Sunday, December 25, 2011

Jauh Aku Berlari 5

 sungguh aku tak menyangka aku sebenarnya dicempung masuk kedalam kamar mandi dalam bilik itu juga. rupa-rupanya bilik pengantin kami sudahpun siap diubahsuai. aku langsung tidak tahu akan itu. setelah aku buka mata kerana mendengar ketawa Zainal yang seperti mahu mengenakanku, terus aku meronta minta diturunkan dan lekas menyelinap masuk kedalam tandas yang terletak bersebelahan dengan kamar mandi sebelum sempat Zainal menangkap pergelangan tanganku. dengan selimut tebal itu sekali aku bawa masuk ke dalam tandas. aku dah tak fikir benda lain. aku harus lenyapkan diri dari pandangan Zainal saat itu. aku tidak sanggup melihat dirinya yang tidak berpakaian. aku malu sangat. lama aku berkurung dalam tandas sehinggalah Zainal siap membersihkan dirinya dan keluar dari kamar. dipujuk dirayu sekalipun aku tak keluar-keluar dari dalam tandas tersebut selagi Zainal masih berada disitu. aku terus mandi dengan meminjam barangan mandian Zainal tanpa sepengetahuannya. itulah balasan pada orang yang kuat mengusik. seusai mandi, aku bergerak ke pintu dan teragak-agak membukanya dari dalam. pintu terkuak sedikit dan lampu dari dalam mencelah masuk kedkamar mandi yang suram. mataku terus terpaku pada suatu titik. leganya hatiku saat ternampak Zainal sedang khusyuk sujud menyembah tuhan yang maha Esa. tampak suci sekujur tubuhnya yang berseragam baju Melayu dan bersongkok. tampak sungguh tampan dan warak orangnya. Zainal memang benar-benar menunaikan janjinya tadi. aku sangka ianya sekadar omongan kosong. mulai saat itu juga aku rasa aku sudah mula jatuh cinta padanya. memang terlalu mudah dari segi nilaian hati kasar tetapi  aku tidak berdaya menepisnya. aku terpaku dibalik pintu yang sedikit terselak sambil memandang pada sesusuk tubuh yang sedang mengangkat takbir untuk solat sunat yang seterusnya. ada air hangat yang mengalir dari celah mataku. sungguh indah rasa kasih ini. terlalu sukar untuk kuungkapkannya dengan kata-kata. terlalu agung dan begitu suci hadir tanpa sebarang paksaan. hadir tanpa kuundang. subhanallah...
     
    aku masih berada dalam bilik air sejak tadi. ini semua kerana almari pakaian berada dekat dengan tempat Zainal membentangkan sejadah menyebabkan mustahil untukku lalu didepan Zainal yang sedang mengerjakan solat sunat. tetapi dah naik kematu rasanya kaki menahan kesejukan.

   cepat-cepat aku tutup pintu bilik air apabila ternampak Zainal mula melipat sejadah. kemudian aku bersandar membelakangi pintu. rasa malu datang menerpa tiba-tiba. aku segan sangat pada Zainal. melihat pada tubuhku yang cuma berbungkuskan selimut tebal tetapi dalamannya aku tidak berbaju sempurna. sungguh menambahkan rasa malu.

   beberapa saat selepas itu pintu yang menjadi sandaranku diketuk berkali-kali berserta dengan laungan namaku.

  "sayang... keluarlah! tak sejuk ke lama-lama kat dalam tu?"

aku telan air liur yang meleleh dari kelenjarnya. macam mana ni?
 
  "sayang!! dengar tak ni? are you okay?"

suara Zainal kedengaran cukup risau. tapi aku tidak berani keluar dengan berpakaian sebegini. teralu berani rasanya sekiranya aku melawan rasa hati.

    "sayang!! you ok tak dalam tu??"
suaranya semakin kuat dan kekalutan.

  "saya ok kat sini! jangan risaukan saya... saya tak apa-apa. awak keluarlah kalau awak nak keluar!"

aku gosok dua belah telapak tangan yang pucat. pagi-pagi begini memang sangat sejuk apatah lagi bila baru sahaja lepas mandi.

   "tak elok sayang terdedah pada sejuk pagi-pagi macam ni, takut nanti benih abang tak melekat!" spontan aku terdiam. aku tak faham apa Zainal maksudkan dengan benihnya tak melekat. tapi aku rasa bersalah pulak buat Zainal risaukan diriku.

   aku pulas tombol pintu dan tarik daun pintu sedikit kedalam. terkejut aku dengan tangan Zainal yang dihulur hampir-hampir mengenai perutku.

  "i got you!"

sepantas kilat, Zainal menyambar tanganku. aku cuba melawan tarikannya. aku tidak mahu dia perasan dengan keadaanku. sebelah tanganku lagi memegang erat gebar tebal. kaki Zainal menolak pintu menyebabkan ianya terkuak luas.

  "kenapa ni sayang? tak nak keluar ke?" ada riak tegang pada suaranya. aku terasa dimarahi. cepat saja aku membatukan diri. tidak berani menentang sepasang matanya yang tajam.

  "come here sayang... janganlah macam ni. abang risau tau tak! i'm so sorry okay!" tubuhku sudah selamat berada dalam pelukannya. aku tidak sedar entah bila Zainal masuk kedalam kamar mandi. aku kaku dalam pelukannya.

    "sayang marahkan abang ke pasal kes tadi?"

dia menggosok belakangku. kejap tanganku memegang gebar. aku menggeleng.

