Wednesday, April 18, 2012

Jauh Aku Berlari 16

     
 
     Jauh Aku Berlari 

 
   Bab 16...


   kau kata kau cintakanku, meski ini yang aku pinta namun bukan itu yang kau persembahkan. buatmu juga buatku selamanya.. semoga kasih yang terbina kekal mewangi. doakanlah sayang...

                                                                                                  --Syeikh Muhammad Zainal Rasheed--


      Aku dibawa ke rumah urut yaang terkenal dikampung kami. nek yam namanya. mulanya aku tak nak tapi mak kata anak muda yang mengandung sulung sepertiku harus diurut memandangkan sebelum ini aku pernah tersentak. tidak mahu terjadi apa-apa semasa hendak melahirkan kelak. aku hanya menurut. apa yang mak rasakan betul maka betullah. untuk kebaikan aku juga. emak mengambil tempat duduk disebelahku. aku disuruh berbaring sambil melunjurkan kaki. tubuhku yang sedia tersarung pakaian batik sampai kepinggang dan bra didada rasa sejuk semacam. tak pernah aku mengalami perkara sesram begini.

      "buka baju kamu dari pengkal buah dada kamu sampai kepinggang. jangan risau, nek yam akan jamin kamu tak akan rasa sakit sedikitpun...nek yam janji" dan sudahnya aku mengukir senyum. aku mengikuti arahan nek yam yang memang dikenali dengan kemahirannya mengurut. mengurut dari kaki sampailah kekepala, serahkan semuanya kepada nek yam. pasti sembuh selepas menerima urutannya. cuma urutan batin aku tak pasti. mungkin juga nek yam mengambil upah mengurut wanita-wanita yang tidak bernafsu. aku tak tahu akan itu. aku rasa tak selesa apabila tangan nek yam mula merayap-rayap ditubuhku. aku lebih kepada segan sebenarnya. kalau dengan emak tak apa juga tapi dengan orang lain aku pasti akan segan sangat.

    "gebunya kulit anak kamu imah..." emak tergelak kecil.

    "ada-ada ajelah nek yam ni. dah muda begini, tentulah kulit masih bergetah." aku melihat mata emak. emak memberikanku senyuman yang bermakna. aku tahu emak mahu menjaga keselesaanku kerana aku sudah britahu pada emak sekiranya aku tak berasa selesa, aku tak nak diurut dah. menjadi juga rupanya ugutan pura-puraku.

   "tentu suami kamu tak tidur malam dapat isteri secantik kamu kan fiya...?" pujian nek yam agak menyeramkan. dengan suaranya yang bagaikan nenek kebayan membuatkan aku kegelian. bukan niat mahu mengejek tetapi itulah hakikat yang sebenarnya.

    "tak adalah nek yam. mana ada..." aku menyangkal sedangkan tanggapan nek yam lebih daripada betul.

   "nek yam tahu fiya. nek yam dapat baca daripada ketegangan kulit perut kamu. isteri yang kerap ditiduri suaminya akan nampak lebih cantik kulitnya. tengoklah kulit kamu ni. cantik dan mulus. tambah-tambah lagi dengan sentuhan daripada suami kamu, makin naik serilah kulit kamu ni..." aku menggeleng. malu sangat. merah muka aku rasa. aku nampak mak cuba menahan sengih. nek yam pula selamba dengan muka tak bersalah. hiss.. tak dapat dah nak menyangkal kata-kata nek yam. memang suami aku gila se#s. memang benar nek yam. sebab itulah yang menjadi punca pertengkaran kami sekarang.

    "lambat lagi ke nak habis nek yam?" rasa dah lama benar perutku disentuh. selebihnya nak elakkan daripada disoal soalan yang bukan-bukan. nek yam daring sesangat. dah tua macam tu pun masih ingat hal-hal dalam kelambu. orang tua... kadang kala susah bagi orang muda me'layan'.

   "sekejap aje lagi fiya. dalam sepuluh minit...sabar ajelah fiya. sikit aje lagi ni. alang-alang dah kena urut, lebih baik urut sampai benar-benar pulih. kamu juga yang untung masa kamu nak bersalin nanti." apabila nek yam sudah mula membebel, aku malas nak menambah bebelannya. nek yam dikaitkan dengan gelaran nenek bebel. mungkin sebab itu pak kassim tak tahan dengan bebelan isteri pertamanya lalu dimadukan dengan seorang janda muda yang baru kematian suami.  kalau dah namanya lelaki. begitulah! gatalnya takkan pernah hilang. melampau betul! sama seperti Zainal yang ku tinggalkan dikota. rasakan kau. puas hati aku sekarang. sakit hati aku dengan perkahwinan keduanya. arghhhh... lupakan dia!! lupakan lelaki keparat itu saffiya!!

    sampai sekarang aku langsung tak nak dengar khabar Zainal. sesiapa pun aku tak benarkan membuka cerita Zainal di depanku. termasuklah mak, ayah, abang abangku, kakak ipar, abang ipar, mama, abah dan yang sama waktu dengannya. temanku sekarang hanyalah rini yang tiap tiap hari akan menghabiskan masa bersama ku dirumah. kadang kadang kami akan ke tepi sungai berkelah sambil mandi manda disungai yang mengalir jernih. kami sekadar mandi di tempat yang cetek kira-kira separas lutut sambil berendam lama-lama. kemudian bila perut rasa lapar, ambik aje makanan yang dah ditapau didalam bekas. adik-adik rini, ipin, aizat, iman, kamal dan riyana juga ikut serta. bagaikan hilang masalah seketika.

     "anak nek yam yang bongsu yang nek yam bagi orang piara tu dulu dengarnya dah lama kena cerai. kasihan sya kan nek yam..." perhatian aku pada kenangan lepas terganggu apabila emak membuka cerita. hurmm.. macam best. nek yam mengeluh perlahan. tangannya masih rancak menari-nari diatas perutku.

    "dah nasib dapat laki kaki pukul macam tu. nasiblah budak tu. sendiri cari masalah biarlah dia selesaikan sendiri." nek yam bagai tidak ada apa perasaan pada anak yang diberinya kepada orang lain. manalah aku tahu perasaan dalamannya. mungkin luarannya sahaja yang nampak selamba tapi batinnya mungkin sedikit terkesan. tak pernah pulak aku tahu tok yam ada anak bongsu yang dipiara oleh orang lain. yang aku tahu anak tok yam semuanya sudah dewasa.

    "tapi nek... dengar cerita dari mulut orang kampung, laki dia tu mula meroyan sekarang macam dah gila talak. huh.. lelaki memang sama kan nek yam, suka sangat cari perempuan lain. imah bersyukur dapat suami macam abang kahar. tak pernah pandang perempuan lain walaupun imah ni dah tak bergetah. nek yam jangan terasa pulak..." emak tergelak kecil. apa yang lucu entah. mataku memandang emak dan kemudian beralih kewajah kelat nek yam.

    "takde maknanya nek yam nak terasa imah. nek yam lebih suka hidup sendiri sekarang. tak susah nak mengurut sana sini. lebih bebas nak bergerak kemanapun kalau tak ada suami kat sini. menyemak aje dengan bini baru dia tu. kamu tengoklah, dah lebih dua bulan dengan bini muda dia tu. tak langsung jenguk nek yam dekat sini. biarlah dia dengan bini muda dia tu. nek yam tak kisah. tapi yang nek yam risau sekarang ni tentang suami si fiya ni hah. sejak si fiya ni balik dari kl tempoh hari, tak dengar pun berita suami si fiya ni dari kamu dengan si kahar. ada apa-apa ke yang nek yam tak tahu imah?" nek yam menghentikan 'tarian' tangannya. nek yam pandang mukaku dan muka mak bersilih ganti. aku malas nak jawab. biarlah mak yang memberitahu nek. aku tak peduli dengan statusku sekarang. sekalipun aku jadi janda muda, hidup mesti diteruskan. kenangan yang lepas biarlah berlalu. usah dikenang sampai melarat-larat. cukup-cukuplah aku terseksa selama beberapa bulan ini.

   "tak adalah nek yam. biasalah masalah budak-budak. nanti lama-lama okeylah tu. yang penting sekarang fiya ni kena tenangkan jiwanya. darah anak orang muda ni memang mudah panas. bila dah sejuk nanti, okeylah masalah diorang ni ha.." aku lega dengan penjelasan emak. nampaknya nek yam berpuas hati.

