Saturday, April 28, 2012
Jauh Aku Berlari 17
bacalah karya ini dengan lafaz bismillah!
Bab 17...
JAUH AKU BERLARI.....
kerana kau katakan kau begitu mencintaiku, lalu aku bukakan seluas hatiku buatmu....
sayangnya....
kerana kau inginkan perceraian ini, maka aku turuti kehendakmu.... tiada terdaya untukku membantah...
Kasih... dengarlah wahai cintaku, sekalipun engkau terbang ke langit ke tujuh melepasi alam cakerawala, maka pasti aku lembahkan jambatan gergasi berbingkai pelangi sakti buatku menjejakimu disana sayangku, demi cintaku....
_Syeikh Zainal Rasheed_
"larat ke adik jalan sorang sorang ni? cam tak larat je angah tengok. kalau adik tak larat, meh angah tolong papah adik ke tandas mm..." tak larat taik kucing kampungan kau lah ngah!
"tak payah!"
aku merengus geram. langsung tak ku pedulikan teguran angah. aku tahu angah pun dah mulai hot. kalau ikutkan, aku dua kali ganda hot. dan dengan tubuh yang memang tidak berdaya, aku cekalkan hati untuk berdiri sebaik kakiku menjejak tapak lantai. badanku masih bersandarkan sisi katil. larat ke kalau aku jalan ni? dahlah bekas jahitan diari-ariku masih terasa ngilu apabila bergerak sedikit. inikan pulak berjalan jarak jauh.
"alahai... adik masih lagi marah dekat angah ke? ishh ishh ishh.. lamanya mak budak ni merajuk.. dah jadi emak pun masih nak merajuk. alolo adik angah ni..." angah yang enak bersandar didinding tepi katil melangkah dekat padaku. sudahlah menyindirku sesuka hati, ada hati pulak nak memujuk. memang taklah!
"jangan dekat!"
jeritku kecil dengan suara yang masih terkawal. spontan angah memberhentikan langkahnya dengan tingkah kehairanan. aku cuba bangun dan cuba berdiri tanpa berpegang pada besi katil namun hampa. kudratku tidak sekuat itu.
"nah nak, tengok tu adik tak larat nak bangun sendiri inikan pulak nak jalan sendiri. meh sini angah tolong papah adik..."
"tak payah! berapa kali adik cakap ngah! tak payah! tak nak tak nak. adik tak nak!!" hamburku sedikit kuat dari yang tadi. aku masih malu dengan pesakit lain yang turut berada disini semalam. satu lagi aku tak nak jeritanku mengejutkan anakku yang tertidur lena didalam katil kecilnya bersama lampu berwarna biru dua pasang kerana anakku disahkan menghidap penyakit kekuningan. risau aku semalaman dibuatnya namun nasib baik doktor ada mengatakan penyakit itu normal bagi kanak-kanak yang baru sahaja dilahirkan. syukurlah kalau macam tu. sebab itulah aku dipindahkan ke hospital sini untuk mendapatkan rawatan yang lanjut buat bayiku.
"adik... kan angah dah banyak kali minta maaf semalam. takkan adik masih marahkan angah kot agak-agaklah dik oi... angah buat semua tu untuk kebaikan adik juga!" ya Allah. apakah angah tidak mengetahui kesakitan yang kurasa waktu itu?
"apa angah cakap tadi?? kebaikan? kebaikan kepala hotak angah lah!" berdesing telingaku tadi. semalam dahlah aku kena sembur shasha yang gila tu nasib baik aku tak larat bangun, kalau tak aku dah ganyang-ganyang rambut keriting dia yang kena rebonding. minah gatal!!! tak ada maruah langsung perempuan macam tu. memalukan nama wanita aje. perangai macam syaitan. sial! hah tengok. aku dah terkeluar katakata kesat yang biadab macam tu. merasalah aku shasha.
"tengok tu razziq dah nangis. angah punya kerja lah ni!" rengusku lagi tapi aku tak dapat buat apa-apa. aku tak larat nak jalan hatta melangkah satu kaki.
"ngah... boleh tak tolong ambik Razziq kejap. adik tak larat nak ambik dia" aku mengalah kerana anakku. senyum sikit bagi angah cair.
"hah kan senang kalau macam tu. ini tak, asyik nak memekik aje mak budak ni. bukannya besar manapun salah angah semalam." huh! bukan besar manapun dia cakap! memang besar sangat pun. saja nak bagi aku lagi panas.
angah menolong mengambil Husyair Razziq dari dari atas katil bayinya dan menyerahkan padaku. aku sambut anakku dengan kedua belah tanganku dan memujuknya yang menangis beria-ia. semua ini gara-gara angah yang keras kepala.
aku suruh angah keluar sekejap dan angah keluar dari ruangan katil dan menutup tabir yang mengirai katilku. aku masih malu pada abang-abangku dan ayah ku sendiri ketika aku mahu menyusukan Husyair Razziq. aku selak 'baju kurung' hospital yang berwarna ungu itu dan menampakkan 'itu'. aku suakan ke mulut anakku dan Husyair razziq menyambarnya dengan begitu lahap. hilang terus tangisannya. sambil anakku menyusu, aku lapkan airmata tangisannya dipinggir pipi dan pelupuk mata anakku. pipinya kumain main dan ku elus elus lembut. aku tak sangka, aku dah bergelar seorang 'emak' dalam usiaku yang masih muda begini, aku sudah mempunyai seorang anak. 19 tahun umurku baru, aku dah jadi umi. alangkah betapa tak terancangnya hidupku tapi ini semua sudah suratan Ilahi. malas melayan hakikat yang aku tahu aku dah tak boleh ubah, aku tunduk sedikit dan mengucup penuh kasih dahi anakku yang putih berseri. sudah kurang kuningnya alhamdulillah. semalam, kuning kulit anakku sampai kelengan. menurut doktor ramesh yang merawat anakku, Husyair razziq sepatutnya dibenarkan keluar lewat petang ini.
selesai menyusukan Husyair Razziq, anakku yang comel dan cukup segar bugar itu terlentok tetapi yang tak boleh blahnya, mulut anakku masih bergerak-gerak menyusu. aku geleng geleng kepala tanda terkena dengan aksi tak semenggah anak kesayanganku. sekali lagi aku tunduk dan mengucup pipi Husyair Razziq. lama sampai betapa syahdunya jiwaku terasa saat bibir dan hidung ini berlabuh lama diatas telapak kulit pipi mulusnya.
"umi janji takkan tinggalkan sayang walau banyak manapun ujian yang datang... sayang harus kuat dengan umi ye nak..." ada sebutir airmata tumpah lalu mengena pipi anakku. aku senyum dalam kesebakan. bilakah episod kesedihan ini akan berakhir dan bertukar dengan sebuah kebahagiaan yang hakiki?
apabila Husyair Razziq sudah terlena semula, aku bingkas memanggil angah untuk meletakkan anakku diatas katil kecilnya semula. angah pamerkan muka masam kerana dibuli dan mengambil anakku perlahan-lahan dari ribaanku. angah sempat mencium pipi dan dahi anak buahnya yang hanya seorang itu sebelum perlahan-lahan meletakkannya didalam katil anakku. aku pandang wajah angah dan anakku sayang. aku sayangkan angah sesungguhnya tetapi aku masih mahu tunjukkan protesku padanya atas peristiwa semalam. sekurang-kurangnya esok barulah aku akan cuba surutkan kegeramanku.
hajatku yang tertangguh sebentar tadi ku sambung. aku cuba berdiri. kebas kakiku kerana terlalu lama menampung berat tubuh anakku dalam keadaan aku terbongkang duduk dengan tak sempurna.
"kalau dah tau tak larat nak jalan sorang, cakap ajelah. ini nak sombong pulak dengan angah..."
perlian abang tengahku yang berdiri didepanku tidak kuhiraukan. sengaja. malas nak bertekak. cukup-cukuplah semalam kami bertekak sampai riuh satu wad obstetrik dan ginekologi (O&G) ataupun wad bersalin Hospital pekan dengan suara kami. sejujurnya aku masih marahkan angah atas kejadian semalam!
akhirnya aku dapat berdiri dengan stabil. barulah aku melangkah perlahan-lahan menuju ketandas pesakit selang dua buah katil disebelahku. tak sakit mana rupanya hanya ketakutan sahaja yang menyebabkan aku jadi paranoid dengan kekuatan dan tenaga aku sendiri.
"adik..."
angah cuba memapahku namun aku tepis tangannya.
"ishh! tak payahlah ngah. boleh tak jangan ganggu adik? adik masih boleh jalan sendiri okey!" sindirku penuh marah. tetapi perbuatan kami telah dilihat oleh emak, ayah dan along yang baru sampai dari solat zohor di masjid berdekatan. wajah mereka biasa-biasa saja. mungkin faham dengan masalah kami yang berlarutan sedari semalam lagi. hanya gelengan along sahaja yang melebih-lebih. along juga terlibat sama. no way they can be forgiven that fast. at least sehari dua aku nak merajuk bersungguh-sungguh.
"what happen angah, adik?" amboi! pura-pura bertanya pulak. tapi aku mahukan pertolongan along saat ini untuk melarikan diri dari angah. kerana angahlah yang menjadi ketua mereka. along dan usu sekadar anak buah. huh!
"entahlah long... tengoklah angah tu, suka sangat kacau adik. nak ke tandas pun tak boleh." rungutku dalam pada memerli angah. along yang berada didepan emak dan ayah makin menghampiri kami. dadanya tidak langsung berombak kencang. tandanya tenang dan tidak geram dengan sikap angah.
"adik... tak elok buat angah kamu macam tu. kan elok kalau adik maafkan aje silap angah semalam..."
"no way!" along tidak menghiraukan kegeramanku. malah dengan beraninya memapahku supaya dapat berjalan lebih stabil. terbongkang aku jalan tadi. nasib baik tak jatuh.
"biar along tolong... "
"hurmmm"
"hati-hati long..." oleh kerana emak sudah menyokong along, maka aku biarkan along memapahku pula. walaupun aku juga masih marahkan along tapi aku perlukan pertolongannya. aku tak mahu susahkan emak yang mengadu sakit kaki semalam akibat bengkak digigit serangga sewaktu melakukan kerja-kerja membuang rumput diladang tengahari semalam sebab itu mereka balik awal ke rumah dari ladang. rupa-rupanya emak sakit kaki dan tersemuka pula dengan aku dan along yang tengah cemas takut aku terberanak diatas tanah halaman rumah semalam. ngeri...
"angah pun nak tolong juga..." angah cuba memapah sebelah lagi tanganku. pantas aku menarik lenganku dari pegangan angah.
"tak nak! adik nak along aje. angah pi main jauh-jauh... pergi main dengan shasha tu pun boleh kalau angah nak sangat." sampai terungkit-ungkit hal semalam apabila aku sudah kembali panas. tadi aku sedikit sejuk setelah bersama dengan buah hati pengarang jantungku, Husyair Razziq.
"ngah... kalau adik tak nak kena kacau, janganlah kacau dia!" marah along dengan memberikan jelingan tajam pada angah.
"padan muka!" aku jelirkan lidah mengejek angah.
angah yang berada disebelahku tidak bersuara apa-apa. matanya memandang pada emak dan ayah meminta pembelaan. huh! anak lelaki manja mengalahkan aku yang anak perempuan emak dan ayah. ceh..
"jalanlah...tadi cakap nak ke tandas!" along menolak tubuhku untuk berjalan membuatkan aku terdorong untuk sedikit melangkah.
"yelah..yelah.. nak tolong pun tak ikhlas.." along sekadar menggeleng. faham benar dengan sikap adiknya yang tiba-tiba kuat merajuk sejak semalam.aku buat muka masin basi. emak dan ayah yang berada didepan kami menggeleng melihat telatah anak-anak mereka yang degil dan keras kepala. alah.. anak mereka juga kan..?
sewaktu kami melepasi emak dan ayah yang tercegat berdiri didepan kami, aku nampak ada bungkusan makanan didalam plastik berwarna putih jernih yang tersisip ditangan emak. emak memberikanku isyarat agar memakan makanan yang telah dibelikan buatku. aku? berpura-pura tidak melihat makanan itu yang aku pasti sangat dibelikan untukku semenjak aku merungut untuk dibelikan sup ikan haruan semalam sedangkan aku dah mulai kecur liur. tak sabar nak menjamahnya... sabar fiya. sekejap aje lagi kau bersantap lah tu! tapi apa pulak kata mereka yang tengah berpuasa sekarang, tidakkah mereka terliur dan seterusnya membuatkan aku mendapat free dosa kering? ah! taknaklah macam tu....
"stop! along hantar sampai kat sini aje pun dah cukup. takkan along nak masuk dalam tandas perempuan pulak!" aku jatuhkan tangan along yang melilit dipinggang. rimas dengan pakaian hospital yang agak gatal jenis kainnya kerana kulitku sensitif pada sentuhan kain. tak padan dengan asalku yang datangnya dari kampung.
