Wednesday, June 13, 2012

jauh aku berlari bab 19

       Jauh Aku Berlari

      Bab 19


    -Kau yang Aku Rindu Dan Akan Selalu Merinduimu-
                                                   
                                                               --____ with love- Sy. Muhammad Zainal Rasheed--


      BAB 19

  
       aku duduk dianjung rumah. dilantai anjung rumah sebenarnya dalam erti kata yang lebih tepat. Husyair Razziq sudah kutidurkan terlebih dahulu didalam buaiannya. ayah masih berada disawah manakala emak berada diladang. petang-petang begini mengingatkan kembali kisah kanak-kanakku apabila terpandangkan sawah yang terbentang luas didepan mata.

    sesekali angin dari sawah yang dingin menyapa kulit wajahku. terasa nyaman dan menenangkan fikiran. pakaian kerja zainal yang sudah lama tersadai didinding anjung rumah juga turut sama terbuai-buai mengikut tolakan mata angin. sudah seminggu zainal tidak keluar bekerja menolong ayah dan emak disawah padi dan di ladang. tadi Zainal masih tidur di dalam bilik kami memandangkan kesihatannya yang merosot akhir-akhir ini. selera makannya juga merosot. zainal tidak langsung menjamah sebarang makanan dari pagi tadi. aku sudah siapkan buburnya tengahari tadi tetapi zainal enggan mahu makan walaupun sudah banyak kali aku pujuk. aku rasa mungkin sebab terlalu lama berendam didalam air sungai sewaktu kami berkelah hujung minggu lepas menyebabkan dia mendapat penyakit. mahu aku khabarkan pada mama yang jauh di kuala lumpur sana tetapi zainal melarang sama sekali. dia tidak mahu merisaukan mamanya. lagipun baru dua minggu lepas mama menjenguk kami sekeluarga di sini bersama-sama dengan ahli keluarga zainal yang lain termasuklah raqy dan adik-adiknya. mama nampak gembira melihat perkembangan hubungan kami suami isteri yang semakin baik.

    sesekali aku mengeluh juga. aku khuatir kesihatan zainal melarat-larat. demamnya walaupun tidaklah teruk mana namun tidak mahu kebah-kebah biarpun sudah seminggu demamnya menyerang. kami sudah keklinik kesihatan yang terdekat dikampung sebelah untuk mengambil ubatnya seminggu yang lepas tapi tak juga sembuh demamnya. ayah juga ke pekan untuk membeli ubat-ubatan dari farmasi namun tetap sama. badan Zainal semakin susut dari hari ke sehari. risau juga aku dibuatnya. Nek yam juga ada datang menjenguk keadaan suamiku dengan tujuan pengubatan tradisional tapi Nek yam diam sahaja dan tidak mengulas apa-apa kecuali mengatakan suamiku terkena demam biasa sahaja. tapi dari pemerhatianku, Nek yam bagaikan ada menyimpan sesuatu yang aku tidak tahu. berdasarkan daripada raut wajahnya membolehkan aku meneka ada sesuatu yang tidak kena dengan nek yam. tapi Nek yam memang begitu. fahamlah aku.

   kaki yang melunjur lesu diatas lantai kugoyang-goyangkan. sebenarnya aku bosan dengan keadaan sekarang. semuanya berantakan dan celaru. tapi semuanya aku pendam sahaja dalam hati. tidak mahu menampakkan apa yang aku rasa dimata umum. biarlah aku sendirian yang menanggungnya.

   banyak yang aku fikirkan sebenarnya. masalah antara aku dan zainal yang masih belum selesai. masalah antara aku dengan Shasha yang juga belum pernah terbincang dengan mana-mana pihak. masalah antara perasaanku yang saling bertingkah mahukan itu dan ini sedangkan aku menafikan dan menidakkan. ah! terlalu banyak yang harus aku selesaikan dalam waku yang singkat ini.

