Friday, February 10, 2012

Jauh Aku Berlari 11

      berpandukan pada kad perniagaan Zainal, aku menaiki teksi untuk ke pejabatnya. aku telah arahkan bibik jah untuk menemaniku sampailah ke perhentian teksi yang terletak kira-kira dua ratus meter dari banglo mewah Zainal yang tercorot jauh didalam kawasan perumahan orang-orang berjaya yang kaya raya semuanya. "hati-hati ya non! kalau ada apa-apa, kol aja bibik ya.." ujar bibik jah seraya menutup pintu teksi bahagian belakang teksi yang ku naiki. aku membalasnya dengan senyuman manis. kami berlambai tangan apabila teksi mula bergerak masuk semula ke jalan besar. sempat aku menoleh ke belakang, melihat bibik jah yang masih setia berdiri didepan menunggu bas dan teksi tadi. aku sudah berniat mahu memberikan hadiah kepada bibik jah diatas kesanggupannya menghantarku kesana tadi. berpaling semula ke hadapan, pemandu teksi yang memperkenalkan dirinya pak dakrol mula berbual mesra denganku.  aku yang tidak mahu dikatakan sombong, akhirnya berbual juga. bukan mahu sombong tetapi sekadar hanya mahu beringat-ingat. dunia sekarang sudah tidak selamat. tapi syukurlah, pak dakrol mendakwa dirinya tidak begitu. aku terkejut juga dengan kenyataannya. mungkin juga kerana aku tidak begitu mempamerkan kemesraanku ketika berbual dengannya. pak dakrol menyatakan begitu kerana biasanya perempuan-perempuan yang hanya sendirian menaiki teksi merasa diri mereka tidak selamat apatah lagi mereka yang cantik-cantik. pak dakrol juga bercerita mengenai kehidupannya sebagai seorang driver teksi yang sudah berkhidmat selama lebih 30 tahun. dengan duit sepencariannya itulah dia mampu menanggung isteri dan anak-anaknya sehinggalah anak-anaknya ada yang berjaya menjadi doktor dan peguam. meskipun begitu, aku perhatikan pak dakrol masih begitu merendah diri. tidak sekalipun pak dakrol merasa pekerjaannya itu melambangkan kemiskinan. malah dengan duit itu jugalah dia berupaya membuktikan bahawa anak seorang driver teksi tidak semuanya tersangkut ditengah-jalanan atau merempat merempit malam-malam. malah semua anak-anaknya mampu menghabiskan ijazah dalam bidang kritikal di universiti. meskipun hanya mempunyai empat orang anak namun hidupnya tenang dan sentiasa bahagia. begitulah kisah bagi orang yang bersikap redha dan optimistik pada jalan dan tujuan hidup mereka. kagum aku mendengar cerita pak dakrol. namun disebalik semua itu terselit rasa tidak sedap hati memikirkan aku keluar rumah tanpa seizin dari suamiku. takpe, nanti aku bagitahu Zainal sebab musabab aku bertindak begini. bibirku tidak henti-henti mengukirkan senyuman sepanjang dalam perjalanannya sehinggakan pak dakrol berkata dan selalu memuji akan kecantikan pada wajahku. kalaulah aku belum kahwin, dia sudah sunting aku jadi menantunya. mahunya tak terbeliak mataku mendengarnya. tapi ianya hanyalah sekadar gurauan semata dari pak dakrol. biasalah katanya. itulah caranya mahu menghiburkan penumpang teksinya. dia memang seorang yang ceria orangnya. sepanjang perjalanan itu juga pak dakrol seorang sahaja yang mendominasi perbualan. aku sekadar mengangguk dan mengiyakan. sesekali aku tanya juga sedikit soalan mengenai latar belakangnya. bukannya aku berat mulut tapi pak dakrol seperti beria-ia mahu membuka mulutnya maka aku utamakannya dahulu. sampai sahaja dibangunan yang menempatkan pejabat milik abah Zainal, aku membayar tambang teksi dan mengucapkan terima kasih pada pak dakrol. aku keluar dari perut teksi dan perlahan-lahan mengatur langkah memasuki ruangan bangunan yang berdiri gah dan begitu kekar didepan mataku. tertulis Arjuna building & co. disitu. berpandukan pada peta bangunan yang tersedia sebaik sahaja aku memasuki bangunan yang besar dan tinggi itu, aku bergegas mendapatkan lif yang terletak hanya didepan tandas tingkat paling bawah bangunan ini. pejabat syarikat abah Zainal  terletak ditingkat lima belas. butang bernombor 15 kutekan sehingga menampakkan lampu hijau. aku kena tunggu dalam beberapa waktu memandangkan kesemua lif masih berada ditingkat atas. bungkusan yang mengandungi makanan kegemaran Zainal yang tergenggam di tangan kananku, kurenung gembira. mengharapkan agar kejutan yang tidak seberapa ini mampu mengujakan suamiku. sekali sekala buat begini apa salahnya kan? Zainal ada mengirim SMS padaku pukul 10 pagi tadi mengatakan  dia tidak dapat lunch bersamaku hari ini memandangkan kesibukannya semakin menjadi-jadi selepas menghadiri meeting pagi tadi dan membentangkan hasil laporan yang disiapkannya semalaman suntuk. jadi, aku secara spontan merencanakan kejutan buatnya. mudah-mudahan berjaya. amin... ting! tersentak aku dari lamunan. cepat-cepat aku membetulkan baju dan berdiri ditepi dinding lif bagi memberi laluan kepada mereka yang mahu keluar. hanya aku seorang sahaja yang menunggu disitu. kebetulan agaknya. pintu lif terbuka. berpusu-pusu orang keluar dari dalam perut lif. aku sekadar memaniskan muka. tidak bertegur sapa pun dengan mereka. tentu mereka hendak mengambil lunch memandangkan hari sudahpun menginjak ke tengahari. tidak sabar rasanya membuat kejutan buat sidia. harap-haraplah Zainal tak keluar makan diluar. aku akan mengajaknya makan bersama dipejabatnya nanti. tapi tak apa ke? tak kut! aku tidak mahu rosakkan mood dengan persoalan-persoalan yang tidak baik. takut akan merosakkan moodku sahaja. sesudah habis orang dalam lif keluar, aku terus membolos masuk ke dalam perut lif. mujur tidak ada sesiapa yang mengenaliku. waktu kahwinku dulu, zainal ada memberitahuku bahawa hanya sebilangan kecil sahaja staffnya yang datang ke majlis perkahwinan kami. dan kesemuanya lelaki. yang staff wanita bersedih hati kerana jejaka idaman mereka disambar perempuan lain.  dan itulah yang Zainal ceritakan padaku selepas kami berdamai. eh! wait a minute! pembetulan. bukan aku yang merampas tapi aku yang dipaksa. apa makna aku merampas. tak ada maknanya! setibanya ditingkat 15, aku melangkah penuh azam keluar dari perut lif. alangkah terkejutnya aku melihat sesuatu yang terbentang didepan mataku. kalau aku tak kuat, sudah tentu aku rebah didepan lif itu juga. sebelum mereka nampak kehadiran aku disini, cepat-cepat aku berpatah balik semula kedinding lif. menyembunyikan diri disitu. hatiku sekali lagi diduga dengan kemunculan shasha di ruangan lobi pejabat abah Zainal. apa tujuannya kemari? apa yang  shasha cuba lakukan pada suamiku? tentu datang nak menagis kasih lah tue. ya Allah sakitnya hatiku melihat perbuatan tak bertamadun shasha. beria-ia dia mahu memeluk tubuh suamiku didepan teman-temannya. sakit hatiku melihat dan menjadi penonton drama lakonannya. apakah sampai sebegitu sekali perasaan cinta dan obsesinya pada Zainal? sudah berapa kali Zainal tegaskan padanya yang dia tidak pernah pun ada menyimpan perasaan kepadanya tetapi kenapa perempuan itu masih degil?  kenapa masih terhegeh-hegeh dan menagih secebis simpati dan belas ihsan dari suamiku? kalalu ikutkan hati aku yang tengah panas menggelegak ni, aku dah berlari kearah mereka dan menampar sekuat hati pipi mulur shasha yang terlalu gatal nun. ada hati konon nak merampas laki aku. langkah mayat aku dululah! tolonglah!
