maaf... kali ini lambat sangat update. MT dah mungkiri janji. maafkanlah MT ya... MT memang buzy sangat-sangat. maklumlah MT kerja kat hospital. jarang ada masa nak tulis n3 baru. harap anda semua mengerti ...
selamat membaca. jangan lupa bagi komen ya..MT sangat hargai komentar yang anda lemparkan.
enjoy your pageview.. hehehe
Jauh Aku Berlari bab 6
Zainal bukakan pintu kereta dan perlahan-lahan menurunkan aku dari cempungannya lalu diletakkan dikerusi sebelah penumpang. pipiku dikucup perlahan dan cukup lembut. rasa sayu yang datang menerpa dalam hati secara spontan tanganku memeluk erat lehernya. aku balas kucup pipinya. entah kenapa terasa jiwa wanitaku pada malam ini tergoda dengan tingkah suamiku sendiri.
"i like it!" ujar Zainal seraya mencuit hidungku. sekuntum senyuman kuhadiahkan padanya.
aku malu! pipi mula merona merah. kenapa dengan aku malam ini agaknya ya?
"wait me here okay... don't go anywhere tau!" pesan Zainal sebelum menutup pintu kereta dan berjalan menuju kepintu masuk rumah. aku menunggu kemunculannya sambil berfikir kemana dan apa agaknya kejutan yang suamiku buat nanti. tunggu dan sabar ajelah...
aku kena pandai berlakon nanti. sekalipun mungkin ianya bukanlah satu kejutan buatku namun aku harus pandai meyakinkan bahawa aku terkejut sangat dengan kejutan yang diberikan. buat-buatlah teruja. mungkin aku perlu mengikuti saranan tersebut yang pernah aku terbaca dalam satu majalah. tapi nampak sangat aku hipokrit. tak apa. asalkan suami anda bahagia dan anda pasti akan puas. ya. aku akan cuba. semoga berjaya fiya...
dalam tiga minit menunggu, akhirnya Zainal muncul dari dalam rumah dan mengenakan sepatu kulitnya. pantas aku turunkan cermin kereta dan jengulkan wajah sambil merenungnya. tiada perubahan yang berlaku pada pakaiannya. masih berbaju kemeja-T hitam belang putih dan seluar jeans lusuhnya. walaupun dalam keadaan agak serabai rambutnya, namun Zainal tetap kelihatan mengancam. hatiku berkali-kali cair apabila melihat dia tersenyum padaku dan berjalan mendekati kereta. nampak kedua pipinya yang berlesung pipit dalam. cutenya...
"tadi abang dah minta kebenaran dekat mak dan ayah nak keluar sekejap dengan sayang. sayang nak tahu tak apa yang ayah cakap?" pancing Zainal setelah masuk kedalam kereta dan duduk ditempat pemandu. senyuman menawan menghiasi bibirnya.
"ayah kata apa dekat abang tadi?" entah kenapa aku terasa nak bermanja dengan suamiku sendiri pada malam ini. terlalu kuat keinginan itu. menyuruh-nyuruh aku supaya merapatkan badan ketubuh suami. sah.. aku memang dah disampuk jembalang cinta agaknya.
"ayah cakap bawalah isteri kamu kemana sahaja Zainal. ayah tahu kamu akan jaga isteri kamu selagi kamu menjadi suaminya. abang tak begitu faham apa makna yang tersirat tapi abang rasa abang perlu jaga isteri abang ni sebaik mungkin. siapa yang tak sayang isteri oi..." Zainal cuit pipiku sebelum menghidupkan enjin kereta.
"dan isteri mana yang tak sayang suaminya?" soalku tanpa sedar kerana terlalu cair dengan bisikan halusnya tadi. ah! aku dah parah ni!
"jadi, fiya dah mula sayangkan abang eh?" soal Zainal nampak begitu teruja. biasan cahaya dari sinaran bulan penuh membiaskan ke mukanya. aku dapat lihat matanya yang merenungku penuh redup. aku mengangguk malu. ya bang... fiya dah mula sukakan abang malah mungkin fiya dah cintakan abang... tapi itu sekadar suara hatiku. mana mungkin aku berani mengatakannya. biarlah dulu dia ternanti-nanti balasan cinta dariku.
