Saturday, December 10, 2011

Jauh Aku Berlari 2

  jam didinding sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. bosan berkurung didalam bilik, aku menuju kedapur membancuh milo panas dalam teko kecil. kemudian, aku keluar menuju ke anjung rumah. sempat tangan menyambar majalah wanita keluaran november 2011 yang emak letakkan diatas kabinet sebelah televisyen lama. punggung begitu cantik mendarat dibangku yang dibuat daripada batang kayu balak. milo panas ku tuang ke dalam cawan. berasap. setelah beberapa kali meneguk, tubuh kusandarkan kedinding rumah. tanpa melihat, tangan mencapai semula majalah yang kuletakkan disisi dan kubentang majalah tersebut diatas ribaan. aku menyelak majalah tersebut satu-persatu dan berhenti lama setibanya di ruangan Wanita & Kerjaya. aku terlalu suka membaca artikel begini kerana ianya amat membantu dalam memberikan kata-kata berbentuk motivasi. nasihatnya sangat mendalam dan matlamatnya sampai kehati. aku memang suka menceburi bidang psikologi.

    beralih pula pada segmen kesihatan wanita dan ibu mengandung. aku baca sedikit sahaja. belum tiba masanya untukku menelaah bidang ini. seram sejuk aku dibuatnya. akhir sekali aku tumpukan perhatian pada perbincangan mengenai masalah dalam rumahtangga. sesi kaunseling bersama pakar itu sedikit sebanyak menyedarkan aku akan rumahtanggaku yang bakal dibina nanti. mudah-mudahan saja aku dapat melaluinya dengan baik. aku masih kosong dari segi keluarga dan rumahtangga. tahu serba sedikit sahaja. jujur aku katakan, aku tak pernah bercinta dan tidak tahu apakah yang mereka rasa apabila dilamun cinta. agaknya bagai ada kupu-kupu dalam perut kut!
   
   aku menyelak ke helaian yang seterusnya. biarpun sudah berpuluh kali aku membaca majalah ini namun aku tidak bosan membacanya. ini saja koleksi majalah terbaru yang kami ada. mak tak suka membazirkan duitnya untuk perkara-perkara yang kurang berfaedah. emak memang berjimat-cermat setiap masa. sebab itulah kami tidak pernah meminta sedekah daripada jiran-jiran atau pada saudara-mara yang lebih kurang dengan kami. emak dan ayah memang pandai merancang perbelanjaan sehari-hari walaupun mereka tidak berpelajaran. itulah faedahnya sekiranya taat pada perintah agama. Allah dah janji akan sayang serta akan memudahkan urusan hambanNYA yang mencintaiNYA. ayah melarang keras isteri dan anak-anaknya daripada membazir. perangai ayah yang satu itu akan aku jadikan sebagai panduan hidup nanti walaupun kadangkala hati terasa untuk merasai bagaimana agaknya hidup dalam keadaan yang serba mewah. mujur aku cepat menyedarkan diri, bahawa hidup ini hanyalah sebuah pinjaman daripadaNYA. maka itu aku tidak pernah walau sekalipun menyesal kerana dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin. biarlah kami miskin harta asalkan tidak mengemis dan tidak menimbulkan masalah pada orang lain. yang paling penting kami sekeluarga hidup bahagia. malangnya, sampail disini sahaja rasa bahagia itu kurasa. kehadiran Syeikh Zainal Rasheed dalam hidupku tidak sampai seminggu lebih sahaja lagi bakal menimbulkan konflik dalaman yang maha dahsyat. semuanya gara-gara lamaran mengejut dato' syeikh mahmud buat anak lelakinya yang terang-terang biadab. Zainal adalah lelaki yang terlalu bebas pada pandanganku. lelaki yang tidak malu memperlekehkan agama dan budaya timur. jantan yang busuk hati. jantan yang suka hati memeluk dan mempermalukan aku. arggggggghhhh!!!!!

  fikiran berkecamuk lagi. nafas yang mula sesak kusedut dalam-dalam. hilanglah kau derita!!!

  usai menghabiskan bacaan, aku tutup majalah. jiwa masih berkecamuk. fikiran pula melayang-layang mengenang semula saat-saat aku dipeluk oleh Zainal tempoh hari. denyut sakitnya masih bersisa. entah bila akan sembuh. aku tak mahu berdosa padanya apabila aku bergelar isterinya kelak. tapi dapatkah aku melupakan kesalahannya secepat ini? tepuk dada tanya selera Nur Safiya! come on!

   arggggggggghhh!!!!!!
 
