Sunday, January 29, 2012

Jauh Aku Berlari 9

   hari sudah berganti, bulan sudah bertukar menjadikan aku wanita yang sedikit cekal. Zainal mengajakku untuk keluar pagi esok. katanya hendak bershopping di bandaraya metropolis KL. terjerit aku kerana terlalu teruja dengan ajakannya. Sebulan yang lepas, shasha sudah dikeluarkan dari hospital dan Alhamdulillah sehingga sekarang keluarga itu tidak lagi menganggu. Mudah-mudahan untuk selama-lamanya. Itulah yang selalu aku doakan sehabis sahaja menunaikan solat. Kadang-kadang aku akan bangun pagi-pagi, bersihkan badan yang berhadas besar dan buat solat sunat hajat. Aku minta dan merayu kepada Allah s.w.t sambil menangis teresak-esak agar diberikan jodoh yang lama dan kekal sehingga ke akhir hayat kami. Zainal pula semakin hari semakin berubah perangainya. Berubah kearah yang lebih gatal sebenarnya. Aku selalu sahaja tewas dalam godaannya. Selalu aku Tanya diriku, bolehkah aku bertahan selamanya begini dengan gaya hidup Zainal yang benar-benar ketandusan belaianku. Rupa-rupanya itulah lumrah seorang lelaki. Tampil hebat bergaya dipejabat setiap hari membuatkan emosiku sering berubah-ubah. Aku takut sekiranya Zainal diperangkap oleh mana-mana gadis yang memburu cinta dan tubuhnya. Tapi Zainal seringkali membisikkan kata-kata cintanya yang Berjaya mengusir rasa bimbang itu. Apalah gunanya aku terus-terusan memikirkan kemungkinan yang belum lagi pasti. Hanya pada Allah aku serahkan segalanya. Dia yang mengetahui segala sesuatu.
  seperti biasa aku akan memasakkan lauk kegemarannya. makanan kegemarannya ialah nasi tomato berlaukkan ayam dan ikan papan goreng. pelik juga selera laki aku ni. aku cuba buat kelainan dalam masakanku. mula mula aku ambil dua pinggan nasi yang sudah sejuk. kemudian masukkan ke dalam kuali panas yang sudah kugoreng dengan tomato. lepas tu, aku garu dan ratakan minyak supaya menggoreng kedalam setiap butir nasi. biar rasanya sedap dan masak. secubit garam dan sedikit ajinomoto kutambah kedalam sebagai penambah rasa. Zainal kata, dia tak boleh makan makanan yang kurang perencah ajinomoto cap adabi itu. aku juga begitu. pointnya ada disitu. kami sama-sama suka makan makanan yang berajinomoto. yeay!
  "hohoho.. dah masak dah..." aku masukkan nasi yang telah digoreng bersama tomato tadi. tak perlu berkuahkan tomato seperti yang terdapat dikedai-kedai. masakan aku ringkas dan lagi lazat. amboi! puji diri sendiri nampak!
  begitu sahaja aku corakkan pinggan Zainal dengan timun cina yang kupotong kecil-kecil dan kontot-kontot.  tiga helai lada besar berwarna merah yang telahpun aku hiris melintang panjang menyerikan lagi dekorasi pinggan yang berisi nasi tomato buat suamiku. harap-harap Zainal menyukainya. mahu juga aku dipuji. pinggan aku pulak tak berhias. cuma ada beberapa hiris lobak merah yang sudah bersalut dengan sos cili diletakkan berbaris ditepi pinggan. "cantik juga!"
  "arrgghh!" jeritku terkejut dengan pelukan dipinggang. alahai... "ouchh..ouchh.. okay abang mengaku salah.. abang tak buat lagi..." rengeknya pabila tanganku tidak henti-henti menampar lengannya. dia ni suka sangat buat aku terkejut. hampir melayang nyawa aku tadi. nyaris-nyaris aje lagi K.O."sakit..yang.." adunya merengek manja. huh! "buat lagi! buat lagi!" ajukku geram. sudah berulang kali jangan buat begitu tapi langsung dipekakkan telinganya. aku bukan jenis perempuan yang mudah melatah ataupun merungut tetapi bila masuk bab kejut-mengejut ni pantang bagiku. aku menghidap penyakit jantung lemah sedari kecil lagi. sebab itulah aku tak larat ikut sukan atau apa-apa acara yang melibatkan kekuatan dan ketahanan jantung. rugi betul jadi aku.
