Thursday, February 2, 2012

Jauh Aku Berlari 10

       kami berjalan beiringan menuju keperkuburan islam. hari yang sama jatuh pada hari raya haji yang juga hari di mana kami melawat kubur si kecil yang tidak bernama. dalam keadaan masih teresak-esak, Zainal memapah aku sehinggalah tiba didepan kuburan arwah anak kami. tidak sampai dua bulan lebih usianya, sudahpun dieru oleh Ilahi. hampir-hampir aku meraung disitu, mujur Zainal banyak membisikkan nasihat-nasihat dan tazkirah berkaitan isu ini. doktor mengesahkan puna aku keguguran adalah disebabkan faktor genetik anak kami sendiri. sel-selnya mengalami mutasi yang mengakibatkan tisu-tisunya tidak dapat membentuk dengan sempurna seiring dengan kejadian pembentukan normal tubuh manusia. maka sebab itulah anak kami meninggal. bukan disebabkan trauma atau benda lain. tidak juga disebabkan oleh makanan yang aku ambil. sekurang-kurangnya bukan salahku diatas keguguran itu. bukan juga salah orang lain. allah ada perancangannya yang cukup unik. walaupun terlalu payahnya untukku terima perkhabaran itu lewat pagi tadi tapi aku tabahkan hati dan cuba untuk berfikir secara halus. mahu tak maku aku terpaksa terima juga. sebanyak manapun aku cuba menidakkan, kenyataan tidak akan berubah walau aku mengunggu seribu tahun lamanya.
     rupa-rupanya mimpi semalam adalah tanda kematian anak kami. sayang... mama rindukan sayang... rindu sangat-sangat... akhirnya aku tersedu-sedu didada suami. "syy... tak elok nangis depan kubur arwah, nanti arwah sedih nampak mama dia sedih. sebut nama Allah bila sayang rasa sedih... jangan lupa yang abang akan sentiasa ada untuk sayang. dah... kita tunggu abah sekejap ya, abah tengah ambil air untuk siram kubur anak kita. abang pun rasa kehilangan sangat-sangat tapi abang sedar Allah maha mengetahui. segala yang terjadi pasti akan ada hikmahnya. siapa tahu lepas ni terus kita dapat anak kembar... sayang suka..kan..?" tenang rasanya bila suami memahami perasaan sedihku. terima kasih bang kerana sentiasa ada untuk mendengar rintihan isterimu.
  "nah.. ini airnya nal, siramlah kubur arwah anak kamu..."
  "terima kasih bah..."
Zainal mula menyiram kubur arwah. zainal kata bayi kami masih belum sempurna jasadnya. seperti ketulan besar yang baru sahaja mahu membentuk rupa manusia. walau apapun, dalam usia baru dua bulan, bayi kami masih belum ditiupkan roh ketubuhnya. bayi kami hanya dikafankan dan tidak dimandikan dan langsung dikubur.
  "nah.. giliran sayang pula... jangan lupa doakan anak kita walaupun arwah belum ada roh. semoga dengan doa sayang itu hati akan jadi lebih tenang dan tenteram..." Zainal hulurkan botol kaca yang berisi separuh air didalamnya, aku sambut dan mula menjirusnya keatas tahan merah yang masih begitu baru. tidak putus-putus aku berdoa meminta diberi kekuatan jiwa, ketenenangan dan ketenteraman perasaan. akhir sekali, aku siram pusara si kecil diatas batu nisan yang tidak bertulis apa-apa. terlalu kecil buat bayi kami untuk semua itu. tenanglah anak mama disana ya... nanti di akhirat kita jumpa... ingat selalu yang mama sayang sangat kat anak mama.. nanti kita tak dapat lawan penjahat lagi..
    aku sudahi siraman dengan menjirus sebanyak tiga kali mengelilingi batu nisannya. moga kamu dicucuri rahmat bayiku. walaupun belum ditiupkan roh kedalam tubuhnya namun perasaan seorang ibu tidak akan sanggup tidak mendoakan bayinya. sesungguhnya begitu kuat ikatan perasaan diantara anak dan ibu yang masih kecil.
   "mari kita pulang fiya, Zainal, hari dah lewat sangat ni. macam tanda-tanda hujan nak turun aje...jom.."
  "sekejap lagi bah.. abah, umi.. kalau nak pergi, pergilah dahulu, nal nak habiskan masa sekejap kat sini. nal nak tengok pusara anak kami. lahipun fiya pun tentu nak buat begitu juga. boleh ye abah..?" sayu suaranya saat itu membuatkan hatiku menjad-jadi sayu. betapa bersusah payah Zainal bekerja keras setiap malam supaya aku hamil cepat. tak cukup dengan itu seringkali kami sama-sama terbabas sebelum lunch dirumah kerana dia sengaja balik awal sekitar pukul 11.30 semata-mata untuk membuatkan aku hamil cepat. tapi kesudahannya anak kami tidak diizinkan untuk lahir kedunia dalam keadaan sihat. dia pergi tinggalkan kami juga.
  "baiklah nal. kalau macam tu, abah dan umi balik dululah ye.. umi kamu tu kurang sihat sejak dia tahu isteri kamu keguguran. sedih sangat dia dengan berita tu. abah pun nak minta maaf sebab abah termakan denga fitnah tu.. abah percayakan kamu nak. anak abah tak mungkin buat kerja-kerja jijik macam tu. oh ya, fiya..." angkat wajahku lalu membalas tenungan sayu abah mertua. "kamu jangan layan sangat perasaan sedih tu ya nak... ingat janji Allah pada orang-orang yang bersabar. besar hikmahnya tu...oklah... kami pergi dulu... assalamualaikum.." harapan abah kusambut dengan anggukan. "terima kasih abah..." abah senyum dan minta diri. abah dan umi tinggalkan kami yang masih lagi berdiri beriringan disisi pusara arwah anak kami. darah daging kami. benih kami yang tercantum lalu membentuk zigot itu. kami tidak buat apa-apa. bercakap juga tidak. keadaan hening begitu menyelubungi suasana perkuburan islam itu. ima minit berlalu dengan begitu saja, Zainal mengajakku pulang akhirnya. dan dalam setiap langkah kakiku, aku niatkan dalam hatiku agar mimpi semalam bakal menjadi suatu realiti suatu hari nanti. mungkin sudah tertulis di loh maffuz kami tidak akan menyambut ahaya mata tahun ini. tidak apa, tahun yang mendatang masih ada dan masih panjang. aku masih muda dan mampu melahirkan lagi zuriat buat zainal.
  