   "astahghfirullahalazim...Allah!"

   cepat-cepat aku beristighfar apabila jiwa semakin tidak terkawal. astaghfirullahalazim... sejahat manapun orang itu aku tak sepatutnya memburuk-burukkan Zainal. tapi amarah itu tercetus dari dalam lahiriah. aku tak tahu kenapa setiap kali aku teringatkan lelaki itu hati ini jadi panas. tambah-tambah lagi dengan fitnah yang dilemparkan padaku, sangatlah menambahkan kebencian.

   aku merenung hutan belantara yang jauh nun disana. bergentelayang semua impian diminda. aku semakin tidak yakin mimpi-mimpi itu akan jadi sebuah kenyataan... kesiannya aku!

    tangan mencapai gelas kaca dan menghirup milo panas yang masih sedikit berasap. fikiranku kini lebih kepada masalah berat yang semakin membebankan. semua kerana si Zainal biul tu. gara-gara fitnah dajjal Zainal, ayah dah tak percayakan aku lagi. hati ini hancur berkecai-kecai. selepas pertengkaran besar dua hari lepas, aku dah tak bercakap dengan ayah. dengan mak pun aku dah kurang bermesra. mak dan ayah sama saja!! Allah.. ampunkan hamba. tabahkanlah hati hamba selagi termampu.

   "Assalamualaikum!!!"

uhuks!... terbatuk-batuk aku bila tiba-tiba diserpa dengan ucapan salam tadi. telapak tangan menepuk-nepuk dada yang terasa pedih. peritnya ulu hati.

   "Assalamualaikum!!!  orang rumah ada tak? boleh patik pacal yang hina ini naik?""
alamak! lupa pulak ada orang kat bawah rumah. terdengar gelak tawa dari bawah rumah. aku kenal benar dengan gerangan orangnya. memang nak kena budak ni. sambil mengurut-urut tekak yang terasa perit, aku segera bangkit dari bangku dan menoleh kebawah halaman rumah. masing-masing membalas senyum apabila mata bertatapan. tekak terasa perit nak bersuara.

  "ehmm...ehhmmm....waalaikumussalam saudari harlini... silakan masuk menghadap beta wahai hamba yang hina dina" rini makin tergelak. ceria aje muka dia macam selalu. aku pulak berasa gembira  kerana ada jugak kawan yang boleh diajak berborak dikala kesunyian. aku segera berdiri dihujung atas tangga, menunggu rini yang sedang memanjat anak-anak tangga. ayu betul gadis yang bernama harlini binti ustaz kasbul. rini hanya berpakaian baju kurung biru penuh krim dan bertudung labuh putih. aku pulak hanya memakai kain batik longgar dengan T-shirt lengan panjang. dasar orang kampung! bukan...

   ayah rini merupakan ustaz terlebih garang yang mengajar kami disekolah menengah dulu. sebab itulah rini nampak seorang yang mementingkan agama. setiba rini diatas rumah, kami bersalaman dan seperti biasa berpelukan. memang itu budaya yang kami amalkan sedari kecil.

  "kau tengah buat apa tadi? termenung aje aku tengok kau sampaikan aku lalu kat depan pagar pun kau tak perasan..."

   "oh yeke? minta maaflah ye cik saudari rini, saya tak perasan pulak tadi. hehehe..." rini menyengih.

     "haih... takkanlah budak top student kat sekolah dulu tiba-tiba berperangai macam ni kut! ke kau dah terkena rasukan angau putera kota tu"

   "apa?? Ya Allah budak ni!!"

  aku cubit bahu rini. termelatah dia macam maknya, makcik rogayah yang kaya dengan kemelatahnnya. sedas jelingan aku hadiahkan.