"ok... along tunggu kat luar pintu ni. hati-hati melangkah..." pesanan along ku balas dengan anggukan dan muka yang masam. dengan ayah dan emak sahaja aku tidak bermasam muka semenjak semalam. ini semua gara-gara kehadiran insan yang tak mahu aku pandang sebelum tibanya tempoh perceraian kami tidak lama lagi. bukan setakat itu sahaja malah aku juga dilawati oleh dua golongan VVIP. seorang dato' syeikh mahmud ayah mertuaku dan seorang lagi Dato' Karim dengan anak isterinya. mana aku tak marah. siapapun akan marah. pasti akan meletup lebih-lebih lagi apabila melihat musuh kita berada didepan kita dengan lelaki yang pernah bersama dengan kita. i hate it!!
"tunggu apa lagi tu adik... masuklah..." teguran along kubalas dengan rengusan.
"along pun sama macam angah!" semburku tidak puas hati sebelum perlahan-lahan aku menonong masuk kedalam tandas untuk membuang hajat. aku biarkan along terkulat-kulat dipintu masuk tandas. padan muka! malah aku dapat tahu dari angah semalam semasa pertengkaran kecil itu berlaku, along dan usu juga terlibat dalam kejadian yang tak langsung kusangka semalam. entah apa tujuan mereka buat begitu padaku adik perempuan kandung mereka sendiri. jangan-jangan shasha telah memikat abang-abang aku kot. ya Allah perempuan tu. dahlah dia rampas suami aku. sekarang dia mahu musnahkan keluarga aku juga. maysaallah! astaghfirullahalazim...sabarkan aku ya Allah...jauhkanlah kami daripada tipudaya syaitan ya Allah. lindungi kami dari kejahatan manusia dan dengki serta iri hati mereka.
selesai membuang hajat, aku cuci muka dan tanganku disingki yang terdapat disitu. payah benar menjaga auratku didalam keadaan begini. tudung yang kupakai sekarang pun adalah yang kupakai sejak semalam. kain yang kupakai pula banyak yang terpercik dari air yang membasuh mukaku. ishh... boleh kacau jiwa aku.
"adik, cepat sikit!" mendengar namaku dilaung dari luar, aku menyegerakan membasuh mukaku. faham sangat dengan sikap along yang kurang penyabar. entah ikut sikap siapa agaknya. ayah? mungkin juga.
"tunggu kejap. dah nak siap ni!" aku sempat rapikan wajah dengan hanya sentuhan tangan dikeningku dan hidungku. itulah aset kecantikanku selain pada mataku yang bundar. banyak lelaki yang memujiku jelita sebaik terpandangkan mataku. ishh... itu sewaktu zaman persekolahan dulu. hati monyet. hati monyet...
"adik! lama lagi ke?"
ishh.. tak reti nak sabar sangatlah along aku ni!
"kalau tak nak tolong, cakap aje tak nak tolong. adik boleh jalan sendiri!" akhirnya aku sendiri yang terpanas. entah kenapa dengan diriku. suka sangat marah marah dekat orang. jangan cakap penyakit baru ibu bersalin. mahu tak aku terjun lombong. ah! tak ada maknanya!
along tidak menyahut. bagus! kalau tak makin hot lah aku dibuatnya. tak pasal-pasal along kena sembur olehku seperti aku sembur angah semalam. jenuh juga telinga angahtu aku basuh cukup-cukup.
sampai saja diluar pintu tandas, aku menarik muka masam. along menolong memapahku sampailah kembali ke katilku. kali pertama aku masuk hospital akibat sakit begini. bukannya apa, cuma sakit orang bersalin sahaja. aku sudah nampak emak mengalihkan nasi dan sup ikan haruan dari bekas polistirena kedalam mangkuk yang entah milik siapa. mak yang baru beli tadi kut. aku tunggu emak sahaja lagi sebelum bertindak membaham hidangan yang tersedia.
"nah, ini untuk nur. kalau nur nak luka tu cepat sembuh, kena habiskan sup ikan ni" dengan cermat emak menyuakan mangkuk berisi sup ikan haruan dan sedikit nasi diatas meja kecil disebelah katil. tak lepas bola mataku disitu. tekak ini bagaikan tak sabar mahu menikmatinya.
"ermm..sedap bau sup ni mak... terima kasih!" aku dekatkan lagi mangkuk tadi denganku. mujurlah aroma baunya tidak begitu kuat, takut pula dituduh menunjuk-nunjuk pada pesakit lain yang sedang berpuasa. aku tak puasa hari ni. dahlah hari ni last puasa untuk tahun ini. tak apalah, aku risau tenagaku tak ada sekiranya aku berdegil untuk berpuasa. lagipun aku masih oleh mengqada puasaku setelah ini. aku mula menyuap nasi dan sup ikan haruan yang memang sedap sangat rasanya. kalau boleh aku nak share dengan pesakit lain yang duduk sebelah menyebelah katilku kerana aku tahu mereka juga tak puasa, tapi nak buat macam mana, sup inipun macam cukup tak cukup untuk aku seorang. inikan pulak nak kongsi mongsi dengan orang lain. nantilah aje dikelainan kesempatan. itupun kalau ada. ish.. mengarut. mana mungkin aku ditahan dihospital buat kali keduanya kerana aku tak akan bersalin sekali lagi. takkan ada lagi yang berani menceroboh mahkotaku setelah aku diceraikan nanti.
dengan penuh berseleranya aku makan sambi berbual-bual. penuh satu katil ini dikelilingi oleh ayah, emak, angah, along dan katil kecil Husyair Razziq. perkara kecil kami bincangkan mengenai penyakit anakku dan masalah yang sewaktu dengannya. sedang aku menjamah hidangan yang sudah hampir habis, datang doktor ramesh khanna yang berketurunan India dan sudah semestinya beragama Hindu.
"apa khabar puan Alya?"
"khabar baik doktor..." terpaksa aku hentikan seketika aksi menyuap. dengan doktor, aku harus beradab juga walaupun dia tak puasa. takut dr ramesh terliur pulak lepas terbau makananku.
"masih ada rasa sakit kat ari-ari tak?"
aku angguk dengan senyuman sumbing. segan ditanya soalan sensitif. Doktor ramesh yang bagaikan faham dengan kesegananku tidak menyambung topik tersebut. aku hormat pada pegangan prinsip begitu. maruahku terjaga dan disimpan dengan sulit.
"seperti yang saya beritahu semalam, hari ini puan dibenarkan untuk pulang ke rumah memandangkan kesihatan anak puan sudah berada dalam keadaan yang cukup baik. dalam pukul 4 setengah petang begitu, puan sudah boleh kosongkan katil ini. urusan bayaran puan boleh jelaskan dikaunter didepan tu."
"terima kasih doktor... terima kasih kerana merawat anak saya selama kami berada disini.." Dr ramesh balas senyuman ku. kali ini lebih manis dengan kulitnya yang serba hitam. tetap ada manisnya.
"ada apa-apa lagi tak yang kami perlu diberitahu doktor? mana tahu kalau-kalau terdapat pantang larang anak saya seperti tidak boleh memakan benda-benda yang maca-macam takut nanti apa yang dia makan menjejaskan kesihatan cucu saya pulak." Dr ramesh kalih pandang wajah emak, ayah, along, angah. memang berkaliber tampak gerangan doktor india ini.
"makcik, sebenarnya penyakit kuning ini biasa terjadi pada golongan bayi yang baru dilahirkan. untuk lebih senang cerita, penyakit ini tidak bahaya melainkan tahap cecair kuning yang mengakibatkan kekuningan pada kulit cucu makcik berada ditahap yang membahayakan. tetapi setelah kita cek darah cucu makcik, bahan kuning yang sebenarnya berasal daripada produk darah pada cucu makcik berada pada paras yang rendah. cuma keadaannya kena dipantau diklinik yang berdekatan. dalam seminggu sekali makcik kena suruh anak makcik buat follow up di klinik yang paling dekat dengan kampung. penyakit ini tidaklah seserius mana tapi kalau kita tidak memantaunya dengan berkala, takut nanti sesuatu yang tidak dijangkakan berlaku dan sebaiknya perkara tersebut kita elakkan dengan hanya buat follow up sekali seminggu. mengenai pertanyaan makcik tadi yang berkisar tentang pemakanan dan pantang larang pula, tidak ada makanan yang khusu dalam pantang larang ibu yang menyusukan anak yang menghidap penyakit kekuningan. kalau boleh, susukan anak apabila anak lapar dan saya nasihatkan puan agar minum banyak air kosong supaya cepat pulih. err kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dululah puan, makcik, pakcik encik, jangan lupa pesan saya untuk buat follow up nanti..." melihat dr ramesh yang sudah meminta diri, kami akur. dr ramesh meninggalkan kami seusai memeriksa sedikit badan anakku atas permintaan ayah untuk kali terakhir sebelum kami boleh keluar dari hospital petang ini. keadaan anakku baik dan sudah bertambah sihat kata dr ramesh. dan kami berterima kasih banyak-banyak pada doktor ramesh sebelum doktor itu akhirnya betul-betul meminta diri atas masih banyak urusan lain yang perlu diselesaikan. dah memang tugas doktor begitu. aku suka mereka yang begitu komited dengan pekerjaannya.sudahnya, aku menyambung semula suapanku yang terakhir. sup ikan haruan buatan pekan pahang memang mengancam. nyumm..
################
kami tiba dirumah apabila hari sudah menjelang malam. emak sibuk membebel sikap along yang suka membawa kereta laju-laju. sepanjang kami berada didalam kereta milik along tadi, hanya suara emak yang melebih. aku, ayah, angah dan apatah lagi along, hanya menadah telinga buat emak. ini semua gara-gara along bercerita dengan kehebatannya membuat aksi aksi racing semasa berada diKuala Lumpur dengan kereta second handnya. dengan kereta terpakai macam tu pun masih nak tunjuk lagak. ceh!
terlebih dahulu, ayah pasti akan berada dibelakang sekali setiap kali kami berjalan pada waktu malam. memang begitu kebiasaannya sedari kami kecil lagi. ini untuk keselamatan kami juga kata ayah dulu waktu aku bertanyakan padanya. yang depan sekali, ialah emak dan along dan angah mula menaiki anak tangga untuk keanjung rumah. kemudian disusuli pula oleh aku dan akhir sekali ayah. gelap benar keadaan rumah kami. tidak ada sebarang pun cahaya dari dalam. mujur along menghidupkan sport light lampu didepan keretanya. nak berpijak anak tangga pun tak selamat. takut tersalah pijak, aku dengan Husyair Razziq sekali akan jatuh.
sekejap sahaja, rumah sudah menjadi terang setelah along pasang semua lampu kalimantang dalam rumah. aku tengok emak letakkan beg berisi barangan bayiku dan kelengkapanku semasa berada selama dua hari dihospital lepas di tepi bilikku. beg itu agak berat meskipun tidaklah begitu berat. angah yang menolong membawanya tadi dari katilku di hospital pekan sampailah kedalam rumah kami. sebagai menebus kesalahnnya katanya. kepala hotak dialah!
melihat aku yang masih duduk tercegat disofa diruang tamu dengan Husyair Razziq tanpa berbuat apa-apa, emak mendekatiku dengan pakaian-pakaian kotorku dan juga pakaian Husyair Razziq ditangannya. aku senyum kat emak yang sangat tahu tanggungjawabnya.