  #####
 
   "bencinya macam ni...abang kena puasa lagi. aduuuhh.. lama lagilah kita nak ada baby kalau macam ni sayang..." rungutan zainal memang melucukan. ada-ada saja yang dia tidak puas hati. sabarlah abangku sayang oiii. beberapa minggu yang lepas, mak dan ayah dah pulang ke pekan pahang. menangis-nangis aku saat berpisah dengan mak. mujur ada Zainal yang memujukku. sebelum emak pulang pada malam itu, mak telah memesanku untuk berpantang selama empat puluh hari sahaja. taklah lama sangat jika dibandingkan dengan perempuan lain yang berpantang selama seratus hari. "abang kena sabar ya. tahan ajelah.. sebulan sepuluh hari bukannya lama pun..." aku pujuk hatinya dengan mengelus rambutnya begitu manja sekali. biar dia merasa lebih sengsara kerana tidak mampu memenuhkan keinginan batinnya selama empat puluh hari. tolak sehari aku pengsan dan sebulan hari selepas menziarahi pusara, tinggal 9 hari sahaja lagi dia harus berpuasa. "sayang sengaja nak dera abang kan..? mentang-mentang abang wajib puasa, saja nak goda abang lebih-lebih. kalau abang tak tahan,  macam mana...? abang tak rasa abang yang bersalah masa tu... sayang yang patut  dipersalahkan sebab sengaja nak menggoda abang pakai baju seksi-seksi macam ni..." muncungnya memanjang. aku kucup pipinya perlahan. nampak sangat dirinya begitu manja sekarang. raut wajahnya yang tampan dan seksi begitu membuatkan nafsuku juga membahang namun aku tdak segelojoh itu. tidak mahu, gara-gara terlalu ikutkan nafsu, maka badan jadi binasa. paling teruk komplikasinya boleh mengakibatkan kesakitan semasa berhubungan. tidak mahu berterus -terusan berbincang mengenai masalah kelambu itu, aku ubah topik perbualan kepada hal-hal dalam pejabatnya. sebenarnya ada satu benda yang hendak aku mahu bawa berbincang dengan Zainal. aku tidak mahu membelakangkan dia maka itulah aku harus berbicnang sebaik mungkin supaya kelak kami sama-sama dapat kata sepakat yang menguntungkan kedua belah pihak.
   "sabar ajelah... bukannya lama sangat pun. fiya janji lepas aje fiya habis pantang, fiya akan layan abang sungguh-sungguh lebih baik dari malam-malam sebelum ni. jangan pulak abang terkejut ye.. i got husband a good looking like you and i such a sweet wifey will not let you frust. apa gunanya tubuh fiya ni kalau buka untuk dipakai abang kan. betul tak..?" aku mahu melencongkan jiwanya kearah pemusatan terhadap perkembangan diri isterinya ini. aku sengaja mahu membiarkan dia berteka-teki dengan sungutanku. sengaja mahu menguji tahap dambaan jiwanya. untuk itu, aku sukat, kira dan timbang jati dirinya. aku perhati dan intai gerak-gerinya semasa bersamaku. semua itu aku telah coretkan dalam diari sehari-hariku. biarpun kertasnya buku latihan Forest bermuka surat 300 pages, aku mahu abadikan semua kenangan kami berdua bermula dari detik kami menikah sampailah keakhir hayat.
  "kalau sayang dah cakap macam tu, abang tak ada hak nak bantah dah. takpelah... abang tahan ajelah! dah agak perkara ni akan berlaku jugak kat abang..." mendatar suaranya membuatkan aku jatih sedikit simpati dengan kelemahannya. itulah satu-satunya kelemahan lelaki iaitu wanita. gagah atau perkasa sekalipun si lelaki, sekali perempuan menggoda didepannya, akan hilang segala kewarasannya begitu sahaja. betapa hebatnya aura insan bergelar wanita. tetapi amat buruklah wanita-wanita diluar sana menggunakan anugerah tidak ternilai dari Allah ini untuk disalahgunakan kepada perkara-perkara yang diHARAMkan oleh islam. bagi mereka yang masih lagi tidak berhijab, sudi-sudilah kembali menginsafi diri anda. berat dan sungguh menyakitkan seksaan Allah dineraka sana. masyaallah. 
    membiarkan Zainal memelukku dalam kehangatan tubuhnya. aku sukakan caranya begitu. tenang dan kesedihan yang aku alami sedikit sebanyak dapat kulupakan. tapi tak mampu akan kulupa wajah anak kami yang berada sama dalam mimpiku. insyaallah, jika ada kesempatan aku akan lakarkan wajahnya dikanvas. "bang, Fiya nak cakap sesuatu dengan abang boleh?" soalku lambat-lambat dan sedikit ragu kerana aku takut akan penerimaannya. perutku digosok oleh tangan yang melingkar erat dipinggang. "say it.. im listening..." suaranya sekadar bisikan garau. entah sengaja mahu menggoda atau sudah mengantuk. aku tak dapat cam kerana keadaan bilik yang gelap tanpa ada sebarang cahaya. lagipun aku sedang tidur mengiring dan membelakangkannya. bukan salahku kerana dia sendiri mahu aku buat begitu. "urm.. err.. i don't know how i suppose to wtart with..urmm..huh! okay, ka..kalau Fiya nak sambung study Fiya boleh tak bang...?" sebaik menyoalnya ada hembusan nafas kencang ditengkukku. adakah dia sedang marah dengan kemahuanku? dalam sepuluh saat selepas itu, barulah ada kucupan ditepi pelipisku. bibirnya mengucup lembut disitu. perasaanku dah tak tenang. "kalau abang tak nak?" bisiknya perlahan membuatkan aku terdiam tidak terkata. apakah dia sedang bergurau? "ke..kenapa pulak?" balasku pula penuh dengan rasa keinginan mahu mengetahui kata-katanya. Zainal pusingkan tubuhku menghadapnya. aku tidak membantah dan mengikut sahaja tarikan lembut tangannya. sebaik berpusing dan berbaring dilambung kanan,rambut ditepi telingaku diselak kebelakang sebelum jarinya melekap dileherku. hanya mata putih yang kelihatan waktu ini kerana tidak ada sebarang pencahayaan didalam bilik beradu. sengaja memadamkannya untuk mencipta tidur yang lena. "betul ke sayang nak teruskan study ni? abang rasa berat hatilah..." tangan Zainal merewang semula kepipiku. lengan berototnya yang sebelah lagi yang menjadi bantalku setiap malam kukucup sekali. dua kali. "kalau abang rasa berat hati nak izinkan, Fiya tak kisah bang. jadi surirumah pun best jugak... fiya tak paksa abang untuk izinkan fiya...up to you..." ada hembusan nafas lega yang kudengar. dihela dan ditarik mengikut rentak jantung yang pasif. "i'm sorry ya. abang tak sanggup lepaskan sayang ke mana-mana... tapi abang ada idea, itupun kalau sayang nak."
 "apa dia?" Zainal tergelak kecil dengan kegelojohanku.