  "kau ni ade ade ajelah... ada ke cakap macam tu? takde masa nak layan lelaki miang gatal tu! uweeekkk... tak hingin aku"

   "yelah....yelah.. aku gurau ajelah! itupun nak marah. tapi kau buat apa tu tadi?" budak ni masih tak juga luas hati. nak siasat ke apa budak ni.

   "aku tengah ambik angin kat sinilah tadi. boring bangat kat dalam tue... takde kawan nak borak. nak tengok TV, aku tak ada mood pulak. mak dan ayah aku pulak ke kebun. eh... sorry, sorry.. lupa pulak nak jemput kau minum. kau kan tetamu tak hormat aku. haha... nah! minumlah...sedap tau milo ni. aku baru bancuh tadi"  aku hulur milo panas yang kutuang  kedalam cawan yang satu lagi. sengaja bawa lebih tadi. dah agak ada orang akan datang.

    "yang kau terkocoh-kocoh ni kenapa? sengaja nak alihkan topik lah tue!" aku jungkit bahu.

   "forget it! tak berfaedah pun! nah... ambillah air ni! special for you tau" aku suakan gelas kaca pada rini. dia tidak teragak-agak untuk mengambil dan terus menghirup. yelah... bukan dekat jarak rumah kami. adalah dalam 600 meter. mesti rini penat. nasib baik tak panas berjalan tanpa payung di pagi-pagi begini. aku tengok aje rini minum dengan sedikit gelojoh. haus sangat agaknya. kesian...

  "slurrpp... sedapnyaaaa... caya ah! pandai betul kau bancuh air Nur, sdap sangat. terima kasih yerr ! hehehe nampaknya kau dah layak jadi isteri ni. jadi ibu buat anak-anak si orang kota tu pun lebih dari boleh"  Ya Allah budak ni

   "ini yang aku paling tak suka ni. boleh tak jangan kaitkan aku dengan babun tu.eii.. kau ni kan..."

  "adoiiiiii maaakkkk"

   "syyy.. diamlah!"

   segera aku tekup mulut rini. melalak pagi-pagi macam ni. tak elok pulak didengari jiran disebelah rumah kami. suasana perkampungan kan...

  "ada ke patut cakap macam tu, kan dah kena. itulah mulut gatal sangat.. "

  "sakitlah... sampai hati tau!"  rini menggosok bahunya. rasa bersalah pula kerana tercubit kuat bahunya tadi. untuk kali yang kedua pulak tu. sorry!

    "sorry rin! tapi kau suka sangat mencarut yang bukan-bukan. mana tak aku mencubit"

   "hek eleh.. bergurau sikit pun tak boleh! kedekut"

   "memang tak boleh!!" aku mengamuk. rini menjeling geram. akhirnya aku tak dapat tahan, kami tergelak sama. masing-masing menggelengkan kepala. faham dengan kerenah biul otak kami. maklumlah kami memang sekepala hampir dalam segenap hal. itu yang membuatkan persahabatan kami sentiasa mesra seperti belangkas.

  "jom masuk kat bilik aku! kita lepak kat sana ajelah. kat sini cam tak best aje" aku tarik tangan rini masuk kedalam rumah.

  "tadi kata bosan kat dalam!" aku berhenti melangkah. aku pandang rini dibelakang. mengajuk nampak!

   "itu masa aku takde kawan. kau kan dah ada kat sini. jomlah masuk!" aku tarik lagi tangan rini. putus jugak kang tangan anak ustaz kasbul ni nanti. rini rentap lengannya. terlepas.

  "tunggulah kejap... air aku tak habis lagi ni..." rini terkocoh-kocoh meneguk air milo suamnya. aku bersandar didinding. menggeleng aku dengan perangai bodoh-bodoh rini. kadang-kala aku turut berbuat perkara sama. kami kan masih budak. normallah kut berperangai begini.