  "duduk!" arahku tegas apabila dia masih lagi mengunjukkan sebelah lengannya yang kutampar. oleh kerana aku jenis perempuan yang berhati lembut, maka terus aku jatuh kasihan melihatnya dengan muka yang sayu. walaupun aku tahu dia hanya berpura-pura memimikkan muka menanggung sakit namun aku tetap jatuh simpati. wajarlah kalau aku selalu dibuli. "bak sini tangan tu, fiya nak tengok.." Zainal duduk dikerusi makan dan meluruskan lengannya diatas meja makan. aku ambil tempat duduk yang sama dengan tubuhnya dan menyelak baju kemejanya yang berlengan panjang. aku lipat lengan bajunya sampai diketiak. mataku berair melihat birat-birat merah yang ketara dikulit lengannya. pantas tanganku mengusap kulit lengannya. "i'm sorry.."ucapku perlahan. sebak sangat rasanya. "it's okay..." jawabnya perlahan juga cukup bergemersik di pendengaranku. "abang dah lama tengok sayang senyum sorang diri tadi... sorry for make you shocked. i was about to make a surprise to you.." sambungnya menambahkan perasaan bersalah dalam hatiku. airmata menitis tanpa dipinta. sudah menjadi lumrah wanita lembut hati mudah mengalirkan airmata. "dont cry... i hate it...please..do it for me.. your lovely husband..." pujuk Zainal lagi. aku bangun dan terus peluk lehernya. aku sembamkan wajahku kebahunya. kami tidak bersuara. bisu. hanya tangisanku yang pecah mengiringi suasana sendu.
  "dahlah tu.. kan abang dah cakap tadi, dont cry..." bisiknya ditepi telingaku. rambutku diselak dan diselitkan ketelinga. "i miss you so much..." bisiknya lagi ditelingaku dan kali ini aku menerima kucupan ditelinga. aku turut rindukan kehangatan dan kemesraannya."i miss you too.." balasku penuh sebak dalam dada walaupun sudah berhenti menangis. hanya esakan sahaja lagi yang tinggal. "and i love you..." ucapnya lalu mengucup pelipisku. "abang nak makan ni.. lapar..." rengek Zainal perlahan dan sengaja diceriakan suaranya. aku tahu dia ingin sangat membahagiakanku. aku semakin cinta padanya. semakin mendalam perasaan sayangku padanya.
  "wah.. sedapnya... nasi tomato dowh! kegemaran abang ni tau...!" ceria sahaja suaranya membuatkan aku terpanggil untuk melepaskan pelukan sebelum bibirku singgah dipipinya yang agak kasar kerana tidak bercukur seminggu. "i love you too... abang duduk sini baik-baik ye, i got a surprise for you. jangan ingat abang sorang aje yang ada surprise..." aku elus pipinya manja sebelum mengerling pada lengannya yang sudah kurang merah. hatiku jadi sedih lagi namun untuk menangis tidak mungkin. aku tidak mahu merosakkan mood suasana yang sudah kembali pulih. "wow! tak sangka pulak abang dapat rezeki besar malam ni..." balas Zainal sebelum menggenggam jemariku dan dibawa ke bibir. matanya yang tersenyum itu sangat mempesonakanku bagai menggoda diriku ditengah waktu isyak begini. "just for you dear.." ulasku manja dan mengucup  lembut bibirnya dan terus menutup matanya dengan kedua telapak tanganku. "pejam mata and jangan buka selagi fiya belum suruh buka." arahku sebelum dia mencuba membuka tanganku yang menghadang penglihatannya. "okay... i like this game.." Zainal masih ketawa. tentu dia suka aku buat macam tadi. ya Allah malunya... kenapa aku gatal sangat ni? dah terjangkit dengan laki aku sendiri agaknya.
  "ingat! jangan buka mata tu dulu sebelum fiya suruh buka tau! jangan mengelat pula!" pesanku tanpa memperdulikan apa jua bentuk tekaannya. apalah sangat surprise yang aku berikan. moga-moga Zainal tidak mentertawakanku lagi. "and dont laugh at me!"
  aku berlari keluar dari dapur dan masuk kedalam bilik tetamu dan mengambil 'hadiah surprise' seperti yang aku katakan tadi. motif aku menyuruhnya menutup mata adalah kerana aku malu dengan diriku sendiri yang mengucup bibirnya tadi. tiada dalam perancanganku mengucup bibir merahnya. aku sendiri yang mencemarnya. dengan debaran dan keterujaan, aku melangkah masuk kedalam dapur makan. "jangan buka dulu!" perintahku apabila mulutnya hendak berkata sesuatu. "hrmm.." aku selak rambutnya setelah tiba disisinya. "good boy!"
  aku ambil bahagian disebelahnya. hadiah yang berbalut cantik dengan riben yang merintangi kertas pembalut menambahkan keindahan luarannya. dalamnya entah hape entah. hik hik hik...
"okay.. now, open your eyes..."
 perlahan-lahan Zainal mencelikkan matanya yang terkatup rapat. wajahnya jelas disimbahi dengan keterujaan melihat tanganku terpampang dengan satu hadiah didepan matanya. "untuk abang..?" tanyanya sambil jari telunjuk menunjuk ke dadanya. aku angguk. lalu hadiah tersebut diambil. "bukalah..."