   "darling..."

pujuk Zainal lagi namun kali ini terus meresap suaranya mencelah masuk menusuk kedalam kalbu. lembut dan melenturkan. tambah-tambah lagi dengan semburan minyak wangi yang Zainal pakai.

   "sayang rasa segan dengan abang ke?"

pertanyaannya menyebabkan rasa segan bertambah. aku mengangguk dalam dakapannya.

  "jangan marah ye yang, nanti lekas tua tau!" Zainal tergelak suka. sukanya laki aku ketawa.

  "saya tak marahlah awak! boleh tak awak berhenti gelakkan saya?" aku tahan geram. aku tahu Zainal sebenarnya ingin bermesra denganku tetapi aku tidak pandai melayannya. aku kena belajar daripada mak nanti. mak kaya dengan ilmu rumahtangga. kasihan Zainal dapat isteri sepertiku yang kolot tentang cinta.

  ketukan dipintu mematikan perasaan indah. kalut aku menolak tubuh suamiku.

  "awak! ada orang ketuk pintu lah. saya nak pergi tengok" terangku apabila Zainal masih enggan melepaskan pelukannya. pintu berbunyi lagi.

   "Assalamualaikum!! Zainal! mama ni. buka pintu ni kejap! ada yang mama nak cakap pada kamu" ya Allah.mama mertua aku! bagaimana boleh aku terfikir untuk membukakan pintu tadi? nak cari malu agaknya.

  oh tidak. aku harus sembunyikan diri. tapi basib baik Zainal bagaikan faham dengan perasaanku.
 
   "biar abang yang bukakan"  ucap Zainal sebelum mengucup dahiku.

   "urmm. baiklah..."

  perlahan-lahan pelukan dileraikan. tanganku dilepaskan dari genggamannya. aku hadiahkan Zainal senyuman tanda berterima kasih.

  "wait me here! i'm not finish yet flirting with you!" bisik Zainal sebelum mencium pipiku sebelah kanan yang dekat dengannya. aku buntangkan mata. Zainal tergeak kecil. tangannya kucubit manja. entah kenapa berani sangat aku hari ini mencubit lakiku ini dengan mesra.

  "i love you!" bisik Zainal lagi penuh dengan pandangan mata redupnya. tersipu-sipu malu aku. Zainal memang sengaja menggodaku dipagi hari.

   "dahlah tu... kesian mama tunggu lama-lama kat luar. mungkin ada hal penting yang hendak mama bincangkan.pergilah..." suruhku penuh kelembutan. Zainal mengangguk kemudian dia ketawa kecil. hidungku dicuit sebelum Zainal berjalan menuju ke pintu. aku pula harus menyembunyikan diri dari pandangan mama. aku malu diusik yang bukan-bukan. aku berlari kesisi katil yang agak tersembunyi dari pintu masuk bilik. Zainal menggelengkan kepalanya melihat kekalutanku.

   "don't worry! i'm a sporting hubby" katanya sebelum tombol pintu diselak. aku bersembunyi disisi katil. tidak lama kemudian terjengul wajah mama. terdengar perbualan mereka dimuka pintu. nampak macam serius bunyinya. dengan berhati-hati aku intai mereka dari sebalik bantal yang menimbun tinggi. muka mama nampak serius. tegang suaranya. Zainal pula beria-ia menidakkan. mama menarik tangan Zainal keluar dari bilik dan begitu sahaja aku ditinggalkan sendirian dalam bilik.

   setelah pasti Zainal tak akan masuk ke bilik semula dalam waktu terdekat, aku pantas menuju ke pintu dan menutupnya dengan hanya sedikit tolakan kerana sememangnya pintu tadi hanya terkuak sedikit. aku matikan kunci pada tombol. check mate!

 lepas tu terkocoh-kocoh aku berlari ke almari pakaian dan dengan kelam-kabut mengenakan telukung. walaupun masih belum kedengaran azan subuh tetapi suasana diluar agak begitu kecoh. hatiku tidak senang. entah apa agaknya yang sedang berlaku diluar.

  aku basahkan lidah dengan berzikir. mengingati Allah merupakan salah satu caraku untuk menenangkan fikiran. Alhamdulillah. ianya cukup-cukup berkesan. emosiku kembali tenang buat masa sekarang. aku mara semula ke daun pintu. lock pada tombol pintu kulepaskan. aku tidak mahu Zainal terpaksa mengetuk pintu jika hendak masuk nanti.

   sambil menunggu kemunculan semula Zainal kedalam bilik, aku membaca satu surah al-quran yang sekian lama menjadi makanan hatiku. seminit kemudian, kedengaran ayat-ayat suci dialunkan dari surau kampung yang kami panggil surau ar-rahman. jam dinding ku tatap sekilas. 10 minit lagi akan masuk waktu subuh. oh patutlah...

   Zainal masuk semula setelah bunyi azan dilaungkan di surau tempat kami menikah semalam. wajahnya manis dengan songkok dibetulkan dan aku merenung lenggok tubuhnya yang merapatiku. aku habiskan bacaan dengan penutup 'sodaqollohulazim'. kitab suci itu kuletakkan ditempat kabinetnya yang terletak di sebelah katil. Zainal duduk disebelahku. kami sama-sama duduk bersebelahan di birai katil. dengus nafas Zainal kedengaran tidak teratur. aku resah mendengarnya.

