Saturday, May 5, 2012

cerpen sejuta rasa rindu 2

bab 2..

  
    Linda semakin bengang dengan sikap lelaki itu. ikhwan yusuf sudah tidak lagi seperti dulu. sudah tidak lagi mencintai dirinya saat perempuan sundal itu dikahwinkan dengan ikhwan yusuf. linda meraup wajahnya berkali-kali. sudah berjuta kali dia menelefon telefon bimbit ikhwan namun lelaki itu tidak langsung pernah membalas. linda semakin tertekan.

   "tidak!! aku akan memilikimu ikhwan!! aku takkan biarkan kau bahagia dengan perempuan lain lagi!! aku dah cukup menderita dengan apa yang kau buat padaku dulu. kau curang padaku!! kau cakap kau tak pernah terliur dengan betina sundal itu tapi belum pun sampai sebulan betina tu dah hamil!! argghh!!! i hate you ikhwan !!! i hate you!!! go to hell lah dengan perempuan tu!!arrrrrrrrgghh!!" jerit linda sepuas hatinya. bergema satu banglo milik papanya, dato' tahir.

 krekk..

pintu biliknya terbuka..

   "linda! kenapa teriak-teriak ni sayang..? ada apa lagi ni..?"

satu suara milik mama linda, datin ryssa kelihatan sedang berjalan laju menuju ke arah anaknya. terus ditenangkan anak kesayangannya itu yang sudahpun menangis teresak-esak. sumpah, dia jadi sakit hati dengan lelaki yang telah merosakkan kebahagiaan anaknya. sesungguhnya sampai detik ini lelaki itu masih belum boleh dimaafkan. keluarga lelaki itu juga yang berhak merosakkan kebahagiaan anaknya dengan lelaki itu juga menjadi musuhnya dalam diam. mereka ingat dia selama ini berdiam diri sahaja. dia tidak akan membiarkan anaknya menderita lagi. cukuplah selama lima tahun ini anaknya menderita sakit menanggung rindu pada lelaki itu. malah anak kesayangannya langsung tidak dibenarkan berjumpa  dengan ikhwan sedangkan beberapa bulan sahaja lagi lelaki itu sepatutnya sudah bertunang dengan anak gadisnya. tapi gara-gara campur tangan mak bapak lelaki itu, semuanya berantakan. linda bertukar karakter menjadi pemurung dan suka memekik-mekik.

   "syy... sabar sayang... mama janji akan lakukan sesuatu untuk kebahagiaan sayang. mama janji sayang. mama akan pastikan lelaki itu berkahwin dengan sayang juga.. mama janji sayang...mama janji..." makin kuat pelukannya pada tubuh anaknya itu.

  "mama janji?" esakan linda sudah berkurang. mungkin kerana terpujuk dengan pujukan lembut mamanya.

   "ye sayang.. mama janji..mama tak akan biarkan sayang menderita lagi macam ni. mama nak sayang hidup bahagia.."

    "thanks ma..." linda sudah tidak teresak. asal saja sesuatu yang menjanjikan yang dia dan ikhwan akan bersatu, maka dunia terasa dia yang punya. lelaki itu benar-benar dicintainya. lelaki itu benar-benar dipujanya biarpun dia tahu ikhwan hanya bersimpati dengannya dan tidak pernah sekalipun melafazkan kata cinta padanya tapi dia tetap mahu hidup bersama dengan lelaki itu. punya anak yangg comel-comel dan sebuah keluarga yang harmoni. betapa hampir dia gila tatkala ikhwan mengkhabarkan yang dia akan berkahwin dengan seorang perempuan kampungan anak yatim piatu pilihan mak bapak ikhwan yusuf sendiri. dia tahu dia tidak disukai oleh mak bapak ikhwan. entah apa yang tidak disukai mereka padanya. dia anak orang billionaire. dia seorang model muslimah yang punya rupa. dia seorang yang mudah mesra pada orang lain. dia adalah ikon remaja-remaja sekarang. dia adalah seorang pemegang ijazah sarjana kelas satu bahagian perniagaan. tapi dia jugalah insan yang tidak dicintai oleh ikhwan malah tambah menyedihkan, dia juga insan yang dibuang seperti sampah oleh lelaki itu setelah lelaki itu sekian berjanji untuk menikahinya dan menjadikannya seorang ratu permaisuri lelaki itu kelak. tapi apa yang dia dapat.