    "kamu tolonglah nasihat-nasihatkan anak kamu ni imah. nek yam pun bukanlah tahu sangat masalah anak kamu ni. si dayang tu dulu pun macam tu jugak. sikit-sikit balik kampung jumpa nek yam. konon nak merajuk dengan laki dia tu si kahem. tapi bila dah dua hari tinggal dengan nek yam, mulalah menangis nangis rindukan laki dia dekat KL sana tu. nek yam ni yang terpaksa telipon si kahem suruh pujuk-pujukkan sikit si dayang tu ha. masalah kecik diperbesar-besarkan. siasat punya siasat rupa-rupanya hanya sikit salah faham aje. gara-gara si kahem ni yang tak reti memujuk isteri, si dayang pulak merajuk lebih-lebih. mana ada lelaki yang tak penat asyik nak memujuk isteri. dah tu, nek yam cuci telinga dayang puas-puas. nek yam cakap, dah elok-elok bersuamikan lelaki yang baik-baik. ada rupa. ada harta. sudahlah si dayang tu tak ada kerja langsung. patutnya bersyukur dapat laki baik macam si kahem tu. lepas tu dah okeh sikit. tak ada lagi dah si dayang tu nak balik sini merajuk-rajuk. tak tahulah kalau dekat KL sana. ada juga kot merajuk tapi cari orang lain tempat mengadu. maklumlah nek yam ni dah malas nak layan si dayang tu"

    "ye lah nek yam. susah juga kalau perempuan kuat merajuk ni kan? sikit-sikit nak buat hal. tak dapat yang dia nak mulalah buat perangai. tak nak makanlah. tak nak layan suamilah. pening imah ni hah dengan suami isteri sekarang. ada yang isterinya macam ustazah dapat pulak suami kaki botol, kaki perempuan , kaki judi sampai hidup tak tentu arah. kalau dapat suami bagus pulak, si isteri ada yang kuat joli. kuat merokok dan sebagainya... hailah... dunia..dunia.. dah tak betul dah kan nek yam..?"

    "ye kut... nek yam tak reti sangat. maklumlah tak pandai baca huruf. tak sekolah...a b c pun tak reti bace. " nek yam tergelak kecil. emak pun sama. aku? senyum sumbing.

    "tak apalah nek yam. buta huruf tak semestinya tak ada ilmu. ilmu mengurut yang nek yam ada ni pun dah cukup dah. manusia ni nek yam, ada yang suka buat kesimpulan sendiri. ikut suka hati dia aje nak buat apapun. oh ya.. dengar-dengar nek yam nak pindah kampung tahun ni, betul ke? imah dengar berita ni pun dari mak jah."

   "ikutkan hati memang nek yam nak tinggal dekat anak nek yam yang tinggal kat kampung sebelah tapi.. kamu pun sendiri tahu kan, kalau nek yam pindah dari rumah ni siapa yang nak tengok-tengokkan si amat tu. dia tu mana reti nak masak nasi, basuh baju. nak harapkan dari nek yam aje. nek yam suruh kahwin tapi amat tak nak. katanya malas nak dekat dengan perempuan. membujang sampai ke tua lagi bagus. nek yam bukak aje topik kahwin, budak tu dah lesap. menghilang sampai malam. esok baru nampak batang hidung kat dalam bilik. entah tidur kat mana agaknya si amat tu. nampak sangat tak berminat nak ambik kesah bab-bab kahwin ni. tak ada nafsu agaknya budak tu. nek yam risau juga kalau andaian nek yam betul. huh...! nek yam tak tahu dah macam mane nak paksa budak tu kahwin." nek yam lumurkan lagi minyak urut yang tidak kuat berangin diatas telapak tangannya dan seterusnya keatas kulit perutku. semestinya bukan minyak gamat. minyak urut yang nek yam buat sendiri dari ramuan akar kayu hutan. aku manalah tahu benda-benda urut ni.

     "biarlah kalau dia tak nak nek yam. budak tu tak wajib kahwin namanya kalau tak ada niat nak kahwin. takut pulak disiksa budak yang dinikahnya. yang itu lagi berdosa namanya. sedangkan islam ada menggariskan panduan bagi lelaki yang berkemampuan untuk berkahwin. selagi tak wajib kahwin, biarlah si amat tu membujang. mungkin tak puas hidup membujang agaknya..."

    aku masih ingat rupa abang amat. dia anak bongsu nek yam. kalau tak silap, umurnya pun dah nak masuk 40 tahun tapi masih bujang trang tang tang. penganggur tegar dekat kampung ini. kerjanya cuma tahu menoreh getah. tak suka sosial dengan kawan-kawan lelakinya yang suka melepak di warung wan haris. tapi budaknya baik. hormatkan orang tua orang yang lebih muda apatah lagi pada nek yam. cuma itu aje masalahnya. tak minat nak kahwin. bukannya hodoh. rupa ada mewarisi nek yam yang nampak cantik walaupun dah tua benar. anak dara banyak yang berkenan tapi tak pernah dilayan. malah janda muda pun banyak yang berkenan. dulu masa kami masih berada di zaman kanak-kanak dan suka bermain kejar-kejar di ladang getah atau disemak belukar, abang amat yang pada waktu itu sudah pun berumur  20 tahun lebih pernah dipaksa berkahwin dengan seorang perempuan tapi abang amat meradang sampai melarikan diri dari rumah. abang amat lari sampai ke KL. lama juga abang amat merajuk. sampai bertahun-tahun berada di Kuala lumpur. beberapa tahun lepas peristiwa tu barulah kami nampak batang hidung abang amat. malah dah bawak kereta sendiri walaupun setakat kereta murah yang telah terpakai. sejak kak dayang ikut suaminya ke Kuala lumpur, abang amatlah satu-satunya anak nek yam yang tinggal dengan nek yam disini. sehingga ke hari ini susah benar nak nampak batang hidung abang amat kalau waktu siang. waktu malam ada juga nampak batang hidungnya kerana sudah menjadi salah seorang makmum yang setia disurau dikampung. untunglah yang dapat suami sebaik abang amat. tapi masalahnya abang amat yang tak nak kahwin. hurm. ada juga orang yang macam tu ye...

     nek yam menambah kelancaran urutan tangannya lebih-lebih lagi apabila tangannya mulai menjalar kepinggangku. emak menggenggam erat jemariku memberiku kekuatan. itu untuk kebaikan diriku nanti. itulah kata-kata emak selalu.  terharu aku dengan layanan emak yang selalu mementingkan kebahagiaanku. saayang emak...

    "nek yam rasa anak dalam perut fiya ni lelaki ke perempuan nek yam?" soalan emak membuatkan mataku yang hampir terkatup akibat terlalu lama berurut kembali terbuka luas. segar bugar.

    "nek yam dapat rasakan, anak kamu ni tengah hamilkan anak kembar lelaki..."

   "ye ke nek yam?" mak teruja. aku lagilah teruja. siapa tak sayang anak kandung cik yah oiii.

    "ha'ah. tapi kamu jangan terlalu taksub dengan apa yang nek yam cakap ni sebab nek yam bukan bidan kampung. nek yam cuma seorang tukang urut. tapi sekarang dah ada teknologi untuk mengesan jantina anak. masa si jamilah mengandung anak sulung dulu pun pernah buat pemeriksaan jantina. kalau kamu nak tahu sangat, ajak aje fiya ke klinik untuk cek jantina cucu kamu tu haa..."

    "tak apalah nek yam. saya cuma tanya aje. saya tak kisahpun dapat cucu lelaki ke perempuan. yang penting saya dapat cucu dalam tahun ni juga. tak sabar nak tengok cucu saya keluar nek yam..."

    'sabar ajolah ye imah... rezeki kamu hujung tahun ni. dah dekat sangat tu. cucu kamu dah masuk lima bulan, maksdunya ada tinggal empat bulan sahaja lagi untuk kamu tunggu cucu kamu keluar."
 
   lepas tu, aku sekadar memasang telinga mendengar perbualan orang tua-tua seperti mereka. cerita mereka lebih berkisar kepada cara-cara merawat diri dan mencantikkan diri apabila sudah tua. mungkin sekadar untuk mengikat suami yang gatal mahu mencari anak dara muda yang masih bergetah. aku sedia maklum mak yam sebenarnya hidup bermadu dan madunya berasal dari kampung seberang. sudah jarang sangat suaminya yang kami panggil pak kassim singgah dirumah ini. pak kassim sibuk melayan bini mudanya yang masih bergetah. dasar orang tua tak sedar diri. malah dulu aku pernah cuba dipikat oleh orang tua itu. dahlah muka dah tua berkerut. tak sedar diri orang tua macam tu.