" oh dear! i am so happy to hear that wifey!" serta-merta Zainal lepaskan stereng kereta dan membawa tubuhku ke dalam dakapannya. aku turut sama gatal membalas pelukannya. terasa kehangatan tubuh sasanya. aku sukakan haruman bau tubuhnya tambah-tambah lagi dengan bauan perfume yang dipakainya. wangi sangat. aku suka.
"thanks for being my wife. i will make you fall in love with me later. i'll work on it dear. just wait and see okay..." Zainal kucup dahiku sebelum lepaskan pelukan.
"we'll see" balasku perlahan. Zainal sekali lagi merebahkan tubuhnya mendekatiku dan mengucup pipi kananku. lelaki ini asyik sangat mengucupku. apakah semua lelaki berperangai seperti Zainal di dunia ini?
"okay dear. we'll see!" bisiknya sebelum tergelak kecil dan menegakkan semula tubuhnya. kereta mula mengaum dan masuk menelusuri jalan raya. sepanjang perjalanan menuju ke arah pekan, Zainal tidak henti-henti mengusikku dan membuat lelucon. aku benar-benar terasa bahagia dan terasa begitu disayangi oleh insan bergelar suami. aku harap sangat agar kebahagiaan kami ini berkekalan.
sampai sahaja di pekan dalam pukul 9 malam, Zainal mengajakku ke sebuah hotel yang paling mewah di pekan itu. aku yang masih kabur pada permainan Zainal hanya mengikut apabila pinggangku dipeluk rapat. banyak mata-mata yang menjeling tidak puas hati ke arah kami. mungkin mereka tidak mengetahui kami adalah sepasang suami isteri.
"inilah bilik kita untuk malam ni..."beritahu Zainal selepas membawaku masuk kedalam satu bilik dalam hotel tersebut yang dikenali sebagai Shang-Ri-La Hotel. aku diajak duduk dibirai katil.
"kita buat apa kat sini bang?" tertanya-tanya aku dengan 'surprise' dari suamiku. apakah yang Zainal sedang cuba lakukan? menggodaku? oh... malunya..
"syy.. just follow me. this's part of my surprise. you like it?" aku dapat rasai kegirangan dari balik suara garaunya. aku angguk kepala. makin melebar senyuman Zainal. sekali lagi aku terpana. sudah jatuh cintakah aku? tanya hati kau sendiri.. tanya hati kau sendiri fiya... cepat tanya!!
"abang padam lampu ye... nanti tak romantik pula!"
"errr...err..hrmm..." hatiku dah mula berdebar. aku tak tahu Zainal nak buat apa lepas ni tapi aku dapat rasakan Zainal seperti ingin bermersa denganku. degupan jantung usah dikata. bagai baru sahaja menamatkan larian 1000m. aku pegang dadaku apabila Zainal memalingkan badannya kebelakang. fuuuh... ada sedikit kelegaan.
"are you ready dear?" aku ditanya dari belakang telingaku. terpusing aku dibuatnya. ya Allah lakiku memang suka membuatkan isterinya ini terkejut. aku pegang tangannya yang menyentuh di bahu kanan. perlahan aku mengangguk lalu menunduk. malunya bile suami merenung sebegitu. apakah Zainal benar-benar mencintaiku? iskk.. fiya! kenapa dengan kau ni? cuba kau fikir, kalau suamikau tak cinta kat kau tak mungkin dia akan buat semua ni. kau faham tak ni? tuhan... aku bingung. patutkah aku melayani kata hatiku tadi?
"sayang... kenapa dari tadi abang lihat fiya asyik termenung aje? ada apa-apa ke yang fiya nak kongsi dengan abang?" perasaanku yang berbolak-balik sehingga aku terlamun tadi terus bertukar menjadi risau. bimbang andai Zainal tahu pergolakan perasaanku.
"i'm okay..."
"are you sure?"