  "err... aw... awak nak solat dekat dalam bilik ni ke?" soalku teragak-agak. tidak berani menegurnya. Zainal tidak menjawab. dia hanya diam sambil bermain-main dengan songkok yang telahpun ditanggal dari kepalanya. aku perhatikan kelakuannya yang senyap tiba-tiba. perasaanku dijentik dengan peristiwa sebentar tadi. mungkin itu yang membuatkannya jadi pendiam. pelik!

   Zainal kalih pandang muka aku tepat. pipiku dilagakan dengan hidung mancungnya. kemudian dahiku dikucup mesra. aku terus diam sambil menentang pandangan redup mata kebiruannya.

  "mari ikut abang jemaah kat surau. abang tunggu kat luar tau. jangan lama sangat bersiap"

 Zainal terus tinggalkan aku begitu sahaja. aku keliru. tadi aku soal, dia tidak pula menjawab. kini tanpa ada ribut badai, dia keluarkan arahan tiba-tiba. mataku hanya mampu menyorot kelibatnya yang menghilang dibalik daun pintu bilik air. tak faham betul aku!

 
   seusai mengerjakan solat subuh yang diimamkan oleh suamiku sendiri, aku lipat sejadah yang kami guna tadi. mak dan mama dan saudara-mara yang juga solat disurau mula berura-ura untuk pulang. aku susun sejadah yang sudahpun dilipat dan kukumpulkan ditepi sudut. ada juga terdengar desas-desus dari jemaah wanita yang memuji keenakan suara imam tadi. aku perasan ada lirikan mata wanita-wanita disitu yang tersengih-sengih melihatku. aku pula hanya diam dan berpura-pura tidak perasan. tidak lama kemudian, aku ajak mak dan mama untuk pulang. mereka tengah menungguku diluar surau bahagian perempuan. kebetulan pintu masuk ke ruangan surau bahagian perempuan terletak dibelakang surau. tidaklah kami terserempak dengan jemaah-jemaah lelaki. takut aku diusik. emak menyarung selipar kekakinya. kemudian diikuti oleh mama dan aku yang terakhir turun dari tangga yang agak kecil itu. aku kagum dengan mama yang langsung tidak merungut akan keadaan surau kampungku yang agak naif. dengar cerita daripada kawan-kawanku, orang kaya biasanya sombong dan berlagak tapi mama tidak. langsung tiada ciri-ciri yang mazmumah itu dalam dirinya. mama kelihatan ikhlas dan bercahaya mukanya yang sebahagian iras wajahnya diwarisi oleh syeikh Zainal, suamiku yang baru berusia dua hari.

   "mak tak sangka suami kamu yang imamkan solat kita tadi. sedap suara Zainal kan fiya?"
tanya emak sebaik kami mula melangkah keluar dari perkarangan surau. aku yang tercari-cari seraut wajah tampan suamiku cepat-cepat membetulkan baju kurung baruku. aku tidak mahu mak tercium gerak hatiku yang teringin sangat memerhatikan seraut wajah suamiku yang menawan. sungguh aku sudah mula angau.

   "mak cakap apa tadi?" soalku berpura-pura tidak dengar soalannya tadi. mak hanya menggeleng. aku senyum pada emak. akhirnya kami sudah keluar dari perkarangan surau. jemaah lelaki kebetulan pula baru sahaja berura-ura keluar dari dalam surau bahagian lelaki. mataku tertancap pada sesusuk tubuh yang kukenali sedang berpelukan dengan jemaah lain disitu. nampak sangat dirinya sangat disukai oleh orang-orang kampungku. ternyata dia sangat pandai membawa dirinya. kebetulan untuk pulang ke rumah kami harus pusing surau tersebut kerana kedudukan pagarnya yang agak pelik. saat itulah mataku bersabung dengan pandangan Zainal. redup pandangannya yang sarat dengan biasan kasihnya. aku hadiahkan dirinya sebuah senyuman yang sengaja ku lenggokkan biar suamiku itu tergoda. ah! nakalnya aku...

   setelah beberapa saat berlalu, aku kembali fokuskan pada langkahan kaki. takut terpijak lumpur kerana keadaan jalan yang becak akibat hujan semalaman.

   kami mengayuh langkah untuk pulang ke rumah. sesekali mataku mencuri-curi dari ekor mata menjeling ke arah Zainal. kelihatan dia masih berdiri disitu dan aku dapat rasakan yang dia masih merenungku. kedengaran gelak yang berpadu datang dari surau bahagian lelaki. segera aku palingkan wajah. beberapa orang lelaki menepuk-nepuk bahu Zainal sambil ketawa sopan. Zainal turut ketawa kecil. nampak sengihannya yang melebar sampai sehingga ke telinga. entah apa yang lucu sangat.

   sesampai sahaja dirumah, aku terlebih dahulu meminta diri untuk masuk kedalam bilik. masuk sahaja dibahagian ruang tamu, dah ada kanak-kanak kecil yang sibuk menonton TV. ada pula  saudara perempuan yang berbual-bual diruang tamu sambil bergelak ketawa. tak solat ke diorang ni? hrmm... datang bulan kut!

  baru aku hendak masuk bilik pengantin, telingaku sempat menangkap perbualan emak dan mama yang berlarutan dari surau sampailah kerumah tadi walaupun aku hanya diam sepanjang perjalanan pulang tadi.

"akak suka sangat kalau hari-hari Zainal mengimamkan solat kita. sedap sangat suaranya"

  "biasa-biasa aje kak. taklah sedap sangat. itulah perangai Zainal. setiap kali dia cuti semester semasa melanjutkan pelajaran di england dulu, Zainal akan menjadi imam kami. kalau nak harapkan abang-abangnya jangan haraplah. semua pun tak boleh diharap. jangankan nak jadi iman, nak kerjakan solat pun culas. Zainal seorang aje anak yang mendengar kata. sejuk hati saya ada anak macam dia kak" aku berhentikan langkah saat terdengar topik menarik itu. mana tahu ada benda baru bakal aku dapat mengenai diri suamiku sendiri.