   "lynn rindu ikhwan ma... lynn rindu dia sangat-sangat...tolonglah ma...tolong lynn..." rayu linda bertalu-talu. sesak nafasnya dengan perkhabaran bahawa lelaki itu tidak berada di Malaysia sekarang. paling meyakitkan hatinya apabila setiap kali dia keluar berjumpa dengan lelaki itu, ikhwan nampaknya suba menyingkatkan perjumpaan mereka dan langsung tidak mahu menyentuh topik perkahwinan mereka yang begitu bertahun lamanya tertangguh. lelaki itu sudah berubah seratus peratus. malah sudah pandai marah-marah padanya apabila dia merayu supaya dinikahi.

  "jangan risau sayang.. mama kan dah janji tadi..."

  "okey.. kali ini lynn pegang janji mama tapi mama jangan menyesal kalau mama mungkir janji...lynn akan lakukan sesuatu yang mama tak jangka selama ini..." ugut linda tanpa ada rasa salah. jantung datin ryssa terasa mahu meletup.

   "kenapa sayang cakap macam tu?"

tanya datin ryssa namun pertanyaannya dijawab bisu oleh linda.

  "baiklah.. mama akan mulai bertindak dari sekarang... cepat, pergi tukar pakaian. kita akan ke rumah lelaki tu. mama akan pujuk mak bapak ikhwan supaya dapat menerima kamu jadi menantu mereka. anak mama kan cantik orangnya. sopan santun pulak tu..dah.. jangan nangis lagi... " pujukan datin ryssa berjaya sekali lagi. linda segera mengambil pakaian yang kelihatan muslimah dari dalam almarinya dan dibawa kedalam bilik mandi. dia mahu segera sampai di rumah lelaki itu. dia mahu segera dapat menikah lelaki kecintaannya itu.

  ##################

   "abang minta ampun Farah... maafkanlah abang..." ikhwan yusuf sedang duduk melutut dihadapan Farah hannys yang berdiri tegang. tiba-tiba keadaan yang tadi banyak tawar menawar kini bertukar menjadi sunyi.

   "sorry. aku tak kenal kau. so, go away and stay away from me! pergi" tegas farah yang bengang dengan kemunculan bekas suaminya secara tiba-tiba ditempat kerjanya sebagai cashier disebuah gedung pakaian. mahu dia tak terkejut. sememangnya farah benar-benar terkejut. dan sampai sekarang dia masih ingat bagaimana setiap malam ketika mereka masih bergelar sepasang suami isteri yang paling 'bahagia' itu, dia dipaksa melayani nafsu lelaki itu. selepas selesai dia melayani nafsu jantan lelaki itu, dia akan diherdik. dicerca. dikutuk sebagai pelacur. tapi malam selepas itu, lelaki itu datang semula menuntut layanannya. tanpa sedar, setitis airmata bertakung dipelupuk mata farah. dia benar-benar terseksa dengan keadaan dahulu.

   "jangan macam ni sayang...maafkanlah abang... abang..." ikhwan yusuf tidak dapat menyambung kata-katanya apabila dipangkas terlebih dahulu oleh farah.

   "just go!!" tempik farah yang semakin terbakar. untuk apa lagi lelaki itu mencarinya sampai kesini? untuk menyakitkan hatinya lagi? tidak!! kali ini farah akan jadi seorang pendendam! farah takkan sesekali lagi membiarkan maruahnya dipijak-pijak oleh bekas suaminya begitu mudah. lelaki itu tidak tahu hidupnya hampir-hampir musnah sebaik diceraikan oleh lelaki itu. kerana fitnah lelaki itu, rakan -rakannya meminggirkannya. kerana fitnah lelaki itu dia telah berhijrah ke sini. dia amat bencikan lelaki itu. dia terlalu benci.

   "tak sayang.... abang tak akan pergi.... abang nak rujuk dengan sayang...kita kahwin sayang..." pujuk ikhwan yusuf lagi tanpa mengenal erti sebuah kemaluan. kali ini dia sudah letakkan semua rasa ego dan malu itu ditempat pembuangan sampah. dia mahu memiliki semula hati wanita itu yang terlalu dicintainya tanpa dia sedar sejurus selepas dia menceraikan wanita itu. manakala farah pulak hampir-hampir pengsan. dia tidak percaya lelaki itu sudah menjadi tidak siuman. agaknya, isteri lelaki itu tidak tahu suaminya sudah gila. kesian dekat kau linda. suami kau sudah gila sekarang.

   "tolonglah ikhwan!!! kalau kau bencikan aku sekalipun, janganlah buat aku begini. aku dah lama tersiksa. aku dah tak nak ada kaitan dengan sesiapapun di malaysia tu. pada mereka, aku dah mati termasuklah kau. aku dah anggap kau pun dah mati sama!!" tegas farah lagi. hatinya retak sejuta setiap kali dia teringat semula peristiwa silam.