"relax... abang baru nak bagitahu dia dah potong line dah!" dan pipiku dicubit manja. aku tak kisah asalkan tak sakit. kalau diubitnya kuat-kuat ada yang aku hempuk dengan siku aku ni. tak asabar rasanya mendengar cadangannya. apa sangat yang hendak diberitahunya? "abang nak fiya jadi cleaner kat syarikat abah, nak tak?"
  "hah? cleaner? abang jangan main-main..." aku cubit sekilas lengannya. orang serius dia main-mainkan kita pulak. ketawanya masih berlarutan sehinggalah aku cekup mulutnya. "kalau tak nak kasi tak apalah, fiya tak kisah tapi janganlah ketawakan orang. eii.. gelak! gelak!" aku cubit-cubit pipinya berulang kali melepaskan rasa geram. suaranya merayu-rayu dalam pada masih ketawa membuatkan aku tidak percaya dia ikhlas merayu. sengajalah tu nak mengada. "padan muka! gelak lagi! gelaklah.." kini aku beralih dipingganya. aku geletek pinggangnya sambil tangannya mencuba menolak tanganku tapi aku mendapat kekuatan yang luas biasa. makin kuat dia mengekek kegelian, makin suka pula aku mengusiknya. ada hati nak gelakkan kita ya. "okay..okay.. abang janji tak gelak lagi.. abang janji.. surrender.. surrender.." bila dia dah cakap merayu macam tu barulah aku percaya sikit. sikit aje tau bukan banyak. jadi tanganku masih berjaga-jaga dipinggangnya. manau tau dia gelakkan kita lagi. bolehlah terus menyerang. "geli laa yang... abang rasa macam nak terkencing aje tadi tau. cuba fiya pulak yang rasa..." belum sempat otakku mencerna maknanya, pinggangku ditarik lebih rapat lagi dan tangannya menggeletek pinggangku membuatkan aku menolak tangannya. akibat terlalu kegelian, aku tampar tangannya barulah dia memberhentikan. "abang jahat!!" aku lempang lagi lengannya. ketawanya pecah. ya Allah. berikan aku secebis lagi kesabaran. tidak tahan dengan gelaknya, aku tolak dadanya dan pelukan terus terlerai. tanpa menghiraukan panggilannya aku terus berlari masuk kedalam bilik air. hampir-hampir aku terhantuk pada pintu bilik air. mujur aku sudah hafal susun atur bilik kami. sebaik berada didalamnya, aku pasang lampu dan berdiri di depan cermin muka yang agak besar ditampal didinding. Zafran mengetuk pintu bersama pujuk rayunya. aku biarkan saja. malas mahu melayan kerenahnya yang mengada-ngada. sudahlah agak sedikit kecewa dengan penolakannya, ditambah pula dengan lawak bodohnya. bukanlah aku tak suka tapi entahlah, dalam emosi yang baru mahu pulih setelah kehilangan bayi kami, susah untukku bergurau lebih-lebih. tak sesama dengan sebelum ini. " buka pintu ni... please.. im sorry okay...sayang buka pintu ni ya... kalau tak abang pecahkan!" mataku membuntang dengan ugutannya. "abang tidurlah kalau abang nak tidur...kan esok abang kena bangun awal pergi kerja! fiya nak buang hajat sekejap. sakit perut fiya ni.." aku terpaksa berbohong. supaya dia boleh faham. "abang tak ngantuk lagi. abang pun nak buang air kecil... cepatlah.. buka pintu ni!" isk geram aku dengan budak besar ni. maam dah tak ada bilik air kat dalam rumah ni. bersepah dibilik sebelah. di bilik tetamu pun ada. disebelah dapur pun ada sebijik tandas. oleh itu aku tak layan sangat perangainya. aku mahu berseorangan sebentar. pujukan dan juga kata manisnya sekarang tidak akan berjaya memujukku. aku tahu apa yang aku mahu. sekadar sebuah kefahaman akan aku. "fiya! buka pintu ni, abang nak kencing dah ni! aa..aaa!!" nak gelak pun tak terdaya. memang lawak betul Zainal ni. "okaylah... one minute. fiya dah nak siap ni.." walhal aku sedang tercongok didepan cermin tanpa berbuat apa-apa dari tadi. aku pulas pili. air keluar mencurah-curah. aku sentuh airnya. dingin! tiga kali aku basuh muka, aku tutup pilinya. sebaik membuka pintu, terpacul wajah yang aku tak dapat terangkan. bilik sudah kembali terang. baru dia hendak membuka mulut, aku potong linenya. "masuklah.. fiya dah habis buang hajat... abang nak buang sangat kan?" aku berlalu keluar dari bilik air dan sengaja merempuh bahunya. "opss... sorry! tak sengaja!" terus aku berlalu begitu sahaja. bukan namanya Zainal kalau tidak suka memaksa. tanpa sedar, tanganku ditarik tiba-tiba membuatkan tubuhku terpaling dan tersembam kedadanya. belum sempat aku bersuara, bibirku dikucup dan tubuhku terus dicempungnya menuju katil. aku yang terleka dengan sentuhan lembutnya terkaku. hilang surut rasa geram. kuatnya penangan sentuhan Zainal. entah bagaimana aku boleh hilang pertimbangan. aku membalas kucupan bibir Zainal yang semakin menggelojoh. nafas kami menjadi kencang seperti kerbau mendengus. nafsu berahi menjadi marak tiba-tiba. Zainal semakin leka dan terus leka sehinggalah kami tidak sedar apa yang sedang kami buat. elusan-elusan kecil terlepas dari bibirku saat Zainal mula bermain nakal. sebaik sahaja habis membacakan doanya, aku dicumbu rayu dengan kata-kata cintanya. malam itu diserikan dengan detik indah itu lagi. malah kali ini kami berhempas-pulas melepaskan rindu dendam yang tersimpan selama lebih sebulan. setelah beberapa kali 'bersama', Zainal mengajakku tidur setelah tubuh badan penat dan sengal sana-sini. dalam mimpiku, sekali lagi aku bermimpikan anakku yang berpakaian serba putih. bahagialah anak mama disana...
     panggilan dari seseorang yang tidak kukenali membuatkan aku berfikir banyak kali samada mahu menemuinya atau tidak. mahu memberitahu Zainal tapi tidak enak pulak memandangkan petang ini Zainal ada meeting pukul 2. tengahari tadi Zainal ada singgah sekejap untuk melampiaskan rindu dendamnya yang bersambung sejak semalam. aku cuba menolak memikirkan tempoh pantangku masih ada tinggal lagi beberapa hari namun Zainal tidak mahu mendengar. digomol dan diajaknya juga aku melayaninya. sudahnya aku sama-sama tegoda dengan belaian halusnya dan detik indah itu berlangsung buat kesekian kalinya. aku tak tahu nak definisikan Zainal kepada personaliti yang mana. mungkinkah Zainal punya sex drive yang terlalu tinggi. aduh! aku harus bawa Zainal jumpa pakar seksologi kalau begini. tidak cukup dengan panggilan, dia hantar pulak mesej berbaur pujuk rayu. siapa agaknya dia ni? apa yang dia hendak? pening memikirkan masalah yang tiba-tiba sahaja mendatang, aku mencari angin untuk dimakan