telefonku dalam kocek berbunyi. ringtonenya aku sangat kenal. "abang!" terjerit aku kerana benar-benar teruja. pantas aku tinggalkan kerja-kerjaku didapur dan aku keluarkan handfone dari dalam kocek seluar. pantas kutekapkan ketelinga setelah menekan butang hijau. "assalamualaikum bang!" sapaku sebelum suara disebelah sana terlantun. perangani budak-budakku sedikit sebanyak masih belum mampu kuhakis sepenuhnya. "heiii!!! im not your abang bodoh!!!" tengkingan kuat perempuan disebelah membuatkan aku hampr-hampir terlompat. badanku terus menggigil. aku tekapkan lagi telefon ketelinga setelah tidak sengaja terjauhkannya tadi. "heloo.. siapa ni?" tanyaku lembut. aku tidak tahu apa yang menjadikanku sebegini tabah. ikutkan hati, boleh saja aku balas tengking perempuan bermulut celupar tadi.
"aku nak kau tuntut cerai dengan Zainal!! kalau kau melawan, kau akan tahu balasannya nanti!!"
"masya-allah!" aku betul-betul terjerit dengan ugutan wanita tadi. terus aku tekan butang merah. aku tenung telefon yang suamiku beli termasuk SIM kadnya sekali. cuba berfikir dengan rasional. bagaimana dan siapa. perasaanku berkecamuk. dan buat pertama kalinya aku melanggar undang-undangku sendiri. aku lempar telefon blackberry storm kesofa. aku hempaskan tubuh ke sofa sebelum meraup seluruh wajahku. perasaan mula bermain teka-teki. aku benar-benar buntu sekarang. aku perlukan suamiku disisi. aku mahu dapatkan kepastian. siapa perempuan tadi dan bagaimana dia dapat rampas telefon Zainal. aku harus ambil tahu. aku tak semudah itu akan mengalah.
"bang..pulanglah bang..."
seminit kemudian telefonku berdering lagi. ringtone yang sama. tentu perempuan itu lagi. "argghh!" aku hamburkan kebuntuanku dengan menjerit kuat sehingga bergema satu tingkat banglo mewah Zainal. "ya Allah.. non! ngapain sih teriak-teriakan segala? memangnya non ini kenapa?" entah bila bik Jah berada dimuka pintu. mukanya tampak risau. aku tidak menjawab. perlahan aku menggeleng. aku takkan bercerita perkara ini kepada orang lain selain daripada Zainal.
aku hanya mahu menyelesaikan masalah bersama-samanya. bik Jah mula melangkah masuk keruang tamu. aku lemparkan senyuman kambing. "bik jah, hari ni bibik tak usah kerja, biar saya yang buat semua kerja bibik ya!" usulku apabila bik Jah duduk disebelahku. tanganku yang bermain-main dengan telefon yang sudah tidak lagi berbunyi masih lagi galak mengusik sana-sini. aku tidak dapat respon daripada bibik. "boleh ya bik?" pujukku lagi. tiba-tiba bik Jah sentuh dahiku dengan belakang tangannya. jelas kelihatan rautnya yang kelihatan tercengang. "kenapa?" tanyaku lagi hairan dengan tingkahnya. bik jah hanya menggeleng sebelum mengangkat punggung hendak beredar. "bibik dengar tak cakap saya tadi?" terkeluar suara aku sedikit tinggi. tidak pernah-pernah emosiku terganggu sebegini selain daripada reaksiku semasa peminangan Zainal dahulu.
"tapi non..." bibik jah mulai gentar. aku minta maaf bik. tapi aku buat juga untuk menghilangkan rasa bengangku ini. "tapi apa lagi bik?" aku sengaja bertegas. aku hanya perlukan persetujuannya sekali ini saja. bik Jah mulai bermain dengan tangannya. nerbouslah tu. "tapi bik jah takut tuan Zainal marah bibik non.." perlahan dan cukup sayu suaranya. aku jatuh simpati. aku tahu Zainal benar-benar tegas dengan bibik Jah dan bibik Marni yang bertukar-tukar membersihkan rumah kami setiap hari pejabat. tapi aku benar-benar perlukan pemahaman bibik satu kali ni aje. "bibik jangan risau. saya boleh uruskan suami saya. dah.. bibik boleh pulang atau kalau bibik mahu temankan saya seharian dirumah ni? suami saya belum pulang." pancingku. maklum saja bibik jah dan bibik Marni memang peminat sinetron indonesia. aku perhati setiap kali pukul dua petang, pasti mereka sudah duduk tercongok didepan tv sambil memeluk penyapu. bibik nampak kacau.
"boleh ya bik. satu kali ni aje. lain kali saya tak minta lagi.." pujukku dan aku yakin bibik jah pasti mengasihaniku. umurnya baru sahaj mencecah 22 tahun. masih muda sebenarnya tapi mukanya agak hitam. mungkin kerana kepayahan mencari secupak nasi ketika masih berada di indonesia. kasihan.. getus hatiku. "janji?" bibik bagaikan mahukan persetujuan dari pihakku pulak. "janji bik." balasku dalam senyum lebar. sesudah mengucapkan terima kasih kepada bibik, bibik meminta diri untuk pulang. katanya dia boleh mencari kerja lain untuk menimbal balik kerugian akibat tidak diberi kerja untuk sehari ini. melopong mulutku. bibik sudah tersalah anggap. sudahnya, aku memaklumkan padanya yang gajinya tetap berjalan seperti biasa walaupun tidak bekerja kerana aku sendiri yang menguruskan pembayaran pekerja-pekerja dirumah ini.