   "no!!  abang tak pernah bencikan Farah, sayang... abang menyesal sangat buat macam tu dekat sayang... abang minta maaf... maafkanlah abang... abang janji akan bahagiakan sayang..i miss you farah... i miss you so much..." entah bagaimana lelaki segagah dan seperkasa ikhwan yusuf mampu juga mengalirkan airmata penyesalan. dihadapan puluhan pekerja cum pengunjung digedung kain itu dia menangis teresak-esak. pertama kali dalam sejarah hidupnya dia merendahkan egonya sebegitu sekali. dulu, dia juga menangis setelah pemergian farah disedari kerana dua hari dia menginap di hotel setelah lafaz talak dijatuhkan pada farah. dan setibanya dirumahnya, kelibat farah sudah tiada. semua pakaian farah juga sudah lenyap. semua yang berkaitan farah juga lesap kecuali satu. cincin perkahwinan mereka yang dihadiahkan oleh abahnya, Tan Sri Shawn Abdullah yang juga seorang muallaf, telah sengaja dikembalikan kepada abahnya. malah ada surat meminta maaf yang ditinggalkan oleh bekas isterinya disitu. teringat kembali kenangan itu menyebabkan ikhwan terus-terusan mahu menangisi kesilapannya. dia benar-benar mahu hidup dengan farah. wanita pertama yang dicintainya. wanita pertama yang mengetuk pintu hatinya. wanita pertama yang mengocak naluri kelelakiannya sehingga setiap malam dia menggomol tubuh mulus farah. tetapi untuk menutup malu, dia sengaja mengutuk wanita itu. betapa berdosanya perbuatannya sebelum ini. ya Allah.. apa yang telah aku lakukan pada wanita sebaik isteriku ya Allah...?

  "sudahlah ikhwan!! jangan pulak kau nak merepek dekat sini. cukup-cukuplah apa yang kau dah buat dekat aku dulu. baik kau pergi sekarang sebelum aku panggil sekuriti!! keluar!!" tengking farah sampai habis putus nafasnya. ini pertama kali dia meninggikan suara pada bekas suaminya itu. sewaktu mereka masih suami isteri dahulu, walau sesakit manapun tuduhan yang dilemparkan padanya namun dia masih mampu bersabar kerana dia redah dan tahu siapalah dirinya yang sebatang kara.

   ikhwan tidak langsung menghiraukan ugutan farah, malah makin dia cuba memujuk rayu supaya menerima dirinya semula menjadi suami pada wanita itu. farah semakin bengang.

  "sekuriti!! tolong tangkap lelaki ni dan bawa dia keluar!! cepat!!" arah farah yang sememangnya dikenali dengan seorang wanita yang bersopan santun dan berbudi pekerti. terkejut jugaklah mereka dengan apa yang sedang ditonton sekarang. patutlah farah tidak pernah memperkenalkan suaminya rupa-rupanya sudah bercerai dan nampaknya farah sangat membenci bekas suaminya. mungkin suaminya yang bersalah dalam hal ini. begitulah kira-kira bicara hati para pekerja disana yang suka dan senang dengan peribadi farah.

  "baik puan!! heiii kau!! mari ikut kami keluar!!" pak sekuriti yang paling besar badannya itu menarik tubuh ikhwan yusuf dengan dibantu oleh temannya. apalah sangat kekuatan mereka sekiranya dibandingkan dengan keupayaan ikhwan. dia yang berbadan sasa dan berketinggian mat salleh, 186cm itu rasanya bukan tandingan lelaki-lelaki tempatan. lebih-lebih lagi dia memakai tali pinggang master taekwando. nahaslah siapa saja kalau dia bertarung disitu.

