Saturday, April 14, 2012

Jauh Aku Berlari bab 15

       Jauh Aku Berlari



          BAB 15....


 Ternyata kau dekat bila aku makin dekat. aku terus lekat bila kau sudah berkata aku kau pikat. dan akhirnya aku nampak namaku terlekat kemas dalam petak jiwamu... aku sayang kamu kerana Allah... tapi sekarang aku tidak boleh didekat lagi kerana pelekat yang kau gunakan sudah tak kuat.



Aku akan pergi jauh dari hidupmu.......                                                                                                

                                                                                                         --Nur Saffiya Alya...

   
      setelah menidurkan Zainal dikatil pesakitnya, aku perlahan-lahan lepaskan genggaman tangannya pada tanganku. kemudian aku berdiri dan menunduk untuk mengucup lembut dahinya. lama mataku memandang tunak wajahnya. masih sembam walaupun sudah berkurang. aku disalahkan oleh nurse yang menjaga Zainal sebaik menjenguk keadaan Zainal sehabis menunaikan solat subuh tadi. sepatutnya Zainal tidak dibenarkan turun dari katilnya sehingga air suling yang dialirkan masuk kedalam tubuhnya habis. barulah aku sedar, ditangan Zainal sudah tercabut jarum yang dipasang kedalam uratnya untuk memudahkan memasukkan air atau ubat antibiotik kedalam darahnya. Zainal sendiri yang mencabutnya supaya dapat berjalan kesofa. dan akibatnya, sekali lagi tangan Zainal harus dipasang jarum yang nurse panggil 'IV branulla'. sampai berkerut-kerut dahi Zainal sewaktu menatang tersebut dipasang. apa yang membuatkan aku begitu 'terharu' ialah sewaktu aku dibela oleh suamiku sendiri. nurse yang menyalahkanku pula terpinga-pinga apabila Zainal memulangkan kata dengan kasar sekali. malah  Zainal juga mengugut akan membawa kes itu ke muka pengarah hospital tersebut kerana nurse tersebut sesuka hati meletakkan kesalahan di bahuku. mujur aku sabarkan Zainal. nurse yang merawat Zainal menjadi takut dan meminta maaf berkali-kali. aku tak kisah pun. dah biasa dulu ketika berada dikampung. difitnah dan diejek kawan-kawan. normallah... that;s life what!

    "get well soon bang..."

     aku usap perlahan dahi suamiku untuk kali terakhir sebelum melangkah keluar ke luar bilik. aku mahu menemui nurse yang dimarahi oleh Zainal tadi. pasti dia malu ditengking begitu. Zainal pun satu. tak boleh ke tegur orang baik-baik. aku tahulah dia bertujuan hendak mengambil hatiku tapi apalah ertinya sekiranya adabnya melayang entah kemana. aku juga yang malu dengan sikapnya tadi. dia suamiku dan sudah tentu nurse tersebut beranggapan aku isteri yang terlalu dimanjakan.

    aku masuk kedalam bilik rehat staff setelah mengetuk pintu beberapa kali. nurse tersebut sedang membelakangkan pintu. aku rasa serba salah untuk mendekatinya tetapi aku harus meminta kemaafan darinya atas kejadian yang aku tahu amat memalukannya sebentar tadi. aku yakin nurse yang bernama misya tidak sedar yang aku bukanlah staff yang hendak mengambil bagasi dalam bilik rehat tersebut memandangkan pertukaran syif kerja baru sahaja bermula.

    "err... kak misya..." panggilku perlahan dan teragak-agak. aku gigit bibir apabila misya menoleh kearahku dengan mata yang merah. malah masih ada sisa airmata yang berbaki dipipinya. aku yang berdiri didepan pintu cepat-cepat menutup pintu. bimbang ada orang yang nampak. aku harus jaga maruahku, misya dan suamiku juga. kami tidak bersalah cuma keadaan yang memaksa. entahlah...

    "awak nak apa kesini? takkan masih tak puas hati dah malukan saya tadi?" aku terpana dengan terjahan misya. tapi suara itu bagaikan berunsurkan satu penyesalan. untuk apa? aku tak pasti. aku menggeleng dengan pantas.

    "bukan. saya tak sejahat itu kak misya. saya datang kesini untuk meminta maaf bagi pihak suami saya. maafkan suami saya ye kak." tangan berlipat-lipat dan kupatah-patahkan sehingga berbunyi ketik-ketik. tanda sedang dilanda keresahan ler tu!

    "senangnya kamu meminta maaf... saya malu tahu tak... saya tahulah saya hanya nurse yang bekerja disini tapi saya tetap ada perasaan. baik sangat ke suami kamu tu sampai marah-marah dekat saya? lelaki sombong nak mampus!" sekali lagi misya melontarkan luahannya. aku tahu wanita yang aku rasa berumur dalam lingkungan 30-an itu sangat sakit hati. anggaplah suami aku sombong ke apa ke tak kisahlah. yang penting suami ku perlu dimaafkan supaya mudah untuknya sembuh. keberkatan daripada nurse juga perlu untuk cepat pulih. itu hanya andaianku yang kukira perlu.

    "kak misya... jangan cakap macam tu kak. saya minta maaf tak dapat tegur suami saya tadi. kalau saya tak biarkan suami saya tengking akak tadi, akak tak akan sedih macam ni... maafkan suami saya sekali lagi...dan maafkan saya juga atas kesalahan saya." aku mendekatkan langkah menghampirinya.
wajah misya seperti wajah orang-orang kampung. ada banyak bezanya wajah orang perempuan kampung dengan perempuan yang tinggal dibandar mahupun pinggir bandar. jelas dimataku wajah itu sungguh polos.

   "maafkan suami saya ye kak misya..." aku sudahpun berdiri dekat dengannya. lama aku menunggu jawapan darinya. misya menunduk memandang lantai. wajahnya nampak begitu sedih. aku tahu sekiranya dia orang kampung, tentu sedih sekiranya dibuang kerja apabila Zainal benar-benar gila memaklumkan kes tadi kepada pengarah hospital. tentu misya bekerja untuk menolong keluarganya dikampung. aku juga bercita-cita seperti misya tetapi apalah takdirku. sudah suratannya aku hidup begini.

    "baiklah... saya maafkan. saya pun nak minta maaf dekat kamu. tak sepatutnya saya salahkan kamu. sedangkan saya tahu kamu tak bersalah. salah saya juga kerana terlambat masuk untuk memeriksa suami kamu sebelum masuk subuh tadi."

    "terima kasih kak misya!" aku hulurkan salam dan dia menyambutnya. kami berbalas senyuman.

