bab 15...
Zainal masih lagi tertidur setelah menunaikan solat subuh pagi tadi. kalau ikutkan hati aku yang tengah membara, sudah lama aku robek-robekkan wajahnya. aku jadikan wajahnya punching bag biarr rasa marah yang menggung dihati ini terbalas.
"hidup fiya sudah musnah mak..." aku terkulai dalam dakapan seorang ibu. emak mengusap -usap kepalaku perlahan. terhenjut-hinjut bahuku menahan tangis. malah bergegar tubuhku tadi sebaik doktor mengkhabarkan berita paling buruk dalam hidupku.
"sampai hati dia buat Fiya macam ni mak... apa salah Fiya mak.. tak pernah Fiya berkurang ajar dengan dia mak. patutlah.. patutlah mak..." aku tak dapat teruskan kata-kata. sebak sangat jiwaku. bagai hati ini digilis-gilis dengan pisau belati. pecah! parah! hancur berkecai. sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu. aku eratkan lagi pelukan ditubuh emak. sampai hati Zainal curang denganku! seingatku Zainal hanya suka-suka menyakitiku. tapi nampaknya aku salah. aku khilaf. Zainal benar-benar mencurangiku. sampai hati abang!!! sampai hati abang!!!
No comments:
Post a Comment