   "tunggu!!" ikhwan keraskan badannya apabila ditarik. dia belum selesai berbicara dengan farah. dia tidak mahu lagi menunggu. sudah terlalu lama mereka berpisah. kalaulah mereka masih bersama sekarang agaknya sudah berapa ramai orang anak yang mereka dapat. ikhwan yusuf adalah seorang lelaki yang tidak boleh dibaca akal pikirannya. tindakannya tidak dapat dijangka. tapi cuma yang pasti, ikhwan yusuf benar-benar telah ketagih dengan batang tubuh dan cinta belaian dari perempuan bergelar farah hannys binti hamdan. wanita yang telah dia terjatuh cinta pandang pertama tatkala anak mata mereka bertembung sebaik mencium dahi isterinya dimalam pernikahan mereka. dan bermula dari itu, dia menjadi seorang lelaki yang sebenar-benarnya. maka, keterunaannya yang selama ini diagung-agungkan akhirnya terlerai ditangan isterinya yang langsung tidak pernah dilihatnya sebelum itu. sekarang ikhwan masih juga begitu. malam-malamnya dihisai dengan senyuman manis isterinya setiap kali sebelum dia terlelap. begitulah kisah hidupnya sepanjang lima tahun berpisah dengan farah. dia tidak sanggup lagi berjauhan dengan wanita itu. dia akan lakukan sesuatu yang telah dirancangnya sejak semalam lagi. oleh kerana plan A gagal. maka dia akan gunakan plan B. harap-haraplah menjadi rancangannya. dan kali ini, dia benar-benar nekad mahu mengahwini wanita itu. tengoklah nanti bagaimana dia menjayakan rancangannya. ikhwan merenung sepuas mungkin wajah bujur milik isterinya. masih jelita dan begitu ayu sekali dipandangan matanya. bukannya sedikit wanita yang menggodanya, namun dia tidak terasa apa-apa. hatinya benar-benar sudah termiliki oleh wanita yang bergelar farah hannys. sayang... abang tak akan melepaskan sayang lagi..

  "farah..." panggil ikhwan dengan begitu lembut sekali. anak tekak pun boleh cair. farah menjeling bekas suaminya. dia benci pada hatinya yang masih menyanyikan lagu cinta buat lelaki itu. sesungguhnya, hanya dia yang tahu yang dia sebenarnya mencintai lelaki itu sejak mereka berkahwin. sebab itulah dia merelakan dirinya dipengapa-ngapakan oleh lelaki itu termasuklah dihina dan dikutuk. betapa bodohnya dia jatuh cinta pada orang yang salah. tetapi farah juga tida pernah mengetahui yang sebenarnya ikhwan turut sama mencintai dirinya.

   "apalagi yang kau nak ikhwan?" sudah tidak setegang tadi suara farah. dia tidak mahu terlalu mengikut kata hati. ikhwan tunduk seketika. dia tersenyum pada kedua pengawal yang memegang erat kedua lengannya sebelah menyebelah. rasanya dua orang pengawal ini boleh menjayakan rancangannya kelak. ikhwan tergelak dalam hati. kali ini dia pasti rancangannya pasti akan berjaya.

   "abang janji kita akan bersama semula sekejap sahaja lagi.. just wait and see.. and.. oh ya... bersiap-sedialah untuk setiap malam-malam kita coz i will never let you go away from me again.. i promised that...okaylah dear. abang keluar dululah. abang-abang guard ni pun dah cemburu tengok abang kacau sayang kan...? kita jumpa lagi sayang... tapi untuk menikah semula... assalamualaikum..." ikhwan kenyit mata kirinya sebelum menarik kedua sekuriti keluar dari gedung tersebut. farah mendengus geram. bibirnya tercebik-cebik mengajuk percakapan bekas suaminya tadi. macamlah aku nak percaya!! aku tak sebodoh itulah ngok!!

  kemudian, hilang sahaja kelibat ikhwan dari gedung tersebut, farah terus dikerumuni oleh teman-temannya.

  "ya ampun farah... ganteng bangat sih laki kamu... bisa ajak kamu nggak mau kenalkan suami kamu dulu.. takut kami rampas ya...?" santi, seorang pekerja yang juga rapat dengan farah mulai mengusik. farah hanya menjegilkan mata. tak kuasa hendak melayan.

   "bukan sih. itu bukan suami farah tapi bekasssss suami.. ngerti nggak santi?" farah sememangnya sudah fasih berbahasa indonesia.lima tahun lebih berada disana cukup untuknya mendalami bahasa yang unik itu. suka dengan budaya indonesia yang kadang-kadang ada yang gedik tapi manja-manja gitu.

  "bekas suami? iya farah? benar ni?" santi masih tidak percaya.

  farah cuma mengangguk. yang lain turut sama terangguk-angguk. faham sudah agaknya sekarang.

   "rupanya macam nazmi dengan nazim...kata orang apa itu ya, bapa borek, anak rintik.. hehehe..."

makin besar mata cantik farah terjegil. santi berlari apabila dikejar farah. keadaan menjadi riuh semula. begitulah hidup farah disana, hari-hari ada sahaja yang mahu mengusiknya. maklumlah perempuan jelita sepertinya tidak pernah lari dari perhatian mana-mana pria. tapi farah tidak pernah terniat mahu berhubungan dengan lelaki lagi. cukuplah sekali!

