Saturday, December 10, 2011

Jauh Aku Berlari 1

  "Nur tak nak ayah! Nur tak nak!" aku sempat paut tangan ayah sebaik ayah bangun mahu keluar dari bilik. langkahnya terhenti. ayah rentap tangannya dengan kasar. dapat aku rasakan matanya mencerlung merenungku walaupun aku kini tertunduk.
 
  "jangan degil cakap ayah!! ayah tak suka anak ayah bantah perintah ayah! kamu faham tak ni Nur safiya??" jeritan ayah menakutkanku. perlahan aku mengangguk.

  "kenapa sampai nak menjerit pulak ni bang? abang tak malu ke orang sebelah dengar?"

  "cuba awak jangan masuk urusan abang!!! abang tahu apa yang abang buat!!"
aku kerling mak yang duduk dibirai katilku. mak menunduk. sayu raut wajahnya. ah! aku memang berdosa pada orang tuaku. tapi aku punya hak. ayah tarik tanganku dan suruh aku duduk dibirai katil dengan emak. mak peluk bahuku. ayah berdiri bercekak pinggang didepan kami.

   "ayah faham perasaan kamu nak. tapi ayah dah terima lamaran tu. majlis akan dilangsungkan tak berapa lama lagi. jangan buat ayah menanggung malu Nur!"

  "tapi kenapa ayah tak maklumkan Nur? Nur berhak tentukan samada nak terima atau nak tolak lamaran lelaki tu!"

   "apa Nur cakap ni? kamu tu masih budak belasan tahun, belum tahu soal rumahtangga. biar ayah yang tentukan jodoh kamu. kamu tak ada hak nak bantah"
 
  "tidak ayah! ayah silap! Nur berhak tentukan arah hidup Nur sendiri! ayah tak berhak kongkong Nur" aku bangkang penuh kata-kata ayah. makin mencerlung mata ayah. matanya membesar bagai mahu menerkamku. ah! peduli apa aku!

  "kamu jangan nak berkurang ajar dengan ayah! kamu masih dibawah tanggungan ayah! jangan nak derhaka!"

  "Nur tak derhaka ayah tapi ayah tak boleh paksa Nur dalam soal masa depan Nur!"

   "pandai betul kamu menjawab!! ayah pantang tengok anak ayah berdegil dengan ayah!"

  "bukan Nur nak berkurang ajar ayah tapi Nur rasa Nur ada hak untuk tentukan jalan hidup Nur. Nur belum cukup dewasa untuk jadi isteri. tolong yah! Nur tak nak kahwin dengan lelaki tu ayah!" aku capai tangan ayah mahu meminta simpati darinya.

  "tolonglah ayah! Nur mohon sangat dekat ayah! Nur belum matang ayah..."

  "ahh!! ayah tak kira! kamu kena kahwin juga dengan lelaki pilihan ayah! kalau tidak kamu boleh keluar dari rumah ayah!" ayah rentap keras tangannya. aku menggeleng tidak percaya. aku tak boleh terima. ini soal masa depan aku. ayah memang dah melampau.

    "ayah! jangan buat Nur begini ayah! tolonglah ayah! Nur nak sambung study Nur!" tubuhku melorot dari birai katil dan jatuh ke atas lantai. terus aku peluk kaki ayah. disitulah aku lampiaskan tangisanku. ayah rungkaikan pelukanku. ayah membelakangiku. aku memeluk lagi belakang lutut ayah. kenapa hati ayah sekeras ini?

   "baik! kalau kamu nak sangat sambung study kamu tu! ayah izinkan! tapi ayah tak nak masuk campur dah urusan kamu lepas ni! dan ingat baik baik... sebaik sahaja kamu melangkah keluar dari rumah ni kamu bukan anak ayah lagi!" ayah renggut lagi kakinya. aku tertiarap di atas lantai. meraung-raung meminta simpati tapi ayah langsung tak endah. sebak sangat kurasakan. terlalu... airmata keluar merambu-rambu. aku menangis mengongoi.

   "sabar sayang" bahuku dipeluk. aku kalihkan badan dan terus peluk emak. aku menangis didada emak. kuhamburkan semua emak tangisku disitu.

   "jangan begini sayang. nanti sakit kamu tambah teruk. nanti mama pujuk ayah ya" terasa ubun-ubunku diusap. keprihatinan emak membuatkan aku bertambah sebak. mengapa ayah tidak seperti emak yang sentiasa menyokong tindakanku.
 
  "mak.... Nur tak nak kahwin lagi mak..." dalam terenjut-enjut aku bersuara. baruku mak usap. penuh kelembutan dengan sentuhan seorang ibu tapi masih gagal menenangkan kegalauan di hatiku.

   "dasar anak manja!!"

   "bang... kenapa perlu paksa anak kita kalau dia tak nak bang? itukan tak baik namanya."

   "awak diam!!"

ayah menempik tiba-tiba. kecut perutku. semakin kuat emak memelukku. kali pertama ayah berperangai kasar didepan mataku. apakah ayah terlalu mengharapkan perkahwinan ini? tuhan... hamba buntu. hamba keliru dengan semua ini.

   "bang... ingat sikit abang tu ada penyakit jantung! kenapa sampai nak marah-marah anak pula! kalau dia tak nak tak payahlah paksa!"

  "abang kata diam!! diamlah!! awak faham bahasa ke tak?? hah??"

   "dan kau safiya!! hebat sangat ke diri kau tu sampai sanggup ketepikan harapan seorang ayah? sampai berani bangkang kata-kata seorang ayah!  hah safiya?? jawab!!"

   aku semakin tidak berani buka mulut langsung kerana sekali lagi bergemuruh darahku mendengar tempikan lantang ayah. marah sangat dia padaku. adakah aku yang terlalu keras kepala? tapi aku punya cita-cita yang harus aku lunaskan. impianku adalah membawa keluargaku dari kepompong kemiskinan. dengan usahaku sendiri. bukan melalui perkahwinan. itu adalah menumpang harta orang. itu bukan matlamatku. aku tak suka mengambil hak orang lain. tidakkah ayah faham cita-cita dan kemahuan anak ayah sendiri? sampai hati ayah.... fahamilah jiwa ini ayah yang hanya butuhkan sedikit sokongan dari ayah...
 
  "jangan sekali-kali derhaka pada ayah!! ayah paling tak suka anak ayah jadi orang yang degil!! kau dengar cakap ayah ni safiya!!"

   perlahan aku mengangguk. rasa-rasanya terhambur semua kesabaran yang selama ini ayah anuti. keluar aje dari bilik aku, ayah menghempas pintu dengan kuat. nak protes lah tu!

  salah aku kah...???

  ##########

   aku terjaga. tercungap-cungap kepenatan.

 "allahumma solli 'ala sayyidina muhammad!" aku ulang baca tiga kali dalam satu nafas. kemudian aku peluk bantal kuat-kuat. basah tubuhku dengan peluh muda. terbayang-bayang kembali mimpiku yang mengarut tadi. ah! mengarut sungguh!

  kononnya, aku bermimpi sedang bersanding dengan seorang putera raja diatas singgahsana yang sungguh cantik. dikelilingi oleh taman-taman dengan rama-rama yang berterbangan dan hinggap di pakaian yang tersarug di tubuhku. tapi yang peliknya, aku tak nampak pula pengantin lelakinya. pengantin lelaki tidak ada? pelik betul!

  seingat aku, yang aku tahu, aku sedang bersanding waktu itu. pelik betul mimpi mengarut tu. ah! mainan tidur agaknya.

  puas mengingat semula mimpi tadi, aku berfikir benda lain. fikiran melayang-layang memikirkan jodohku. jangan pernah katakan aku tak pernah berusaha. sudah berkali-kali aku bangun di tengah-tengah malam dan kadangkala pada awal sepertiga pagi semata-mata untuk menunaikan solat istikharah namun masih belum mendapat jawabannya. ah! buntunya...

 malam ini aku malas nak buat solat istikharah. takut mimpi yang sama akan berulang. merepek aje mimpi tu! tak bagi hint langsung.

   aku terasa pundi kencing meminta dikosongkan. aku bangun dan perlahan-lahan turun dari katil usang. sebelum itu aku selak kelambu yang merintangi seluruh kawasan katilku. selalunya mak yang tolong pasangkan untuk anak daranya sorang ni selepas aku tertidur pukul 9 malam tadi. kata pegawai kesihatan yang melawat kampungku baru-baru ini, semua rumah harus memakai kelambu untuk mengurangkan gigitan nyamuk aedes aegyptii dan nyamuk anopheles betina. nyamuk yang boleh mendatangkan penyakit bawaan vektor seperti demam denggi dan malaria kerana dikampungku setiap tahun ada sahaja yang meninggal dunia akibat diserang oleh demam pembunuh tu.

   aku melangkah lemah menuju ke tandas selang bilik ayah dan mak yang terletak dihujung dan terbelakang sekali dalam rumah usang milik peninggalan arwah atuk mat. dirumah, kami berkongsi satu kamar mandi dan tandas yang sama dengan seisi rumah. ketika melintasi bilik ayah, aku terdengar perbualan. suara mak dan ayah yang sayup-sayup kedengaran dari luar bilik. aku dengar nama dato syeikh Mahmud  a.k.a bapa pada bakal suami aku itupun kalau jadilah disebut-sebut mereka. hilang terus rasa nak buang air kencing. terlintas difikiran untuk berbuat sesuatu. dengan penuh berhati-hati, aku tekapkan telinga ke dinding bilik ayah yang berlubang-lubang. aku tahu berdosa bagiku mencuri dengar perbualan orang lain tapi ini berkaitan dengan masa depanku. aku berhak tahu siapa lelaki yang terdesak tu. aku harus tahu! harus! ini bukan mengintip ok!
 
 aku menanti lagi perbualan mereka. berdetap-detup jantung ini menahan kegugupan. ini benar-benar kerja gila! kerja yang tak pernah aku buat selama ini. Allah! ampunkan aku...

