Friday, January 27, 2012

Jauh Aku Berlari 7

       bab 7        

  'kuintai ruang dalam hatimu, bila aku nampak ada ruang, maka beranilah aku menapak masuk mengirimkan salam pada si pemilik hati..'


       semalam Zainal sudah memberitahuku kami harus bertolak ke Kuala Lumpur pagi ini kerana ada mesyuarat tergempar yang bakal diadakan di syarikat abahnya esok. sebenarnya ayah yang beria-ia menyuruh kami agar bertolak segera sedangkan Zainal tidak begitu. entah kenapa aku terasa dengan sikap ayah semenjak dua menjak. perasaanku diketepikan sama sekali. aku? tanpa merungut sedikitpun, laju saja tanganku memasukkan baju-bajuku kedalam beg bagasi. barang-barang kelengkapanku dan Zainal kusumbat semuanya sebagai tanda protes. tapi setelah fikir semula, tak ada gunanya aku buat begitu. ayah tak tahupun belenggu perasaan dalamnku. Zainal pula keluar ke ruang tamu berborak dengan ayah. berbual hal lelakilah tu!
     pagi lagi kami sudah bergerak kerana tidak mahu tersangkut di jalan raya. musim cuti perayaan begini, terlalu banyak kereta menggunakan jalan raya. Zainal disebelahku memandu dengan tenang. ada riak keruh di wajahnya. tegang semacam bagai baru sahaja berak kapur. mahu bertanya, takut aku hanya menambahkan masalah. sudahnya aku pendamkan sahaja hasrat hati. biarlah dia selesaikan masalah sendiri. sudah dia beritahuku, jangan terlalu runsing akannya sekiranya dia sedang bermood dingin atau tegang. itu maknanya, dia tidak suka dibebel. aku menurut sahaja aturannya. lagipun aku bukannya tahu sangat mengenai masalah syarikat ni. perjalanan yang mengambil masaa selama 4 jam dari kampung ke Kuala Lumpur bukanlah satu jangka yang singkat. mahunya pinggang pasti akan terasa lenguh sana-sini. dalam keterujaan, terselit rasa bimbang. tidak sabar rasanya melihat mahligai keluarga suamiku yang ayah dok puji setiap kali dia pulang dari melawat Dato' syeikh mahmud.
    "tak nak keluar ke?" aku berpaling ke arah Zainal disebelah. tidak perasan kereta sudahpun diberhentikan distesen R&R. "err.. fiya masih kenyang..." terus terang aku menjawab kerana aku tahu setiap kali singgah berhenti di R&R, tidak lain tidak bukan untuk mengalas perut atau paling tidakpun membuang hajat. aku dengar Zainal gelak besar. berkerut dahiku. "kenapa abang ketawa?" soalku tidak puas hati. aku tak rasa lucu bila aku kaji balik patah kata aku tadi. kenapa agaknya?
   "kita singgah kat sini bukan nak melantaklah yang oii..." belum habis dia menyindir, aku dah potong."habis tu nak melepaskan hajat?" balasku balik. biar dia tahu aku masih terasa dengan kedinginan sepanjang dalam perjalanan kami tadi. walaupun aku kata tak kisah namun aku kisah sebenarnya. siapa tak kisah dengan masalah suami sendiri. bagiku masalah suami, masalah aku juga. balik-balik aku tertanya, kenapa masalah pejabat tidak diluahkan saja padaku. mentang-mentanglah aku tak ada ilmu perniagaan maka dibuatnya aku seperti tidak berguna. aku hanya mahu dia mengerti perasaanku. aku hanya mahu dia jadikan aku sebagai tempat untuknya mengadu dan meluahkan semua masalahnya. tapi kalau macam ni, sampai bila-bila pun aku takkan dapat mengenali personaliti dirinya sepenuhnya. ahh.. aku fikir runsing-runsing begini pun bukannya Zainal faham bahasa tubuhku.
   tanganku terasa digenggam. spontan wajahku menunduk dan mataku merenung pada tautan jemari kami. ada rasa getaran disitu. "i'm sorry..." bisiknya perlahan. tahu-tahu tanganku sudah dibawa ke bibirnya dan dikucup lembut. ada airmata yang bertakung dikelopak mataku. "abang tak sepatutnya libatkan fiya dalam masalah ni. i'm so sorry...abang minta maaf sekiranya mood abang sejak dari semalam sampai sekarang membuatkan sayang terasa jauh dengan abang. im so sorry..." belakang tanganku dikucup lagi. kali ini aku tidak dapat menahan perasaan. ada satu titisan airmata yang degil juga mahu menuruni pipi gebuku.