    "sakit tak fiya?" aku senyum sikit dekat nek yam. tangan nek yam bertambah ligat dan makin rancak. habis kulit gebu perut aku dioles dengan tangan tuanya. sakit jugak lah... tapi kena tahank sikit dan aku berpura-pura konon tak sakit.
   
    "tak adalah nek yam.. cuma tak selesa sikit aje nek yam...ha.. yang kat situ cam rase sedap sikit. urghh.. arhh... rasa enak pulak nek yam... mak.. mak tak nak try ke mak? sedap tau ken urut nek yam..." aku pandang kearah wajah seakan mahu mengusik. sedap ke? ohoi... rasa tak selesa sangat. saja nak usik mak sebenarnya. tapi mak kerling wajah aku. siap besarkan matanya yang memang sedia bundar. masih cantik. mestilah... mak aku okay!

    "ada-ada aje. mak ni dah tua lah fiya oii.. tak ada masa nak mengurut ni. lainlah kamu tu yang tengah hamil anak sulung. cucu sulung mak tu... tak sabar mak nak tengok cucu sulung mak keluar kat dunia ni."

    "kamu ni imah, ada ke cakap macam tu. doakanlah agar anak cucu kamu selamat sampai fiya bersalin. kan itu lebih elok.."

   "yelah..yelah..."

    "ala mak... janganlah marah nek yam mak... fiya janji fiya akan jaga cucu sulung mak ni baik-baik. tapi cucu sulung ke mak?" mungkin mak dah tak ingat anak aku yang keguguran dahulu. 'baby' umi...
nanti aku nak anak aku panggil aku umi. tak nak kena panggil mama. itu mentua aku. ataupun mak. itu panggilanku buat emak. aku mahukan yang spesial sikit.

   "  fiya nak tahu tak, orang lain yang datang mengurut dengan nekyam biasanya akan merungut tak selesa tak selesa tapi lepas nekyam siap urut, hilang semua rasa tak selesa tu."

   "ye ke mak yam? eh .. sorry.. nek yam!" aku teruja sampai tersasul nama nek yam. jangan sampai 'tersyasyul' tom yam sudeyy...hahaha. ditibainya aku si nek yam kang...tak nak! tak nak! ishh merepek..

   "ishh.. ada pulak tak betul. ini nek yam lah.. tak main bohong-bohong. berdosa..."

  tapi  kalau betul kata nek yam tadi, aku ucapkan syukur Alhamdulillah. tambahan pula dalam beberapa minggu ni aku mengadu tak selesa dibahagian pinggul terutamanya apabila terlalu lama berdiri ataupun duduk. kena berdiri, sekejap duduk dan sekejap baring untuk mendapatkan keselesaan. kadang-kadang sehingga tak dapat tidur malam akibat ketidakselesaan dibahagian pinggulku. bahagian belakang juga kadang-kala terasa sengal-sengal. kata emak, biasalah orang mengandung. itulah antara perkara-perkara yang perlu dilalui oleh setiap ibu yang mengandung.

    "eloklah kalau macam tu. dulu masa mak mengandungkan kamu, nek yam juga yang urut mak. masa awal-awal tu adalah rasa tak selesa sikit tapi lepas beberapa jam kena urut, syukur rasa selesa tu akan hilang... lagipun fiya ada merungut kat imah ni nek yam. dia kata asyik rasa tak selesa kat bahagian belakang pinggang sampai ke ari-ari. yang itu kenapa ye nek yam? nek yam tahu tak?" sambil berbual itu mak menggosok-gosok kepalaku yang bertudung ringkas. terasa amat dimanjai oleh emak biarpun aku sudah akan menjadi seorang ibu. oh emak... engkaulah ratu hatiku selamanya...

    "betul cakap mak tu nek yam. fiya rasa tak selesa kat bahagian bawah pinggang fiya. waktu siang tak ada pulak datang menyerang. tapi bila nak baring tidur aje, ngilu seluruh pinggang sampai susah nak gerak. nak bangun pun susah sangat. terpaksa fiya panggil emak untuk tolong bantu fiya bangun dari katil."

     "kenapa pulak macam tu?" terhenti gerakan tangan nek yam. aku tarik nafas yang hangat. entah kenapa aku dapat rasakan ini berpunca daripada perbuatan zalim zainal dulu.

    "tak tahulah saya nek yam. itu yang imah rasa pelik sangat tu. malam-malam imah kena bangun untuk jenguk-jengukkan budak ni kalau-kalau tak boleh nak ke tandas ke apa ke" aku mula cuak. janganlah mereka bertanya yang lebih-lebih. takut nanti tersembur semua cerita dalam kelambu kami. aku juga yang malu. maruah suami masih menjadi keaibanku. sekiranya Zainal diaibkan, aku turut sama terkena tempias. aku masih lagi isterinya yang halal biarpun sudah lebih dua bulan kami berpisah secara tak rasmi.

    "bahaya juga ni imah. menurut dari pengalaman nek yam, fiya ni terkena jangkitan dekat saluran kencing. tapi biasalah, orang mengandung kan ada aje masalahnya. normallah tu. yang penting fiya kena jaga kebersihan bahagian saluran kencing. takut kuman naik sampai keatas kantung peranakan dan menjangkiti rahim kamu. kalau dah tahap tu, nek yam tak tahu dah nak buat apa. kamu jumpa doktor lagi bagus. sama macam si dayang dulu. asyik-asyik mengadu dengan nek yam sakit pundi masa dia nak kencing. ishh.. dia ingat aku ni tok bidan ke hapa. macamlah dia tak tahu tugas nek yam ni cuma bagi nasihat dan mengurut. lain dari tu bukan bidang nek yam. pastu, nek yam suruh dayang pergi hospital minta si kahem tu temankan. si kahem tu pun tak reti jaga bini. dia biar aje si dayang sakit kena demam panas. aku suruh dia temankan dayang ke hospital, baru nak buat. selagi nek yam tak suruh, jangan haraplah kahem ingat sakit sihat bini dia tu. yang dia tahu kerja kerja kerja. sama macam si amat tu ha... yang ada dalam kepala hotak budak tu asyik toreh getah toreh getah toreh getah. mentang-mentanglah harga getah sekarang melambung tinggi. bijak benor budak tu.." tergeleng-geleng aku tengok nek bercerita mengenai kisah anak-anaknya. best juga dengar orang tua-tua bercerita. aku akan lebih menghayati dan tidak perlu menyampuk. secara automatik mulut mereka akan terbuka dan terus bercerita pot pet pot pet pot pet. dah memang namanya nenek membebel. memang sah lah...

    "biasalah nek yam. namanya pun suami. kenalah kerja untuk cari nafkah keluarga. tambah-tambah lagi mereka dah ada tiga orang anak. siapa yang nak bagi makan dekat anak isteri nanti. tapi itu ajelah.. kenalah prihatin dengan kasihatan isteri juga. jangan asyik ingat nak kerja saja. kalau isteri sakit pun tak guna kalau kerja kuat sangat nanti dapur tak berasap lah gamaknya..." betul kata emak. aku sokong seratus peratus. cerita ini tak ada kaitan antara aku mahupun dengan zainal ok. take note about it guys! kisah aku dengan Zainal sudah lama aku kuburkan dalam kamus hidupku. aku mahu lenyapkan semua kenangan pahit manis masam masin ketika bersamanya. pedulilah apa orang nak kata. badan aku. jiwa aku. hati aku. roh dan jasad aku. bukan diorang. bukan korang atau yang sama waktu dengannya. aku nakkan aku hidup bahagia. that's it. susahkah untuk difahamkan. kalau masih tak faham, meh sini aku tanam paku dekat tengkorak sesiapa yang masih tak faham-faham. biar ingat sampai mati. lagi bagus. aku. aku. aku. Zainal. Zainal. Zainal. kenapa susah untuk aku hilangkan mindaku dari terus mengingatinya? kenapa aku masih perlu ingat padanya? mengapa aku tidak.. arghh...

   habis aje sesi mengurut, mak menghulurkan beberapa not sepuluh ringgit pada nek yam. nek yam menyambutnya dengan muka senang hati tapi nek yam cuma ambil beberapa helai dan mengembalikan selebihnya kepada emak. bermulalah sesi tawar menawar. akhirnya mak ambik semula wangnya. kata nek yam, dia sedekahkan kepada aku. mana tahu kalau-kalau kami sosek sangat duit. bolehlah gunakan duit yang digunakan sebagai bayaran urutan pada perutku. sayang nek yam.. sudah kukatakan bukan, orang kampungku sungguh baik.