  "kalau macam tu.. kau habiskan dululah milo kau tu wahai tuan puteri. hamba berangkat dulu ya"

    "ee... tunggu jap! engkau ni kan Nur safiya..."  rini menyeringai. aku mengekek sambil melangkah masuk dan terus menuju kebilik. rini terkocoh-kocoh mengejar. seperti biasa, kami akan duduk bersama dibirai katil sambil bercerita. bantal peluk dijadikan sebagai alas punggung. sangat tak sopan. bermulalah sudah sesi meluah dan menasihati. aku luahkan segala rasa derita yang aku tanggung pada rini. sesungguhnya dia seorang pendengar yang sangat baik juga penasihat yang baik. sekurang-kurangnya kekusutan akan sedikit sebanyak berkurangan setelah itu. mudah-mudahan...

   "Nur...aku rasalah kan, kau kena buat seberapa banyak solat istikharah lah Nur. siapa tau syeikh Zainal tu jodoh kau yang Allah dah aturkan. manalah tau kan..." ini dah masuk kali yang ketiga rini menyuruh aku melakukan perkara yang sama. aku kehilangan mood. malas sentuh topik jodoh-jodoh ni.

  "macam ustazah terlebih pulak kau ni rin. rin, bukan aku tak buat apa yang kau suruh segala tu. aku dah buat rin. bangun tengah-tengah malam buta semata-mata nak solat tazkirah tapi i still tak dapat jawapan and yet my heart still can't accept this. the most important is I will lose my dream. a dream that led me to be so strong person whenever i met a failure. aku tak boleh lupakan impian aku begitu aje rin. kau pun tau kan aku teringin sangat nak further study sampai masuk U and then buat master. aku rasa sayang sangat kalau aku tamatkan pengajian aku begitu aje. sia-sia aje usaha gigih aku selama ni. tak berbaloi tau tak. takkan kau tak terfikir macam yang aku fikir rin?" mata kami bertentang. rini mengukir senyum. aku tak balas, hilang keupayaan untuk mengekspresikan raut muka. rin tepuk-tepuk tangan aku. aku biarkan saja.

  "Nur safiya.. nur safiya...buat apa kau dok susah-susah hati fikirkan pelajaran kau tu. dah dapat calon laki yang kaya-raya, mustahil dia tak mampu banjirkan kau dengan kemewahan yang melimpah ruah. kau cuma sebut aje apa yang kau nak. kereta... ting!! Zainal akan sediakan untuk kau. atau kau berangan nak ada kondominium...klik!! dah terpapar kondo depan mata kau. apa lagi yang kau nak runsingkan Nur? Zainal boleh sediakan semua kemahuan kau Nur. kau tu aje yang menolak tuah! tak fahamlah dengan kau ni!"

  paarrpp!!

 "aduuhh...sakit tau!" rini menggosok bahunya  yang menjadi mangsa tamparan emosiku. kesian jugaklah kat dia. tapi siapa suruh mulut celupar sangat.

  "sejak bila mulut kau pandai membebel ni?" aku dah mula berbahang.

  "aku cakap yang betullah! betul apa aku cakap tadi. kau tu aje yang suka fikirkan keburukan orang lain berleboh-lebihan. mesti merah bahu aku ni. ishh!"

  "padan muka! cakap lagi macam tu. aku cili mulut kau tu nanti"

bengangnya aku dengan rini ni. nak membantu ke apa. makin tambah panas lah aku.
merengus dah aku ni bila rasa tak puas hati. kedatangan rini semakin menambahkan masalahku sahaja. tidak seperti selalu.

  "Nur! boleh tak kau cuba bukak mata kau tu luas sikit. you know what Nur, berkahwin tak akan menghalang kau daripada sambung study. you can continue your study what asalkan kau pandai membahagi masa antara pelajaran kau dengan rumahtangga. Zainal tentu faham perasaan kau, kemahuan kau. percayalah cakap aku ni. takkanlah dia nak biarkan isteri dia tak berpelajaran and jadi orang bodoh. lainlah kalau tujuan dia kahwin dengan kau hanya untuk membuat hidup kau sengsara. itu lain kira. tapi aku rasa tak mungkin lelaki yang kaya-raya akan buat begitu. mustahil. apatah lagi mereka berketurunan arab tentu saja bakal mertua kau dah didik bakal suami kau tu lengkap dengan agama. lagipun, apa pulak kata orang-orang kampung kalau kamu tak jadi kahwin, malu ayah kau nanti Nur. aku pun akan malu jugak terkena tempiasnya sebab kau kawan rapat aku!"