  aku bangkit dari lantai dan mengorak langkah masuk ke dalam rumah. tuala bersih yang menutup rambutku terlebih dahulu aku sangkutkan pada satu penyangkut yang sudah siap tersedia didinding ruang tamu sebelum punggung yang masih padat ini kulabuhkan diatas sofa. aku 'on'kan tv sebelum menapak masuk kedalam ruangan dapur untuk membancuh segelas air teh kurang gula. siap membancuh air, aku kembali semula ke ruang tamu yang terletak bersebelahan sahaja dengan muka pintu dapur. dalam pada mataku yang memandang kaca layar perak dihadapanku, fikiranku melayang-layang tanpa ada batasan. tanpa aku mengawalnya.

   sebulan sudah berlalu namun hubungan kami masih belum menampakkan sebarang perubahan. kami masih mesra seperti dahulu namun sudah kurang rencahnya. aku yang sendiri mengurangkan kemesraan diantara kami. aku yang sengaja mengehadkan takat mana perasaan aku yang semakin bercambah buatnya. aku sebenarnya masih ragu. tanpa penjelasan yang terang dan jitu, hatiku masih menyimpan sedikit rasa was-was yang sebenarnya itulah punca aku jadi begini. Zainal masih seperti dulu. meminta aku menjadi isterinya semula dalam erti kata yang sebenarnya. tapi satu yang kupinta darinya agar dapat memperjelaskan dengan kadar segera rahsia yang masih disimpannya. aku tidak akan meminta kerana aku hanya mahukan dia yang datang sendiri padaku dan menceritakan semuanya padaku.
 
      bohonglah sekiranya aku katakan yang aku sudah sepenuhnya bebas dari ditakuk perasaan negatif yang tidak sudah-sudah. ini semua gara-gara baru-baru ini aku mendapat panggilan daripada seseorang yang tidak aku kenali dan mengugutku untuk meruntuhkan perkahwinanku dengan Zainal. aku syak dalangnya adalah perempuan itu, Shasha Dato' karim yang tidak henti-henti mahu mendapatkan cinta dan belaian hangat dari batang tubuh gagah suamiku. aku tahu sangat kemahuan jiwa perempuan muda seperti Shasha. jenis perempuan seperti mereka yang dibesarkan di bandar dan mengamalkan hidup ala-ala kebaratan sememangnya mahukan dambaan seorang pria yang mantap dari semua segi. baik paras rupa, ketinggian, kekayaan, harta, pangkat dan paling penting kepuasan batin mereka. inilah budaya perempuan bandar zaman sekarang walaupun tak semuanya macam itu. tapi kebanyakannya memang begitu pun. dan tak semena-mena aku terus matikan telefon dan sampai sekarang masih menyimpan rahsia itu seorang diri. tidak akan ku ceritakan pada Zainal atau pada siapa-siapa tentang hal ini. biar pecah di perut asal jangan di mulut. aku genggam prinsip tersebut.

    seminggu yang lepas juga setelah kakiku sembuh sepenuhnya dari luka-luka dan kudis disekitar tapak kakiku, aku dan sekeluarga berkelah di pinggir sungai yang mengalir jernih. kami memasak nasi dan memanggang ayam. tak lupa jugak memasang khemah khas untuk anak kami, Husyair Razziq yang sewaktu anakku itu mahu tidur dan mahu lindungi anakku daripada sebarang gigitan serangga yang berbahaya. aku, Zainal, mak, ayah, along, adik-adiknya Rini dan beberapa lagi orang kanak-kanak yang suka berkeliaran dikawasan sawah turut menyertai perkelahan kami kali ini. dalam masa itu juga, aku mencuri-curi pandang suamiku yang sepanjang masa bermuka ceria. mak dan ayah jugak sama. malah husyair Razziq juga tidak sekali pun merengek waktu itu. semuanya indah-indah belaka. kanak-kanak kampung yang hanya mengenakan seluar dalam sambil berenang-renang ke tepian mengingatkan aku pada kenangan kami diwaktu kecil-kecil dulu. aku, rini, arwah mila, umar, ajim dan jaja dan kekadang angah dan usu selalu menghabiskan masa dengan berkelah di pinggir sungai kampung kami ini. kadang-kadang sampai setiap hujung minggu kami akan berkelah disini. tak pernah sekalipun aku terasa bosan. dan sekarang dengan kehadiran anakku disisi lagi menambahkan keseronokan yang kualami.