  "syy.. jangan nangis... abang minta maaf ya..." sebelah tangannya mengelap pipiku. aku pandang wajahnya tunak. raut wajahnya begitu menggambarkan penyesalan. aku nampak keikhlasan dari tutur kata dan bias matanya. "it's okay..." getusku perlahan. tidak mahu memanjangkan masalah yang tidak sepatutnya diperbesarkan. Zainal merapatkan tubuhnya dan dalam masa yang sama menarikku supaya rapat kepadanya, bila wajahku sudah bertemu dengan dada bidangnya, ubun-ubunku dikucup. secara spontan tanganku memaut lehernya. "im sorry and i love you so much..." bisiknya syahdu dipendengaranku. setelah beberapa saat begitu, Zainal jarakkan tubuhnya. matanya masih lagi berada diwajahku.
  "kalaulah kita dalam bilik sekarang, dah lama abang ngap sayang... you look so beautiful today...tambah berdebar jantung abang ni.." tuturnya begitu romantis. tanganku sekali lagi digamit dan dikucup sebelum diletakkan diatas pehanya. paling aku rasa nak pengsan apabila dengan selambanya dia tarik tanganku lagi panjang dan tanpa disangka-sangka diletakkan diatas bahagian kemaluannya. hanya tuhan sahaja yang tahu apa yang aku rasa saat itu. cepat sahaja aku tarik tanganku. muncungku memanjang sambil memandang keluar cermin sisi. tidak betah melihat sengihnya yang astaghfirullah, seperti lelaki yang benar-benar kemaruk dalam berasmara. kenapa perangainya begini? tidakkah dia faham perasaanku. aku masih budak belasan tahun. bagiku, bahagian raba-meraba ialah bahagian yang paling sensitif. statusnya sebagai suami, bukanlah tiket untuk mempermainkan jiwa perempuanku. argghhh!! tanpa sedar aku menjert melepaskan amarah dalam hati. hatiku yang panas menjadi tidak terkawal apabila dia mentertawakan aku.
  " laa... buat apa nak malu. semalam okay aje pun..." usikya dalam sisa ketawa. aku kembali membalas tenungannya. "kenapa dengan abang ni? tak malu ke bangkitkan hal dalam kelambu?" hamburku namun masih terkawal. cuma mukaku yang terasa tegang. melihat wajahku yang bengang, perlahan-lahan sengihan dibibir Zainal meluntur. "a..abang tak bermaksud begitu fiya..." katanya membela diri. macamlah aku tidak tahu. "habis tu apa? sengaja?" entah kenapa aku pantang bila masuk bab-bab begini. walaupun setiap malam kami 'bersama' namun semenjak peristiwa candle light dinner dulu, kemanisan dalam perhubungan intim semakin hari semakin kurang berseri bagiku padahal kami baru sahaja menikah tidak lebih dari dua minggu.
   "sayang... abang memang tak sengaja okay. abang just nak bergurau dengan fiya. itu aje." aku rasa dia sudah mulai bengang dengan sikapku. aku takut lama-lama nanti bila dah berlarutan, masalah lain pula yang timbul. lalu aku bertindak tidak membidasnya lagi. mungkin begini agaknya sifat semulajadi lelaki. suka berbicara mengenai hal-hal dalam kelambu. "apa motif abang buat macam tu tadi?" soalku setelah keadaan dalamanku kembali sejuk. tidak guna aku menyimpan dan terus-terusan memendam perasaan. aku harus beritahu dia apa yang aku suka dan tak suka supaya ianya boleh menjadikan satu iktibar dalam hubungan halal kami. "tak ada motif pun. saja nak usik sayang..." meleret suaranya. aku pejamkan mata.
  " sayang memang tak suka abang buat macam tu ke?" soalnya lagi bagaikan memahami apa yang aku rasa sekarang. pantas sahaja aku mengangguk. " fiya malu bang. malu sangat.fiya tak biasa buat benda macam tu" aku jawab dengan penuh kejujuran. aku lihat wajahnya tersungging senyuman lega. "kalau abang buat macam ni... sayang suka?" soalnya nakal dan  mula mendekatkan wajahnya ke wajahku. tubuhnya sudah membongkok kesebelahku. aku cuba menjarakkan diri daripadanya dengan menyendengkan tubuh rapat dengan dinging pintu kereta. sia-sia sahaja. Zainal tidak berputus asa begitu sahaja. tali pinggang yang melilit dibahu hingga ke pinggangnya dibuka dan terus tubuhnya dirapatkan ketubuhku.