   #########

    "pergilah kamu masuk tidur nur. dah malam sangat ni. ayah dengan mak pun dah nak masuk tidur ni..." ayah mula membebel. ini semua gara-gara mata aku yang sudah mulai mengantuk. mungkin ayah ternampak aku menguap tadi.

   "kejap lagilah yah. nur masih tak puas tengok tv. kalau ayah dah ngantuk, apa kata ayah masuk tidur dulu. ayah kan penat kerja sampai senja tadi." mataku tidak berkalih dari kaca televisyen. syah rukhan dan kajol mukherjee sedang menari bersama dalam tayangan kuch kuch hota hai. satu keluarga dalam rumah ini meminati cerita hindustan termasuklah ayah.

   "betul cakap ayah kamu nur. pergilah kamu tidur... nak. esok-esok kamu boleh sambung tengok tayangan hindi tu. asyik-asyik pasang cerita yang sama aje tiap tiap malam. mak yang suka tengok hindustan ni pun dah mulai bosan dah.." emak yang sedari tadi menyulam benang mulalah menyebelahkan suaminya. aku jadi sebal. opss.. tak! sedikit geram aje.

   "nantilah mak... nur tak ngantuk lagi. nur nak habiskan cerita ni dulu. mak tu yang sepatutnya tidur awal. tadi siang mak bantu ayah dekat ladang pungut buah cili padi. mesti mak penaaaaat sangat kan mak?" lepas tu aku gelakkan mak dan ayah. aku suka dengan hidup aku sekarang. no more fighting! only love bound us together.

   "kamu kena jaga kesihatan kamu nak. ayah dulu selalu pesan dekat mak kamu masa kamu masih dalam perut mak kamu supaya jangan lewat masuk tidur. kamu sepatutnya tahu jaga diri kamu dan bayi kamu dalam perut kamu tu. jangan ingat nak ikutkan hati aje. sebab ikut kata hatilah, dulu ayah kahwinkan kamu dengan budak tu. kalau ayah tahu perangai dia macam tu, mati-mati ayah tolak pinangan dari dato' mahmud. biarpun kami berkawan dah cukup lama tapi ayah tentu sahaja tak sanggup tengok ayah menderita. tapi.. itulah, ayah rasa bersalah sangat dekat kamu sekarang. maafkan ayah ye nak..." sedih pulak bila ayah merayu begitu. dari ceria terus berubah menjadi hiba. aku kembali ingat peristiwa hitam yang lepas. kalau boleh aku mahu hilangkan ingatan aku. aku tak mahu ingat apa-apa tentang peristiwa pahit itu.

    aku melangkah ketempat sofa yang diduduki ayah dan duduk disebelahnya. aku tarik nafas yang hangat. kemudian tangan tua ayah kucapai sebelum kugenggam dan kukucup sehormatnya aku pada dia yang bergelar ayahku. aku bawa kepalaku mendongak supaya dapat mencari sinar dimata ayah. aku perasan matanya berkaca. kasihan...

    "yah... janganlah cakap macam tu yah.. nur tak apa apa. nur dah boleh terima semua tu dengan hati yang ikhlas. cuma kadang-kadang nur sakit hati apabila nur ingat benda tu semula. seboleh mungkin, nur tak nak ayah ingatkan nur apa saja yang berkaitan dengannya. nur masih belum cukup kuat untuk menampungnya. nur harap ayah dan mak faham. mak... " aku toleh kearah mak. ternyata mak juga memandang kearahku disatu sudut menjahit. emak letakkan kain yang masih belum siap berjahit keatas meja mesin jahit dan mula mengangkat tubuhnya kearah kami. mak duduk rapat disebelah ayah. aku bawa tangan mak sekali dengan tangan aku dan tangan ayah. aku cantumkan tangan kami menjadi satu kombinasi hati. lambang ada sebutir harapan yang bakal aku hajatkan kepada mereka berdua, orang tuaku sendiri.

   "mak.. ayah... apa yang fiya nak beritahu ni mungkin akan memeranjatkan mak dengan ayah tapi kalau boleh ayah dapat tunaikan permintaan fiya yang satu ni aje. satu aje yah..mak... tapi kalau seandainya ayah dan mak tak mampu atau melarang, fiya rela. fiya ikut saja kata ayah dan mak. tapi sekiranya ayah mak fikir apa yang fiya nak bagitahu ni baik untuk hubungan fiya dan abang zainal, tolonglah restui niat fiya ye mak.. ayah..." aku terasa mahu menangis tiba-tiba.

   "cuba bagitahu kami apa yang fiya nak bagitahu sebenarnya. kalau itu yang kami rasa terbaik untuk hubungan kamu dengan zainal, ayah akan pertimbangkan niat kamu..." aku makin eratkan genggaman tangan kami bertiga. kedua dua tanganku berada dalam empat tangan kami.

    "sebenarnya mak.. ayah. fiya rasa berat sangat nak khabarkan niat fiya dekat mak dan ayah tapi fiya rasa ini yang terbaik untuk hubungan kami sekarang. fiya dah tak nampak jalan yang lain. jadi fiya nak bagitahu dekat mak dan ayah yang fiya nak kami bercerai selepas fiya bersalin nanti... boleh kan mak, ayah...?" terlalu cukup perlahan suaraku sehingga seperti sedang berbisik. terlalu berat sangat mengeluarkan luahan perasaan yang tak tertanggung berat bebanannya. lalu aku sembamkan wajahku kedalam tadahan kombinasi tangan kami. aku menangis tersedu-sedu. penat menangis rupanya. lepas ini aku cuba tak akan mengalirkan mata lagi. aku akan cuba jadi insan yang kuat. demi anak aku. demi anak aku!

   "fiya... ayah tak sangka sampai begitu sekali kamu kecewa dengan perkahwinan kamu nak.. itu semua membuatkan ayah makin bertambah rasa bersalah pada kamu. ayah salah dekat kamu nak.. ayah bersalah... tapi kalau itu yang kamu rasa baik untuk hidup kamu, ayah tak menghalang nak. ayah akan sentiasa sokong kamu dari belakang... ayah cuma tak nak hidup kamu jadi menderita... pilihlah hidup kamu agar kamu dapat hidup bahagia... ayah akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kamu dunia mahupun akhirat..." ungkapan kata-kata ayah yang penuh dengan nasihat dan teguran benar-benar menyentuh hatiku yang paling dalam. terasa kepalaku diusap penuh kasih oleh si tangan tua yang sudah banyak berkedut.

   aku panggung muka melihat pula pada jawapan yang terpeta disebalik wajah emakku. emak aku nampak mengalirkan airmatanya. cepat-cepat aku gelengkan sebagai isyarat jangan menangis keranaku kerana ianya sia-sia. yang aku mahukan ialah hanyalah senyuman manis dibibir emak dan ayahku.

   "mak tak nak banyak cakap nak. betul kata ayah kamu tadi, kalau itu yang kamu nak mak tak halang fiya. cuma mak tanya kamu sekali lagi betul ke kamu benar-benar tawar hati dengan suami kamu? mak cuma tak nak kamu menyesal di kemudian hari. lagipun kita belum dengar penjelasan dari suami kamu. mak takut bila kebenaran terbongkar, barulah kamu akan menyesal. waktu itu mak tak boleh buat apa-apa dah untuk menolong kamu. tapi mak akan selalu ada disisi kamu sayang... kamu anak mak. satu-satunya anak perempuan mak dan ayah kamu...mak sangat sayang dekat kamu dan abang-abang kamu fiya..."
 
   "mak......"

aku terus meleraikan tautan tangan kami dan aku paut bahu mak dan ayah. aku bawa mereka kedalam dakapanku. ditengah-tengah itu aku melentokkkan kepalaku pada bahu emak. sekejap kemudian kebahu ayah. aku cium pipi ayah dan mak bersilih ganti.

