Saturday, December 10, 2011

Jauh Aku Berlari 3

  Tepat pukul 11 malam, kami sekeluarga sedang berkumpul diruang tamu bersembang sambil menonton TV plasma yang baru dibeli oleh Zainal sebagai hadiah pada tok aji kira-kira sebulan yang lepas. Zainal memang pandai mengambil hati orang di sekitarnya. tapi hatiku, minta maaf. saya tak semudah itu dipergula-gulakannya.

    kami berdua duduk sedikit jauh dari kelompok yang lain. itu yang membolehkan kami berbual seperti biasa tanpa perlu aku berpura-pura memanggilnya dengan panggilan yang membuatkan tekaku meloya. pulak tu, rasa macam nak patahkan aje tangan Zainal yang asyik memaut pinggangku walaupun kami duduk rapat begitu. aku tidak senang dengan Zainal sekarang.yang nyata, bukan salahku semua ini berlaku.

   mak, ayah, mama, papa, abang-abangku, adik-beradik Zainal, sepupu-sepupuku yang datang dari jauh, beberapa ahli kerabat terdekat keluarga Zainal, saudara-saudaraku yang mempunyai pertalian darah denganku termasuk juga beberapa orang jiran yang tinggal berdekatan dengan rumah tok aji memenuhi setiap ruang rumah tok aji. ada yang tidur terlentang beralaskan tikar mengkuang yang dibawa dari rumah. ada yang satu keluarga anak beranak tidur ditepi bilik pengantin dengan tangisan anak-anak, bayi dan suara orang ramai yang bergelak ketawa  membingit disana-sini. meriah sungguh sambutan perkahwinanku. tak sangka aku sampai sebesar ini kemeriahannya. semua kerana usaha Zainal yang terlebih teruja mahu mewar-warkan perkahwinannya kepada semua rakyat jelata bahawa dia telah beristerikan seorang bidadari yang sudah lama ditunggunya. itu kata ayah semalam. entah dari mana ayah tahu semua benda-benda macam tu. aku sendiri tidak berminat ingin tahu cuma aku berterima kasih pada Zainal kerana dia tidak menyombong dengan orang-orang kampung yang miskin walaupun ada jugak yang berbau hapak datang memeriahkan majlis kami. aku cukup terhutang budi pada Zainal akan itu. dilayan mereka sama rata dengan penuh mesra mengalahkan aku yang dah lama kenal dengan mereka. teman-temanku yang tidak mencari kerja dikota sementara menunggu keputusan SPM dan datang menegurku turut dilayannya dengan baik. siapa sangka Zainal boleh menghilangkan sedikit demi sedikit perasaan tidak senang dihatiku padanya atas keterlanjuran dia memfitnahku dulu. ah! Zainal memang mempunyai aura yang sangat menggoda. bukan aku nak katakan aku gatal atau gedik tetapi tiada siapa yang boleh menyangkal kebenaran kata-kataku tadi. Zainal memang dilahirkan untuk menjadi seorang lelaki yang sempurna lahiriah. mungkin!

  "kita masuk tidur ya sayang! abang dah ngantuk sangat ni... tak sabar abang  nak baring kat sebelah sayang. it would be very interesting, right honey?"

   "apa?"

   ya Allah! nak meletup dah aku rasa dadaku ni. ajakan suami untuk masuk sama ke kamar pengantin sangat tadi memang benar-benar arggh. Zinal memang berani. tangannya yang begitu setia melingkar dipinggangku sejak bergelar suami isteri pagi tadi makin erat memaut batang tubuhku. sekali sekala tangannya gatal menjalar keserata pinggang walaupun ditengah keriuhan orang ramai tadi.

     "gatal betul?" tanpa disedari aku mendesis perlahan. lebih tepat lagi 'terdesis' sebenarnya.

    "apa dia sayang? apa yang gatal tu?"
tangan Zainal melert-leret dipengkal lengan. aku tarik tanganku perlahan-lahan. rimaslah!!