    sudahnya, niatku untuk membuat surprise pada Zainal terbantut begitu sahaja. disebalik dinding bangunan yang menempatkan pejabat milik abah mertuaku, aku dapat melihat shasha sedang bergaduh dengan Zainal di lobi pejabat. kuat suara mereka sehinggakan boleh terdengar dari jauh.
   "nonsense!! aku takkan pernah bercerai dengan dia!!" dada Zainal beralun ganas. semakin tidak sedap hatiku saat ini. bukannya aku tak tahu perangai Zainal yang agak panas baran apabila diasak-asak shasha sebegitu gila. "kalau you tak nak ceraikan dia,baik i akan buat you ceraikan betina tu!! jangan ingat i akan menyerah macam tu aje Zainal!!" shasha turut sama menempik. aku? semakin tak keruanlah jadinya. apa maksud shasha begitu? adakah dia bermaksud mencelakakanku? ya rabbi, jauhkanlah kami dari tipu muslihat orang-orang yang mendengki kami. selamatkan kami daripada golongan yang mahu menganiaya kami. jantungku semakin berdegup kencang lebih-lebih lagi bila melihat beberapa pekerja yang tercengang melihat pertengkaran mereka  namun yang sedang bergaduh langsung tidak sedar diri mereka sedang diperhatikan oleh banyak pasang mata. aku tak salahkan Zainal kerana aku tahu bukan salahnya yang bising dikawasan pejabat. itu semua salahnya shasha dan teman-teman gediknya yang tak cukup kain. "kau jangan nak melebih-lebih shasha!! jangan berani ugut aku. sekali kau apa-apakan isteri aku, kaulah musuh aku nombor satu dalam dunia ini dan waktu itu kau jangan menyesal kalau aku tak teragak-agak heret kau masuk penjara!!" Allah! aku rasa mahu rebah. jerkahan Zainal benar-benar menempik bagai guruh di langit. entah bagaimanalah shasha masih boleh bertahan walaupun sudah ditengking begitu. benarkah cinta itu buta? butakah kau shasha? ya! kau buta shasha!!! kau memang buta!!! huh! puas hati aku.
  "i tak akan tarik balik ugutan i Zainal. i hanya akan tarik balik kata-kata i tadi once you agreed you akan ceraikan perempuan tu. kalau tak, bersedialah untuk merasa kehilangan orang yang tersayang..." bidas Shasha jelik dan ternyata shasha semakin berani melemparkan ugutan gilanya. hampir menggigil aku disini. Zainal yang diugut tapi au yang terasa tempiasnya. dapat aku rasakan duniaku sudah tak akan pernah aman lagi selepas detik ini. aku sedar, shasha benar-benar memaksudkan kata-katanya tadi. dengan sumpahnya itu, menjadikan hidupku tidak akan lagi tenteram. aku perlu bersedia akan sebarang kemungkinan. perlukah aku menyerah sahaja dan melepaskan Zainal dari hidupku? ya Allah yang maha suci, berilah aku petunjukMu. mendengar teguran dari belakangku, hati ini akhirnya goyah. aku dan abah saling berpandangan seketika sebelum guruh suara memetir Zainal membelah ruang lobi. abah yang turut sama tersentak dengan keadaan pergaduhan diantara anaknya dengan shasha dan juga kemunculanku yang tiba-tiba berada dipejabatnya berusaha menenangkan dirinya. berubah mukanya saat itu. aku tahu abah malu pada kawannya yang berada disebelahnya yang juga tercengang dengan pergaduhan yang tidak sepatutnya terjadi. abah menarikku supaya menjauhi pergaduhan tersebut tetapi kami masih dapat dengar dengan jelas butir-butir pertengkaran mereka dan ianya sangat-sangat menyakitkan hati. mahu saja aku suruh abah leraikan pergaduhan yang didalangi oleh shasha. kenapa abah mendiamkan diri dan mengapa aku tak bertindak sedari tadi, aku juga tidak pasti. adakah aku yang sengaja memberi peluang kepada shasha untuk merampas kasih sayang Zainal? apakah aku begitu? kenapa harus aku diuji begini? melihat abah yang begitu tekun melihat pergaduhan yang lebih berupa rengekan gila shasha, aku menarik nafas sedalam-dalam mungkin. mahu menyingkirkan udara yang padat dengan amarah dan benci. namun tika telingaku terdengar pada rayuan shasha yang keterlaluan membuatkan hatiku semakin mendidih. tetapi entah kenapa aku tetap berdiam diri bagaikan robot bersama abah disitu sementelah rakan-rakan abah semuanya sudah berpapasan meninggalkan kami berdua dibelakang dinding yang diselangi dengan pasu perhiasan besar dihiasi singa-singa yang sedang menari. "please sayang, i nak kahwin dengan you nal! i rela jadi isteri kedua you. i sanggup..." aku hampir meletup kala ini mendengar suara merayu-rayu milik shasha yang meruntun hati bagi sesiapa sahaja yang mendengarnya. tapi hatiku semakin sakit. untuk apa aku bersimpati padanya sekiranya hatiku menjadi lebih parah. abah juga terdiam sebaik mendengar shasha beraninya bercakap begitu. mana perginya rasa malu dalam diri gadis itu? "stop all this crap shasha karim!! aku tak pernah anggap kau lebih daripada seorang adik aku or a friend! lebih daripada itu aku tak mungkin dapat beri because i cannot love you and i couldn't love you and that's becos my heart already taken by someone else. my love filled with her love. there's no empty left even a small particles. please understand me. so, jangan memandai-mandai nak jadi isteri aku. mati hidup semula pun tak ada cinta di hati ini buat kau. jangan memalukan diri sendiri dan  kau juga sama ruby hani!! aku tahu kau datang kat banglo aku semalam dan takut-takutkan isteri aku. sekali lagi aku tahu kau buat macam tu, aku jamin kau takkan hidup lama!! kau faham ruby hani??" terjah Zainal berang. aku tak dapat mengecam muka wanita yang dimaksudkan Zainal dengan ruby hani tadi. kalau dia yang datang ke rumah semalam,memang aku kenal lagipun Zainal ada menyebutnya tadi. "jangan pergi dulu Nal! i tak habis lagi cakap dengan you..."
  "diam!!" sekali lagi aku dengar Zainal menempik shasha dan aku tengok abah yang berada disebelahku juga memegang dadanya. harap-harap abah tak diserang penyakitnya disini. aku berpaling sekejap kearah abah. mahu memberi fokus pada kesihatannya."abah okay tak ni?" risau juga aku sebenarnya kat abah ni. walaupun aku tak begitu rapat dan mesra dengannya namun aku tahu juga tentang dirinya daripada Zainal. abah menghidap penyakit saluran jantung tersumbat sejak lima tahun lepas dan abah sekarang makan ubat seperti yang dipreskripsi oleh doktor. dan ternyata penyakit tersebut merupakan penyakit keturunan sebelah bapa dan adik-beradiknya yang lain yang tinggal di tanah arab. itu kata Zainal. "abah okay?" soalku agi apabila abah masih tidak menjawab. terbit juga rasa lucu dengan keadaan kami berdua sekarang. tak ubah seperti penghendap sahaja lagaknya. "abah okay..." jawab abah akhirnya apabila dia menyandarkan belakangnya ke dinding. abah cuma tersenyum kelat. dadanya turun naik dengan tidak teratur. takut pulak aku tengok. tambah-tambah lagi dengan peluh yang mula merenik didahinya. "kalau abah tak okay, abah masuklah ofis bah. jangan paksa diri abah tengok benda-benda yang boleh buat abah sesak nafas..." nasihatku dengan nada yang agak risau.
  "im fine. fiya tak perlu risau ya. abah cuma nak tengok macam mana anak abah selesaikan masalah rumit ni. bukan senang abah tengok anak abah seorang tu menempik macam tu. jarang sangat abah tengok. dulu waktu dia kecil-kecil selalu juga abah nampak Zainal menempik tapi dah lama tak nampak. rasa rindu pulak." tercengang aku dengan ulasa abah. berkerut-kerut dahiku cuba mentafsir maksud disebalik kata-katanya tadi. apakah abah mahu memerli suamiku or what? jangan cakap abang memang sengaja mahu melihat anaknya memberikan penampar ke pipi putih melepak milik shasha. gamaknya aku juga yang terlebih dulu pengsan dekat sini. oh janganlah...