   "abang suka sangat dengan bakal menantu kita tu kiah! dia baik dengan abang walaupun baru pertama kali abang jumpa dengannya tempoh hari semasa abang berjumpa dengan Dato kat KL. abang dilayan dengan begitu baik. abang terasa sangat dihormati. dia salam tangan abang. dia peluk abang walaupun dia tahu abang ni orang yang sangat miskin dan bau hamis... sebab tu abang benar-benar nak dia jadi menantu kita! abang yakin dia dapat jaga anak kita dengan baik! dato dah didik dia dengan baik sejak kecil lagi dan abang yakin sangat dia boleh bimbing rumahtangganya dengan baik! abang yakin sangat kiah..." itu suara sayu ayah. ya Allah! ayah menangis? betulkah? setahu aku hati ayah seorang yang sangat kental. ah.. aku tak percaya!!

  makin membuak-buak perasaan ingin tahu.

   "entahlah abangnya... saya kasihan pulak tengok anak kita tu. dia asyik aje berkurung dalam bilik. makan pun dah tak lalu... mungkin bukan jodoh lah tu kot! abang kena fahami perasaan anak kita juga" suara emak menjawab. begitu tingginya harga sebuah kasih-sayang seorang bergelar ibu. mak sangat memahami perasaanku, satu-satunya anak perempuan mak. aku terharu sangat. kalau boleh aku nak peluk juga mak masa ni. tapi aku bertahan. tak mahu teresak. takut mereka perasan aku sedang pasang telinga dibalik rengkuhan pintu yang sedikit terbuka. hanya cahaya dari rembulan sedikit menerangi bilik ayah yang suram suram.

   aku dengar lagi ayah sedikit teresak. takkan sampai begitu sekali?

  "abang tahu awak! abang faham perasaan anak kita! tapi abang teringin sangat nak bermenantukan lelaki tu! abang tak pernah lagi jumpa lelaki muda sebaik Zainal. Zainal tak sombong walaupun berharta. punya kerja yang mantap. anak dato datin pun banyak yang berminat nak kahwin dengan dia tapi anak kita juga yang dicarinya. tak ke awak rasa anak kita bertuah dipilih menjadi isteri Zainal?" oh! nama lelaki tu Zainal rupanya. spontan bibirku mencebik. kerana lelaki tu ayahku menangis. hebat sungguh awak ya Zainal sampai boleh membuatkan ayah saya sedih. lakonan awak memang mantaplah! syabas! congratulations Zainal taik kucing! awak layak dianugerahkan pelakon lelaki terbaik dalam oscar awards. tapi sayangnya awak terlalu murah dimata aku. aku benci dengan kahwin paksa. aku tak suka!!
 
  "imah kena tolong abang pujuk budak tu esok. walau apapun yang berlaku abang tetap nak safiya menikah dengan calon pilihan abang!!" aku tak nak!!!!!!! maaak jangaan!!

  "entahlah bang..." Alhamdulillah!!

  "entah apa lagi ni? abang cuma nak awak pujuk anak manja awak tu supaya menikah dengan lelaki pilihan abang! abang tak kira! awak kena pujuk dia juga! abang tahu dia tak sanggup lukakan hati emak dia!! abang tahu sangat hati dia tu! anak emak!" ayah ni tak habis-habis nak paksa aku kawin. ayah ingat kekayaan tu menjamin kebahagiaan ke. lainlah kalau aku yang kaya. itu lain cerita. dan aku berdebar-debar menunggu apa pulak yang mak nak jawab.

  "imah tak tahu bang..." aku cam itu suara emak yang benar-benar dalam dilema. mama kena pilih antara dua. antara suami dengan anak. tapi aku tahu emak sesekali tidak akan menderhaka ayah. emak kan anak ustaz lebai kat kampung ni. cuma bukan hajah aje. tak cukup duit untuk ke mekah. insya-allah mak! bila Nur dah berjaya nanti. Nur akan sponsor mak dan ayah satu set haji dan percutian ke eropah. yang penting sekarang mak sokong nur ye mak. ya Allah! perkenankanlah permohonan hamba yang hina dina ini.

  aku dengar ayah bersuara lagi. ada sedikit unsur bengang dalam nadanya.

  "cuba awak fikir baik-baik imah, tak kemana pun anak awak tu nanti! belajar tinggi-tinggi setinggi langit sekalipun anak awak tu ke dapur juga nanti bila dia dah kawin!!" siapa kata??? arghhh ayah!!! itu tak betul ayah!!!!! nur boleh buktikan yang nur boleh keluarkan keluarga kita dari kepompong kemiskinan walaupun tanpa perlu berkawin dengan anak orang kaya. nur akan buktikan satu hari nanti ayah.

  "tapi bang..."

cepat-cepat aku besarkan semula lubang telinga. tidak mahu terlepas apa-apa.

  "awak ikut saja yang saya suruh! bukan susah pun! fiya kan rapat sangat dengan awak! alah pandai pandai lah awak pujuk dia. kalau kena dengan caranya, insya-allah hatinya akan lembut lah tu. lepas ni kita buat solat sunat minta anak kita dilembutkan hati untuk terima lamaran lelaki tu. mudah-mudahan lelaki tu yang terbaik untuk anak kita. insya-allah! allah maha mendengar" lembut dan tulus ucapan ayah. tapi nur masih muda ayah. insya-allah kalau lelaki tu lamar nur lepas nur dah habis belajar, nur ikhlas terima dia ayah. tapi tidak sekarang. nur baru 18 tahun. nur tak sedia galas tanggungjawab tu. berat bagi nur yah. berat sangat...ayah

  "baiklah.. kalau itu yang abang nak saya buat, saya akan cuba. tapi jangan salahkan saya kalau fiya larikan diri dari rumah ni. abang yang harus bertanggungjawab kalau terjadi apa-apa pada fiya.." sekali lagi aku rasa nak menangis. emak sangat memahami diriku. tapi ayah tak. ayah memang suka memaksa anak-anaknya berbuat sesuatu yang bukan-bukan. kadang-kadang aku sampai naik bosan dengan perangai ayah tapi tidaklah aku pamerkan didepan mak atau ayah. aku pendamkan semuanya dalam hati.

  lepas tu aku dah malas nak dengar perbualan tak berfaedah tu. hati aku jadi sakit bila mengingati semula kata-kata ayah. perlu ke ayah buat begitu sampai memaksa anaknya kawin. eii.. aku tak sukalah perangai ayah ni!

  aku masuk semula dalam bilik. aku kunci pintu dan bersandar pada daun pintu. Allah, aku mohon padamu agar kau berikan hamba kekuatan dan ketabahan mengharungi apa jua masalah yang hamba bakal hadapi. amin. aku tekup muka dengan kedua telapak tangan. cincin lamaran yang ayah suruh pakai kutanggalkan. aku sisipkan dibawah tilam. cincin emas tu memang mahal harganya. cantik dan berkilau bila terkena cahaya. tapi ayah. ah! ayah memang mata duitan. baru disogok dengan sedikit kekayaan, terus jadi megah. bukan aku tidak tahu mulut-mulut orang kampung begitu becok bercerita mengenai lamaran dari kota tempoh hari. rini, sahabat karibku mengkhabarkan padaku berita tersebut lewat petang kelmarin. tak lain tak bukan ayah yang hebohkan berita tu. ayah memang suka cari masalah. aku juga yang terseksa. ayah langsung tak pandai fahami hati anaknya ini.

  ah! baik aku tidur. aku baca surah al-ikhlas tiga kali. surah al-kafirun tiga kali dan ayat kursi dua kali sebagai pendinding diriku daripada gangguan syaitan sepanjang aku tertidur kerana akan ada malaikat yang akan melindungiku nanti. bismillah... tidurlah wahai hati yang terluka...

###############

   selepas bersolat subuh beramai-ramai, kami bersalam-salaman dan bermaaf-maafan. aku cium dulu tangan emak kerana kami satu saf. mak cium dahi aku. kemudian aku peluk mak erat-erat. ada airmata yang bergenang ditubir mata. aku lepaskan pelukan kemudian aku mara kedepan dan cium tangan ayah. walaupun aku tengah marahkan ayah, aku tetap menghormatinya. selama ini aku tak pernah derhaka pada ayah. cuma kerana hal kawin paksa, aku terpaksa sedikit derhaka. aku kena pertahankan pendirianku. sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang benar.

  masuk semula kebilik, aku lipat kain telekung dan sejadah yang kubawa tadi dan aku letakkan diatas satu rak pakaian. aku tak suka sangkutkan telekung di almari. nanti kedap baunya. lagipun aku jarang cuci kain telekungku, sebulan sekali sahaja. itu dah dikira baik daripada kawanku rini, dia tak basuh langsung kain telekungnya. dahlah gemuk gedempul. Allah! ampunkan aku.

  perlahan-lahan aku rebahkan tubuh dan berbaring diatas katil. tilam yang kupakai sudah berusia lebih sepuluh tahun. sudah tidak terasa keanjalannya. tilam ini sangat bererti bagiku kerana tilam inilah yang mendekatkan aku pada arwah atuk. masih lagi aku ingat, arwah atuk beli tilam ni dekat seorang peniaga kain yang berbangsa bangladesh yang selalu lalu-lalang sambil membunyikan lonceng aiskrim apabila lalu didepan rumah. tapi tidak sampai sebulan pun arwah atuk guna tilam ni, tiba-tiba atuk tinggalkan kami akibat terkena serangan jantung. dari situlah ayah mewarisi penyakit itu. sedih sangat dengan pemergian arwah atuk. terasa sangat kehilangan. aku terlalu rapat dengan arwah atuk kerana sering memanjakanku lebih daripada ayah kandungku sendiri. arwah atuk suka pujuk aku setiap kali aku merajuk kerana dimarahi ayah. arwah atuk selalu lindung aku waktu ayah tengah marah-marah. arwah atuklah lelaki hebat dimataku waktu dulu-dulu seawal usia aku baru menginjak umur tujuh tahun. waktu itulah arwah meninggal. arwah nenek pulak sudah lama meninggal semasa aku belum mengenal orang kerana disihir orang yang mendengkinya. yang ada sekarang cuma ada atuk lebai dan nek hajah, ayah dan ibu sebelah emak yang tinggal berdekatan dengan masjid kampung ini.

mendengar ketukan dipintu, cepat saja lamunanku melayang. terus aku berkalih hadap pintu dalam posisi masih berbaring malas.