  "abang... janganlah.." rayuku apabila Zainal sudah bermain-main dengan wajahku. Zainal tidak menghiraukan malah galak mengusik wajahku. bibirku pula dilurut-lurut dengan jemari kasarnya. "fiya, i love you." ucapnya dengan sorotan matanya tidak lepas-lepas jatuh ke bibir merahku. mentang-mentang aku guna lipgloss hari ini, aku perasan dia sudah acapkali menelan liur setiap kali anak matanya singgah dibibirku. aku tolak tangannya supaya berhenti bermain di wajahku. setelah berkali-kali aku menahan, akhirnya dia akur. tangannya ditarik perlahan antara rela dan terpaksa aje aku rasa. oleh kerana itu, Zainal merungut perlahan. tidak puas hati barangkali.         entahlah.. aku tak faham dengan perangai lelaki ni. bukannya malam tak ada, nanti bila dah tiba waktu malam, aku dengan relanya akan menjalankan tanggungjawabku sebagai isterinya. kalau dia mahu aku tampil hebat beraksi, aku dengan tidak segan silunya akan melayani permintaannya kerana aku juga turut sama ghairah padanya, suamiku sendiri. kadangkala pernah juga aku terfikir, adakah semua lelaki mempunyai keinginan nafsu seks yang sama. hingga ke hari ini aku masih gagal mendapatkan jawapannya. kalau memang benar semua lelaki berperangai ganjil seperti suamiku, pasti perempuan diluar sana yang ketagih dengan seks bebas, zina dan maksiat, gerenti mereka berebut-rebut ingin mendapatkan belaian berupa aksi panas suamiku diranjang. permintaan Zainal ketika beradu panas digelanggang ranjang, benar -benar membuatkanku lemas. hendak menyebut satu persatu permintaan ganjilnya pun aku rasa malu sangat, inikan pula hendak melalukannya. namun aku layani setiap permintaannya selagi tidak bercanggah dengan syarak. lelaki oh lelaki! aduhai....
  "alhamdulillah..." lafaz Zainal dalam satu hembusan lembut. mukanya diraup perlahan. aku tergamam. untuk apa ucapan pujian itu dan kenapa tiba-tiba?. bukanlah aku terkejut dia mengucap kalimah pujian kepada tuhan itu tapi aku cuma tidak mampu menebak apa yang sedang disyukurinya. bukankah 'alhamdulillah' bertujuan kita mensyukuri nikmat tuhan. "sayang tak nak tahu kenapa abang ucap alhamdulillah tadi? hurmm..? don't you curious to know?" pancing Zainal perlahan. dan aku? seperti orang yang mengantuk disorongkan bantal empuk, aku mengangguk pantas. tapi aku malah dipermainkan. Zainal tidak pulak menyatakan sebabnya seperti yang diucap tadi. "kalau sayang nak tahu, kiss dulu kat sini..." arahnya dengan begitu manja mengada-ngada, merenyam dan penuh gedik sambil jari telunjuknya menyentuh pipi kasarnya. masih lagi dengan keinginannya yang tidak tercapai tadi. "tak naklah!" cebikku. padan muka! dia ingat aku mudah kena buli ye? huh! jangan lupa aku jua pernah membuli junior masa sekolah rendah dulu. tidak salahnya aku buli laki aku ni. asyik aku aje yang dibuli. tak adil lah kan?
   "oklah abang akan bagitahu... tapi abang kena patuhi syarat abang dulu" Zainal masih buat muka macam tu. eee.. geramnya. apasal aku dapat laki yang tersangat gatal ni?
   "ok. apa syaratnya wahai beta? amboi..siap bersyarat bagai.." yang akhir-akhir tu aku sambung dalam hati. Zainal berdehem. sekali. kemudian rambutnya diselak. macam model syampu tapi malangnya rambutnya sudah sedia pacak. saja nak test market lebih. "cepatlah bagitahu!" desakku sedikit sakit hati dengan tingkahnya yang aku rasa sengaja hendak melambat-lambatkan waktu. sabar ajelah dapat laki macam Zainal.  dia jungkit kening. masih diam dan seakan mengejekku. mahu tak betah aku duduk dalam kereta ni. kenapa perlu ambil masa yang lama untuk bagitahu aku. aku geram sangat kat laki aku ni.
   "okay okay! abang bagitahu. itupun nak tarik muncung panjang macam angsa. kalau abang kiss sikit, baru tahu!" omelnya apabila mendengar aku mendengus keras. dan untuk keceluparan mulutnya itu aku hadiahkan buatnya satu jelingan yang maha tajam. biar jantung atau mana-mana anggota tubuhnya terhiris bagai hatiku yang sedikit terluka dengan sikap kebudak-budakannya. aku rasa aku lagi matang dari laki aku sendiri sedangkan dia sudah berusia 24 tahun. "mak ai! sakitnya jantung abang ni kena hiris dengan mata awak tu. dahsyat juga awak ni ye? tapi jangan sekali-sekali buat begitu kat lelaki lain selain abang. abang tak nak diorang jatuh cinta kat fiya." seakan bersungguh-sungguh dengan kata-katanya.
