Bab 1
hidup didunia bukan hanya untuk merasai bahagia,
pahit, manis, perit semuanya mewarnai hidupmu....
Farah Hannys terkocoh-kocoh melarikan diri daripada seorang lelaki yang tiba-tiba muncul menghalang laluannya disebuah lorong untuk sampai ke bangunan rumah sewanya. terpekik, terlolong Farah sambil berlari laju sekuat hati demi menyelamatkan dirinya.
tiba disatu selekoh Farah menoleh kebelakang, lelaki yang mengejarnya tadi sudah lenyap entah kemana. berkali-kali Farah mengurut dadanya yang terasa sesak. kuat jantungnya menendang dinding dada mudanya. Alhamdulillah. Alhamdulillah....
"gila betul lelaki tu tadi!"
penat berdiri kecungapan, Farah lantakkan punggungnya pada dinding bangunan sambil bersandar. tanpa dia sedari, dari dalam sebuah kereta ada sepasang mata merenungnya sambil tersenyum penuh makna. lelaki itu membuka topeng yang menyerupai penjahat. ketawanya berdekah-dekah. kuat.
"aku memang gila!!" Ikhwan Yusuf menjerit sekuat hati. tidak akan ada yang dengar dia menjerit walau sekuat manapun jeritannya. semua ruang keretanya sudah ditutup ketat menjadikannya kedap bunyi. Ikhwan mencampakkan topeng yang dibelinya minggu lepas. dia tidak percaya dia telah melakukan perkara paling gila tadi. seumur hidupnya itulah kerja paling gila pernah dia lakukan selain perkara hitam yang berlalu sudah bertahun-tahun dahulu. kalaulah tadi dia kedapatan, mana dia hendak letakkan mukanya.
Ikhwan masih ralit memerhati seraut wajah wanita yang bernama Farah Hannys Hamzah ataupun lebih tepat ex-wifenya yang benar-benar nampak kecungapan. cantiknya wanita itu benar-benar telah menambat hatinya yang ketandusan kasih sayang wanita itu. itulah wanita yang telah diperkotak-katikkan maruahnya dengan sewenang-wenangnya dahulu. sungguh banyak kesilapan yang dilakukan pada wanita itu. sungguh besar kesalahan yang dilakukannya pada janda muda itu. malah sampai tergamak dia tidak menganggap anak yang dikandung oleh wanita itu adalah darah dagingnya sendiri. bukan itu sahaja kekejaman yang dilakukannya. dituduhnya pula wanita itu berzina dengan lelaki lain, yakni teman baiknya sendiri. masih terbayang-bayang dimatanya tangisan wanita itu merayu-rayu supaya tidak diceraikan dalam keadaan sedang sarat berbadan dua. tapi dia dengan tanpa ada sedikitpun belas kasihan menceraikan isterinya. haram perbuatannya menceraikan Farah dalam keadaan wanita itu mengandung tapi waktu itu dia hanya mahukan kebebasan agar dia boleh segera menikah dengan teman wanitanya. waktu itu yang dia tahu hanya mahu menyeksa wanita itu. puas. ya! dia memang puas setelah puas menyiksa dan mendera wanita itu tetapi kesudahannya dia yang merana. hidupnya terasa gelap setelah pemergian Farah. dua tahun dia hidup terumbang-ambing menyalahkan diri sendiri. nasibnya amat baik kerana orang tuanya kaya-raya dan dapat mendapatkan rawatan emosi yang terbaik buatnya. sudah lima tahun dia tidak melihat wanita itu. dua minggu lepas Allah telah mempertemukannya sekali lagi dengan bekas isterinya itu. hanya dia yang perasan kelibat Farah dan anak kembarnya di sebuah kompleks membeli belah di sebuah pekan terpencil di negara seberang, Indonesia. ya! anak kembar yang telah dinafikan nasab keturunannya lama dulu. menitis lebat airmata lelakinya tatkala anak mata anak kembarnya terpandangkannya dari jauh. bagaikan anaknya itu terpukau pada wajahnya. kalau diikutkan hatinya yang benar-benar merindukan wanita yang pernah berkongsi hidup dengannya dulu, mahu dia berlutut dihadapan wanita itu memohon sebuah kemaafan yang dia tahu begitu susah untuk digapai. tapi dia masih belum kuat. ternyata lima tahun dia menyimpan sebuah kerinduan tetapi sayangnya lima tahun itu masih belum mampu menyediakan dirinya seorang lelaki yang kuat dalam erti kata yang sebenarnya.
maafkan abang Farah. maafkan abang...
Ikhwan menangis tak berlagu dalam esakan yang sangat sayu. tidak lama kemudian, emosinya sudah kembali tenang. apabila dia melihat semula pada tempat bekas isterinya bersandar tadi, wanita itu sudah hilang dari pandangan. tanpa sedar, Ikhwan mengeluh berat. tidak menyangka tujuannya ke Indonesia untuk menjalinkan sebuah tender kerjasama dengan sebuah syarikat jati Indonesia yang mempunyai pengkalan di kuala Lumpur secara tidak langsung menemukannya dengan insan yang saban waktu dirinduinya. menyesal tak sudah dengan apa yang telah dilakukannya dahulu. menyesal airmata darah sekalipun sudah tidak ada gunanya. semuanya sudah terlambat. mereka sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi. kini hanya tinggal anak-anak mereka sahaja yang mampu dijadikan pendorongnya untuk memudahkan kerjanya menambat semula hati wanita yang disakiti teruk sangat-sangat teruk seperti anjing kurap itu dulu.
lama Ikhwan meratapi nasibnya sebelum menghidupan enjin kereta dan meluncur pergi. ada perkara yang perlu diselesaikan segera sebelum dia boleh memfokuskan sepenuhnya misi yang tidak pernah terfikirkannya.
###########
"abang!! ibu dah balik abang!" jeritan Nazmi mengejutkan abangnya, Nazim yang sedang asyik menonton televisyen diruang tamu. adik beradik kembar itu terus berlari keanjung rumah.
"ibu!! ibu!!" gembira benar nampaknya nazim dan nazmi melihat Farah sudah terpacul didepan pintu. terus dipeluknya pinggang ibu mereka. Farah membalas pelukan anak kembarnya. sayang dan kasihnya buat anak-anaknya tidak pernah terbandingkan dengan apapun. hanya nazim dan nazmi sahaja keluarganya sekarang.
"ibu rindu banget sama anak-anak ibu! cium pipi ibu dulu sayang...!" Farah menyuakan pipinya. sebelah menyebelah pipinya dikucup oleh kedua-dua anaknya. merekalah penawar rindunya pada keluarga angkatnya.
masih terbayang-bayang peristiwa petang tadi. mujur dia masih diberikan keselamatan oleh Allah s.w.t kalau sekiranya terjadi apa-apa padanya, apa akan jadi pada nasib anak-anaknya.
bersambung...
p/s: ada 3 bab jer... maybe esok akan ada n3 yg seterusnya.. dan buat sementara waktu ni agak malas nak menyambung jauh aku berlari.. tak ada idea. terlalu rumit sangat masalah novel tu... harap korang tak kecewa sgt erh.. sowwy sangat2...
1 comment:
alaaaaaaaaaaaa
Post a Comment