  "fiya! boleh mak masuk sekejap?"
oh! emak rupanya.

  "masuklah mak!"

aku peluk bantal yang juga sudah usang. wajah emak mucul setelah pintu dibuka.

  "ada apa mak?"

   "adalah..."

dalam hati, aku sudah dapat mengagak apa tujuan mak.

 mak tutup pintu dan lempar senyum paginya. aku balas. mataku ralit memerhati langkahan kaki mak menuju kekatil tempat ku berbaring. emak hanya memakai baju kurung kedah yang sudah agak lusuh. dimataku mak tak ubah seperti anak dara tua yang memikat. mak masih cantik walaupun usia dah mencecah separuh abad. maka tak hairanlah sekiranya ayah begitu setia mati pada mak. pernah sekali waktu itu aku baru berumur empat belas tahun, cikgu faridah anum yang juga pernah mengajarku subjek bahasa inggeris disekolah menengah di kampungku telah terpikat dengan ayah dan menghantar rombongan peminangan. ceritanya begini, hujung minggu itu dalam kira-kira pukul tiga petang dengan cuaca yang mendung dan agak tenang dengan angin sepoi-sepoi yang datang dari jelapang sawah meniup atap zink rumah, aku dan rini sedang duduk diberanda sambil mengulangkaji pelajaran subjek matematik.

   terkejut kami apabila beberapa buah kereta yang agak mewah kurasakan milik orang dari kota masuk ke laman rumah. dengan penuh rasa teruja bercampur rasa terkejut, terus aku berlari masuk dalam rumah dan memanggil ayah dan emak yang tengah berborak didalam bilik. emak demam waktu itu. abang-abangku, sufry, shahirul dan syamil yang tengah syok menonton televisyen juga kuberitahu. kami semua berkumpul diruang tamu yang tidak begitu luas tetapi cukup untuk menampung dalam dua puluh orang. ayah turun ke halaman dan menyapa hormat rombongan tersebut. sebaik rombongan tiba dipelantaran tangga rumah, ayah ajak mereka untuk masuk. pakaian mereka semuanya serba-serbi cantik dan bergaya. setelah mereka semua mengambil tempat duduk bersila. seorang wanita yang aku rasakan bonda pada cikgu faridah memandangkan iras wajah mereka sama, akhirnya meluahkan hasrat kedatangan mereka. dan dikatakan kedatangan rombongan dari kota tersebut adalah untuk meminang seseorang. terkejut kami semua. mati-mati kami ingat rombongan tersebut tersesat kerana di rumah tidak ada seorang gadis pun yang layak dibuat bini. yang ada, cuma aku sorang. itupun tak mungkin. sebaik ditanyakan pinangan daripada siapa dan kepada siapa, bertambah terkejut kami seisi keluarga. abang-abang aku sudah tergelak ketawa. tak ada sopan betul. muka mak dah macam nak menangis aje. muka ayah pula biasa-biasa saja. paling aku tidak percaya apabila ayah dengan selambanya menarik tangan emak untuk berdiri dan terus memeluk pinggang emak dihadapan orang ramai dan meminta maaf kepada pihak rombongan tersebut kerana ayah tidak dapat menerima pinangan daripada cikgu faridah anum. atau dalam erti kata yang lebih sopan, ayah menolak peminangan tersebut. emak menangis waktu itu juga kerana mungkin aku rasa emak amat terharu. aku turut sama menangis. kami bertiga berpelukan. abang-abangku masih dengan gelak ketawa diorang. tak faham betul aku dengan abang-abang aku tu. pihak rombongan pula pulang dengan wajah yang hampa dan aku lihat sesetengah daripada mereka mempamerkan wajah masam mencuka terutamanya bonda cikgu faridah anum. cikgu faridah anum! hrmm... namanya secantik orangnya tetapi sayangnya mak lagi jauh lebih cantik daripada cikgu faridah. sejak dari itulah aku dimusuhi oleh cikgu faridah. mungkin kerana lamarannya ditolak olah ayah. salah ke kalau ayah menolak? pelik betul. dia masih begitu muda baru dua puluh tiga tahun dan bergetah tetapi dicarinya juga ayahku. memanglah ayahku lelaki yang paling kacak di kampung dan juga memiliki tubuh yang sangat tegap kerana kuat bekerja tetapi buat apa handsome kalau hidup miskin tegar. mana nak disuapkan nasi dekat mulut si cikgu tu sekiranya ayah terima pinangan perempuan tu. dan bila...

   "fiya... fiya... kenapa ni? dari tadi mak panggil tak pandai nak menyahut!! budak ni..." emak membebel. aku terkebil-kebil. baru aku perasan emak sudah duduk dibirai katil dengan tangannya menggoncang bahuku.

  "err... takde pape lah mak. nur mengelamun tadi. maaf!" aku pegang tangan mak yang berada dibahuku. aku senyum kat mak. mak balas senyum aku.

   "hrmm... dah! buang lamunan kamu tu! tak habis-habis nak mengelamun! dah nak jadi isteri orang pun masih bersikap budak-budak!" waktu itu juga mataku terbongkang. tidak percaya emak cakap begitu. maksudnya... memang betul tekaanku tadi. aku kawal perasaanku.

  "alah mak... biarlah nur mengelamun! bukannya nur nak kawin pun. nur nak habiskan study nur then barulah nur akan kawin bila dah dapat kerja... mak sokong nur kan mak?" aku perasan airmuka mak berubah suram. aku faham fikiran mak tengah berkecamuk sekarang. tangan mak tadi beralih membelai rambutku. aku pasti mak berasa serba salah.

  "nur safiya..." suara emak cukup sayu. aku kemam bibir. pandangan kutundukkan merenung tanganku sendiri. aku tahu emak pasti akan ikut cakap ayah juga. kalau macam ni, aku rasa aku akan kalah juga.

  "mak tahu apa yang fiya rasa..."
aku menunggu butir seterusnya. aku tahu mak juga terpaksa.

  "semalam ayah dan mak bincang tentang hal ni. ayah suruh mak pujuk fiya supaya terima lamaran tu. fiya terima ya sayang. demi mak..." aku tidak menjawab. aku tak tahu nak jawab apa. aku benar-benar tersepit. antara cita-cita dan harapan mak dan ayah. aku tak tahu mana satu harus aku dahulukan.

  "ayah harap sangat mak dapat pujuk fiya nak. mak tak boleh bantah kata-kata ayah. ayah ketua dalam keluarga ni. ayah adalah suami mak yang harus mak taati walau macam mana sekalipun keadaan. mak minta maaf tapi mak cuma minta sedikit aje fiya. terimalah lamaran lelaki tu. demi mak... tolong mak fiya. mak tak nak jadi isteri derhaka" mak menangis dibahu aku. aku terus peluk mak. aku diam tidak juga bersuara. aku buntu. sangat-sangat buntu. emak gunakan ketaatan sebagai seorang isteri untuk memujukku. sesungguhnya, ayah sangat bertuah memiliki isteri seperti mak. aku juga bertuah mempunya seorang ibu seperti mak. suami dan keluarga dipentingkan melebihi yang lain. dan itu membuatkan aku semakin tersepit.

  "mak tahu fiya belum bersedia. mak tahu nak. mak faham. tapi fiya kena faham juga perasaan ayah Nur. ayah adalah ketua dalam keluarga kita Nur. selagi Nur belum berkahwin selagi itulah ayah bertanggungjawab pada Nur"

  "betul cakap mak kamu tu! fiya kena ikut cakap ayah. kawin dengan lelaki tu ya nak. tolong ayah ya nak" aku dan mak terus berpaling ke arah pintu. ayah mendekati kami.darahku naik gemuruh. aku tak tahu nak buat apa dah. ayah duduk disebelah mak. dari renungan mata ayah, aku tahu ayah terlalu mengharap. aku dapat baca dari riak sendu diwajahnya.

  "tolong ayah sayang. untuk kali ini saja ayah melutut pada fiya sayang. tolong terima lamaran tu. ayah mohon sayang..." ayah menangis. hatiku hiba. tapi aku masih tetap dengan pendirianku. emak juga menangis. perlukah aku korbankan cita-citaku? tuhanku... bukakanku  jalan untukku mencari penyelesaian.

  "dengar cakap mak ni sayang! ikut saja apa yang ayah kamu suruh! mak yakin sangat fiya akan bahagia dengan suami fiya nanti! bakal suami fiya dari golongan yang berada sayang. cuba fiya fikir, kalau fiya berkahwin dengan bakal suami fiya tu kita tak lagi hidup miskin begini. kita akan tinggal dirumah yang baru dan lebih baik dari ini. dengar cakap mak ni ya sayang.." tingginya harapan mak membuat aku semakin bingung.

  "mak... fiya tak tahu mak..."

 pantas emak menggeleng.

  aku renung wajah mak yang begitu menampakkan kesungguhan. tapi aku masih terlalu muda untuk menggalas tanggungjawab besar itu. aku takut aku tidak mampu.

  "mak... kenapa nur harus kahwin dengan anak orang kaya mak? kita tak sama taraf dengan mereka mak! nur tak nak nanti kita dituduh menumpang kesenangan keluarga lelaki tu. lagipun nur belum bersedia jadi isteri orang. nur tahu kita akan hidup senang lepas nur kahwin dengan lelaki tu tapi...aaaaa" tubuhku ditarik turun segera dari katil.