    "err.. boleh saya tanya kamu satu soalan tak? saya takut pula kalau kamu terasa ke apa ke. tapi saya memang nak tahu sangat. tak apa ke?" tanya misya selepas aku menarik salam dan menyapa hormat kedada sebagai memaksudkan salam kemaafan yang terbina sudah meresap kedalam jiwa ini.

 "ya. it's okay lah kak.. tanyalah!" aku masih berdiri pegun didepan kak misya. menanti soalan yang entah apa entah. macam suspen aje!

   "err.. betul ke  lelaki tu suami kamu?" terus berkerut dahi aku setelah ditanya soalan sebegitu.

   "betul. kami baru sahaja berkahwin lebih kurang enam bulan lepas. kenapa? ada apa-apa yang tak kena ke pada pandangan akak?" cepatnya aku mesra dengan misya. taklah bosan sangat sorang-sorang pagi-pagi buta macam ni. nak berbual dengan Zainal memang dah tak ada mood. silap-silap aku aku sekali ditibainya.

   "oh! okey... akak cuma macam pernah nampak suami kamu dalam majalah. kalau akak tak silap, anak dato' syeikh mahmud. betul kan?" bingo!

   aku menjawab dengan anggukan. walaupun tak pernah nampak wajah suamiku dalam majalah yang dimaksudkan tapi aku percaya itulah suamiku. tapi boleh jadi abang ketiga Zainal kerana muka mereka hampir seiras. macam kembar. cuma Zainal nampak lebih lincah dan nakal serta pandangannya sangat redup. dalam kata yang sama, Zainal lebih kacak dan tampan. eleh.. puji suami lah pulak! nampak sangat aku tak boleh lupakan dirinya. benarkah begitu?

    "wow! hebatnya kamu. dapat kahwin dengan anak orang kaya. dahlah handsome tampan, kacak tapi perangai kasar sangat. sakit hati dan malu jugak saya tadi. suami kamulah yang marah-marah dekat saya tu! hishh..." misya merengus suka dan masam. aku faham. dia mahu aku tahu dia sudah pun memaafkan suamiku. inilah sifat wanita kampung yang masih asli dan tersikap kemas dalam peribadi kami. mudah memaafkan dan tidak suka berdendam. malah suka memaniskan roman wajah. misya ni pun cantik juga kalau aku tak silap.

    "tak tahulah kak misya. mungkin dia stress sangat agaknya. tu yang jadi macam tu!" dengan penjelasan serba sedikit sudah membuatkan misya seperti faham dan lantas mengangguk kecil.

   "er.. kak misya, popular sangat ke suami saya tu kak? and one more thing dekat mana akak terbaca majalah tu? curious pulak saya sebab sebelum ni tak pernah lagi baca majalah tu. nak tengok juga isinya! yelah kan. mana tau ada skandal suami saya dekat situ yang saya terlepas pandang. maklumlah kami baru aje kahwin... perangai suami saya pun masih belum sepenuhnya saya faham." lancar sahaja mulutku berbicara. dengan wanita seperti kak misya, aku rasa seperti sedang berbual dengan rini. agaknya aku memilih bulu untuk dijadikan teman tak!

    "tak adalah sampai skandal menyandal.kamu ni.." dan kami terus terburai ketawa. kak misya memang ucu orangnya.

   "kalau tak silap akak, majalah tu keluaran mei tahun lepas. dah lama akak baca sampai ingat tak ingat isi dalam majalah tu. rasanya majalah tu akak baca sepintas lalu aje tapi tak sangka pulak akak masih dapat ingat nama dan rupa lelaki dalam tu. dah kacak sangat, itu yang lekat sampai sekarang tu. tapi akak dah melepas dah... lelaki tampan tu dah dikebas orang. kamu lah tu yang kebas dari akak!" sekali lagi pecah ketawa kami. tak lucu pun tapi cara kak misya menyusun dan menadakan ayatnya sangatlah menggeletek hati ini.

   "dari semalam akak tak sempat tegur kamu, namu kamu pun akak tak tahu! sorry.."

   "eh takpe! it's okay. nama saya nur saffiya alya. akak boleh panggil saya nur atau fiya. suami panggil saya fiya. mak dengan ayah pula kekadang panggil nur, sekejap panggil fiya. tak kisahlah.. dua-dua pun nama saya jugak. and sedikit about me. itupun kalau akak nak taulah, tapi nak bagitau jugak walaupun akak tak nak tau. hehehe...okay.. first, saya rasa dari pandangan luaran aje akak dah dapat kenal pasti saya orang asal dari kampung. yang kedua..." namun belum sempat aku menyambung, misya terus menyampuk.

   "betul ke ni? macam tak percaya pulak. patutlah kenal benar dengan cara percakapan fiya. hahaha. akak pun asal dari kampung sebelah muar, johor. tak kisahlah dari mana pun akak datang, yang penting sekarang kita dah jadi kawan. and now, i can call you fiya. wahai adik fiya yang cantik jelita..." terbatuk-batuk aku dengan pujian misya. buat-buat batuk sebenarnya.

  "sakit benar tekak fiya tu. kenapa? malu eh kena puji? tak biasa"

   "ha'ah kak. tak biasa kena puji perempuan lain. kalau dengan suami tu memang setiap hari kena puji. eh.. oooppss.. terlepas sudah... alamak.. akak jangan gelakkan fiya tau!" aku siap bagi amaran awal-awal. dah ada tanda-tanda ketawa kak misya bakal meletus kuat. bersedialah! ahaks..

   "tak adalah. akak rasa bertuah pula dapat kenal dengan fiya. berapa umur fiya sekarang? nampak macam masih muda benar je. " dan telahan kak misya adalah tepat setepat tepatnya. perfecto!

   "yeah. that's right. cuba akak teka! kalau betul jawapan akak, Fiya bagi akak cuti rehat sampai petang nanti." aku tergelak kecil dengan leluconku sendiri.
 
   "eleh.. tak payah nak bodek bodek akak ok. memang pun akak cuti setengah hari sampai petang nanti sebab syif kerja akak dah habis. pandai aje fiya ni..." tergeleng-geleng kak misya dengan usikanku.

   "okey..okey.. akak tukar hadiah. kalau betul tekaan akak, fiya harus tunaikan janji fiya."

   "hah! janji apa kak? bila masa pula fiya janji dengan akak?"

    "belum janji lagilah! ini nak buat janji dengan fiya lagi ni" misya mencuit lenganku. macam geram!