dihalaman rumah yang cantik. bunga-bungaan diluar kelihatan sudah mengeluarkan pucuk muda. ada bunga mawar, warna warni gabung dengan bunga kertas yang sudah bonsai. pokok-pokok orkid yang lebar-lebar daunnya juga sudah mula mengeluarkan bunga. cantik sangat lamannya. setiap pagi dan petang, pasti kusiram pokok-pokok bunga pemberian Zainal sewaktu kami melawat taman Aunty Zainah dulu.  tugas membersihkan laman pula dibantu oleh pekerja disini yang kupanggil pak kasman. dia baru sahaja mula bekerja sewaktu rumah banglo ini siap dibina beberapa bulan yang lepas sebelum Zainal membelinya secara pukal. "non! kok non kesini! panas kat luar ni non!" suara bik Marni yang sayupsayup mengejutkan lamunanku. aku gamitnya melalui tanganku supaya kesini. "mari sini bik! temankan saya kat sini! bosan tak ada teman mahu ngobrol!" jangan hairan sekiranya aku pandai cakap indonesia walaupun hanya sedikit pandai. sudah kukatakan dulu, bibikbibik yang bekerja disini sering buka cerita indon mereka. sinetron yang bertajuk cinta marshanda dulu menjadi kesukaanku. sampai sekarang, aku menjadi ketagih. pukul dua nanti aku pasti akan tengok cerita sinetron sama dengan bibik jah. tengoklah sekejap lagi.
  "non buat apa panas-panas kat sini? nanti non jadi hitam loh.. macam bik Marni ni.." dia tunjukkan tangannya yang berkulit gelap. aku tidak tersenyum begitu sahaja. takut dia tersalah sangka. aku pegang lengannya dan membelek-belek kulitnya. "tak adalah hitam sangat pun. cowok yang ganteng juga boleh aja jatuh cinta sama bibik. bibik pun cantik dong.." aku main mata dengannya. bik Marni menunduk dengan muka yang memerah. "malulah tu...ehem! ehem!" aku usik dia lagi. "non ini bisa aja bilangin kek gitu. jadinya, bik marni malu sama non. bik marni itu jauh beda sama non. bik marni nggak cantik macam non. non cantik. kulit non juga putih. kayak bidadari dari kayangan gitu loh..." tanganku pula diraih. kebetulan aku hanya memakai baju Tshirt lengan panjang dan seluar panjang jenis khaki. dibelek-beleknya kulitku. cincin nikah kami juga dibelek-belek sampai tertelengteleng mukanya untuk menilik benda bertuah yang terlekat di jari manisku. "bibik Marni tu kagum bangat sama non. cantik bangat. apalagi dengan cincin ditangan non ni. makin buat non cantik. untung sih Tuan Zainal dapat isteri secantik non." pujinya tidak henti-henti sehingga aku terasa ingin berangan sekejap. namun selepas beberapa ketika aku tidak sepatutnya leka hanya dengan sebuah pujian. "bibik dah habis basuh pinggan?" aku melencongkan topik sebenar. terasa tidak enak bila dipuji begitu. bagiku kecantikan yang aku ada hanyalah pinjaman semata. "udah non! semuanya sudah diberesin. lagi awal lagi bagus, bik marni mau tengok itu sinetron. mari non kita masuk. panas diluar ni. bik marni nggak mahu tuan Zainal marah sama bibik. tuan tu garang bangat. nggak macam non. " amboi... pandai pulak mengutuk suamiku. tapi aku tak kisah. Zainal memang begitu dengan pekerjanya. dia ada pengalaman pahit yang lepas, sebab itu dia berkelakuan begitu. alah.. garang buat-buat aje pun. aku tahu semua tu. Zainal ceritakan semuanya ke aku dulu. belum sempat aku bercakap apa-apa, bik marni menggamit tanganku supaya masuk kedalam rumah. betul juga kata bibik marni, diluar sangat panas. tambah-tambah kami tidak berada ditempat yang teduh. sampai diruang tamu bibik marni masih belum melepaskan tanganku. didudukkan aku disofa dan dia mengatakan kepadaku supaya jangan kemana-mana kerana dia hendak menyediakan air juice buah buatku. macam-macam ajelah bibik marni ni. aku suka hidup dalam suasana begini. pekerja-pekerja suamiku semuanya ramah-tamah orangnya dan aku langsung rasa tidak kesunyian melainkan ada masa-masa tertentu dimana aku ada masalah sendiri. bik marni sudah kedapur. aku on kan Tv. tengok berita sekejap. masih ada 10 minit sebelum tayangan sinetron bermula. tak sabar mahu melihat satu pelakon lelaki yang comel. bukan suka akan lelaki itu tapi sikap dan peribadinya dalam sinetron itu membuatkan aku sering teringatkan Zainal. sikap mereka yang suka mengongkong pasangan memang sama. tidak sampai lima minit, bibik Marni sudahpun kembali ke ruang tamu. diletakkan dua jug juice buah tembikai diatas meja perabot kecil "terima kasih bik. susah-susah aje bibik buatkan air untuk saya.." ujarku basa-basi. padahal nak sangat minum air yang bibik buatkan.jarang aku dapat merasa airtangan bibik marni kerana keberadaan Zainal pada waktu rehat mereka membuatkan mereka segan untuk berada diruang dapur. biasalah kalau ada Zainal, mereka semuanya akan menikus. entah apa yang ditakutkan sangat. atau mungkin segan sebab Zainal sangat tampan melebihi ketampanan pelakon-pelakon cowok dalam sinetron indonesia. aku geleng kepala bila fikir pasal itu. "nggak apa-apa kok non. biasa-biasa aja airnya. minum non." pelawanya dan disorongkan gelas tersebut lebih dekat kearahku sambil punggungnya berlabuh disebelahku. tidak terasa langsung segan denganku. mungkin kerana aku tidak garang seperti Zainal. teriakan bibik marni membawa mataku kekaca tv. sinetron sudahpun bermula. terus sahaja mata kami tidak lepas-lepas merenung pada kaca tv. air yang berada didepan mata, kalau hendak minum tidak sanggup mahu melarikan pandangan walau sesaat dari kaca tv. memang sudah terkena penangan sinetron. bisa betul drama indonesia ni. dalam pada kami ralit menghayati drama tv, kedengaran bunyi motosikal diberhentikan didalam garaj letak motosikal. aku dapat agak tak lain tak bukan pak kasman. "eh, itu pak kasman. saya keluar dulu kejap bik. bibik tengoklah tvnya. atau bibik mahu temankan saya sekali mahu jumpa pak man." aku yang sudah mengangkat punggung dari sofa mengerling sekilas kearah bibik marni. aku melihat dia menggeleng tanpa memandangku. matanya terus berada di kaca tv. biasalah pelakon keminatannya, baim wong beraksi dilayar perak. tanpa menghiraukan bibik, aku menjengukkan kepala ke pintu. kebetulan pak kasman yang baru sampai dan turun dari motornya berjalan ke arah kami. aku balas senyuman yang dilemparkan. senyumanku berbalas. ada seorang lagi lelaki dibelakangnya yang mengekorinya. anaknya barangkali kerana aku pernah tahu dia seorang duda kematian isteri dan mempunyai anak berusia sepuluh tahun. kasihan, kecil-kecil lagi sudah menjadi anak yatim. setelah tiba dilaman rumah, barulah pak man menegurku."assalamualaikum puan. maaf pagi tadi pak man tak dapat datang kerja sebab temankan anak pak man menandatangani buku rekod disekolahnya. tapi pak man sudah khabarkan dekat tuan Zainal semalam..." aku tahu pak man rasa serba salah.