   "apa yang abang mengarut sangat ni? kalau tak nak bagitahu tak payahlah bagi harapan!" semburku sedikit pedas. "dahlah tadi tak bagitahu tujuan kita singgah kat sini, masalah lain pulak dia timbulkan. abang sengaja kan nak dera perasaan fiya?" sambungku lagi. dia terdiam. terkelu dan tergamam. terkejut barangkali isterinya mempunyai mulut selaser ini. tidak lama kemudian kepalanya digeleng-gelengkan bersama senyuman serba salah. barulah dia membuka mulut.
   "memang abang tak salah pilih fiya jadi suri hidup abang..." beritahunya cukup mendayu. aku tak tahu nak cakap apa. aku dengar saja luahan hati lelaki laki aku. apa yang hendak sangat mahu diberitahunya."gadis solehah seperti sayanglah tipikal girl yang menjadi idaman setiap lelaki dalam dunia ni fiya."sambungnya lagi. berkelip mata aku dua kali. aku? solehah? alhamdulillah. tiba-tiba terasa tak layak pulak tapi bila laki aku sendiri dah cakap macam tu, betullah tu kut.
  " okay.. first abang nak minta maaf sangat-sangat dekat sayang sebab buat sayang merasa bengang dengan tingkah abang. kedua, abang nak ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjadi isteri buat i. yang sub pointnya pula, abang berhentikan kereta kat sini tadi sebab abang dah tak boleh fokus dalam pemanduan. abang hilang daya tumpuan bila sayang tak layan abang. tambah-tambah lagi sayang terlalu cantik hari ni dengan baju yang abang beli ni. asyik-asyik mata abang ni macam nak tercabut nak nikmati kecantikan sayang tahu tak? kesian kan suami fiya ni...?" dia buat muka sedih. seperti sengaja mahu aku bertanya. lalu aku ikut rentaknya.
    "kenapa pula suami fiya ni perlu dikasihani?" tuntasku semacam melirik manja yang terselit ejekan padanya. "yelah... mana tak kasihannya kalau abang dah angau setengah mati dekat sayang . ini semua gara-gara sayanglah. cantik sangat sampai abang terliur berkali-kali. terus terang abang cakap depan-depan sayang begini. aura sayang terlalu kuat menggoda abang biarpun sayang tak buat apa-apa. abang tak tahu kenapa dan apa sebabnya. yang abang pasti, setiap kali mata abang pandang wajah sayang, hati abang bergelora ganas. nafsu abang tak boleh ditahan-tahan. abang rasa semput kalau abang tahan. lagi satu, abang rasa macam nak cium-cium aje pipi dan bibir awak tu. dahlah bibir warna merah walau tak kena gincu. seksi betul abang tengok tau. nanti bila dah turun dari kereta, boleh tak sayang lap lipgloss tu? abang tak suka orang lain tengok kecantikan fiya even my cousin sekalipun. you're only mine. now and forever." tegasnya. aku benar-benar menghayati luahan hatinya. sampai begitu sekali ke auraku? "kalau abang dah tak suka fiya guna lipgloss, apa lagi yang fiya boleh buat, kan..?" ulasku perlahan. dia suamiku, maka aku wajib ikut setiap arahannya. tanganku yang sedari tadi digenggam dibawa lagi ke bibirnya. alamat baulah tanganku dengan airliurnya nanti. tak apa. liur laki aku jugak kan.
   "abang cuma nak cinta sayang . itu aje." ujarnya begitu bergemersik. rasa bahagia datang dalam sekelip mata. rasa indah datang berkali-kali ganda tatkala tubuhku sekali lagi disauk masuk kedalam dakapannya.erat dan hangat. aku balas pelukannya. aku dakap tubuhnya erat-erat bagai tidak mahu melepaskan. sungguh aku mulai tidak boleh kehilangannya. mataku terasa bergenang bila dahiku berkali-kali menerima ciuman dan kucupan bibirnya. kemaruk sangat bercinta agaknya kami berdua ni. aku pula balas cium pipinya dah dahinya  sekali. tapi dia? membelasah seluruh wajahku dengan bibir seksinya bertalu-talu sehingga naik lemas aku dengan ciumannya.
  tok! tok! tok!