  "sini kau!!!!"

  "abang!!! lepaskan fiya!!!!"

emak peluk tubuhku dari belakang.

  "kamu jangan masuk campur!!!!!!! ini urusan aku dengan budak kurang ajar ni!!"
ayah tolak emak. pelukan terlerai. tubuhku menggigil. aku menangis.

  "ayah tolong...jangan pukul fiya..."

  pang!!!!
 
  "abang!!!!!"

aku jatuh di lantai. aku tidak percaya dengan apa yang baru aku alami sebentar tadi. aku sentuh pipiku dengan tangan yang menggigil. ada darah panas yang mengalir dari bibir. ayah sedang bercekak pinggang menghadapku dengan wajahnya yang menyinga. aku tak mampu mengelap airmata yang mengalir ke pipi. jantung berdenyut cemas.

  "dasar anak tak mengenang budi!!!" muka ayah menyinga betul-betul didepan mukaku. berdesing telingaku sangat-sangat.
 
  "abang!! jangan bang!!! cukuplah tu!!!" emak peluk tubuhku. aku menangis dalam pelukan mak. bersabung tangisan kami.

  "aku dah cakap jangan masuk campur urusan aku!!!! pergi!!!" ayah tarik tubuh mak dan campakkan kekatil. ayah mara kearahku.

   "ayah... ampunkan Nur ayah..." suaraku tenggelam dalam esak tangis. tetapi ayah langsung tidak menghiraukan. dalam keadaan ku yang rebah, sekali lagi ayah menampar pipiku sehingga terpaling wajahku kearah bertentangan. sakitnya hanya Allah yang tahu.

  "abang... sabar bang! takkan abang nak bunuh anak sendiri! istighfar bang!" emak cuba menenangkan ayah. tubuhku semakin menggigil. takut sangat. inilah kali pertama ayah marah sebegini. tahulah aku kini betapa ayah benar-benar sudah tidak tertahan dengan keras kepalaku.

   "anak ni perlu diajar!! dah pandai melawan cakap aku sekarang ya!! sini kau!!!"

ayah tarik tanganku untuk supaya berdiri. belum aku dapat keseimbangan, tubuhku ditolak kasar sehingga kepalaku terhantuk ke dinding. ayah mara dan mencekik leherku. aku cuba lepaskan tangan ayah.
 
   "aaa..aaa.. aa... Nur..."

   "mati kau!!!!"

   "abang... lepaskan anak kita bang!!! jangan jadi gila bang!!!" emak memukul tangan ayah yang mencekikku.

   "biarkan abang!!! abang benci anak kurang ajar ni!!! dasar anak sial!!! mampus kau!!" makin kuat tangan ayah mencengkam leherku. terasa salur darah ke otakku tersumbat. kepalaku mula rasa pening dan terasa mual sangat tekakku.

    "mak tolong Nur mak..." esakanku bertambah nyaring. nafasku tersekat. tercungap-cungap mulutku menarik nafas. terbayang-bayang nyawaku melayang sebentar sahaja lagi.
   
    "lepaskan fiya bang! mati anak kita tu nanti!!!!lepaskan dia bang!!!abang sedar tak apa yang abang buat ni hah??? lepaskan fiya bang!!! lepaskan!!!" emak memukul kedua tangan ayah yang mencekik leherku. tapi tenaga ayah yang seperti sudah dirasuk syaitan tidak boleh dikalahkan lagi. aku pandang mata mak dalam-dalam. tolong nur mak..

    "biar dia rasakan!!! abang lagi suka kalau dia mampus!! abang benci ada anak yang tak mendengar kata!!!" serentak dengan itu tangan ayah  mencengkam rahangku dengan kuat. hampir patah rasanya.

  "ayah.. sakit yah!" aku cuba menolak tangan ayah tetapi tenagaku terlalu lemah. tubuhku tidak berdaya untuk berbuat apa lagi. aku pasrah. mataku hampir tertutup. kesakitan yang kualami sakit sangat sehingga menyengat sampai ke kepala.

  "istighfar bang! istighfar!" jeritan emak yang turut sama menangis semakin menakutkanku.

   "mati kau anak sial!!!"

cengkaman tangan ayah semakin kuat. sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu. kali ini aku pasrah sahaja akan kemahuan ayah. aku akan turuti semua kemahuan ayah. datang perasaan menyesal kerana menjadi anak derhaka. andai saja aku tak degil...

  "tolong pak deris!!! ayah dia nak bunuh anaknya!! cepaat!!!! tolong aku pak deris..."

   "Imran!!! lepaskan anak kau imran!! kenapa kau seksa anak kau?? sabar imran sabar!!" aku sudah hampir pitam saat itu. terasa tangan ayah yang mencekikku bergoncang. aku dah tak nampak apa-apa lagi.

   "tidak!!! lebih baik aku bunuh saja anak kurang ajar ni! tahu memalukan keluarga saja!!" ya allah... panjangkan nyawaku..

  "imran!!! jangan jadi orang gila!!! lepaskan safiya!!!" semakin sayup suara pak deris kedengaran di cuping telingaku. aku rasa sudah tiada peluang untuk hidup lagi. beginikah caraku dijemput menemui tuhan? hatiku menangis sangat-sangat. bibirku terketar-ketar mengucapkan kalimah syahadah. aku tahu hanya bibirku sahaja yang bergerak tetapi suaraku tersangkut dihalkum tempat nyawaku ditarik sebentar lagi. namun seperti doaku dimakbulkan dengan cepat apabila ayah melepaskan cengkaman tangannya. terasa tubuhku melayang-layang sebelum terhempas bagaikan nangka busuk di atas lantai rumah. kepala terhantuk kuat ke dinding. allahuakbar!

  "Nur! bangun Nur! jangan tinggalkan mak! bangun Nur! bangun!" tubuhku digoncang kuat. berkali-kali. aku celikkan mata yang perit. pandanganku berpinar-pinar. wajah-wajah yang memerhatikanku nampak berpusing-pusing.

  "maaa..k... sa...kii...tt ..." aduku terlalu lemah suaraku. kepalaku mak usap dan mak kucup dahiku berkali-kali.

   "sakit kat mana sayang? sakit kat mana? beritahu mak! bagitahu mak sayang! biar mak tiup..." suara mak juga kedengaran sebak. aku tahu mak juga terlalu sedih melihat keadaanku. sebaliknya pujukan emak menambahkan rasa sayu dihatiku. rasa tersisih sangat kerana diperlakukan oleh ayah sebegitu. mujur pak deris ada, kalau tak mungkin aku dah lama jadi arwah.

   "sa...ki..tt.... ke..paa..la... Nur.. maa..k..." sungguh! hendak menyebut sebutir perkataan pun sangat payah. seperti hilang semua kepetahanku selama ini.
 
   "bangun!!! tahu pun kau rasa sakit kan?? tapi kamu tak tahu hati ayah lagi sakit!!!" kepalaku serta-merta dibangunkan dari riba mak. tubuhku disandarkan dengan kasar pada tubuh mak. sampai hati ayah memperlakukan anaknya sebegini. hilang sudah semua sifat lemah-lembut ayah padaku. aku semakin membenci lelaki pilihan ayah. kerana dialah ayah memusuhiku. kerana lelaki itulah aku terpaksa menempuh kesakitan ini. aku akan balas dendam pada lelaki itu. dalam pada menahan kesakitan yang maha hebat, aku merancang untuk melancarkan misi balas dendamku pada lelaki itu.

  "sekali lagi aku tanya kau!!! kau nak kahwin dengan lelaki tu atau tidak?? jawab cepat!!!" dengan kasar ayah menanyaku. lenyap sudah suara lembutnya hanya dalam sekelip mata. itu membuatkan dendamku pada lelaki itu menyala-nyala.
 
  "jawab cepat!!!!" kedua bahuku digoncang kuat.

   "abang.. dahlah tu! kenapa dengan abang ni?? kalau ya pun janganlah sampai membunuh anak!"

   "aaahhh!! aku tak ada anak yang kurang ajar macam anak kau ni!!!"

  mendengarkan kata-kata ayah itu hatiku hancur. remuk redam. aku langsung tidak pernah menyangka ayah kesayanganku akan melontarkan kata-kata yang sangat menghiris hatiku. kaya sangatkah keluarga lelaki itu sehingga ayah sanggup mahu membunuh anaknya sendiri? apa sangat yang ada pada lelaki itu?? aku benci lelaki itu!! aku benci!!! amarahku meluap-luap bagai api dalam bara.

   "heii!! jawablah bodoh!!!"

   aku merenung mata ayah dalam-dalam. garang wajahnya menggambarkan dia benar-benar mahu aku menuruti arahannya. kali ini aku tahu aku harus mengalah sahaja. demi membahagiakan hati ayah dan mak. lagipun aku ada misi tersendiri. akhirnya aku mengangguk lemah tanpa suara. sejurus kemudian emak memeluk tubuhku penuh erat. aku ditenangkan. merambu-rambu airmataku menuruni pipiku.

   "sabar sayang... mama ada kat sini! jangan nangis lagi.."

  "sudah!! jangan asyik nak melalak aje!! bising tahu tak!!!"

esakanku terhenti serta-merta. hanya sedu sedan yang tertahan-tahan sahaja.

  "abang.. dahlah tu! kan Nur dah setuju terima lamaran tu!"