"yes! im very sure. abang jangan risaulah... tak ada apa pun. fiya termenung tadi sebab fikirkan surprise abang malam ni lah..." bohongku. betapa berdosa besarnya aku. tapi salahkah aku andai aku sekadar tidak mahu pergaduhan berlaku? pernah tak dengar niat tak menghalalkan cara.... ya Allah. aku dah terleka. perlukah aku bagitahu Zainal keadaan yang sebenar. baru aku berkir-kira mahu memberitahu, Zainal sudah berlalu. walau apapun aku tetap berdosa kerana membohong tadi. kesalnya...
Zainal berjalan ke suatu sudut dan sekejap sahaja satu bilik menjadi gelap-gelita. dari dalam kegelapan, aku perhatikan Zainal yang membuka tabir dan cahaya bulan mula menerangi bilik walaupun hanya samar-samar. Zainal kembali mendekatiku dan mengajakku berbaring. tiba-tiba terasa tubuhku didakap penuh erat. aku membiarkan Zainal memanjaiku. lama kami berpelukan tanpa sebarang suara. hanya dengusan nafas kami yang kedengaran.
"fiya..."
"hurmm..?"
Zainal hadapkan mukaku menentang pandangan matanya.
"do you love me?" suara garaunya bertanya halus. aku tersentak. rasa bagai nak pengsan.
"hrmmm..?" masih menagih jawapan cintaku. perlukah aku beritahu perasaanku secara terang-terangan. bagaimana aku harus nyatakan isi hatiku padanya? aku tak tahu dan tak yakin apa yang sedang bermain dalam jiwa ini.
"diam tu orang tua kata ya..." usul Zainal membuat mataku beralih ke tempat lain. aku merangka jawapan yang kurasakan paling logik. buat masa ini aku harus sembunyikan sikit-sikit dari pengetahuan suami. takut andai tiada lagi rahsia diantara kami.
"er... fiya tak tahu macam mana nak beritahu abang sebenarnya.." akhirnya aku berterus terang. berat rasanya mulut ini menutur bicara. "abang cuma nak tahu sayang. just tell me what is it in your mind! abang asyik tertanya-tanya apakah fiya juga berperasaan seperti abang, berkongsi hati dan jiwa. sebab tu abang nak tahu malam ni... please..do it untuk abang.." rayuannya membuatkan aku tidak mampu menahan sekatan dalam perasaan. "bang... setakat ni cukuplah fiya katakan yang fiya dah mula sukakan abang. mungkin juga dah mula sayangkan abang... untuk mencintai abang, fiya perlukan masa untuk itu" tidak aku sangka mulutku pandai menuturkan patah kata itu.
Zainal mengeratkan lagi pelukan.
"tak apa. abang faham. ambillah seberapa banyak masa untuk mencintai abang kerana abang akan seumur hidup akan sentiasa berada disisi sayang. abang yakin, bila dah ada baby kat dalam perut fiya ni, cinta fiya pada abang akan mula berputik. harap-harap begitulah..."
"fiya akan cuba bang. fiya juga berharap benda yang sama"
"thanks" sebuah kucupan diberikan didahiku.
"inilah surprise abang. fiya suka tak?" apa maksudnya? tapi untuk tidak menghampakan perasaannya, aku angguk suka.
"sukaaa sangat!" sengaja ku tekankan 'suka' supaya Zainal merasa lebih dihargai. aku tahu itu kerana aku juga suka bila budi dan pertolonganku dihargai. apatah lagi jika disertai dengan senyuman berserta ucapan terima kasih. aku sangat-sangat suka akan itu.
"lepas ni akan ada lagi surprise tapi sayang kena tunggulah sampai tengah malam. buat masa sekarang ni, sayang kena layan kehendak abang... boleh?" pipiku dicumbu-cumbu penuh kelembutan. nafas Zainal mendesah tak tentu. makin kuat jantungku memalu. aku tahu dengan permintaannya tadi. kemesraan berbentuk layanan diatas ranjang. lelaki memang macam tu. nafsu mereka agak kuat berbanding wanita kerana lelaki dikurniakan dengan hanya satu nafsu berserta simbilan akal manakala wanita dikurniakan sembilan nafsu dan satu akal.
"boleh tak ni yang...?" goda Zainal lagi. aku makin kalut. walaupun sudah beberapa kali kami bersama dalam erti kata yang sebenar tapi perasaan segan itu begitu susah untuk ku halau.