     "takde apa pun! ada nyamuk gigit tangan saya tadi. itupun nak bising!" perlahan betul suaraku. aku sangat takut ayah atau sesiapapun dapat mengecam bahasa yang aku gunakan. mati aku kalau benar ayah tahu aku panggil menantu kesayangannya dengan panggilan yang memang tidak patut. tapi bagi aku itulah yang paling patut. Zainal patut diberi pelajaran.
   
    "jomlah... i can't resist thinking about to 'eat' you sayang... i really miss you baby..."

      "jangan mengarut boleh tak?"
Zainal tergelak membuatkan ayah mama papa emak dan abang-abangku melihat kearah kami.

 Ya Allah! apa aku nak buat ni?  help me!! help me!!

     "sebenarnya kan ayah... lepas ni Nal nak tinggal dekat kampung ni dalam masa dua minggu lagi. boleh kan?" syukur! Zainal berjaya mengalihkan perhatian mereka. ayah mengangguk sahaja. sudah semestinya. kalau tak, bukan ayah aku lah tu jawabnya. menantu kesayangan dia kan. lepas itu, mereka mula kembali ligat pada kerja dan perbualan masing-masing. aku berasa terhutang budi pada Zainal kerana menyelamatkanku daripada dijerkah ayah tadi.

    "thnaks for saving me!"

    Zainal hembus nafasnya dipipiku. hangatnya nafas lelaki itu menampar kulit wajahku. wangian lelakinya yang aku rasa berjenama mahal, berlumba-lumba masuk kedalam rongga hidung. aku nikmati sepenuhnya wangian ciptaan Allah itu meskipun pengilangnya adalah manusia biasa.

    "why are you so beautiful dear til make irresist from falling in love with you"
Zainal bisik ditelingaku. bisikan dari seorang pria yang sudah menjadi pendamping hidupku. waktu itu aku rasa aku dah melayang pergi jauh meninggalkan dunia. lelaki ini tak habis-habis dengan ayat-ayat romeonya. mujur sahaja kami di tempat awam, kalau tak aku sudah larikan diri tadi. aku pantang mendengar bicara daripada seorang lelaki kota yang suka berbicara sepertinya. kasanova!

     "tak ada faedah awak! hati saya beku pada awak" aku memang berterus-terang. pedulilah apa nak jadi sekalipun. aku wajib memberitahunya. ini soal masa depan dan maruah aku. dosa pahala tolak ke tepi. ah! rasanya aku juga sudah gila.

      "it's okay honey! abang akan cairkannya suatau hari nanti. i bet it to be by tomorrow morning. waktu itu sayang akan tercari-cari abang. coz you know what? coz i'm a mad lover and I never giving up in making u falling in love with me, your beloved husband!" serentak dengan itu, Zainal kucup pipiku tanpa aku sempat elak. aku mendengus perlahan. Zainal memang benar-benar gatal. aku juga yang menahan malu melihat beberapa pasang mata yang memerhatikan kami terutamanya sepasang mata helang ayah.  hampir aku tumbuk muka Zainal. biar pecah muka tampannya. geram dan malu sangat-sangat menyucuk jantung. rimas aku dengan tekanan perasaan begini.
   
   "takkan lari gunung dikejar Zainal. sabarkan darah muda tu sikit, kejap lagi kamu dapatlah apa yang kamu nak sangat tu... betul tak angah?"

ada yang terhambur tawa dengan sindiran along. Zainal apatah lagi, bukan main suka dia bergelak. nantilah kat bilik nanti aku hempuk kepalanya dengan bantal peluk busuk yang aku bawa sekali pagi tadi.

   "yalah bang long! adik kita tu bukannya nak kemana lepas ni. paling-paling pun masuk bilik pengantin kut. dah tak sabar ke Zainal?" terhenti terus ketawa Zainal. padan muka. tapi aku yang bertambah geram apabila tangannya sengaja meramas-ramas bahuku. makin membuatkan abang-abangku bantai gelak.