   ################

  petang itu farah sampai dirumahnya setelah jam menunjukkan pukul 6 petang. keadaan diluar masih agak terang walaupun tidaklah secerah mana. tiba dirumah sewanya, fara berasa agak pelik kerana anak-anaknya tidak berbunyi. mana anak-anak aku ni?

   farah masuk pula ke dapur. anaknya tetap tiada disitu. farah menjadi panik.

  "ya Allah selamatkanlah anak-anak aku..."

farah berlari masuk ke dalam biliknya. tiada!

  "allahuakbar!!"

farah jatuh terjelepok diatas lantai. farah menangis dan terus menangis.

   "anak ibu...mana kamu pergi sayang...?"

farah tidak boleh beranggapan buruk-buruk. mungkin anak-anaknya masih belum pulang dari taman permainan yang berada hanya dihujung rumah sewa tersebut. farah berharap sangat anaknya berada disitu biarpun tidak pernah lagi anaknya bermain disitu sekiranya tanpa dia ada menemani. mungkin nazim dan nazmi tak sabar agaknya..

  farah cuba menyedapkan hatinya. sedang faraj menutup pintu rumahnya, tante mariam yang juga pemilik rumah sewa itu datang terkocoh-kocoh.

  "farah!! farah!!' teriaknya dari luar pagar. farah yang terkejut terus berlari mendapatkan tante mariam.

  "ada apa tante? kenapa tante?" soal farah cemas.

   "ini ada surat titipan buat kamu. ada seorang lelaki ganteng suruh bagi kamu... kamu baik-baik aja kan.. farah?" tante mariam tersengih-sengih. masih terbayang akan kekacakan lelaki itu. sudahlah memakai kereta berjenama tinggi. kelas betul taraf lelaki itu. mungkin kenalah rapat farah agaknya sebab mirip lelaki itu sama dengan mirip anak-anak farah. apa??

   barulah tante mariam terfikir sekarang yang ada kebarangkalian lelaki itulah suami farah.

   "nah...tentu itu suami kamu kan..?" soal tante mariam lagi apabila melihat farah nampak begitu terkejut. farah tidak menjawab, dia mengambil surat itu setelah pintu pagar ditutup. berkerut dahi farah tatkala terpandangkan nama pengirim dibelakang surat itu. sahlah!

"ikhwan yusuf.... ya Allah!" debaran memalu kuat dada farah.

   pasti lelaki itu yang menjadi dalang dalam penculikan anak-anaknya. tapi farah tidak perasan, anaknya itu adalah anak lelaki itu juga. darah daging lelaki itu juga.

  kerisauan merantai hati farah saat ini. farah dengan rakusnya mengoyakkan sampul surat berwarna putih itu. matanya tertancap pada baris-baris kata lelaki itu yang berbentuk ugutan.

  "kenapa farah?" soal tante mariam yang agak hairan melihat farah tiba-tiba menitiskan airmata. gembira atau sedih? tante mariam tidak dapat meneka. farah cepat-cepat menghabiskan bacaannya dan melipat surat itu semula.

  "tante!!" farah tidak dapat menahan kesedihannya. tubuh gempal tante mariam dipeluk seeratnya. dia mahu beritahu pada wanita itu namun ugutan yang diterima agar tidak memberitahu sesiapa sekiranya hendak nazim dan nazmi selamat menyebabkan farah tidak jadi mahu memberitahu. dia tidak mahu mengambil sebarang risiko untuk anak-anaknya. dia terlalu sayangkan kedua anak kembarnya.

  tante mariam membiarkan sahaja tubuhnya dipeluk. selepas itu, dia pula yang terpinga-pinga setelah farah meleraikan pelukan dan berlari menuju ke tempat perhentian bas utama yang akan menghala ke bandar. farah akan bertemu dengan lelaki itu disebuah hotel yang bertaraf eksklusif. kali ini kebencian farah pada ikhwan meletus-letus. dadanya bergetar seakan mahu pecah. tergamak lelaki itu sanggup mahu membunuh anaknya sendiri semata-mata kerana dia tidak mahu bersama semula dengan lelaki itu.

  "gila!!! gila!!"

lama farah menunggu bas disitu. setelah bas sampai, farah terus masuk dan bas pun berlalu menuju kebandar. sampai dibandar yakni bandung, farah terus mempercepatkan langkahnya menuju ke hotel Legenda Bilam yang baru sahaja memulakan empayarnya.

  farah mengetuk pintu bilik bernombor 310. dia mahu melihat anaknya yang dikurung disitu bersama lelaki jahanam itu.