Zainal yang amanahkan padaku. sekali-sekala ambik kesempatan tidak apa rasanya. bukannya buat hal tidak baik pun. bibik terus melompat gembira dan berkali-kali berterima kasih kepadaku. terbalik pulak. tadi aku, kini bibik. aku tahu, pekerja seperti mereka benar-benar komited dengan kerja dan sanggup melakukan apa sahaj untuk dikirimkan kepada sanaka saudara dikampung mereka. aku bersyukur kerana mendapat suami yang dapat menjagaku walaupun itu hanyalah penambah rencah dalam sebuah kehidupan.
alhamdulillah, aku tidak pernah mengalami sebarang masalah kewangan sepanjang aku hidup. biarpun miskin dikampung namun masih boleh makan nasi. tak perlu bermewah-mewah kerana aku memang tidak suka bergaya dan suka hidup dengan serba sederhana. biarlah satu-satunya harga yang mewah dalam hidupku adalah banglo ini. kata Zainal, banglo ini dinamakan atas namanku. tuhan saja yang tahu saat itu. aku gembira dengan hadiah rumah ini namun bukan itu yang aku perlukan. sekalipun bukan nama aku, aku tetap akan gembira kerana hidup bersamanya. seharian aku mengemas rumah. terasa penat sangat. pinggang terasa retak. sampai sekarang aku masih belum dapat jawapan kepada persoalan perempuan pagi tadi. suamiku juga tidak pulang waktu tengahari untuk menjamu selera. aku dapat rasakan ada sesuatu yang telah berlaku. aku dapat hidu bau bacangnya. mungkinkah perempuan itu adalah wanita yang pernah menjadi tunangan suamiku. shasha? tuhan! apakah musibah ini?
"who is she?"
########
"so, can you explain to me? tell me what is happening dear!" pujuk Zainal lembut setelah aku melepaskan tangisan didadanya sekembalinya dari kerja. tubuhku erat didakapnya. seluruh kehangatannya dikongsi bersamaku. aku semakin tidak mampu menerima kehilangan suamiku apatah lagi berkongsi dengan wanita lain. "ta..tadi..." aku cuba menerangkan kejadian yang sebenar namun aku tersedu-sedu. susah hendakku memberitahu dalam keadaan diriku yang tersedu hiba begini. "shusshh.. it's okay. abang faham.. bila sayang dah rasa okay, just tell me okay!" pujuknya lagi lembut dari yang tadi. tuhan! aku tak mampu kehilangannya. aku tak mahu!!
setelah hampir setengah jam aku dipujuk, sedu dan sedan yang susah sangat diusir pergi, akhirnya mereda sendiri. aku rasa aku sudah bertukar menjadi isteri yang terlalu manja. bukan salahku kerana suamiku yang terlalu memanjaiku. tanpa sengaja aku terbiasa untuk semakin lebih manja. "okay.. relax..relax.. now, story kat abang sikit. apa yang sayang sedih sangat ni..?" wajahku didongakkan dan jemarinya yang kasar mengusir air-air jelek yang membasahi pipiku malah hampir keseluruhan wajahku barangkali. "jangan tinggalkan fiya! jangan ye bang!" tiba-tiba aku diterpa rasa yang sangat sedih. terus aku peluk erat batang lehernya sekali lagi. aku kucup lehernya. aku cium semua baunya. aku tidak mahu kehilangannya. tolong aku ya Allah.
"jangan begini sayang... abang pulak yang takut..." keluh Zainal begitu risau sekali. aku kasihan padanya namun melihat pada keadaanku, tidak mungkin aku mampu memujuknya saat ini sedangkan hati aku sendiri kusut. sudahlah sepanjang hari tidak tenang, suami pula tidak pulang-pulang sampai kemalam. masuk dini hari baru masuk rumah. mana aku tak risau. entah jangan-jangan memang dia yang sengaja suruh perempuan tu telefon tak. entah apa yang sudah merasukku sampai begitu sekali. tidak! tidak! Zainal takkan sekali melakukannya. dia sangat mencintaiku. tapi bagaimana kalu betul? siapa yang patut aku persalahkan nanti. aku,Zainal atau perempuan bernama shasha itu.
"kenapa ab..abang balik lambat hari ni? abang tahu tak fiya takut sangat kena tinggal sorang-sorang kat sini. mana janji abang takkan tinggalan fiya seorang diri bang?" tanyaku yang kecewa setelah sudah mampu bertenang. ternyata riaknya berubah. hatiku mulai rasa tak sedap. jangan beritahu aku yang Zainal memang baru balik daripada melawat perempuan tu sama seperti hari-hari yang lepas. aku jadi takut bila memikirkan kemungkinan tersebut. "im sorry.." ucapnya perlahan. rasa dapat menghidu sesuatu. makin tidak enak pulak perasaanku. makin rasa waswas. makin buat jantungku berdegup pantas. "fiya tak perlukan maaf abang, yang fiya perlukan sekarang ialah jawapan abang." cantasku bila nampak mukanya sengaja buat muka simpati.