  "awak diam!! abang tahu apa yang abang lakukan! jangan asyik nak membela aje!! ingatkan pada anak manja awak tu majlis nikah akan dibuat dalam tempoh sebulan sahaja lagi! semua persiapan dan hantaran pengantin perempuan dah mereka uruskan. dah ada lelaki baik yang nak kahwin dengan dia, menolak pula. sengaja tolak tuah. heeyy... budak-budak sekarang... dah pandai melawan cakap orang tua. melampau!!"

  kelancangan mulut ayah membuatkan aku terseksa. seperti semuanya sudah seperti dirancangkan dan pihak lelaki macam tahu-tahu aje aku tak akan tolak lamaran tu. patutlah ayah beria-ia memujukku supaya menerima lamaran mengejut tersebut dari kota pagi tadi. lamaran yang membuatkan aku terpaksa korbankan kerjayaku. aku tahu tentu ada sesuatu yang tidak kena. pengantin lelaki bagaikan terdesak sahaja hendak mencari calon pengantin perempuan. atau jangan-jangan... astaghfirullahalazim! aku tak dapat bayangkan sekiranya apa yang berlegar dimindaku adalah benar! tiba-tiba aku terasa seperti mahu menarik balik persetujuanku tadi.

  "mak! Nur..."

  "Nur Safiya!!! jangan sekali-kali kamu mungki janji kamu!!! awas!! ayah tak teragak-agak bunuh kamu kalau kamu cuba larikan diri!! jangan ingat ayah bergurau dengan kata-kata ayah ni! ingat tu!!" ternyata apa yang baru hendak kuluahkan sudah ayah cantas. terasa seperti nyawaku melayang. ayah pula terus mengajak pak deris keluar dari bilik tidurku. setelah kelibat ayah hilang dari pandangan, tangisanku bersambung semula.

  "mak... kenapa mesti Nur mak? kenapa mak?" aku menangis teresak-esak diriba emak.

  "sabar sayang... semua yang berlaku pasti ada hikmahnya!  mak pasti dan yakin sangat Nur akan bahagia dengan bakal suami Nur!" ah! emak mana tahu benda yang disembunyikan oleh keluarga lelaki keparat tu. aku akan musnahkan keluarga itu! aku benci mereka!!!

  "mak minta maaf pasal perbuatan ayah tadi! mak tahu ayah tak sengaja!"

aku mendiamkan diri. malas mahu berbalah dengan emak atau sesiapapun lagi kecuali si lelaki keparat tu.

   "Nur tunggu kat sini ya nak! mak nak ambik ubat kejap! kesian anak mak ni! pengantin baru tapi bibir pecah! teruk betul ayah kamu tu!" sempat mak mengutuk ayah. aku hanya tergelak dalam hati. emak mencium pipiku sebelum keluar dari ruang bilikku. perlahan-lahan aku cuba bangkit dan dalam kepayahan itu aku membaringkan tubuhku di atas katil usangku.

   tawar sudah hatiku untuk menjalani hidup ku sehari-hari. apa gunanya aku hidup sekiranya aku bakal hidup terkurung di sangkar istana lelaki itu. nama saja orang kota tapi otak taruk dalam kepala lutut. lelaki bongok!!! tolol!!!
###########
       langkah ku cepatkan apabila jam ditangan sudah menunjukkan pukul satu tengahari. terbongkang-bongkang langkahku menaiki eskalator untuk ke ruangan restoran ekslusif tersebut. sebaik sahaja tiba di pintu masuk restoran tertutup itu, aku menenangkan hatiku.

  "cool Nur! cool! calm down ok! buat apa nak takut mamat poyo tu? huh!" aku menyuntik semangatku dalam diam. aku tahu aku sudah terlewat lima minit dari waktu yang telah dijanjikan. tetapi bukan salahku juga. ketiadaan bas dari kampung menuju ke bandar pahang membuatkan aku tersekat lama ditempat tunggu bas di kampung. sampailah aku tiba di kota KL ni yang sudah lama ku tak jejak kaki. aku kesisni sebenarnya nak berjumpa dengan mamat tu. tiba-tiba aje aku dapat panggilan dari mamat tu nak buat perjumpaan mengenai hubungan kami yang bakal berlangsung. dan yang tidak baiknya adalah nama mamat tu panjang sangat. itu belum lagi disambung dengan nama bapanya. huh! berbelit lidahku menyebut namanya. harap-harap nama anak kami nanti tidak ikut nama bapanya. ishh.. apa yang aku merepek ni!! syuuhh syyuuhhh... minta dijauhkan. tidak mungkin aku menimang zuriat dengan lelaki poyo tu.

  "sorry miss! may i help you?"

 aku segera menoleh. nampak wajah dan juga tubuh beruniform seorang pelayan yang bekerja disitu. aku membalas senyumannya. aku tahu senyumanku agak kelat waktu itu. manalah aku biasa makan ditempat mewah begini. kalau bukan kerana lelaki itu yang mempelawaku, tentu aku tidak berpeluang masuk ke restoran yang aku rasa agak popular di kota metropolitan ini.

  "err... actually! i had been invited someone to meet here! his name is Syeikh Zainal Rasyeed!" huh! siapa kata orang kampung tidak boleh berbahasa inggeris dengan baik. riak pulak tiba-tiba. sempat lagi tu!

 pelayan tersebut mengangguk.

  "and you must be Nur Safiya right!?" semakin lebar senyuman yang terseungging dibibir pelayan yang agak manis dan kecil molek pada pandanganku.

  "that's very true! i'm Nur Safiya!"

   "you are very special you know! i'm so jealous!" kata pelayan tersebut tiba-tiba. paling tidak okay bila nampak dia tersengih-sengih. entah...

   "excuse me! what do you meant im lucky?" berkerut dahiku. tanganku ditarik dan pantas dia bisikkan sesuatu.

    "the guy that you're going to date with is very handsome man! pandai you cari laki eh!!! nakal!"

    "hah!"

tak rasa macam terkejut pun. biasalah lelaki kota sering dikaitkan dengan penampilan yang tampan. tapi apa kes? ada aku peduli. tapi aku cepat control jiwa. tak mahu pelayan tu pandang lain dekat aku. siapalah yang terhingin dengan lelaki tu. hak..hak.. ptuuiihh...

   "kenapa? tak percaya?"

    "tak...tak.. bukan macam tu! tapi saya memang tak pernah nampak pun lelaki tu..."
aku rimas dah ni...
   
   senyuman meleret diwajahnya. kenapa?

    "ok takpe! it's okay! i'll show your seat after this and you'll see your handsome man! bertuahnya badan you! oh ya! by the way, i'm kartina. i'm working here for almost eight years!"

   "wow! setianya awak..."

   "well. i like this place actually! selalu jumpa artis-artis kat sini. and i can make a friend with them. that's why i love this place yet my job are really comfortable"

  "hrm.. that's so good!"

  "yeah! thanks. okay, let me help you! he's been waiting you there already!"

   "okay. jomlah!"

  tanganku ditarik lembut menuju ketempat yang agak tersembunyi dari kebanyakan pengunjung. apahal dengan mamat ni? kalau nak jumpa secara berdua biarlah ditempat yang terang dan tersuluh! rasa benci memikirkan yang aku bakal duduk berduaan dengan Zainal.

   "why here? betul ke dia nak jumpa saya kat tempat tercorot macam ni?"

    "it's a romantic place what!"

    "tapi saya takutlah cik.... nanti kalau dia apa-apakan saya macam mana?" serentak itu aku cuba hentikan langkahan namun tarikan gadis itu membantutkan niat. terpaksa aku ikut dia jalan.

   "cik... don't worry ok! he's not that typo! i'm very sure he's so good and elegant man!"

    "yelah baiklah sangat..."
dalam tak sedar aku merengus. sukar mengawal kata hati apabila berkaitan dengan 'bakal suami'.

     "believe me ok!"

dan aku ditarik masuk kedalam satu bilik khas yang lebih ekslusif dari yang diluar. tenang Nur.. cool... bismillah...!

    "subhanallah...cantiknya...cik! what place is this, miss kartina? such a beautiful place! wah... an excel decoration..cantik...sangat..."

  terpesona aku melihat hiasan dan bunga-bungaan disekeliling dinding dan siling. bunga yang berwarna warni digantung disetiap sudut menambahkan rasa kagum. sangat cantik sekali gubahannya. lampu warna warni yang menenangkan jiwa dipasang seiring dengan muzik yang sentimental beralun lembut dan sayup.

    "this hall called romantica hall! this place serves for those who have a dating! like you two!"
kartina jeling mengejek. aku angkat bahu. tak suka dikaitkan dengan hal-hal percintaan.

    "yeh maybe!" aku sengih kat kartina. waktu itu barulah tanganku dilepaskan. aku dengar saja penerangan pelayan tersebut. mulalah dia buka cerita mengenai tempat itu yang pertama kali dirasmikan oleh mendiang princess diana secara tidak langsung sewaktu mendiang melawat malaysia berkurun lamanya dahulu. aku berasa sangat kagum. bukan calang-calang tempat ini sebenarnya.

    "actually, kita dah hampir sampai miss! for once again i say you're so so worthy for having a such perfect date partner like him! he's so gorgeous you! haha... so i nak you ambik mood and please enjoy it okay!" bulu roma mula menegak. pujiannya sangat melangit. kenal sangat ke dia dengan 'bakal' suami' aku tu? istimewa sangat ke 'bakal suami' aku tu sehinggakan pelayan tersebut beria-ia berkata begitu?

   "fikir apa?"

    "hurmm.. takde pape!"

kartina hanya angguk. faham kot!

     "come!"

aku senyum tak ikhlas. sorry!

    aku ikut cik kartina dari belakang sambil mata menelusuri keindahan dewan romantica dan lempar senyuman apabila ada yang menegur. aku tak mahu dikatakan seorang yang sombong. aku perempuan yang terdidik dengan agama. ayah dan mak lah gurunya.

    "cuba tengok tu!"

    "hah? come again!"
mana aku tak terkejut bila tiba-tiba disergah begitu.