"fiya milik abang.. hak abang... fiya tak ada hak membantah..." itulah yang sepatutnya keluar dari mulut setiap isteri setiap kali suami mereka mengajak. aku ingin buktikan bahawa aku mampu jadi isteri yang solehah. bagiku ini juga satu cara untuk menyemai kasih antara pasangan. entah betul ke tidak teori aku ni.
sebaik mendapat keizinanku, Zainal mengucup ubun-ubunku dan membacakan doa seperti sebelumnya. sehabis memperdengarkan doanya, Zainal terus menggomol tubuhku dan berlangsunglah sekali lagi hubungan suci kami. aku merelakan. ambillah hakmu Zainal kerana aku hanya untukmu...
lewat malam itu, aku tersedar apabila Zainal mengejutkanku untuk membersihkan diri. dia yang sudah sedia menungguku dibirai katil dengan senyuman yang manis lagi menawan. entah berapa lama sudah mukaku ditatap. melihat pada susuk tubuh dan pakaiannya. hatiku berdegup laju. suamiku dianugerahkan susuk tubuh yang sasa dan lampi. molek sangat bila tubuh tegapnya disarung dengan satu sut lengkap berwarna hitam. allah..tampannya dia... oh ya, baru aku sedar walaupun sudah lama berfikir akan personalitinya. pakaiannya sudah bertukar. aku pelik. cepatnya suamiku berkemas! aku bangun sambil tangan menutup tubuh dengan gebar. masih segan apabila tubuhku terdedah dimata suami sendiri. entah bila agaknya perasaan segan ini akan hilang.
"abang dah tukar pakaian eh? bila?" soalku berbasa-basi mahu menutup kegugupan apabila matanya sedari tadi merenung wajahku tajam. panahan matanya terasa melapah-lapah jantungku. tergodakah dia padaku?
"baru je habis mandi tadi. ingatkan nak kejutkan sayang tapi sabang tengok fiya lena sangat. so, i took another minutes before i woke you up. kan abang dah cakap tadi, i got so many surprise for you tonight! dah... sayang pergi mandi dulu, lepas tu sayang pakai baju yang abang beli ni hrmm" Zainal tersenyum manis sambil mengunjukkan sehelai dress berwarna merah lembut. seksi benar. aku tergamam sekejap. betul ke laki aku ni? kenapa miang sangat!
"nah! ambillah..." dengan teragak-agak aku menyambut hulurannya.
"bb..bila abang beli baju ni?" Ya Allah janganlah Zainal perasan aku dah gelabah sangat.
"semalam..."
"semalam?" cepat-cepat aku tutup mulut. Zainal aku nampak angguk kepala. bukan ke semalam kami berdua habiskan masa di tepi pantai? tapi... macam mana..?
"okay! sekarang sayang pergi bersihkan badan. abang tunggu sayang kat sini! dah.. pergi cepat! we only got another 15 minutes to celebrate the surprise!" Zainal begitu teruja dengan kejutan yang bakal dilakukannya. aku mengangguk laju. tidak mahu merosakkan moodnya yang menggunung. aku sudah berjanji pada diriku sendiri untuk membahagiakan lelaki dihadapanku. lantas aku turun dari katil dengan gebar yang masih membalut tubuhku. Zainal menarik tanganku sebelum sempat aku melangkah menuju ke bilik air yang hanya bersebelahan sahaja dengan ruang tamu.
"kalau ya pun tergesa-gesa macam tu, tak usahlah bawak selimut tu sekali masuk kat bilik air. haih... isteri kesayangan abang ni nampaknya sangat segan dengan abang erk? hrmm... tak apalah, kali ini abang lepaskan but no more excuse after this" Zainal masih enggan melepaskan lenganku. tadi kata kali ini dimaafkan.
"habis tu what I should do then? abang nak saya buka gebar ni ke? itu ke yang abang nak?"
mata kami masih bergelut. anak mata Zainal yang kebiruan nampak meredup. liurnya ditelan.