"abang a..ada kerja yang abang kena siapkan juga dekat ofis tadi. im sorry sebab lupa bagitau fiya...im sorry okay!" aku menggeleng pantas. terus aku jauhkan tubuhku. Zainal menunduk. merasa bersalah barangkali. aku tahu Zainal sedang berbohong. dia seperti menyembunyikan sesuatu daripadaku. aku tahu sangat dengan bahasa badannya. dia bukanlah calon penipu mahupun pembohong. dia tidak dikurniakan kejahatan itu. maka dengan cepat aku dapat mengenalpasti sekiranya dia sedang berbohong. aku tidak mahu beralah lagi. sudah hampir seminggu Zainal terpaksa menjenguk bekas tunangnya. bukan atas kerelaannya tetapi kerana dipaksa dan terpaksa atas sesam ihsan dan kemanusiaan.
aku percaya akan itu tapi kenapa dia harus berbohong sekiranya benar pun dia dari sana. "abang bohong!" ucapku perlahan berserta dengan ketidakpercayaan serta sakit hati. kecewa dengan sikapnya yang sudah mula pandai menipu. "i'm sorry... a..abang..." belum sempat dia habiskan permohonan maaf yang enath sudah keberapa cepat sahaja aku mencantas. "berapa kali fiya cakap, fiya bukan nak abang minta maaf, fiya cuma nak abang jawab soalan fiya tadi. susah sangat ke nak jawab bang...?" tambahku sangat sendu dan makin bertambah rasa kecewaku. airmata yang sangat edgil mahu juga mengalir keluar dari kelopak mata, aku lap bersama air hidung. biarlah wajah aku comot sekalipun. aku tak kira. aku perlukan jawapan. itu sahaja.
"abang..aa..abang sebenarnya dari hospital tadi..." nah! maka betullah telahanku. Zainal memang dari hospital. aku dapat cium bau ubat dari bajunya tadi. aku merasa sangat-sangat kecewa dengan Zainal. pantaskah dia membohongiku sedangkan kalau dia berterus-terang, aku tidak akan tersiksa begini. "ja..jadi.. abang dan mula pandai bohong dekat fiya..?" entah apalagi yang boleh menterjemahkan rasa kecewaku. ini belum lagi dicurangi, mungkin aku boleh jadi gila agaknya. tuhan! jauhkan benda itu dari hubungan kami. "abang t..tak bermaksud sayang. a..abang terpaksa..." jawapan Zainal membuatkanku tercengang. "terpaksa? sebab kenapa? siapa yang paksa abang menipu ni?" bertalu-talu aku bertanya. itu semua spontan. "Dato' karim.." jawapan Zainal sekali lagi membuatku terkejut. jujur tapi lurus. aku rasa mahu tergelak dengan suamiku. siapakah dia Dato' karim itu sehingga mampu membuli suamiku yang sangat susah dibuli? dan apa kena mengena dia dengan suamiku sehingga berani-beraninya memaksa suamiku menjadi seorang penipu? "siapa Dato' karim tu bang?" seakan pernah aku dengar namanya. atau jangan jangan dia... "Dato' karim tu er... doktor kat situ merangkap pengarah Hospital Makhota jaya tempat shasha dirawat" Ya Allah! terasa mahu meletup dadaku menahan debar. "apa se..semua ni bang? jelaskan kat fiya satu satu.. biar fiya faham..."Zainal nampak serba salah. kenapa harus Zainal bersikap begini. apa sebenarnya ni? ya Allah, kalau boleh aku nak sangat jumpa Dato' karim tu. aku nak bagi amaran dekat dia supaya jangan berani-berani memaksa suamiku melawat shasha. tiba-tiba aku mula terfikir sesuatu. apa kena dengan aku ni? kenapa bebal sangat. tentu saja Dato' karim tu papanya shasah. tuhan... permainan apakah yang sedang dimainkan oleh keluarga itu? benarkah mereka benar-benar mahu menghancurkan keluarga suamiku. "kalau sayang nak tahu, Dato' karim tu lah papa shasha. dia minta abang tolong lawat anaknya tiap hari lepas abang balik. mulanya abang memang tak nak pergi tapi dia ungkit jasa dan budi dia dekat kakak abang yang dirawatnya secara high speciality class semasa kaklong accident tahun lepas sampaikan kaklong keguguran. dialah yang banyak menolong memberi nasihat dan semangat buat kami sekeluarga masa tu. tapi abang benar-benar tak sangka dia akan ungkitkan benda ni semula sedangkan abah dah keluarkan belanja dan kos rawatan yang agak berlipat ganda. sekarang ni pula, abang terpaksa lawat shasha. abang tak suka sayang tapi abang kena paksa. sebab tu abang tak sengaja tipu sayang tadi, abang betul-betul tak tahu dah macam mana nak selesaikan kes ni. tolong abang sayang..." rintihan Zainal benar-benar kedengaran sangat berat. aku mula rasa bersalah. menuduhnya tanpa usul periksa. aku ambil tempat disebelahnya. aku tarik kepalanya supaya menunduk. dia nampak seperti terpnga-pinga dengan tindakanku tetapi tidak bersuara. bisu seketika. kasihannya dia. dahlah penat baru balik seharian dengan hati yang resah, aku pulak sengaja menambahkan masalah pada suamiku. maafkan fiya bang... ampunkan fiya. fiya isteri yang tak berguna. aku rebahkan tubuh Zainal perlahan-lahan diatas ribaku. sebaik kepalanya menyentuh pehaku, dia memeluk pinggangku erat. wajahnya dijunamkan keperutku. kasihannya abang...
