suamiku...

  kejap lagi nurse akan masuk dua jam sekali. biarlah nurse mengambil haknya malam ini. aku mahu rehatkan diri. kandunganku harus ku jaga dengan sebaiknya. sudah aku pahatkan dalam diri agar memberitahu akan kehamilan ini sebaik dia terjaga nanti. moga tiada yang menghalangnya...

   aku baca ayat kursi tiga kali seperti selalu...

    bismillah... aku mahu masuk tidur ya Allah, bangunkan aku bila masuk solat subuh....

   #############

   "sayang... bangun sayang... dah masuk subuh ni..."

terpisat-pisat mataku apabila telinga  yang memang sensitif pada sebarang bunyi hatta sewaktu tidur ini mendengar bisikan perlahan ditepi telinga. buntang mataku melihat wajah Zainal didepan mataku dengan senyuman yang biasa.

   "jom, solat subuh..." aku tak pedulikan ajakannya sebaliknya menyentuh dahinya dengan belakang tangan.

   "Alhamdulillah.. dah kurang demamnya. abang dah rasa okay tak?" aku rasa masih mengantuk sebenarnya. tambah-tambah masih gelap. macam nak sambung tidur sekejap. rasa baru aje terlelap tadi.
 
   Zainal labuhkan punggungnya disebelah kepalaku yang berbaring. kemudian...

   "sempitlah bang... perut Fiya rasa tak enak..." aku tolak perlahan dadanya yang menghimpit tubuhku. suka benar menyelit diruang yang sempit macam ni.

   "sorryy.. sorry sayang... anak papa tak apa-apa kan?"

   "hah?" ya Allah. macam mana dia tahu??

   "abang dah tahu ke?"

  "urm.. dah lama..."

  aku tak percaya dia cakap macam tu. mahu bangkit tapi terhalang oleh tubuh suami.

  "abang tak marah?"

  "no... kecil hati aje.. a little bit.." nafasnya yang segar berbau colgate menampar halus pipiku. mulutnya yang hampir berbaring didekat pipiku didekatkan lagi sehingga mengenai telingaku. geli!

  "siapa bagitahu abang?" belum hilang rasa terkejut dari tadi. tertanya-tanya sejak bila Zainal dapat mengintai diriku. kehamilanku.

   "noboby... i knew by myself... dan abang... abang... minta maaf sangat-sangat..." terasa seluruh tubuhku seram sejuk apabila tangannya memelukku begitu erat. bergegar tubuh itu sebaik wajahnya disembamkan diatas dadaku.

   "abang minta maaf sangat sangat..."

   "Fiya tak faham?"

"abang hampir membunuh anak kita malam tu... abang .. abang tak sedar diri masa itu... " karut!

  aku tolak kepalanya yang melekat diatas dada. terasa sesak nafasku menampung berat kepalanya walaupun tak berapa berat sangat. semuanya sebab baby dalam perutku.

   "lupakan hal yang lepas. Fiya tak boleh ingat benda-benda tu buat masa sekarang. if you want me to stay by your side for this time being, better never mention the past. it hurts me so much... i know what i want and what inside my heart.. so please, jangan ingatkan Fiya tentang malam itu..." sebak dan sesak jiwaku.

   Zainal tidak bersuara dan tiba-tiba sahaja dia meleraikan pelukan dan melangkah ke katilnya. selayaknya dia harus berada disitu sampai benar-benar sembuh. ini tak, baru semalam, dah pandai merayau.
 
   solat subuh!

  eh, lupa pulak.

  "abang nak sambung tidur ke? tak nak solat subuh dulu?" aku bertanya dari sofa sambil membetulkan selendang di kepala. semalam aku sudah memesan, sekiranya ada lelaki atau nurse non-muslim yang mahu masuk memeriksa keadaan Zainal, terlebih dahulu maklumkan padaku agar auratku tidak terdedah. dosa suami sudah terlalu banyak dan tidak mahu menambahkan dosanya. dosaku juga tentu akan bertambah.

    melihat Zainal yang tidak menjawab soalanku, aku menarik nafas dalam-dalam. pagi-pagi dah buat hal!

   dengan langkah yang malas, aku mara kekatil. Zainal sedang berbaring mengiring membelakangiku dan menghadap dinding.

   aku beratkan punggung dibirai katil dan menggoyangkan bahunya perlahan sambil memanggil namanya.

   "abang...solat subuh..." sebutku perlahan. aku goyangkan bahunya sekali lagi. juga dengan lembut.

   "abang minta maaf.. abang minta maaf.. abang minta maaf... abang minta maaf..." suara itu bergetar. aku terlopong. Zainal memusingkan tubuhnya. jelas matanya dan pipinya berairmata. lebat mengalir turun bagai air hujan. sebagai seorang perempuan, hatiku terusik jua...

   "abang minta maaf sayang... maafkan abang.. maafkan papa nak... maafkan papa.. papa jahat.. papa jahat.. papa jahat..." ulangnya berkali-kali. namun hati ini bagaikan keras untuk menyebut kemaafan buatnya. jahatkan aku?

    makin basah wajah itu. aku cari tangannya dan menggenggam dengan erat. sebelah tangan lagi mengusap lembut kepalanya.

   "sudahlah bang.. lupakanlah... Fiya sebaik mungkin cuba memaafkan abang. hati fiya masih sakit. from now on, Fiya cuba lupakan kesilapan yang abang dah buat. kecurangan yang abang dah palitkan. yang Fiya harapkan, jangan putus asa meminta maaf dari Fiya..."

   "abang faham...abang faham.. i'm so sorry.. tapi percayalah abang janji tak akan curang lagi. abang janji.."

   "jangan janji kalau tak mampu menepati bang... buruk padahnya..." aku tarik tanganku perlahan lalu terlerailah genggaman kami. aku biarkan tanganku berlari diwajahnya. Zainal mengambil jemariku dan dibawanya kemulut. menciumnya dan mengucupnya. penuh hiba. sebak...

   "jom solat!"

Zainal bangkit dengan segera. tubuhnya nampak sudah kembali bertenaga. banding dengan semalam, memang terlalu jauh perbezaannya. dan masih banyak lagi persoalan yang belum kuutarakan padanya. nantilah bila ada masa yang lapang. pasti akan ku tanyakan padanya bagaimana mengapa dan kenapa. satu persatu akan kutanyakan bagai kandang mahkamah sedang bersidang. isteri bertikam lidah dengan suami. suatu trend masa kini! oh.. alangkah peritnya asam rumahtangga zaman dajjal laknatullah ini...



bersambung....

 




 



   

3 comments:

Anonymous said...

pendeknyaaaaaaaaa. nak lagiii.

nithia said...

hi,
harap zainal dah sedar ye... tak nak lagi minah yang tak cukup kain dengan ayahnya yang giler.. biar dua x2 mati kena gilis dengan lori sampah ke lori balak ke apa apa ajelah....... asalkan zainal dengan fiya aje....

Anonymous said...

saya mengikuti blog anda dan juga blog "alibaba" ..jika tak salah short form kepada "aku lelaki ibarat buaya air"..
dan dgrnya anda sudah insaf utk utarakan kisah2 bg 18sx..good
tp komen ruangan ini..skrip anda masih lemah/tak kuat..
ayat2 didapati tak berapa kuat..ada part2 mcm tergantung
usaha lagi..
sorry jika komen ini tak disukai..