  "masuk sayang..." sahut suara dari dalam yang yakin dimiliki oleh bekas suaminya yang sudah gila talak.

  perlahan-lahan farah menoleh daun pintu. farah mengangis melihat anak-anaknya yang terlena diatas katil mewah yang dirasakan sangat empuk itu. farah terus masuk dan berlari untuk mendapatkan kedua-dua anaknya. namun malang tidak berbau, tubuhnya dipaut dari arah belakang dan mulutnya ditekap dengan kain yang berbau semacam. lama-kelamaan farah tidak sedarkan diri. ikhwan yusuf tidak percaya dengan apa yang telah dia lakukan sebentar tadi. dia memeluk erat tubuh wanita kesayangannya dan hampir-hampir mahu dukucupnya wajah yang sungguh mulus itu namun disabarkan hatinya. inilah rancangan paling gila pernah dibuatnya. sungguh gila.

  "maafkan abang sayang.. abang terpaksa buat macam ni untuk mendapatkan sayang..."

ikhwan menarik tubuh isterinya yang pengsan keluar dari bilik tersebut dan dibawanya masuk tubuh bekas isterinya itu kedalam bilik sebelah. dia telah menempah dua bilik hotel itu untuk rancangannya. tidak disangka, semudah itu dia melakukan jenayah. menculik anak sendiri dan menculik bekas isteri demi untuk kesenangannya. dia memang pentingkan diri sendiri. tapi sudah terlambat untuk menyesali diri. rancangan yang sudah dipelan betul-betul harus sampai ke penamatnya. dia mahu hidup bahagia semula dengan farah dan anak-anak mereka. kalau ada rezeki, dia mahu menambahkan lagi bilangan rakyatnya menjadi sepuluh orang. oleh kerana harta orang tuanya terlalu banyak, maka rasanya haruslah banyak orang juga yang harus menggunakannya dan anak-anaknyalah yang akan mewarisinya kelak akan semua harta dan kekayaan mereka sekeluarga sekarang. maka itu ikhwan akan bekerja keras menggoda isterinya. no matter what, akhir tahun ini isterinya harus mengandung. hehehe....

  ikhwan meletakkan tubuh farah perlahan-lahan diatas katil. liurnya ditelan berkali-kali setiap kali berdekatan dengan farah begini. beginilah juga perasaan yang dirasakannya dahulu sukar untuk menangkis perasaan keinginan yang begitu membuak-buak untuk menerokai tubuh wanita itu. ah! gatallah kau ni ikhwan!!

  untuk menjayakan lagi rancangannya, ikhwan menutup matanya semasa menanggalkan pakaian farah. yang tinggal sekarang hanyalah bra dan seluar dalam wanita itu. menggigil tangan ikhwan saat terpegang yang sepatutnya tidak patut terpegang apatah lagi dipegang dengan sengaja. ikhwan menyabarkan hatinya. sekejap sahaja lagi dia pasti akan jadi suami pada wanita itu sekali lagi dan kali ini untuk selamanya. amin...

  selesai membogelkan tubuh isterinya, ikhwan pula membogelkan dirinya. cuma yang tinggal sekarang adalah seluar boxernya. dia membaringkan tubuhnya disebelah tubuh bekas isterinya tetapi berkongsi satu selimut yang sama dan ruang yang sama. sebagai seorang lelaaki yang normal, sudah tentu syaitan begitu kuat menggodanya namun iman senipis bawang milik ikhwan mampu melawan bisikan maha jahat itu. dia tidak sesekali akan berzina dimuka bumi ini apatah lagi merogol orang. isterinya dulu pun dia tidak pernah merogol tetapi dibelainya dengan penuh kelembutan walaupun pada akhirnya dia akan mengutuk farah seusai nafsu jantannya terlampias. memang satu pekerjaan yang sangat-sangat gila!

   akhirnya mereka berdua terlelap. tanpa sedar tangan farah melingkar pada pinggang bekas suaminya.

 ################

  ketukan pada daun pintu mengejutkan farah. ah.. bestnya dapat peluk bantal peluk ni. dahlah wangi..  tapi kenapa agak keras dan berketul-ketul? tak mungkin bantal peluk bertukar menjadi ikhwan pulak sebab sewaktu mereka masih bersama dulu, kadang-kala ikhwan menyuruhnya untuk menghangatkan tubuh lelaki itu dengan memeluknya semasa bulan madu mereka. dan sampai sekarang dia masih boleh membezakan bantal peluk dan tubuh seorang lelaki. tapi... wangian yang dipakai... sama sebijik seperti bau badan ikhwan... tak mungkinlah...

  farah yang keliru membuka matanya perlahan-lahan. sebaik matanya terbuka, terbuntang matanya tatkala melihat ikhwan yang sedang bogel dipeluknya erat. malah kepalanya melekat pada dada lelaki itu dan lengan lelaki itu juga menjadi bantalnya. farah bertambah terkejut melihat pakaiannya juga sudah hilang dan tercabut dari tubuh-badannya. baru dia hendak menjerit, ikhwan terbangun dan terus tersenyum padanya.