  "tengok tu!" aku masih terkebil-kebil. jadi aku tak begitu jelas apa yang abah cuba sampaikan.
 "kenapa abah?" tanyaku yang masih dalam kekalutan. cepatlah pergi wahai jiwa yang suka mengandai-andai.
   "tue.."
tunjuk abah lagi dan kali ini aku tengok apa yang cuba diberitahunya sangat-sangat.  aku sangat-sangat dikejutkan dengan adegan yang tidak disangka-sangka. shasha sedang menampar salah seorang rakannya yang sedari tadi setia berada disisi menyokongnya. shasha memang dah gila. "apa shasha buat tu abah?kenpa dia buat macam tu?" spontan terluncur soalan itu dari mulutku. kasihan pulak aku tengok kawannya yang memegang pipinya akibat ditampar shasha tadi. aku nampak abah menggeleng. dia juga terkejut. Zainal tidak pula berbuat apa-apa. dia berdiam diri dengan kerutan yang jelas didahinya. "kau dah gila ke shasha? yang kau pergi tampar budak tu kenapa?? kau memang perempuan ganjil!!" sebaik menghabiskan kata-kata menyakiti, Zainal kelihatan mahu meninggalkan shasha dan teman-temannya tetapi aku tak dapat bayangkan bagaimana sakit dan hancurnya hatiku melihat mereka berpelukan. shasha memeluk erat pinggang suamiku dari belakang memaksa Zainal untuk merungkaikan pelukan gila shasha. dari riak wajahnya, aku sedar Zainal begitu terkejut dan tidak percaya dengan kebiadaban shasha. "calm down..." bisik abah yang juga menyaksikan kebiadaban sikap seorang wanita yang sudah hilang maruahnya. aku tak sanggup melihat suamiku berada dalam pelukan wanita lain. hatiku hancur walaupun aku tahu itu bukanlah salah Zainal. dia menjadi mangsa keadaan. setelah pelukan terungkai, Zainal menolak kuat tangan shasha dan menoleh semula ke belakangnya. wajahnya berubah setegang-tegangnya. tak pernah aku lihat wajahnya begitu tegang. dibandingkan dengan ketegangannya tempoh-tempoh yang lepas, inilah rupanya yang paling tegang. sangat menggerunkan."kau dah gila ke hah?? kau ingat aku ni siapa?? boyfriend kau?? berapa kali aku nak bagi amaran dekat kau sha, jangan sentuh aku, jangan sentuh aku, jangan sentuh aku. tapi kenapa kau masih nak degil?? apa dah tak ada lelaki ke dalam dunia ni nak dijadikan suami kau, hah?? mana adab kau sebagai seorang perempuan hah?? nama saja pelajar bijak tapi akal tak ada. bodoh!!! " Zainal menempelak kelakuan biadab shasha tadi. hampir-hampir terlepas peganganku pada beg plastik yang mengandungi makanan buat Zainal. kuatnya tempikan Zainal sehingga bergema satu lobi. teman-teman shasha juga mula kecut perut. mereka menunduk takut. nafasku menjadi tidak teratur. takut dan resah datang berselang seli. akibat ditengking sebegitu memalukan, shasha mula menangis teresak-esak.
   "i can't Zainal! i can't!" rengeknya sambil cuba memaut semula lengan Zainal. berkali-kali Zainal menepisnya. rasa meluat pula aku melihat kelakuan shasha. lagak dah kemaruk sangat nak berlakikan laki orang. apakah aku yang menjadi penghalang dalam cinta shasha? sungguh aku tak ada jawapan untuk itu. yang pasti, aku tidak pernah terniat untuk merampas Zainal dari sesiapa kerana aku sendiri tidak rela pada perkahwinan ini pada awalanya namun disebabkan penjelasan dan layanan Zainal yang sangat romantis membuatkan aku hanyut dalam asmara cinta buatan tasik kasih lakiku sendiri. maka, aku tidak sepatutnya dipersalahkan dalam soal ini dan aku sepatutnya tidak perlu rasa bersalah. tapi kenapa hati ini harus mempersoalkannya sekali lagi dan berkali-kali? ah! sungguh aku tak faham dengan kemahuan hatiku sendiri. apakah hati ini terlalu lembut sehingga sanggup memakan hati sendiri? jangan jadi bodoh saffiya! Zainal cintakan aku dan aku juga mencintai dirinya. tidak sepatutnya wujud persoalan yang memeningkan aku. sudah! sudah. jangan fikir hal ini lagi! abah menenangkanku sambil cuba menelefon sekuriti guard yang bertugas dibangunan itu. "abah tak sangka sampai begitu sekali perangai shasha." beritahu abah dalam keadaan suaranya yang begitu gusar. aku tersenyum pahit. peritnya hidup dalam keadaan begini. "kamu dah tahu siapa perempuan tu?" tanya abah tiba-tiba.
  aku mengangguk. aku kenal. wajah abah berubah terkejut. kenapa? " benar kamu kenal shasha?" tanya abah lagi meminta kepastian. dari suaranya yang kekagetan, entah apa yang ditakutinya. "dia bekas tunang abang Zainal." beritahuku jujur. abah mengeluh. aku tak pasti dia mengeluh untuk apa.  
    tak tahan melihat Zainal yang diasak-asak oleh shasha dan beberapa temannya termasuk yang datang tanpa diundang ke rumah semalam, siapa namanya tadi? ruby hani! cis. nama tak secantik perangai. biadab!

   aku kuatkan hati untuk berdepan dengan mereka. kesian aku tengok Zainal seperti itu. dipujuk rayu oleh shasha dan temannya setelah menghamburkan amarah. naik meluat aku melihat shasha yang mahu memeluk tubuh suamiku. ya Allah. kalaulah tanganku panjang, aku dah lempang muka perempuan tu. tak tahu malu!

     aku keluar dari tempat persembunyian. jarak kami tidak begitu jauh. dalam 15 meter jauhnya. melihat Zainal yang berusaha merungkaikan tangan shasha yang mahu memeluknya, hatiku sekali lagi mengamuk. abah cuba menghalangku namun aku sudah tidak mampu menahan. hatiku terasa dianiaya meskipun suamiku yang melaluinya.