 "tak apa pak man. saya tahu, abang Zainal dah bagitahu tengahari tadi. ha.. jom masuk pak man. bawak sekali anak pak man masuk. sambil tu kita boleh minum air sejuk." muka pak man sedikit tercengang. mungkin terkejut bagaimana aku boleh tahu. Zainal ada bagitahu semuanya padaku dulu. "mari masuk dik.. nama sape?" aku menyambut huluran tangan budak remaja itu setelah pak man menyuruhnya berbuat begitu. dengan malu-malu tanganku dikucup. nampaknya dia masih segan dan malu. "jawab bila orang tanya Muaz!" tegur pak kasman pada anaknya yang masih tidak membuka mulut. oh! nama anaknya Muaz. "tak apalah pak man. mungkin Muaz masih segan tu. mari Muaz. kita masuk! pak man, jom.." aku memimpin tangan anaknya masuk kedalam ruang tamu. pak man dan muaz mengambil tempat disofa sebelah yang kosong. bibik marni masih menonton drama kesayangannya. hanya mengerling kearah dua beranak tersebut dan tersenyum kecil. "bik. tolong buatkan air untuk pak man dan anaknya ya.." bibik marni seperti nak tak nak. aku geleng kepala. faham dengan keadaannya sekarang yang tidak mahu diganggu. nak jadi nona dirumah ini agaknya. "pak man dan muaz nak minum apa?" aku bertanya pada mereka yang mula bersembang mengenai hal dirumah. aku dengar juga muaz ada merengek sesuatu. sayu hatiku melihat muaz. aku nak jadikan dia adik angkatku boleh tak? nanti aku usulkan pada pak man dan Zainal. boleh dia tinggal dengan kami. pak man juga akan kuajak tinggal dengan kami. rumah ini terlalu luas dan besar. dengan kehadiran mereka, taklah rumah ni lengang sentiasa. "apa-apa aje puan. cukuplah bagi air sejuk aje." aku menggeleng perlahan dengan  rasa rendah diri pak kasman. "takkan air sejuk aje kot pak man? muaz tentu mahu minum yang manis-manis, kan muaz?" muaz melihat pada jawapan ayahnya dengan seribu harapan, setelah pak man mengangguk serba salah, barulah dia mengangguk sambil tertunduk. penyegan budak ni. aku akan hilangkan segannya suatu hari nanti. "good boy! so, muaz nak minum apa, kakak akan buatkan!" dengan teragak-agak muaz memandang pada ayahnya sekali lagi. pak man yang faham dengan bahasa isyarat anaknya menjawab menyatakan muaz mahu minum jus buah badam yang pekat dengan air susu. katanya lagi Muaz sudah lama mahu minum minuman itu tapi harganya terlalu mahal direstoran luar.
  aku keluar semula keruang tamu setelah menyiapkan dua minuman. satu milo sejuk dan satu lagi jus buah badam pekat susu. resipi yang tidak pernah aku tahu sebelum ini. "jemput minum pak man, muaz..." pelawaku mesra supaya mereka tidak terlalu segan denganku lagi. dalam masa yang sama aku mahu mewujudkan kemesraan dengan mereka. "terima kasih puan." dan aku angguk dengan senyuman. sebaik berlabuh disebelah bibik marni, aku menepuk perlahan pehanya. terlalu leka dengan cowok gantengnya. pak man meminta diri untuk pulang menghantar anaknya ke rumah mereka yang tidak jauh dari situ. tidak pula aku tahu selama ini pak man tinggal dikawasan setinggan. alangkah naifnya hidup dua beranak itu. patutlah muaz berasa tidak yakin pada diri. tidak seperti kanak-kanak bandar yang lain yang lepas laku dan becok mulutnya. kalau tidak fikirkan yang aku ini orang miskin, agaknya aku tak akan merasa perit getir hidup mereka dalam menongkah aarus kehidupan. mungkin allah sudah aturkan rezeki setiap hambanya. marni sudahpun meminta diri untuk balik ke flatnya memandangkan kerja-kerjanya sudah habis dan sinetronnya juga baru sahaja habis. pulang dengan wajah ceria lah dia hari ini kerana baim wong dinikahkan dengan marshandanya. lawak betul!
  sedang aku bermain-main dengan laptop pemberian Zainal, telefonku tiba-tiba berbunyi. nombor yang terpampang diskrin tidak pernah aku lihat. siapa agaknya. adakah pemanggil yang sama?
  "hello assalamualaikum. boleh saya tahu siapa disana?" sapaku lembut dan mesra menghulurkan perkenalan. "haii.. saya nak berkenalan dengan cik boleh tak?"
 "hah?" biar betul! suara lelaki yang ditalian sebelah tergelak kecil. hatiku jadi tidak tenang. kalau Zainal tahu isterinya sedang diurat lelaki lain, mahu dikerjakan lelaki itu agaknya. "okeylah.. saya tak berminat. saya dah kahwin . maaf banyak-banyak. ramai lagi perempuan diluar sana yang sudi. assalamualaikum.." belum sempat aku tarik telefon jauh dari telinga pantas sahaja dia mencelah. "tunggu! saya betul-betul nak berkenalan dengan awak. bukan berkasih cuma berkawan sahaja. tak salah kan? by the way i'm ikhmal ghazali. and you must be nur saffiya right? that beautiful lady in the world..." siapa lelaki ni? tuhan! jangan buat aku tertanya-tanya. "maaf. saya tak tahu dari mana encik dapat nombor telefon saya dan nama saya. yang saya tahu saya tak ada kawan bernama ikhmal ghazali. saya harap encik tak ganggu saya lagi atau saya akan laporkan pada suami saya..." sekali lagi aku tidak berjaya menamatkan panggilan apabila ditegah dan dirayu. "please... saya tak nak! encik carilah orang lain. saya tak berminat. minta maaf sangat-sangat. saya tak mahu suami saya berfikir yang bukan-bukan. tolonglah..." kali ini aku dah malas nak layan. baru saja nak alihkan telefon,
  "jangan matikan dulu! saya serius nak berkawan dengan awak. saya betul betul maksudkan apa yang saya cakap ni." rayunya bersungguh-sungguh. ah! pedulilah.
  "maaf. saya matikan dulu. assalamualaikum and don't disturb me!" tekanku dengan suara tertahan-tahan marah. bengang rasanya dengan lelaki yang tak reti bahasa melayu. nak aku bagi bahasa brazil utara agaknya baru dia faham. setelah mematikan telefon aku menghantar mesej pada Zainal. isinya berbunyi seperti ini.