  "Zainal ni memang anak yang mudah mendengar kata. senang sahaja menjaganya. tidak banyak kerenah bukan macam abang dan kakaknya yang lain. kak, kejap lagi kita sambung sembang ye. saya nak ketandas" emak ketawa kecil sebelum mengangguk perlahan. asyraf, adik kepada raqy yang baru berusia dua tahun asyik bergayut pada baju kurung mama. kadang-kadang menjerit-jerit meminta didukung. aku. senang hati melihat anak kecil itu. begitukah nanti perangai anak aku? entah-entah lebih manja daripada asyraf tak? ah... mengarut!

  "akak pun kena sediakan sarapan untuk kita semua. nak harapkan saudara-saudara lain tak elok pula. meh kat nenek asyraf! kita makan cendol yang nenek buat semalam" asyraf beralih kedalam pelukan emak. mama mencubit perlahan pipi tembam budak itu. kanak-kanak yang lain mula buat kecoh dan berlari disana-sini. gamat sungguh rumah tok aji pagi-pagi buta maca ni.

 dari depan pintu bilikku, mataku menyorot pandang langkahan kaki emak dan mama ke ruang dapur. tadi mama kat nak ke tandas, tapi kenapa mama ke dapur?

  bingung memikirkan masalah yang bukan masalah, akhirnya aku bolos masuk kedalam bilik pengantin. sayup-sayup kedengaran suara lelaki memberi salam. tentu Zainal, ayah dan abah serta abang-abangku dan saudara lelakiku yang baru balik dari surau tadi. aku menjadi gelabah tiba-tiba. dalam beberapa minit sahaja lagi, Zainal akan masuk kedalam bilik. aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan. perlukah aku tunggu didepan pintu bilik sambil tersenyum penuh manis seperti seorang isteri pada seorang suami waktu zaman Rasulullah suatu waktu dulu. aku bingung.


  rupanya perasaanku tadi adalah normal bagi pasangan yang baru berkahwin. cuak aje yang lebih sedangkan tiada apa-apa pun yang berlaku selepas itu. mujur sahaja Zainal tidak menyambung acara 'flirting' seperti yang diperkatakannya. ah! hanya aku yang terlebih fikir.

  hari ini merupakan majlis persandingan kami yang diadakan disebelah perempuan. majlis resepsi pula akan dibuat di hotel di ibu kota. aku hanya mampu mengikut acara yang telah dirancang. sebetulnya aku langsung tak terlibat dengan majlis persandingan kami. apalah yang aku tahu mengenai dunia sanding. terasa diri amat jahil dan cetek pengetahuan.

  "cantiknya kau Nur! cemburu aku tengok bulu mata kau tu yang lentik tau! tentu suami kau puji kau nanti tengok isteri dia ni cantik bagai nak rak" aku senyum saja mendengar celotehan rini. maklumlah sekarang ini yang ada hanyalah rasa cuak yang sangat-sangat. tiada masa nak melayan rasa geram atau marah. lebih-lebih lagi bila memikirkan tidak pernah aku bermimpi bersanding dalam usia muda sebegini. dalam usiaku baru menginjak umur 18 tahun aku berkahwin. entah apalah jodoh yang ditentukan-NYA disana. tapi nak putarkan semula masa itu mungkin sesuatu yang mustahil, aku dahpun sah menjadi isteri pada syeikh muhammah Zainal dalam erti kata yang sebenarnya. semalam kami sudahpun berkongsi  pengalaman malam pertama. aku telah menjadi hak milik mutlak seorang lelaki bernama suami mulai saat itu.

  "amboi dia! baru dipuji sikit dan merah muka nampak" cepat-cepat aku matikan senyuman. aku pedulikan kata-kata sindiran rini tadi. bukannya dia tahu apa yang tersirat dihatiku. kalau aku berfikir tentang suamiku pun belum tentu dia tahu.

  "kenapa ni, diam aje? tak bestlah macam ni Nur" dahiku berkerut mendengarnya. mungkin sebab aku tak layan sangat lelucon rini agaknya. sebab tu dia rasa geram dengan aku.

   "biarkanlah dia cik puan oi... boleh tak jangan ganggu i rapikan pengantin ni. hishh menyibuk aje cik puan ni kat sini. i nak siapkan kerja i pun tak boleh kalau ada orang yang suka menyibuk"

   "suka hati oranglah"

  aku kalih pandang ke muka rini yang berubah tegang apabila disindir mak andam. masak dah aku dengan perangai dua cik puan di depanku ni. yang sorang kuat berleter. yang sorang lagi suka membidas cakap orang. bila buku dah bertemu ruas, beginilah jadinya. tambah-tambah lagi mereka berdua sekampung denganku. cuma yang sorang tu teman karibku. aku nak sokong siapa? tapi pertelingkahan kecil mereka sebenarnya tanpa sedar telah sedikit sebanyak membuatkan aku lupa pada ketakutan. ada hikmah sebenarnya...

 
   "dah seminggu kamu tinggal di kampung Zainal. ayah rasa sudah sampai masanya untuk kamu berdua ke kuala Lumpur. ayah tak mahu kerja kamu nanti terbengkalai"  spontan tanganku yang rancak menuang air kopi ke dalam cawan ayah terhenti seketika. aku tidak suka dengar ayah bercakap mengenai itu.