   "abang!!" jeritku kuat membuatkan Zainal terkejut sebelum menoleh kearahku dan tertolak shasha kuat. mujur shasha sempat disambut temannya. Zainal seakan-akan tergamam. mungkin tidak percaya aku kini berada diruang pejabat abahnya juga mungkin terkejut dengan keberadaan abah dibelakangku. detik bagaikan terhenti seketika sebelum mendengar jeritan shasha yang sungguh lantang dan penuh dengan amarah jahanam.

  "siaaal kaaaau!!" terkedu aku tatkala shasha berlari kearahku dengan wajah yang menyinga namun lariannya tidak kencang akibat memakai sepatu tinggi dan skirt paras peha yang sangat sendat. aku panik. cemas. cepat-cepat aku pasang kuda-kuda. bunga-bunga silat yang ayah pernah ajar semasa kecil dulu dengan abang-abang kesayanganku kuatur penuh kemas. bersedia menangani sebarang serangan daripada shasha.aku kerling ke belakang mahu meminta bantuan daripada abah tapi abah tak ada kat tempatnya bersandar tadi. entah kemana perginya. cepat sangat menghilangkan dirinya. sudah tidak ternampak kelibatnya dibelakangku. mungkinkah abah sudah berlalu sebelum Zainal menoleh kearah sini tadi? mungkin juga! boleh jadi!

   "sayang!!!"

  tercengang aku dengan jeritan Zainal yang kuat dan tampak sangat dalam kerisauan. aku tiada yang melindungi disini. hanya aku seorang. abah mungkin tidak tahu menantunya bakal diserang sebentar sahaja lagi. aku nampak Zainal sudah membuka langkah seribunya. Zainal turut sama berlari pantas menyaingi shasha. teman-teman shasha hanya melopong mulut mereka. malah menyokong shasha supaya mengerjakanku cukup-cukup. aku tak takut tapi rasa cemas sahaja. ,makin kuat shasha memaki hamun namaku apabila Zainal memintasnya dan menolak tubuhnya ketepi sehingga terjatuh dan terjelepok kelantai marmar. akibat rasa malu yang teramat ditambah dengan kesakitan ditolak begitu, shasha meraung bagai orang gila.  Zainal tidak mempedulikan malah terus mendapatkanku. wajahnya begitu risau dan sedaya-upaya berusaha menyembunyikan rasa amarahnya. aku tahu akan itu.

  "stay there!!" arah Zainal apabila ternampak aku mahu melangkah kearahnya dalam masa yang sama dia berlari kearahku. apabila Zainal sampai ditempatku tubuhku dipeluk erat dan mengucup seluruh wajahku membuatkan tangisanku pecah. sementara menangisi keadaan kami yang sering dikacau, aku hamburkan kesedihanku dibahu suamiku. pinggangku dirangkul sekemas-kemasnya memaksaku mencium dadanya bertalu-talu. tempikan dan lolongan shasha tidak lagi menjadikan aku mudah bersimpati. peduli akan dia. dia yang mencari masalah dan sengaja mahu merosakkan rumahtangga orang lain. she deserved for it. padan muka!

   "Zainal!! jangan tinggalkan i! Zainal!!"
teriak shasha berbalam-balam dengan esakan kekecewaannya. "let her be. tak payah kisahkan orang gila macam tu. abang terkejut macam mana sayang boleh ada kat sini..." belum sempat Zainal mahu menghabiskan ucapannya, sekali lagi teriakan bergabung dengan esakan sayunya berlagu-lagu dan begitu membingitkan suasana. mujur juga ramai pekerja sudah turun bawah kerana waktu sekarang adalah untuk makan tengahari. "jom ikut abang... kita keluar dari sini. abang tak nak sayang kenapa-kenapa. shasha tu memang dah jadi orang gila agaknya.." selamba saja Zainal berkata begitu tapi aku iyakan semuanya. shasha memang orang gila!

  sebelum Zainal memimpinku masuk kedalam lif yang kebetulan terbuka, terdengar jeritan shasha yang kuat mahu menghalang Zainal daripada meninggalkannya. beberapa orang keluar dari perut lif dan kami terus masuk kedalamnya meninggalkan shasha yang berada dalam kekecewaannya yang aku rasa amat walang dan menyakitkan. semoga tiada dendam dalam hatinya. tapi aku sangat yakin shasha tidak akan semudah itu akan melepaskanku. setidak-tidaknya, aku atau Zainal akan menghadapi masalah yang bakal dicetuskannya. memikirkan akan itu, jiwaku menjadi tidak tenang walaupun berada dalam dakapan kemas Zainal. hatiku meronta-ronta untuk diawasi 24 jam oleh bodyguard keluarga Zainal. Tapi ada Allah yang maha mengetahui segalanya.

   "jangan risau, abang ada dekat sayang... oh god! i am so worry about you just now. it's nearly kills me away..." Zainal mencium dahiku sebelum perlahan-lahan melepaskan pelukan pada tubuhku. sebak rasanya bila dia cakap begitu. "thanks"aku kuntumkan senyuman pahit sebelum memaut lengannya dan melentokkan kepala kebahunya. Zainal ambil beg plastik yang berada disebelah kanan tanganku. "what's inside?" tanyanya bersama kerutan didahi. didekatkan beg plastik tersebut ke hidungnya. aku hampir-hampir terlupa akan kejutan yang telah kurancang. ah!takpelah. yang penting aku masih boleh makan bersama dengannya. pandai sungguh aku menyedapkan hati walhal tidak semudah itu hatiku kembali tenang. lif yang kosong dan hanya menempatkan kami berdua itu membuatkan Zainal bertindak lebih berani. dia kembali merangkul pinggangku dari depan. wajahku tersembam didada bidangnya. wangi tubuhnya. segar dengan haruman jenama mahal yang baru dibelinya semasa kami membeli-belah sebulan lepas. hari dimana aku keguguran. aku menghayati haruman lelaki itu. ada airmata yang menitis jatuh kebaju kemeja yang tersarung kemas ditubuh suamiku. mujur setitik cuma. terkenang semula mimpiku dengan anakku. sayang.. mama rindu sangat kat sayang...
 