  "okey.. akak nak fiya janji apa dengan akak?" penat berdiri, aku ambil duduk dikerusi sebelah misya. tak nak menyeksa diri.

    "bagi tangan fiya tu. kaitkan kelingking fiya dekat kelingking akak.." aku ikut arahan kak misya. jari kelingking kami berkait. tinggal bersumpah janji sahaja lagi.

   "Fiya janji untuk mengubah kebiadaban suami fiya. fiya harus janji dengan akak!" dan aku terpana. tergamam.

   "apa kak?" bukan tak dengar cuma macam tak percaya pulak akak misya mahu aku berjanji macam tu. aku tarik semula jari kelingkingku. terlerai tanpa sempat aku berjanji.

   "taknaklah nak janji apa-apa dengan akak. fiya takut janji akan memakan diri fiya sendiri." aku cuba menutup suara sayu. siapa yang tidak mahu suaminya menjadi lebih baik dan melayani isterinya dengan baik? siapa yang tidak mahu suaminya menjadi seorang imam sebuah keluarga? rugilah sekiranya ada diantara wanita yang mengatakan 'ya' pada dua soalan aku tadi. benar-benar kerugianlah wanita seperti mereka.

   "oklah.. akak minta maaf. tak sepatutnya akak janji macam-macam dengan fiya." dan aku? hanya tersenyum sumbing. apalah yang aku tahu tentang masalah keluarga. sedangkan lidah lagi tergigit.

   "fiya..."

    "ye kak!" tiba-tiba sahaja suasana menjadi sugul. wajah misya juga menjadi sugul. suram diwajahnya begitu jelas sekali  kelihatan.

   "ada apa-apa ke yang akak nak kongsi. akak nampak sedih sangat. sebab fiya tak nak janji dengan akak ke? fiya minta maaflah kalau itu yang membuatkan akak terasa.." melihat pada gelengan misya, aku jadi tidak sedap hati.

   "habis tu, kenapa akak sedih?"

   "fiya... dah lama akak pendam perasaan sedih akak ni. tak ada seorang pun yang tahu kehidupan akak selama ini selain akak. rasanya akak dah tak larat simpan lama-lama. entah kenapa dengan fiya, akak rasa boleh percaya. mungkin sebab kita sama-sama orang kampung kut..." kak misya tergelak kecil tapi aku dapat menangkap sesuatu yang perit dari suaranya. benarlah kata orang, yang indah tidak akan datang tanpa diri kita sendiri cuba menggapainya. dan aku dapat lihat itu dalam diriku. benar kata akak, kalau aku sekadar membiarkan rumahtanggaku musnah begitu sahaja tanpa ada sedikitpun usaha, pasti aku takkan pernah lagi dapat mengecapi erti bahagia.

    "fiya... " bagaikan sangat berat masalah yang dihadapi oleh kka misya. tak sabar rasanya nak mengetahui masalahnya. betul ke aku ni seorang yang boleh dipercayai?

   lama aku menunggu akak misya meneruskan luahannya. aku perasan kak misya mula mengelap pipinya. aku jatuh kasihan.

    "akak.. tak..." akak misya menggeleng sebaik aku baru sahaja mahu mencelah. tak jadi...

    "akak dulu pun pernah berkahwin fiya... tapi sekarang akak dah bercerai. dah dua tahun kami bercerai." kak misya mengelap lagi pipinya dengan tisu. mataku pula berkaca-kaca. apakah aku akan mengalami nasib yang sama sepertinya?

    "bukan niat akak untuk burukkan bekas suami akak tu tapi akak rasa akak kena ceritakan pada seseorang agar akak tak terus-terusan menyeksa diri akak untuk mengingati kembali kenangan lalu akak sewaktu masih bersamanya. fiya.. "kak misya menarik nafasnya dalam-dalam. airmata yang mengalir diwajahnya sudah dikeringkan. mungkin sudah dapat menerima 'teguran' daripada Allah. ujian yang Allah berikan kepada hamba yang disayanginya. ujian itu adalah tanda Allah sayang pada hamba-hambanya agar sentiasa mengingatiNya.

   "bekas suami akak kaki pukul fiya. kami berkahwin kerana sama-sama cinta. benarlah kata orang, sewaktu bercinta nak jentik pun tak sudi tapi setelah kami kahwin... jangankan menjentik fiya, tubuh badan akak ni ha jadi tempat bekas suami akak tu melepaskan kemarahannya. akak selalu kena pukul. bekas suami akak selalu belasah akak sampai akak hampir nak mati dah. akak cuba melawan tapi akak tak berdaya. badan akak tak kuat. tenaga wanita akan tak mampu melawan keupayaan seorang lelaki. satu hari tu, akak balik dari sekolah ambil anak-anak akak. waktu tu dah nak petang. kira-kira pukul 5 petang kalau akak tak silap. budak-budak ada pesta disekolah jadi akak join sekali satu hari tu. bekas suami akak kebetulan tak kerja hari itu sebab katanya kurang sihat. bukannya akak tak tahu, malam sebelum tu dia baru balik dari kelab malam sampai masuk subuh. eii.. bodoh rasanya akak waktu itu. percaya dan terus percaya pada kata-kata seorang lelaki walaupun hidup terseksa. sampai dirumah, akak suruh dua orang anak akak, dua-dua lelaki kembar supaya masuk kedalam rumah sementara akak kunci pintu pagar. fiya nak tahu tak....? akak tak sangka dia......   dia..."

    aku terus memeluk kak misya yang tidak dapat menahan sebak. aku biarkan kak misya menangis teresak-esak dibahuku.

   "tergamak dia bawa perempuan lain masuk dalam rumah akak fiya...dalam bilik kami fiya... tergamak dia fiya... sampai hati dia buat akak macam tu. sampai hari akak tak dapat maafkan dia. akak benci dia!! aka benci dia!! lelaki keparat!!" tersenggut-senggut tubuh kak misya menangis teresak.

   "akak...sabarlah kak...sabarlah... kita sama-sama menderita kak..." aku turut sama menangis. hiba. siapa yang tidak menangiskan airmata mendengar keluhan hati kak misya? hanya mereka yang tidak berperasaan sahaja yang akan berkelakuan sedemikian. teruknya bekas suami kak misya... sama seperti Zainal. tapi Zainal masih boleh dimaafkan kerana dia tidaklah sampai membawa masuk shasha kedalam rumah tanpa keberadaan aku didalam rumah kami. itu satu point bonus untuk Zainal. bukan bererti aku menyokkong tindakannya tetapi sekurang-kurangnya tidaklah Zainal terlalu mencurangiku. ah! sama sahaja. tak ada beza pun. hanya sedikit sahaja tetapi kini sudah tidak memberi apa-apa erti padaku.

   lama kami menangis sama. aku sedih kerana Zainal, suamiku yang mencurangiku. kak misya sedih kerana kecurangan suaminya. kami sama. perempuan kampung yang dicurangi suaminya. perlahan-lahan kak misya meleraikan pelukan. aku lap airmatanya. kak misya lap airmataku. macam kawan yang sangat rapat lagaknya biarpun tak sampai sejam kami menjadi sahabat.