   "tak apa ayah. Zainal tak kisahpun tinggal lama-lama kat sini. yang penting anak ayah ni selalu disisi saya dan temani saya" Zainal dah mula mengarut.

   "ini kopinya ayah... minumlah. bang! jemput minum..." aku sorongkan cawan kaca berisi milo panas didepan Zainal. katanya itu minuman kegemarannya. Zainal tersenyum melihatku dan mengambil cawan tersebut. asap yang berkepul datang dari wap panas milo panasnya dibiarkan singgah ke pipi kasarnya. keningnya dijungkit apabila pandangan kami bersabung. ayah sudah tentu tersengih-sengih melihat menantunya yang mula menggatal.

  "thanks sayang... bismillah! urmm sedapnya! pandai sayang buat...bertuah abang dapat isteri macam sayang. dahlah cantik, baik, pandai buatkan abang air pulak tu!" puji Zainal dan membuatkan ayah makin tersengih-sengih. Zainal juga turut sengih sambil pandang muka aku yang mula memerah. Zainal memang suka puji kecantikan aku baik didalam bilik mahupun didepan orang ramai. aku juga yang malu. ayah berdehem yang sengaja dibuat-buat.

  "kamu dengar tak tu fiya? mana ada suami sekarang yang suka puji isteri. waktu bercinta bukan main mengayat tapi bila dah kahwin sibuk mengata keburukan isteri sendiri. tapi suami kamu tak macam orang lain. ayah bangga dengan suami kamu. jadi ayah harap kamu dapat hormati suami kamu dan jangan melawan cakap suami kamu. jangan sia-siakan anugerah Allah pada kita sekeluarga terutamanya buat kebahagiaan kamu. bertuah betul kamu dapat suami sebaik Zainal fiya. kalau nak harapkan bekas cinta kamu yang entah belum tahu dapat kenyangkan kamu, memang sampai ke tua baru ayah dapat kembali bernafas..." kenyataan yang disebut ayah diakhir katanya tadi membuatkan aku bingung seketika. aku pandang muka Zainal yang sudah berubah. mati senyumannya. sekejap sahaja ketawa Zainal terhambur. aku tak faham betul. apa ni?

  "siapa dia bekas kekasih fiya ayah? ada handsome dari Zainal tak?" ayah menggeleng. Zainal menyengih lagi. aku duduk disebelah Zainal. meja bulat itu cukup-cukup untuk empat orang. raqy yang leka makan kuih pisang goreng tidak hiraukan perbualan orang tua.

  "betul ke fiya ada kekasih sebelum ni selain daripada abang?" Zainal bertanya padaku. renungannya bersilih ganti antara aku dan ayah.

  "er.. er.. mana ada. fiya tak pernah pun ada kekasih. ayah tu yang reka-reka cerita" aku jegilkan mata kat ayah. ayah sekadar lepas tangan. geramnya aku.
 
  "betul ni?" Zainal sekali lagi meminta kepastian. pantas aku mengangguk. ayah tergelak. pulak!

  "betullah tu Zainal. ayah saja nak uji kamu tadi. ternyata kamu bukan seorang yang bertindak tanpa menyiasat terlebih dahulu. bertambah-tambah kepercayaan ayah pada kamu. ayah benar-benar percaya kamu dapat jadi suami yang paling baik buat anak manja ayah nun..." ayah tepuk-tepuk bahu kiri Zainal. aku dapat nampak Zainal tersenyum lega.

  "gembiralah tu!"

Zainal tergelak dengan sindiran ayah. nampak sangat matanya bercahaya. matanya tepat merenungiku dengan pandangan redupnya. aku menunduk. tidak berani lama-lama bertentang mata dengan mata kebiruannya yang begitu galak merenungiku.

   "ayah... ayah nak tahu tak?"

   "apa dia?"

Zainal meneguk milo panasnya sebelum perlahan-lahan meletakkan cawannya yang sudah separuh diminumnya ke meja. kemudian, Zainal merapatkan kerusinya dekat dengan kerusiku. aku mula gabra. tindakan Zainal memang tidak terjangkakan. Zainal melingkarkan tangannya kebahuku. aku masih menunduk. bertambah merah wajahku tatkala bibirnya hinggap di pelipisku.

   "sekarang Zainal nak beritahu ayah tidak ada suami yang tak gembira ayah bila dapat tahu isterinya tidak pernah menjalinkan cinta dengan lelaki lain. tambah-tambah lagi apabila isterinya cantik manis dan beragama. ayah nampak tak tu?" Zainal makin mengeratkan pelukan pada bahuku. sekali-sekala bibirnya hinggap dipipiku. basah pipiku dengan air milo yang diminumnya tadi. tapi aku biarkan sahaja tindakannya. takut nanti kalau aku cubit lengannya, ayah pasti tengking aku disitu juga.
 