    setibanya ditingkat paling bawah, Zainal memaut pinggangku dan kami menapak keluar dari lif. tiada upaya aku menolak lengannya memandangkan keadaan hatiku yang kepinginkan kehangatannya bagi menghilangkan rasa pedih yang berdenyut-denyut sedari tadi. "kita nak kemana ni bang?" luahku melihat kami sudah keluar dari bangunan arjuna co. Zainal tidak menjawab tetapi sebaliknya menunjuk pada taman bunga disebelah jalan raya yang kami perlu seberangi. tidak pula aku perasan akan kewujudan taman bunga tersebut sewaktu sampai sini tadi.
kami berhenti seketika ditepi jalan memandangkan kereta masih lalu-lalang penuh deras.
   "jom!"
ajak Zainal sebaik sahaja lampu trafik bertukar merah. cepat-cepat kami menyeberangi jalan raya yang sesak dengan orang yang juga baru turun dari bangunan tadi. sampai disebelah jalan, Zainal mengajakku memasuki sebuah restoran ditaman tersebut. tak sangka rupanya ada sebuah restoran yang begitu sibuk terletak dalam taman itu sedangkan bumbungnya tak terlihat dari sebelah jalan. baru aku teringat bekas yang Zainal bimbit yang diambil dari tanganku semasa berada dalam lif. "abang nak makan kat sini?"
  "ha'ah!" jawab dia begitu pantas. matanya melilau-lilau mencari tempat yang kosong. banyak juga tempat kosong namun entah apa yang Zainal nak cari lagi. belum sempat aku mencadangkan agar kami mengambil tempat disatu sudut yang kosong dan keadaannya yang menghadap taman sebelah tepi kolam air berbunga teratai kuning, Zainal sudahpun mengheret pergelangan tanganku ke satu meja yang terletak agak tersorok dari umum. nak kata tempat special tak juga. tanpa membuang banyak masa, aku mengikut sahaja tarikan tangan sidia. malas nak berbalah ditengah emosi tak menentu ditambahkan lagi dengan kesesakan orang yang berpusu-pusu mahu makan direstoran masakan ala kampung ini. "duduk sayang.." pelawa Zainal sebaik menyorongkan sebuah kerusi buatku. aku tersenyum senang dengan keromantisannya. "thanks!" balasku sepatah dan Zainal suka akan itu. "ni mesti lauk kegemaran abang kan?" tekanya bersama dengan senyuman jahat dibibir. tapi wajahnya tetap tampan dan tidak sekalipun merosakkan kekacakannya. adakah sebab itu shasha beria-ia mahu menjadi isteri buat Zainal? oh. tolonglah! aku tak nak fikir benda-benda macam ni buat waktu ini. tolonglah wahai jiwa yang memahami. "kenapa ni? tak suka duduk kat restoran ni?" soalan Zainal menyentakkanku. temengah-mengah aku seketika. pantas juga aku menggeleng. "habis tu kenapa macam tak suka?" alah. dia terasa ke dengan kedinginanku? "i'm sorry. fiya cuma rasa tak sedap badan aje. kepala fiya pening sikit." ujarku perlahan. memang kepalaku sedikit berdenyut sebelum kesini tadi tapi memandangkan kejutan yang akan aku buat menjadikan kesakitan itu tidak terasa tetapi sekarang kembali menyerang. "sakit sangat ke? kita ke klinik nak?" tanyanya beria-ia. aku sekadar menggeleng. "tak apa. bukannya sakit sangat pun. sikit aje. jangan risau..." aku cuba meneutralkan suasana yang merisaukan.

     "lepas ni abang hantar sayang pulang ya, abang risau sangat dengar sayang sakit. kalau dah sakit, kenapa ke sini tadi? kan bahaya kalau sayang pengsan ke apa ke." ujarnya menyatakan kerisauan selaku seorang suami yang bertanggungjawab. aku terharu dengan keprihatinannya. semakin sayang aku padanya. kalaulah ditakdirkan suatu hari nanti kami tidak bersama lagi,  pasti aku akan senantiasa merinduinya.