  "thanks..."
  "sama-sama"
Zainal buka kertas pembalut hadiah yang berwarna coklat keemasan. warna kegemarannya. wajahnya dipenuhi dengan senyuman teruja. sukanya hati ini melihatnya begitu. "frame!" ucapnya sepatah tatkala kertas pembalut hadiah sudah habis terkoyak. aku tahu dia masih belum nampak isi frame tersebut. "tarik frame tu keluar dari kotaknya perlahan-lahan!"
  "okay!"
 bagusnya dia. aku cuma takut rancanganku tidak berjaya sekiranya dia keras kepala.
 "astaghfirullahalazim!!"
aku sudah tergelak. dadanya aku urut perlahan. aku tahu dia terkejut dengan kertas yang melompat kelua tadi. aku letakkan spring supaya kertasnya melompat. barulah surprise. "ala.. rilekslah... kertas aje pun.. bacalah!"
   Zainal ambil kertas yang melompat keluar dari kotak tadi sebaik frame dikeluarkan dalam keadaan membelakang. maknanya dia masih belum nampak gambar dalam frame tersebut. aku sudah puas merancang sedari pagi tadi sebagai membalas jasanya yang akan membawaku keluar bershopping esok. bukan bershopping sebenarnya tapi lebih kepada merayau-rayau dibandar yang sudah lama aku tak jenguk semenjak berpindah ke rumah baru Zainal.
  "terimalah hadiah yang tidak seberapa ini. always remember ya...i miss you... yang ikhlas, nur saffiya alya.."satu persatu Zainal baca tulisanku yang tercatat diatas kertas tadi. "ini aje?" soalnya membuatkanku menjadi lebih malu. wajahku masih menunduk. malunya...
  "i miss you too my lovely sweetheart..."
bisikannya makin menambahkan debaran jantungku. daguku disentuh dan didongakkan. "thanks..i like it!"
dahiku dikucup seperti biasa. sudah tidak terkira bilangannya mengucup dahiku semenjak kami berkahwin.
 "abang tak nak tengok gambar tu..?"
aku perhatikan framenya masih terbalik dan belum diusik. Zainal ambil framenya dan menterbalikkan. terpampang gambar persandingan dimana Zainal memeluk erat pinggangku dan aku pula tersenyum sipu malu. "cantiknya... dari mana dapat gambar ni...?"
 "along yang hantar tadi. fiya minta along cuci dan terus hantar hari ni juga. and that's it." jawabku.
"abang dah lupa gambar ni..." katanya sedih. "takkan dah tak ingat? fiya masih ingat lagi, waktu tu baru habis nikah kat masjid, abang minta along ambik gambar kita tepi kereta pengantin.. ingat?" ah! mudahnya dia melupakan kenangan kami sedangkan padaku semuanya berada dalam ingatanku. "abang tak ingatlah tapi ingat sikit aje.." aku merajuk tapi buat apa. no point. rosakkan mood aje. "abang nak letak frame ni kat atas meja tepi katil. boleh ye...?' pintanya ceria. suka barangkali. aku mengangguk suka. pipiku dicium. "jemput makan bang... nanti dah sedap pula nasinya. bak sini frame ni, fiya nak letak kat sofa..." aku rampas frame yang masih dibelek-beleknya. "hrmm.. bagus juga, abang baru ingat abang lapar sangat." boleh pulak terlupa lapar. macam-macam...
  aku kembali semula kedapur sesudah meletakkan frame yang berbentuk hati diatas meja solek. sengaja aku letak disana supaya apabila dia buka nanti selepas bangun dari tidur, tidaklah dia pandang wajahku yang berada didalam frame. aku mahu dia perhatikan wajahku yang real. romantis juga aku kan? oh ya bercerita mengenai dari mana aku dapat frame ni, sebenarnya telefon along aku tadi dan suruh along singgah sekejap dekat bandar selepas pulang dari kerjanya. nasib aku dapat abang yang cukup sporting. tapi aku gunakan duit aku jugak tau. malah aku gaji along untuk buat semua tu. hasil kerja tangan aku adalah membalut, menggam dan mencorakkan riben berbentuk hati.
  "alhamdulillah..sedap masakan sayang hari ni. lain aje abang rasa." aku sembunyi senyum. memang pun!
  "airnya bang.." aku hulur air suam. Zainal meminumnya rakus. dia ni memang begitu. sudah ku pesan jangan gelojoh sangat tetapi biasalah, masuk telinga kanan keluar  ikut telinga kiri. malam itu aku sediakan pakaianku untuk keluar esok awal-awal. takut tak sempat menggosok esok. pakaian Zainal juga kugosok sama.