   "fiya sayangkan mak dan ayah... terima kasih mak.. ayah..." selepas itu, aku menangis sepuas-puasnya. seperti ibarat inilah tangisanku yang terakhir. laksana hari esok hidupku berubah seratus peratus.

   malam yang penuh dengan kedinginan itu, emak dan ayah menemaniku berbual sampai larut malam. entah kemana menghilangnya  teguran ayah jangan berjaga sehingga lewat malam. mungkin ayah faham malam ini adalah malam kesedihan buat kami sekeluarga.dalam masa yang sama, aku juga ketengahkan rancanganku yang seterusnya. aku mahu menyambung pengajianku dalam bidang psikologi disebuah kolej yang terdapat dipekan selepas aku bersalin nanti. semoga rancanganku berjalan lancar. pedulikan tentang zainal. mulai dari detik ini, aku sudah matikan namanya dalam tisu hatiku. lambat laun tubuh ini akan memakan namanya dan lama kelamaan hilanglah bekas gurisan namanya dari permukaan hatiku. aku bukan isteri yang derhaka...

   #######
 
    sudan empat bulan aku berada dikampung. hari ini rini bakal melanjutkan pelajarannya di kolej matrikulasi pahang untuk sesi panggilan kedua. bermakna rini akan berada dua tahun belajar disana. sememangnya aku turut sama mendapat panggilan daripada kolej yang sama untuk mendaftarkan diri namun atas statusku yang sudah berkahwin dan sedang hamil, maka aku secara automatiknya tidak layak menjejakkan kaki dikolej itu. rini beruntung kerana ditawarkan kesana.

   sebelum rini bertolak untuk mendaftarkan dirinya pagi ini, aku sebak apabila melihat kereta ayahnya berhenti dihalaman rumakku. aku tak sangka rini akan menjengukku dirumahku buat terakhir kalinya. aku akan kehilangan tempat bermanja dan mengadu. rini satu-satunya temanku yang paling aku rapat dan paling memahami. aku tahan tangisanku daripada terhambur. saat inilah aku rasa duniaku suram.
 
   rini terus menyerbuku setibanya aku melangkah keluar beranda rumah kami yang diperbuat daripada jenis papan. tak ada sebarang kata-kata. rini peluk tubuhku erat-erat. senak pulak perutku terasa. bayiku menendang-nendang perutku tanda memprotes dirinya yang dihempap.

   "jaga diri baik-baik tau... aku tak nak dengar apa-apa pun berita buruk dari kau. aku nak, bila aku balik aje nanti kesini kalau aku dapat cuti, aku dah boleh pegang bayi kau. kau jangan lupakan aku fiya... aku akan rindukan kau..." selebihnya rini sudah menangis terhenjut-henjut dibahuku. basah baju yang aku pakai. aku sekadar mengalirkan airmata tanpa sebarang bunyi. aku mahu rini pergi dengan ceria tanpa melihat mukaku yang muram. aku mahu bekalkan rini dengan wajahku yang gembira. itu aku janji!

   "aku janji rin. kau tak payah risau okey... aku tahu jaga diri aku dan aku juga nak kau jaga diri kau tu baik-baik. jangan mudah terpedaya dengan jantan-jantan dekat situ nanti. dan aku tak nak dengar kau balik ke kampung ni dengan tangan kosong. kau kena berjaya untuk ibu bapa kau. kalau kau betul-betul sayangkan aku, kau kena buat yang terbaik untuk diri kau. buktikan yang orang kampung juga boleh berjaya. kau... kau.. faham kan.. rin..?" janganlah biarkan aku teresak ya Allah... aku mohon padaMu.

   "aku faham fi. aku faham..."

  rini rungkaikan pelukan kami. aku kesat wajahnya yang banyak sangat menangis sampai merah matanya. mendengar laungan ustaz kasbul dari bawah anjung rumah memahamkan aku bahawa aku bakal kehilangan teman baikku dikampung. aku bakal keseorangan tanpa rini. sebuah daerah kesepian mula terbayang-bayang diruangan mata.

  "abah kau dah panggil kau tu. ingat pesan aku tadi rin. i will be missing you rin... so missing you later on..."

   "aku pun sama fi..." rini masih lagi tersedu-sedu walaupun sudah kurang tangisannya. rini menggenggan tanganku.

   "aku harap kau kuat... aku tak dapat janji aku akan datang waktu kau bersalin nanti, tapi aku akan cuba untuk jenguk kau. sekurang-kurangnya aku dapat kurangkan kesakitan yang kau rasa...fi... aku dah nak pergi fi..."makin serak suara rini.

   "jaga diri kau baik-baik rin... pergilah... abah kau dah lama tunggu kat bawah tu... kalau korang lambat gerak, lambat pula korang sampai sana...dah..dah... jangan nangis dah...kau kena kuat. kalau aku mampu, kau juga mampu...i really meant it..."

   "thanks fi..."

dan buat kali terakhir, kami berpelukan erat. sekali lagi ustaz kasbul melaung nama anaknya. itulah tandanya pengakhiran sebuah perpisahan yang baru sahaja akan terjadi.

   "aku pergi dulu fi... bye.. assalamualaikum... miss my baby..." aku sengih dengan usikan rini.

  "walaikumussalam rin... jangan lupakan aku dekat sini!" aku kuatkan sedikit suaraku sebaik rini sudah melangkah turun menyusuri anak-anak tangga. rini tidak lagi berpaling kearahku. sampailah bunyi enjin kereta mengaum, barulah aku sedar aku kini tidak lagi berteman. semua yang aku sayang jauh tetapi dekat. yang ada cuma ayah dan emak.

    kelibat ayah muncul dari atas anak-anak tangga. tadi ayah turun kebawah untuk berbual sementara aku dan rini melepaskan bebanan perasaan sedih angkara sebuah perpisahan. aku lemparkan senyum kelat. ayah mendekatiku sebelum mengusap lembut bahuku.

   "dahlah tu nur... bukannya rini dah tak nak balik sini pun. esok-esok, kalau dia cuti dia baliklah tu. kamu pun boleh jenguk dia dekat sana kalau ayah ada masa nanti. janganlah kamu sedih..." aku lepaskan nafas yang memberat. sememangnya payah untuk merelakan sebuah perpisahan sekiranya hati kita sering mengharapkan keberadaannya disisi kita.

   "taklah yah... nur taklah sedih sangat cuma nur rasa kehilangan sangat. teman baik fiya dah tinggalkan fiya. mungkin beginilah agaknya perasaan sedih rin dulu waktu mula-mula fiya ke kuala lumpur ikut zainal. ermm.. fiya minta diri dululah yah. fiya nak kemaskan bilik, tadi tak sempat..." aku mula mengorak langkah masuk semula kedalam rumah. selebihnya aku takut aku gagal mengawal kesedihanku lalu teresak-esak dibahu ayahku.seboleh-bolehnya aku mahu elakkan benda itu daripada terjadi.

   ###########

    siapa kata mencintai seseorang tidak menyakitkan. malah sekiranya gagal dalam bercinta, ianya sangat sangat menyakitkan. aku adalah antara yang mengalaminya.

    perit.

  itulah yang aku rasakan sejak peristiwa lampau. kini, sejak kepergian rini, aku sering menghabiskan masaku dengan membaca buku-buku dan majalah yang berkaitan dengan kesihatan ibu-ibu mengandung serta tips-tips menjaga bayi yang kecil. sungguh aku rasa sangat teruja untuk menyambut anak keduaku. meskipun nanti hakikatnya adalah anak keduaku namun ianya yang sulung lahir ke dunia ini dalam keadaan selamat. itu akan aku pastikan.

   seperti biasa, setelah hampir dua bulan rini berada di kolej matrikulasi pahang, aku akan bermalas-malasan didalam bilik sambil berbaring. hari ini along khabarkan akan balik bercuti setelah diberi cuti selama seminggu lebih oleh bos ditempat kerjanya. aku tak faham apa sebenarnya motif along mengambil sebegitu lama sedangkan along tidak mempunyai apa-apa aktiviti dikampung. pelik!

   semalam, along ada menelefon ayah dan mengkhabarkan akan kepulangannya hari ini. dia kata kami kena bersedia kerana dia ada satu kejutan buat kami disini. emak apa lagi terus emak teruja. biasalah kalau along cakap begitu mesti ada saja barang-barang dapur yang akan dibawanya balik kesini. tahun lepas, along ada membelikan emak kuali yang berjenama yang selalu terpapar dilayar teleisyen. entah apa pula kejutan along tahun ini. dan dua hari lagi umat islam akan menyambut hari raya aidilfitri. tak sabar nak makan ketupat rendang nek yam. sedap sangat...

  aku keluar dari bilik apabila rasa bosan. sempat aku mencapai tudung bawal yang ringkas dan sekadar menutup rambutku. aku rehatkan diri disofa yang terletak diruang tamu. aku dah buat pengubahsuaian atas ruang tamu kami. malah ayah juga sudah menambah keluasan bilikku agar lebih selesa dan senang untuk menambah apa-apa yang patut untuk kemudahan bayiku nanti. dan itu, aku amat berterima kasih kepada ayah.