"yes dear! you look so sexy in nak...uups! sorry. my bad! oklah... abang minta maaf... abang tak sepatutnya buat macam ni...but..ermm... abang suka tengok isteri abang seksi di depan mata abang, barulah abang tak ingat pada perempuan lain other than you dear. you see that?" oh! jadi itulah tujuan dia menahanku semata-mata ingin melihat tubuhku dalam keadaan tanpa seurat benangpun. tapi perlukah dia meminta sejujur itu lalu membandingkanku dengan perempuan lain. adakah aku sekadar pemuas nafsu baginya? apakah tubuhku digunakan sebagai pelampias nafsunya sahaja? no! suamiku bukan sebegitu. aku percayakannya!
"abang memang maksudkan kata-kata abang tadi ke? do you really want me to be naked in front of you anytime...? tell me..." soalku lemah. aku mulai sebak dengan permintaan suami tadi. bertahan safiya.. mungkin suamimu tidak memaksudkannya. anggap ia hanya sekadar gurauan suami. dia lelaki. sudah tentu punya nafsu yang meronta-ronta. kau tu perempuan. kau tak akan pernah faham pada nafsu lelaki yang tidak pernah putus. pipiku dikucup lembut buat aku hampir terjerit. dia ni suka sangat bagi aku kejutan. kenapa agaknya? mungkin bila aku sudah mati nanti, senanglah mencari perempuan lain. aku menahan perasaan cemburu. sakit hati? sudah tentu. hembusan nafasnya begitu hangat menampar pipiku. tangannya sudah memegang dua belah bahuku.
"yes my dear! abang memang memaksudkannya. tapi kalau sayang tak selesa, tak apalah... abang tak paksa pun... tapi kalau sayang tak kisah, abang lagi suka..." Zainal gelak kecil sebelum melepaskan tanganku dan berjalan menuju ke ruang tamu. aku masih berdiri kaku. tidakkah abang tahu bahawa hati fiya sudah hancur berderai. fiya benar-benar tak sangka bang... tiba-tiba aku terasa mahu menangis. jangan!!
"sayang... are you okay?" aku tersentak. ya Allah apa lagi yang aku menungkan ni? ishh ishh ishh tak sudah-sudah termenung. lantas aku mengangguk mengiakan. nahas aku kalau dia tahu gejolak hati wanitaku.
sesudah membersihkan diri, aku tarik nafas dalam-dalam. akan ku cuba hilangkan perasaan curiga pada suami. kalau hari-hari aku begini, boleh pecah jantung aku. makanan jiwa cukup senang, hanya dengan sepotong ayat suci dan istighfar banyak kali. tapi aku tak bacalah dalam bilik air ni. kurang adab namanya tu. pintu gelongsor kutarik setelah tabir yang merintangi sebelumnya kuselak ketepi. sekejap!! aku intai ruang bilik yang suram. lampu sudah dimatikan. walaupun agak gelap tapi aku masih boleh melihat bayang-bayang benda yang berada dalam susun atur bilik. tak ada pulak laki aku kat situ. semula, aku betulkan lipatan rambutku yang basah. kalau aku tak digodanya tadi, tak adalah aku mandi malam-malam buta begini.
perlahan-lahan aku keluar dari bilik air. celahan pintu gelongsor itu aku tutup apabila berjaya membolosinya. langsung tidak ada bunyi yang terhasil. pertama sekali apa yang aku buat? berlari ke pintu bilik dan mengesahkan bahawa ianya sudah berkunci dari dalam. motif? supaya tidak terjadi apa-apa seperti disamun atau paling teruk dirogol. astaghfirullah... okeh! yang kedua, berlari pula ke arah meja solek. bagai faham-faham aje pulak laki aku ni. set-set kecantikan wajah termasuklah losyen yang berbau harum dan mengghairahkan sudah tersedia diatas meja solek. aku rapikan rambut sesudah mengeringkannya dengan hair dryer. rambutku yang lebat lagi hitam dan panjangnya paras pinggang ku lurut dengan sisir bermata besar. malam ini buat pertama kalinya aku akan gunakan set kecantikan ini dengan sepenuhnya. aku ingin kelihatan cantik dimata Zainal. aku mahu laki aku tu tergoda denganku berkali-kali ganda. biar matanya penuh dengan bayangan wajahku sahaja. ditambahkan lagi dengan gaun merah hati bertali nipis tanpa lengan aku yakin mampu membuatkan hidupnya asyik teringatkan isterinya yang cun melecun. rasa tak yakin aku cantas dengan ikrar bahagia. yakin safiya. yakin. yakin! eh, melebih pulak aku ni.