    "hish korang ni!!! kenapa gelakkan adik ipar kamu?"

ayah letuk kepala abang-abangku kerana menyindir Zainal. dicuci telinga dua orang anaknya itu dengan semasak-masaknya. aku tidak faham dengan sikap ayah sekarang. sayang betul ke dia pada menantunya ni.

    "sekali lagi ayah dengar kamu berdua sindir menantu kesayangan ayah, awas kamu!" ugutan ayah membuatkan abang-abangku terlepas ketawa lagi. aku mengerling pada Zainal yang turut sama tergelak. giginya yang putih tersusun cantik menambahkan pesona pada wajahnya. kacaknya dia! tapi aku benci sungguh dia. hai hati...

   "yang kamu gelakkan ayah ni kenapa? ada kamu nampak ayah tengah buat lawak ke hah?" membulat mata ayah. along masih ketawa. yang lain termasuk Zainal sudah berhenti ketawa.

    "hahaha... apalah ayah ni... takkan ayah dah tak sabar nak menimang cucu kut?"

   "along!!!"

   "abang... kenapa jerit-jerit ni? kan tak elok kalau tetamu dengar!" tegur emak yang tiba-tiba datang mencelah disofa. dari dapur agaknya emak tadi. aku menyalam tangan mak dan Zainal juga berbuat perkara yang sama. huh! nak tunjuk alim lah tu. macam bagus sangat. a very fake Zainal!

  "budak-budak nilah. suka sangat kacau anak menantu awak tu. cemburu agaknya adik mereka berkahwin lebih awal" muka ayah kelihatan bengang. apabila semua mata memokus pada ayah, terasa pipiku disentuh oleh benda yang hangat. apa ni? Ya ampuun

  "Zainal!" tegurku tidak senang. nasib baik tidak ada yang melihat perlakuan melampaunya. Zainal benar-benar suka menggatal denganku. seram sejuk bulu roma di tengkuk. ciuman itu masih melekap kemas. mujur Zainal duduk disofa paling hujung dan agak tersorok dari kebanyakan orang disitu. aku tolak wajahnya kuat. sekali lagi melekap bibirnya dipipiku. oh maaak...

   "betul ke apa yang ayah kamu cakap tadi along?" aku tolak kepala Zainal lagi apabila menyedari ayah mahu memalingkan wajahnya ke arah kami. secepat kilat ciuman telah terlerai. "i want you sayang..." ya Allah.... Zainal memang benar-benar gila!

   "alaa ayah, mak... kitorang gurau ajelah tadi. ayah ni aje yang suka anggap benda tu serius padahal kami bergurau aje. betul tak acik?" aku tidak bergerak langsung. wajah menunduk. hanya telinga yang terpasang.
 
   "entah! acik di pihak berkecuali."

   puk!

  "weiii sakitlah angah!!"

   "rasakan! orang serius dia main-main pulak!" along, angah mak, ayah, papa dan mama dan beberapa ahli keluarga yang masih setia berborak tergelak melihat dua beradik yang bercengkarama. Zainal mengucup lagi pipiku. Ya Allah sempat lagi tu!

   "Zainal!!! nanti orang nampaklah!!" aku tolak kepalanya. mujur dapat.

   "biarlah...i lagi suka!" ya allah. nak aje aku pelangkung kepala lelaki ni!

    "eleh... acik sokong ayah lah kalau macam tu!"   pada masa yang sama ada syara menegur kami.

     "uncle!" tegur seseorang dari belakang. aku jauhkan pipiku. blushing..blushing... kali ini kami tertangkap anak saudara Zainal yang baru berumur empat tahun.