    "tuuu laaa... over there... itulah lelaki yang nak jumpa cik safiya! nampak tak?"
 aku ikut arah telunjuk jari telujuk pelayan tadi.

   bola mata memfokus serta-merta pada sesusuk tubuh lelaki yang duduk membelakangi kami. itukah Syeikh Muhammad Zainal Rasheed? tegap susuk tubuhnya. nampak kerangka tubuhnya disebalik T-shirt ketat yang tersarung di tubuhnya. he's not typical Malay guy i thought. he's more to western style. ranggi dan simple. Zainal kelihatan seperti sedang membelek-belek telefonnya sambil bersandar pada kerusi elegan. rambutnya agak sedikit panjang mencecah bahu dan disikat kemas. sesekali aku lihat rambutnya dikuak. tidak salah kalau aku katakan, lelaki tersebut punya aura yang sangat memikat. dari pandangan belakangnya sahaja aku dah tahu Zainal tentu berwajah menarik. baju t-shirt round neck putih yang tersarung ditubuhnya juga kena dengan dirinya. sasa! tengkuknya pula putih melepak! wow! what a good impression! aku mencebik. benci dengan kebenaran tersebut.

   "handsome right? i've told you. let's meet him. come! follow me!"

  tangan aku ditarik. kali ini lagi laju langkahan kaki kami sampailah tiba ditempat Zainal  duduk. ternyata dia tidak perasan dengan kehadiran kitorang. masih leka dengan telefonnya sambil tersenyum-senyum macam orang biul. pelayan tersebut berdehem. Zainal segera berpaling melihat kami dan kebetulan aku melihat ke tempat lain. hanya sipi-sipi sahaja wajahnya kelihatan tadi. entah kenapa rasa berdebar sahaja jantungku saat ini. ini yang buat aku naik geram. tak ada ribut tetiba jantung ni nak buat hal. rasa sepi pula tiba-tiba. what's wrong?

  aku kerling kartina yang berdiri dengan penuh anggun disebelahku. baru aku sedar pelayan tersebut terlentok sana sini. tangannya bermain-main dengan rambutnya yang panjang dan hitam. cantik...

  huh! perempuan ini perlu disedarkan. aku tarik nafas kuat-kuat sebelum berdehem.
   
   "miss... are you okay?"

   "err...ya..ya.... err.. sir! here's your date partner, miss Nur safiya! please be introduce! and miss safiya, this is mr. Zainal Rasheed!" Zainal tidak menyahut. aku buang sekejap rasa meluat. bukan begini caraku melayan orang. tidak pernah aku bermasam muka kecuali lelaki dihadapanku sekarang. aku balas renungannya dan lempar senyuman mesra sebagai tanda perkenalan.

   "Assalamualaikum! saya Safiya Kahar!" tangan kanan kuletak kedada manakala badan dan kepala sedikit membongkok tanda menyapa hormat. aku tidak bersalam dengan lelaki bukan muhrimku. itu bukan budayaku.
   
  "what happen?" aku tanya pada kartina. rasa canggung diperhatikan oleh mata gatal Zainal.

   "maybe because you're too beautiful miss..." hah! takkanlah...
geramnya aku pada si Zainal ni. korek mata tu kang baru tau!

    "sir... are you okay?" kartina menyoal perlahan.
barulah lelaki itu terkebil-kebil. kena sampuk agaknya.

  "ya.. i'm okay! i'm okay!"  huh! nasib baik...

   "here i bring your princess sir! like what you've ordered!"

    "sure! thanks miss kartina! err.. let me guess...you're Nur Safiya Binti Kahar right?"

   "yup! i have mention it earlier!"

Zainal menggumam bibir. kening dijungkit. dia pandang lama muka aku lepas berkalih dari merenung telefon bimbitnya. aku angkat bahu sahaja manakala pelayan tersebut menggeleng.

  "so, awaklah bakal isteri I tu?" dah tahu, buat apa bertanya. aku malas nak jawab. bukan aku yang beria nak kahwin.

   "i don't know sir! eh.. sorry! you meant... she is your wife to be..? oh! how great! congrats sir! and to you too miss... tak sangka you all dah nak kahwin! ingatkan baru dalam proses perkenalan!" aku jabat salam yang kartina hulur.aku hanya senyum simpul.

   hampir sahaja aku jeritkan aku kena paksa kahwin!! tapi itu perkara yang paling biadab, lebih baik aku diam. mamat tu pula tergelak sinis. i noticed it!

   "so, bila nak kahwin?"

aku jungkit bahu. malas mahu jawab soalan bonus tu. tak ada faedah pun.

  "so, please have a sit my princess!"

  "terima kasih" orang kata musuh jangan sesekali dicari.

  aku maju ke depan dan tarik kerusi kemudian duduk bertentangan dengannya. dan ya allah! hampir meletup jantung ini saat  mata kami bertentangan. subhanallah! matanya cantik sangat. baru aku sedar. walaupun tampak garang tetapi dan bersinar-sinar dan kebiruan. tadi tak perasan pulak akibat terlalu teruja dengan tempat lawa ni.

   "ehem... handsome sangat ke saya ni sampai darling tenung I macam tu?"

   ya allah! malunya...

terus aku toleh tempat lain. aku jeling pelayan tadi. tersengih-sengih dia sambil jungkit kening.

gelaklah!!

   "kan i dah kata this guy is damn hot! now you believe me right?" dari belakang, kartina bisik ke telingaku. aku diam saja. mungkin..

   dan aku tahu lelaki tersebut masih lagi merenungku begitu lama. rimas dengan mata gatal itu, aku bermain-main dengan tali beg tangan yang ayah hadiahkan kerana bersetuju menerima lamaran lelaki yang sedang berada dihadapanku sekarang ini.

  "you may go miss! thanks! i'll call you if any!"  Zainal bersuara. menarik sangat suaranya dipendengaran seorang wanita. astaghfirulahalazim... tapi sebagai seorang yang terdidik dengan agama aku anggap itu sebagai ujian bagi seorang gadis kampung sepertiku yang jarang terserempak dengan lelaki metropolitan yang penuh dengan tipu daya. tapi tidak dapat aku pertikaikan. Zainal memang typical lelaki kota. besar kemungkinan dia seorang playboy atau lebih teruk lagi mungkin seorang kasanova. tuhan... moga anggapan ini hanya sekadar salah sangka.

   berfikir apa gelaran yang perlu aku panggil untuk mamat ni. you? oh! formal sangat. boleh kut kalau dah lama-lama nanti. tapi tidak untuk kali ini. awak? oh no! sebolehnya aku tak nak terlalu mesra dengan dia. kalau encik? hrmm boleh juga.

  "so, apa tujuan encik nak jumpa dengan saya ni?" aku memulakan sesi ice-breaking setelah pelayan tersebut berlalu. sempat katrina meminta nombor telefon Zainal. artis ke apa dia ni? tapi tak pernah nampak pun dia kat mana-mana media massa. model kut!

  "kenapa lambat?" soalan pertamanya membuatkan aku mula merangka alasan. aku soal, dia pulak soal aku balik. ah! lantaklah

   "encik sendiri tahu kan yang saya ni baru aje sampai dari kampung nun jauh sana! i think it'll be okay if i came a bit late!" aku dengar dia ketawa sinis. penuh sinis.

  "perangai orang kampung memang begini ke? suka mungkir janji and tak pandai tepati masa! betullah kata mama, orang kampung tetap orang kampung. fikiran masih tak kembang-kembang" sekali lagi dia ketawa sinis. memang melampau betul mamat ni!!

   mata kami bertentangan. jelas-jelas tersungging senyuman penuh sinis di bibirnya. aisshh.. tak boleh jadi ni!!

    pedulilah kalau aku dijamukan dengan raut wajah tampannya. aku masih boleh mengelakkan diri. ingat dia hebat sangat ke! ptuiihh!! kalau bukan kerana ayah, sikit pun aku tak nak jumpa lelaki sombong ni.

  "straight to the point lah! apa sebenarnya tujuan encik nak jumpa saya ni? kalau setakat nak perli saya! baik tak payahlah! encik jangan ingat, mentang-mentang saya ni orang kampung encik boleh cakap sesuka hati. memburukkan-burukkan kami sebagai orang kampung! apa orang kota pandai sangat ke?" keras kata-kataku membidas. menggali amarah Zainal yang bedebah. nampaknya buku dah bertemu ruas.

  "wo wo wo! relaks okay! you ni cepat melenting lah!" itu pulak yang dia cakap. huh! macamlah aku tak tahu taktiknya. cuaklah tu! aku pro lah dalam bidang psikologi ni. aku ni bekas  bekas ketua pembimbing rakan sebaya tau.

  biarlah kalau aku berasa riak sekalipun! memang patut pun! aku paling tak suka pada orang yang memandang orang lain hanya berdasarkan taraf sosioekonomi. aku tahulah aku orang kampung! tak payahlah nak mengutuk. kurang ajar betul!!

  "so, cakaplah apa yang encik nak bagitahu sangat tu!" aku cuba mendesaknya. malas aku mahu berlama-lamaan dengan Zainal. sabarlah wahai hati!

  "orait! awak dengar baik-baik apa yang i nak cakap ni! dan jangan pernah lupa! ingat sampai bila-bila!" malas memanjangkan masalah, aku hanya mengangguk.

  "bukan i yang aturkan perkahwinan ni! sebenarnya papa i yang rancang! papa yang suruh ayah awak kahwinkan i dengan you! so, jangan pernah terlintas langsung di fikiran awak tu  i yang beria-ia melamar you! i pun baru saja tahu yang i kena berkahwin dengan you kelmarin sebab tu i nak jumpa dengan you! i tak nak awak berprasangka yang i ada menyimpan hati pada awak!"

  "okay!" baguslah kalau kami saling membenci. senang untuk kami berpisah nanti. mudah-mudahan. yang menyebalkan mamat ni suka sangat mencampur-adukkan penggunaan kata ganti nama diri. sekejap i. sekejap you. awak. tapi kenapa tiada saya? mungkin takut terasa dirinya low class kut! orang kotalah katakan. katrina datang membawa makanan ke meja kami. bila pula aku membuat pesanan? tentu kerja Zainal. pasti. siapa lagi.