aku usap-usap rambutnya sampai detik berlalu begitu lambat. hiba hatiku melihatnya begitu. dia kini seorang suami yang sangat bermasalah dan menanggung beban. aku kenal dia sebagai seorang yang kuat lahiriah dan batiniah. mungkin masalah ini terlalu rumit baginya. aku terkena tempiasnya.. "sayang..." serunya perlahan dan agak sendu. "hrmm..?" aku layan dia bagai kanak-kanak. aku tahu dia sangat-sangat butuhkan ketenangan dan perhatian. aku akan buat itu semua. aku akan pujuk hatinya yang kegelisahan. "abang tak nak tinggalkan fiya.." aku tersenyum. sejuk hatiku ini. terlalu jujur pengakuannya. "fiya tahu... abang suami yang baik. abang tak akan buat fiya macam tu." alahai suamiku! tulusnya hatimu. aku terus belai rambutnya. terasa indah dipeluk begitu. dirinya tak ubah bagai anak kecil yang mengerekot manja. penuh manja bagai meminta simpati daripada aku. "ka..kalau fiya nak tahu... a..abang kena paksa kahwin dengan shasha..." aku tidak bernafas. kaku. hanya degupan jantung yang kedengaran masih mengejam laju. tanpa sedar, airmata datang merambu. aku tekup mulutku daripada meraung. "ta..tapii.. abang tak nak... tolong abang sayang.. abang tak nak.." Zainal mengongoi di ribaanku. "masyaallah! apalagi cobaan ini. tergamak Dato' karim buat abang macam tu!" ini tak boleh jadi. dia ingat dia tu siapa. jangan dia fikir, dengan budi yang ditaburnya dulu boleh digunakan untuk merampas laki aku. tapi kenapa Zainal beria-ia begini. setahu aku, dia seorang yang kuat dan tabah. "kalau abang tak nak, fiya lagi tak nak bang..."aku pujuk dia lagi. Zainal mengangguk. bersetuju dan mungkin terasa disokong. "jangan risau! selagi fiya ada dengan abang selagi itu fiya tak benarkan suami fiya dirampas. besok, fiya nak abang bawa fiya jumpa dengan mereka satu keluarga. biar fiya berterus terang dengan mereka." aku meyakinkan. Zainal segera mengalihkan mukanya menentang mataku. jelas aku nampak raut wajahnya yang terharu. "abang percayakan fiya kan?" tanyaku mahu dia tahu aku amat perlukan kepercayaannya sekarang. dengan kepercayaannya sahaja, aku akan kuat.Zainal sekadar mengangguk. senyuman terharu meniti dibibirnya. aku tunduk dan cium dahinya yang luas. laki aku ni bijak kerana memiliki dahi yang luas. "i love you.. remember that.." bisikku dalam senyuman kepayahan. Zainal merembeskan airmata. aku tidak tahu sejak bila suami aku jadi cengeng begini. sedangkan abah sendiri pernah bercerita padaku tentang keperibadian suamiku yang begitu keras kepala dan tidak berperasaan . tapi yang itu sejak belum berkahwin dengan aku, katanya. adakah aku yang mendorongnya melakukan penghijrahan perasaan?
####
setelah mandi wajib dan bersolat subuh yang sudah menjadi kemestian pada kami setiap hari kecuali aku datang bulan, kami bersarapan sekejap. hanya bersarap dengan sekeping roti bakar dengan berintikan kaya inti kelapa. setelah itu kami bersiap untuk ke hospital makhota. aku kerling jam bentuk epal didinding. sudah pukul 6.50 pagi. kata Zainal semalam, perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang setengah jam dari kota damansara. kami tiba dihospital swasta milik Dato' dr. karim setengah jam kemudian. kenapa namanya agak biasa kudengar. jangan-jangan dia tu bekas orang kampung aku tak? kalau dialah orangnya, apa agaknya reaksi kami? walaupun mungkin dia tak kenal aku, tapi dia kenal puan nimah hakiah dan encik kahar imran. aku akan katakan kebenaran kalau memang dia adalah lelaki itu.