"nur, pergilah kamu masuk dalam bilik. tukar baju kamu tu dulu lepas tu kamu mandi guna air suam. nanti mak akan panaskan air untuk kamu mandi. tak elok tidur dalam keadaan badan kamu masih berbau hospital. nanti ada penyakit lain datang. pakaian-pakaian kotor anak kamu ni, biar mak yang akan basuhkan. kamu kena dapatkan rehat yang cukup" aku mengangguk perlahan. emak berlalu untuk kedapur agaknya.
akur dengan nasihat orang tua yang lebih berpengalaman, aku membawa Husyair Razziq masuk kedalam bilik. along dan angah keluar semula untuk kekedai dipekan untuk membeli sesuatu. hendak membuat kenduri kecil-kecilan sempena kepulanganku dengan selamat dirumah ini kata ayah. manakala ayah pula terus menonong masuk kedalam bilik mereka semasuknya didalam ruang tamu rumah. emak tentunya yang akan menjalankan tugasnya seperti biasa. memasak. mencuci pinggan dan mangkuk dan mengemaskan dapur. itulah kerja-kerja emak yang sukar untuk suami buat.
aku letakkan anakku diatas katil usangku terlebih dahulu sebelum meletakkannya diatas buaian yang sudah siap terpasang disebelah katil. ayah dan angah rasanya yang pasang buaian tu sebab angah memang suka bertukang. aku cium dahi anakku yang terlena sedari petang tadi sebelum mahu membersihkan diri yang terasa melekit. baju kurung yang tersarung ditubuhku, ku tanggalkan segera. rimas dengan keadaan tubuh yang terasa gatal sana-sini. ikutkan hati aku nak terus mandi tapi emak sudah mengatakan aku harus dimandikan dengan air suam. maka aku kena ikut pesanan emakku.
tuala yang tersidai kemas diatas penggantung yang diletakkan diatas satu batang yang merintang diluar almari kucapai dan melilitkan ketubuhku. kemudian aku buka baju dalam dan coli yang sudah seharian kupakai. kata emak, ibu mengandung kena tanggalkan coli tapi buat masa sekarang aku masih belum biasa tidak bercoli. rasa macam telanjang aje. setelah itu, aku tukar tuala tadi dengan kain batik basahan yang kugunakan untuk mandi. tuala yang melilit di tubuhku tadi kubuka dan kusangkutkan dibahu.
mataku jatuh pada sikecil yang nyenyak tidur diatas tilamku. aku sudah tukar pakaiannya dengan baju baru sewaktu kami hendak berangkat keluar dari hospital petang tadi. tubuh anakku ku pakaikan dengan satu set baju bayi yang along hadiahkan. macam tahu-tahu aje saiz tubuh anak buahnya, dan memang sesuai dan agak kena dengan tubuh besar Husyair Razziq. badan anakku juga kutekapkan sedikit bedak jenis johnson baby yang aku suka baunya dan sedikit minyak angin cap kayu putih dibelakang tengkuknya. biar wangi dan segar sentiasa. itu petua orang tua untuk bagi anak tidur dengan tenang kata emak. entah betul atau tidak aku tak tahu. aku cuma ikut apa yang suruh kerana begitulah cara emak membesarkan kami dulu.
lama menunggu emak menjerang air, akhirnya aku dipanggil untuk membersihkan diri. tubuhku hanya berbalut kain batik basahan sahaja dengan tuala yang melilit dileher untuk menutup kulitku dan menjijnjit sepasang t-shirt longgar dan seluar pijama longgar.
aku duduk dikerusi kecil didalam bilik air sambil membersihkan diri dengan air suam yang telah emak sediakan dalam sebuah besin besar. cukup untuk tiga orang mandi wajib. kadang-kadang aku gatal juga sejukkan tubuhku dengan air paip yang sememangnya sejuk. tak tahan dengan sejuk yang menyucuk hingga ke tulang sumsum, aku hangatkan kembali tubuhku dengan menyiram seluruh anggota tubuh badanku dengan air suam tadi. hampir lima belas minit berada didalam bilik air, aku keluar lengkap dengan berpakaian yang aku bawa masuk tadi. kasihan aku tengok emak yang sibuk memasak didapur. ayah pula elok dan selamba dengan kaki lagak seorang boss menonton berita tv 3. tanpa menegur ayah yang khusyuk sangat dengan dunianya, aku melintasinya dan segera masuk semula kedalam kamarku. aku keringkan rambutku yang basah dengan tuala yang tebal agar lebih cepat kering. kemudian aku bungkus kepalaku dengan tuala putih tadi. dah jadi macam makcik makcik pulak bila aku tengok wajahku didalam cermin.
aku keluar keruang tamu setelah semuanya sudah aku bereskan. aku biarkan Husyair Razziq terlena diatas katilku. kalau anakku itu menangis barulah aku akan dapatkannya dan letakkannya didalam buaian. aku nampak ayah sudah membentangkan sejadah berwarna hijau bersulam kuning keemasan diatas hamparan permaidani. sejadah mahal ala-ala kain sutera itupun pemberian daripada Dato' mahmud dahulu. entah bagaimana sampai sebegini sekali hidup kami dibantu oleh Dato' mahmud. bukannya tak ada duit langsung. sejadah yang lama pulak kami sedekahkan kesurau. tambah sedikit pahala untuk kami sekeluarga.
"ha.. eloklah kalau kamu dah mandi Nur. tolong panggil mak kamu ayah dah nak solat isyak. solat jemaah lagi banyak pahala.." ayah mengisyaratkanku untuk memanggil emak dengan menunjuk dapur dengan jarinya.
"baik yah..."
aku melangkah perlahan kedapur. agak pelik juga kenapa ayah tak ke surau seperti sebelum-sebelumnya. lagipun lepas isyak kan ada solat terawih. mungkin lepas isyak disini, barulah ayah akan berangkat ke surau kut. tadi, kami sudah singgah disurau untuk menunaikan solat maghrib tadi kecuali aku dan Husyair razziq dan sempat mereka berbuka puasa disurau itu dengan sedikit makanan yang dibei semasa kami singgah dipasar petang. aku tak boleh solat kerana masih kotor. setelah aku pasti darah nifas habis turun barulah aku boleh mengerjakan solat seperti sebelumnya.pernah aku terbaca dalam satu ruangan artikel keluaran majalah wanita dan keluarga bulan lepas berkaitan dengan hukum mandi wajib setelah bersalin.
dalam majalah yang mengupas mengenai hukum itu, dituliskan Imam At-tirmizi menyebut, (di kalangan para sahabat dan generai tabiin dan generasi tabi’ tabiin sepakat mengatakan bahawa wanita selepas melahirkan anak hendaklah ia tidak bersolat selama 40 hari kecuali darahnya berhenti. Sekiranya darahnya berhenti mengalir sebelum tempoh itu (40 hari), hendaklah ia melakukan ghusl (mandi) dan melakukan solat.)
begitulah pengertian yang aku baca dalam majalah itu. maksudnya, aku hanya akan solat semula setelah darah nifasku habis kering dan tidak lagi mengalir. sebenarnya darah nifas ini terhasil daripada sisa-sisa darah yang tidak habis semasa bersalin. darah yang mengalir dalam salur darah ke rahim yang masih gagal untuk pulih menyebabkan darah tersebut akan tumpah dan terhasillah darah nifas. dalam majalah wanita dan keluaran itu juga ada menyatakan mengenai pembentukan darah nifas. hanya itu sahaja yang aku tahu selebihnya aku tak ketahui.
"mak... ayah ajak solat isyak sama-sama. ayah dah tunggu mak dekat ruang tamu..." beritahuku pada emak yang sedang mengemaskan peralatan memasak yang baru habis dicucinya. emak mengerling sekilas kearahku sebelum menunduk untuk mencapai pinggan yang telah disusun dibawah para-para.
"takpelah... bagitahu ayah kamu supaya solat dahulu. banyak kerja yang mak nak buat ni..." aku seperti pak turut.
"hrmm.. yelah... err.. mak terima kasih sebab mak dah susah payah siapkan air suam untuk Nur mandi tadi..."
"sama sama..." emak senyum aku turut tersenyum.
"sayang dekat mak..." makin lebar senyuman emak.
aku keluar dari dapur dan memberitahu ayah. kemudian aku kembali semula ke dalam bilikku apabila tiada benda yang aku mampu buat diruang tamu. nak tengok televisyen takut menganggu ayah yang khusyuk solat isyak.
aku duduk dibirai katil. anakku masih tidur. lena sangat. aku perlahan-lahan membaringkan tubuhku hampir dengan tubuh kecil anakku. tubuhku mengiring sambil mataku jatuh pada wajah mulus anakku.
satu persatu anggota tubuh badan si kecil kuperhatikan penuh minat. apa yang aku boleh ceritakan, mukanya hampir seratus peratus mewarisi abahnya. aku hanya menurunkan genetikku pada bahagian bibirnya. bentuk bibirnya mengikut kombinasi bibirku dan bibir Zainal disitu. telinganya yang tirus menjunam kebawah dan meruncing keatas di copy and paste dari Zainal. keningnya yang cantik terbentuk tak padan dengan bayi lelaki nampak tajam dan seperti dicukur. alis matanya yang lentik dan panjang ternyata diwarisi dari sisi Zainal juga. apatah lagi matanya yang bersinar tajam sewaktu merenungku, juga bundar dan berwarna kebiruan dan sedikit kehijauan apabila dalam keadaan samar-samar benar-benar diwarisi daripada abahnya. cukuplah aku katakan anakku seperti kembaran Zainal yang diturunkan menerusi zuriatnya. alangkah besarnya kekuasaan tuhan semesta alam yang menciptakan dunia ini. moga aku dapat memelihara anakku, zuriatku, tempat tumpahnya seluruh kasih-sayangku ini dengan sebaik-baiknya. aku terlalu mengasihinya selepas yang wajib aku sayang. aku butuhkan cintaku dan kasihku ini bersambut oleh anak kecilku. dialah anakku yang kami sekeluarga sepakat memberi nama Syeikh Muhammad Husyair Razziq bin syeikh Muhammad Zainal Rasheed. nak tak nak, aku harus letakkan pangkal nama anakku dengan lambang keturunan bangsawan arab itu. bukti aku dulu pernah hidup bersama dengan seorang lelaki yang bertaraf jutawan. apa yang aku harapkan sekarang agar aku dapat membesarkan anakku dengan sepenuh kasih sayangku.
"syyhhh... jangan nangis sayang.. meh umi susukan..." tahu sangat bayiku kelaparan. lagipun, buah dadaku dah mulai rasa penuh dan eloklah hendaknya sekiranya kukosongkan segera. Husyair Razziq yang sedang merengek menangis kuangkat dan kubawa kepangkuan. berat juga tubuh badan anakku. masa lahir dulu berat badannya mencecah 4.0 kg. kata bidan yang merawatku, biasanya ibu yang mengandungkan anak sebesar itu sepatutnya dilahirkan secara pembedahan atau orang putih panggil caesarean section tapi entah bagaimana aku boleh melahirkan bayiku semudah itu meskipun melalui kesakitan yang tidak terkata. Maha suci Allah! inilah bukti kebijaksanaan Allah yang maha kuasa. terima kasih ya Allah kerana memberiku nafas untuk menjaga dan membesarkan anakku. aku takkan sekali-kali mengabaikan tanggungjawabku ini biarpun tidak lama lagi aku bakal digelar ibu tunggal dalam usia mudaku.
Husyair Razziq pantas menyusu sebaik aku meletakkan mulutnya disitu. bernafsu sekali anakku menghisap susu uminya. sampaikan aku tergeleng-geleng sendiri. anakku..anakku..!
"kasihannya anak umi ni... lapar sangat ke sayang?" aku elus-elus rambut dan kepala anakku dengan penuh kasih sayang. alhamdulillah, penyakit kuning anakku tak lama lagi akan hilang. yang penting aku kena dedahkan kulit bahagian tangan dan wajah anakku dibawah sinaran matahari pada waktu pagi esok. itu petua orang tua-tua untuk merawat penyakit kuning.
setelah menidurkan Husyair Razziq, aku menidurkannya diatas tilamku. aku alaskan tubuhnya dengan tilam kecil yang along beli untuk bayi. tak pernah aku tengok ada tilam kecik begini. mungkin along tempah dari kilang tempat kerjanya barangkali.
aku keluar menuju keruang tamu setelah gebar sikecil kularaskan menutupi tubuh badannya. hanya bahagian muka anakku sahaja yang terdedah. kelambu untuk kami sudah siap ku pasang awal-awal. mulai dari hari ini, aku akan ambil alih tugas emak yang satu itu yang kebiasaannya emak akan memasangnya setelah aku tertidur. nampak sangat aku masih sangat-sangat memerlukan emak untuk membantuku terus hidup dengan aman sejahtera.
sampai di ruang tamu, ayah dan emak, along, angah dan yang paling kutunggu-tunggu abangku yang bongsu, usu a.k.a acik juga berada disitu dan sudah duduk berkumpulan sambil menikmati kopi panas. ada kuih muih yang along dan angah beli sekembali mereka dari pekan tadi. aku tidak dibenarkan memakan makanan yang berminyak selama sebulan. itu pesanan emak sebaik aku selamat melahirkan Husyair Razziq dua hari lepas.
aku duduk disebelah emak yang memang sedia kosong. empuknya sofa pemberian dari Dato' mahmud. entah dato' mahmud masih sanggup menghadiahkan ayah peralatan rumah apabila aku dan anak lelakinya telah bercerai. aku hanya mampu mendoakan yang baik-baik sahaja buat perhubungan ayah dan dato' mahmud yang begitu rapat sehingga tibanya peristiwa hitam lepas.
"acik tak bagitau pun dekat adik acik balik malam ni!" pura-pura berkecil hati dengan surprise yang acik buat. aku dengar ulas tawa acik yang tidak langsung ada rasa bersalah.
"sorry okai. acik tak plan pun nak balik malam ni. ingat nak balik esok tapi acik dah tak sabar nak tengok Husyair. comel sangat muka dia dalam gambar yang along MMS hari tu. sama kacak macam muka acik dia ni." terbahak-bahak acik ketawa buat aku mencerlung mataku besar-besar. mainkan kita pulak!
"eleh, perasan!"
"memang acik perasan pun yang acik ni handsome, kacak menawan. kan angah?" dah mula mereka mencarut. aku memang tak boleh lawan cakap acik yang satu ni.