sedang aku merenung kecantikan wajahku yang sedia asli(amboi perasannya... eh, betullah! mak mertua aku yang puji aku dulu tau!), pintu berbunyi. kenapa berbunyi? ada orang ketuklah ngong... aku naik hairan. kenapa tak ditekan aje suis loceng tu. ini yang buat aku musykil ni. laki aku ke tu? atau jangan jangan... tak!! tak! tak. jangan fikir bukan bukan fiya. fokus and relax. take deep breath. calm down. sudah!! sudah!! merepeklah kau ni fiya!!
bangun dari kerusi solek, berhati-hati aku melangkah ke depan bagai ada kaca kat lantai. kalau ada sesiapa yang bertanya bagaimana degupan jantung aku sekarang, i just say undescribeable!
bila dah sampai betul-betul didaun pintu, tinggal aje lagi hulur tangan dan pulas tombol pintu, loceng berbunyi. apalagi kelam kabut aku jadinya. cepat-cepat aku tengok pakaian yang tersarung. kenapa aku seksi sangat malam ni? aduh.. segannya.. tapi tadi bukan kau kata nak goda suami kau ke? eh, eh, apahal pulak. dia yang goda aku, aku pulak yang dituduh menggoda. ishh..ish!! ishh!! dah dah!!
oh ya, baru aku teringat seperti dalam cerita cerita filem yang aku tengok , part part beginilah yang paling mendebarkan. aku berdebar, penonton pun berdebar. huh.. saspen saspen!
mujur akal geligaku muncul,
perfecto!
mula-mula aku buka kelopak mata belah kanan besar-besar. yang kiri mengenyit macam jantan mencari mangsa. apa aku buat? aku intai orang yang berdiri kat luar tu melalui kanta pembesar yang dipasang dipintu. alhamdulillah... leganya aku bila terpandangkan seraut wajah lelaki idaman. suami yang jelas keresahan sedang memegang sejambak bunga mawar putih. aku terharu sangat. susah-payah agaknya suami lakukan semata-mata mahu membahagiakan. maka, sudah sepatutnya aku buang rasa curiga sebelum apa-apa berlaku. sekalipun jodoh kami tidak panjang, moga ikatan kami berdua sentiasa baik. biarlah kami berteman selamanya sekiranya hanya itu jodoh yang sudah tertulis di loh mahfuz. selagi aku bergelar isterinya aku akan cuba mencintainya. aku akan belajar mengawal perasaan kanak-kanakku. aku masih remaja. aku tahu. tapi itu bukanlah isu yang berat. asal aku hendak, aku boleh lakukan dengan senang hati. setialah... taatlah... insyaallah... ya allah, aku mohon agar engkau berikan kami limpahan kasih-sayangmu. mood meroyan tiba-tiba datang. dengan pantas aku pulas tombol pintu dan kubuka daun pintu luas-luas. dalam rasa penuh hiba, aku terus masuk kedalam bimbang agar auratku diintai oleh lelaki selain suamiku.
"hai sayang..."
tangan kasar mula menjalar dipinggang. aku tutup mata. hembusan nafas segar Zainal bertiup ditengkukku. dicium. dicumbu.