keadaan hospital ketika ini masih lengang. hanya ada beberapa orang pelawat. Zainal memarkirkan keretanya agak jauh dari bangunan Hospital. sudah begitu peraturannya barangkali. terpaksa pula berjalan nak kesana. "penat?" tanya Zainal sebaik sahaja tiba di depan lif menuju ke tingkat atas. "tak juga. adalah sikit aje.." jawabku sambil menekan butang lif yang bersimbol segitiga meruncing keatas setelah Zainal mengatakan shasha ditempatkan ditingkat 10. aku tak nafikan perasaan cuak. sebagai manusia, aku juga takut sebenarnya memikirkan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. namun aku harus berani berterus-terang. sekiranya itu belum mampu menyelesaikan masalah, pandai-pandailah kami guna cara lain. dan semalam Zainal beritahu aku, memang benar shasha yang menelefonku. dia berikan shasha lima minit sahaja untuk menelefonku dan bertanya khabar. tapi bila aku beritahu Zainal mengenai permintaan mengarut shasha, dia nampak terkejut sangat. terus dia marah-marahkan shasha. sebab itulah dia tidak sabar-sabar membawaku ke sini. nasib baiklah hari ini hari cuti."suka sangat dia ni mengelamun...hei! wake up, lif dah nak tutup tu!" tanganku digamit masuk. aku termalu dengan tindakanku lebih-lebih lagi dengan kehadiran orang lain disana. doktor agaknya kerana lelaki itu berbaju jubah putih panjang sehingga paras lutut. aku kuntum senyum pada lelaki itu. Zainal berdiri dibelakangku dan sengaja memaut bahuku penuh kemesraan. bengang barangkali dengan lelaki desebelah kami yang tidak berkelip memandangku. walaupun agak handsome paras rupanya tetapi suamiku seribu kali lebih handsome. setakat ini belum ada siapa yang menandingi kehandsoman Zainal biarpun artis dari luar negara atau dari indonesia yang putih-putih. kalaupun handsome, senyuman kurang manis dan mata kurang redup. Zainal punya pakej yang paling lengkap. mungkin sebab itu shasha sanggup membunuh diri semata-mata kerana pertunangan mereka terputus begitu sahaja. doktor tadi keluar setelah berada diparas 6. cepat-cepat Zainal tekan punat tutup. tidak mahu ada yang masuk barangkali. "amboi.. sukalah dia tu ada orang minat!" tiba-tiba Zainal memerli. aku senyum. tahu sangat laki aku ni naik cemburu.pantas aku menjawab. "abang ingat abang sorang aje ke ada peminat, fiya pun ada juga tau!" balasku dengan senyuman mengejek. Zainal pura-pura besarkan matanya. ada jugak yang aku cucuk nanti. tapi walaupun dalam apa jua mimik muka sekalipun, Zainal tetap menarik. sangat-sangat menarik sebenarnya. untungnya aku dapat laki berwajah kacak. Zainal terus peluk pinggangku dan aku tidak sedar bibirku telah dicemari. dia ketawa selepas meleraikan tautan bibir kami. "gatal betullah dia ni" aku cubit pinggangnya yang separas dengan perutku."aduhh..." Zainal mengadu perlahan. "padan muka!" sebenanya aku tak kisah sangat bila Zainal buat begitu tapi aku malu apabila ada yang melihat rakaman CCTV dalam lif ni nanti. adoii.. mana nak letak muka nanti?
sampai sahaja di tingkat sepuluh, Zainal memaut pinggangku."tak nak peluk-peluk, fiya tak biasa lagi!" kataku terus-terang. Zainal hanya sengih. lawa senyumannya. aku pegang sebelah pipinya guna tangan kanan. "abang tak marah kan?" Zainal menggeleng saja. aku tersenyum. terima kasih kerana memahami. ah! sukarnya menafikan perasaan ini. cinta yang sangat dalam buat suami yang sudah lebih tiga bulan bergelar suamiku. kami mengacu langkah berpimpinan menuju ke bilik rawatan shasha. bilik ekslusif untuk ahli keluarga dato dr. karim othman. itu kata Zainal. tentu cukup-cukup istimewa layanannya. "dont tell anybody about this ok!" tegas Zainal pagi tadi. katanya dia hanya mahu kami menyelesaikan masalah ini tanpa melibatkan keluarga. aku tahu, dengan masalah dalaman dua buah keluarga ini yang belum lagi berbaik, tidak mustahil masalah lagi besar akan tercetus sekiranya abah atau umi tahu. tiba didepan pintu bilik rawatan shasha, Zainal teragak-agak hendak mengetuk pintunya. katanya dalam bilik itu, ada lagi cabang bilik lain. sekarang ini sahaja, kami sudah berada dalam lingkungan bilik rawatan VVIP tersebut. belum ada satupun katil pesakit aku nampak sedari masuk tadi. mungkin perlu mencelah masuk beberapa bilik supaya dapat tembus ke bilik shasha. rumitnya susun atur Hospital makhota. "jom masuk.." tanganku ditarik masuk kedalam. "silakan masuk puan..." aku tersenyum pada penyambut tetamu yang diletakkan didepan bilik rawatan shasha. "terima kasih cik.." balasku mesra walaupun perasaan terkejut masih ada. melihat pada layanan dan dekorasi bilik rawatan VVIP, aku sudah dapat mengagak betapa eksklusifnya layanan yang diberikan oleh Hospital ini kepada pesakitnya. hatiku tiba-tiba menjadi sakit apabila teringatkan shasha yang cuba merampas suamiku. Zainal sudah habis menulis butir pelawat kedalam diatas satu buku. hanya Zainal sahaja yang perlu menulis pengenalan dirinya. dikhabarkan, shasha sudah terbangun dari tidurnya. pagi pagi lagi sudah mengigau memanggil manggil nama Zainal. hatiku jadi rusuh. begitu berat sekali bebanan perasaan yang ditanggung shasha sejak Zainal memutuskan pertunangan mereka. begitu kuat sangatkah cinta shasha terhadap suamiku? apakah cintanya lebih kuat dari cintaku?