   "Allahuakbar!"

aku terjerit kuat apabila tiba-tiba ada lengan yang melingkar di bahuku. mahu rasanya jantung ini jatuh melurut kelantai. sampai semput nafasku dibuatnya. nasib baik aku bukan jenis yang suka melatah orangnya. tidak seperti harlini binti ustaz kasbul dan suku sakatnya. terus aku berkalih memadang empunya tubuh yang agak panas berbahang. aku sudah dapat mengagaknya. siapa lagi kalau bukan suamiku yang sentiasa tampil nakal. aku terus leraikan tangannya tanda protes. sebenarnya rasa marah itu tiba-tiba sahaja hilang tatkala melihat raut wajahnya yang lesu dan cuba untuk beriak ceria namun tidak dapat.

    "apa abang buat ni?? kalau fiya jatuh pengsan tadi macam mana??" sergahku geram sangat-sangat. telinganya aku capai dan aku piat sampai dia mengaduh manja.

   "abang dah tegur sayang banyak kali tadi tapi sayang kuat sangat mengelamun...so, abang pun kenakan sayanglah.." serak suaranya namun masih pandai bergurau nakal.

   "oo... macam tu ye...?" makin kuat aku piat telinga kanannya dan aku rasa mungkin sudah merah padam. hahahaha...

   "yang.... sakit..." rayu zainal perlahan. aku jungkit kening. rasakan! ada hati nak kenakan kita ya?

   belum sempat aku mahu meraikan kejayaanku, zainal sudah memeluk pinggangku. kali ini barulah aku lepaskan piatan pada telinganya setelah pinggangku pulak yang dipeluk dan digeletek. ya Allah bengangnya aku!

   "abang!! janganlah... geli lah bang!!" mau tak mahu, aku terpaksa gelak kerana dipaksa. ini semua kerana pingganku digeletek. walaupun tidak kasar tetapi masih menggelikan. mestilah aku tergelak sama apabila merasa kegelian. aku tersepit antara tubuh zainal dan dinding sofa. zainal menolak dadaku perlahan membuatkan batang tubuhku terlanyak begitu sahaja diatas sofa. zainal terus menindihku dengan batang tubuhnya yang bogel. mujur tidak begitu berat dan hanya sipi-sipi sahaja tepi tubuhnya yang menindihku. selebihnya tubuhnya juga terdampar diatas sofa. sama sepertiku. tapi agak kasihan juga melihatnya yang nampak tidak bermaya tetapi masih mahu bercanda denganku. wajahnya juga nampak sedikit cengkung. aku tahu zainal hanya mahu bermesra denganku. sudah lama rasanya kami tidak bermesra seperti ini. aku rindu...

   "peluklah fiya..." pintaku luar daripada kesedaranku dan tindakan zainal terhenti serta-merta. dia mencari mataku. berkelipkelip mata redup itu ku nampak. terkejut ke?

    Aku peluk pinggangnya erat-erat dan membenamkan mukaku kedadanya yang tidak berbaju. tubuhnya tetap sahaja berbau harum walau dalam keadaan sakit demam seperti ini. saja nak bermanja dengan dia walaupun aku tahu zainal masih lemah daya batinnya dan kudratnya direntap pergi. teruk benar demamnya sampai seminggu aku tak disentuhnya. tak pernah dalam sejarah zainal melepaskan ikan yang berada dalam pelukannya begitu lama tanpa mengusik apa-apa.

   "tak nak hug i ke?" soalku lagi bersama sebuah senyuman yang cukup manis dan aku boleh merasa betapa bibirku melebar. rasanya inilah kali pertama aku menggedik dengan suamiku setelah peristiwa hitam dulu. zainal membalas senyumku.

   dan tanpa suara zainal meletakkan kepalanya dibelakang kepalaku dan mencium tengkukku sebelum perlahan-lahan lengannya melingkar dipinggang. zainal mengengsotkan tubuhnya sedikit ke belakang dan membelakangkan tubuhku agar menghadap televisyen. dan sekali sauk, tubuh kecilku lemas dalam pelukan hangatnya. terasa benar bahang dari tubuh badannya yang demam. tangan zainal bermain-main dengan perutku.