"memang taklah! angah lagi hensom dari kau! hahaha" yang sorang pun sibuk menjual ketawa. malas berdebat dengan hantu-hantu kaki usik, aku ambil remote astro dan beralih duduk kedepan dekat dengan tv. malas nak melayan kerenah manusia kaki pengusik.
mungkin faham dengan kemerajukanku, acik memujukku untuk duduk dengannya. aku akur akhirnya. aku duduk disebelah acik yang telah diberi ruang kosong oleh angah untukku duduk disitu. aku salam tangan acik dan bawa kebibir. aku hormatkan semua abang-abangku apatah lagi ayahku.
"acik minta maaf k. alah janganlah merajuk macam ni. dah tak best pulak kejutan yang acik nak buat ni kalau adik asyik tak puas hati dekat acik. dengar sini semua, kepulangan acik hari ni membawa khabar berita yang sangat baik untuk adik and the baby boy..." acik terus berdiri sambil mendabik dadanya yang bidang. ah, dada Zainal lagi bidang.
"betul ke ni acik? kamu tak bagitau dekat mak pun yang kamu nak buat kejutan"
"alaa mak. kalau acik bagitau awal-awal itu bukan kejutan namanya dah. yang ni barulah ada thrill sikit. kan bang long?"
"ha'ah.."
entah bagaimana aku boleh menjadi sangat teruja dengan kejutan yang acik nak buat. hormon adrenaline menerobos keluar dari kelenjarnya dan membuatkan degupan jantung ini mengepam dengan lebih laju.
"cepatlah bagitahu kami acik.." aku semakin tak sabar. baju acik ku tarik-tarik apabila acik bermain tarik tali. emak ada juga menegurku akan tingkah yang masih kebudak-budakan. biarlah.. aku hanya nak bermanja dengan abang-abangku sahaja.
"oklah..oklah.. acik bagitau sekarang tapi dengan satu syarat..." acik tunduk dan mendekatkan mulutnya ditelingaku. tak sabarnya..
"cakaplah...!" gesaku apabila acik masih belum membuka suara walaupun dengus nafasnya sudah mengena cuping telingaku.
"ok acik akan bagitau tapi dengan satu syarat adik kena bawak Husyair kesini. kalau tak, acik takkan bagitau sehingga pagi esok!" Acik sambung kata-katanya yang sengaja tidak bersambung tadi. erkh! perlu ke macam tu?
"ah taknaklah... Husyair kan tengah tidur sekarang. adik tak nak kejutkan Husyair"
"tak ada tapi-tapi, kena jugak. kalau tak, esok ajelah acik bagitau ea...Acik teringin sangat nak peluk cium anak buah acik tu. cepatlah dik..!" Acik tlak bahuku sedikit namun cukup untuk membuatku mengubah perasaan.
"eii.. geram geram geram... asyik nak buli orang aje kerja dia! oklah...oklah...adik nak pergi dah ni!" malas berbahas panjang-panjang, aku hentak sedikit kaki sewaktu berjalan kebilik. ayah tegur tapi aku buat tak dengar. ayah sepatutnya sokong aku bukan si acik tu. paling panas hatiku saat mendengar ketawa angah dan acik yang pecah. dahlah 'dosa' angah sejak semalam belum kulupakan. tidak! tak akan semudah itu. harus ada imbalannya.
perlahan-lahan aku dekati katil tempat anakku terlena. perlahan-lahan aku usap-usap seluruh wajahnya. aku tunduk dan cium pipi mulusnya. sungguh aku sayangkan anakku ini. aku lap air mata yang ingin tumpah. buat malu aje kalau anakku tengok uminya menangis. dengan berhati-hati aku angkat tubuh anakku yang langsung tidak nampak ada tanda-tanda mahu terjaga.
"kenyang sangat agaknya anak umi ni.." mana taknya, dalam sehari ni sudah berapa kali anakku menyusu. tubuh Husyair Razziq kupekap ke dada dan tanganku melingkar kebelakangnya menyokong tulang belakangnya yang belum kuat. aku kucup sekali lagi kedua belah pipi anakku. simpati aku tengok anakku yang diganggu tidurnya. mujurlah anakku masih tidur.
"umi minta maaf ya sayang tapi paksu nak sangat tengok sayang. kita jumpa paksu ya sayang..." aku gesel-geselkan hidungku pada pipi anakku sama seperti Zainal melakukannya ke pipiku suatu masa dulu. buat apa lagi kau ingat suami yang sudah melupakan kau fiya? bangunlah dari tidurmu!
"jom sayang..."
aku ajak anakku seolah-olah anakku faham apa yang aku maksudkan. lalu aku angkat punggung dari birai katil dan melangkah keluar. aku mahu tahu apa sebenarnya kejutan yang acik berikan. along dan angah mungkin sudah tahu kerana acik naik kereta along tadi. patutlah ke pekan malam-malam. rupa-rupanya mereka hendak mengambil acik di pekan yang baru sampai dari Kuala lumpur dan sekaligus membeli kelengkapan untuk persiapan hari raya dan kenduri majlis kesyukuran anakku.
sampai di ruang tamu, mata acik tak lepas pandang belakang anakku yang kebetulan mukanya menghadap dadaku. sengaja mahu buat kejutan buat acik. kalau dia pandai mengugut siap bersyarat semua, kenapa pulak aku tidak? hahaha...
kening acik terangkat tinggi semasa aku duduk disebelah emak disofa dan masih tidak menampakkan wajah anakku padanya. aku perasan raut wajah acik menjadi geram. acik yang mungkin tidak berpuas hati segera mengambil tempat disebelahku. kebetulan tempat disebelahku memang sempit.
"sempitlah! pergilah cari tempat duduk lain! tu, kat sebelah along kan masih ada kosong!" aku tolak tubuh acik.
"alaa... acik nak tengok anak buah acik. Husyair sayang... come here sayang..." mahu tergelak aku dibuatnya. kalau ya pun agak-agaklah. ada hati nak panggil anak aku sayang.
"biarlah abang kamu duduk kat situ fiya. lagipun mak nak masuk dapur jap, kamu pindahlah duduk dekat tempat duduk mak ni"
"entah adik tu mak. gila meroyan ke apa!"
pap!!
"ish budak ni. ada pulak cakap macam tu! macam mengharap adik kamu dapat penyakit tu pulak!" aku hampir tergelak melihat wajah kelat acik yang ditepuk ayah.
"padan muka!"
"bak sini anak buah acik!"
sedar-sedar saja Husyair Razziq sudah dirampas acik. pulak tu terus berlari masuk kedalam bilik mereka bertiga. aku jerit sambil mengejar acik.
"buka pintu ni!! bagi balik Husyair!!" berkali-kali aku ketuk pintu namun tiada balasan dari dalam. ayah juga menyuruh acik untuk menyerahkan kembali anakku tapi acik langsung tak buka pintu.
"kejaplah... acik nak tengok puas-puas anak buah acik ni. kedekut betullah adik ni!" suara acik dari dalam memang tak berpuas hati.
"bagi balik husyair!! acik!! buka pintu ni!! bagi balik anak adik!!" nasiblah aku tak emosi sangat detik ini.
beberapa saat menunggu selepas itu, acik buka pintu biliknya dan alangkah terkejutnya aku melihat anakku yang sudah bertukar pakaiannya. anakku comel sangat dengan satu set pakaian micky mouse yang bercorak-corak indah dan jelas ditepi kainnya diselangi dengan lace putih yang berpadanan dengan warna micky mouse. Husyair Razziq juga sudah terjaga dan elok melentokkan kepalanya kedada abang bongsuku. janganlah anakku rindukan abahnya...
"mana acik dapat baju micky mouse ni? cantiklah acik..." aku ambil Husyair Razziq dari dukungan acik dan membelek-belek baju baru khas untuk Husyair Razziq.
"comelnya anak umi...comeeeel sangat" bertalu-talu pipi dan dahi Husyair Razziq kukucup. makin bertambah sayangku padanya. anakku adalah kekuatanku.
"comel kan? itulah yang acik nak cakap tadi...nad inilah surprise yang acik nak bagitau tadi..."
"terima kasih..." aku cukup terharu. biarpun sekadar pakaian baru namun apa-apa yang berkaitan dengan anakku, semuanya membuatkan hatiku benar-benar rasa tersentuh. nasib baik tak menangis, buat malu aje.
emak menghampiri kami. begitu juga dengan angah dan ayah. teruja sangat mereka dengan kecomelan anakku.
"comelnya cucu nenek...meh dekat nenek sayang...nur, bagilah mak dukung Husyair sekejap!"
aku serahkan anakku pada emak. sekali lagi pipi anakku menjadi mangsa kucupan manusia yang terlalu menyayanginya. kemudian anakku beralih kedalam dukungan ayah, angah dan akhir sekali ketangan along yang baru menghampiri.
"jangan tengok aje long, kamu tu bila nak bagi mak cucu? sepatutnya kamu yang dulu kahwin dari adik kamu tau.."
"belum ada jodoh lagilah mak..." terus along melarikan Husyair Razziq ke sofa. kami semua kembali kesofa. begitulah selalu along. asyik hendak melarikan diri apabila disoal berkaitan jodoh. umur dah nak masuk genap dua puluh sembilan tahun tapi masih membujang. malah bercinta pun mungkin tak pernah.
malam itu kami duduk sama sekali dengan Husyair Razziq yang pada mulanya terjaga sudah terlelap dalam ribaan along. keputusan sudah diambil, lusa dah nak hari raya. kami belum menyediakan apa-apa persiapan dek kerana masalah yang tidak dapat dielakkan baru-baru ini. walaupun masih tinggal sehari untuk menyambut hari-raya, rasanya masih sempat untuk mengemaskan rumah dan ubah susun atur perabot sana sini. tak apalah kalau perabotnya tak bertukar ganti asalkan keadaannya berubah dan akal yang memandang akan rasa adanya satu kelainan. dan perubahan itu tidak semestinya dengan satu pertukaran barang atau benda. semestinya hari raya kami kali ini lebih meriah dengan kehadiran anakku.
###############
sedang aku sibuk mengemas rumah bersama emak dan sepupuku yang datang membantu, aku teringat semula kejadian pagi tadi. ayah mendapat panggilan daripada Dato' mahmud untuk ke kuala lumpur pagi itu juga. ayah hanya pergi seorang manakala along menghantar ayah sampai ke pekan sahaja kerana sudah ada kereta siap dengan driver tempahan dato' mahmud buat ayah naiki sampailah ke Kuala Lumpur. entah apa yang dato' mahmud nak bincang dengan ayah agaknya.
"pasu ni nak letak dekat mana Fiya?" aku menoleh kearah kakak sepupuku yang berada tidak jauh dihadapan pintu sedang memegang dua pasu yang berlainan warna dan berlainan bunga.
"letak aje dekat tepi hujung anak tangga kak Thira. pasu yang warna kuning tu letak aje kat mana-mana yang kak thira rasa sesuai. fiya bukannya tahu sangat benda-benda dekorasi hiasan rumah ni kak. rasanya akak thira lagi tahu kan?"
"tahulah sikit-sikit. tak banyak sangat. kak thira ni pun masih belajar nak mencantikkan rumah sebab tu kak thira nak ambil pengalaman dari sekarang..." aku tinggalkan kerjaku mengemop lantai ruang tamu dan aku ikut kak thira yang berlalu keluar.
"alaa.. abang lukman kan pereka fesyen, takkanlah kak thira tak minta ajar dari suami sendiri?" aku bersandar pada dinding pintu sambil melepaskan lelah. penat sangat kerja dari pagi tadi. emak melarang tapi aku bosan tak buat apa-apa. lagipun husyair Razziq tengah tidur selepas aku susukannya lebih kurang tiga jam yang lepas dan setelah aku dedahkan kulitnya dengan sinaran mentari pagi tadi. tambah gemoklah anak aku tu.
"ada juga abang luke ajar akak tapi kalau setakat ajar aje tak cukup fiya. kena ada praktikal supaya kita sendiri dapat pengalaman dan dari pengalaman tu barulah kita boleh lihat dan nilai kemampuan kita yang sebenar. apa kata peribahasa melayu tu eh pepatah inggeris tu? practice makes perfect? eh, itu kot!" kalut kak thira ni. at least ada juga temanku berbicara hari ni. emak dari tadi didapur. along ikut ayah kepekan dan singgah ke rumah kawannya dihujung kampung sambil menjemput jiran tetangga untuk datang ke rumah esok. itupun kalaulah raya jatuh pada hari esok. bergantung! angah pulak ke hutan dengan acik mencari batang buluh untuk dijadikan pengalas memasak lemang. semua ada kerja kecuali anakku yang asyik tidur. eloklah, dapat juga aku buat kerja waktu anakku tidur.
"betullah kak. oh, jadi sebab tu akak suka buat kerja-kerja amal macam ni eh? tolong orang jiran sebelah menyebelah kemas dan hiaskan rumah diorang?" akak hira masih memilih sudut mana pasu sebuah itu harus diletakkan. bagiku jika diletakkan disebelah sudut pengakhiran anak tangga nampak lagi ideal. tapi tak tahulah citarasa kak thira.
"a'ah... alaa nak ambik pengalaman kan. biarlah, akak dapat tolong orang akak dapat pahala dan pengalaman biarpun tak ada bayaran. lagipun akak suka sangat tengok hasil kerja akak. rasa berbaloi pula usaha dan penat lelah akak lepas akak habis buat kerja tu semua"
"ha'ah la kak... "
"kan?"
