"jangan pedulikan Fiya!! pergi!! pergi!!" esakanku makin menjadi-jadi.
"sayang.. buka pintu ni sayang..."
pujukan dan bujukan Zainal tidak mampu menawan rajukku. lama aku berkurung diri didalam biik air. apabila ketukan dipintu sudah tiada, aku segera menguak daun pintu tetapi malangnya Zainal terus menangkapku dan mencempung tubuhku naik ke atas katil.
"aaaah!! lepaskan Fiya!! lepaskan!!" aku meronta sekuat hati. Zainal tidak langsung mengendah. malah dihempasnya tubuhku diatas tilam. matanya begitu garang seperti ingin menerkamku.
"boleh tak kau diam?? aku sumbat mulut kau tu karang baru tahu!!" tempikan Zainal menakutkanku namun ego sebagai seorang isteri tidak semudah goyah.
"sumbatlah!! lelaki pengecut! dayus!!"
pang!!!
aku pegang pipiku yang terasa berbirat.
"kurang ajar!!"
pang!!!
aku balas tamparan diwajahnya. dengan kekuatan yang aku ada, terus aku berlari sekuat hati masuk semula ke dalam bilik air.
"heii!!! tunggu!! kurang ajar punya isteri!! aku bunuh kau!!" makin bergema tempikan zainal. bagaikan sudah kerasukan. nasibku amat baik kerana dapat meloloskan diri daripada amarahnya tadi. aku bersandar didinding. pintu bilik air sudah kukunci. tak mungkin Zainal dapat pecahkan pintu yang keras.
"buka pintu ni!!! buka!!"
banyak kali Zainal meranduk daun pintu tetapi gagal. tenaganya tidak seampuh kekerasan daun pintu. dalam kesejukan pagi, aku tertidur diatas lantai disatu sudut bilik air dalam keadaan terduduk. paginya, Zainal sudah hilang dan dua hari dia tidak menampakkan dirinya dirumah ini. pergilah kalau itu mahumu...
No comments:
Post a Comment