  "hrmm.. ayah tahu Zainal. ayah makan garam lebih awal dari kamu. ayah tahu bagaimana perasaan kamu sekarang. ayah tahu jiwa lelaki berdarah muda macam kamu. ayah juga pernah laluinya lama dulu. semuanya memang indah diwaktu awal perkahwinan.semuanya terasa manis dan membahagiakan. memang begitulah yang dirasakan sewaktu di awal perkahwinan. tapi bila dah lama berkahwin, sedikit demi sedikit perasaan tu akan mulai luntur. jadi pandai-pandailah kamu jaga keluarga kamu. bimbinglah isteri kamu apabila dia tersilap. cuma ayah mohon sangat pada kamu, jangan persiakan satu-satunya puteri kesayangan ayah ya. ayah mohon sangat. ayah percayakan kamu seratus peratus. tapi iyalah... kalau jodoh kamu berdua tak panjang, kembalikan anak ayah pada ayah secara baik. jangan dia disakiti. jangan kamu kasari dia sepertimana ayah mengasarinya tempoh hari. janji pada ayah ya Zainal... janji pada ayah yang kamu akan menjaga anak ayah dengan sebaik mungkin!"

  "ayah..."  hampir aku teresak mendengar rintihan hati ayahku sendiri. aku begitu terharu. ayah tidaklah sekejam seperti yang berlaku keatasku tempoh hari. aku sudah cuba melupakan semua itu. tinggalkan segala kenangan pahit agar hatiku bisa menerima kemanisan dalam perkahwinan. itulah sebaik-baik cara untuk menghilangkan rasa dendam dalam hati.

  sedar-sedar sahaja, aku lihat Zainal menangis dalam pelukan ayahku. belakang Zainal ditepuk-tepuk sayang. aku dapat rasai hubungan yang sangat akrab antara dua lelaki yang penting dalam hidupku.

  "mak su, kenapa pak su nangis? eee... pak su nangis. nanti raqy bagitau mama raqy..." aku geleng kepala meminta raqy supaya diam. akhirnya raqy diam dan meneruskan kunyahannya. lama ayah dan Zainal berpelukan begitu. adakah Zainal begitu mencintaiku sebegitu dalam? aku nampak cintanya dari biasan mata redupnya tapi kenapa aku masih malu dan segan padanya. atau beginikah reaksi seorang wanita muda yang baru mengenali dunia percintaan. tuhan... tunjukkan padaku jalan kebahagiaan kami agar aku dapat sama-sama merasai erti kebahagiaan dalam berumahtangga.

 
   seusai makan malam bersama diatas lantai beralaskan tikar getah, Zainal mengajakku untuk ke luar sekejap sementara menunggu makanan yang baru ditelan, habis dihadam. sambil berjalan, Zainal tidak lepas-lepas menggenggam tanganku. aku hanya tersenyum pada yang melihat kami begitu. malu juga mendengar usikan dari saudara-mara dan abang-abangku yang masih berada dirumah itu walaupun sudah seminggu aku melangsungkan pernikahan.

  Zainal tarik perlahan tanganku untuk menuruni tangga yang hanya mempunyai beberapa buah anak tangga. kami menuruni tangga satu-persatu. terasa begitu lambat masa berjalan. setiba di halaman rumah, Zainal menyuruhku untuk duduk di satu bangku sebelum punggungnya dilabuhkan disisiku. rapat dan tiada langsung ruang yang memisahkan kami waktu ini. aku biarkan Zainal memeluk bahuku. kepalaku dipaksa untuk dilentokkan ke bahunya.

   "thanks..." bisiknya perlahan ditelingaku. begitu mendayu-dayu suaranya. aku diam sahaja. masih tidak faham untuk apa dia berterim kasih padaku. oh! mungkin juga kerana aku telah memasak masakan kegemarannya malam ini walaupun aku sekadar membantu emak memasakkan lauk yam masam merah untuknya dan yang lain emak yang masak.

   "kenapa ni? diam aje abang tengok..." Zainal merungut apabila aku masih belum membuka mulut. tahukah dia bahawa aku masih segan dengan dirinya.

   "sorry... saya tak tahu nak cakap apa kat a... abbbang..." satu-persatu mulutku menyebut butiran kata-kataku tadi. entah kenapa aku mula rasa terpanggil untuk memanggilnya abang. mungkin kerana usianya yang jauh lebih tua dariku. dia berusia 24 tahun manakala aku baru sahaja berusia 18 tahun. atau mungkin juga aku mula menghormatinya selain dalam diam mula menitipkan bibit-bibit cinta untuk dirinya.

  "hei... say something please..." aku tergeleng. tidak tahu nak cakap pasal apa. entah kenapa dengan lelaki ini mulutku seakan terkunci rapat. bahkan sebelum ini mulutku memang mudah mesra pada orang walaupun merek tidak begitu aku kenali. tapi kenapa dengan suamiku sendiri yang sudah halal dan sah untukku, aku berasa lain. ataukah aku yang masih belum mampu memaafkan kesalahan lelaki ini dulu. tapi bukankah Zainal sudah meminta maaf akan kelancangan tindakannya memelukku didepan umum dulu. aku rasa aku sudah dapat memaafkannya kerana alasannya yang aku rasa agak rasional. Zainal memberitahuku bahawa dia sengaja berbuat sedemikian kerana dia mahu perempuan yang saban waktu mengejarnya percaya bahawa dia sudah mempunyai kekasih hati dan aku yang terpaksa dijadikan mangsanya. patutlah dia sengaja mengajakku untuk berjumpa dengannya dan mengeluarkan kata-kata sinis supaya aku kelihatan marah-marah dan itulah bukti bahawa aku cemburukan Zainal diminati oleh perempuan lain. itulah yang Zainal beritahu aku. entah siapa agaknya gadis yang begitu minat pada suamiku itu sampau begitu sekali. sanggup memalukan diri sendiri semata-mata untuk mendapatkan seorang lelaki. ah! perempuan kalau memang nak dapatkan sesuatu, memang akan terlalu obses pada benda yang dikehendakinya. hara-harap wanita itu tidak lagi mengejar perhatian dari suamiku. tapi aku juga mahu tahu bagaimana rasanya apabila perasaan cemburu mulai merajai hati. aku belum pernah merasainya.