   "apa yang aku perlu buat untuk hilangkan rasa bosan ni, anak umi...? anak umi tahu tak sayang..?"

aku tersenyum sendiri sambil mengusap usap perutku yang sememangnya sudah membukit. aku mula berjawab soal sendiri. kalau tengok movie dah rasa muak. asyik-asyik tengok movie yang sama. tak ada supplier cd yang terbaru. ayah dah jarang sangat pergi ke pekan semenjak motosikalnya rosak kerana ayah lebih suka ke pekan dengan menaiki motorsikalnya berbanding menaiki bas dari kampung. yang itu aku tak suka dengan perangai ayah. tak tahu ke apa menunggang motorsikal boleh mengakibatkan kemalangan yang paling tinggi dan di malaysia kes kemalangan biasanya melibatkan kenderaan bermotor dua roda itu. aku susah hati dengan sikap ayah yang satu tiu cuma mungkin itulah hikmahnya disebalik kerosakan motorsikal ayah. Allah maha mengetahui...

   "umi saaaaaayaaaaang anak umi ni...."

tak sabar rasanya untuk memiliki anak sendiri. aku tidak lama lagi bakal jadi ibu muda. dan tidak lama lagi ikatan antara kami akan terputus selepas aku habis edah. mudah-mudahan zainal tidak berubah hati dengan keputusannya. setelah ayah maklum akan niatku dahulu, ayah terus ke kuala lumpur untuk menyampaikan hajat yang aku harapkan. dan secepat itu zainal bersetuju. langsung tidak ada memujuk rayuku disini. ketara sangat aku dimatanya tidak lagi bernilai dan tidak bererti apa-apa. dan aku tidak lagi merasa kecewa sebaik ayah turut sama membawa khabar buruk semasa balik dari 'berkunjung' ke rumah mertuaku di kuala lumpur dulu. rupa-rupanya, akibat perbuatanku dulu, aku telah dengan tidak sengaja telah menyebabkan anak yang dikandung oleh shasha keguguran akibat sentakan yang kuat pada perutnya. aku merasa bersalah meskipun aku tahu itu adalah anak yang aku tidak tahu haram ataupun sah taraf memandangkan sebelum aku pengsan waktu itu, shasha menjerit mahu menghampiri 'suaminya' iaitu ZAINAL. padan muka kau shasha. rasakanlah ertinya sebuah kehilangan!

    dan paling aku tidak menyangka, rupa-rupanya di sebalik ke'alim'an zainal didepanku, benih yang dikandung oleh shasha sebenarnya milik lelaki itu. shasha membongkarkan rahsia disebalik perhubungan mereka selama ini kepada ayah apabila shasha mendapat tahu keberadaan ayah dikuala lumpur. pandai betul perempuan itu memalukan ayahku. malah dia mengatakan pada ayah, aku yang dimaksudkan sebagai 'anak kampung' oleh shasha tak layak bersama dengan zainal. katanya lagi, zainal hanya miliknya seorang. malah ayah juga ada membawa sekali gambar-gambar asmara diantara zainal dan shasha yang benar-benar mengaibkan. posisi tubuh mereka jelas-jelas sangat menjijikkan. sewaktu ayah ke kuala lumpur juga, zainal telah memberitahu pada ayah akan hasratnya untuk menikah dengan shasha kerana mahu bertanggungjawab dengan shasha atas apa yang telah dilakukannya terhadap anak dara orang itu. eloklah...

    ayah tidak membantah malah menyokong zainal untuk bertaubat daripada dosa-dosa yang dilakukannya, tetapi dengan satu syarat mereka hanya boleh menikah setelah aku diceraikan. maksudnya, dalam beberapa bulan sahaja lagi Zainal dan aku akan bercerai dan seterusnya menggantikanku dengan kekasih hatinya shasha dato' karim. dan ada satu lagi rahsia yang selama ini tidak aku ketahui, rupa-rupanya dato' karim yang berhijrah ke kuala lumpur dahulu adalah dato' karim yakni bapak kepada shasha. dato' karim berhijrah ke kuala lumpur setelah tidak ada sesiapa lagi yang bersaudara dengannya berada dikampung. adik beradik dan pakcik makciknya semuanya sudah berhijrah dan berpindah ke tempat lain.

   pulang dari kuala lumpur itu, ayah sudah memutuskan satu keputusan yang bulat buat kami. tidak akan ada perhubungan mata mahupun suara diantara aku dan zainal sehinggalah aku dibawa ke mahkamah untuk urusan perceraian setelah habis sahaja edahku kelak. ah.. tak sabarnya jadi bebas semula dan menyambung pengajianku. akan ku buru cita-citaku yang tertangguh buat sementara. Allah telah mencaturkannya buatku. semoga ia berhikmah buatku. insya-allah!

   "sayang... kenapa ni...? anak umi tak sayang umi ke...?" rasa sedikit tidak selesa apabila bayiku menendang-nendang kuat dinding rahimku. aku rasa bayiku mahu aku bangunkan aku dari khayalan yang tidak membawa apa-apa makna hatta untuk bayiku.
 
   "okay.. umi dah tak berkhayal dah... thanks sayang..." aku harap bayiku nanti kuat tanpa seorang ayah disisinya. aku dah serik dengan lelaki. sebaik sahaja kami bercerai nanti, aku akan jauhkan diri aku dari mana-mana lelaki. hanya abang-abangku dan ayahku sahaja lelaki yang akan aku dekat.

   "umi tak sabar tengok anak umi ni... baik-baik dalam perut umi ya sayang...." lama aku diamkan tanganku diatas kulit perutku. anak umi akan kuat tanpa ayahnya. anak umi pasti kuat sama macam uminya.

   baru-baru ini aku menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala di klinik kesihatan yang terletak dikampung sebelah memandangkan dikampung ini tidak terdapat kemudahan tersebut. maklumlah, cuma berapa batang kerat aje orang dekat kampung ni. sedikit benar jumlahnya.

   doktor mengesahkan aku akan bersalin lebih kurang seminggu lebih sahaja lagi. tak sedar masa sudah berlalu dengan begitu pantasnya dan menyedarkan aku akan gelaran yang bakal aku sandang tidak lama lagi.

   "assaamualaikum... maaakk!! ayah!! adiiikk!! along dah balik ni!!" satu laungan bertalu-talu yang seperti aku kenali malah sangat aku kenali melaung-laung dari halaman rumah.

   "ya Allah along aku!!!"

   sedar-sedar saja aku sudah berlari tetapi agak terkawal kerana sangat teruja dengan kepulangan abang sulungku. dari balik ruang tamu lagi aku dah menjerit kuat membalas salam along.

   "along!!! ye ye along dah balik! along dah balik!!" rindunya aku dekat along. sudahnya aku hampir melompat-lompat sebaik ternampak wajah along diberanda luar rumah. raut wajahnya yang sering tersenyum kacak itu sungguh menambahkan sayu. sayu yang jenis rindu. bukan disebabkan kesedihan.

   "adikk!!! jangan lari nanti anah buah along sakit!!" aku tidak jadi melompat setelah ditegur awal-awal oleh along. tak nak merajuk, aku melompat juga walaupun agak rendah.

   "ya Allah... adikkk!!! jangaaaan!!!"

teriakan along yang kini sudah berlari mahu mendapatkanku tidak aku hiraukan malah aku rasa teruja sangat. dan tanpa aku sangka, tiba-tiba terasa goncangan pada perutku menyebabkan kesakitan yang datang secara mengejut dan terlalu ampuh. otot perutku terasa mengejang sangat-sangat.