   "tudung kamu dah basah fiya... maafkan akak... itulah kamu baik sangat sanggup pinjamkan akak bahu kamu. akak ni memang kuat menangis..." aku sekadar menggeleng. malah aku terasa gembira dapat menjadi orang kepercayaan kak misya. sekurang-kurangnya di kota raya yang sangat mencabar ini adalah juga sekerat dua kawan perempuan aku.

   "apa jadi dengan perempuan tu kak?" soalku setelah akak misya nampak semakin tenang.
kak misya mengetap bibirnya. kemudian melepaskan nafas sedalam-dalamnya.

   "akak serang perempuan tu. waktu itu bekas suami akak tertidur disebelah perempuan itu dalam keadaan tidak berpakaian. tak ada baju. akak heret dan tarik kuat rambut perempuan tak sedar diri tu dan tonyoh-tonyoh muka dia dengan penumbuk akak. kalaulah akak masih diberikan kesempatan, akak dah pecahkan muka perempuan sundal tu tapi bekas suami akak tolak badan akak sampai akak jatuh. waktu itulah talak jatuh keatas akak. hanya kerana seorang perempuan murahan, suami akak menceraikan akak. bodoh.. lelaki tak guna... menyesal sangat akak fiya... dahlah akak ni anak yang tak mengenang budi pada orang tua akak sendiri. inilah mungkin akibat perkahwinan yang tak direstui keluarga sebab akak berkahwin lari di sempadan thailand. bodoh kan akak ...?" kak misya menunduk selepas meluah. aku cuba mengukir senyum buat diriku sendiri. aku mahu salurkan semangat buatku juga buat kak misya. chayo! chayo fiya!

   "tak kak! tak... akak tak bodoh dan akak tak langsung bersalah. cuma mungkin bukan jodoh akak dengan bekas suami akak." aku nak sambung mahu mengatakan betapa jahatnya bekas suami kak misya tetapi ianya ibarat mematuk batang hidungku sendiri kerana suamiku juga berperangai sama cuma belum tertangkap 'red in hand' sahaja lagi. kalau memang itu berlaku, mampus Zainal aku kerjakan. cuma sekarang aku masih dilema. tidak pasti samada mereka suka 'bersama' ataupun sekadar berhubungan biasa tanpa melibatkan sentuhan asmara badan. nauzubillah...

   "oklah, akak nak balik dah fiya. jumpa petang nanti...dan jaga suami kamu baik-baik"
kak misya mula mahu mengangkat punggung tapi aku sempat menahannya. tak sedap pula kalau ceritanya tergantung begitu sahaja. aku nak juga tahu kesudahan rumahtangga kak misya biarpun sudah dikatakan mereka sudahpun bercerai. tapi aku masih nak tahu. kena tahu!

   "so, anak-anak akak sekarang siapa yang tanggung? akak seorang aje ke?" aku masih memegang lengan kak misya. menahannya daripada bangkit.

   "kamu ni. akak fikir kamu dah tak nak tahu cerita akak. oklah akak sambung sampai habis...you're very good listener fiya. walaupun kamu masih muda tapi akak boleh rasa kematangan kamu. bertuah suami kamu dapat isteri seperti kamu fiya. dahlah baik, muda, lawa, cantik, jelita tinggi dan banyak lagi.. one in full package kata omputih..." dan aku menjawabnya dengan membesarkan mata. kononnya aku mengerti dengan perlian bercampur ejekan kak misya. tapi yang sebenarnya aku dah tak sabar mahu mendengar sambungan luahan hati kak misya. entah masuk episod yang sudah keberapa. asyik di cut' 'cut' dengan babak tangisan airmata. lucu pula meskipun dalam kesedihan.

    "lepas talak dijatuhkan keatas akak, bekas suami akak halau akak macam anjing kurap. maruah akak dipijak-pijak dengan kejam. dia bela perempuan tu daripada akak sedangkan akak yang selama ini sanggup berkorban menjadi anak derhaka semata-mata ingin hidup bahagia dengannya. tapi apa yang akak dapat? hidup akak hanyalah neraka sepanjang kami berkahwin. tapi akak pasrah dengan takdir. biarlah akak dihalau dari rumahnya, akak tak kisah tapi akak tak dapat terima apabila dia mahukan hak penjagaan anak-anak kembar jatuh ketangan bekas suami akak. dia orang kaya dan banyak pengaruh Fiya. akak tak mampu upah mana-mana peguam kerana akak tak ada duit. akak cuma ada seratus dua dalam akaun akak. lagipun akak dah lama tak kerja. lepas aje kami kahwin terus akak lepaskan kerja akak sebagai nurse. tapi alhamdulillah, kuatkan semangat dan akakmua mencari kerja disini. setelah beberapa tahun akak kumpul duit, akak sewa seorang peguam yang hebat. syukur pada tuhan, akhirnya akak berjaya dapatkan hak akak kembali. bekas suami akak nak kembali pada akak tapi akak katakan hi hi bye bye maca lagu ezzlyn tu. memang akak rasa terkilan sangat dengan dia fiya. tiga tahun akak membina hidup sendiri tanpa bantuan orang lain. akak dah tanamkan keteguhan dalam diri akak. akak katakan pada diri akak supaya berdikari dan berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkan kembali  hak penjagaan anak-anak pada akak. akak berjaya akhirnya. waktu pertama kali akak bertentang mata dengan bekas suami akak setelah tiga tahun tak bertemu, akak akui akak masih rindukan wajahnya tapi akak buang jauh-jauh perasaan itu. melihat wajahnya setelah bertahun-tahun tak bertemu, akak tengok wajahnya sudah berubah lain. dah bersongkok dan berjubah putih. merayu-rayu dia nak rujuk akak. nak rujuk apanya kalau dah bertahun kami bercerai. akak tak langsung pedulikan lelaki keparat tu. akak akui, akak masih sayangkannya tapi akak dah tak berani untuk menjadi miliknya sekali lagi. malah anak-anak akak pun nampaknya sihat-sihat belaka dibawah penjagaan bekas suami akak. menangis-nangis akak setelah dapat bertemu dengan anak-anak akak setelah tiga tahun tak dibenarkan langsung menemui anak-anak akak. begitulah kesudahan cerita akak. sedih dan banyak pengajaran yang boleh diambil..." kak misya menghabiskan ceritanya dengan mengelap kelopak matanya. aku faham yang kak misya mungkin masih bersedih.