   "sayang baik sangat dekat abang... abang suka sayang buat abang begini. abang beruntung sangat dapat isteri seperti sayang.. i love you co much fiya..."

    aku diam. zainal diam.kami diam. senyap tak bersuara. hanya kedengaran nafas masing-masing yang beralun tenang bercampur dengan suara maya karin dalam ombak rindu yang merayu-rayu agar tidak dipengapa-apakan oleh suaminya, aaron aziz. dapat kurasakan panasnya nafas zainal yang mengusap tengkukku.

   "abang nak makan ubat yang...tekak abang perit sangat..."

mendengar ucapan daripada zainal begitu, aku segera meleraikan pelukan dan duduk dari baring. aku duduk bertentangan dengannya. dahinya ku jamah dengan belakang tanganku. masih panas.  matanya begitu kuyu dan sedikit berair. kalau demam memang beginilah keadaannya. lesu tubuhnya yang hanya mengenakan kain pelikat berwarna kehijauan. dadanya berombak lemah dan tidak tenang. kasihannya aku melihat dirinya dalam keadaan sedemikian.

   "kasihannya abang..." aku terkeluh tanpa kusedari. zainal mengukir senyum yang tidak seberapa manis. tangannya yang menjamah dahinya digenggam kemas lalu dibawa kebibirnya dan dikucup perlahan. aku terharu. begitu cepatnya perasaan wanitaku terhibur. beginilah sifat semulajadi seorang wanita. mudah terleka dengan sentuhan kasih dari seorang lelaki yang dicintainya.

   "abang laparlah yang... perut abang rasa pedih sangat dari tadi. boleh tak sayang bawakkan bubur yang sayang masak tadi..?" aku pantas mengangguk. perlahan aku melepaskan nafas mengah. aku elus pipinya yang berbahang. kasihan benar keadaan suamiku.

   "baik bang... tapi sebelum abang makan ubat, abang kena makan nasi supaya dapat mengalas perut abang tu. tambah-tambah lagi abang tak makan sikitpun waktu sarapan pagi tadi. abang makan dulu okey.. lepas tu baru abang boleh makan ubat"

   zainal sekadar mengangguk. memang itu yang dikehendakinya sebenarnya. tangannya sekejap meramas-ramas kepalanya. rasanya aku perlu mandikan zainal dengan air sejuk agar suhu badannya dapat dikurangkan. aku membantu mendudukkan zainal dari pembaringannya. berat dan semakin berat apabila zainal payah untuk duduk.

   "duduk sini dulu. fiya nak ambilkan bubur untuk abang..." aku usap kepalanya dan menguak rambut didepannya yang berjuntai-juntai sampai mengena kelopak mata. aku cum dahinya. panas!

   "okey yang..."

   terus aku berlalu menuju kedapur untuk mengambil bubur untuk zainal. sebelum itu aku panaskan terlebih dahulu bubur tersebut.

   aku menapak semula ke ruang tamu setelah siap menyediakan semangkuk bubur berkhasiat untuk zainal. ada sedikit madu ku tambahkan didalamnya untuk membuka seleranya. zainal leka menonton siaran televisyen sehingga tidak menyedari kehadiranku disebelahnya.

   "bang..."

aku sentuh bahunya. dengan lemah zainal menoleh. aku unjukkan bubur yang berada ditanganku dan mengangguk kecil.

   "abang nak sayang yang suap..." pintanya lembut tapi manja. aku angguk perlahan. tak apalah.

   "hurmm..."

   aku duduk disebelahnya. zainal membetulkan posisi duduknya agar tubuhnya menghadapku. perlahan-lahan aku mulai menyuap bubur tadi kedalam mulutnya. aku tahu seleranya kurang namun aku pasti zainal cuba menghabiskan bubur yang semangkuk kecil saja ini.