     "kalau fiya tak buat macam ni, nanti tak ada kejutan pulak." balasku mematahkan kebimbangannya. sukanya aku apabila diri ini benar-benar dicintai. aku capai beg plastik diatas meja bulat. aku keluarkan dulang yang bertingkat dari plastiknya. banyak jugalah mata yang memandang kearah kami. hairan kut kami bawa bekal sendiri. "surprise!" ucapku setelah membuka penutup yang paling atas sekali. ayam masak merah dengan nasi tomatonya. "im shock!"
    "iye ke? atau pura-pura shocked? maklumlah awal-awal lagi fiya dah bagitahu fiya nak buat kejutan. not a surprise anymore..." ada nada sedih diakhirnya. memang aku rasa sedih. perancangan ku tadi terbantut gara-gara shasha dato karim. ishhh menyampah gila aku dekat minah tu!
     "for me it still a great surprise and i really appreciate it. much appreciated especially isteri abang sendiri yang buat. but i was wondering, macam mana sayang tahu alamat pejabat abang?" soal Zainal dengan muka hairan. aloii.. laki aku ni, kenapa bengap sangat! bukankah dia sendiri pernah bagi aku kad perniagaannya dulu. dah lupa agaknya. "adalah.." jawabku sengaja bertarik tali sedangkan aku malas mahu menjawab. Zainal tidak lagi bertanya selepas itu dan terus membantuku meletakkan makanan keatas meja. nampak sangat dia dah ingat tapi sengaja mahu bertanya. ishh. nak kena belasah ni..
   "dik! sini kejap!" aku hairan. siapa yang dia panggil? tetapi setelah menoleh kesebelah kami, rupanya pelayan sedang menuju kearah kami. tersenyum-senyum pelayan wanita itu apabila suamiku tersenyum. aku tak rasa cemburu. gilalah kalau macam tu. cemburu buta namanya. Zainal memang begitu sikapnya. suka tersenyum pada setiap orang. itu adalah satu ciri yang mesti ada dalam diri seseorang yang bergelar usahawan. kena pandai berkomunikasi dan mahir dalam soft skills. "sayang nak minum apa?" Zainal menyoal sebaik sahaja pelayan tadi mendekat ditepi meja. aku memandang pada pelayan tadi. "akak nak dua milo ais ye dik!" aku terus memesan buat Zainal. Zainal berdehem. tahu dirinya dikenakan oleh isterinya yang kadang-kadang nakal.
   "a'ah! dua milo ais." ujar Zainal setelah pelayan tadi meminta kepastian dari Zainal. "sayang ni kan..." ajuk Zainal geram setelah pelayan tadi berlalu dengan pesanan dibuku tiga lima. bukan hutang ok!
   "Allah! fiya lupa pula nak bawa pinggan dua tadi. abang kejar pelayan tadi bang! minta dia satu lagi pinggan. tak cukup ni!" gesaku mendadak apabila teringat hanya ada satu sahaja pinggan yang dibawa. konon nak makan bersama tapi aku sendiri yang lalai. adusss. ini semua salah shasha! alamak.. shasha tak ada kena mengena pun dalam soal ini. teringatkan shasha, entah bagaimana keadaannya sekarang. Zainal tidak mempedulikan permintaanku tadi sebaliknya sibuk membelek-belek telefon bimbitnya. "tolonglah bang..." rayuku mengada-ngada tetapi tidaklah seseriau rayuan shasha tadi yang bagai dah nak mati aje lagaknya. hah tengok! dah kotor dah hati aku ni. shasha punya pasallah ni. memang shasha bersalah. hati aku masih sakit dengan kelakuannya tadi. tapi sampai sekarang mengapa Zainal langsung tak mempersoalkan peristiwa menyakitkan dipejabatnya tadi. adakah dia tidak mahu aku berburuk sangka pada shasha? jangan fikir macam tu fiya!!
     "tak apalah kalau abang tak nak tolong. penat-penat orang buat kejutan, dia macam tak berterima kasih pun..." aku dah mula merapu. entah kenapa jiwaku sekarang tidak lagi tenang. sudah hilang ketenangan yang kumiliki dulu. apakah shasha telah merampasnya?
   "kita kongsi aje pinggan ni. nak?" Zainal bersuara juga tapi cadangannya kurang bijak. inikan restoran yang agak kelas dan aku tengok dari luar pun boleh kata agak mahal. tapi kalau itu yang Zainal nak, aku tak ada masalah. dah biasa berkongsi makan dengan kawan-kawan semasa iftar di sekolah dulu. makan bersama lima orang kawan berkongsi satu talam yang penuh dengan makanan. aku mengangguk juga. tidak mahu mengecilkan hati suami tercinta dalam masa yang sama juga tidak mahu menyombong dengan suami. lagi rahmat namanya berkongsi pinggan dengan suami. kan molek tu!
   "kalau macam tu, sayang duduk kat sebelah abang. come!" Zainal berdiri dari tempat duduknya dan menarik keluar sebuah kerusi yang termasuk kedalam ruang meja. aku akur. berpindah tempat duduk dan mengambil tempat disebelahnya. dari bertentangan kini bersebelahan. tak semena-mena tubuhku terus dipaut sebaik sahaja punggungku berlabuh disebelahnya. ada tanda-tanda nak menggatal dah dia ni. ini yang buat aku sedikit rimas dengan laki aku ni. kegatalannya yang tidak mampu dibendung memang tak boleh dinafikan. dimana-mana pun tetap gatal cuma terpaksa dikontrol sedikit. tapi bila dirumah, usah dipersoalkan. susahnya melayan nafsu lelaki ni. nasib baik aku wanita jenis suka melayan. tapi yang eloknya Zainal langsung tak menggatal dengan perempuan selainku. itulah yang membuatkan aku sangat-sangat sayang padanya.
   "sayang nampak abang gaduh dengan shasha tadi ke?"
   "hah?"
terkebil-kebil aku seketika. mana taknya tiba-tiba sahaja dia bersuara setelah lama kami diam dan membisu walaupun tubuh kami terlalu rapat dan bersentuhan. tambah-tambah lagi soalannya yang tidak kuduga itu terpacul dari bibirnya. mana aku tak terkasima. "abang tanya apa tadi?" ulangku meskipun sudah tahu soalannya. entah. spontan begitu walaupun aku tak rancang untuk menanya kembali. mungkin itulah yang dinamakan tindakan refleks.  Zainal menggerutu. mula menyusun ayat semula. "abang tanya, sayang nampak tak abang gaduh dengan shasha tadi?"
 aku diam sekejap. masih mahu berfikir akan kewajaran aku memberitahu hal yang sebenar. "kalau sayang nampak, how?" balasku balik seolah-olah tidak nampak mereka bergaduh tadi. cuma dari segi alunan suara aku pandai aku mainkan sesuai dengan lenggok suaraku. yang penting aku tak menipu. aku hanya mahu bertanya dan mahu tengok reaksi dia. "apa yang sayang nampak? beritahu abang. " muka dia ketakutan. kenapa agaknya? okay! kalau macam ni. aku akan beritahu cerita yang sebenar. lagipun berbohong kan berdosa hukumnya.
  "abang kena peluk perempuan tu tadi. kan?" saat aku menyatakan kebenaran itu hatiku bagai dicucuk sembilu buluh yang tajam dan memilukan. Zainal segera mengambil jemariku yang berada diatas meja dan membawa kebibirnya lalu dikucupnya lembut. tunak matanya memandang wajahku walaupun aku tak memandang kearahnya. "sayang jangan salah faham. abang tak sengaja biarkan dia peluk abang tadi. perempuan tu memang betul-betul  nekad nak pisahkan kita. so, abang dah fikir masak-masak, buat sementara waktu ni, abang akan arahkan bodyguard keluarga kita untuk jadi bodyguard sayang. dan please janji dengan abang, jangan kemana-mana tanpa sepengetahuan dan seizinan abang. abang tak mahu perkara tadi berlaku kat sayang lagi. hampir pecah jantung abang tadi melihat shasha mahu menerkam sayang. nasib baik abang cepat kalau tak abang dah salahkan diri abang kalau berlaku apa-apa kat sayang and tak tahulah apa akan jadi kat shasha. mungkin mati dia abang kerjakan. bahaya betul budak tu!" terluah perasaan yang Zainal bendung sedari tadi. itu yang aku mahu dengar sebenarnya. pengakuan yang jujur lahir dari hatinya. tapi aku sakit hati dengan shasha. kenapa ada orang seperti dia yang terlalu berani dan mengugut keselamatan dan nyawa orang lain. pulak tu nyawa aku dan suami aku sendiri siapa tak risau! "abang pun harus jaga diri baik-baik. sayang tak nak berlaku apa-apa dekat abang. jangan biarkan abang kena culik atau kena tekup dengan kloforom. sayang tak nak abang diperangkap shasha tu. kalau memang dah begitu sikapnya, tak mustahil suatu hari nanti abang akan diperangkap supaya berkahwin dengannya. tak nak jadi macam tu. sayang bukan terpengaruh kat mana-mana novel yang sayang baca but kan elok kalau berjaga-jaga dari awal." ulasku pula. Zainal mengangguk mengiyakan. jemariku dikucup lagi dan lagi menggambarkan hatinya yang aku tak mampu baca buat waktu ini. masing masing sedang berkecamuk. "abang janji akan jaga diri. insyaallah. lepas ni abang akan buat kawalan ketat dan seboleh mungkin abang akan tubuhkan penyiasat persendirian supaya dapat mematahkan setiap tindak-tanduk berbahaya shasha. geram betullah abang dengan perempuan tu. tak pasal pasal kita hidup dalam keadaan tak aman macam ni." rungut Zainal berang. berang dengan siapa? oh sudah tentu dengan si bedebah shasha dato karim. who else my dear?