"ha'ah... kak... fiya rindulah dekat cinta. dah lama tak nampak cinta. rasanya dah setahun lebih kut tak nampak dia..."
kali ini kami kembali ke ruang tamu semula.
"cinta kan dah sekolah sekarang, itu yang susah nak bawa dia balik kampung. tapi sekarang ada kat rumah mak. esok kau nampaklah batang hidung dia tue" kak thira duduk di sofa. aku mengambil semula mop yang bersandar didinding.
"jangan lupa bawa hakim sekali ye kak. dah jadi anak teruna agaknya anak akak tu sekarang."
"yelah... nanti akak bawak siap sekali dengan maklong, kak jarah, abang leman dan abang miji kamu kesini esok. akak kesian pulak dekat kau tak boleh gerak jauh-jauh. masa pantang ni kena jaga kesihatan baik-baik fiya. jangan ambil makanan sembarangan takut luka tu lambat nak sembuh." aku faham maksud kak thira.
"ok kak thira. i know it...macam mak nenek pulak kak thira ni. ada hati nak jadi pengganti nek yam erk!"
"budak ni!"
kak thirah sendal lenganku dengan sikunya perlahan. kami ketawa kecil. tak nak bising-bising, takut anakku terjaga.
usai mengemas ruang tamu dan luar rumah, kak thira meminta diri untuk pulang. abang lukman, suami kak thira yang berasal dari selangor memberitahu anak mereka, iwan yang baru berusia dua tahun menangis-nangis nakkan mamanya. biasalah budak kecil, takut sangat ditinggalkan ibunya.
jarak rumah kami bukannya jauh sangat pun. dalam dua ratus meter jaraknya tapi kena masuk keluar kawasan rumah orang untuk sampai ke rumah maklong, kakak sulung emak.
tepat pukul 11.50 pagi, angah dan acik tiba dihalaman rumah dengan batang buluh yang begitu banyak dan masih segar. sudah sedia untuk diisi dengan beras pulut. dulu waktu masih bergelar kanak-kanak ribena, pernah juga aku ikut ayah dan abang-abangku ke hutan untuk mencari buluh. terlebih dahulu, ayah akan pilih pokok buluh yang rimbun dan cantik serta lebar dan panjang bukunya supaya lebih banyak beras yang boleh dimuat. lepas dah pilih pokok yang sesuai, ayah tebang buluh tersebut mengarah ke luar daripada rumpunnya agar mudah untuk ditarik dan dicantas pengkalnya yang tidak diingini. lepas tu, ayah akan potong potong buku buluh tersebut sehingga menjadi pendek. satu-persatu akan disusun untuk kami angkat bawa ke anak sungai untuk dibersihkan. buang miang buluh dan serangga yang melekat pada batangnya. dan seperti satu kemestian, aku akan terlebih dahulu memakai baju panjang lengan dan topi agar miang buluh kurang mengena pada tubuh. kalau dah kena miangnya, alamat menggarulah sana-sini akibat kegatalan. tambah pulak dengan aktiviti tidak sihat nyamuk yang berpesta menggigit kulit aku yang mana-mana terdedah.
lama kelamaan aku dah biasa dengan hutan tapi semenjak aku berusia 13 tahun dan mencapai akil baligh, aku dah tak ke hutan. ayah melarang. katanya, anak gadis macam aku tak boleh ke hutan sebagai langkah keselamatan. mungkin adalah pantang larang orang tua nenek moyang yang aku tak tahu kut.
angah menegurku apabila ternampak kelibatku yang melangut dianjung rumah. acik pula terus ke kebun untuk mengambil daun pisang untuk mengalas beras yang akan dimasukkan kedalam buluh lemang nanti.
"mana mak?"
"ada kat dapur tengah basuh pinggan mangkuk yang dah lama berdaki kat dalam stor" kasihan pulak aku tengok angah. peluh meleleh sana-sini. dahlah mereka semua puasa kecuali aku dan anakku.
"pergi bagitau dekat mak supaya sediakan beras pulut cukup untuk lima puluh batang lemang. pergi cepat! angah malas nak naik atas. nanti rumah kena kotor dengan kaki angah ni.." angah tunjukkan pada kakinya yang berlumpur sampai ke paras lutut. memang sukar untuk mencari pokok buluh dikawasan yang berdekatan. harus meredah hutan yang tebal untuk dapatkan pokok buluh yang cantik-cantik dan sedap untuk dibuat lemang.
"mak!! angah dah sampai!" aku laung aje dari luar rumah.
"pemalas betullah dia ni! pergi ajelah kat dapur bagitahu mak"
"suka hatilah! uweekk!" aku jelirkan lidah dekat angah sebelum meninggalkannya yang tentu dalam kegeraman. dari luar rumah angah meleter entah hapa-hapa.
aku kedapur dan sampaikan dekat emak akan pesanan angah. lepas tu aku kembali ke anjung rumah yang sudah berhias indah. inilah hasil tangan kombinasi aku dan kak thirah atau nama sebenarnya hathirah bin rosli yang sudah berusia sama dengan along, 29 tahun. cuma along tua beberapa bulan darinya.
aku tak turun tanah. emak melarang kerana baru aje bersalin. sudahnya, aku berdiri bersandar pada palang anjung rumah yang dibuat bersegi-segi. tak lama kemudian, emak keluar dari dapur membawa sebesen besar yang mengandungi beras pulut yang dibeli along semalam. kayu api semua sudah siap tersedia cuma tinggal menyusun lemang sahaja lagi diatas bara-bara api. aku pasti, malam nanti pasti lebih gamat dan meriah sempena hari raya aidilfitri esok. tapi itu hanya tekaan sahaja. belum tentu esok hari raya yang sebenar. sebelum pengumuman yang dibuat oleh yang dipertuan agong malam nanti, selagi itulah rakyat jelata malaysia belum tetap bila hari raya akan jatuh. harap-haraplah jatuh pada hari lusa. aku belum gosok baju rayaku tahun lepas.
aku berjalan laju ke bilik apabila mendengar suara tangisan Husyair. gamat satu rumah kecil kami dengan tangisan bayiku.
aku bawa Husyair Razziq keluar dari bilik dan membawanya ke anjung rumah. sama-sama mahu menikmati suasana aktiviti memasak lemang.
kerja-kerja memasak disambung setelah mereka mengerjakan solat zuhur. solat secara bergilir-gilir sahaja. kawan-kawan lelaki sekampung banyak juga yang datang menolong. along yang menjemput mereka tadi sebenarnya dengan kereta terpakainya. terpakai pun terpakailah. asalkan bahagia dan berguna sekali.
ada juga kawan-kawan lelaki yang bertanya kemana suamiku yang langsung tak nampak batang hidungnya sedari aku berada disini beberapa bulan yang lepas-lepas. aku jawab Zainal ada kerja dekat kuala lumpur yang tak boleh ditinggalkan. lepas tu aku cubit bibirku yang pandai berbohong bulan-bulan puasa begini. nasib baiklah mereka berhenti bertanya. jenuh aku mencari jawapan.
petang itu, ayah pulang dengan menaiki kereta yang dipandu oleh driver berbayar dato' mahmud. macam dah jadi vvip pulak ayah aku tengok. siap dibuka pintu sekali. dah senja benar barulah aktiviti memasak lemang ditangguh sekejap untuk memberi ruang berbuka puasa.
aku ikut sekali mereka buka puasa kerana ayah ada membawa lauk yang banyak dan nampak sangat sedap dari kuala lumpur. semuanya dato' mahmud yang sponsor ayah.
usai makan, aku terus mandi air suam yang aku sendiri panaskan. tak nak ganggu emak dah yang memang sedia sibuk buat itu ini. buang perut ayamlah, bersih sisik ikanlah, masak nasilah dan macam-macamlah. dah tu, aku terus berkurung didalam bilik dengan anakku. habis aje mereka solat terawih disurau kampung, barulah aku tampakkan muka jelitaku yang sedikit berbedak sejuk macam hantu pocong. nasiblah Husyair tak menangis masa anakku nampak wajah 'jelita' umi dia ni. hik hik hik...
laaaaa....
aku terlupa sama-sama menyaksikan berita pengumuman hari raya yang telah dibuat sebelum isyak tadi. tapi syukur alhamdulillah, hari raya aidilfitri jatuh pada hari..... esok?
no!
habis tu?
syukur buatmu tuhan...
ayah yang baru mahu keluar ke halaman memberitahuku hari raya aidilfitri tahun ini jatuh hari lusa atau juga keesokan hari selepas hari esok. dengan perasaan yang teruja aku segera menelefon rini. bual punya bual, aku letak telefon yang dah jatuh standard. i phone 4 ku sudah kuserahkan pada ayah. ayah pula yang mungkin teridam telefon canggih itu tanpa banyak soal menerimanya dengan hati yang gembira. aku tumpan gembira bila tengok ayahku gembira. rini akan balik esok. tak sabar nak jumpa temanku yang sorang tu.
malam yang terasa panjang sekali itu kami habiskan dengan memasak lemang. ramai kanak-kanak dan orang dewasa termasuk yang tua datang membantu. itulah kebiasaan yang kami buat untuk menyambut bulan yang mulia. aku masuk awal ke bilik apabila ayah menyuruhku. takut sangat anak perempuan dia ni jatuh sakit. tambah-tambah dengan cuaca yang agak sejuk pada malam begini. betul cakap ayah. kalau aku sakit, takut nanti anakku juga yang terkesan. sekarang ini anakku seratus peratus bergantung pada susu badanku. sehingga enam bulan pertama barulah aku akan benarkan anakku memakan benda selain daripada susuku.
aku masuk kedalam bilik bersama anakku yang sudah tertidur dipangkuanku. tubuh anakku yang berbalut pakaian tebal itu nampak sangat comel. aku letakkan anakku perlahan-lahan diatas tilamnya yang terletak diatas tilamku. dah jadi macam tilamku dibawah tilamnya pulak. aku turut sama berbaring setelah memasang kelambu keselamatan. nyamuk sekarang makin suka berpesta waktu musim hujan begini. aku baca surah tiga kul dan ku hembus ke serata wajah anakku. aku mahu tidurnya diberkati oleh allah azza wajalla. untuk diriku pula, aku bacakan ayat kursi tiga kali. bila dah rasa mengantuk sangat, kira-kira pukul 11.30 malam, aku terlena dengan kepalaku yang menghadap muka anakku. good night my baby... umi loves you sayang!
#############
hari ini hari raya pertama. pagi-pagi lagi ayah dan abang-abangku ke surau untuk bertakbir. sebenarnya semalam ayah dah ke surau untuk bertakbir dengan ustaz kasbul. kami golongan perempuan biasanya akan berada dirumah sahaja menyiapkan hidangan buat tetamu nanti. semalam aku ada menelefon mama di kuala lumpur. aku jemput mama ke rumah kampung ni tapi mama belum menyatakan persetujuan. maklumlah mama sekarang sedang sakit-sakit. mujurlah tak kuat sangat sakitnya. hati rasa terdorong untuk melawat mama disana tapi apakan daya keadaan tidak mengizinkan. mungkin belum ada kesempatan untuk kami bertemu dalam waktu yang terdekat ini. mama juga ada menceritakan Zainal selalu mencari-cariku dan sampai terigau-igau dalam mimpi. entah betul ke tak cerita mama tu. mungkin mama sengaja mahu menyedapkan hatiku bahawa zainal masih lagi mencintaiku. apalah gunanya dia mencintaiku sekiranya hubungannya dengan shasha sudah melibatkan perzinaan. aku tak sanggup dijangkiti penyakit AIDS. takut kalau-kalau shasha memberi zainal penyakit dan menyebarkan kepadaku sekiranya aku kembali semula kepada zainal dalam erti kata seperti sepasang suami isteri hendaknya. lagipun tak lama lagi kami akan bercerai.
"Fiya,! oh fiya! meh sini tolong mak kejap!"
"ye mak!"
aku tinggalkan anakku yang sudah siap berbaju rayanya dan melangkah kedapur. kesian pulak dekat emak buat kerja sorang-sorang. aku nak menolong tak mak tak benarkan. hrmm...
"ada apa mak?" soalku sebaik sampai dimuka pintu dapur. kelihatan emak sedang membancuh beberapa jenis air manis dan kordial di dalam jug yang agak besar. emak kelihatan cantik dengan baju kurungnya. biarpun pakaian raya yang lepas tapi tetap nampak baru.
"tolong telefon maklong kamu kejap. cakap kat dia, mak minta lima buah tin biskut. dia dah janji dengan emak semalam nak bagi mak. cepat!"
"ye mak!"
aku terus masuk semula kedalam bilik dan segera mendail nombor maklong yang sudah kusetkan dalam telefon bimbitku. secepat itu talian disana bersambut.