"bang.." rengekku apabila cumbuannya melarat-larat sehingga tangannya mula mahu menanggalkan pakaianku. takkan secepat itu nafsunya mula bergelora. mujur juga cumbuannya terbantut. mungkin terasa terlalu gelojoh. "this is for you... " dari belakang bunga mawar sejambak harum kasturi dihulur ke depan. aku tidak terus menyambutnya. aku lihat. aku renung. aku pandang dan perhati. ada makna yang tersirat dari balik susunan kelopaknya. bersinar-sinar mataku menyambut jambangan bunga mawar putih. "i love you..." dia berbisik indah. "i miss you.." dia berkata indah dengan tangan merangkul erat pinggangku dari belakang. " i want you.." nafas lelakinya aku sudah hafal. tidak berbau rokok. tidak berbau arak. tidak juga berbau haruman wanita lain. aku tahu suami bersih dari noda besar itu. "i need you to full my empty..." dia kata begitu sebelum mencumbui leher jenjangku. aku sentuh kepalanya yang bergayut dibahu. walau tubuhnya terasa berat, aku gagahkan. aku tahu dia sedang cuba menampung berat tubuhnya dari membebankanku sepenuhnya. dari segi keseimbangan badan, dia mampu lakukan. hanya untukku isterinya. "kenapa dia aje ni?" "erm?" ya Allah. janganlah aku gagalkan rancangannya." do you like this? i mean my plan!" soal suami bagai mengharapkan jawaban ikhlas dariku. aku tidak menjawab tetapi aku pusingkan tubuhku supaya menghadapnya. sungguh aku terikut-ikut dengan drama-drama telenovela di kaca tv. tapi aku akan memberikan kelainan. "pandang mata I.." bisikku perlahan membuatkan rautnya tercengang. bunga mawa putih itu aku letak diatas katil. aku palingkan semula tubuh dan wajah menghadap suami. ilmu bercinta yang aku tengok dalam tv akan aku apply malam ini. aku sentuh kedua belah pipinya. aku elus-elus pipinya yang agak kasar dengan jambang yang baru dicukur. sungguh tampan wajahnya. aku terpesona.
"i nak abang tahu apa jua sekalipun harapan yang abang sandarkan atas nama kita berdua akan i doakan. apa saja yang abang lakukan untuk kita, i akan sokong dari belakang... i harap abang mengerti..." tanganku mula jatuh kedahi dan naik kerambutnya yang terpacak. mujur rambutnya sudah dipotong. tampak kemas dan lebih kacak. dia nampak malu-malu. wajahnya blushing. aku tahu aku sudah berjaya dalam misi menggodanya."if you want me, then i'll say i want you too."
terus aku peluk erat lehernya. aku kucup dadanya dan dengar degupan jantungnya yang juga berdebar kuat sepertiku. handsomenya dia dengan tuksedo hitamnya. bagaikan putera raja dimalam hari mengiringi puteri cinderella. tambah berdebar jantungku bila tubuhku diangkat dan didudukkan dibirai katil. erat sekali tubuh sasanya bersatu dengan tubuhku. bagaikan tidak mampu dilepaskan walaupun sesaat. ubun-ubunku dikecup berkali-kali. aku rasa sangat bahagia. apa yang lebih mengejutkanku, tepat pukul 12.30 malam, pelayan hotel datang menyusun barang-barang dimeja perabot. aku tidak perasan apa yang pelayan itu semua buat kerana suamiku mengatakan ada hal yang hendak dibaiki. tubuhku tidak lepas-lepas berada dalam pelukan hangatnya. mahu aku menjeling ke belakang tapi Zainal melarang. maka aku diamkan. bila semua pelayan sudah berambus keluar dari bilik kami, Zainal menutup mataku dengan kedua belah tangannya. tanganku dipimpin entah ke mana. aku didudukkan sebelum perlahan-lahan tangannya yang menutup mataku dijatuhkan. candle light dinner!!!
"i hope you like it" serentak dengan itu satu ciuman dihadiahkan ke pipiku. aku tersenyum sebak. terima kasih.. terima kasih... pertama kali aku diberi kejutan sebegini. sumpah! aku benar-benar terharu sampai berair mata. kami makan hidangan ringan sama-sama. keropok kentang goreng dengan segelas air anggur yang berkaki tirus, benar-benar membuai perasaanku. Zainal asyik tersenyum menggenggam erat tanganku yang diletakkan diatas meja. kalau aku katakan aku jatuh cinta padamu Zainal, mengertikah dia?
bersambung...
3 comments:
akhirnya,fiya jatuh cinta dengan zainal..
i like....
Fiya,...lafaskan lah apa yg awak rasa.<3
eheherr.. blushing jeh baca part nih~
Post a Comment