  "i yang order tadi! you lambat sangat sampai!" macam tahu-tahu aje apa yang sedang aku fikirkan.

  "it's okay! baguslah. lagi cepat habis, lagi cepat i balik!"

   "hurmm... makanlah!" ajaknya sekali dengan tangannya yang mempelawa makan.
 
   "thanks! err.. tapi i tak ada bawa banyak duit. ermm.. do you mind if you pay mine, i didn't bring enough money! i'll pay it later!" tentu makanan kat sini mahal-mahal. dahlah duit aku habis bayar tambang teksi dari terminal bas kesini tadi. nak naik bas, kena tunggu sampai penuh. nanti lagi lambat sampai. lagi celupar mulut Zainal nanti.

  "no worries.. i dah bayar pun! i know you tak mampu nak bayar! maklumlah orang kampung. miskin!" terasa seperti disindir. memang Zainal sedang menyindirku. Zainal memang melampau. tapi ah! bukannya luak pun kalau aku miskin. kurang ajar betul mulut mamat ni. padahal mak bapak dia yang beria-ia melamar aku. huh!!

   "makanlah! habiskan semua lauk ni. i tak suka tengok orang membazir"
Ya Allah! berilah aku kesabaran yang tinggi.

   "i won't! tak ada istilah pembaziran dalam hidup saya. orang miskin takkan sekali-kali membazir. lagipun berdosa kalau membazir. amalan syaitan!"

  "good! begitulah bakal isteri i" huh!

  "makanlah! nak tunggu apa lagi? eh, wait! biar i bacakan doa makan untuk kita"

  "terpulang! bacalah"

aku aminkan setelah Zainal habis membaca doa makan. ada orang lain yang nampak. aku tak malu cuma senyum kat diorang.

  "so, i think you should continue now! makanan saya ni pun dah nak habis!" aku memulakan sekali lagi perbualan setelah lama diam. teruja sangat nak makan masakan disini. sedap sangat sampai menyengat ke kepala menggantikan kesakitan yang kualami tempoh hari. hitung-hitung tinggal dua minggu sahaja lagi aku akan dinikahkan.

   "habiskan dulu makanan you tu! tak elok bercakap time makan! i know orang kampung mementingkan adab begini kan? betul tak?"

    "oh. sudah tentu!"

  kalau itu yang dia nak aku ikut sahajalah. suka sangat mengutuk orang kampung. lagipun aku nak nikmati sepenuhnya keenakan udang goreng masak sos tiram yang hampir separuh kuhabiskan. sedapnya! sangat-sangat sedap rasanya.

    sambil menghirup juice orange, aku mengerling Zainal. dia sedang mengelap sekitar mulutnya dengan tisu. cepat-cepat aku mengalihkan mata apabila terasa dia merenungku. fuh! lega. mujur tidak tertangkap tadi. tak dapat lagi aku nafikan bahawa wajahnya sememangnya sangat kacak. rambutnya sedikit ikal mayang. ada lekuk di kedua pipinya setiap kali dia tersenyum. tak kisahlah tersenyum menyinis atau tersenyum kambing. lagipula bibirnya sangat seksi terbentuk. dihiasi kumis kebiruan yang nipis dan ulas bibirnya berwarna merah. kerana itu aku rasa dia tidak merokok. baguslah tu! aku benci lelaki yang merokok. walaupun aku tahu hidup kami tidak seperti akan pasangan lain tetapi sekurang-kurangnya persekitaran tempat tinggalku nanti tidaklah berbau rokok. yang paling aku geram adalah matanya yang bundar. biarpun dia sering berkata-kata sinis, matanya yang redup itu bagaikan sedang tersenyum padaku. itulah yang menyebabkan aku membenci diriku. kenapalah bakal suamiku dianugerahkan wajah yang menarik. aku takut sekiranya aku jatuh hati padanya nanti.

   "so, shall i?"

    "err.. ya! why not!" aku menyembunyikan debar kerana tertangkap sedang mengelamun. mengelamun tanpa melihat wajahnya. aku bukan seorang wanita yang gedik. cuma fikiran sahaja yang sedikit gatal.

   "sebenarnya apa yang i nak beritahu awak ni terlalu peribadi dan rahsia! dan i hope awak tak terkejut nanti! it's a bit kind of  top secret"

    "apa dia?" rahsia apa pulak kali ini? saspen sangat. mahu terloncat juga jantung aku ni.

   aku cepat-cepat menoleh kearah lain apabila terasa tidak enak direnung begitu lama. tak selesa rasanya. janggal. tapi tidak salah sekiranya aku katakan Zainal seperti terpukau dengan wajahku. kerana dari cara dia merenungku  matanya bagaikan tersembul keluar. pandangan matanya penuh redup garang dan penuh minat walaupun aku langsung tidak membalas pandangan matanya. aduuh! hampir-hampir aku tampar kuat pipiku. kenapa harus aku terfikir benda-benda mengarut macam ni. mujur tidak terluah dari bibir.
 
    "ehem... cakaplah!"

 lepas aku tegur, wajahnya seperti terkulat-kulat. aku perasan warna kulitnya yang putih melepak berubah menjadi kemerahan. Zainal raup wajahnya. rambutnya dikuak. kemudian jarinya itu mengetuk-ngetuk meja.

    "sorry pasal tadi! err... " dia berdehem kecil sebelum mengetap bibir. kenapa perlu minta maaf? tak faham betul aku. aku hanya mengangguk. malas mahu berfikir panjang-panjang.

    "just shoot it!" desakku apabila lelaki itu masih terkulat-kulat tidak mahu bercakap. entah apa yang rahsia sangat. pandangan kami berlaga lagi sebelum aku jungkit kening. Zainal tersenyum. pelik bukan!

    "cakaplah! saya ada hal lain nak buat lepas ni!" sebenarnya aku dah rancang nak tonton wayang sebelum check in disalah sebuah hotel yang murah. kena keluarkan duit lah dulu dalam ATM nampaknya.

   "nak bagitahu ke tak ni? kalau tak, saya pergi dululah! thanks for this treat! Assalamualaikum" aku pamer senyuman lalu aku sikut beg tangan ke bahu dan mengundurkan kerusi. belum sempat aku melangkah, tanganku disambar. serentak itu juga mataku terpandang pada tangan berbulu yang menggenggam  erat tanganku.

   "lepaslah! apa pegang-pegang ni?" aku tarik kuat tanganku namun tak juga terlepas. Zainal memandangku penuh dengan muka serius.

    "encik Zainal!! lepaslkan tangan saya!! tak suka lah pegang-pegang macam ni! encik tak ingat dosa pahala ke?? heii lepaslah!" aku berusaha kuat merentap kuat tanganku namun pegangannya terlalu kejap.

   "duduk dulu!" arahnya tegas. matanya sedari tadi tidak lepas-lepas dari merenungku. rasa macam nak nangis pun ada. kalau aku tahu akan jadi begini, aku tak akan terima pelawaannya untuk berjumpa sebelum kami menikah nanti.

   "i'm sorry! but you have to listen to me!"

suaranya sudah mengendur. tapi tiba-tiba tanganku dibawa ke bibirnya dan dikucup. kurang ajar!!!

   segera kutarik tanganku. kali ini terlepas. kali ini kesabaranku sudah sampai pada batasnya.

   "awak ni dah gila agaknya!!! tak belajar agama ke hah?? nama saja orang bandar tapi fikiran jahiliah!! saya nak balik!! simpan ajelah rahsia awak tu!!!"  aku berlari ke pintu keluar. mujur tidak ramai orang yang perasan adegan memalukan tadi. masuk ke ruangan pertama tadi, aku terlihat kartina yang terkejut melihat keadaanku.

  "what's wrong?"

  "that's man is really crazy!! saya pergi dulu! Assalamualaikum!" aku teruskan larian menuju ke pintu utama. belum sempat aku menarik pintu kaca tanganku disambar sekali lagi. hampir-hampir aku terjatuh. nafasku terasa semput.

  "awak nak pergi mana? we haven't finish yet!" aku rentap tanganku. tidak berjaya.

    "lepaslah! tolonglah awak!!! saya tak suka kena sentuh!!"  banyak pasang mata yang sedang memerhatikan drama kami. mak...ayah... malunya...

     "sayang kena dengar dulu! then i'll let you go!" ini yang tak boleh jadi ni.  dia ingat aku ni perempuan yang mudah ditaburkan dengan kata-kata manis agaknya. oh! tolong sikit. aku merengus geram.

    "okay! but please lepaskan tangan saya! saya tak suka disentuh lelaki yang bukan muhrim! saya masih gadis kampung yang tahu batas-batas pergaulan! i'm not that typical orang bandar yang terlebih maju sehingga terlupa pada ajaran agama!" Zainal tergelak.

    "oh! perli abang ya? hrmm i like it!" tanganku dilepaskan tetapi pipiku dicuit. aku libas tangan Zainal.

   "apa ni?? suka hati pegang-pegang orang!!" eiii... tak suka betullah perangai lelaki ni!!!

  dia gelak lagi dan tersenyum menyengih.

   "gila!!"

  geramnya aku dengan mamat ni.

    "cepatlah cakap!! saya nak balik ni!!!"

   "jom kita naik kereta abang! abang pun nak balik ni!"

    "no!! no need!! i boleh pulang sendiri"

   "maksud abang! jomlah kita dating! i'll send you back home. kalau sayang nak, abang tak kisah"

  "apa yang awak merepek ni?? and one more thing, can you stop from calling me sayang!! nak termuntah saya!!"

   "tak nak!! you're my dear baby! abang..."