   "ao, akak sekarang ni tinggal dengan anak-anak akak lah eh? kalau ada masa, fiya nak melawat akak kat rumah akak ataupun akak boleh datang ke rumah fiya bila-bila masa akak nak..." tawaranku agak menarik kan?

   "tengoklah kalau akak ada masa. mungkin dalam masa terdekat ni akak tak dapat kot sebab akak kena temankan anak-anak akak balik ke kampung untuk tengok-tengokkan anak-anak akak yang nak kena sunat. budak-budak tu manja sangat dengan akak. and bekas suami akak pun suka buat kecoh kat depan rumah akak. lelaki tu memang benar-benar gilakan talak. eh tak! kalau gilakan talak, dah lama dia cari akak ni tapi tiga tahun baru nak merayu memujuk. ah! akak taknaklah lelaki macam tu. biarlah dia meroyan kat luar rumah akak. malas akak nak layan. lama-lama bosan lah tu... dan sekarang akak cuma nak fokuskan pada kerja dan anak-anak. abang dan adik sangat bermakna buat akak. masa akak kehilangan mereka berdua dulu, merekalah punca akak mendapat semangat untuk terus berjuang. akak sangat sayangkan anak-anak akak. sayang sangat sangat." jelas sinar ceria begitu terpancar dari sinar mata seorang yang bergelar ibu. itulah kasih seorang ibu. takkan luntur walau dimamah usia cuma manusia sekarang terlalu bodoh sehingga sanggup menggugurkan kandungan dan mencampakkan anak mereka sendiri yang terhasil daripada perhubungan ZINA kedalam tong sampah atau ke dalam sungai tanpa sedikitpun merasa kasihan. bodoh sungguh manusia seperti itu!! haiwan babi lagi bagus dari mereka!! manusia bertopengkan syaiton!!

    kami berpelukan sebelum masing-masing meminta diri untuk berpisah haluan. aku sempat menitipkan khabar buat anak kembar kak misya. malah aku sudahpun meminta nombor telefonnya. comel betul anak akak misya. tapi seperti kata kak misya, muka anak-anak kembarnya tak ada iras langsung mukanya. wajah ayah mereka yang diwarisi dua budak lelaki itu. malah kak misya ada menunjukkan gambar bekas suaminya dari telefon bimbitnya. aku tahu jauh disudut hati kak misya, ada tersimpan sebuah cinta buat bekas suaminya. kalau tak, tak mungkin akak misya masih sudah menyimpan gambar lelaki yang telah membuangnya dari hidup lelaki itu sendiri. aku hanya mampu doakan kebahagiaan  buatmu kak misya...

   aku masuk semula kedalam bilik rawatan Zainal. masih tertidur lena. aku mendapat panggilan daripada emak dan ayah mengatakan mereka sudah berada di kawasan Kuala lumpur cuma sedang dalam perjalanan menuju ke Hospital pantai. mama dan abah juga sedang dalam perjalanan menuju ke hospital.

##########

     seperti yang aku dah agak sedari awal, setelah disyaki dijangkiti kuman semalam, Zainal akhirnya telah disahkan menghidapi penyakit bawaan bakteria apabila keputusan daripada ujian darahnya yang telahpun dihantar ke makmal penyelidikan dapat mengesan kehadiran satu spesies yang dikenali sebagai streptococcus pyogene. menurut kata doktor, jenis bakteria itu masuk kedaam sistem peredaran darah Zainal melalui bekas suntikan tercemar yang terdapat disikunya. dan memang benar ada bekas itu disiku Zainal yang tertidur 'riang'. menurut doktor lagi suntikan itu mengandungi dadah yang boleh merangsang nafsu seseorang untuk memikirkan hubungan badan. aku, mama, abah, ayah, emak, abang-abangku, abang kakak Zainal semuanya terkejut. aku tak percaya Zainal melakukan benda-benda terkutuk seperti yang dikhabarkan oleh pihak doktor pakar. gempar! berita yang sangat menggemparkan kami semua. semua bertanya meminta kepastian padaku samada Zainal buat benda itu semasa ingin 'bersama' denganku. sepenuh hati aku mengangkal. gila! Zainal benar-benar sudah gila. patutlah nafsu Zainal makin menjadi-jadi semenjak dari pergaduhan pertama kami tempoh hari. sudah tentu itu adalah lebihan kesan ubat perangsang nafsu yang disuntik Zainal kedalam tubuhnya. tiba-tiba aku terasa jijik dengan diriku sendiri. diri suami yang kotor dan telah 'bersama' dengan wanita lain terpalit padaku. dan kami bergilir-gilir lelaki yang sama. oh tuhan... musibah apakah lagi ini...?

   aku perhati dengan amarah wajah Zainal yang masih lagi tertidur setelah menunaikan solat subuh pagi tadi. kalau ikutkan hati aku yang tengah membara, sudah lama aku robek-robekkan wajahnya. aku jadikan wajahnya punching bag biarr rasa marah yang menggung dihati ini terbalas.

    "hidup fiya sudah musnah mak..." aku terkulai dalam dakapan seorang ibu. emak mengusap -usap kepalaku perlahan. terhenjut-hinjut bahuku menahan tangis. malah bergegar tubuhku tadi sebaik doktor mengkhabarkan berita paling buruk dalam hidupku.

   "sampai hati dia buat Fiya macam ni mak... apa salah Fiya mak.. tak pernah Fiya berkurang ajar dengan dia mak. patutlah.. patutlah mak..." aku tak dapat teruskan kata-kata. sebak sangat jiwaku. bagai hati ini digilis-gilis dengan pisau belati. pecah! parah! hancur berkecai. sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu. aku eratkan lagi pelukan ditubuh emak. sampai hati Zainal curang denganku! seingatku Zainal hanya suka-suka menyakitiku. tapi nampaknya aku salah. aku khilaf. Zainal benar-benar mencurangiku. sampai hati abang!!! sampai hati abang!!!

    "sabar sayang... tak elok nangis macam ni. anak kamu masih tak kuat dalam perut kamu tu!" emak cuba memujukku. perlahan-lahan aku merendahkan tangisanku. tidak mahu terlalu meratap sebuah kepiluan yang dihadiahkan oleh seorang suami. suami yang tidak layak untuk dihormati. aku benci kau Zainal!!! aku benci kau!!!