 "allah!" kami sama terperanjat. pantas kami leraikan pautan tubuh kami. aku malu sangat. kantoi dengan ustaz yang berkopiah sambil merenung kami begitu tajam diluar kereta. "jangan risau... kita langsung tak bersalah pun. abang kenal ustaz tu! dia baik!" pujuk Zainal lembut. tangannya sibuk mencari tanganku. pabila dah ditemui, terus digenggam erat. dalam keadaan terlalu gabra dan kalut macam ni, kata-kata Zainal dah tak boleh aku pakai. sentuhannya juga kurang memberangsangkan. aku dah tak tahu nak fikir buat apa. last-last aku menyorok dibelakang Zainal yang membelakangiku dan bermain mata dengan ustaz bersongkok berjanggut panjang. aku tak mampu berdepan dengan masalah begini. mujur saja Zainal boleh bertenang. kalau jadi sama-sama kalut macam aku, habislah kami.
    aku dengar Zainal tekan butang cermin dan betul tekanku, bunyi cermin pintu digulung turun kedengaran. suasana jadi sunyi sepi seketika sebelum ada satu suara garang menegur kami. "assalamualaikum..." aku dengar Zainal menjawab salam itu dengan tenang. langsung tiada perasaan gugup. "kamu ke anak Dato's syeikh mahmud yang baru kahwin beberapa minggu lepas dekat kampung tu?" tanya ustaz itu lagi. "ya ustaz. sayalah orangnya tu, syeikh Zainal dan ini isteri saya..." Zainal pusingkan badannya dan kini mata kami sedang bertentangan. ada tersungging sebuah senyuman manis diwajahnya.
   "see.. he's good what!" perlinya dan dengan selamba menguis hidungku."inilah isteri baru ustaz, nur saffiya alya kahar imran namanya..." Zainal perkenalkan kami sebaik dia memusingkan semula wajahnya. aku angkat wajah yang sedari tadi berselindung di sebalik tubuh gagah suami. tidak sopan pula rasanya. "assalamualaikum ustaz..." tegurku lambat-lambat. ustaz 'janggut' hanya tersenyum kecil. "waalaikumussalam... kamu ni nak baru habis dari berbulan madu di kampung lah ni?" usik ustaz 'janggut'. pandai pulak ustaz ni buat lawak. terserlah wibawanya yang mesra dengan orang. aku cuma mengangguk. terasa pegangan tangan Zainal semakin erat. aku rasa dah berpeluh. "biasalah ustaz.. darah muda! nanti dah tua mana ada masa nak bulan madu lagi" balas Zainal pula. lalu mereka tergelak kecil. aku senyum sahaja. hal lelaki rasanya benda-benda macam ni. aku tak minat masuk campur. "kalau kamu berdua nak tahu, punya terkejut ustaz tengok kamu berdua bercium dalam kereta macam tadi. nasib baik ustaz kenal kamu dan sudah kahwin, sebab ustaz  memang takkan langsung kompromi benda-benda macam ni" luah ustaz. itu sebenarnya tujuan dia menegur kami tadi. mujurlah...
   "kami faham ustaz. terima kasih kerana tegur kami tadi kalau tak malu juga rasanya orang lain nampak. haha.. kantoilah.." bersahutan mereka gelak tapi masih sopan. bukan seperti yang aku selalu tengok dalam tv, bergelak sampai tak ingat dunia. "kalau macam tu, ustaz minta diri dulu la ya. kalau ada kesempatan , insyaallah kita akan jumpa lagi. assalamualaikum.." ucapnya sebelum bersalam dengan Zainal dan kami sama-sama membalas salamnya. "fuuhh..lega.." keluh Zainal. aku juga mengeluh kelegaan dalam hati.
  "jom turun sayang.. alang-alang dah singgah kat sini, baik kita terus makan aje. takyah makan kat rumah abang lagi. sayang boleh terus tidur kalau sayang nak." aku angguk macam belatuk. malas nak bertekak. capek. baru aku berkira-kira hendak buka pintu , suaranya menahanku. "lap lipgloss awak tu.." arahnya. opps.. aku benar-benar terlupa. "oklah..." aku cebik cebik bibir. sehelai tisu aku ambil dari dashboard yang sedia ada kat situ dan kutonyoh-tonyohkan tisu tu ke bibir. entah apa yang dia nak jealous kan sangat. Zainal hanya sibuk perhati. bukannya gincu pun. nasib baiklah aku ni tak suka benda-benda macam ni. "dah.." ujarku bagai mahu memberitahu. "kalau dah, jom... abang haus sangat ni.." rengeknya dan tanpa pamitan pipiku dicuri cium. berdesap telingaku. "abang!!" gerutuku tidak puas hati. dah kena tegur dengan ustaz tadi pun masih lagi dengan sikap gatalnya. dia hanya gelak. itu aje kerja dia ni. gelak gelak gelak. boleh innalillah aku kalau hari-hari macam ni. sudahnya, kami keluar dari kereta dan berpimpinan jalan menuju ke sebuah restoran yang terdapat disitu.