    "dah..dah! daripada kamu sembang kosong, lebih baik kamu pergi tidur angah along acik!"
masa itulah aku tampar paha Zainal. mujur juga yang lain tidak perasan. entah tidak perasan atau buat-buat tidak perasan. tapi lagi bagus sekiranya mereka tidak perasan. zainal memang suka bikin aku malu!

    "awal lagilah mak. lagipun tak ada bilik untuk kami tidur. sampai hati tau!" along, angah dan acik merungut tak puas hati. penat-penat mereka balik ke sini, tapi tak dapat pulak layanan istimewa. pada masa yang sama, Zainal membodek anak buahnya itu supaya tidak memberitahu kepada sesiapa. pelukan tangan sasanya pada pinggangku bertambah kemas. sekali lagi pipiku dikucup apabila raqy meminta Zainal melakukannya. lelaki ni!!!

    "boleh tak awak jangan buat macam tu lagi?"
sia-sia sahaja teguraku. makin rakus bibirnya melekap dipipi.

    "awal apanya... dah! pergi tidur. carilah mana-mana tempat yang sesuai. tidur kat sofa ni pun boleh" mak mengerling ke arah kami yang langsung tidak masuk dalam perbalahan mereka. mukaku memerah apabila mak tersengih padaku. alamak! mak nampak ke?

    aku berpura-pura menutup pipiku dengan kedua tangan sehingga wajah Zainal disebelah terlindung dengan tanganku. sekali lagi mamat ni menggatal, awaslah!!

   "yelah...yelah wahai tuan permaisuri agung!" ajuk angah. termati senyuman emak. mak mengalih perhatian dan mencubit bahu angah. terjerit angah menahan kesakitan. Zainal mengucup lagi pipiku setiap kali mata mereka bukan terfokus pada kami berdua. aku cubit tangannya kuat dengan sepuas hati. Zainal mengaduh kuat. padan muka!!!

  "kenapa Zainal?" cepat aje ayah menangkap kami tengah bergaduh.

   "tak ada apa ayah! tiba-tiba rasa kebas tangan ni ha" Zainal menunjukkan tangannya pada ayah dalam posisi memeluk bahuku. ayah menjeling padaku membawa maksud tentu angkara aku.

   "Fiya! kamu..."

   "ayah nampak kacaklah malam ni" potong Zainal sebelum sempat ayah menghabiskan katanya. aku perasan muka ayah yang tegang perlahan-lahan menyengih. cepat benar berubah karakter lelaki tua itu apabila menerima pujian dari Zainal. entah ilmu apa yang Zainal pakai.
kalau benar Zainal mahu mempertahanku daripada dibebel ayah, aku amat berterima kasih akan itu untuk kedua kalinya.

  "ayah memang hari-hari  kacak Zainal, sebab tu mak kamu terpikat kat ayah dulu!" ayah dan Zainal ketawa termasuk beberapa ahli yang menyertai perbualan itu dari awal. yang tak faham pula hanya mampu memandang. aku pulak walaupun mengikutinya dari awal tapi mulutku terasa berat bersuara sedangkan sebelum ini mulutku tak ubah bagai murai yang tercabut ekornya.

  "jangan percaya sangat cakap ayah kamu tu Zainal, lebih banyak yang bohong dari yang benarnya" ayah menarik muka. muka mak dipandang tidak puas hati.

   "i like the bond between them. kalau boleh abang nak bina bond yang lebih dari itu with you. can we?"  aduh! apa yang kau merepek ni Zainal? tapi aku diam saja.

  "sayang... can we?" masih belum berputus asa nampaknya.

   "hrmm.."

   "you promise?"

    Ya Allah Zainal ni!!

   "jangan nak mengada! siapa yang nak janji dengan awak?"

Zainal tidak lagi bersuara. terasa mungkin. tiba-tiba aku rasa bersalah. bukan maksudku untuk bercakap begitu. huh! bukan bermaksud konon... bukan bermaksudlah sangat kaaan.... memang aku tak bermaksud Zainal unless awak buatkan saya jatuh cinta! kalau saya tak jatuh cinta juga, then lepaskan saya dalam ikatan pernikahan ini.