  ######

   "pilihlah mana fiya nak..." aku pandang wajah Zainal. "yahoo...sayang abang.." aku kuatkan pautan pada lengannya. pada mulanya aku malu berbuat begitu namun Zainal memaksaku untuk memeluk lengannya. katanya, tidaklah susah mudah aku diculik. merepek aje. ... kan?
 "amboi.. baru nak sayang ke?" guraunya. aku tidak menjawab kerana aku sudah nampak satu baju yang begitu cantik sulamannya. kain batik tidur yang diperbuat daripada jenis sifon. lembut pulak tu."ambillah kalau sayang nak.." aku tahan tangannya daripada membuka baju itu dari penyangkutnya. "nanti dulu... kita cari yang lain dulu. yang ni fiya reserve" Zainal mengangguk. baguslah kalau faham. beginilah selalunya aku ketika membeli belah. tak kiralah dipekan kampung baru di pahang atau dimana-mana pun, aku suka sangat memilih. walaupun nampak cantik dan begitu memukau pandangan mata, aku tetap berhasrat membuat survey kesemua kedai kalau-kalau ada yang lebih menarik. sudahnya, pusing-pusing satu kompleks beli-belah, aku juga yang kepenatan. pokok pangkalnya, yang aku reserve juga akan menjadi pilihan pertamaku. maksudnya, rugia jelah aku buang waktu keliling satu bangunan cari baju sedangkan yang pertama tu lah yang aku bandingkan. dan kesudahannya, aku penat berjalan, dahaga yang teramat dan pilihan terakhir adalah yang mana kedai aku awal jumpa. memang begini agaknya wanita. suka memilih. bernafsu pada perhiasan dan barangan mewah. mujur aku tidak begitu excited walaupun suamiku mampu membelikanku pakaian dan barangan kemas yang mewah-mewah. cukuplah sekadar kasih sayang dan kesederhanaan dalam kehidupan kamis ehari-hari.
  sesudah pusing dua kedai dan beberapa butik pakaian, aku ajak Zainal kembali ke butik yang pertama kami masuk tadi. "fiya nak beli yang ni lah bang.. amacam? what do you think?" aku minta pendapatnya yang mungkin boleh menggembirakanku. tidaklah aku rasa menyesal setelah duitku dimasukkan kedalam mesin wang. "cantik sangat. sesuai tu dengan body sayang...nampak mengancam walaupun tak seksi sangat. but i like it. lagipun ini pakaian tidur jugak kan. abang luluskan. jom.. kita bayar.." belum sempat aku mengeluarkan suara, Zainal tarik tanganku ke kaunter pembayaran sekali dengan baju tidur ditangannya. "biar abang yang pegang. abang nak jadi pak borong hari ni." Zainal tidak membenarkanku membimbit baju yang telahpun dimasukkan kedalam plastik hitam berjenama butik carlton. aku mahu rampas dari tangannya.    "opss.. tak payahlah... biar abang yang bawak..degil betul awak ni..." lantas pinggangku diraih semula. sudahnya aku terpaksa membiarkan. tengahari itu, kami singgah makan di Pizza Hut yang terletak ditepi jalan TAR. Zainal memesan pizza yang bersaiz besar. kalau tak habis boleh bungkus bawak pulang beritahunya apabila aku mengatakan itu satu pembaziran sekiranya tak habis. aku malu sendiri. laki aku ni punya banyak idea yang  boleh mematahkan setiap patah kataku. memang layak jadi peguam aje dia ni. tapi sekarang kerjayanya lagi mencabar what. Zainal menguruskan bahagian kewangan syarikat yang memerlukan amanah dan sikap teliti yang tinggi. ingin aku melawatnya disyarikat sekali-sekala. insyaallah kalau ada masa aku akan buat surprise.
   "eh, tu macam abang kenal aje..." Zainal menunjuk pada seorang wanita yang agak daring sedang berbual dengan rancak melalui telefonnya tidak jauh dari kami. hanya selang tiga buah meja bulat. pantas mataku juga memandang kearah yang sama. hatiku dicucuk perasaan curiga. siapa dia? cantiknya... sedang berborak dengan ketawa yang begitu galak dan bibir yang digincu tebal. pakaiannya skirt sendat paras peha yang sengaja disilangkan,dengan singlet merah jambunya yang tidak berlengan, begitu seksi dimataku. model ke? aku bertanya-tanya sendiri.
  aku kalih semula pada Zainal, mata kami bersabung. ternyata dia merenungku rupanya dari tadi. "jangan jeling kat perempuan tu. abang tak nak dia perasan abang kat sini.. dia itulah yang abang cerita dekat sayang dulu.." berkerut dahiku seketika. Zainal nampak keresahan. topinya disengetkan ketepi demi melindungi wajahnya sedikit. kebetulan kami duduk dikerusi yang sebari dengan meja perempuan seksi tu.
  "yang mana ni bang?" aku benar-benar tak ingat. Zainal capai dan kemudian genggam tanganku yang kuletak diatas meja.
  "alah.. yang.."
   "ini pesanannya encik... enjoy your meal!" aku dikejutkan dengan suara pelayan. Zainal mengucapkan terima kasih manakala aku hanya senyum. tak jadi Zainal memberitahu."besarnya... tak habislah jawabnya kalau macam ni.." Zainal merungut padahal dia yang beria-ia nak beli yang besar. "kan fiya dah cakap tadi, abang yang tak nak dengar. itulah telinga kuali.." kutukku kaw-kaw. perli pun ada juga. muncungnya memanjang. namun wajahnya tetap menarik dimataku. memang benar tekaanku. wanita-wanita yang berkunjung disini tidak ketinggalan menjeling ke arah kami. sudah tentu Zainal yang dijelingnya. hatiku panas lagi. sakitnya menanggung azab cemburu.
  "sayang.. tak nak makan ke...? mengelamun aje kerjanya..." hidungku dicuit perlahan namun cukup mengembalikanku dari terus mengelamun. gila apa aku ni. suka sangat mengelamun.