  "ahhh.. pandailah kau! kau tak rasa apa yang aku rasa rini sebab tu kau boleh cakap senang. cuba kau ambik tempat aku, tentu kau juga akan merasai perasaan tak suka macam aku... rupa-rupanya kau masih tak kenal aku lagi sepenuhnya rin..." aku jatuhkan badan diatas tilam. bergoyang katil usangku. mujur tidak patah. ada betul juga kata-kata rini tapi aku yang tidak pernah terfikir akan itu. aku asyik berburuk sangka pada Zainal. tapi aku tak mahu memikirkan kebaikan lelaki itu. lelaki yang telah sewenang-wenangnya memfitnahku. entah apa tujuan si bebal tu fitnah aku sampaikan mak dan ayah percaya. ahhh.. semua masalah yang timbul disebabkan Zainal.

   "kau fikirlah baik-baik Nur. aku hanya mampu nasihatkan kau aje. terpulanglah pada kau samada nak percaya atau let it go just like that" rini beri gambaran dengan memetik jarinya. aku tidak mampu membalas. tidak lama selepas itu, rini turut sama membaringkan tubuhnya disebelahku. pandangan kami menumpu pada tingkap yang terbuka luas memaparkan bukit-bukau yang nampak berbalam-balam nun jauh sana. lama kami diam. aku ligat memikirkan nasihat rini tadi. makin aku fikir makin aku bingung. Allah.. bantulah hambamu...
 
   bibir ku kemam. mujur sahaja luka dibibir dah sembuh tempoh hari. sampai sekarang, masih terbayang-bayang kelakuan gila ayah waktu itu dan tak mungkin aku akan melupakannya.
setiap kali memikirkan fasal itu, hatiku membengkak dan menjadi keras. bukan ayah yang aku marahkan sebaliknya Zainal. dia yang menjadikan ayah bertukar rupa.

  "rin..."

  "hrmm.." rini berkalih pandang muka aku. aku turut berbuat sama.

  "aku tak mampu nak fikir lebih-lebih rin. aku takut apa yang kau cakap tadi tak menjadi kenyataan. bagaimana kalau apa yang kau sangkakan tak betul rin? aku juga yang akan merana nanti. jangan fikir orang kaya semuanya baik-baik. bukan semua. lebih banyak yang jahat daripada yang baik. malah ada yang sanggup berbunuhan sesama ahli keluarga sendiri kerana sikap dendam dan tamak pada harta. itu yang aku takutkan sebenarnya. aku tak mahu keluargaku dicemuh oleh orang lain kerana aku berkahwin dengan orang yang berpangkat tinggi, berkedudukan, berharta, punya keturunan bangsawan. sedangkan aku hanyalah seorang gadis kampung yang masih muda. terlalu muda untuk dijadikan sebagai pendamping hidup seorang lelaki kota. aku tak kuat rin. aku takut aku akan tersungkur dan tak bangun-bangun lagi" akhirnya aku tekup dua mata dengan tangan. mengelap airmata yang mula membanjiri kelopak mata. rini memeluk aku.

  "nangislah Nur... lepaskan semua rasa kecewa yang kau rasa. aku minta maaf sebab mendesak kau tadi. sebenarnya semalam ayah kau datang kat rumah. dia minta tolong aku supaya pujuk-pujukkan kau. sebagai seorang yang lebih muda, aku kesian tengok keadaan ayah kau waktu dia meminta tolong. aku cuma nak tolong ayah kau sebenarnya... tak ada maksud lain.. aku minta maaf ya... tapi pertimbangkanlah harapan besar seorang ayah Nur. insya-allah! banyak hikmah yang akan kau temui nanti Nur! ingatlah sesungguhnya anak-anak yang menyejukkan hati ibu-bapa mereka sangat dicintai oleh Allah dan Rasul... marilah kita menjadi sebahagian darinya... insya-allah Nur! sangat banyak keberkatannya..."