   "mak ayah tak nak masuk tidur ke?"  suara along tidak lagi seperti ingin bermain-main. mungkin takut menerima sedas cubitan daripada emak. Zainal tidak lagi mengucup pipiku seperti tadi. dia terasa ke?

    "dah nak tidur lah ni tapi mama papa Zainal belum mahu masuk tidur. takkan nak tinggalkan begitu aje pulak!" mak mengangkat punggung dari sofa dan mengajak ayah untuk menyertai mama dan papa yang berborak dengan beberapa orang tetamu yang masih belum pulang. mereka duduk agak jauh dari kami sehinggakan tidak terdengar perbualan mereka dari tempat kami duduk. sekali sekala mereka ketawa. ketawa mama dan papa pula bergabung. sekejap pula suara ketua kampung dan ayah bergema. sekejap pulak ketawan tetamu lain yang berselang tawa dengan papa. mungkin ketua kampung dan ahli-ahlinya kut yang meminta sedikit peruntukan daripada papa untuk kemudahan asasi kampung ini. siapa tahu rezeki mereka lalu mendapat derma daripada papa mertuaku. maklumlah Dato' syeikh sangat dermawan, puji ayah lama dulu sampailah sekarang.

    dengan telinga yang asyik mendengar ketawa tetamu diluar, kini suara Zainal, angah, along, dan acik pula yang bergema diruang tamu. tiba-tiba aku jadi rimas dengan semua ini. sepatutnya hari perkahwinanku dihiasi dengan kebahagiaan tapi kenapa aku tak merasainya? mungkin juga kerana aku tidak mengikhlaskan diri. sesungguhnya tidak beroleh keberkatan apa yang kita buat tanpa diiringi dengan hati yang suci luhur dan murni. padan muka aku!

    dan mulalah aku diumpat oleh abang-abangku. cerita-cerita sewaktu kecilku sehinggalah aku menginjak dewasa, diceritakan semuanya pada zainal. memang aku geram tapi untuk apa aku simpan kegeraman itu kerana aku tahu semua lelaki dihadapanku sekarang sememangnya kaki buli. kaki penindas dan juga kaki bodek. antara mereka berempat, Zainal lah yang 'ter' kehadapan sekali perangainya.

   "kenapa dengan kamu adik? monyok aje along tengok!"

alamak! along memang pandai meneka hati seseorang. aku tidak mahu kedinginanku dicium. aku tahu mereka telahpun terciumnya tetapi abang-abangku semuanya sporting. mereka juga terkejut dengan perkahwinan kami yang tiba-tiba ini.

    "adik! ok tak ni? adik sakit ke?"

pertanyaan along disertai sekali dengan lingkaran tangan Zainal menyinggah bahu.

    "takdelah along... adik ok aje pun. penat kot melayan ramai tetamu tadi."

    "yalah... abang faham! kalau kamu penat, pergilah tidur. ajak sekali laki kamu tu ha!"

   pantas aku menggeleng. aku tolak tangan Zainal yang melingkar dibahu. lepas tu aku engsot menjauhi lakiku. rimas bila berdekatan dengannya biarpun aura jantannya menarik kalbu. aku harus hipokrit untuk menyelamatkan diri.

   "nantilah adik tidur! belum mengantuk lagi bang long"

    "hrmm.. ikut suka hati kamulah!" tau takpe!

Zainal tarik tanganku dan sekali lagi aku terduduk diribaannya. ini dah melampau.
hatiku jadi panas. tak suka sewenang-wenangnya diperlakukan sebegitu waima dia dah jadi laki aku sekalipun.

   "malu sikit boleh tak?"
keras aku tegur. biar dia terasa dengan kata-kataku. aku memang sengaja!
 
   "tapi...abang cuma nak.."