kami diberikan dua pas masuk. "terima kasih cik...jom sayang, kita kesana. itu bilik shasha.." ajak Zainal dan aku hanya menurut. sempat aku lemparkan senyuman kepada cik Tina, penyambut tetamu disitu. "abang.. fiya takutlah..." luahku apabila sudah berada hampir didepan bilik shasha. Zainal memberhentikan langkahnya. lalu dia menarikku kedalam dakapan. aku membalasnya. walaupun perasaan malu dengan cik Tina yang sedang tersipu-sipu melihat perbuatan Zainal namun aku perlukan semangat yang datang dari aura Zainal. "apa yang nak ditakutkan, abang kan ada.." pujuk Zainal lembut. aku menghembuskan nafas yang memberat. kemana perginya semangatku yang berkobar-kobar sejak semalam. memang benarlah aku ni pengecut orangnya. berani berkata tetapi takut melakukan. "dah.. jangan fikir banyak sangat. nanti fiya pening pulak..." Zainal lepaskan pelukan selepas mengucup dahiku. tanganku diraih dan digenggam erat. "fuhh.. jom!" aku tarik tangannya pergi kedepan mara lagi untuk sampai betul-betul didepan pintu bilik shasha. semalam Zainal ada cerita sedikit mengenai bekas tunangannya. shasha seorang anak bongsu Dato' karim. anak yang ketiga. umurnya baru sahaja 22 tahun dan masih belajar dalam bidang kedoktoran di UM. benar-benar tak kusangka, wanita sebijak shasha sanggup melepaskan nyawa hanya kerana cintanya ditolak mentah-mentah. tapi kalau bukan kerana hendak menikah dengan aku, Zainal tak mungkin memutuskan pertunangan mereka dan aku tak sebahagia ini. shasha juga tidak perlu melalui detik-detik kesukaran dalam hidupnya. adakah aku juga bersalah dalam hal ini?
"hai shasha... apa khabar you pagi ni?" suamiku menegur sesudah pintu bilik ditutup rapat. aku masih berada dibelakang Zainal namun tanganku erat berada dalam genggamannya. "i makin sihat.. mungkin sebab you asyik jenguk i kat sini kot! duduklah Zainal... i nak you stay by my side. i miss you sangat-sangat tau..." ceria suara shasha yang berbaring tetapi katil bahagian kepalanya ditinggikan sedikit. aku pulak yang makan hati. Zainal tidak langsung mengulas. "jom sayang.. kita kedepan sikit." Zainal tarik pinggang aku maju lagi kedepan. sempat kujeling shasha yang begitu tajam merenungiku. "siapa benarkan you bawak perempuan ni kesini Zainal, hah?? suruh dia keluar!! pergi kau!!!" teriak shasha berang dengan pandangan makin tajam kearahku. aku terus kecut perut. tentu dia benci sangat dengan aku yang menjadi punca pertunangan mereka terputus dan tidak sampai kemenara pelaminan. "i ada hak sha! abah i ada saham kat syarikat ni. kalau you tak benarkan isteri i masuk sama kat dalam bilik you ni, then this will be the last time i visit you here! jangan sesekali you cabar i lagi!" suara Zainal juga tegas. shasha tidak menjawab. ada kesayuan dimatanya. aku terus diam. "i datang kesinipun nak bincang dengan you. i nak you jelaskan apa maksud you suruh isteri i minta cerai daripada i. are you mad sha? i tak sangka you ambil peluang semalam untuk sakitkan hati fiya. you tahu tak perasaan isteri i benar-benar terganggu dengan permintaan mengarut you tu? dah berapa kali i bilang sama you that i buat semua ni sebab perasaan ihsan sesama manusia. you yang anggap perhatian yang i beri selama seminggu kat you lebih-lebih. im not your fiancee anymore. take note about it!" hambur Zainal tegas. "tapi i love you nal... kenapa you tak pernah bagi peluang kat i nal? i nak jadi isteri you. please.. i love you so much nal... tolong ambik i jadi isteri kedua you...i tak kisah... i sanggup asalkan i jadi isteri you..." rintih shasha menangis teresak-esak. ya allah. aku tak sangka keadaan akan jadi ribut macam ni. kalaulah aku tak cadang bukan-bukan semalam. "no!! i dont love you sha! tolonglah! dah berapa kali i cakap kat you kan? kenapa you tak pandai nak faham-faham! i dah muak dengan you tau tak!" rengus Zainal dengan mata membuntang. "bang..." belum habis aku berkata, Zainal terus memotong. "mari balik!" tanganku ditarik kearah pintu. "jangan dulu nal! i belum habis lepaskan rindu i kat you hari ni. please... demi simpati you kat i... i sanggup nal..." rayu shasha sebelum sempat kakiku melangkah pergi. aku nampak shasha cuba nagun tetapi dia mengerekot kesakitan. tentu saja kalau shasha larat, dia sudah berlari memeluk dan memujuk suamiku. Zainal tidak mengendahkan malah terus menarik lenganku. "safiya! tolong i... tolong pujuk Zainal.. please...tolong kasihani saya..." rintihan bersalut permintaan shasha membuatkanku terkaku. apakah shasha terlalu cinta mati pada suamiku? tuhan.. siapa yang patut aku dahulukan..? waktu itu juga Zainal memberhentikan langkah. pinggang aku diraih rapat kebadannya. aku dapat rasakan kemarahannya yang tertahan-tahan.