    "stop encik!!! stop!!! meluat saya dengar tau!!! awak ingat saya ni apa?? baby encik?? oh!! please lah!!! stop all this crap!!" aku pasang kuda-kuda dan jalan laju. tinggallah kau masalah.

   "sayang!! tunggu abang sayang!!!!"

  semakin cepat aku buka langkah. hendak berlari namun itu tidak mungkin. dengan baju kurung kedah yang bercorak renda biru laut membuatkan aku sukar untuk membuka langkah seribu. aku memang tak biasa pakai seluar jeans kerana ayah melarang keras. ayah memang suka mengongkongku sejak kecil lagi sampailah besar begini. sampaikan dengan siapa aku nak kahwin pun ayah yang tentukan. ayah memang keterlaluan!!!

   "lajunya sayang abang ni jalan! kalah abang yang juara pecut ni!"

aku tidak hiraukan kata-katanya. aku mahu cepat sampai ke parking bas.

   "i caught you!! hehe..." tanganku terasa direntap. mujur aku tak terjatuh ke dalam longkang di tepi lorong. beg tangan pula melibas sana-sini.

  "aaaahhh.... tolong!!!"
pinggangku terasa dipaut dari belakang.

   "syyy... abang bukan nak buat apa-apa pun!"

   "lepaslah!!! gila!!!"

   "sayang... please listen to me for just a second ok! please..."

   "let go off me!!!"

aku pukul kepala dia guna beg tangan. namun sekali sentapan sahaja tubuhku terasa melayang dan jatuh ke dalam pelukannya.

    "aaahh...lepaskan aku!!! tolong!!!!!"
 
  "you ni luculah sayang! relax okay!" pipiku dibelai. aku meronta. pelukan dieratkan lagi.

    "tolong!!! tolong!!!!"

Alhamdulillah! ada beberapa orang kebetulan lalu.

      "hoi!!!! lepaskan dia!!!"

   "tolong encik!!! lelaki ni nak rogol saya!!! tolong encik!!! tolong saya!!!!"

 mereka semakin mendekat. syukur Alhamdulillah!

   "let me go!!!" mulutku ditekup.

   "syy... i won't hurt you okay!"  aku dah tak mampu meronta lagi.

    "maaf encik! saya rasa korang tak sepatutnya masuk campur dalam urusan kami"
aku menggeleng. bohong!!! bohong!!!

   "she's my wife! dia merajuk dengan saya" aku siku perut Zainal. dadanya aku hantuk dengan belakang kepala.

  "kalau betul dia isteri kamu, tunjukkan bukti pada kami!"

   "maaf! saya tak bawa kad nikah! tapi kalau korang masih tak percaya, sila jumpa peguam saya"

  "eh tak! tak... kami percaya.. kan? kan? " sakitnya hati aku.

  "so, can you guys leave us two! biar kami selesaikan masalah kami!"

  "baiklah!" mereka mula melangkah pergi. aku membongkok dan gigit tangan Zainal.

  "awww!"pelukan terlepas. aku gunakan peluang untuk melarikan diri.
 
  "encik!!! tolong saya!!!" mereka terhenti beberapa kaki dari tempat kami berpelukan. ramai orang berkumpul melihat kami.

   "tolong saya!!! ada orang gila kejar saya!!!"
aku menangis sambil berlari.

   "sayang... abang minta maaf pasal skandal tu!" Zainal menangkap tanganku dan tubuhku dipeluk dari belakang. Ya Allah... sakitnya hati. sangat-sangat.

   "korang ni tak malu ke bertengkar ditempat awam? urusan rumahtangga tak akan selesai kalau macam ni! pujuklah isteri encik baik-baik sampai dia faham!" aku menggeleng tak sudah. tak dapat aku gambarkan bagaimana rasanya hatiku yang sakit.

   "jangan percaya cakap dia encik!!! tolonglah percaya cakap saya... dia bukan suami saya!! tolonglah...saya bukan isteri dia!!! saya tidak kenal dia!!! tolonglah encik....dia perogol!!" tangan yang melingkar dipinggang mengelus perutku. bengangnya aku!!!

    "abang minta maaf sayang! abang langsung tak terlibat dalam skandal tu. jangan buat abang macam ni... abang rayu kat sayang..." Allahuakbar... aku bunuh kau Zainal!!!!

   "baiklah kalau macam tu! takpelah! kami pergi dulu! errr puan! tak elok buat suami macam tu! berdosa besar tau lawan cakap suami! tinggikan suara pun tak boleh inikan pula tengking suami! ingatlah puan! syurga dibawah telapak kaki suami puan! kami pergi dulu encik.. minta maaf atas kesalah-fahaman tadi.." aku rasa sakit hati sangat dekat lelaki-lelaki tu.
 
   "tidaaaak!!! kamu dah kena tipu!!! tolonglah!!! suruh lelaki ni lepaskan saya!! tolong encik..."

    "maaf puan! saya rasa lebih baik puan selesaikan masalah ni secara aman! puan tak malu ke kat orang ramai menjerit di tempat awam begini! shame on you! sepatutnya puan harus bersyukur dapat suami macam encik ni! perempuan... perempuan.. dah dapat betis nak peha pulak! tamak!"

   "jangan buat saya begini encik.. saya tak bohong... saya tak kenal lelaki ni..."

   "dah lah tu sayang... jangan marah diorang! they're doing us for good! terima kasih ye encik! jumpa lagi!"
 
    "ok! kami pergi dulu! Assalamualaikum!"

  "lepaskan saya!! lepaskan!!! jangan pergi dulu encik!!! tolonglah!!!! saya memang tak kenal lelaki ni!!! percayalah cakap saya!!!" airmata lebat gugur. sungguh aku tidak sangka begini nasibku.

   "takpelah! korang pergilah! biar saya pujuk isteri saya!! biasalah pembawakan budak!"
perutku diusap. aku terus-terusan menggeleng. kenapa harus begini?? kenapa??

  "Zainal bodoh!!!!!!!!!!!!!!"

  "yup! memang abang bodoh! because i am really in love with you sayang!"
aku terkulai dijalanan.

##############
 
     pulang sahaja di kampung sehari selepas itu, aku terus hilang selera untuk hidup. segalanya berantakan dan kacau. kusut-kusut!!!

  sekali lagi aku menarik nafas berat lalu kuhembuskan kepinggang mak yang meriba kepalaku. walaupun rasa senang dengan belaian tangan mak dikepalaku namun hati ini menggelegak setiap kali teringatkan peristiwa lewat petang kelmarin. aku benci kau Zainal!!!!!!!!! aku benci tau tak!!!!!

     "kenapa dengan anak manja kamu tu imah? nak buat perangai lah tu! dari semalam abang nampak monyok aje muka dia!! fiya ada masalah ke tu? haihh... dah nak kahwin pun masih nak buat muka masam macam tu! tak faham betul abang. huh!!"

    aku cebik bibir.

    "ayah ni memang... nak buat muka macam ni pun salah!" aku bidas kata-kata ayah. mahu merajuk tapi tida ada gunanya. ayah tak pernah melayan rajukku. lalu bantal kutekapkan keatas muka. dalam hati aku menyumpah mamat tu. ayah ni pun satu. kalaupun terdesak sangat nak kahwinkan aku, kenapa tidak dengan lelaki lain yang jauh lebih baik dari lelaki tu. biarlah tak handsome asalkan sedap mata memandang. paling baik tak menjengkelkan.

    dari balik bantal, aku dengar mak dan ayah berbual. entah apa yang dibualkan. aku malas nak ambik tahu. aku pun tak tahu semenjak dua menjak ni mak dan ayah suka sangat masuk kedalam bilik tidur aku. lepas tu suka menyakat aku dengan alam perkahwinan. tahukah mereka aku teramat benci dengan lelaki tu. ya allah! kalaulah mereka tahu...

    "kenapa ni? hrmm? cuba beritahu mak! fiya ada masalah ke sayang?" lembut suara mak masuk ke telinga. aku buka semula bantal yang menutup ruang muka. wajah emak yang resah aku perhati. kemudian aku geleng perlahan. kalaulah ayah juga seperti emak...

     "maaakk...sebenarnya Nur..."

    "jangan cakap kamu tukar fikiran fiya! ayah pancung juga kamu sekarang kalau kamu masih degil!!"

    "ayahnya.... sabar noh. tak elok buat anak kita macam tu!"
 
     "hah, eloklah sangat perangai awak tu! manjakan anak sangat sampai pandai melawan cakap ayah sendiri. sampaikan bakal menantu kita mengadu anak manja awak tu buat hal kelmarin. apalah nak jadi dengan anak awak tu? tak faham abang!" mahu tak tercengang aku bila ayah cakap macam tu. cisss!!! mamat tu memang dah melampau!!! kau memang tak guna Zainal!!!!

    "Nur tak sangka ayah lebih percayakan lelaki tu dari anak ayah sendiri..." ada esakan yang tidak mampu ditahan. emak usap rambutku.

   "sabar sayang... ayah kamu memang macam tu"

     "lap air mata kamu tu! ayah tak suka kamu panggil dia macam tu. ayah percaya dekat lelaki pilihan ayah. tak mungkin dia bohong kat ayah. kenapa kamu buat dia macam tu Nur? beraninya kamu malukan bakal laki kamu depan orang ramai. apa yang kamu dah buat ni Nur?"

    "ayah... nur tak buat apa-apa ayah. ayah.. dia dah tipu ayah..."

    "kamu jangan bohong! ayah tak suka!!!"

    "ayah...mak...Nur tak salah.. Nur tak salah! tolonglah yah.. percayalah dekat Nur kali ini..."aku bunuh kau Zainal!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


   bersambung.....
 

4 comments:

Miqael Arshad said...

salam ziarah...

RinsyaRyc said...

yg ni dah baca dulu :')

Anonymous said...

Best...

AnimeLovers Chu said...

Lagi2 nak lagi..👏👏👏👏