   "tak payah nak tunjukkan sangat kepura-puraan awak tu!"
aku tepis lagi tangannya yang cuba memelukku. tak tahu malu!!

    "adik! tak baik cakap macam tu pada suami kamu!! angah tak suka adik angah berkasar pada suami!"
 
    "ah! pedulilah. bukannya adik nak kahwin sangat dengan dia pun!" aku tahu aku berdosa saat terluahnya kata-kata itu dari bibirku selayak seorang isteri. tapi... ada aku kesah? Zainal sepatutnya tahu bahawa aku membencinya.

    "kenapa adik cakap macam tu? cuba cakap baik-baik sikit!"

    "tak apa Rul... aku tak apa-apa! saya maafkan setiap kata-kata yang terbit dari bibir isteri saya... selagimana saya bernyawa... aku sayang satu-satunya adik perempuan korang ni! aku sayang dia lebih daripada aku sayang diriku sendiri..." terasa tanganku diraih dan spontan mataku terpaku pada seraut wajah tampan dihadapanku. entah kenapa aku seakan merelakan sahaja perlakuan lelaki ini.

    "stop! stop! malu aku tengok korang berdua ni tau! seram sejuk tengkuk aku ni"

teguran angah meleraikan perasaan entah apa tadi. aku biarkan Zainal bermain dengan telapak tanganku. aku biarkan Zainal mengucup belakang tanganku.

    "hei korang! stop it!"

barulah aku terasa malu.mungkin kerana tadi aku terasa diawangan dikala suami melafazkan kata-kata sebegitu. sesiapa wanita pun pasti akan jatuh cinta pada Zainal. adakah aku jua begitu?

    "Zainal! kalau dah tak sabar sangat nak baham adik aku, tu haa.. kat sana bilik pengantin kamu. kat dalam tu nanti, kamu boleh buat apa saja yang kamu nak tapi kat sini tak bolehlah brother. aku ni pun masih kolot benda-benda macam ni. cakap memang beranilah tapi yelah... aku belum kawin macam korang. manalah aku tau benda-benda dalam kelambu ni!"

    "angah! awat cakap macam tu kat Zainal? tengok muka adik dah merah!"
tanganku terasa digenggam erat. Zainal bagaikan tahu aku mau sangat bila diusik begitu.

     "laa ye ke? tapi apa yang angah cakap tadi semuanya betul. sekadar nak bagi sedikit nasihat pada adik dan ipar kita tu ha"

    "tak kisahlah... yang penting ayah tak nampak. tak pasal-pasal kena pelangkung kepala tu nanti"
meletus lagi gelak tawa mereka. Zainal hanya tergelak kecil.

    "pergilah korang masuk tidur! nanti along juga yang kena marah dengan ayah nanti"
aku menggeleng. tak suka dipaksa tidur awal. takut nanti aku teriak apabila Zainal cuba melakukan yang tidak-tidak. biarlah malam ini aku tidur lewat sikit dari kebiasaan. biarpun mata dah rasa sedikit memberat tapi aku gagahkan juga diri untuk berjaga.
   
    "tapi laki kamu tu dah mengantuk along tengok! pergilah korang masuk tidur. tak elok pengantin baru terkena embun pagi" Zainal tergelak kecil. pelukan di bahuku dipereratkan. agaknya benar lah dia mengantuk kut. aku sahaja yang tidak perasan kerana tidak melihat wajahnya. tapi tadi ok aje pun. tak nampak macam mengantuk.

   "jom sayang... kita masuk tidur..." suara garaunya berbisik panas di cuping telinga. angah dan along tersengih-sengih melihat kemesraan yang Zainal pamerkan. aku pula yang naik segan. Zainal memang lepas bebas. dimana-mana pun dia akan buat apa yang dia nak. sama macam sewaktu pertemuan kali pertama kali kami dulu.

    "sayang..."

     "awak pergilah dulu" aku tahu berdosa bagiku mengingkari arahan suami untuk masuk tidur.

'Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur (untuk jima’/bersetubuh) dan si isteri menolaknya [sehingga (membuat) suaminya murka], maka si isteri akan dilaknat oleh Malaikat hingga (waktu) Shubuh'

    aku tidak tahu siapa yang meriwayatkan sabda nasbi itu tapi itulah yang selalu membelenggu pemikiranku sebelum aku sah menjadi isteri Zainal. aku takut apabila mengingatkan dalil tersebut.

     "come sayang..."

ah! Zainal memang tidak pernah mahu berputus asa. macam mana ni? apa perlu aku jawab? aku masih belum mampu menjiwai watakku sebagai seorang isteri yang sebenarnya. aku perlukan perasaan itu untukku menjadi isteri yang baik buat masa sekarang kerana belum ada rasa kasih atau cinta buat Zainal.

    "pergilah kamu tidur adik.. Zainal.. korang kan pengantin baru!"

desak along. along ni kan!! sengaja nak buat aku berasa serba salah.

    "jom sayang..." ajak Zainal lagi setelah along memaksa. aku tahu Zainal juga mungkin terpaksa. entahlah...

     "err..aaa...ab...abang pergilah masuk dulu. kejap lagi Fiya masuk tidur. Fiya masih belum mengantuk. lagipun masih ada tetamu yang belum pulang...apa pulak kata mereka nanti..." aku guna bahasa yang sopan dan lembut. pertama kali aku memanggilnya abang. rasa kebas wajahku sekarang. sebaiknya aku mahu menjaga hatinya seperti yang dipesan mak pagi tadi. baru tadi aku teringat kembali nasihat mak. jangan sekali-kali sakiti hati seorang suami. tak masuk syurga rohku nanti, pesan mak. memang benar kata mak. tapi mana mungkin aku dapat menjadi seorang isteri dalam erti kata yang sebenarnya sekiranya aku masih belum mampu memaafkan lelaki ini.

    "okeylah...abang faham. abang tak suka memaksa... tapi kejap lagi kita kena masuk tidur sama-sama ye....?" oh mak! lembut benar bahasanya. biasalah lelaki kota. dah biasa bermain dengan kata-kata. menurut kawan-kawan aku yang balik ke kampung sewaktu bercuti hari raya, lelaki-lelaki di kota kebanyakannya mat-mat romeo. terlalu pandai menggubah bahasa supaya perempuan yang diumpan termasuk dalam jerat asmara yang mereka cipta dan mungkin juga Zainal bekas kasanova dulu. siapa tahu kan?

    "pergilah kamu masuk tidur fiya, Zainal! ayah tengok kamu berdua dah letih sangat... pergilah tidur, biar kami yang selesaikan hal-hal kat luar ni!" aku memalingkan wajah melihat ayah yang sudah melabuhkan punggung disofa bertentangan kami. dari panahan ekor matanya, bagaikan mahu aku mengikuti arahannya.

   "tak apalah yah... Zainal bukannya mengantuk sangat pun. masih boleh tahan. ayah tak nak masuk tidur ke? nanti badan ayah masuk angin pulak!"   ayah ketawa suka. aku tahu ayah senang dengan perangai mesra Zainal yang begitu mengambil berat hal kebajikannya. aku faham disebalik harapan ayah. ayah mahu tumpang kaya dengan kekayaan besannya. betulkan aku andainya aku yang tersalah menilai perasaan ayah aku sendiri!

    "kamu berdua yang sepatutnya kena tidur awal Zainal bukan ayah. kamu tak nak raikan malam bersejarah kamu tu ke? ingat! jangan selalu bertangguh, nanti kamu juga yang akan rugi nanti..."  aku tidak tahu hendak mana harus kusembunyikan perasaan malu ini. ayah terlalu otak kuning. geramnya!!