   +salam bang.... i miss you! abang busy ke?

aku masih setia menunggu balasan sms dari Zainal. sengaja nak menggedik dan dalam masa yang sama aku mahu pastikan mood suamiku itu tidak kacau. bolehlah aku merengek-rengek dengannya dalam talian.

  kroong! krooong!

 telefonku berbunyi. itu bunyi ada mesej masyuk. pandangan mata berkalih dari kaca tv ke telefon yang kuletak disebelah sofa. 'my hubby'. berkelip-kelip telefonnya menandakan ada mesej baru. lalu kotak inbox kutekan.

   -- miss you too honey... i feel like hugging u in front of me! tak sabar nak tunggu malam ni. hehehe.. btw, what r u doing rt now, sweetheart?

 oh! aku terleka sebentar dengan kata-katanya. pantas telefon i phone kubawa kebibir. mengucup dada skrin dengan membayangkan pipi lelaki itu kukucup. dah gila meroyan agaknya aku ni. angau semacam aku tengok. tanganku menaip lagi diruangan mesej.

  + tadi kan dah 'dapat'. sabar-sabarlah sikit oii.. fiya tak laripun. ada kat rumah juga ni. abang kena fokus kerja. tak mau ingat-ingat kita disini. ingat tu tak salah, boleh tapi jangan suka sangat berangan. nanti kerja tak siap-siap.

  send!

  -- hehehe. okay boss! arahan sedia dipatuhi! malam ni nak 'ngap' sayang ye... jangan lupa pakai baju yang abang baru beli tau. jangan lupa pakai wangi-wangian. i miss damn you there...

  mengucap aku membaca mesejnya. gatal yang amat! apa nak jadi dengan laki aku ni!

  + naughty boy lah abang ni! tapi abang jangan risau, insyaallah... fiya tak akan hampakan abang sekali-kali. abang jangan lupa sediakan stamina pulak! okaylah.. abang sambunglah kerja abang tapi sebelum tue...err.. err.. abang busy sangat ke sekarang ni? boleh fiya curi sedikit masa abang?

 aku menanti dengan penuh kesabaran. walaupun terselit isi yang kurang menarik dalam mesej aku tadi, namun ianya tidak mampu membuatkan aku terasa mahu gelak. ada rasa lain yang berselirat dalam pundak hatiku.

  -- tak sangat. kalau busy sangat pun abang sanggup letak semuanya ketepi demi sayang. so, tell me apa yang fiya nak bagitahu sangat! is that really important?

  aku mula tidak senang duduk. dah terlanjur cakap tak dapat ditarik balik dah. apa aku buat ni? tepuk dahi sajalah. kenapa aku tak fikir panjang. kan elok sekiranya aku bagitahu Zainal bila dia dah balik. ini tak. orang disana sibuk mencari sesuap nasi, aku pulak terhegeh-hegeh melapor. macamlah aku ni puteri raja yang tidak boleh diganggu langsung. fiya! sedarlah sikit. kau tu orang kampung yang biasa dikacau.  dengan rasa bersalah aku taip mesej ini.

  + takpelah bang. nanti malam ajelah fiya bagitahu ye. don't worry and do not think too much about it. im so fine here. salam... miss you...

  huh! akhirnya berakhir juga kisah menyayat hati tadi.

  -- okay. abang tak akan paksa. up to you. yang penting fiya kena ingat abang always ready to listen you heart's voice. hehehe.. wasalam... luv you..

  senyuman melebar ke pipi. terima kasih kerana memahami.

  malam sudah menjelang tiba, aku sudah menghiaskan diri untuk tatapan suami. dengan baju singkat gaun paras peha dan bertali halus dibahu serta dada yang terdedah lebih banyak dari yang tersembunyi benar-benar menampakkan aku seksi sangat-seksi. tidak pernah aku memakai pakaian seseksi begini. tapi demi untuk memuaskan hati dan naluri suami, terpaksa dalam rela aku melakukannya jua. tak apa lah. ini sudah menjadi tanggungjawab isteri bagi melayan fitrah lelaki suaminya itu. Zainal tiba di rumah kira-kira pukul 8.00 malam, waktu itu aku sedang berada di ruang tamu. sikap Zainal memang begitu. sudah aku lali dan biasa dengan tugasnya dipejabat syarikat milik abahnya, Dato' Mahmud. sudah menjadi rutin hariannya meninggalkan aku sendirian dirumah. elok sangat rasanya aku meminta izin Zainal supaya membenarkan muaz tinggal disini. tapi bagaimana pula dengan pak kasman. kenapa aku tak terfikir aku bukannya ada hubungan mahram dengannya. ah! aku buntu.
 
  masih bermalas-malasan diatas katil walaupun jam sudahpun menunjukkan pukul 11 malam. Zainal pula, setelah mendapatkan 'hajat'nya, dia keluar sekejap ke pajabatnya hendak mengambil fail yang hendak dibentangkan esok kepada abah selaku pengarah syarikat. mata tidak juga mampu dilelapkan walaupun sudah lebih setengah jam terkebil-kebil memandang siling tanpa berbuat apa-apa. fikiran menerewang entah kemana.

  diamuk kebosanan, aku menapak keluar dari bilik dan turun ke ruang tamu. aku on kan suis televisyen. AJL ke 26 baru sahaja melabuhkan tirainya. beruntungnya Hafiz merangkul dua pingat dalam acara vokal terbaik untuk dua tahun berturut-turut.