#######
   hari-hari aku akan memasakkan makanan tengahari, makan malam dan paling penting adalah sarapan pagi kami. sudah lebih tiga minggu kami tinggal dirumah yang baru dibeli oleh suamiku. mahalnya harga banglo mewah ini, hampir mencecah 1.2 juta harganya. pertama kali aku dibawa masuk kedalam rumah ini adalah waktu malam kerana Zainal sendiri yang mahu kami sama-sama merasmikan rumah banglonya. kejutannya hampir sama dengan apa yang berlaku di hotel tempoh hari dengan tambahan aku diajak menari suka-suka dengan suasana malam yang romantik. candle dipasang disetiap penjuru rumah dan tidaklah terang sangat. cukup untukku dapat melihat dan menikmati sepenuhnya kekacakan suamiku. baru aku perasan selain mempunyai lesung pipit yang dalam dipipinya, dibawa dagunya yang terbelah dua, dan seksi mengancam terdapat satu tahi lalat yang agak kecil dan bagi sesiapa yang tidak pernah rapat dengan Zainal sudah tentu tidak tahu kewujudan tahi lalat tersebut.
   "selamat pagi sayang..."
pinggangku setangkas itu dipeluknya dari belakang dan melekapkan tubuhku pada dadanya. rambutku yang kubiarkan lepas dicium. sudah kuhafal perilaku lelaki ini. dia suka sangat akan rambutku. beria-ia dia suruh aku menjaga rambutku dan menyampunya kerana dia benar-benar angau pada makhotaku. tapi walau bagaimanapun, Zainal mengatakan rambutku itu jatuh ditangga yang kedua selepas bibir mongelku. ada ada saja suamiku. pelukannya aku balas dengan menggenggam erat tangan yang berada diperutku.
  "hari ni abang ada mesyuarat kan, jadi fiya dah masakkan sarapan kegemaran abang supaya abang lebih banyak buah fikir nanti bila teringat fiya kat rumah ni." bisikku manja. pelukan pada pinggangku terasa dieratkan lagi. kucupan jatuh lagi diubun-ubunku.
"thanks sayang... makin hari makin dalam cinta abang pada isteri abang ni... pandai buat hati abang ni meronta-ronta selalu mengingini kemesraan dari sayang." balasnya nakal. aku suka dengan kenakalannya. tidaklah rakus sangat. cuma bagi remaja sepertiku, aku rasa ianya cukup gatal dan merenyam. tapi tak apalah. suamiku juga.
  "jom.. temankan abang makan. sayang pun kena jaga makan tu, nanti tak larat pula layan abang malam-malam" buntang terus mataku. aku palingkan tubuh dan memukul-mukul dadanya. tanganku ditangkap. "betula apa abang cakap, tengok apa jadi kat sayang malam yang lepas tu, tak tahan dengan belaian abang... abang juga yang kempunan malam tu" ungkit Zainal. sertam-merta wajahku memerah. aku tidak tahu hendak membalasnya. "tak apa abang faham, yang itu kan dah nak masuk round ke tiga, tentulah isteri abang ni tak larat kan?" ejeknya lagi bagai sengaja mengejek pada kelemahanku. mana tidaknya, malam itu buat pertama kalinya Zainal benar-benar bernafsu berahi besar. aku hanya mampu melayaniku dua gilir sahaj kerana aku benar-benar sudah tidak larat. keghairahan dan aksi manja mesra Zainal benar-benar memenatkanku. akhirnya aku terlonglai dalam pelukannya selepas menamatkan sesi kedua. bial Zainal merayu lagi untuk kali yang ketiga sesudah kami bersolat subuh, aku meminta maaf kerana tidak mampu. mujur suamiku sangat memahamiku. itulah yang membuatkan aku benar-benar sayang padanya.
  selepas bersarapan, aku mengikut Zainal naik keatas bilik. aku memakaikan tie dan memasangkan butang baju kemeja pejabatnya. setelah sampai dimuka pintu, kami berpamitan. seperti biasa aku akan menyalami dan mengucup lembut tangan kasar lelaki kesayanganku sebelum tubuhku dibawa kedalam pelukannya. dahiku dikucup dan aku akan mengucup pipinya. aku melambai Zainal yang sudah bergerak pergi. aku masuk kedalam rumah dengan perasaan senang hati dan bahagia sekali. terima kasih ya Allah kerana memberikanku bahagia. semoga bahagia ini berkekalan.