"hello, assalamualaikum maklong...selamat hari raya maklong"
"ha.. walaikumussalam fiya. selamat hari raya juga fiya. ada apa ni fiya? oh, ni mesti pasal biskut yang mak kamu minta semalam tu erk?" maklong tergelak sekejap. faham benar dengan isi hatiku.
"ha'ah maklong. mak dah bising mintak fiya telefon maklong. ini yang fiya telefon maklong ni. maklong sibuk sangat ke sekarang?" yelah kan, mana tahu mereka disana sibuk. maklumlah, dekat dengan surau tentu ramai yang akan singgah kesitu walaupun golongan lelaki masih belum menghabiskan solat sunat aidilfitri.
"kalau mcam tu cakap dekat mak kamu nanti maklong akan suruh rahimah hantar kuih biskut tu. maklong kena letak telefon dah ni. nanti maklong ke rumah kamu.. assalamualaikum.."
"walaikumussalam. terima kasih maklong..."
tut tut!
########
kami hanya menghidangkan sedikit sahaja jamuan buat tetamu yang bertandang ke rumah. ayah, angah, acik dan along bersama ahli keluarga yang lain telahpun membersihkan kubur arwah-arwah bersama orang kampung yang lain. kali ini aku tak dapat ikut sama membersihkan kubur arwah atuk dan nenek sebelah ayah. semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman disana.
"fiya, semalam aku dengar ayah kau kata dia nak ke rumah mentua kau dekat kolumpuh. betul ke yang aku dengar ni?" aku yang tengah meletakkan dan menyusun satu=persatu kuih yang berlainan jenis kuih kedalam bekas kuih yang terbentang didepan meja, menoleh sekilas kearah rini dengan kerutan didahi.
"ada ke? tak tahulah aku rin. ye kot.. tapi kau dengar dari ayah aku ke? bila? kat mane?"
"satu-satulah weyh. banyak betul soalan kau macam bapak!" rini hempuk lenganku dengan sudu yang digunanya untuk makan. dahlah melekat nasi dibelakang sudu tu. ya Allah budak ni! tak beradab sungguh!
"awat guna sudu tu? tengok ni! baju aku dah kotor dah!"
"sorry..sorry.. aku tak sengaja okay..." aku dah hilang tumpuan dalam menyusun kuih -muih. aku pandang tajam wajah bersalah rini. tau pun takut!
"huhh! tak sengajalah sangat! kau memang siotlah rin...macam mana aku nak basuh ni? dahlah aku ada satu aje baju yang aku sempat gosok" aku merengus geram. tak semena-mena baju raya aku dah kotor di seawal pagi raya pertama.
"sorrylah weyh... aku tak sengajalah tadi. maafkan aku erh.. alaa.. kalau kau marah, aku pun dah nak baliklah.." rini nampaknya mahu melangkah namun cepat aku renggut baju kurungnya. langkahnya termati serta merta. nasib baik tak koyak baju mahal orang tu!
"hamboi hamboi hamboi...bagusnyaaa perangai kau ni erhh! meh sini aku ajar kau dengan ajaran ustaz kasbul!" aku berdiri dan balas lempang tangan rini dengan tanganku.
"now... kosong-kosong! you hit me once and then i'm so!" rini terus jelir lidah. tak senonoh betul perangai pelajar matriks pahang ni. memalukan nama KMPh aje!
"owh.. nak rasa lagi eh, nah kau ambik pulak yang ni..." aku lempang lagi sekali lengannya. ganas juga aku ni erk!
"sakitlah weyh... agak-agak arr kalau kau nak lempang orang. sakit tau tak? kalau aku lempang ngko, aku takut pulak 'sidia' datang menyelamatkan kau lalu memukul aku ni. tak naklah macam tu..." makin aku lempang rini sekali lagi dan rini terjerit.
"sakitlah fiya!!"
"tau pun sakit! yang kau bawak-bawak nama orang tu kenape? nak rasa tamparan wanita nur saffiya lagi ke? tangan aku ni pun dah lamaaaaaa sangat tak makan pipi orang. kalau kau nak rasa sangat, silakan buat permintaan sekarang!" aku mudah hilang 'control' apabila nama 'itu' disebut didepanku. rasa nak mengamuk sampai puas hati. dia yang merosakkan hidupku. dia datang dan menjerumuskan aku dalam kancah cinta lalu dia juga yang membakar jiwaku. apa punya manusia macam tu? gila!! bodoh punya lelaki!!
"sorrylah fiya.. aku.. aku gurau aje kot. takkan kau tak kenal perangai aku ni?" melihat wajah harlini kasbul yang benar-benar rasa bersalah, aku diamkan diri dan tenangkan hati dan perasaan. kalau boleh aku malas dah nak menempik sana sini semata -mata lelaki sial tu tapi nak buat macam mana dah hati aku ni yang susah sangat melupakan dirinya.
"oklah. aku maafkan kau tapi next time jangan sebut nama tu depan aku. i hate it when it comes to him. faham?"
melihat anggukan bersalah rini aku tinggalkannya terkulat-kulat didapur. aku bawa bekas mengandungi biskut berbagai jenis untuk dihidangkan kepada tetamu di ruang tamu rumah.
emak yang sedang duduk berbual mesra dengan beberapa orang tetamu disofa kujemput untuk makan kuih dan biskut. tahun ini emak tak sempat sediakan biskutnya sendiri, biskut yang beberapa sahaja lagi tinggal ini pun kami minta dari maklong.nasiblah dapat keluarga yang sporting.
rini yang baru keluar dari dapur ambil duduk di sebelahku. kami duduk dianjung rumah beralaskan tikar getah sahaja. tak apalah, janji bersih dan suci.
"kau marahkan aku lagi ke Fi?"
"tak.." aku malas mahu memanjangkan hal tersebut. menyakitkan hati aku aje. aku telan biskut yang kukunyah tadi.
"aku janji tak akan ungkit benda tu lagi.."
"good then. baguslah kalau macam tu! sorrylah aku teremo sikit tadi."
"tak apa. aku faham perasaan kau Fi. eh, aku nak balik dululah Fi takut tak ada orang kat rumah pulak. bukan boleh percaya sangat dekat kakak aku tu"
"mak ayah kau pergi mana? adik-adik ngkau?"
"ayah ada ajak pergi melawat keluarga kat kampung sebelah tapi aku malas. esok-esok aku pergilah itupun kalau aku ada mood la. okeylah i pergi dulu... minta maaf sekali lagi ya cik puan!" kami bersalaman dan sekejap sahaja sudah berpelukan.
aku menghantar pemergian rini sampai ke depan pintu. esok rini akan kesini lagi. cutinya selama seminggu sahaja. tetamu yang agak ramai berkunjung dari pagi tadi mulai bertambah sampai tak menang tangan kami dibuatnya. hanya aku dan emak sahaja yang berada dirumah. abang abangku dan ayah belum pulang setelah ke masjid awal pagi tadi. biasanya kami akan bermaaf-maafan sebelah malam nanti. sudah begitu kebiasaannya.
aku jemput tetamu yang baru datang. aku suruh mereka duduk disofa dan menyorong bekas biskut kedepan mereka. emak yang baru sahaja keluar dari dapur dengan membawa pinggan yang baru menegurku.
"tadi mak dengar telefon kamu bunyi. pergi angkat cepat!"
"baik mak!" aku biarkan emak melayan tetamu seorang diri. aku masuk kedalam bilik untuk menyambut panggilan. aku nampak anakku sudah terjaga sebaik sahaja aku masuk kedalam bilikku.
aku langsung angkat telefon bimbitku yang masih berbunyi namun ada satu miss call disitu.
mama!
"hello! assalamualaikum ma. mama apa khabar ma? sihat?"
"walaikumussalam fiya. alhamdulillah mama dah semakin sihat. kamu sihat? cucu mama sihat tak?" masih serak suara mama aku dengar. sakit tekak lagi ke?
"fiya sihat ma. husyair pun sihat. kami semua sihat-sihat semua dekat sini ma. mama dekat mana sekarang ni ma? dekat rumah ke?"
"a'ah. mama tak larat nak jalan ke rumah orang. abah zainal ada ajak ke rumah kawan dia tapi mama malas. dah tu, tinggal mama seorang aje lagi kat rumah ni."
aku terdiam sekejap. kasihan mama!
"Fiya..."
"ye ma..!" terus aku potong.
"mama minta maaf tak dapat beraya di kampung fiya. mama minta maaf banyak-banyak fiya... mama.." sekali lagi aku memintas percakapan mama.
"it's okay ma! it's okay. fiya tak kisah la ma. fiya faham mama tak larat nak jalan kemana-mana. jangan risau ye ma, fiya takkan salahkan mama walau sedikitpun ma..." memang aku maksudkannya.
"tapi fiya... mama memang nak ke sana fiya tapi mama tak sanggup... mama..." mama kemudian teresak. tersedu-sedu.
"mama kenapa ni ma?" aku risau akan keadaan mama. sakitkah dia? kenapa mama ditinggalkan sendirian disana? tak ada perikemanusiaan kah anak-anak mama disana?
"ma! mama okay tak ni?"
aku dengar mama terbatuk kecil. mama tidak menjawab sebaliknya aku dengar suara 'sidia' yang memanggil mama. lemahnya suara itu. aku disini hampir-hampir rebah sebaik mendengar suaranya.
"siapa ma?"
suara itu!
aku dengar mama tergagap-gagap mahu menjawab soalan lelaki itu tapi...
"ma, mak dah panggil fiya ma. nanti kita sembang lain kali ye ma. semoga mama cepat sembuh ye ma.. assalamualaikum.."
"fiya.. tunggu!'
tut! tut!
aku sudah matikan panggilan. kenapa aku harus diuji sebegini ya Allah? apa salahku sehingga Kau menguji imanku sekuat ini? Hamba tak mampu ya Allah. hamba tak mampu.. tolonglah..tolonglah ringankan beban hambaMu..
aku terus campakkan telefon keatas meja perabot kecil dan menghampiri kesayanganku. aku mahu ubati hatiku yang terluka. dengan anakku aku akan dapat kekuatanku semula.
aku melutut dilantai dan meneleku kepalaku dekat dengan wajah suci anakku. airmata yang tidak diundang tiba-tiba sahaja berderai. panggilan telefon yang bertalu-talu sekali lagi aku biarkan tidak berjawab. lama telefonku berdering sebelum akhirnya mati tanpa kata.
"anak umi.. jangan tinggalkan umi seperti abah sayang tinggalkan umi ye sayang...umi akan mati kalau sayang tinggalkan umi... jangan tinggalkan umi... umi sayang anak umi.. umi sayang sangat.." aku biarkan diriku menangis tidak berlagu.keluarlah airmata murah.. keluarlah sepuas-puasnya. bila aku dah mulai rasa tenang, aku dukung Husyair Razziq dan mengucup seluruh wajahnya sepuas-puas. takkan aku biarkan anakku kehilangan kasih-sayangku.
################
sudah seminggu hari raya tahun ini dan ianya berlalu begitu sahaja tanpa sedikitpun masalah. kampung kami mulai dibasahi air hujan yang mulai melebat sejak awal pagi tadi. ini menyukarkan aktiviti hari raya yang masih ada bakinya. biasanya hari raya yang ketujuh, pihak ajk surau mengadakan satu majlis ceramah agama yang disampaikan oleh ustaz kasbul didewan masyarakat kampung kami. tapi kali ini aku tidak dapat menghadirkan diri. semua ahli keluargaku kesana. rini juga kesana setelah melawatku disini seawal pagi tadi. lusa, rini dah kena nak balik ke matrikulasi pahang.
aku bermain dengan Husyair didalam bilikku. pintu rumah kukunci kerana kukira tidak akan ada lagi tetamu yang akan berkunjung. dan malam ini aku akan mulakan sesi berpantang. nek yam telah emak jemput ke rumah untuk berbengkung dan mengurut dan macam-macam lagilah. semua peralatan disediakan oleh nek yam termasuklah pilis, bedak yang tak berapa nak bedak yang berbau semacam, tungku, sup halia suam-suam, minyak panas, rebusan kunyit, dan air akar herbaneka ada semua dalam kelengkapan yang dibawa nek yam. cukup satu pakej untuk berpantang larang. dari hari kehari pemakananku semakin disekat hinggakan emak langsung tidak membenarkanku memakan lebih daripada sepinggan nasi. lauk yang aku boleh makan hanyalah makanan yang direbus sahaja. kebanyakannya adalah dari sup-sup yang berkhasiat seperti sup ikan haruan yang dipercayai mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam badan. kemudian sampai minggu yang ketiga aku berpantang, aku tidak boleh minum sebarang minuman sejuk atau panas. sampai begitu sekali pantang larang.
pagi ini aku sudah bebas dari berpantang. semalam merupakan hari terakhir. nek yam dibayar oleh emak. entah berapa agaknya kos berpantang tersebut. masih terasa pilis bedak yang saban hari menghiasi wajahku setiap malam dan siang. masih terbau bauan dan ramuan pantang.
kini aku sendirian dirumah. semua orang kota sementara sudah kembali bekerja di kota. begitu juga dengan rini yang sudah tiga minggu meninggakanku disini.
petang itu aku siapkan makanan kegemaranku. aku makan dengan sepuasnya.