   "nak minum..." ajunya pula setelah menghabiskan semua bubur dalam mangkuk. aku angguk. mangkuk yang telah kosong kubawa bersama ke dapur dan kuletakkan kedalam singki. secawan air kosong ku tuang kedalam gelas kaca dan membawanya ke ruang tamu. aku iysaratkannya agar menunggu seketika sementara aku mengambil ubat panadolnya didalam laci almari dalam bilik kami.

   aku ajak zainal mengambil angin dianjung rumah setelah beberapa ketika kami berehat diruang tamu. kami duduk ditempat yang sama sewaktu aku duduk disini tadi. zainal nampak sedikit bertenaga. eloklah...

   "bang..."

zainal sekadar menoleh tanpa membuka mulut. aku menyandarkan kepalaku pada bahunya. terasa lengan zainal perlahan-lahan memelukku erat dalam bahunya. kelapaku terasa disentuh dengan bibirnya. keadaan menjadi hening. suara-suara ceria kanak-kanak kampung yang bermain layang-layang dan wau sesekali mengusik gegendang telinga. walaupun dari kejauhan sahaja bunyinya. bendang yang luas dihadapan rumah ini amat menenangkan penglihatan mata bagi sesiapa sahaja yang melihatnya. sudahnya aku melupakan sahaja hajatku untuk bertanya. aku mahu tenang dalam pelukan suamiku. lagipun tidak ada sesiapa yang akan melihat kami dalam keadaan begini. lainlah kalau mereka naik keatas rumah. tapi rasanya emak dan ayah akan pulang sedikit masa sahaja lagi. aku mahu tidur dalam kehangatan tubuh suamiku. kalaulah aku mampu melenyapkan semua masalah hari ini juga.. kalaulah.. dan kalaulah...

   hari ini merupakan hari perceraian kami seperti yang sudah dijanji. Zainal datang kekandang mahkamah dengan ditemani keluarga kekasihnya dan juga keluarga mentuaku. aku ditemani oleh keluargaku dan juga rini dan tidak lupa sikecil yang berada dalam pangkuanku.

   aku bersalam dan bermaaf-maafan dengan ahli keluarga zainal. mengharapkan tiada permusuhan diantara dua buah keluarga termasuk keluarga 'baru' zainal. dato' karim dan isterinya turut sama datang. itu sudah tentu untuk meraikan kejayaan mereka membolot zainal daripadaku.

  ambiklah... aku dah taknak jantan kotor itu!

   lagi banyak jantan diluar sana yang menungguku. setakat zainal, dipasar pun aku boleh cari. hahaha...

    "saya syeikh muhammad zainal rasheed bin syeikh mahmud dengan bersaksikan orang tua saya, dengan ini menjatuhkan talak kepada isteri saya nur saffiya alya binti kahar imran dengan talak satu. maka bebaslah dia daripada hubungan kami"

     sudahnya, sekali lafaz sahaja aku sudah menjadi janda muda.

    maka, secara tidak langsung anakku secara tidak rasmi menjadi anak yatim kerana ku tahu zainal tidak akan pernah lagi bertandang menjenguk anaknya yang jatuh dalam penjagaanku.

    pahit!

   ya memang pahit... namun itulah air liur yang harus kutelan jua. biar pahit ditenggorok, jangan pahit diperut. siapa tak sedih dengan perceraian kami yang baru sahaja habis berlangsung dengan jayanya. dan zainal berlalu begitu sahaja dengan kekasih hatinya tanpa sedikitpun menoleh lagi kearah kami.

   pergilah zainal... pergilah jauh dari hidupku.......

aku tak memerlukan dirimu dalam hidupku lagi......

   aku peluk anakku yang sudah lebih tujuh bulan usianya. sudah lama aku habis edah tapi entah apa masalah diantara ayah dan zainal, maka terpaksa proses perceraian ditangguhkan sehinggalah tibanya detik keramat baru sahaja tadi yang menyaksikan diriku dijatuhkan talak satu.

   "sayang... bangun sayang... dah lama sangat sayang tidur...mak dan ayah dah terpanggil-panggil kita dekat luar tu!"

   aku tersedar dan mataku terbuntang. melihat zainal yang berbaring disebelahku, aku mengeluh lega. rupa-rupanya itu hanya mainan mimpiku sahaja. biarpun aku ada menyimpan perasaan benci pada zainal namun dalam masa yang sama aku menyintainya. sama seperti dahulu cuma memerlukan masa yang sesuai untuk menyesuaikan diri semula dengannya. apakah makna mimpiku sebentar sahaja tadi. mungkinkah ada sesuatu buruk yang bakal berlaku?