  aku meninggalkan televisyen yang terpasang apabila ternampak biasan lampu kereta menyuluh pagar rumah. terkocoh-kocoh aku berlari keluar ke halaman. tanpa memakai tudung, aku sudah berada diluar rumah. tidak ada apa yang aku risaukan kerana jiran disebelah rumah pulang ke kampung mereka di johor kerana bercuti selama seminggu. kereta mewah Zainal yang baru sahaja bertukar bulan lepas namun tidak kukenali namanya membelok masuk dan berhenti garaj. terkocoh-kocoh aku mendapatkannya dan sebaik sahaja tubuhnya turun dan terpacak ditanah, aku yang berada disana dipeluknya erat.  "i miss you!" ucapku sebelum sempat dia berkata. aku mahu ucapkannya dahulu daripada dia. "i miss you more!" haik! tak mahu kalah. aku kuatkan pelukan. dia juga makin mengeratkan pautan pada tubuhku. aku kucup dadanya yang hanya dilapisi singlet putih dan berjaket panas. muka dah ada iras model rambut. kalau masuk contest modelling ni, confirm diserap masuk kedalam American Next Top Model. malah aku rasa calon-calon lelaki yang ambil bahagian tu tentu awal-awal lagi sudah kalah. bukan nak tunjuk riak tapi itulah hakikatnya. aura Zainal terlalulah tersangat kuat. tidak hairanlah si wanita daring bernama Zeita dato' baharom tu asyik nak menggatal dengan laki aku. huh! sakit hati pula aku bila ingat semula benda tu.
   setelah meleraikan pelukan, Zainal memaut pinggangku masuk kerumah. ditangannya sebelah terbimbit beg kerjanya. briefcase.
  "fiya tidur dulu ya. abang nak siapkan report ni kejap. sayang tak marah, kan?"
Zainal belai kepalaku dan rambutku dimain-main dengan jemarinya. pujukannya yang lembut tadi membuatkan aku tidak terasa diabaikan. lagipun aku faham dengan kesibukannya. tambah-tambah lagi Zainal mengatakan partnernya bertukar kerja ke tempat lain. maka hanya dia seorang yang handle bahagian kewangan utama syarikat sementara menunggu staff baru. "kalau abang dah nak tidur, jangan lupa matikan lampu bilik dan pasang lampu bilik air ye." setelah lama berdiam akhirnya barulah aku bersuara. Zainal mengangguk seraya mengucup dahiku. aku balas dengan mengucup pipinya. mata yang memberat mula terkatup. terasa ada gerakan di katil. fahamlah aku Zainal sudah mahu menyiapkan tugasannya setelah mendodoikan aku. "night sayang... love you!" aku terlena bersama ungkapan cinta sucinya.
   awal pagi lagi, Zainal sudah meminta diri untuk kepeejabat. entah tidur entah tidak dia semalam. semalaman suntuk menyiapkan laporannya. layu sangat mukanya. kasihan pula aku melihatnya tadi. Zainal bersarapan roti bakar yang kuintikan dengan sedikit merjerin. aku tidak menjamah sebarang makanan. aku mahu melayan suamiku sepenuh masa. lagipun aku bukannya ke tempat kerja. terlalu banyak masaku untuk bersarapan selepas ini. sesudah bersarapan, aku dipinta untuk memimpin lengannya ke garaj. tiba di keretanya, kami berpelukan. terasa susah untuk melepaskannya pergi. rasa berat sangat. apakah maknanya mainan hati ini? "i love you always..." bisikku didadanya penuh merdu. penuh dengan rasa cintaku. daguku didongak lembut sebelum dia membalas ungkapan sayangku dan mencumbui bibirku lama. penuh asyik dan bahagia. sungguh aku tidak berani melepaskannya ke tempat kerja. seakan ada suatu firasat buruk bakal berlaku diantara kami. sekali lagi Zainal memelukku erat-erat bagai tidak mahu pergi ke pejabatnya. cepat saja airmataku gugur. tangan sasa Zainal pantas mengelap airmata isterinya ini. akhirnya Zainal masuk kedalam keretanya. aku pula melangkah ke halaman rumah. baru sahaja berjalan beberapa langkah, tubuhku terasa dipeluk dari belakang dengan penuh pengertian cinta. ada bisikan penuh kerinduan yang menjalinkan perasaan kami. aku pusingkan tubuh dan memeluk pinggangnya penuh kekuatanku. sepenuh jiwa ragaku. moga dengan pelukanku ini dapat menghilangkan rasa gundah gulana. adakah Zainal juga berperasaan sepertiku? adakah dia juga merasai suatu kelainan pagi ini? lima minit berdakapan dikala langit masih gelap dan fajar belum menyinsing, aku meleraikan pelukan kami perlahan-lahan. aku usap-usap dada bidangnya agar hatinya sentiasa berasa tenang. dan aku kucup beberapa kali dada bidangnya seakan-akan berharap dengan sentuhan kasihku ini dapat meleraikan kekusutan perasaannya. akhirnya kami berpapasan dihalaman rumah. pegangan erat jemarinya pada jemariku terlerai sudah saat dia berjalan longlai kekeretanya. sebaik menghidupkan enjin keretanya, tanganku asyik melambai kearah kereta Zainal sampailah hilang dari pandangan ditelan rumah jiran sebelah.

 aku redha dengan pemergianmu Zainal...

    tumpuanku terganggu dengan suara-suara bising ditingkat bawah. aku dengar dengan teliti suara-suara itu. aku kenal suaranya. bibik Jah dan ada satu lagi suara yang begitu lantang menjerit namaku. tidak puas hati dengan hanya mendengar sayup-sayup, aku tinggalkan kerja-kerja membersihkan ruangan bilik tidur kami begitu saja. pantas kakiku melangkah keluar dari bilik kami.

  "saffiya!!!! turun kau Saffiya!!!"

apa yang sedang berlaku kat bawah sebenarnya?? hatiku semakin tidak enak. makin cepat mengatur langkah menuju kedepan memandangkan tingakt atas ini juga mempunyai ruang tamu yang besar. dari jauh lagi begitu kuat namaku dilaung-laung bagai orang gila. bik jah pula memujuk perempuan yang menjerit-jerit namaku. suara mereka setanding sama kuat. setiba di tangga anak pertama, mataku memandang ke bawah dan terbertentang mata kami. siapa dia?
aku larikan anak mataku melilau mencari bibik Jah. dia tiada disitu. sekali lagi mataku melekap ke wajah si dia. dadanya turun naik bernafas. begitu tajam cara dia memandangku. seperti diamuk kemarahan yang teramat sangat. siapa gadis ini sebenarnya. begitu lancang sesuka hati memasuki rumah orang dan berani berbuat onar semahu yang dia suka. diakah perempuan yang menjerit-jerit namaku tadi? aku juga mula kepanasan. siapa yang tidak marah pada orang yang tidak beradab. orang gila juga tidak suka dikacau atau dimaki hamun. inikan pula aku. makanya aku harus bedepan terus dengannya empat mata secara lebih dekat. entah apa yang dimahunya? lantas aku terfikir. adakah kemungkinan dia adalah kawannya 'shasha'. kalau dia empunya diri yang ingin memangsaku sekejap lagi, adakah aku akan pasrah begitu sahaja?

   "non! jangan turun non!!"

teguran yang datang dari celah mana menjadikan aku terkaku. langkahku mati tiba-tiba dianak tangga yang ketiga. kupandang kebawah hujung tangga sana. terpampang wajah kerisauan bik jah yang sarat dengan kekeruhan dan kebimbangan.

  "tak apa bik! saya tahu menguruskannya. bibik jangan risau!" aku terus menapak turun sehinggalah ke akhir tangga dimana bibik Jah sedang berkawal. mungkin ini sebabnya perempuan tadi berlawan dengan bibik jah. mungkin tidak dapat naik keatas mencariku kerana laluannya disekat oleh bibik Jah yang sedikit berbadan gempal. aku arahkan Bibik untuk buatkan air untuk tetamuku yang tidak diundang. walau apapun dia tetap tetamu istimewaku. aku mendekatinya. terkaku sahaja dari tadi padahal sebelum ternampak muka aku, terjerit-jerit bagai nak membaham tubuhku.

  "err...assalamualaikum cik... maaflah, tadi tengah khusyuk buat kerja, sebab tu tak dengar cik panggil saya..." matanya membuntang.