##################
berkali-kali aku berkeras untuk menyegerakan hajatku supaya proses perceraian kami dipercepatkan namun begitu banyak halangan yang harus kuhadapi. sekejap dengan ayah yang jatuh sakit, sekejap tak ada kenderaan ke pekan dan macam-macam lagi. sudah dua bulan aku bersih daripada darah nifas bermaksud kami sepatutnya sudah bercerai tapi sampai sekarang Zainal tidak membincangkan apa-apa dengan ayah. bila aku tanya ayah, jawapan yang menyakitkan hati sahaja yang aku dapat. ayah kata Zainal seperti tidak mahu menceraikanku. gila!
aku tolong bancuhkan air teh panas untuk ayah yang kebetulan sedang duduk disofa diruang tamu. ayah ucapkan terima kasih untuk itu. baru aku mahu mengambil anakku yang menangis dari dalam bilik, kata-kata ayah mematikan niatku. aku terkaku dan kelu.
"Fiya, esok kita semua kena datang ke Kuala Lumpur. bapak mentua kamu suruh kita semua ke sana. along akan ambil kita disini. acik, angah dan along dah dua hari tinggal dekat sana.kamu tak ada masalah kan kalau kita semua ke sana fiya?" aku masih diam apabila ditanya. jawapan apa yang harus aku beri pada ayah.
"fiya tak tahu nak cakap apa yah.. fiya tak kuat tengok lelaki tu. fiya benci dia yah!"
"kamu tak boleh cakap macam tu nak.. walau apapun salah zainal pada kamu, dia masih suami kamu yang harus kamu hormati nur. ayah bukan nak memaksa tapi ayah cuma tak nak tinggalkan kamu sorang-sorang dekat sini. lagipun mak bapak mentua kamu nak sangat tengok cucu diorang tu. tak eloklah kalau fiya hampakan harapan mereka. fiya faham kan maksud ayah..?" ayah masih terus-terusan mengasak.
"er.. fiya masuk bilik dululah yah. Husyair tengah nangis..." aku terus melangkah.
"fiya!"
tanpa berpaling kebelakang lagi, aku terus masuk ke dalam bilik. tak ada guna aku membuat keputusan sekarang. ayah akan tetap bertegas dengaku. tidak! aku tak akan kesana sebelum kami bercerai.
aku kunci pintu. langkah kuatur kekatil. sekejap sahaja, aku sudah memeluk anakku kuat-kuat sampai aku pasti tidak ada lagi sedikitpun ruang yang memisahkan kami. aku cium pipi Husyair Razziq sepenuh cintaku. dia buah hatiku. inilah tanda kebahagiaanku suatu masa dahulu. aku harap dengan berbuat begini aku akan tenang dan anakku berhenti dari menangis.
"umi tak tahu nak buat apa sekarang sayang... umi tak tahu sayang...perlukah umi temui abah sayang..? umi pentingkah diri sendiri ke sayang...? umi benar-benar tak tahu nak buat apa sayang... tolong umi.. tolong umi..sob..sob..sob..."
aku hiraukan ketukan dipintu. aku tak mahu diganggu! aku tak nak ke kuala lumpur lagi! aku tak nak!!
"fiya... bukan pintu ni nak.. ayah minta maaf. ayah tak sepatutnya paksa kamu nak.. ayah sedar ayah salah... buka pintu ni fiya..!" suara sayu ayah diluar membuat aku bertambah sayu.
"fiya tak nak ayah! fiya tak nak ke kuala lumpur!! fiya benci dia! fiya benci dia ayah! kenapa ayah tak pernah faham perasaan fiya? fiya bencikan dia tau tak ayah! fiya nak minta cerai ayah!" aku hamburkan apa sahaja yang aku rasa. ayah diluar berkali-kali beristighfar juga menyuruhku beristighfar.
"kalau ayah paksa fiya juga, fiya akan lari dari rumah ni dan tak akan kembali ke sini lagi!!" aku jerit kuat membuatkan Husyair Razziq yang terkejut bertambah kuat menangis.
"syhhh.. maafkan umi..maafkan umi..." dalam teresak-esak aku mengucup dahi anakku berharap anakku berhenti menangis.
"jangan fikir macam tu nak. Allah akan murka hambanya yang berfikiran begitu nur. jangan terlalu ikutkan kata hati kita fiya. semua itu amalan syaitan yang sentiasa menghasut kita manusia.. ikut ayah ke kolumpu esok ya nak?"
"tak nak!! tak nal!! fiya tak nak!! fiya tak nak!!" bagaikan diriku sudah kerasukan. tangisan Husyair razziq langsung tak ku pedulikan. aku takkan berika anakku pada lelaki bajingan itu. aku tahu tujuan ayah mertuaku. Zainallah yang hasut abah. Zainallah punca segala masalah kami.
"ye nak... ye..ye! ayah tak paksa fiya dah.. tapi buka dulu pintu ni nur... ayah nak masuk sekejap aje..buka pintu ni ye nak.." aku tak tahan mendengar suara sendu lembut memujuk milik ayah. sampai begitu sekali aku dikasihi orang tuaku.
"yah... maafkan nur ayah. nur memang anak derhaka..nur tak sengaja yah..maafkanlah nur...maaf.."
"nur tak salah nak.. nur tak salah.. janganlah salahkan diri sendiri. sekarang buka pintu ni ya nak... benarkan ayah masuk sekejap saja..." sekali lagi ayah berkata terlalu lembut sehingga tangisanku tidak lagi berlagu. tangisan Husyair razziq juga semakin hilang.
"tapi ayah harus janji yang ayah tak akan paksa nur ke rumah tu lagi. ayah janji!"
"ya! ayah janji sayang.. ayah janji! percaya pada ayah.." ya! aku percayakan ayahku!
lalu aku bawa anakku ke muka pintu. aku selak telinga pintu sehingga menampakkan muka sedih ayah diluar bilik. ayah tersenyum sebak. ayah ambil Husyair razziq dari dalam dukunganku dan membawa dirinya ke dalam bilik.
"atuk sangat sayang dekat cucu atuk... janji dengan atuk jangan sakitkan hati umi cucu atuk bila cucu atuk dah besar nanti ye... umi cucu atuk ni seorang anak yang sangat baik. jadilah anak yang baik ye sayang..." dan aku menangis lagi sambil menyaksikan seluruh wajah anakku dikucup oleh ayahku. apabila ayah menegurku supaya berhenti menangis, aku terus meluru kearah ayah yang duduk dibirai katil. lalu aku melutut didepan ayahku dan menyembamkan mukaku yang basah kepeha ayahku.
terasa rambutku dibelai sayang penuh kasih. aku benar-benar menangis habis kali ini.
###########
selesai masalah tempoh hari, datang pulak masalah baru yang langsung tak ku jangka. hampir-hampir aku pengsan dengan kehadiran orang kota di rumahku. aku tak sangka, bapak mentuaku akan bertindak sampai begitu sekali. aku benar-benar terkejut dan tak dapat terima kenyataan bahawa abah,mama,Zainal,kak farah, abang anuar, abang faiz,kak hidayah, raqy, najwa,aiman dan banyak lagi anak kecil datang berkampung di rumah. aku terus berkurung didalam bilik sebaik sahaja bersalaman dengan mereka semua termasuklah 'sidia'. ah! benci. kalau mama atau abah tak ada disini, dah lama aku halau satu keluarga tu.barang status tetamu sekalipun, aku tak suka tengok muka lelaki tu. pura-pura bermuka sembab dan sengaja menayang wajah polos konon-konon tak salah. uweekk.. nak termuntah aku. lelaki inilah insan yang berzina dengan betina sundal dulu! lelaki senteng! betina sial! dua-dua sial!!
sampai petang aku asyik berkurung dalam bilik. aku harap mereka faham dengan keadaanku. aku sudah beritahu emak akan itu juga pada ayah. harap-harap mama sudah diberitahu. wanita penyayang seperti mama pasti faham dengan perasaanku. aku harap abah juga berbuat sama.
tuk! tuk! tuk!
"siapa?"
aku terus elokkan posisi baring. Husyair Razziq sedari tadi bergilir-gilir didukung oleh keluarga zainal. aku berikan kesempatan buat mereka hanya untuk sekali ini.
"ini mama, fiya... boleh mama masuk?"
"erm..masuklah ma! tolak aje pintu kampung tu..." kemudian aku duduk diatas tilam sambil membetulkan rambut yang berselerakan. lama betul aku berbaring tadi semata-mata protes pada ayah yang tidak memberitahu akan kehadiran mereka semua sekeluarga pagi tadi. dan aku tak makan tengahari tadi cuma sembahyang zohor bersama-sama.
"razziq nangis tadi sebab tu mama ke sini. mungkin cucu mama lapar tak!" mama masuk dan menutup kembali daun pintu. dengan senyuman kurang manis dibibir, mama menghampiri katil. aku sambut huluran tangan razziq yang sudah berusia lebih dari empat bulan. mama duduk dibirai katil sambil matanya merenung perbuatanku.
"fiya..."
"hrmm..?"
aku biarkan mama yang bermain dengan perasaannya sendiri. kususukan husyair razziq didepan mama. nak malu apa dekat mama. she used to fed her child back many years ago! right?
"mama tak tahu nak cakap macam mana tapi sukar untuk mama sebenarnya nak bagitahu dekat fiya.." mama nampak sangat-sangat teragak-agak.
"ada apa ma?"
hati dan jiwa aku rasa tak tenang.
"zainal nak stay dekat sini untuk satu malam ni... ma.."
"apa ma?? zainal nak tidur dekat sini??" hampir aku jadi arwah.
melihat anggukan mama mengesahkan lagi apa yang aku dengar tadi adalah benar-benar belaka. entah bagaimana aku boleh bersetuju dan membenarkan zainal untuk tidur disini malam ini. ya Allah apa aku dah buat!
sebelum mama dan yang lain berangkat pulang, aku sempat bercerita dengan kak farah dan ipar-ipar ku yang lain. aku meminta maaf sangat-sangat dengan mereka kerana bersikap biadab sangat dan sangat. mujur mereka semua memahami. mungkin mama sudah memberitahu akan keadaanku. menurut iparku, zainal menjadi seorang yang pemurung setelah pemergianku. shasha juga sudah tidak lagi bersama dengan zainal. itu kata mereka, dibelakang mereka entah sudah berapa kali sudah puas bermain asmara. sampai mati aku tak percayakan cerita iparku yang tentu sahaja mahu membela adik kandung mereka sendiri. aku terima cerita itu dengan lakonan yang berjaya namun dalam hati siapa yang tahu. aku memang terlalu hipokrit.
aku sempat peluk raqy dan adik-adiknya yang comel semuanya. mama membisikkan agar aku bahagia sebelum mama naik kedalam kereta mewah mereka. aku melambai tangan sampailah kereta mewah itu bilang dari pandangan mata sekaligus meninggalkan seorang 'beruang koala' yang berserabai dengan jambang, dan janggut osama bin laden di rumah ini. aku dah tak kenal wajah suamiku. zainal benar-benar bukan dirinya yang sebenar. adakah aku yang menyebabkan perubahan teruk sampai sebegitu sekali? akukah insan yang bertanggungjawab itu? akukah??
###################
sejak dari petang tadi sampailah waktu malam, aku tak langsung tegur zainal. pada mulanya zainal kutolak keluar dari bilik apabila aku ternampak dirinya berada didepan pintu. tak tahu malu! ada hati nak satu bilik dengan aku. huh!! never!! aku takkan benarkan.
"biarlah suami kamu tidur kat dalam bilik kamu nak... takkan nak biarkan dia tidur kat ruang tamu pulak! boleh ye nak..?"
"ayah!! fiya tak nak!! fiya tak nak!!"
ikutkan hati, aku tendang perut zainal yang buat muka innocentnya disebelah ayah. kerana dia ayah sudah mula menyebelahkannya. aku benci dia!! aku benci dia!!!
"berdosa kamu buat macam tu dekat suami kamu fiya!! mak tak pernah ajar anak mak macam tu apatah lagi dengan suami sendiri!!" emak yang terpacul dari dapur menghampiri kami dengan kata-kata pedasnya. ah! peduli aku!!
"no way! fiya takkan benarkan mak!"
"fiya!!"
terkejut aku dijerit oleh emak begitu. pertama kali dalam sejarah hidupku.
"imah, sabar sikit boleh tak? husyair kan tengah tidur tu!" kali ini aku dah tak sabar.
aku tengok muka zainal tak ubah macam penyangak dijalanan kampung. kerana dirinya, aku menderita. kerana dirinya anakku tidak mendapat kasih sayang abahnya. kerana dirinya emak dan ayah pernah membenciku. kerana dia emak dan ayah selalu bertelingkah. kerana dialah perosak segala-galanya!!
"pergi!!!!!!!!pergi kau dari hidup aku!!! pergi!!!" aku tolak tubuh zainal sampai jatuh dan dia mengaduh. tertiarap zainal diatas lantai. aku ketawa kerana akhirnya aku berjaya!!
pang!!!