    sesungguhnya aku tak dapat menyangkal nasihat rini lagi. adakah aku yang ego selama ini kerana terlalu memikirkan diri sendiri sampai sanggup mengenepikan harapan besar seorang yang bergelar ayah? tuhan... ampunkan hamba!

   telefon bimbit rini berbunyi. aku hanya pandang rini yang bertekak dengan seseorang dalam talian. aku dapat agak rini sedang bertelingkah dengan kakaknya yang bermulut becok. rina agak sombong dan tak suka bergaul. disekolah dulu, rina hanya berkawan dengan pelajar-palajar yang hot-hot dan top-top sahaja tapi aku tak kisah. asalkan dia tak buat hal dengan aku.

  "aku pulang dululah Nur! si becok suruh aku pergi kedai taukeh lim, suruh aku belikan sabun kain. pulak tu suruh aku cuci kain yang berlonggok kat rumah. eii sengal betul. pemalas betul si becok tu padahal minggu ni turn dia cuci kain dan jaga rumah. nasiblah aku dapat kakak macam tu. kau untung Nur! tak ada kakak yang macam si becok tu. malas aku nak layan kerenah dia tu yang manja dan mengada tak kira masa...eii bengangnyaaku..." aku pegang perut. takut pecah ketawa. benar. rini nampak betul-betul bengang. ya betul juga kata rini. nasib baik aku tak ada kakak yang macam tu. aku cuma ada tiga orang abang dan hanya aku seorang anak perempuan pada lelaki bernama en. kahar imran dan puan nimah hakiah. apa Rini cakap tadi? oh ya! rin cakap aku beruntung. wait... beruntungkah aku? aku rasa ya sebab abang-abang aku semuanya baik dan benar-benar bertanggungjawab. tapi bila fikiran teringatkan Zainal. oh! aku benar-benar bernasib malang... kesiannya awak Nur safiya... i feel so sorry for you!

   ######################

   sesudah menunaikan solat fardhu Asar, aku melangut di beranda rumah. beginilah kerja anak-anak dara di kampung apabila bersendirian. hendak membantu mak dan ayah di kebun sayur, ayah larang. katanya anak dara muda seperti aku tidak boleh selalu berpanas terik, nanti bila kulit jadi hitam, pengantin lelaki tak nak kahwin. ah! karut betul!

   "selama sebulan lebih ni, ayah tak benarkan kamu berpanas. kamu dengar tak Nur!!" itulah antara arahan ayah yang aku rasa terlampau merepek.

   "kenapa pulak yah? ah! bosanlah kalau macam tu. Nur tak naklah!" aku jawab begitu. siapa yang tak bengang kan? cuba awak disuruh berkurung dirumah selama seminggu. tentu awak tak tahan kan? inikan pulak disuruh berkurung sampai sebulan lebih. dahlah aku jenis kutu rayau yang suka melepak kat rumah kawan-kawan seumurku.

   "ah!! ayah tak peduli! mulai esok kamu dah tak boleh merayau lagi. awas Nur! kalau ayah dengar dari kawan-kawan ayah kamu keluar dari kawasan rumah ni. ayah tak teragak-agak kahwinkan kamu hari ini juga! jangan cuba naikkan kemarahan ayah!" Astaghfirullahalazim.. apa yang ayah aku merepek ni.

  "ayah memang dah berubah. apa rasional ayah buat begitu yah? ayah tak langsung fikirkan hati dan perasaan fiya. yang ayah tahu asyik nak paksa.. paksa.. paksa... fiya boleh mati tau kalau macam ni!" panas dah darah muda aku.

  "jangan buat muka macam tu. ayah tak suka tengok. dahlah! ayah nak masuk tidur ni! mengantuk. pergi masuk bilik kamu. malam dah tua ni!" ayah angkat punggung dari sofa kiriman Dato' syeikh tahun lepas.

  "ayah!"

aduh! terpanggil pulak.

  "kamu nak apa lagi hah?" ayah berpaling kebelakang. matanya menyorot tajam. aku dah imun. nak tak nak aku terpaksa suarakan ketidakpuas hati.