"apa yang you merepek ni shasha? kami dah nak balik ni. so, please jangan halang isteri i. isteri i tak macam you. hatinya terlalu baik untuk you sakiti. sebab itu sha.. sebab itu i sayang mati dekat fiya. you nampak tak tu sha? so i mohon kat you. tolong hentikan perassan you tu. i tak mampu balas cinta you. hati i hanya satu. dan ianya hanya buat isteri i. kalau you benar-benar cintakan i, lepaskanlah i pergi dengan tenang..." suara Zainal bertukar daripada bengang menjadi sebuah rayuan. shasha makin teresak. sayu. tapi dalam masa yang sama aku tak mampu berbuat apa-apa. "jom... jangan pedulikan permintaan mengarut dia tu. it's all are her tricks!" beritahu Zainal bagai memujukku supaya mengikuti langkahan kakinya. sampai saja di muka pintu, pintu diselak dari luar. "eh.. Zainal! awalnya datang?" tegur suara wanita. aku sedia maklum itu tentu mamanya shasha, datin wanda harun. "saja auntie.. oh ya, kenalkan ini isteri Zainal, Nur saffiya namanya. cantik kan?" dalam pada Zainal memperkenalkan aku kepada datin wanda, diselitkan kata pujiannya. aku mula gelabah. jangan fiya! jangan buat malu diri kau!
"assalamualaikum datin! datin apa khabar?" aku hulurkan tangan dan datin wanda teragak-agak menyambut. sebaik tangan kami bertemu, aku terus kucup belakang tangannya. "kenapa shasha nangis nal, kamu ada sakitkan hati dia lagi ke?" terus datin bertanya pada Zainal selepas menarik tangannya. aku sedikit terasa dengan layanannya. mungkin juga datin wanda tidak merestui perkahwinan kami. "tanyalah dia sendiri. saya malas dah nak layan perangai anak datin tu." Zainal terus mengheretku lagi untuk berlalu dari bilik itu namun kami terhalang lagi dengan kemunculan seorang lelaki tua yang berambut putih yang tiba-tiba menerpa masuk. "apa semua ni? kenapa dengan shasha tu Zainal, kamu sakitkan hati dia lagi kan?" hambur lelaki tersebut tanpa menegur khabar. aku cuba ukirkan senyuman buat lelaki itu namun tenungan tajam pula diberikan. "no comment uncle!" balas Zainal selamba sebelum menarik tanganku untuk pergi. tangan Zainal dipegang oleh lelaki itu sebelum Zainal sempat melangkah. "apa lagi yang uncle nak ni, hah? Zainal letih uncle... cubalah faham perasaan Zainal. jangan terlalu manjakan anak uncle tu. sebab tu lah dia jadi macam tu, sebab uncle terlalu manjakan dia." beraninya Zainal berkata begitu sambil bertentang mata dengan dato' karim yang garang. mukanya diwarisi oleh shasha. anak bapak rupanya. "kurang ajar kau!" dato karim mengangkat tangannya dan melayankan kepipi Zainal. hatiku menjerit jangan!
pang!!!
"abang!!!" jeritku serentak dengan jeritan datin wanda. aku hampir-hampir menangis. aku peluk erat tubuh suami yang memegang pipinya yang ditampar. terteleng muka Zainal sewaktu menerima tamparan Dato' karim tadi. kuat sangat kurasa sampai jadi begitu. datin wanda menenangkan suaminya namun ditepis oleh dato karim. malah ditampar jugak pipi datin wanda. "sampai hati abang!!" jerit datin wanda sambil menangis teresak-esak. dia duduk dibirai katil dan menangis sama dengan shasha. takat kemarahanku menjadi-jadi. jelek betul perangai lelaki bergelar 'dato' itu dimataku. kasihan datin wanda. sudahlah risau dengan sikap anaknya, kini suaminya pulak menambahkan luka. bagiku datin wanda baik orangnya cuma terlalu risaukan kesihatan dan perasaan anaknya sebab itu dia bersikap terlalu protective pada shasha dan persuasive ketika bertembung dengan pihak Zainal.
"kamu jangan lupa apa yang aku dah buat pada keluarga kamu Zainal! aku tak kira.. kamu kena pujuk shasha sebelum kau keluar dari sini. siapa yang benarkan kau bawak perempuan perampas ni ke sini? dalam bilik anak aku pulak tu. ada aku suruh kau Zainal??" tengking dato' karim bagai guruh. tercela peribadinya selaku seorang doktor pakar perunding. hanya kerana membela anaknya, hilang semua sifat mulia dalam diri seorang yang bergelar doktor perubatan. Zainal jadi berang. tangannya terus ditarik dari genggaman dato' karim. mukaku dah pucat. hilang semua semangat yang kukumpul sejak semalam. "dengar sini baik-baik dato karim! i tak suka dengan anak you tu! sepanjang kami bertunang i tak pernah simpan apa-apa perasaan pun kat shasha. i ni hanya tunangan dia sejak kecil and that time i masih kecil so that's mean bukan i yang berikan persetujuan but bila i dah mula membesar, i ada hak pilih jalan hidup i. i tak nak kahwin dengan anak you. i tak nak and i tak nak. jangan pernah ungkit budi uncle pada keluarga i sebab budi uncle dah berbayar. yang lain tu i minta uncle ikhlaskan.. so, i nak balik and dont find me anymore. auntie! kami balik dulu. assalamualaikum!" berubah terus wajah dato karim