"aduh!!"
spontan aku pegang pipiku yang tiba-tiba terasa kebas. pijar sekali rasanya. tawaku mati dek kerana itu.
"mak benar-benar kecewa dengan kamu saffiya!! mak benar-benar sakit kerana kamu!!" berdesing-desing telingaku bagaikan dihempas dengan kaca. berdengung yang sangat menyakitkan serta melukakan perasaan. melihat airmata yang keluar begitu deras dari mata emak menyebabkan aku tersentuh sedalam-dalamnya. aku tunduk terkulai layu.
"mak...fi..fiya.."
"cukup!! cukup!! mak tak nak dengar alasan kamu!! perangai kamu benar-benar dah keterlaluan!! minta maaf dekat suami kamu!! cepat!! selagi kamu tak minta maaf, mak tak akan maafkan kamu!! mak akan anggap kamu anak derhaka!!"
"mak!!"
"imah!! kenapa cakap macam tu?"
"biarkan dia bang!! imah tahu apa imah buat! abang jangan cuba masuk campur!!"
mak tinggalkan kami dalam persoalan yang bagaikan neraka. tubuh yang sedia lemah terkulai diatas lantai.
"nur..."
"jangan..." tangan menolak ayah dari mendekati diriku. tangan ini telah membuatkan diriku derhaka pada suami dan emakku. tangan ini berdosa. tangan ini lantas menangis sayu kerana telah banyak berbuat salah. tangan ini memukul lantai seakan-akan dengan cara ini tangan ini bisa berubah.
aku menangis semahu-mahunya. aku dah tak peduli ayah yang turut sama menangis didepanku lalu kupeluk kakinya. aku terasa selamat dengan ayah. tapi kenapa kaki ayah jadi besar? ah!
"mak dah tak sayangkan nur ayah... mak dah bencikan nur yah... tolong nur..tolong maafkan nur mak..." terasa tubuhku ditarik berdiri dan tubuhku dipeluk eratnya. bau itu seperti bau badan zainal. tak mungkin!
terasa wajahku dikucup-kucup begitu juga dengan kepalaku. bila terasa kelainan, aku lantas buka mata dan mendongak sedikit.
"zainal!!!"
"syhh... i just want to comfort you...please.. izinkan abang memeluk dirimu sayang.."
"tak nak!! fiya tak nak!! lepaskan aku!!" aku tumbuk tampar dadanya. bagaikan kebal, zainal tidak melawan namun tidak merungkaikan pelukan.
"ayah tolong!!! fiya tak nak kena peluk lelaki ni!! tolong fiya ayah!! tolong fiya mak!!" aku sedar dengan keadaanku yang terlalu lemah semangat, aku tak dapat meronta.
"aku tak rela dengan sentuhan ini!! aku takkan ikhlaskan setiap sentuah ini!! aku benci kau zainal!! aku benci kau!! kenapa kau sakitkan hati aku?? kenapa zainal?? kenapa aku buat aku begini??"
"maafkan abang...."
"shut up!! shut up!! jangan bersuara apapun!! i hate it!! i hate you zainal!!" ta berhenti-henti tanganku memukul dadanya sampailah aku tak berdaya untuk memukul. akhirnya aku menangis semahu-mahunya dalam pelukan erat zainal. aku bencikan dirinya namun aku perlukan pelukan dari seseorang. aku bencikan dirinya lantas aku terasa mahu membunuhnya.
"i miss you.. i miss you so much...i miss every single moment that we had during in past... i loved it dear.. i loved it so much... maafkanlah kesalahan abang... abang tahu abang banyak salah.. im sorry for all that.. abang janji akan bahagiakan sayang... just give me on more chance and sayang akan hanya tersenyum selepas ini... i love you so much.. so much and no words can describe it...please apologize me..." cupp!
"eii!! jangan gatal boleh tak??"
"sayang cantik sangat sebab tu abang tak dapat tahan...hehehe" eiii!!! mamat ni!!
"gila!!"
"yes! abang gilakan sayang...."
"just shut up zainal!!"
"abang hanya akan senyap setelah abang berjaya dapatkan semula cintamu sayang.."
aku tak hiraukan bisikan zainal. palsu!! palsu!! palsu!!
"dudukkan isteri kamu disofa tu zainal!"
entah bila emak keluar dari biliknya. aku pandang muka emak dengan wajah dan hati yang sayu. emak dah tak sayangkan aku lagi...
"lepaslah! i can do by my own!" rengusku marah apabila zainal cuba mendudukkanku diatas sofa namun tatkala melihat emak yang merenungku begitu tegang, aku menyerah pada zainal.
perlahan-lahan aku didudukkan diatas sofa sebelum pipiku dicium. ya Allah lelaki ni!!
zainal berambus entah kemana dan seminit kemudian, zainal kembali dari dapur dengan air kegemaranku. horlicks suam campur secubit milo. ada senyuman yang aku tak nak tengok tersungging diwajahnya.
"minum air ni sayang..."
begitu lembutnya bahasa yang digunakan zainal. aku mahu tepis gelas kaca yang disuakan kemulutku namun ada sahaja halangan. emak sekali lagi melukakan hatiku.
"minum air tu fiya... cuba hargai usaha suami kamu sikit!"
tidak mahu berbalah dengan emak, aku minum air yang zainal buat sampai habis. aku memang rasa dahaga sangat. usai minum, aku terus mendapatkan ayah yang duduk disebelah emak. aku mahu menangis lagi dalam pelukan ayah. mak tolak tubuhku sebelum sempat aku memeluk ayah.
"tu suami kamu lebih perlukan kamu dari ayah kamu. ayah kamu milik mak! dah.. pergi peluk laki kamu sendiri..."
"imah..."
"sampai hati mak..."kali ini aku benar-benar tidak dapat menampung beban perasaan. aku berlari masuk kedalam bilik dan tak sempat menutup pintu bilik akibat terlalu sedih. aku peluk tubuh husyair Razziq kuat-kuat. aku menangis dan menangis. satu kerja yang cukup gila.
##############
aku tersedar dari tidur apabila terasa tubuhku begitu sejuk. dalam keadaan mata yang masih terpejam, aku dapat merasakan tubuhku bogel. malah ada tangan yang sedang memelukku. aku tahu aku sudah terperangkap dengan perasaan sendiri.
lalu dipagi yang begitu hening, aku menangis tak berlagu. aku rasa sungguh menyesal terlalu cepat diperalatkan zainal. hendak kembali kepangkal kayu api sudah tidak berguna lagi. semuanya sudah menjadi arang. aku takut benih zainal bersenyawa didalam rahimku diatas perbuatan kami semalam. aku takut. aku takut..
kerana peristiwa semalam, aku hanyut dalam mainan kata zainal. kerana kata lelaki memang manis dan aku terkena umpannya. aku memang murahan. aku perempuan murahan. allah.. tolong hamba... wajarkah hamba rasa bersalah setelah lama tidak bersama dengan suami? salahkah hamba yang masih menginginkan belaian mesra dari seorang lelaki ya allah? tell me ya allah!!
"sayang..."
"kenapa ni..?"
aku tak mampu bersuara. aku keliru buntu. aku malu padanya.
"i love you..."
tak! itu tak mungkin!! tak mungkin!!
"i missed our moment last night... we.."
aku tutup telingaku serapat-rapatnya. tak sanggup telinga ini mendengarnya. aku awal-awal lagi sudah kalah. tapi kenapa aku begitu mudah kalah? kenapa aku mudah menyerah kalah dengan pujukan rayuan zainal?? kenapa tuhan??
"kita tak akan berpisah lagi.. i won't divorce you... i won't!!"
apa daya yang aku ada??
"i will not marry her. i won't. i just only wanna live with you and our children.."
"stop zainal... don't say anymore..tolonglah i.."
zainal terus terdiam. kepala ini menggeleng-geleng. aku tak percayakan dirinya. semua itu palsu.
"jangan banyak berjanji! i tak suka and i hate it so much!!"
"tapi.."
aku lepaskan diriku dari dalam pelukannya. rimas!! rimas!1
"tak ada tapi tapi.. thats the truth zainal!! and you had proven to me that i am right!! perlakuan you yang curang telah membuktikan janji you tak boleh dipakai langsung!" aku turun dari katil dalam keadaan tidak berpakaian dan aku keluarkan tuala bersih dari dalam almari. kemudian aku balut tubuhku dengan tuala putih tadi. kebiasaan yang sudah tidak menjadi kebiasaan sejak peristiwa hitam itu. aku jenguk anakku yang tertidur didalam buaiannya. sahlah zainal yang alihkan anak aku kedalam buaian dari atas katil semalam semata-mata mahu meminta aku melayani nafsu lelakinya. ah! aku benci!!
"no! that's not rue sayang... it's only just misunderstanding sayang...abang tak pernah pun..."
"enough zainal!! enough!! i dont want to hear anymore! enough any single words from you! you're liar!!" suaraku masih terkawal. tidak mahu didengari emak atau ayah juga tidak mahu mengejutkan anakku yang tertidur begitu lena dalam keadaan kelam begini.
"sayang...abang tak.."
"enough!!" aku pintas kata-katanya. memang aku nampak sangat melampau!! dia yang jadikan hatiku begini!! dia yang palitkan kotoran dalam jiwa isterinya!! dialah segalanya yang memusnahkan segalanya!!!
"syyhh...sayang... jangan jerit kuat-kuat nanti our baby tbngun...kang nanti sayang jugak yang susah.."aku mula berasa cuak apabila bayang-bayang zainal bangun dari katil.
"Husyair anak i not yours!"
"is it dear?"
malas aku nak jawab soalan tidak berfaedah. zainal berjalan mendekatiku.
"stop there!! kalau tidak.."
"kalau tidak, apa sayang? kalau abang nak juga, macam mana sayang?"
ya Allah!!
"i akan jerit kuat-kuat!! don't ever you challenge me zainal!!"
"oh ya? abang tak pernah tahu yang isteri abang ni.."
"sebab itu you have to go and stay away from me!!" potongku terus.
"jangan terlalu yakin pada diri sayang... abang takut satu hari nanti bila sayang tahu cerita yang sebenarnya, sayang akan menyesal dengan apa yang abang cakap ni... mungkin masa itu abang dah susah hendak memaafkan sayang..."
"you're talking ridiculous zainal!! i takkan percaya kata-kata you lagi!! i won't!!"
"okay... then let's go to bed. jom kita sambung semula aksi kita semalam. dah lama sangat tak 'bersama' dengan you darling... i really miss it..." aku tekup kedua telingaku. dikesempatan itu zainal terus menyambar tubuhku dan dicempung dibawa kekatil.
aku menjerit kerana terlalu terkejut.
bersambung....
p/s: sorry guys sebab lambat masukkan new n3. just free from minggu yang very the buzy. sorry banyak2 guys.. ceh.. macam banyak sangat yg baca walhal just seeokr je yang sudi baca pun! haha... terambik lawak jozan lah pulok!!
and one more thing... sedutan episod lalu would be sedutan untuk n3 18...
Saturday, April 21, 2012
teaser Bab 17 jauh aku berlari
sekadar teaser bab 17...
Jauh aku berlari..
satu persatu anggota tubuh badan si kecil kuperhatikan penuh minat. apa yang aku nampak, mukanya hampir seratus peratus mewarisi abahnya. aku hanya menurunkan genetikku pada bahagian bibirnya. bentuk bibirnya mengikut kombinasi bibirku dan bibir Zainal disitu. telinganya yang tirus menjunam kebawah dan meruncing keatas di copy and paste dari Zainal. keningnya yang cantik terbentuk tak padan dengan bayi lelaki nampak tajam dan seperti dicukur. alis matanya yang lentik dan panjang ternyata diwarisi dari sisi Zainal juga. apatah lagi matanya yang bersinar tajam sewaktu merenungku, juga bundar dan berwarna kebiruan dan sedikit kehijauan apabila dalam keadaan samar-samar benar-benar diwarisi daripada abahnya. cukuplah aku katakan anakku seperti kembaran Zainal yang diturunkan menerusi zuriatnya. alangkah besarnya kekuasaan tuhan semesta alam yang menciptakan dunia ini. moga aku dapat memelihara anakku, zuriatku, tempat tumpahnya seluruh kasih-sayangku ini dengan sebaik-baiknya. aku terlalu mengasihinya selepas yang wajib aku sayang. aku butuhkan cintaku dan kasihku ini bersambut oleh anak kecilku. dialah anakku yang kami sekeluarga sepakat memberi nama Syeikh Muhammad Husyair Razziq bin syeikh Muhammad Zainal Rasheed. nak tak nak, aku harus letakkan pangkal nama anakku dengan lambang keturunan bangsawan arab itu. bukti aku dulu pernah hidup bersama dengan seorang lelaki yang bertaraf jutawan. apa yang aku harapkan sekarang agar aku dapat membesarkan anakku dengan sepenuh kasih sayangku.
Subscribe to:
Posts (Atom)