   "ya Allah... adiiikkk!! tengok apa dah jadi!! jangan bergerak!!!" jerit along begitu kuat apabila air ketubanku tiba-tiba sahaja pecah.

   "masyaallah...along!! tolong!! perut adik sakiiiit!!"

hampir-hampir aku pitam kerana tidak dapat menanggung sakit yang sangat menyucuk perutku. baru aku terasa menyesal sangat kerana tidak mengendahkan teguran along. aku rasa semakin takut. aku tak nak terjadi apa-apa pada bayiku. aku tidak akan sesekali memaafkan diriku andainya bayiku keguguran.

   "adik, kita ke hospital sekarang!!" aku hanya mengangguk. tubuhku disauk kedalam cempungan along. habis basah satu kain batik yang kupakai. sewaktu along menuruni anak-anak tangga dalam keadaan kelam kabut, emak dan ayah tiba-tiba muncul dari belakang rumah yang digunakan untuk jalan pintas ke ladang yang tidak jauh dari sini.

    "ya Allah... saffiya!!! alongg, kenapa dengan adik kamu long??" wajah terkejut ayah dan mak membuatkan aku mulai kecut perut. tubuhku menggigil. aku ingat semula ugutan emak dahulu. sekiranya aku keguguran sekali lagi, emak akan menuduhku sengaja mahu menggugurkan kandunganku. kala ini, aku mengharapkan keajaiban berlaku. aku tak tahu kemana along membawaku. mataku terpejam kuat. sambil berlari, along menceritakan kejadian yang sebenar.

   "tadi adik lompat-lompat mak. along dah tegur jangan lompat tapi adik degil tak nak dengar orang cakap. tengok apa dah jadi sekarang. nasib baik along sempat sambut tadi, kalau tak entah dah jatuh agaknya kat atas tangga tu ha!"

   "ya Allah.. kenapa boleh jadi macam ni fiya..? kan mak dah pesan, jangan bergerak kuat sangat. berapa kali mak kena pesan?" aku semakin takut dan lemah semangat apabila dimarahi emak.

   "maafkan fiya mak... fiya tak sengaja...aduh.. mak.. sakit mak... perut fiya sakit mak..." dalam keadaan sekarang, aku hanya ingin anakku diselamatkan.keadaan semakin menyerabutkan. sakit dibahagian perutku terutamanya dibahagian ari-ari sesekali menyerang apabila terasa otot perut mengejang.

   "mak.. sakit mak..."

   "sabar sayang... fiya kena tahan sakit tu. jangan kemut lagi nanti kamu terberanak dekat sini.." pujukan emak tidak mampu meredakan perasaan takutku. perasaan takut, sakit dan ngeri bercampur baur. tangisanku semakin kuat dan menjadi-jadi. selamatkanlah aku Ya Allah.. selamatkanlah bayiku ya Allah...

   sesampainya diklinik, aku terus dikejarkan kedalam bilik bersalin. ayah, mak dan along dibenarkan masuk seketika sampailah kedalam bilik bersalin yang sebenar. oleh kerana prosedur hospital yang memang begitu, mereka semua terpaksa keluar. aku ditinggalkan seorang diri melayari ketakutan. meskipun begitu, dalam pada kesakitan yang amat terasa menyucuk-nyucuk rahimku setiap kali pengecutan rahimku berlaku, ada sedikit rasa teruja yang tiba-tiba menjelma. tadi, aku, mak dan ayah dikejutkan dengan satu kejutan yang tak disangka-sangka. rupa-rupanya along membawa kereta yang baru dibelinya. dan dengan kereta itulah aku selamat sampai diklinik ini. rasa tak sabar untuk menaiki kereta along untuk melawat rini di kolejnya nanti kerana rini tidak dapat menjengukku bersalin. rini sedang menghadapi peperiksaan mengejut esok. mama dan abah dan zainal juga sudah diberitahu akan keadaanku. ayah sudah maklumkan pada zainal agar tidak membawa sekali shasha dato' karim kesini dan hanya dibenarkan mengazankan anaknya. semasa bertelefon tadi, aku juga ada mendengar ayah menengking zainal. entah apa masalahnya. peduli hape aku! aku lagi suka lelaki itu berambus!

    dua orang bidan yang lengkap memakai sepersalinan pakaian berwarna biru muda, masuk kedalam kamar bersalinku dan menghampiriku dengan wajah yang serius. janganlah mereka bawa berita yang bukan-bukan ya Allah...

   salah seorang bidan yang berbangsa cina memegang bahuku. yang seorang lagi menyediakan alat-alat untuk bersalin.

    "puan, oleh kerana puan sekarang berada dalam keadaan yang tidak stabil, maka puan kena bersalin sekarang juga. kami risau, sekiranya tempoh bersalin ditangguhkan, bayi dalam kandungan puan akan lemas dan dijangkiti kuman. oleh itu, kami perlukan tandatangan daripada suami encik sebagai pengesahan."

   "saya tak ada suami tapi ayah ada diluar.." berkerut-kerut dahiku melawan kesakitan. hampir-hampir tidak kufahami butir bicaranya.

   "okey. tak ada masalah puan. saya akan dapatkan tandatangan daripada keluarga puan sekarang" bidan tersebut bergegas keluar dari dalam bilik. seminit kemudian, bidan tersebut masuk semula dengan membawa emak dibelakangnya yang merah mata. aku tahu mak menangis kuat tadi. walhal, semasa berada didalam kereta tadi, emak tidak berhenti-henti memarahiku tetapi dalam masa yang sama menangis diatas kecuaianku. semoga kami berdua selamat...

   "mak... sakit..."

emak terus merapatiku dan mengucup dahiku. emak bisikkan selawat nabi ditelingaku. kepalaku yang masih bertudung diusap-usap dan aku terasa sangat damai. aku sangat-sangat perlukan pujukan dan nasihat berbentuk kata semangat supaya aku tidak tenggelam dalam duniaku sendiri. dunia yang disaluti dengan rasa sangat kesal dan bersalah atas kecuaianku sendiri. maafkan umi sayang... umi tak dapat jaga sayang dengan baik... umi minta maaf..

   rasa malu tidak lagi kurasa setelah kesakitan kembali menyerang. melipat-lipat perutku bagai dicucuk-cucuk dengan jarum. andai kata aku meninggal saat ini, apakah aku diampunkan oleh Allah? apakah aku dianggap derhaka pada Zainal?

   "okey... puan ikut saya. satu.. dua..push...push.." aku berusaha mengikut saranan bidan. bisikan bisikan selawat emak ditelingaku membuatkan aku harus kuat. dahiku berpeluh-peluh. malah seluruh badan berpeluh.

   "lagi...pushh!! push!!"

   "jangan buka mulut waktu meneran puan!!" marah bidan apabila aku tidak sengaja terlepas nafas yang terasa semput sewaktu meneran.

  "puan! puan dengar cakap saya ni. waktu puan rasa perut puan sakit, puan tarik nafas dalam-dalam dan tahan. cuba teran kuat-kuat sampai sepuluh saat. ulang benda yang sama sampai kepala baby nampak. puan faham tak?"

  hanya anggukan yang dapat kubalas. seksanya melahirkan seorang anak. nyawa terasa melayang-layang. tak! aku harus kuat demi anakku!

   apabila rasa sakit datang menyerang dalam sekali dalam setengah minit, aku ikut arahan yang telah diberikan oleh bidan melayu. malangnya sekali lagi aku gagal. sudah hampir setengah jam aku mencuba tapi tak juga berjaya.

   "puan! puan kena tahan nafas dalam -dalam lepas tu teran kuat-kuat. tangan puan pegang kepala lutut dan kepala pandang perut. sekali lagi kita cuba. kalau puan lambat bersalin, risiko jangkitan kuman pada bayi puan akan lebih besar. kalau puan tak nak perkara itu berlaku pada bayi puan, puan kena ikut arahan saya."

   aku terasa mahu menangis. aku dimarahi dalam masa yang sama aku kecewa dengan diriku yang tidak tahu melahirkan anak. tekanan perasaan ini hampir-hampir membuatkanku kehabisan semangat.

   "okey... lakukan sekarang... one... two... threee.. pushh!!! push!!"

aku cuba lakukan yang terbaik kali ini.

   "okey.. good! tahan nafas puan! tahan.. tahan... teran kuat-kuat macam puan nak berak!"