    "tak payahlah sampai nak tubuhkan special investigator. membazir aje kalau macam tu. cukuplah abang bawa bodyguard kemana-mana. and always beware and takce care of yourself!" macamlah aku ni pandai sangat merancang. siap berbodyguard segala. cis!
   "i will sayang! i will!" serius muka Zainal waktu ini.
   Zainal meletakkan semula tangan kami diatas meja. disulam jemariku dengan jemari kasarnya. mata-mata yang memandang jelik kearah kami dibiarkan dan tidak dihiraukan langsung. kebal sangat rasanya ke'malu'an suamiku sampaikan orang berbisik-bisik disebelah kami pun dia masih begitu setia memaut bahuku. aku pula sudah malu. memang aku malu tapi untuk apa kalau malu kerana budaya. bukannya bercanggah dengan syarak atau undang-undang. kami sudah halal bersentuhan meskipun masih tidak dapat membiasakan dengan keadaan sekeliling. sedangkan dalam masa yang sama ramai lagi pasangan muda yang sedang menjamu selera direstoran ini yang aku nampak berpelukan seram. lagilah memalukan rasanya. tambah-tambah mereka masih budak remaja. sepatutnya merekalah yang layak ditegur atau dipandang jelek. bukannya kami yang sudah halal. atau mungkin juga kerana umurku masih muda dan wajahku kelihatan masih terlalu remaja jika dibandingkan dengan suamiku. tetapi tidak kenalkah mereka dengan anak jutawan yang tengah memelukku sekarang ini? ah! mustahil. sedangkan aku pernah ternampak  satu majalah yang menyelitkan kehidupan peribadi dan keluarga syeikh mahmud. tentu mereka kenal asal-usul Zainal dan abahnya yang kaya raya. bukan berniat untuk riak tetapi memang itu kenyataannya. "ini airnya bang, akak!" lontaran suara pelayan yang mengambil pesanana kami tadi kini menjelma. tag nama yang tertulis didada sebelah kiri bajunya kurenung sekilas sebelum memandang wajahnya. elin. "terima kasih dik!" ucapku. Zainal juga berkata sama. elin mengangguk sebelum beredar. "ini untuk abang. yang ini untuk sayang." aku agihkan dua gelas milo ais. satu kusorongkan kedepan Zainal satu lagi kutarik kedepanku. sebelum tangan Zainal sempat mengambil pinggan dari dalam bekas plastik yang kubawa tadi, aku lagi cepat menghulurkan tangan dan mengambil pinggan itu dan kubawa keluar. Zainal seperti tidak berpuas hati. kudengar rengusannya.  aku sembunyikan ketawa dalam hati. mukanya dah cemberut. biar dulu. nanti aku layan rajuknya. benda kecil macam ni pun nak merajuk. hadoi.. boleh botak aku nanti!
     "tanggungjawab isteri menyediakan makan untuk suaminya. abang janganlah marah yea.." pujukku halus setelah selesai menyendok nasi dan lauk-pauk kegemaranya kedalam pinggan. Zainal tidak bereaksi tapi aku tahu dia sudah tersentuh dengan kata-kataku tadi. suamiku ni, nampak aje maskulin atau gagah di mata kasar tetapi apabila sudah mengenalinya, barulah tahu peribadinya yang sebenar. terlalu manja bagai anak kecil yang tidak langsung boleh berpisah dengan susu ibunya. tapi jauh disudut hatiku, tertanya satu soalan, apakah dengan aku sahaja dia bermanja begini? bagaimana jika dengan uminya atau abahnya? adakah dia manja seperti itu juga? lupakan! tak penting!
    "abang baca doa erkk.. sayang aminkan. cepatlah..." aku siku lengannya perlahan. Zainal akur dalam membisu. setelah doa makan dibaca, aku minum sedikit air milo bagi membasahkan tekak yang dari tadi terasa kering. melihat Zainal yang masih tidak mahu makan walaupun sudah terbentang dihadapannya makanan kegemarannya, aku mengalah. "sayang suapkan ya.. nak?" dia tidak menjawab juga. malah mencebik pula dia. dia leka bermain-main dengan straw yang berada dibibirnya. apa yang dirajukkan sangat. tak faham aku dengan dia ni. jangan buat aku panas boleh tak? cool fiya! cool. dia sengaja menguji kesabaran kau agaknya. baik! kalau itu yang abang nak. fiya akan turuti. "buka mulut tu ha! jangan main-main dengan straw tu boleh tak? macam budak-budak. tak malu ke orang tengok pegawai kewangan bersikap kebudak-budakan?" perliku selamba. makin cemberut lah jadinya. mukanya memang tak boleh blah. hendak tergelak takut bertambah cemberut mukanya pula dan makin bertambah kuat pula gelakku. okay. aku ada idea.     
   "kalau abang tak nak makan. bak sini pinggan tu, biar fiya sorang aje yang makan. abang orderlah makanan lain yang lagi sedap dari masakan fiya ni. fiya taulah masakan fiya tak sedap, sebab tu abang tak nak makan kan bang?" ejekku lagi sengaja membuatnya panas. biar dia tahu ertinya tidak boleh merajuk macam budak-budak. eiii.. pleaselah! lebih dari kanak-kanak sebenarnya. alahai abang yang tercinta. apa nak jadi kat awak ni oi?
    Zainal tidak juga bersuara. aku jadi geram. ingat aku suka sangat layan rajuknya yang langsung tak ada makna tu. tolonglah...
   "abang.. makanlah! sejuk nanti lauk tu, kan nanti dah tak sedap nak makan..." pujukku lembut. Zainal masih enggan bersuara. masih bermain-main dengan straw dibibirnya sambil menyedut-nyedut milo aisnya. okaylah...okaylah..okaylah...
    aku dekatkan kerusiku. tubuh kami terus bersentuhan. perasaan malu kubuang sebentar bagi memujuk sisuami yang keterlaluan rajuknya. "penat tau sayang masak.. abang makan ya...?" aku elus belakangnya dengan tangan sebelah dan sebelah lagi aku penuhkan dengan nasi dan mahu menyuapnya. mujur dia membuka mulut dan mula mengunyah. "sedap tak?" soalku agak perlahan ditelinganya semacam saja mahu menggodanya ketika dimalam hari. Zainal mengangguk kecil. dah ada respon. baguslah!
     "nah.. ni lauk kegemaran abang. ayam goreng masak cili goreng hiris belacan goreng...buka mulut tu bang...nyuummm..." aku aku sekali terbersuara. dengan mulut mulutku sekali ternganga bagai memberi arahan berbentuk praktikal. ada yang tergelak dengan telatahku tapi ada aku peduli. lantaklah korang!
     setelah menyuap beberapa kali, Zainal sudah tidak mahu makan. malah dia pula yang menyuapkanku berselang seli dengan menyuap lauk kegemarannya kedalam mulutnya sendiri. "sayang tak suke ke dengan perangai abang ni?" nyaris aku tersedak. Zainal memang suka menyoal soalan yang lain dari kenormalan. tiba-tiba out of blue dia tanya soalan yang macam-macam. ingatkan tak sedar dengan perangainya yang satu itu. tapi untuk tidak mengecilkan hatinya aku terpaksa menyimpan dalam hati. selagi aku masih mampu memendam, selagi itu aku akan memendam. biarlah aku jadi lilin pembakar yang akan menerangi hidup suamiku. ceeewaah! betul what?
    "bukan tak suka cuma tak sesuai dipertontonkan didepan khayalak umum. tak ke memalukan abang sendiri. bukan nak menyindir tapi sekadar memperingati. yelah, abang kan orang businessman, mana boleh bersikap macam tu! abang sendiri pun tahu kan?" nasihatku yang sungguh berguna dan masyuk. moga-moga dia faham akan peneranganku. Zainal menghentikan suapan kemulutku. tidak jadi aku membuka mulut lebar-lebar. buat malu aje laki aku ni. " kebang minta maaf. emosi abang tak tenang sejak tadi. abang bukan tak nak layan sayang atau buat-buat merajuk tapi abang tengah fikir sesuatu." sekali lagi aku tercengang.