  "jangan cuba cari pasal dengan aku! you dont know me yet!" terjahnya kasar. meloncat jantungku seketika. mungkin peneranganku tadi seakan-akan menyinis namun bukan maksudku begitu. aku hanya memberitahu yang benar.

 "sorry! saya tak bermaksud!" cepat-cepat aku meminta maaf walaupun bukan salahku. telingaku mendengar rengusannya yang makin kasar.

  "oh.. jemput duduk cik!"pelawaku dengan sungging senyum dibibir. tapi dia hanya mencebik. gadis ini sombong betul. pakaian dah up to date tapi sikap no manners. aku usir rasa jelik tadi.

  "err.. boleh saya tahu siapa cik? maaf kalau saya tak kenal. cik ni kawan suami saya ke?" aku cuba membuat keharmonian namun aku terganggu seketika dengan bik jah yang datang dari dapur. aku dah tak tahu lagi bagaimana nak memulakan perkenalan kami. takkan nak biarkan bibik Jah yang melayan tetamu kut.

  "non! ini airnya...masih panas!" aku menyambut air milo panas buatan bik jah dan meletakkannya diatas meja perabot kecil. malah juga ada pisang goreng panas yang tidak habis kami makan sarapan pagi tadi.

  "terima kasih ya bik.." aku senyum pada gadis tadi yang masih berdiri bagai patung. menggamitnya supaya duduk disebelah sofa yang memang menempatkan satu tubuh sahaja. bibik Jah ambil tempat duduk didepan sofa berentangan dengan TV. aku masih berdiri berdepan dengan gadis ini.

  "duduklah cik... penat pulak berdiri lama-lama kat situ.. sambil tu cik boleh minum milo panas tu..!" dia menjelingku sekali lagi. tidak mahu duduk juga. habis tu apa yang dia mahu sebenarnya?? peningnya aku..

   "saya Nur Saffiya! panggil Fiya aje!"
  aku menghulurkan tangan tanda salam perkenalan.

  "hishh! tak suke lah!!"

  dia tidak menghiraukan huluran tanganku malah ditepisnya kuat. Bibik jah yang sedari tadi berada disebelahku bagaikan mahu menolak gadis itu keluar namun aku cepat menghalang.

   "aku kesini bukan untuk berkenal dengan kau! jauh lagi kalau nak berbaik! jangan mimpi aku nak jadikan kau kawan aku! sampai bila-bila kau kuanggap musuh utama aku!!" jerkahnya. raut wajahnya memaparkan betapa bencinya dia padaku. sahlah dialah teman gadis yang bernama shasha binti dato' dr. karim.

  "maaf.. saya sepatutnya sedar siapa diri saya. betul kata cik. saya hanyalah orang kampung dari ceruk mana entah. memang benar cik tak patut berkawan dengan gadis seperti saya kan..? tapi boleh saya tahu kenapa? and why out of sudden cik ada kat sini jerit-jerit panggil nama saya like no manners?" jawabku dalam usaha memulangkan paku buah keras yang kukira bisa melapah-lapahkan hatinya.begitu ketara perubahan pada wajahnya. berubah menjadi lebih sinis dan galak merenungku.

  "baguslah kalau kau dah sedar diri kau tu!! aku ni kalau kau nak tahu, nak pijak lantai rumah ni pun bagai dah nak termuntah, inikan pula nak duduk dekat sofa murah macam tu!' jarinya menuding ke sofa pembelian suamiku dari itali beberapa bulan yang lepas. dari riak wajahnya dapat kubaca dia sengaja mahu memburuk-burukkan rumah kami. entah apa motifnya. dan aku kerutkan dahi tanda tidak faham kerana bagiku sofa ini terlalu mahal.

  "not my standard at all! and you should now it already!" matanya melirik dengan jelingan meluat.
 
  "cik! kalau niat cik ke rumah ni setakat nak mengata rumah saya, lebih baik cik pulang aje lah... saya tak kuasa layan cik!" balasku dengan keselambaan. biar dia tahu dengan siapa dia berdepan sekarang. aku bukannya orang kampung yang mudah ditindas. jangan ingat mentang mentang dia orang bandar, dia boleh buat apa saja yang dia nak. aku bukannya penyabar sangat pun.

  "jangan cuba bermain dengan api hoi pompuan! aku cukup pantang hadap pompuan kampung macam kau ni!! kau ingat aku suka sangat ke sini?? kalau bukan kerana shasha aku tak pernah bermimpi nak pijak lantai rumah buruk kau ni.kau dengar sini baik-baik pompuan kampung.! aku nak kau minta cerai dekat suami kau sekarang juga.. nah! kau ambik telefon ni dan all Zainal sekarang!! now!!" apa yang direpekkan oleh gadis ini? huh! jangan harap aku mudah mengalah!

  "cik ni siapa nak arah-arah saya buat benda yang saya paling tak nak?? nama cik pun saya tak tahu...who are you miss?" matanya terus terbeliak.

  "kauu...." telunjuknya hampir mengena batang hidungku. ada juga yang aku gigit kang...

  "kenapa? terkejut dengan gadis kampung yang berani macam saya?" soalku berani dan penuh sinis. dia ingat dia saja yang boleh marah. aku, kalau dah marah jangan sesekali dekat denganku. ada yang pecah bibir aku kerjakan.

  dengan dengusan yang kasar, dia menyepak kakiku dan terus berlari keluar. tidak langsung sakit terkena sepakannya. kalau begini, ada hati juga ke nak bertumbuk dengan aku.

  "gila betul cewek tu ya non!! orang gila pun tak segila dia! eiihh.. seram sejuk biibik tengok..." entah bila bibik marni sudah bangkit dan mahu keluar menuju ke pintu yang terbuka luas. aku hempas punggung di sofa itali yang dikatakan murah. malas mahu berfikir panjang, aku bangun dan naik ketingkat atas semula. lagi ada faedahnya aku habiskan kerja-kerjaku yang tertangguh. seminit kemudian, menderum keretanya meninggalkan perkarangan rumah. macam-macam aje fi'il mereka. tidak putus-putus hendak memutuskan hubungan aku dan Zainal. andai benar kami tidak panjang jodoh, aku mohon kami masih boleh berkawan. namun sekiranya jodoh kami sehingga ke akhir hayat, aku mohon agar diselamatkan hubungan kami yang baru mula menapak bahagia.


bersambung...

p/s: sori cos i bit buzy this week.

4 comments:

zatul zukefli said...

erkkk....
gila punya prempuan..
dri bab 1 hingga bab sekarang...
mmg xpernah bsn nak bca..

M.T said...

thanks zatul! awaklah satu-satunya penyokong tegar MT! tq sesangat atas sokongan awak!!

RinsyaRyc said...

erererr.. ada part kena tutup mata .. hihihi . by the way memang best !

Anonymous said...

novel cabul je taraf cerita kau ni belambak dah..cerita kiss kiss peluk cium tu ..sampah .suka le pompuan2 gersang baca ni