  "dah lama ke fiya tertidur bang? kenapa tak kejutkan fiya tadi, susah-susah pulak abang bawak fiya masuk dalam bilik ni! abang tu bukannya masih larat sangat nak buat kerja berat. ini nak angkat orang pula. sajalah tu nak cari masalah lain..." aku terus bangkit setelah habis membebel. tanganku ditarik menyebabkan aku tidak jadi melangkah.

   "abang tak sanggup mahu mengejutkan sayang. lebih baik abang angkat sayang tadi. sebab nanti sayang lebih selesa tidur dekat sini.." zainal kepu-kepuk tilam kami. aku hanya menjeling biasa-biasa. malas mahu melayan lama-lama, aku bergegas menuju ke ruang tamu. emak dan ayah sudah duduk disofa sambil menonton televisyen. pakaian emak sudah bertukar manakala ayah sekadar mengenakan singlet putih.

   "hah nampak pun batang hidung kamu fiya. mengantuk sangat ke tadi sampai tidur lama sangat?" emak menyoalku sebaik punggungku berlabuh disebelahnya.

  "taklah mak... tak rancang pun nak tidur tapi bangun-bangun aje abang zainal dah baring kat sebelah..."

   aku terasa haus. terus aku melangkah ke dapur membiarkan emak dan ayah menyambung perbualan. aku masuk semula ke dalam bilik setelah menghilangkan rasa dahaga. zainal masih berbaring. kini badannya berpeluh-peluh sedangkan kipas terpasang sehingga maksimum kelajuannya.

  "abang rasa panas sangat yang... tolong bawa abang ke bilik air. abang rasa macam nak berendam aje dalam air malam ni. badan abang rasa sangat berbahang...."  aku risau melihat keadaan zainal sekarang. semakin bertambah teruk penyakit yang dialaminya. bergegas aku keluar dan memberitahu ayah dan emak di ruang tamu. kami bertiga masuk ke dalam bilikku dengan muka yang cemas. emak keluar dan menuju ke ruang dapur. aku disuruhnya untuk mengambil beberapa pucuk daun sireh muda dibelakang rumah jiran. tanpa berlengah, aku terus berlari menuju  ker rumah jiran, pak wahab.

   "hah, kenapa kamu tercungap-cungap ni fiya? ada apa-apa ke ni?"

   "ya pak wahab. mak suruh fiya mintak beberapa daun sireh kat belakang rumah pak wahab tu. boleh tak pak wahab?"

   "eh... eh.. sila silakan.. amiik ajelah. toksah minta kebenaran daripada pak wahab. pokok tu tumbuh sendiri. bukan kami yang tanam pun.." isteri pak wahab, maksom menyampuk.

  "baiklah maksom.. terima kasih maksom, pak wahab"
 
   "sama-sama fiya..."

   dan aku terus berlari mengambil beberapa helai daun sireh. aku pilih pucuk muda yang masih berwarna hijau muda. aku tak tahu apa yang emak cuba lakukan sebenarnya. mestilah ada kena mengena dengan keadaan zainal sekarang. aku masuk semula kedalam rumah setelah berhasil mendapatkan apa yang ditugaskan. sebaik masuk didalam bilikku, ayah membantu zainal yang termuntah-muntah diatas katil. mujur ada plastik disediakan dimulutnya. tangisan Husyair Razziq bergema dan keadaan menjadi gamat. semuanya hingar bingar.

   aku bergegas ke dapur dan menyerahkan apa yang emak pinta. aku tak pasti apa yang emak sedang lakukan sekarang cuma aku dapat rasakan emak mahu mengubati zainal secara rawatan tradisional. tak sangka pulak emak mewarisi kemahiran sebegitu.

   bersambung...



p/s: soryy sgt2 sbb lambat post...

36 comments:

has_1309 said...