   "lagi... lagi. very good. kepala baby dah nampak. teran lagi!! lagi kuat puan!!"

sesungguhnya aku telah berusaha semahunya. dengar sahaja kepala baby dah nampak, aku tambah lebih bersemangat. aku harus kuat demi bayiku!
 
   "okey.. one more puan! kali ini puan kena push lebih kuat. kepala baby dah nampak. kalau puan teran kuat sikit dari yang tadi, mungkin bahu baby puan akan nampak sekali. puan dah rasa letih ke?"

   aku tak mampu bersuara. teruk sangat keadaanku. rasanya lebih baik aku dibedah daripada terseksa dengan kekucar kaciran perasaan. tapi setelah berfikir semula, inilah satu-satunya peluangku untuk bersalin, aku mulai kembali menjadi berfikiran positif.

  apabila aku mula rasa sakit, aku dah tak pandang belakang. demi keselamatanku. demi bayiku. demi kasih-sayangku pada anakku, aku teran semahunya sehinggalah telingaku disapa oleh tangisan bayiku. ya allah... aku sudah menangis dalam hati. hendak menangis melalui zahir, aku sudah tak larat. ini. serasa seluruh kekuatanku sudah direnggut pergi. hanya airmata yang mengalir keluar tanpa esakan. itu sudah cukup menggambarkan bagaimana isi hatiku yang sangat bersyukur dan sangat gembira dengan kelahiran anak sulungku kedunia. anak umi...anak umi.. jangan nangis sayang...

   itulah yang aku mahu ucapkan tetapi tidak terlahir melalui kata-kata. berkali-kali ucapan alhamdulillah meniti ditelingaku. emak tetap berada disampingku dengan esakan dan tangisan kegembiraannya. puas wajahku dan dahiku dikucup emak. betapa hebatnya perasaan kasih sayang yang wujud diantara kami. aku mahu sekali bisikkan ke telinga emak perkataan ini...

   emak... terima kasih mak... fiya sayang emak.. fiya sangat sayangkan emak...

  "ahamdulillah... alhamdulillah.. alhamdulillah..." akhirnya terluah juga perkatan pujian pujian pada Allah s.w.t yang maha kuasa. aku nampak wajah emak yang basah dengan airmata. aku senyum lemah pada emak. emak mengelap airmatanya yang banjir.

   bidan tersebut mengangkat anakku yang sudah dibalutkan dengan kain lembut berwarna hijau muda. tangisan kegembiraan anakku yang selamat turun kedunia menambahkan kesayuan dalam hati uminya.

   "alolo... busyuk..busyukk.. jangan nangis sayang... nenek tak marah sayang.. nenek tak pukul sayang..." emak memujuk anakku yang beria-ia menangis dan menyambut anakku daripada huluran bidan. hatiku berdebar-debar dan tidak terkata bagaimana hatiku begitu tidak sabar ingin melihat wajah anakku yang sangat kusayangi.

    "fiya.. kamu dapat anak laki-laki nak..."

    zapp!!

   subhanallah.

terasa masa berhenti berdetik. sesaat. dua saat. ya Allah... berikanlah aku kekuatan untuk bersuara ya Allah...

   "bibir cucu mak sama macam ibunya..." telingaku sempat menangkap butir usikan emak pada anakku. keinginan untuk melihat wajah anakku semakin kuat dan terlalu kuat hingga aku berjaya mengumpul kekuatan untuk membina ayat satu-satu.

    "mak... fi..fiya nak.. te..tengok...aa..anak..fiya...mak.."

 emak berhenti bermain dengan cucuku. emak merendahkan sedikit badannya dan meleraikan  pelukan pada anakku perlahan-lahan dari tubuhnya. sambil tersenyum emak menyuakan anakku dengan berhati-hati diatas dadaku. lantas, mataku yang sedari tadi tidak sedikitpun berkelip menjamah seraut wajah suci anakku.

    aku menangis. kini disertai dengan esakan.

   "syukur alhamdulillah nak... cucu mak comel sangat... sebijik macam muka bapa dia... mulut, bibir, hidung, mata, kening, rambut, tulang pipi semua dia ambik dari zainal. nenek sayang... sangat dekat cucu nenek... tak sabar nak bagi tengok cucu nenek dekat atuk dan paklong cucu.... " sedikit pun aku tidak tersentuh dengan kegembiraan emak yang melampau-lampau.

   kenapa??????

   mengapa??????

   kerana wajah itu terpalit diwajah anakku!

   kerana wajah suci anakku dicemari oleh wajahnya!

   dan sampai bila-bila hidupku akan dibayangi oleh wajahnya...

   mungkin inilah sumpahan buatku!

ya Allah.... ya Allah.... ya Allah.... kuatkan aku ya Allah.. kuatkan aku ya Allah... kuatkan hamba...

   tetapi, sesungguhnya ya Allah... walau bagaimapapun wajah anakku, aku tetap menyayangi anakku. akanku besarkan anakku dengan kudrat tanganku. anak umi... tabahlah dengan umi selalu. bersedialah untuk kehilangan ayah wahai anakku.... maafkan umi sekiranya umi yang terlalu lemah... maafkanlah umi anakku...


bersambung....

   
   teaser bab 17....

   hari ini merupakan hari perceraian kami seperti yang sudah dijanji. Zainal datang kekandang mahkamah dengan ditemani keluarga kekasihnya dan juga keluarga mentuaku. aku ditemani oleh keluargaku dan juga rini dan tidak lupa sikecil yang berada dalam pangkuanku.

   aku bersalam dan bermaaf-maafan dengan ahli keluarga zainal. mengharapkan tiada permusuhan diantara dua buah keluarga termasuk keluarga 'baru' zainal. dato' karim dan isterinya turut sama datang. itu sudah tentu untuk meraikan kejayaan mereka membolot zainal daripadaku.

  ambiklah... aku dah taknak jantan kotor itu!

   lagi banyak jantan diluar sana yang menungguku. setakat zainal, dipasar pun aku boleh cari. hahaha...

    "saya syeikh muhammad zainal rasheed bin syeikh mahmud dengan bersaksikan orang tua saya, dengan ini menjatuhkan talak kepada isteri saya nur saffiya alya binti kahar imran dengan talak satu. maka bebaslah dia daripada hubungan kami.

     sudahnya, sekali lafaz sahaja aku sudah menjadi janda muda.

    maka, secara tidak langsung anakku secara tidak rasmi menjadi anak yatim kerana ku tahu zainal tidak akan pernah lagi bertandang menjenguk anaknya yang jatuh dalam penjagaanku.

    pahit!

   ya memang pahit... namun itulah air liur yang harus kutelan jua. biar pahit ditenggorok, jangan pahit diperut. siapa tak sedih dengan perceraian kami yang baru sahaja habis berlangsung dengan jayanya. dan zainal berlalu begitu sahaja dengan kekasih hatinya tanpa sedikitpun menoleh lagi kearah kami.

   pergilah zainal... pergilah jauh dari hidupku.......

aku tak memerlukan dirimu dalam hidupku lagi......

   aku peluk anakku yang sudah tiga bulan lebih usianya. sudah lama aku habis edah tapi entah apa masalah diantara ayah dan zainal, maka terpaksa proses perceraian ditangguhkan sehinggalah tibanya detik keramat baru sahaja tadi yang menyaksikan diriku dijatuhkan talak satu.

 
 

7 comments:

zatul zukefli said...

shasha bg zainal ubat gna2 ke?
kesian dekat fiya kan...
Usia muda dah jdi jnda..
mcm2 persoalan nih..

Anonymous said...

zainal curang!!!! jahatnya awak zainal!!!

Anonymous said...

arghh!!!! tensyen!!!!!!!!!!

Anonymous said...

ya allah!!! jahatlah zainal tu... kalau aku fiya, dah lama aku patah-patahkan tulang rusuk zainal!!! bengang!!!

Anonymous said...

Rasanya Sasha dah guna-gunakan Zainal tu. N suntikan yg disahkan doktor semasa zainal masuk hospital tu Sasha la yg buat. Kan Sasha pernah ugut pasangan tu dia sanggup buat apa saja utk dptkan n miliki Zainal. Huh..dasar pompuan xsedar diri.

Unknown said...

I dh baca tp x phm...means depa ceraikan akhirnya?

Unknown said...

Anyway terbaek this story... Happy sakit hati sume ade