  "thanks sayang... i like it.." bohong ikhwan sengaja menakut-nakutkan farah. dia mahu farah percaya mereka telah melakukan hubungan tidak sah itu sedangkan hakikatnya mereka tidak pernah lagi bersama setelah bercerai lebih lima tahun lepas.

  farah menjerit dan terus menangis. pelukan pada tubuh ikhwan dileraikan dan dia mahu bangun tetapi beberapa pemuda yang berkopiah meluru masuk secara mengejut. secara tidak sengaja, farah telah terpeluk tubuh bekas suaminya. mata bertentangan mata. perasaan yang baru sahaja mengetuk dua hati itu terlerai saat deheman yang dibuat-buat kedengaran sinis menyapa telinga. merah muka farah dengan apa yang baru sahaj terjadi. macam mana aku boleh terleka ni?? farah memarahi dirinya sendiri.

  "kami dari unit kawalan maksiat mengesyaki kamu berdua telah melakukan satu perbuatan sumbang dari sisi agama. maka, kami akan mendakwa tuan dan puan." kata salah seorang dari saksi yang berkopiah putih.
 
  farah teresak-esak. ikhwan hanya mampu bersimpati. dia yang menelefon pihak pencegah maksiat tersebut.

  "maafkan kami ustaz... kami hanya terlanjur sekali... tapi kami janji tak akan melakukannya lagi.." rayu ikhwan. padahal dia mahu sangat agar dipercepatkan acara pernikahan mereka malam ini juga kalau boleh. lagipun dia duda dan farah janda, maka bebas memilih pasangan tanpa perlu ditentukan oleh orang tua lagi. farah pulak hanya mampu menangis mengenangkan nasib diri. tidak disangka dia telah melakukan satu kesalahan dimata Allah. tapi dia masih sangsi adakah dia telah melakukan zina dengan lelaki itu. dia tidak merasa apa-apa pada ari-arinya. tidak ada sedikitpun rasa sengal sebagaimana setiap kali mereka 'bersama' pada malam pengantin mereka dulu. semua tanda-tanda dia telah disentuh memang tidak ada. tapi kenapa ikhwan cakap macam tu?

   "tapi ustaz.." farah cuba mencelah. dia tidak mahu dinikahkan begitu sahaja.

    "hah! yang kamu ini ngapain pulak? muka saja cantik tapi otak taruk dalam kepala lutut. kamu ada bukti yang kamu sudah nikah?" pertanyaan ustaz itu mematikan sinar wajah farah. sudah tentu dia tidak mempunyai surat nikah. surat cerai  juga tiada. namun lafaz talak sudahpun dijatuhkan padanya dan memang sah mereka sudah bercerai walaupun secara tidak rasmi di mahkamah.

   "ustaz..." ikhwan cuba mencelah. konon-kononnya mahu menyatakan yang mereka tidak bersalah. lantaklah.. yang penting nampak real dimata ustaz-ustaz tersebut.

  "aah!! nggak ada tapi-tapian lagi! kamu berdua harus ikut kami kebalai dan malam ini jugak kamu berdua harus menikah!! ngerti??" nampaknya rancangan ikhwan benar-benar berjaya. ikhwan hanya mengangguk. farah tidak beriak. dia pasrah kalau itu sudah takdir hidupnya namun dia akan mencari jalan untuk diceraikan oleh lelaki itu semula. dia akan membuatkan lelaki itu benci padanya. dia akan lakukan apa sahaja untuk melepaskan dirinya daripada ikatan itu biarpu terpaksa nusyuz. dia cukup serik berumahtangga dengan ikhwan yusuf bin tan sri shawn abdullah. pemuda kacukan inggeris melayu yang berketurunan diraja sebelah mamanya. lelaki yang mempunyai aura kelelakian yang begitu hebat dan menggoncang hati sesiapa sahaja wanita yang memandangnya. memiliki raut wajah yang sangat kacak dan tampan sehingga banyak perempuan yang tergila-gilakan padanya. dia juga dulu pernah memuja lelaki itu dalam diam tapi lelaki itu sendiri yang menjahanamkan perasaan cinta yang mulai berputik.

   "baiklah ustaz... kalau macam tu, tinggalkan kami sekejap untuk kami bersihkan diri. lagipun anak-anak kami ada dibalam bilik sebelah. tolong tengok-tengokkan untuk kami ya ustaz.."

   terus muka empat orang ustaz itu terkejut.