"abang baca doa ye.." aku angguk. cepatlah habis makan, tak sanggup aku dengan mata-mata perempuan disini. tak jaga mata. sudahlah baju mereka masya-allah. beginikah budaya melayu yang tinggal di kota? hanya tinggal 1/3 sahaja lagi kain yang membalut tubuh mereka. alang-alang dah pakai baju macam tu kenapa tak telanjang aje. geram pulak aku.
  "hai sayang..." hampir tersembur pizza yang aku baru hendak telan. mana taknya, terkejut aku dengan panggilan daripada seorang wanita yang Zainal katakan koleksi temannya tadi sedang cuba memaut lengan Zainal yang tengah makan. mujur Zainal pandai mengelak. suka-suki aje nak pegang lengan laki aku. tak malu!
  "ziela.. apa you buat kat sini? how are you?err.. meet my wife, nur safiya! and sayang... ni teman abang dulu, ziela dato' baharom " Zainal juga nampak terkejut  tetapi masih beriak tenang. pandai benar dia mengawal perasaannya. entahlah. buat-buat terkejut agaknya. perempuan yang dinamakan ziela menjeling terus kearahku. "hi.. ziela, just call me fiya...nice to meet you ziela" aku hulur tangan sebagai tanda perkenalan. berkahwin dengan seorang anak korporat membuatkan hidupku dipenuhi dengan protokol. "hi.. i'm ziela antasya" dia sambut juga namun itupun setelah hampir lima saat tanganku tidak bersambut ditambah dengan deheman Zainal yang dibuat-buat bagi menyedarkan ziela yang ralit merenung wajahku. apa dia ingat dia tu siapa? aduh.. sabar fiya. sabar...
    "you tak jemput pun i ke majlis you nal, sampai hati you buat i macam ni. mati-mati i ingat you dah tak nak kawan dengan i lagi..." amboi! amboi! bukan main lagi dia merengek. siapa dia ni?
  "sorry... i tak sengaja." itu saja yang Zainal jawab. dia tidaklah sangat melayan perempuan tak cukup kain tu. aku kerling sekilas tubuhnya, tinggi dia ni. aku semakin yakin dia seorang model. cantik, tinggi, daring dan sexy. pakej yang sangat  lengkap untuk bergelar sebagai seorang model yang bergaya dan berjaya. 
  "eee... tak senonohlah awak ni..." Zainal tolak tubuh ziela yang cuba duduk dipehanya. hatiku terbakar dengan rasa cemburu. "i just nak duduk kat peha you, tak salahkan? lagipun dah tak ada kerusi kat sini.." ziela membela dirinya. lawak betul. cara apakah dia mahu menggoda suamiku. ketara betul dia kemarukkan laki aku. oh, baru aku ingat dia nilah perempuan yang Zainal cuba jauhkan diri darinya dulu. 'dewan romantica' terimbas kenangan lama dulu saat kami mula berkenal.
  "ziela!! i said no!! then my answrer will be no!!" tegas suara Zainal membawaku kedunia realiti sekali lagi. "i tak nak!! i nak juga duduk kat riba you! sampai hai you nal.. i really miss you tau tak, but you, you layan i macam ni..?" rayuan gila ziela mula menarik pelanggan lain. aku malu dalam masa yang sama bertambah geram. "ziela, i dont think my husband gonna allow you to do so, then please leave us!" aku arah ziela untuk segera pergi sebelum aku humban dia kedalam tong sampah.   "jangan masuk campur!! this is not your business!" ziela memberontak dan cuba lagi untuk duduk diriba suamiku. Zainal pantas bangkit dari duduknya dan mengarahkan ziela untuk duduk disitu.
  "sit!! you nak sangat duduk kan?? duduklah!! apa you tunggu lagi??" tempik Zainal namun masih menjaga suaranya. tidaklah sekuat dia menempik dato' karim tempoh hari. ziela tidak pula mahu duduk. geram aku dengan budak ni. "hoi!! duduklah!!" Zainal tidak ambil peduli lagi dengan kedegilan Ziela, terus diambil pizza yang baru seulas terusik dan diseret tanganku pergi. mujur juga pizza tersebut dimasukkan kedalam kotak. terus kami keluar dari ruang makan dengan perasaan bengang. rayuan dan jeritan ziela tidak sampai disitu sahaja. kami dikejar sehingga Zainal terpaksa menarikku supaya mempercepatkan langkah. banyak orang yang hairan melihat kami begitu. "Zainal!! tunggu i... jangan tinggalkan i!!" jeritan ziela tidak langsung Zainal hiraukan malah dipercepatkan langkahnya bersama dengan seretan tanganku yang mula terasa pedih. perutku tiba-tiba memulas sakit. aku cuba bertahan namun tidak dapat. sakit sangat bagai ditusuk jarum peniti. "fiya sakit perut bang.." aduku sambil cuba memberhentikan langkahan. Zainal meenurut. kami berhenti sekejap. "nah! pegang pizza ni, biar abang dukung sayang..." belum sempat aku menjawab, Zainal memaksa aku memegang kotak besar berisi Pizza Hut dan tubuhku dicempung. aku tidak mahu tetapi tidak punya pilihan. lagipun aku memakai legging didalam dan baju kurung moden mengikut potongan badan. "fiya rasa tak tahan bang... sakit sangat..." lemah dan bagai sudah tidak berupaya untukku mengeluarkan suara. "tahan..tahan.. abang tahu.. kita ke klinik ya.." pujukan Zainal tidak lagi dapat menenangkan kesakitan yang tiba-tiba menyerang dibahagian pusat. aku lepaskan kotak pizza yang berada diatas dadaku dari genggaman tangan. perutku yang memulas ku picit-picit dengan mudah-mudahan boleh mengurangkan sakit. "allah.. sakit..sakit sangat..." airmata aku tumpah tak henti-henti. bisanya menanggung azab siksa. apakah penyakit ini?
  Zainal terus-terusan memujukku sampailah ketempat parkir kereta.jeritan dan bunyi huru-hara disekeliling perlahan-lahan menjadi perlahan seiring dengan mataku yang semakin tertutup. "sayang.. bertahan.. jangan tinggalkan abang sayang..."