    "abang fikir apa tadi?" pantas saja aku bertanya. dia diam sekejap tapi masih menyuapkan makanan yang berada ditangannya kedalam mulutku. terpaksa aku buka lebar-lebar mulut yang kecik ini saat tangannya yang besar badang hendak masuk kedalam mulutku. nanti balik rumah, cek depan cermin kalau-kalau bibirku berdarah kerana pecah akibat terlalu terlopong. "abang cuma berfikir apa akan jadi kat sayang sekiranya shasha benar-benar memaksudkan  kata-katanya." Zainal suap pula nasi kedalam mulutnya. aku perhatikan riak wajahnya yang sarat dengan masalah mengenai shasha. aku lepaskan nafas yang memberat.
     "insyaallah bang, selagi kita berusaha dan bertawakal, tak akan jadi apa-apa. yang penting kena selalu berhati-hati walaupun berada dimana jua pun. shasha memang benar-benar dah kemarukkan abang! cinta gila kat bekas tunangnya!" satu pernyataan yang ternyata merobekkan tangkai jantungku meskipun aku sendiri yang menyatakannya.
     "abang akan cuba slow talk dengan dato karim pasal hal ni. abang akan cuba uruskan dengan cara baik. kalau dibiarkan, melarat-larat jadinya masalah kita ni. tapi, please jangan bagitahu abah atau umi mengenai hal ni. abang tak nak mereka risaukan kita. boleh ya?" permintaan Zainal saat ini tidak lagi bermakna. juga untuk apa dia tak mahu umi dan abah tahu. buat apa merahsiakan? bukankah lebih elok sekiranya mereka terlibat sama? ini melibatkan maruah keluarga yang bakal dicemari dan difitnah. sebelum berlaku apa-apa bukankah lebih baik mengkhabarkannya kepada kedua orang mertuaku. aku tak faham dengan rancangan Zainal sekarang.
    "fiya tak boleh bang..." terpacul jwapan itu dari ulas bibirku secara tidak sengaja. mungkin akibat desakan hati yang terlalu lama menginginkan pembebasan yang jitu dari semua pihak. "kenapa yang? kenapa tak boleh pula?' soalnya bagai keliru dengan jawapanku atau juga tidak percaya aku membangkang kata-katanya buat pertama kalinya. riaknya nampak berkerut seribu sambil memandangku tajam. terhenti sekali lagi suapan yang hampir masuk kedalam mulutku.          "sebab.. abah dah tahu benda ni. abah nampak abang dengan shasha bergaduh dilobi ofis tadi..." beritahuku tanpa sembunyi lagi. itulah saja caranya agar Zainal dapat berterus terang dengan kedua orang tuanya. aku cuma tidak mahu setiap perancangannya memakan diri sendiri. dia masih muda dan baru sahaja berusia 24 tahun. masih kurang pengalaman dalam bidang perkelahian macam ni. mana tahu dengan perkongsian ilmu dengan abah dan umi, kami dapat menyelesaikan masalah ini dengan cepat tanpa ada lagi sebarang masalah yang berbangkit. dan aku perasan wajah Zainal berubah lagi. kali ini semakin berkerut dahinya. tidak percaya dengan ceritaku tadi atau sememangnya dia takut. takut apa? tak ada apa yang perlu ditakutkan pada perkiraanku. takkan dia takut dengan abah kut? kalau betul, apa motifnya?
   "are you kidding me darling? abang tak nampak pun abah kat situ tadi!" betul kataku. Zainal bagaikan tidak mahu abahnya mengetahui akan hal itu. tapi kenapa?
   "tak ada sebab fiya nak bohong bang. abah ada kat situ masa abang kena peluk. he saw everything except for the early moment. abang kena percaya!"   Zainal mengeluh perlahan. sudah kukatakan mengeluh itu tidak baik tapi masih berdegil dan mengeluh. mengeluh itu bagaikan tidak redha dengan ujian dari Allah. nasi yang sudah hampir separuh habis disuap kedalam mulutnya. air liur ku ada juga disana kut memandangkan tangannya sudah secara tidak langsung telah menjadi sudu dan garpu buatku malam ini.
  "so, abah ada cakap apa-apa tak?" kali ini Zainal kelihatan sudah percaya. aku angguk. "abah kata apa?" asaknya. tak menyabar langsung. aku tidak terus menjawab. straw ke bawa kebibir dan beberapa teguk air milo ais memasuki kerongkong.
   "abah tak kata apa-apa tapi abah dah tahu kisah shasha yang akan merampas laki fiya..." sedihnya. sukarnya menidakkan sebuah kenyataan yang pahit. teganya shasha berniat merosakkan rumahtangga orang lain. "look here sayang. look at me!" terasa jemariku diramas dan dibawa kepehanya. "all iz well okay. everything will be fine. abang janji akan settlekan masalah ni nanti. tak nak tengok isteri abang buat muka monyok macam ni dah. abang yang sakit hati." lembut suaranya memujuk hati ini yang retak sudah. aku balas genggaman tangannya. membawa dan menyalurkan secebis ketenangan dalam jiwa ini yang mulai bergetar. dan ada airmata yang menitis tatkala tubuhku dibawa kedalam pelukannya. "i will care for you always. jangan rasa diri tak selamat. abang sentiasa ada disisi sayang. nanti abang akan ajar shasha tu cukup-cukup. berani dia ugut isteri aku.." suara dan lirikan Zainal lebih kepada menyedapkan perasaanku. belakangku digosok-gosok sepenuh cintanya. dadanya turut sama berombak tidak teratur. aku tahu dia begitu berang dengan shasha dato karim. aku lagi berang ah!
    banyak mata yang memandang kami saat meleraikan pelukan. Zainal terus mengemas meja dan melarangku dari berbuat apa-apa. tanggungjawab isteri tanggungjawab suami juga katanya. sudahnya aku hanya membiarkan. siap mengemas, Zainal mengepitku keluar dari restoran. kami tidak peduli dengan sorotan mata mata yang menyimpan terlalu banyak maksud. destinasi kami yang seterusnya ialah shopping kompleks. beria-ia aku menolak tapi Zainal sudahpun mengambil cuti setengah hari dari abahnya. seharian kami berlibur ke taman park. ke Zoo dan ke tempat-tempat yang sibuk. sepanjang hari ini, pinggangku tidak pernah terlepas dari pelukan lengan kekar Zainal. andai cinta dan ikatan sudah terjalin, untuk pa aku menolaknya. fitrah manusia sebagai seorang wanita inginkan belaian dan kemesraan yang berterusan dari lelaki. malam itu kami berhempas pulas dikatil dihotel lima bintang. hilang segala masalah. lupa seketika wajah shasha dari ingatan dek pesona dan belaian hangat Zainal. sampai kedini hari, barulah Zainal mengajakku pulang. sebelum itu kami singgah sebentar di pejabat Zainal walaupun jam sudahpun menginjak pukul 2 pagi. Zainal mahu menyiapkan laporan terakhir sebelum diaudit dan diedar ke pegawai lain. sampai saja dibanglo, aku didukung kemas diatas dadanya dan ditidurkan diatas katil. Zainal juga menukar bajuku kepada baju tidur. entah kemana sudah rasa maluku. Zainal sudah lenyapkan dari kamus hidup kami. bagiku perkongsian kami adalah perkongsian yang menyeluruh dari segenap aspek dan Zainal sememangnya terlebih tidak malu. bertelanjang bogel sahaja tanpa seurat benangpun ditubuhnya ketika bersengkang mata menyiapkan laporannya. aku tertidur diribaannya dengan alunan suara cintanya yang gemersik. zzz.. lenanya aku tertidur diatas pehanya yang terlunjur. saayang abang.
    











 p/s: sorry guys! busy sangat sebenarnya last week and next week lagi busy. exam dah dekat so MT kena struggle untuk study. dah banyak sangat yang tertinggal. susah dah nak ketchup. so i just want to say tolong doakan MT lulus dalam periksa ya. tq you olzzz.. 

love you all from trully my deep heart.




4 comments:

RinsyaRyc said...

sakit otak ke apa si shasha tuh ? aish ..

zatul zukefli said...

pengsan baca part shasha..xde otak...
gdluck MT utk exam...

M.T said...

haha... ntah hape ntah shasha tu. dah kemaruk nak berlaki agaknya. nyway.

M.T said...

hahahaha.... tq zatul!! tunggu next 2 week ye. maybe baru ada n3.