   "kok bisa punya anak sedangkan kalian masih belum nikah? sudah nggak ada agama apa kalian berdua?" sindir ustaz itu penuh marah. kecewa kerana hal-hal agama begini dipermain-mainkan sewenang-wenangnya.

  "bukan begitu ustaz.. itu anak kami yang sah... kami sudah cerai tapi sekarang kami rindu-rinduan gitu.. sudah lama tidak ketemu jadi berakhir deh dibilik hotel ni..." canda ikhwan sempat lagi tu!

  farah memukul tubuh ikhwan sampailah ustaz tadi melarang. akhirnya ustaz keluar untuk membenarkan pasangan itu membersihkan diri terlebih dahulu.

###############

   "aku terima nikahnya Farah Hannys binti Hamzah dengan mas kahwinnya dua ratus ribu rupiah tunai" lafaz sudahpun diucap dengan begitu lancar sekali tanpa da sedikitpun rasa berbelah bahagi lagi tidak seperti perkahwinan pertama mereka dahulu. farah hanya mampu mengalirkan airmata saat dahinya dikucup dan disarungkan cincin hadiah pemberian bapa mentuanya yang ditinggalkan dahulu. dia sengaja tidak mengambil cincin itu kerana terlalu mahal harganya yang dirasakan hampir mencecah ratusan ribu ringgit.

  "terima kasih sayang kerana menerima semula diri ini. abang janji dengan nama allah abang tak akan ssekali mempersiakan sayang dan anak-anak kita..." ucap ikhwan yusuf penuh sayu dan tulus ikhlas. tubuh isterinya dipeluk seeratnya. kemudian dia mengambil anak-anaknya yang duduk disebelah isterinya. dipeluk dan dikucup sepuas-puasnya wajah anak-anak kembarnya dengan sepenuh hati. pertama kali dipanggil panggilan ayah petang tadi sewaktu dia mengambil anak nya itu dirumah sewa farah dan memperkenalkan dirinya sebagai ayah mereka. terus dia dipeluk dan dengan mudahnya dia mengajak anak-anaknya yang terlalu polos itu untuk makan-makan direstoran mewah terlebih dahulu sebelum anak-anaknya itu dibelikan baju-baju baru yang mahal-mahal dan akhirnya ditidurkan dibilik hotel mewah. selayaknya dari dahulu lagi anak-anaknya itu dilambakkan dengan kemewahan yang dimilikinya. sungguh hari ini adalah hari yang amat bermakna baginya. tapi tidak bagi farah. hari ini adalah hari kehancurannya. dia benar-benar takut untuk masuk semula ke rumahtangga lelaki itu. dia yakin mereka akan kembali semula ke malaysia selepas ini. tuhan... apa yang perlu aku lakukan? apakah aku harus memaafkan semua kesalahan suamiku ya allah...? berikanlah hambamu ini hidayah ya allah...

   disatu ruang malaysia, linda terjaga dari tidurnya akibat termimpi buruk. tak mungkin ikhwan berkahwin semula dengan betina perampas itu. akhirnya linda eresak-esak.


bersambung.... ke final!
 

10 comments:

Anonymous said...

Bab 3 dah ade lum?hehe

Unknown said...

Lamanya tunggu

Anonymous said...

Bila nak sambung .. best ceta ni

Anonymous said...

Bilanya nk sambung lagi..
Jgn hampakan prmintaan ramai,,

Anonymous said...

cepat la smbung x sabar nak tahu ending cita ni
....hahah...best

Anonymous said...

Di mana kamu yok..kok lama gitu gue menunggu..

Anonymous said...

Di mana kamu yok..kok lama gitu gue menunggu..

Unknown said...

Mane sambungannya ?????

Aina said...

Msih tertunggu 2 sambungan nya. Xde agi ke?? Sayang nya best la

private number said...

Salm writers first of all I'm sorry if comment ni akn mgundg kmrhn but I have to..you . Idea Ke smpai buat jln crita like that inI blh dikira mmprlekehkn agma.niat tdk mnghllkn cra ..islm mmng agma yg mudh tpi agk2 la nk buat story khwin mcm tu bnyk lgi cra kot..x prlu kot smpai nk bogelkn bini dye tpi dye x sntuh..kirenye dye jga imn kwl nafsu x sntuh bini dye ..what the?? Last but not least Syaf tgur sbb sya dh bce apa yg Syaf rsa slh sya tgur dn sya mnta maaf bnyk sbb trksr bhasa and I'm so sorry btw keeP it up writing ..and sorry again😊