   "sayang nak tahu tak satu perkara yang selama ni abang rahsiakan dari pengetahuan sesiapa?" soal Zainal lalu mengembalikan fikiranku ke dunia kami.

   "er ya.. kenapa dengan rahsia abang tu?"

Zainal dekatkan pipinya ke pipiku. kedudukan kami sekarang memang bertambah rapat. andai saja kami belum berkahwin, memang dah dicekup ketua kampung. mujur saja kami sudah selamat menikah.

   "betul fiya nak tahu?" tanya Zainal lagi. aku terus angguk. Zainal bawa tanganku yang digenggamnya dan dikucup bertalu-talu.

   "sebenarnya abang dah lama jatuh hati pada sayang sejak dulu lagi sebelum abang usulkan hasrat hati abang pada ayah untuk melamar anaknya yang cantik jelita ni" sesak nafasku ketika itu. apa yang Zainal cuba sampaikan sebenarnya.

  "jadi abang yang lamar fiya? bukan abah ke yang merisik fiya untuk abang? fi.. fiya tak faham... cuba terangkan pada fiya apa sebenarnya yang berlaku?" tiba-tiba aku jadi sebak. entah kenapa. aku tak tahu. yang pasti aku tak tahu dan.. argghh..

  Zainal mengelus-elus bahuku yang dipeluknya. aku diam dan menunggu penjelasan darinya.

  "ya! memang benar abang yang cadangkan pada abah. abang pujuk abah yang abang dah benar-benar bersedia untuk jadi seorang suami dan jadi ayah untuk bakal anak-anak kita nanti. alhamdulillah, abah percaya pada abang. abah sengaja undang ayah untuk datang ke rumah dekat Kuala Lumpur. sebelum itu abah dah telefon ayah dan merisik sayang untuk abang. ayah bagi lampu hijau dan bila abang dengar berita tu dari mulut abah, abang menjerit kerana terlalu gembira. abang tak malu bila dikatakan gila kerana abang memang cintakan sayang sangat-sangat. abang memang dah lama pasang niat untuk melamar sayang tapi abang tak ada masa kerana abang asyik ulang-alik ke luar negara kerana urusan bisnes. lepas ayah dah setuju dan terima risikan dari abah walaupun belum rasmi, abang terus berbincang dengan ayah pasal perkara yang perlu abang lakukan. abah juga tolong abang untuk mencari tempat yang sesuai untuk kita bersanding kerana abang nak sangat rasai suasan berkahwin dan bersanding dikampung. ternyata impian abang selama ini akhirnya menjadi kenyataan. abang benar-benar bersyukur dapat berkahwin dengan fiya sayang..." Zainal kucup ubun-ubunku seusai menghabiskan kata-katanya.

  "tapi.. macam mana abang boleh kenal fiya sedangkan fiya tak pernah pun kenal abang?" soalku bagai orang yang kebingungan.

  "i know that honey! sayang ingat lagi tak dulu lima tahun lepas kalau abang tak silap, sayang dan kawan sayang yang baru pulang dari sekolah terserempak dengan budak-budak lelaki yang sesat?" soal Zainal. aku cuba mengingat. ya memang betul aku pernah terserempak dengan sekumpulan lelaki remaja yang sesat dan termasuk kampung kami. mungkinkah dia ada waktu itu?

   "fiya ingat. kenapa? macam mana abang tahu atau abanglah lelaki yang sinis bercakap dengan fiya tu?" aku mendengar Zainal tergelak. suka betul dia ketawa sampai ketawa terbahak-bahak. aku cubit perutnya barulah ketawanya mulai mereda.

  "abanglah lelaki poyo tu. hahaha..."

  "patutlah... perangai orang bandar memang macam tu ke?" sindirku. kalau ayah dengar aku menyindir begini, pasti aku dah dileteri habis-habisan.

  "entahlah... abang minta maaf ye... memang abang akui abang budak yang anti-kampung waktu itu. mungkin dah takdir Allah macam tu. kami disesatkan dan termasuk kampung yang abang sendiri pun tak tahu apa namanya. pada mulanya abang dan kawan-kawan abang nak hadir ke suatu majlis perkahwinan kawan abang yang bertemu jodoh dengan kampung sebelah. tapi entah macam mana abang tersalah masuk lorong dan sampailah kami kekampung sayang ni. mujur sayang ada waktu itu dan abang yang memang anti-kampung terus mahu menyinis dengan sayang. yes. i did it but kalau sayang nak tahu waktu itulah hati remaja abang menjadi tidak betul. abang benar-benar tidak percaya abang terjatuh cinta pada gadis kampung tapi abang memang tak dapat nafikan kenyataan tu. abang benar-benar dah angau dengann sayang lepas saja abang balik ke Kuala Lumpur. barulah abang rasa bagaimana rasanya bila dah dilamun cinta. mandi tak basah. tidur tak nyenyak. makan tak kenyang abang jadinya. asyik wajah sayang aje yang abang nampak saban waktu... lepas dah beberapa tahun berlalu dan dah tamat habiskan pengajian abang kat UK, abang terus pulang ke Malaysia dan bekerja kat syarikat keluarga. abang juga akui abang sering diburu oleh gadis-gadis disana tetapi abang tak layan. hati abang dah ditakluki oleh sayang waktu itu. mana mungkin abang dapat cintakan perempuan lain kalau hati abang dah terbagi sepenuhnya kat sayang. pertama sekali abang terjumpa dengan ayah waktu abang pulang dari bekerja dan tiba-tiba ada orang bagi salam. abang terpaku melihat ada seorang lelaki tua yang berkopiah sedang berdiri dihalaman rumah. apa yang paling mengejutkan abang ialah rupa lelaki tersebut sangat menyerupai wajah wanita idaman abang yang asyik masuk dalam mimpi abang. rupa-rupanya lelaki itu adalah ayah kepada sayang sendiri. abang tahu itu apabila abang merisik-risik ayah dan ayah keluarkan kepingan-kepingan gambar dari dalam dompetnya. mahu saja abang jerit pada satu dunia bahawa abanglah orang yang peling bertuah waktu itu. abang perhatikan gambar sayang dan abang-abang sayang yang ayah selalu bawa dalam dompetnya. abang siap ambil gambar sayang dan yang lain semata-mata nak tatap paras wajah sayang setiap hari. memang ayah ada bertanya untuk apa abang ambil gambar anak-anaknya, abang jawab abang suka-suka sahaja. yelah.. mana tahu abang terserempak dengan anak-anak ayah. padahal abang dah merancang lain..." Zainal tergelak kecil lepas itu. aku tak tahu nak cakap apa dah. inikah rahsia disebalik perkahwinan kami? sungguh banyak lagi rahsia yang belum aku ketahui. tapi tidak apa aku akan korek satu-persatu.