Akhirnya, dah lama juga tggu n3 baru. Terima kasih :-)

Unknown said...

wah..dpt jg baca en3 baru..best!
keep it up writer...

Anonymous said...

Cpt le sambungg...hehehe..bestt

Anonymous said...

Bestla ceta ne...cepatlah sambung...hihi...

Anonymous said...

Bestla ceta ne...cepatlah sambung...hihi...

Anonymous said...

ceptlaaa.. mna smbungn? :D
jap2, nk Tanya.. Fiya Pregnant ea? :3

Craziest said...

Bila nk sambung lgi..???
C'mon2

Unknown said...

Sambung?

Anonymous said...

bla nk smbung? nk msuk 2014 dh nie. :3

Anonymous said...

bla nk smbung? nk msuk 2014 dh nie. :3

Anonymous said...

bla nk smbung? nk msuk 2014 dh nie. :3

Anonymous said...

bla nk smbung? nk msuk 2014 dh nie. :3

Anonymous said...

bla nk smbung? nk msuk 2014 dh nie. :3

Anonymous said...

bla nk smbung? nk msuk 2014 dh nie. :3

Anonymous said...

bla nk smbung? nk msuk 2014 dh nie. :3

Anonymous said...

Dah nak masuk 2015, mana tuan punya blog...

Anonymous said...

X kan tergantung camni je???sambungan please......

Anonymous said...

Sambungan please....

Unknown said...

salam.bile nk smbung ni smua crite yg best smua bca terkendala dh 2 thun ni tolong smbung..

Anonymous said...

Salam MT... Inilah novel Melayu pertama yg saya baca.. the dreamy love story between Fiya and Zainal is so enticing.. tapi sayang veritable MT tergantung begitu sahaja... Kalu boleh MT sambung la kesudahan crita ni ya... Syabas kerana penulisan MT yg teramat mengasik kan... I can imagine everything that u describe in your novel. Till then I will be waiting for the next episode of their love story.. WS

Anonymous said...

Salam MT... Inilah novel Melayu pertama yg saya baca.. the dreamy love story between Fiya and Zainal is so enticing.. tapi sayang veritable MT tergantung begitu sahaja... Kalu boleh MT sambung la kesudahan crita ni ya... Syabas kerana penulisan MT yg teramat mengasik kan... I can imagine everything that u describe in your novel. Till then I will be waiting for the next episode of their love story.. WS

Anonymous said...

Salam MT... Inilah novel Melayu pertama yg saya baca.. the dreamy love story between Fiya and Zainal is so enticing.. tapi sayang veritable MT tergantung begitu sahaja... Kalu boleh MT sambung la kesudahan crita ni ya... Syabas kerana penulisan MT yg teramat mengasik kan... I can imagine everything that u describe in your novel. Till then I will be waiting for the next episode of their love story.. WS

Anonymous said...

Nice novel...
Jgn lupa habiskn..kiranya xnk habiskn..tolong cerita kat sya personally..email shariza.shazani@gmail.com

Anonymous said...

emmm... rase nya MT dah tak sambung cerita ni. nak tahu ape jadi kat zainal.. and kemunculan watak baru tu.

Unknown said...

Sgt suka dgn crta ini, tlg sambung

Anonymous said...

Nak tahu ending dye..pliss sambung

Unknown said...

Bile nk smbg cite ni ????
Dh akhir bln 2015 dh
Tlg la smbg ....merayu sgt2 ni

Unknown said...

Merayu sngt tolong lah sambung cerita ni best pliss lahh. Plissss

Unknown said...

Knpa x smbung cite ni ? Best laa . Smbung lg lah . X sbr nk tggu endingnye 😢

Anonymous said...

Link blog zorro syahran ap erk???dy novelis jgk kn???(harap dibalas)...tq....

Unknown said...

Bila nak sambung cite nie?

Unknown said...

Bila nak sambung crta nie?

Unknown said...

Bila nak sambung crta nie?

Unknown said...

Tolong sambung please.... curiousity dah sampai ke tahap maximum dah...

Hidayah Yixuan said...

2019 ni jangan tergantung lagi cerita ni.

Unknown said...

Continue please