  #####

   baju-baju pejabat Zainal yang sudah kubasuh bersih kulipat satu-persatu sebelum menyusunnya didalam almari. biasanya aku buat kerja mengemas rumah, mencuci dan sebagainya pada setiap hujung minggu kerana Zainal tidak membenarkanku melakukannya setiap hari. malah dia ada mengupah cleaner dari indonesia untuk buat kerja-kerja tersebut pada hari pejabat.
  bosan melayan perasaan sorang-sorang, aku segera turun ke ruang tamu di tingkat bawah. butang on pada TV plasma 21' inch itu aku tekan dengan berhati-hati. sudah menjadi kebiasaanku begitu sejak kecil lagi. aku amat memelihara barang dalam rumah dan rasa-rasanya belum pernah lagi aku rosakkan barang-barang atau perkakasan dirumah kampung mahupun disekolah atau dimana-mana pun. mungkin sudah sikapku begitu. Zainal selalu juga merungut akan sikapku yang satu itu. katanya kalau benda tu dah memang akan rosak, maka ia akan rosak juga. lagipun duit kan ada. boleh beli yang baru, protesnya. ketika itu dia suruh aku ambilkan remote astro yang terampai di atas meja perabot. aku ambil dan jalan mara kearahnya kerana aku tak suka baling-baling benda. nak tahu tak apa dia cakap, Zainal cakap kenapa tak baling aje menatang tu, kan lagi senang kalau terus baling kat dia. tak buang masa. itulah katanya. aku tidak terus melenting. aku bimbing dia. aku kata padanya supaya menjaga sesuatu barang dengan sebaiknya. tetapi Zainal seperti yang sudah sedia maklum memang sangat keras kepala dan sukar dilentur. suka sangat memberi dalih. maka bermulalah peperangan kecil kami. tapi perselisihan faham itu tamat
sampai disitu sahaja kerana aku pandai ambil hati dia. pujuk hatinya yang merajuk mengalahkan budak-budak. dan hadiahnya, aku di'culik' Zainal dan mencempungku masuk kedalam bilik. maka berlakulah lagi hubungan badan diantara kami. alhamdulillah., sampai sekarang Zainal masih melayaniku sebaiknya. mudah-mudahan untuk selama-lamanya.
 