   "imah.. saya minta maaf bagi pihak anak saya. dia telah malukan kami. dia telah rosakkan masa depan anak kamu. maafkanlah saya imah, kahar. Zainal yang beria-ia mahu kahwin dengan kamu sampai sanggup putus tunang dengan bekas tunangannya tapi sekarang Zainal curang dengan anak kamu. saya minta maaf... saya minta maaf banyak-banyak imah, kahar.." suara mama merintih-rintih dari belakangku. aku tidak berdaya mahu memujuk mama sedangkan aku sendiri perlu ditenangkan.
 
   "sudahlah datin. tak ada apa yang perlu dipersalahkan, cuma saya harap datin benarkan kami bawa anak kami pulang kampung. biar kami yang jaga anak kami. saya dah tak percaya pada Zainal. tergamak dia buat saya macam ni. sampai hati dia sakiti hati anak saya sedangkan selama ini saya sayang dia mati-mati. saya pertaruhkan seluruh kepercayaan saya padanya tapi apa yang saya dapat... apa yang anak saya dapat..? saya tak menyesal datin, dato' menerima Zainal sebagai menantu saya cuma saya tak mampu memaafkan kesalahan Zainal buat masa sekarang. tidak sehingga anak saya sembuh. tergamak dia buat anak saya macam ni. tergamak dia buat dosa dengan perempuan lain semata-mata kerana nafsu dia..." semakin kuat aku menangis. suara dan luahan hati ayah benar-benar sampai dalam hati lalu membunuh jiwaku dari dalam. dari dulu lagi ayah, dari dulu lagi Fiya bagitahu Fiya takkan bahagia tapi ayah degil. ayah paksa Fiya berkahwin dengan lelaki tak guna tu!
 
    "jangan minta maaf pada kami kahar. kami yang salah. kami yang tak reti bela anak. tapi tolong jangan menolak hakikat yang Zainal adalah menantu kau, kahar. aku minta sangat-sangat dekat kau kahar. maafkanlah kesalahan anak kami. aku percaya Zainal akan berubah. lagipun kita belum dapat pengesahan daripada Zainal. siapa tahu tekaan doktor itu salah. saya abah dia. saya tahu siapa dia berkawan, dengan siapa dia behubung. saya tahu semua itu. takkanlah anak yang saya ajar dengan agama selama ini sanggup buat perkara bodoh macam tu. takkan Zainal mencari makan perempuan lain diluar semata-mata untuk kepuasan nafsu dia sedangkan saffiya seorangpun sudah cukup untuk memuaskan batin Zainal. saya tahu dan saya percaya anak saya tak bersalah dalam hal ni! dan saya yakin sangat-sangat akan itu kahar! maafkanlah anak saya sehingga terbukti kesalahnnya...kahar.." semakin gamat ruang bilik. dengan esakanku, dengan esakan mama, dengan esakan kakak Zainal, suara bising anak-anak buah Zainal semuanya bergabung menjadikan bilik ini ibarat sebuah kelab malam. peduli apa aku kalau Zainal tersedar. sepatutnya dia harus sedar agar dapat meleraikan kekusutan yang telah diciptanya dengan sengaja. aku menoleh kearah along sebaik along menyebut nama mama dan abah. jantungku berdegup tidak tenang. aku sedar, keadaan rumahtanggaku sudah semakin berada dihujunga tanduk cuma aku tidak menjangka sampai sini sahaja kisah cinta kami berdua. aku relakan kau jauh dariku Zainal... pergilah Zainal.. pergilah kalau itu maumu...

     "along... jaga percakapan kamu along! walau apapun mereka masih tetap ibu dan ayah mertua adik kamu. jangan terlalu ikutkan sangat amarah kamu tu. tak akan kemana kalau sekadar mengikut nafsu dan amarah..." teguran emak menjadikan suasan agak sedikit diam. beberapa adik beradik Zainal keluar dari ruang itu bersama anak-anak mereka masing-masing setelah abah menyuruh mereka keluar sementara waktu. seperti ada sesuatu yang bakal berlaku. dan aku kini sedang mengalaminya. merasainya dan menyedarinya. sesuatu pasti akan berlaku.

    "mak.. bukan niat along untuk berkurang ajar dengan mak bapa mertua fiya mak tapi saya dah tak dapat tahan rahsia ni mak..." zapp!! aku rasa seperti putus nafas. dan yang lain terdiam. aku lagi-lagi terdiam. maha tergamam.

    "saya minta maaf sekiranya saya berkurang ajar dengan dato dan datin tapi saya tak dapat sembunyikan sakit hati saya dengan perangai tak semenggah anak kesayangan dato seorang tu. saya harap tak ada yang terkejut dengan pengakuan saya."

    "along!! kamu cakap apa ni long?" emak sudah menyampuk tiba-tiba. aku tahu emak tidak mahu berlaku kecoh-kecoh. mama dan abah hanya mendiamkan diri. mereka seperti mahu mendengar rahsia yang cuba diungkapkan oleh along.

    "Mah... biarkan along habiskan ceritanya Mah... jangan menyampuk kalau tak tahu!" suara ayah yang kedengaran bengang mulai bergema. ayah yang duduk disatu sudut dan bersandar lemah disitu nampak sangat tegang mukanya.

    "mak... biarkanlah along habiskan kata-katanya dulu mak,. kita kena dengar apa rahsia yang along sembunyikan dari kita. mak dah maklum kan sebelum ini along dan Zainal dah mula rapat sebelum adik kahwin dengan Zainal. boleh ye ma..?" angah pula menyampuk. aku sekadar memasang telinga. itu sahajalah yang aku mampu lakukan sekarang. dalam masa yang sama aku menyokong along, angah dan ayah. aku juga benar-benar mahu tahu cerita yang along cuba sampaikan. pasti ada sesuatu yang begitu penting.

   melihat emak mengangguk, along meneruskan ceritanya.   