  "kenapa abang tak cari fiya kat sini akalu benar abang cintakan fiya?" tanyaku lalu mematikan gelaknya. Zainal lepaskan hembusan nafasnya dan ianya menampar halus wajahku.

  "abang memang lelaki yang pemalu. abang tak berani melamar sayang tanpa merisik terlebih dahulu. lagipun abang tak kenal siapa sayang waktu itu. melalui cerita ayah, sayang baru sahaja habis SPM. apalagi, terus berkobar-kobar perasaan abang untuk mengahwini sayang. bila ayah dah balik kampung, barulah abang buat keputusan yang paling muktamad. abang dah benar-benar cukup sedia untuk mendirikan rumahtangga tambah-tambah lagi dengan gangguan perempuan-perempuan sepejabat abang yang suka sangat menggoda lelaki bujang macam abang. sebab itulah, waktu kali pertama bertemu dengan sayang di restoran dahulu abang benar-benar terpaku melihat sayang disana. sayang tak ubah seperti bidadari yang didatangkan khas dari kayangan. abang benar-benar terpikat habis dengan sayang. sayang nampak lain sangat dengan dalam gambar yang ayah tunjukkan tu. sebelum jumpa dengan sayang, abang hari-hari dok congak dan renung gambar sayang yang abang dah setkan dalam handset abang sebagai wallpaper supaya abang tidak tersilap orang..."

  "sampai begitu sekali ke abang buat?" mahu tak terkejut aku. benar seperti yang aku kata. tindakan Zainal benar-benar tidak terjangkakan. patutlah aku perasan Zainal asyik membelek-belek telefonnya sebelum aku dan pelayan restoran tersebut sampai ketempatnya dulu. huh! benar-benar aku tak jangka Zainal terlalu memujaku. cuma aku yang berani mengatakan dia gila. kini barulah aku tahu kebenarannya.

  "kalau dah suka, abang akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang abang nak selagi tak bercanggah dengan hukum-hakam agama. kalau abang nakkan zuriat dalam sebulan dua lagi, tak apa kan?" soal Zainal begitu nakal. dia ni suka sangat mengusikku.

  "boleh tak ni?" soal Zainal membuatkan aku tarik kepalaku dari bahunya. bukan aku tidak sudi mengandungkan zuriatnya tapi aku malu mahu berbincang dengannya akan hal ini. bagiku ianya amat sensitif.

  "atau sayang tak sudi lahirkan zuriat abang? sampainya hati... tak apalah... abang cari yang padan muka sayang" Zainal seperti mahu bangun. lantas aku peluk tubuhnya dan sembamkan wajahku kedadanya yang berbau harum.

  "fiya sudi!" ujarku malu-malu. terasa mukaku sekarang dah merah habis. tapi aku tetap beranikan diri untuk berbuat begitu. aku mahu dia tahu aku sudi mengandungkan benihnya. lagi satu hatiku tiba-tiba menjadi pedih apabila mendengar Zainal mahu menduakan aku. aku diam apabila Zainal membalas pelukanku dan mengelus-elus belakangku. dahiku dikucup mesra. lama benar bibirnya berlabuh disitu.

  "i'm sorry making you jealous. i didn't meant to. abang sekadar bergurau tadi. i'm sorry k. abang janji tak akan bergurau begitu lagi!" mendengar pujukan dari sang suami, hatiku terus mencair. Zainal begitu pandai memujukku. dia begitu memahamiku. terasa tubuhku dicempung dan kami bergerak menghala ke kereta Zainal yang diletakkan di tepi rumah.


 "abang... kita nak kemana?"

   "syy.. just follow me! trust me. i just want to make a surprise for you my dear wife" bisiknya dekat dengan telingaku.  aku hanya menurut kata hati untuk terus berdiam diri dan membiarkan Zainal mencempungku. bawalah aku kemana saja bang... asalkan abang ada untuk sayang...


 bersambung...
 

2 comments:

zatul zukefli said...

fuh..best3...next3

RinsyaRyc said...

eheherr.. segam lak ai bace ..