dan pandanganku bertukar menjadi gelap gelita sebaik kulit mukaku terasa disentuh oleh sesuatu yang basah dan lembut.
  bauan yang kuat menusuk hidungku membuatkan lenaku terganggu. perlahan-lahan mataku terbuka. sayup-sayup aku seperti terdengar orang lelaki berkelahi. sesekali ada suara wanita menyampuk. aku kenal suara-suara itu. Zainal! abah dan umi! macam mana aku boleh berada kat sini. allah..tolong beri aku kekuatan untuk berjalan agar aku bisa melihat apa yang sedang berlaku diluar sana. agar aku bisa menghentikan pertelingkahan keluarga itu.
  "abah tak sangka sanggup kamu buat begini pada isteri kamu Zainal!!" hatiku semakin tidak tenang. pertama kali aku dengar abah menjerit. lelaki itu seorang yang tenang. tetapi apa yang sebenarnya sedang berlaku sehingga teruk begini? aku cuba gerakkan kaki untuk bangun dari pembaringan namun tiada upaya untuk bangun. sakit di perut walaupun sudah hilang namun kesannya masih ada. aku gagahkan juga. aku tak sanggup biarkan mereka sekeluarga bergaduh. mesti ada sesuatu yang buruk telah terjadi yang melibatkan Zainal.
 "abah! zainal tak faham lah bah...this is nonsense okay. takkanlah Zainal buat kerja-kerja haram macam tu.. tolonglah bah.. percaya kat Nal. abah kenal macam mana sikap nal kan..? tapi kenapa abah sanggup terima bulat-bulat fitnah tu..? nal kesal dengan sikap abah..." Astaghfirullahalazim... mereka berdua benar-benar bergaduh. suara Zainal merayu begitu hiba. allah.. apa yang terjadi disana? aku mahu lihat. aku mahu tengok. sudahnya, malang tidak berbau,, kakiku tergelincir dari palang katil sewaktu memijak palang besi dibawah katil. sakit yang bukan kepalang membuatkan aku terjerit kesakitan. aku mengerekot dilantai dengan perut yang memulas-mulas. seluruh tubuhku  menggeletar.
   "Masyaallah, Fiya!!!" tubuhku dikencong dan aku pengsan sekali lagi.
sewaktu aku sedang berjalan melalui sebuah belukar, suara tangisan bayi membuatkan bulu romaku meremang. bulu-bulu ditangan juga terasa menegak. tengkuk seperti diletakkan ais batu. sejuk dan dingin sekali. banyak surah-surah pilihan sebagai pelindung keselamatan diri kubaca bisik-bisik sambil mata melilau keserata. kakiku makin cepat melangkah menuju kekereta Zainal yang diparkirkan disatu corot. aku tidak pasti aku sekarang berada dikawasan mana. yang jelas, diserata kawasan tersusun kubur-kubur islam dengan pacakan batu nisan yang mengandungi kalimah suci. selamatkanlah aku ya allah.. jauhkanlah aku daripada syaitan...
  semakin aku mencepatkan langkah, semakin kuat dan makin dekat bunyi tangisan bayi tadi.
aku berlari sekuat hati. yang berada dalam fikiran aku sekarang adalah sampai kekereta. malang nasibku apabila tersadung sebonggol batu dan tubuhku terpelanting disebuah semak.
 "allahuakbar!!! allahuakbar!!"
mengucap aku dalam hati apabila tubuhku yang bergolek betul-betul berhenti di sebelah bungkusan putih yang dalamnya ada bayi sedang menangis hiba. secara tiba-tiba hilang semua rasa takut dan rasa sakit tidak lagi terasa. aku segera duduk bersimpuh dan bawa bayi tadi keatas pangkuan. tak semena-mena si kecil berhenti menangis. bayi tadi malah ketawa suka.
 "ya allah, comelnya baby ni... siapa yang biarkan baby ni kat sini?" sungguh comel sekali bayinya. tanpa berfikir panjang aku bangkit dengan mendokong bayi yang sudah kukucup pipi dan dahinya dengan sepuas hati. iras-irasnya macam muka aku. matanya pula sebijik macam mata Zainal. redup dan bundar cantik. bulu matanya lebat serta alis mata yang panjang. sama juga dengan mata Zainal. jangan-jangan anak kami kut. ah! sudah.. apa yang aku mengarut ni...? hehehe.. tapi entah kenapa aku pasti dan yakin itu anak kami. sudahnya aku terus menganggapnya sebagai anak mama.
  sedang aku bergelak ketawa dengan si kecil, satu tujahan suara menyentakkan gegendang telingaku. suaranya begitu menakutkan dan datangnya dari arah belakang. yang peliknya aku tidak takut. dengan adanya bayi kecil yang tiba-tiba seperti sudah lama ku kenal, aku menjadi kuat dan berani. 
 "kita lawan penjahat tu ya sayang... sayang anak mama ni... tolong mama lawan penjaha tu ya..?" saat aku mengucapkan perkataan 'mama' tadi, terasa seperti itu betul-betul anakku.tersirap terus darahku. mana mungkin?
 tapi walau apapun perasaanku waktu ini, aku rasa sangat gembira.
 "anak mama.. mama sayang anak mama ni...tapi sebelum tu kita kena tumpaskan penjahat tu dulu.." aku seperti diarah untuk bercakap bagitu. bagai telah diprogram sahaja. ah.. macam-macam. "kembalikan anak itu padaku!!" suara yang tadi masih keras tidak sedikitpun menakutkanku. hek eleh.. macamlah orang takut.
 aku matikan langkah. penjahat ni nak kena belasah agaknya? tak sangka aku sebegini berani. bayi yang sangat comel seperti iras wajah kami berdua itu mengekek suka. alahai anak mama... sayang anak mama ni... aku elus-elus seluruh kulit wajahnya. badannya tidak bersarung apa-apa cuma dilitupi kain putih dibawah.
   "okay...time to fight!" aku bercanda dengan si kecil tanpa menghiraukan jeritan-jeritan kasar lagi garang didepanku. dia seperti takut mengapa-apakanku. aku ambil tangan sikecil dan menumbuk kearah penjahat tidak berwajah. pakai topeng barangkali makhluk seekor ni.