####

   aku terjaga dari tidur sebaik bahuku terasa digoyangkan perlahan. mataku yang terkatup perlahan-lahan kucelikkan. berdasarkan pada haruman perfume hugo boss, aku sudah dapat mengagak siapa gerangannya. "kenapa tidur kat sini? kan tak selesa tu.."  bebel Zainal agak berbaur simpati sebelum mengucup dahiku. aku pejam mata saat bibirnya menyentuh kuit mukaku. lelaki ini suka sangat memanjakanku. "bila abang balik?" soalku dalam suara yang sedikit serak. mulut yang mahu menguap kututup dengan telapak tangan.
  "baru je tadi." jawabnya sambil mengambil tempat duduk disisiku. aku sudah jatuhkan kaki dari sofa yang lembut. kami duduk berdekatan. Zainal tarik pinggangku agar lebih rapat. aku dengan manjanya melentokkan kepalaku didadanya yang sasa. selalu sudah ku dengar degupan jantung suamiku. setiap malam pasti aku akan berada dalam pelukannya dan lenaku ditemani oleh degupan jantung suami sendiri. "fiya dah siapkan makan tengahari, sorry tak sambut abang tadi. penat sangat sampai tertidur..." aduku manja dan mengemaskan lagi pelukan pada pinggangnya. aku cium dadanya yang sedikit berpeluh. "aduh!!" Zainal mengadu tida-tiba. "kenapa bang?" aku mulalah panik. aku sentuh dadanya yang aku kucup tadi. "abang sakit dada ke?" soalku risau. mana tak risau kalau lelaki kesayanganku jatuh sakit. lebih-lebih lagi dekat dada. maunya aku pengsan sekiranya suamiku terkena serangan jantung. aku semakin cemas. seminggu lepas Zainal pernah dimasukkan dalam hospital kerana menghidap penyakit gastric ulcer. dua hari ditahan dalam wad dan dua hari itulah aku berkampung didalam biliknya. mengingatkan itu, jantungku hampir-hampir berhenti. takut aku sekiranya penyakitnya menyerang lagi.
   Zainal masih diam tetapi wajahnya seperti menahan sakit yang tertahan-tahan. "jangan buat fiya begini bang... bagitau fiya abang sakit kat mana..biar fiya sembuhkan.." aku mulai merembeskan airmata. aku tidak mahu terjadi apa-apapun pada suamiku yang benar-benar aku cintai. cepat-cepat aku leraikan tienya dan kucampak begitu saja. aku tak fikir benda lain lagi. aku hanya fikirkan nyawa suamiku. Zainal pula semakin kuat mengerang. keadaan menjadi semakin kalut. aku menangis sepuas-puasnya di dada suamiku sebaik melekapkan wajahku ke dadanya yang sudah terdedah. aku cium dan kucup dadanya bagi menghilangkan kesakitan yang dialaminya. "tahan bang..tahan.. demi fiya, abang kena bertahan." akhirnya aku tenggelam dalam tangisan. basah dada Zainal dengan airmataku. sedang aku menangis teresak-esak tanpa dapat berfikir dengan waras, tubuhku terasa dipeluk sebelum dahiku dikucup. makin kuat aku menangis. "i love you.. i love you.. i love you.. jangan tinggalkan fiya..." bisikku penuh perasaan didadanya. hilang terus erangan Zainal. namun aku masih memeluknya. usapan dibelakangku juga semakin rancak. keadaan berlarutan sehinggalah laungan azan isyak di tv bergema. perlahan-lahan aku dongakkan wajah. sebak hatiku melihat ada airmata yang menitis dipipi lelaki kesayanganku sebaik sahaja bertentangan mata. aku leraikan pelukan dan lap pipinya yang sedikit berair dengan belakang tanganku. kemudian aku cium dagunya yang kebiruan.
   "dah tak sakit..." beritahunya lembut dengan panahan mata yang tersenyum untukku. dan ternyata khabar baik itu benar-benar melegakan perasaanku. sekali lagi aku sembamkan mukaku ke dadanya yang bidang. aku kucup dadanya bertalu-talu dan pinggangnya aku peluk seerat mungkin. "abang terasa digoda... jangan buat abang begini nanti abang tak dapat tahan..." bisikan itu membuatkanku untuk mendongak untuk mencari kejujuran dalam anak matanya. "yes.. it's true! aura kasih sayang dan cinta sayang membuatkan abang lemas. you've stolen my heart and don't give it back. keep it always inside your heart coz everytime your heart beating, it pumps twao heart. my heart..and.. my lovely wife heart. i love you too.. i lone you too.. i love you too my darling.." berserta lafaz cintanya, Zainal menunduk sedikit dan menyentuhkan dua bibir kami. aku biarkan kerana aku mahu rasai kenikmatan bercinta dengannya. habis sahaja azan isyak, Zainal meraup kedua pipiku dan mencium dahiku sebelum jatuh kepipiku. akhir sekali, bibirnya hinggap dan bertaut erat dibibirku. aku mulai lemas dengan cumbuannya. akhirnya aku balas kucupan suamiku dengan penuh rasa bahagia. malam itu kami habiskan masa dengan bercerita mengenai kesihatan dan penyakit gastriknya. kami kongsi perasaan, rasa cinta dan impian masing-masing. banyak benda yang aku pelajari dari malam itu. Zainal sukakan kanak-kanak dan mahukan aku supaya cepat-cepat melahirkan anak untuknya, dan untuk itu aku katakan aku sanggup bang.  tersingkap lagi satu rahsia bahawa Zainal sebenarnya pernah ditunangkan dengan seorang perempuan sejak kecil lagi tetapi Zainal memutuskannya kerana mahu mengahwiniku. debaran bertambah lagi apabila Zainal menceritakan bagaimana susahnya dia menerangkan kepada bekas mertua tak jadinya itu akan keputusannya memutuskan pertunangan mereka dengan tiba-tiba. perempuan tersebut mengamuk dan berjanji akan menghancurkan hidup Zainal sekeluarga. aku menangis teresak-esak diatas pangkuan dadanya. dengan berbantalkan lengannya yang berotot kemas, aku peluk tubuh suamiku sebagaimana takutnya aku melepaskannya kepangkuan wanita lain. selepas kami 'bersama', Zainal keluar sekejap kerana mendapat panggilan daripada bekas mertua tak jadinya mengatakan bahawa anak perempuannya telah membuat cubaan membunuh diri dan kini ditempatkan di bilik ICU kerana mengalami kekurangan darah aku diajak pergi sama namun aku belum bersedia, apatah lagi bila teringat cerita Zainal semalam. hatiku menjadi semakin resah gelisah. hanya kepada Allah aku pohon pertolongan. sehingga ke pagi, Zainal masih belum pulang. telefonnya pula dimatikan. mujur hari ini hari ahad. aku hanya berdoa agar semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat. tidak lupa juga aku selitkan doa agar perempuan merangkap 'bekas tunang' Zainal cepat sembuh.


bersambung...

p/s: kadangkala hidup ini perlu diteruskan dengan pengorbanan. cinta itu memerlukan pengorbanan.


 sedutan episod 8:



    pangg!!!

 "abang!!! sampai hati abang!!!"



 hehehe..belum taip lagipun tapi memang itu konflik nanti dalam episod depan. harap dapat tunggu.

2 comments:

zatul zukefli said...

wahh...best3...baca ttp mata nih sbb malu...huhu
adush..lps nih ade konflik la plak eh..
smbngan bab sterusnya..btul3 mendebarkan..
zainal tmpar fiya eh..
hope smbngan cpt...

RinsyaRyc said...

hah, lagik nak buat projek lam kete .. kan dah kene .. eheherr..
suka cite ni~