    "baiklah... sebelum itu saya nak semua dapat menerima khabar ini dengan hati yang redha. untuk pengetahuan semua yang berada disini, dulu along memang rapat dengan Zainal. malah sebelum dia jadi adik ipar saya, kami berdua memang rapat. boleh dikatakan kami agak selalu berhubung sampailah Zainal katakan mahu melamar adik perempuan along. waktu itu along rasa Zainal lah lelaki yang paling layak untuk adik perempuan saya meskipun kita berlainan harta dan darjat. tapi Zainal kata dia tidak kisah. dia katakan pada along yang dia benar-benar sudah jatuh cinta dengan saffiya, adik perempuan yang paling along sayang. selepas mereka kahwin dan tinggal di rumah yang Zainal baru beli,along nampak Zainal dan adik saya hidup begitu bahagia. malah Zainal pernah mengadu pada saya, adik saya sangat nakal tetapi pemalu. malah Zainal juga ada sedikit sebanyak bercerita perihal dalam kelambu dengan along. along anggap itu semua lumrah lelaki yang dah berkahwin. tapi itu cerita yang lepas. along mula mengesan sikap Zainal berubah setelah saya secara tidak sengaja nampak Zainal berjalan bersama dengan seorang perempuan yang sangat seksi yang saya kira bekas tunang Zainal memandangkan saya tak pernah nampak bekas tunangnya sebelum ini." saat ini aku mula teringat akan gambar-gambar yang pernah dihantar oleh shasha tempoh hari. tidak syak lagi, mereka memang ada mengadakan perselingkuhan. aku derita disini Zainal! aku menangis disesabkan perbuatanmu!

    "betul ke apa yang kamu nampak along? kamu pasti itu Zainal?"

     "ya datin! mata saya masih tak buta membezakan orang lain dengan Zainal. saya tahu sangat raut wajahnya. memang pada awalnya saya sukar untuk mempercayai semuanya tapi saya katakan pada diri saya, manusia bila-bila sahaja boleh berubah." terus aku dengar mama berkali-kali beristighfar. mama kembali tersedu-sedan meskipun tiada lagi tangisan yang mengiringinya. aku? semakin tak ada perasaan.

    "pernah sekali saya nampak Zainal masuk kedalam kelab malam bersama perempuan yang sama. say tidak mampu berbuat apa-apa dato' datin. saya kira Zainallah orang yang paling saya percaya selepas mak, ayah saya untuk menjaga adik perempuan saya tapi ini balasan yang saya dapat atas kepercayaan yang saya beri padanya. teganya dia melukakan perasaan kami. tidakkah dia tahu saya sangat menghormatiny sebagai adik ipar saya. butakah mata dia dengan kejelitaan adik saya. kalau nak dibandingkan, perempuan yang bersama dengannya tempoh hari jauh tercorot biarpun terdedah sana-sini macam perempuan sundal saja. kali ini saya tak dapat maafkan kesalahan Zainal kecuali adik saya sendiri yang meminta saya berbuat demikian. saya sangat sayangkan adik saya dan say tidak benarkan Zainal sakitinya berkali-kali!! cukuplah sekali dan tidak kedua kali dato' datin. kalau dia benar-benar lelaki, saya mahu dia lepaskan adik saya lepas dia sedar. saya taknak adik saya kena jangkitan bawaan kuman dalam badannya yang penuh dengan noda!!"

    "alongg!!! jangan along!! mak tak suka kamu cakap macam tu! walau apapun kita kena tunggu pengesahan daripada Zainal sendiri. kita tak boleh tuduh sebelum dapat bukti yang nyata!" rasanya emak masih percayakan akan sikap kepura-puraan Zainal. sedangkan sebelum ini emak seperti lebih menyokong padaku. aku tak faham bagaimana seorang emak yang selama ini membelaku kini membela musuhku. along terus keluar dari bilik disertai oleh angah dan usu. yang tinggal cuma aku, emak, ayah, mama dan abah serta si penjahat yang sedang tidur. kami terkejut dengan esakan ayah yang tiba-tiba. aku menghantar isyarat pada emak melalui kerlingan mata. emak mengerti maksudku.

    "bang... " panggil emak perlahan. ayah menggeleng perlahan sambil mengesat matanya. aku toleh semula pada mama dan abah yang terlopong. tidak percaya barangkali lelaki segagah ayah akan menangis begitu. ada airmata yang bergenang ditubir mataku. siapa yang sanggup mendengar ayahnya menangis hiba begitu.

    "Fiya..."

    "ya ayah..." aku sahut panggilan ayah dan meminta diri daripada emak untuk mendekati ayah. sedari tadi ayah mengasingkan dirinya daripada semua orang biarpun kami berada dalam satu ruang yang sama. ayah yang sedari tadi menunduk mengangkat mukanya. aku terkesima melihat matanya yang merah.

    "Fiya.. ayah minta maaf nak.. ayah minta maaf. ayah yang banyak salah. ayah yang patut dipersalahkan nak... maafkan ayah.. maafkan ayah..." sayu menerobos kedalam hatiku. sesiapapun yang mendengar rayuan ayah kala ini pasti merasa sangat hiba. tambah-tambah aku yang sedang dirayunya. oh ayahku...

    "ayah... jangan macam ni ayah...jangan buat fiya jadi lagi sedih..." aku melutut didepan ayah. tanpa disangka, ayah memelukku. meskipun tidak menangis tersengguk-sengguk tetapi aku dapat rasakan kesedihan yang ayah tanggung. dulu, ayah begitu percayakan Zainal tetapi dengan semudahnya Zainal rosakkan kepercayaan yang diletakkan kebahunya. sudah tentu ayah terkilan sangat-sangat. aku apatah lagi. sudah berjanji untuk menganyam bahagia bersama, tapi 'taik kucing' yang aku dapat. ptuuihh!!

    "fiya maafkan ayah. ayah tak salah cuma mungkin ayah terlalu inginkan fiya bahagia dan fiya memang bahagia pada awalnya ayah. cuma pada awalnya.. cuma..." aku tak dapat habiskan kata-kataku sendiri. terlalu berat untukku luahkan. aku leraikan pelukan ayah dan mengelap airmata yang mengalir dipipi tuanya. aku cium pipi tua ayah yang sudah melayut. walaupun sudah tua tapi dimataku ayah tetap yang terkacak. lebih kacak daripada Zainal.