  "hiyaa!!nah ambik kau!!" aku laraskan tumbukan sebelum melayangkan tamparan menggunakan tangan si kecil. menangis-nangis si penjahat walhal, bukannya kena pun. melawak aje kerja penjahat ni. bila dah terasa bosan begitu, aku bercadang untuk pulang. lalu aku pun pulang ikut laluan tadi. sampai dikereta si penjahat sudah hilang kerana Zainal ada menyimpan surah yaasin didalam laci didashboard. penakut juga jin penanggal tu! aku mengekek bagai si kecil mengekek. alah.. anak mama kan.. mestilah sama...
   sepuluh minit menunggu, Zainal tiba di kereta dan tidak pula terkejut melihat aku membawa budak kecil. malah pipi si kecil terus dicium dan diagah suka. mengekek-ngekek si kecil apabila papanya mengagah. kami bergerak pulang kerumah apabila hari sudah semakin gelap. tadi, sewaktu dia terkencing, aku baru perasan jantinanya laki-laki. eiihehe.. suka-suka..." aloooii buchuk..buchuk... jangan nangis...jangan nangis..." si kecil menangis apabila air sejuk yang kuguna untuk membersihkan seluruh tubuhnya terkena kulitnya yang putih gebu. sama macam kulit papanya juga. "nanti lepas ni, mama guna air suam pulak ye... sayang.. kena mandi puas-puas tau...tan nak busyuk busyuk..." aku terus ketawa gembira sambil menghayati gelak dan negkekekan si comel. aku mengurus dan memandikan si comel seorang diri. Zainal pula sedang bersembang dengan umi dan abah diruang tamu. mama dan abah bermalam dirumah kami sehari ini. sesudah memandikannya, aku meluru kealmari dan mengambil pakaian kanak-kanak. aku tidak pula terkejut bagaimana pakaian bayi itu boleh berada disana. seperti aku sudah tahu apa yang perlu aku buat dan seperti ianya sudah menjadi rutin padaku setiap hari. aku kucup seluruh wajahnya lagi. matanya yang tersenyum dengan bibir yang segar membuatkan anakku kelihatan sangat sangat comel. "eii.. anak mama ni.. kenapa comel sangat ni...?" tapi aku suka dalam geram-geram begitu. tengoklah siapa mamanya kaaaan..? aku tepekkan bedak kelehernya. kuratakan bedak baby johnson hampir keseluruh tubuhnya sebelum aku mendekatkan hidungku ketubuh kecilnya. "wanginya anak mama ni...ululu... saaaayang.. anak mama..." aku kucup lagi pipi dan dahinya. dia mengekek. entah pukul berapa aku bermain dengan si kecil sehingga terleka dan tidak perasan dengan dunia luar. duniaku malam itu hanya dengan sikecil. Zainal masuk lambat ke bilik. malam itu aku tidurkan anak kami dicelah-celah aku dan Zainal. dua-dua tangan kami sering mengelus tubuh dan pipi si comel. aku pahatkan raut wajah anak kami dalam minda. comelnya muka dia secomel muka aku. sudahnya, aku tertidur setelah puas bermain dengan si kecil.
  aku terjaga. begitu sahaja. pelik dengan keadaan sekeliling. aku nampak Zainal juga masih tertidur namun tertidur dalam duduknya diatas kerusi. aku dapati si kecil sudah tiada disisi. hurmm.. mungkin umi tengah susukan agaknya. aku senyum suka. tak sabar hendak mendukung dan mengucup pipi anakku. aku berkalih mengiring menghadap Zainal. rambutnya yang terselak menutupi dahinya aku tolak keatas. terserlah dahinya yang luas dan bercahaya. perlahan-lahan aku angkat kepala dan kucup dahinya. lena sangat agaknya. tapi yang peliknya kenapa dia harus tidur disikerusi. oh ya, logik juga sebab ruang katil agak kecil dan hanya memuatkan seorang tubuh dewasa. kalau dengan si kecil masih boleh muat. ah, rindunya aku pada anakku. walaupun ruang bilik masih gelap namun aku tahu aku bukan berada dibilik kami. ermm.. mungkin kami sedang bercuti agaknya. siapa tahu...
   lima minit berfikir dan terus berfikir aku dimana, kami dimana, anakku dimana, bila, siapa, bagaimana dan sejak bila aku berada diatas katil ini, aku cepat-cepat hentikan semua mainan perasaan. aku tersenyum tiba-tiba. dimindaku sekarang bertanya-tanya dimana anak aku.hurmm.. mungkin Zainal boleh memberitahuku.
   aku capai bahunya dan menggoyangnya dengan lembut. "bang... anak kita mana? siapa yang ambil?" soalku perlahan. aku goyangkan lagi bahunya. kali ini matanya aku berjaya dan aku lihat dia seperti terpisat-pisat. biasalah... baru bangun dari tidur. "bang... anak kita mana?' soalku lagi apabila matanya sedari tadi tidak lepas merenungku. sudahlah matanya merah dan tiba-tiba mengalirkan airmata. berkerut dahiku kerana terlalu merasa hairan. "kenapa ni...? abang risau baby kita kena culik ke..?" soalku penuh prihatin sambil cuba bergurau. aku lap airmata dipipinya yang semakin melebat. "sa...sayang dah sedar?" tanyanya penuh dengan riak sebak yang aku tahu seperti bercampur baur dengan ketidakpercayaan. "sedar apa pulak ni..? kan fiya baru aje bangun tadi..." rungutku dalam pada suara sengaja ingin bercanda. aku lap lagi airmatanya yang degil. masih mahu mengalir. "kenapa abang menangis? sabarlah.. baby kita ada kat umi kan bang..?"
    Zainal tidak menggeleng tidak juga mengangguk. "habis tu siapa yang ambik baby kita..? abang jangan main-main...fiya tengah serius ni..." dalam pada rasa cuak, aku masih sempat bergurau tetapi serius. aku tidak mahu dia melengah-lengahkan lagi waktu. aku sudah begitu tidak sabar hendak bertemu dengan anakku.