setelah ditempelak Zainal. "kurang ajar kau budak!! kalau bukan aku yang jaga kakak kau, dah mati agaknya dia tu!" dato' karim masih ingin berlawan. aku tidak mahu pertelingkahan mereka berlarutan kerana aku tahu kesudahannya sangat memalukan dan menjahanamkan. "mari kita balik bang..." aku terus peluk pinggang Zainal supaya cepat-cepat berlalu dari situ, namun suara rayuan shasha membantutkan. "jangan tinggalkan i nal... tolong i.. i tak mahu hidup kalau pergi...pa, kalau papa benarkan Zainal pergi, sha akan bunuh diri pa!" suasana bilik semakin membingit dengan tangisan shasha dan suara datin wanda yang cuba menenangkan shasha. shasha memukul-mukul segala anggota badannya. "jangan gila shasha!!" tempik dato' karim apabila shasha cuba menusuk dadanya dengan jarum iv line yang dipasang diurat tangannya. diterkam tangan shasha yang cuba membunuh diri. "shasha!! jangan buat begini nak...tolong nal.. tolong pujuk shasha... jangan pentingkan diri sendiri. kalau apa-apa berlaku pada anak saya, auntie takkan maafkan kamu sampai bila-bila Zainal!" rayuan datin wanda menjadi tegas. shasha sudah dapat ditenangkan. dia tidak lagi mengamuk namun masih menangis teresak-esak. "minta maaf auntie, uncle, saya tak dapat tolong dan jangan cuba-cuba kaitkan saya dengan shasha lagi!" kali ini Zainal seperti tidak mampu menahan sabarnya, tanganku ditarik lagi untuk keluar dari bilik rawatan shasha namun terhalang lagi oleh beberapa orang doktor yang secara tiba-tiba datang menyerbu masuk. "tangkap perempuan tu pa! tangkap dia!! aku nak bunuh dia!!" jeritan shasha menyentakkan semua yang berada disana. segera aku berpaling kebelakang. shasha seperti mahu turun dan menerkam kearahku.
"aahh...!!" terkejut aku dengan keadaan shasha yang terjatuh dari katil. cepat saja aku mahu membantu namun tanganku ditarik kearah Zainal. "dont!" tegahnya sambil merenungku tajam. "ta..tapi.."
"no!!" tegasnya lagi membuatkanku terkelu.
tubuhku terus dipeluk untuk menenangkanku. "keluar kau dari sini Zainal!! keluar kau!! bawak isteri kau tu sekali!!" jerkah dato' karim lantang. terus aku tolak dada Zainal. dapat kurasa jantungnya berdegup begitu kencang saat berpelukan sekejap sahaja tadi. shasha mula meronta-ronta dan memekik-mekik saat kami mula melangkah pergi. "dont look at her!" tegah Zainal lagi sebelum sempat aku jatuh kasihan pada shasha. kali ini kami berjaya menerobos keluar dari bilik rawatan shasha. keluar sahaja dari bilik itu, bahuku ditarik lembut dan dipeluk. kami terus keluar dari ruangan VVIP. cik Tina yang berada disitu hanya terdiam sewaktu kami melintas didepannya.
kami hanya berbalas senyuman.
"suka-suka hati aje nak bunuh diri. dah gila agaknya minah tu!" rungut Zainal sebaik menghidupkan enjin kereta. aku tidak mampu mengulas apa-apa. tiba-tiba Zainal ketawa. aku pandang kearahnya. "ada orang tu beria-ia nak berterus terang, tapi habuk pun tarak!" ketawanya semakin besar. oh! baru aku faham kenapa dia gelak. dia gelakkan aku rupanya. aku turut tumpang ketawa mentertawakan kebodohanku juga diriku yang pengecut. sudah habis kami bergelak ketawa, Zainal mengisyaratkanku supaya mendekati dirinya. 'apa?' soalku melalui gerakan kening. "sakiiit.. sayang..." adunya manja sambil menyentuh pada pipinya. terus aku jatuh kasihan. "fiya cium, nak?" aku tahu dengan bercanda begitu, sekurang-kurangnya dapat menghiburkan hatinya. "nak.." jawabnya suka. biarlah kalau suamiku gatal sekalipun. sudah begitu agaknya lumrah nafsu lelaki. tidak mungkin menolak huluran yang ditawarkan.
cupp!
lama bibirku melekat dipipinya. lepas tu, aku elus pipinya yang jelas ada kesan tamparan tapak tangan. "kasihan abang..kan?" aduku dalam suara simpati. Zainal hanya diam tapi mengangguk. tanganku yang ligat membelai pipinya diambil dengan tangannya lalu dibawa kebibir sambil mata kami bertautan kasih. "i love you..." bisiknya dengan sorotan matanya yang redup. i love you too.. ucapku dalam hati kerana sebaik aku menuturkannya melalui mulut, pasti aku akan menangis lagi.
bersambung...
p/s: sila tinggalkan komen anda ya. komen anda sangat-sangat diminta. kutukan ke apa ke, MT terima seadanya. MT lagi suka anda komen terus0-terang daripada anda mengutuk dalam hati. berdosa you! hehehe...
sedutan episod 9:
"abah tak sangka sanggup kamu buat begitu pada isteri kamu Zainal!!!"
4 comments:
ooo...datuk karim rupanya yng tmpar...jahat btul mcm la xde llki lain dalm dunia nih...aishhh..
skit ati btul bila bca...
apa2 pon..mmg terbaik lah...
hrp3..smbngnnya cpt cm rni...huhu
insyaallah zatul! thanks bangat ya...
alooo.. sweetnya .. ehek .. suka2~
Megat teruna ni man or woman
Post a Comment