    "ayah janji sayang, ayah tak akan biarkan sesiapa pun sakiti anak ayah lepas ini. ayah dah tak percayakan menantu ayah yang dulu ayah sangat sayang. fiya tahukan betapa banyak mana ayah kamu kahwin dengan 'dia'. ayah paksa kamu sampai ayah sanggup aniaya kamu. ayah memang kejam semata-mata untuk mendapatkan menantu seperti Zainal. ayah tak pernah silap dalam membuat keputusan dalam hidup ayah. tak pernah ayah silap sayang... dan buat pertama kalinya dalam hidup ayah, ayah telah melakukan kesalahan yang sangat menyakitkan. ayahlah yang bertanggungjawab menghilangkan seri diwajahmu sayang. ayah minta maaf sayang. ayah minta maaf sangat-sangat sayang. kita pulang kampung ya sayang... ayah dan mak akan jaga kamu disana. kalau Zainal dah berubah, barulah ayah akan lepaskan kamu kepadanya semula. tapi selagi ayah tak nampak perubahan dalam diri suami kamu, terpulanglah pada dia samada nak kahwin dengan perempuan tu atau nak lepaskan kamu. ayah takkan sekali-kali biarkan dia sakiti anak ayah sekali lagi. ayah akan jaga kamu. ayah dan mak akan sayang kamu. kamu tahukan betapa ayah sayang kamu. kamulah satu-satunya anak perempuan ayah. siapa bilang ayah tak sayang kamu? siapa kata ayah bencikan kamu. siapa kata ayah nak bunuh kamu? itu semua sebab ayah sayangkan kamu sayang. ayah tak mahu tunjukkan sayang ayah dengan perbuatan cuma ayah lakukannya dengan mengahwinkan kamu dengan lelaki yang ayah rasa sangat layak buat kamu tapi ayah silap. tapi ak apalah.. silap ayah yang terlalu mengharapkan pada sebuah kesempurnaan..."

   "ayah... kalau itu yang ayah rasa baik untuk fiya. fiya akan ikut ayah dan mak balik kampung. fiya nak tenangkan hati fiya buat sementara waktu. fiya tak mungkin boleh hidup macam ni. fiya perlukan mak dan ayah. fiya sayangkan ayah, ayah..." sekali lagi aku peluk tubuh tua ayah. biar sudah tua tapi tetap sasa dan mantap. biarpun tidak dapat mengalahkan ke'sasa' an tubuh Zainal tapi bagiku ayahlah yang terhebat. ayahlah yang terbaik. tidak ada lelaki lain. aku akan sayang ayah sampailah keakhir hayatku.

    setelah meleraikan pelukan dan mengelap airmataku dengan belakang tangan, aku meninggalkan semua dengan keluar dari bilik. emak mengikutiku mungkin naluri seorang ibu yang dapat merasakan ada sesuatu yang aku mahu lakukan yang tidak-tidak. fiya tak sebodoh itulah mak. berada didalam hanya akan menambahkan api dalam bara hatiku. aku tahu mama dan abah sangat terasa dengan kata-kata yang diucapkan ayah sebentar tadi tapi sakit hati mendengar perit lagi yang mengalaminya. aku hanya doakan hubungan diantara kedua belah pihak keluarga akan baik dan tidak berlaku sebarang tuduh menuduh. seboleh mungkin aku cuba elakkan bnda tersebut daripada berlaku ekran aku tidak mahu ada diantara kami yang memusuh diantara satu dengan yang lain.

    emak mengekoriku sampailah aku masuk kedalam tandas pekerja staff. disitu aku melepaskan tekanan yang terlalu berat merantai dada ku. aku yang terkena dan kini akulah yang akan merasakan semua keperitan ini. oh tuhan!! aku sangat-sangat tidak mampu menahan beban yang tergalas ini ya Allah.

   "sabar nak... jangan ikutkan sangat hati fiya. mak faham nak.. "

    "mak..." aku memusingkan tubuh dan terus merangkul tubuh tua emak.

   aku sudah berada dalam pelukan mak. aku menangis sepuas hati. aku mahu lepaskan sekurang-kurang sepuluh  peratus daripada kesedihan dan kesakitan yang aku rasai ini. tubuhku seperti biasa akan dielus-elus mesra. emak memang ibu yang paling baik yang pernah ku miliki. tiada akan ada siapa yang dapat menggantikannya dalam hatiku. mak... kaulah segalanya....

    sesudah seminit dua berada didalam tandas, aku bimbang ada yang akan menggunakan tandas tersebut. aku ajak mak masuk semula kedala bilik. sebaik mungkin aku tidak mahu menyebut sepatah haram berkaitan dengan Zainal. aku mahu membuang semua kesulitan yang dihadiahkan padaku. pada kami sekeluarga.

  sampai sahaja didepan pintu, aku terus membukanya tanpa mengetuknya terlebih dahulu.

   "mama tak sangka abahnya... tergamak anak kita buat benda-benda macam tu! ya Allah, kenapa kamu bodoh sangat hah Zainal? kamu malukan mama Nal. kamu dah malukan mama..." mama hampir terjelepok diatas lantai. mujur abah menampung tubuh mama dan dipapah untuk duduk diatas sofa. aku hanya mendengar mama teresak-esak menangis sambil ditenangkan abah dan anak-anaknya. muka ayah yang masih berada ditempat sudut yang sama masih lagi tegang. sejak aku mengkhabarkan berita Zainal yang ditahan didalam wad semalam, mak dan ayah berjanji untuk datang menjenguk Zainal disini. mungkin ayah tak menyangka menantu yang dianggapnya 'malaikat' sebelum ini berubah menjadi 'hantu'. kasihan ayahku...

   aku menyuruh emak masuk kedalam sementara aku mahu merapatkan daun pintu. tetapi belum sempat aku mengatupnya, pintu ditolak dari luar dengan kasar. hampir aku rebah namun mujur emak masih berdiri tidak jauh dariku. aku terus paut tubuh emak kuat-kuat.

    terpaku aku melihat seorang wanita yang merenung tajam kearahku dengan sepasang matanya yang dicelak hitam.

   'shasha'

   "mana suami aku?? tepi!! aku nak jumpa Zainal!!"

   "apa?? suami??"

semua yang berada disana tercengang-cengang lebih-lebih lagi aku. sakit hatiku semakin tidak tertahankan. aku terus tolak tubuh shasha dia terjatuh. perut shasha terhempas dilantai menyebabkan bunyi akibat dari terjatuh tadi menjadikan keadaan jadi gamat. mataku terpaku lebih-lebih lagi apabila melihat tompok-tompok merah bagaikan meluncur keluar menyisip dari skirt ketat hitam paras peha yang dipakainya.

   "ya Allah...darah... " aku mula pening. berputar-putar dunia dimataku.

   dan waktu itu juga aku dengar suara Zainal menengking seseorang dari belakangku. aku sudah tidak ingat apa-apa....

    "sayang... bangun sayang... jangan tinggalkan abang..."

  
bersambung....


  harap sangat agar anda sudi meninggalkan komen buat n3 ini. Megat Teruna sangat-sangat menghargainya... terima kasih keran sudi menjenguk dilam sesawang MT.

2 comments:

Anonymous said...

hailaaaa zainalllllllll............

La dOlce Feyka said...

jangan lah zainal ngn 'aku' berpsah..