   "tak apalah yah... takkan lari gunung dikejar!" Zainal tergelak kecil. ayah tergeleng-geleng dengan senyuman dibibirnya. tidak pulak ayah marah pada Zainal sedangkan pepatah itu juga yang membuatkan ayah sedikit angin tadi. penangan Zainal terlalu kuat agaknya.

   aku semakin berasa rimas apabila Zainal melingkarkan pulak tangannya kebahuku. tubuhku ditarik supaya melekat kemas pada bahunya. aku cuba mengelak namun sebaik sahaja menerima sedas jelingan tajam yang ayah hadiahkan,cepat-cepat aku menunduk. tidak mahu menimbulkan sebarang sengketa diwaktu larut malam ini.

    sebenarnya sejak dari semalam lagi, ayah tak berhenti-henti membebel tentang sikapku yang acuh tak acuh sahaja hendak berkahwin dengan menantu kesayangannya. ayah kata, aku kena layan suami aku seperti seorang raja sama seperti layanan yang mak berikan pada ayah. ah! itu mereka. ayah dan mak kahwin sebab masing-masing saling suka dan mencintai. tidak seperti aku yang masih cuba melawan perasaan benci dan sakit hati yang menebal. bukan mudah untuk mengikisnya. harap-harap Zainal dapat mengikisnya. siapalah yang tidak tertarik dengan ketampanannya. memanglah hati mengatakan benci, tetapi jiwa tidak mampu membohongi diri. aku juga seperti wanita lain yang bernafsu pada lelaki apalagi dia adalah suamiku juga. tidak ada salahnya jika aku terpegun dan tergamam setiap kali saat bertentangan mata dengan Syeikh Zainal Rasheed, lelaki yang baru sahaja bergelar suamiku pagi tadi. wajahnya benar-benar kacak dan putih bersih sama seperti ayahnya yang agak gempal tetapi kacak. tapi... ayah lagi kacak banding dengan papa. dan.. Zainal berlipat kali ganda lebih kacak dan tampan dari mereka. kenapa gatal sangat aku hari ni? Ya Allah tolonglah!

    setengah jam kemudian, Televisyen yang terpasang dimatikan. ayah memaksa kami untuk masuk tidur. sempat telingaku dibasuh dan dicuci sebersih-bersihnya. Zainal tidak henti-henti mengangguk apabila menerima nasihat berupa nasihat rumahtangga daripada ayah. bersungguh-sungguh aku nampak mukanya mendengar ceramah ayah.  benarkah Zainal mencintaiku?
sekiranya persoala ini terjawab dan terbukti benar, aku akan cuba mencintai lelaki ini dan hilangkan perasaan benci. itulah yang sebaiknya. tetapi aku perlukan masa untuk menilai cintanya.

    "come honey... let's go to bed. abang mengantuk sangat ni..." suara Zainal bertambah garau dan serak. mengantuk sangatlah tu agaknya. akhirnya aku mengalah. sampai bila aku harus mengelak. kami menyalami ayah dan dan mak dan menegur beberapa orang yang masih terjaga sambil berborak diruang tamu. mama dan papa sudah masuk tidur kedalam bilik yang disediakan untuk mereka berdua. ayah yang beria-ia menjaga hati besannya. takut mereka tidak selesa tidur di ruang tamu katanya. yelah kut! orang kaya kan..

    Zainal berpaut pada tubuhku sampailah masuk dalam bilik. sesekali aku toleh ke belakang, ayah masih lagi merenung kami. aku tahu apa yang bermain dalam kepala ayah sekarang.

    "tidur dengan abang ya..." sempat Zainal bisik di telingaku selepas sahaja aku selesai kunci pintu bilik. waktu itu juga aku terasa hendak pengsan. Allah maha mengetahui!

    bersambung...

2 comments:

RinsyaRyc said...

nakal gila zainal .. tpi good la sbb x de masuk part-2 dlm kelambu sngt .. gud job writer !

AnimeLovers Chu said...

Dah kahwin pun ayah dia masih nak masuk campur lagi ke😧😧