    "abang... jawablah! kenapa diam aje ni? iskk.. macam budak-budak. tetiba aje nak menangis. dahlah baru bangun dari tidur. cepat bagitahu fiya, kat mana anak kita? fiya nak mandikan baby kita.." geram juga aku kat dia ni. macam tak faham-faham dengan jeritan batinku. Zainal menggeleng. "kenapa geleng? oh.. abang tak tahu ke...? takpelah... baik abang sambung tidur... fiya nak pulang ke rumah kita sekarang juga. fiya nak dekat dengan baby... eh, tak! mana boleh! abang pun kena ikut sama. fiya tak pandai drive kereta abang! kalau motor itu lainlah." baru aku mahu bangun dari baring, Zainal menahan tubuhku. "ishh...tepilah! nak jumpa baby pun marah... takkan tak rindu anak sendiri...?" getusku sedikit geram. namun aku terus dipeluk apabila tubuhku sudah bangkit dan berdepan dengannya. beria-ia dia menangis dibahuku. aku jatuh kasihan. mungkin dia bermimpi buruk-buruk yang menakutkan kut malam tadi. aku balas pelukannya dan mengeratkannya lagi. aku cium ubun-ubun kepalanya yang bau harum. aku tak pasti bilik ini samada dihospital atau dimana. tapi aku yakin seperti dihospital. ada mesin pernafasan dan mengira denyutan jantung juga ada terletak elok ditepi katil. "dah okay..?" tanyaku setelah agak lama juga dia menangis. terada ada anggukan dibahu. tahulah aku dia sudah ok. aku lepaskan keluhan lega. aku leraikan pelukan dan mencari-cari jemarinya. sebaik mencapainya, aku sulam jari-jemari kami dan kucerakinkan erat-erat. biar tidak terlerai lagi dengan cantuman jemari kecil milikku dengan jemari kasar yang besar miliknya. lepas tu, aku dongakkan wajahnya. aku buang dan lap air yang membasahi pipinya. aku kucup dahi dan pipinya. "feel much better..?" soalku dalam senyuman paling manis. aku kucup lagi dahinya apabila dia masih diam. mata kami berenungan sesama sendiri. aku nampak mulutnya terbuka dan mengucapkan sesuatu. cara dia membuka mulut bagaikan terasa sangat payah hendak apatah lagi dengan bersuara"say it..." ucapku bagi mendorong supaya dia cepat dapat mengungkapkan kata. matanya terus berair. merah biji matanya bagaikan buah saga."sa..sayaaa..aang..." aku dapat rasai kesukarannya mengucapkan walaupun hanya sepatah kata. "okay.. relax... ambil nafas dalam-dalam.. calm down.. and selawat banyak-banyak..." dan dia ikut cakap aku kecuali berselawat. mungkin dia sekadar menuturkannya dalam hati. "okay, now.. say it out.. im all you ears.." pujukku cukup lembut dalam mengambil hatinya. "ba..baby kita...."
  "kenapa dengan baby kita?" potongku terus. aku tidak sangka pulak dia mahu bercakap mengenai bayi kami yang kiut-miut itu. sekejap lagi kita jumpa ya sayang.. tunggu mama tau..
 "ba..baby..kita.. su..sudah.. meninggal... sa..sayang.."
  "tidaaak!!! abang bohong!! abang bohong kan?? abang cakap bang!!" ngongoiku seperti tidak berakal. "tidaakkk!!! fiya nak anak fiya!! mari bang.. kita balik... fiya nak jumpa anak fiya... marilah... bang marilah!!" aku gamit tangannya sesudah aku turun dari katil. "istighfar sayang... a..abang cakap yang betul..." tidaaaak!!! aku hambur jeritan kepedihan dalam hati sendiri. aku rentap tanganku dari genggamannya. aku mahu pulang ke rumah kami. aku mahu segera ketemu anak kami. aku tidak sama sekali mempercayai berita ini. "mengucap sayang... ya..allah... jangan begini.. sayang kena terima takdir Ilahi..." tanganku tidak berjaya kurentap apabila tubuhku dipeluk erat dari belakang."lepaskan Fiya bang!! lepaskan Fiya!! Fiya nak jumpa anak Fiya!! anak mama!! tunggu mama sayang... lepas bang!! lepaskan tangan Fiya ni..." aku terngongoi dalam pelukan Zainal. aku tak percaya!! aku tak percaya!!
  "jenazah baby kita dah kena kubur sayang... nanti kita datang melawat kubur anak kita ya..."
kepalaku dikucup bertalu-talu. aku menggeleng-geleng. "tak!! Fiya tak nak!! Fiya nak jumpa anak Fiya kat rumah kita!!! kenapa abang tak pandai faham ni?? abang tak rindu anak kita ke bang..." ya allah... aku mahu pergi dari sini. aku mahu tengok anak aku. aku mahu cium pipinya. aku mahu mandikannya. aku mahu tidurkannya. aku mahu tengok dia membesar...
  "sabarlah... kita masih boleh usaha lagi...syy... dah..dah... relakanlah dia pergi.. Allah lebih menyayanginya...yang penting sayang kena harus cepat sembuh dan kita buat anak lagi hari-hari..." dan aku terkulai layu sayu dalam dakapan erat Zainal. tuhan.. benarkah Kau telah ambil nyawanya...?


bersambung....
p/s:  sila-silalah komen ya… senang hati bila tengok anda komen… hehehe… cakaplah atau rapulah apa sahaja yang penting anda tinggalkan jejak.. tq so much!!


sedutan episod 10:

  "aku nak kau tuntut cerai sekarang juga!! cepat!!! nah... kau ambik telefon ni dan minta cerai dari Zainal!! ambik!!!"

4 comments:

zatul zukefli said...

erk....fiya mngandung k?
apewpon..mmg best...

M.T said...

haah!!! fiya ..nantikan explanation n3 ke 10 yer... stay tuned

Unknown said...

kesian, fiya keguguran ke??? hmm sape tu yg suruh fiya tuntut cerai sasha ke Dato' karim. MT cpat2 sambung tau

RinsyaRyc said...

aish ... sedih la keguguran ..

tpi yg part ziela tu memey x bleh blah . nak gelak pun hade . x senonoh tol nak duduk kat paha lelaki .. euww..