  "kenapa ayah seksa Nur macam ni ayah. ayah tahu tak ayah dah menyeksa anak ayah sendiri tanpa ayah sedar? ayah langsung tak pernah cuba fahami hati anak ayah. apa salah Nur ayah? hah...?" ada getar pada suaraku. sedih sangat. ayah cuma memandangku sahaja. diam dan tak menjawab.

  "dahlah. pergi masuk tidur! jangan lupa pasang kelambu kamu!" ayah atur langkah menghala kebiliknya. terjelepuk terus aku disitu. apa yang dah jadi dengan ayah aku?

  "allah.. kuatkanlah hamba! hamba mohon padaMu ya Allah!" aku raup wajah yang terasa panas. tangisan yang tersimpan terhambur elok tanpa ada esakan. malas nak berbalah dengan ayah dah. tinggallah aku seorang disofa bertemankan televisyen yang terpasang. jiwa terasa kacau. buntu sebuntu-buntunya. apa sebenarnya yang ayah cuba lakukan? ah!!!! ayah memang melampau!!!!!!!!

    itulah kisahku beberapa hari lepas. sebab tu aku tak berpeluang melawat rumah teman-temanku. sampai hati ayah buat aku macam ni... sob...sob...sob...

   aku mula berfikir mengenai masa depanku. dapatkah aku menjadi seorang isteri yang solehah pada Zainal. aku amat berharap Zainal tidak memaksaku nanti. aku mahu hakku sebagai seorang isteri terbela. jangan Zainal ingat mentang-mentang dia anak orang kaya dan memegang status suami, maka hakku sebagai isterinya lebih-lebih lagi orang kampung diketepikan dengan sewenang-wenangnya. aku tidak sebodoh itu Zainal!
   
   masih segar diminda akan kejadian buruk beberapa minggu yang lepas. aku rasa tak ubah bagai kain buruk diperlakukan sesuka hati oleh lelaki itu sebegitu. kalau tak kerana hormatkan ayah, dah lama aku tinggalkan bumi malaysia. bukannya susah pun nak cari wang untuk beli tiket kapal terbang. kerja sebulan dua di restoran dekat KL dah cukup untuk beli tiket sehala.

    senja itu aku benar-benar dah tak larat. terasa benar-benar dipermalukan didepan orang ramai. tergamaknya Zainal memperlakukanku sebegitu. itukah lelaki yang ayah sanjung tinggi? lelaki gila nak mampus itu ke yang ayah aku katakan budiman? sumpah! terlalulah jauh panggangnya dari api. dekat dengan api neraka adalah. sikap sebenar Zainal benar-benar memualkan. menyakitkan hati di tahap tertinggi. aku rasa macam nak cekik-cekik aje leher Zainal.

  "i'm sorry! just now was one of my plan. so, how do you find it my dear? you like i peluk you, kan? just admit it dear! i know orang kampung macam you mesti inginkan belaian mesra dari lelaki kota kan?" bisik Zainal betul-betul di cuping telingaku dan segera melepaskan pelukan pada tubuhku. aku yang masih menangis tak berlagu tidak menunggu sesaat lagi, dengan hati yang retak berjuta-juta terus aku berlari sekuat hati. malangnya.... entah macam mana Zainal sekali lagi meraih tubuhku kedalam pelukannya. aku rasa nak pengsan aje waktu itu. Zainal memang syaitan bertopengkan manusia. orang yang lalu lalang kat situ pulak tak ada sorang pun yang datang menolong meskipun aku menjerit bagai orang gila meminta dilepaskan. dunia ini memang sangat sangat sangat tak adil padaku!!!!

  "sayang... dahlah tu! abang janji tak akan buat macam tu lagi! abang janji sayang..." sekali lagi Zainal berlakon sampai tiada satu pun yang menyedari mereka telah ditipu bulat-bulat. perasaan marah yang membuak-buak tiba-tiba datang dan tanpa dapat dikawal lagi aku menyiku perut lelaki bangsat tu. serta merta pelukan terlepas. aku mendepaninya.

  "sayang..." Zainal semakin galak berlakon. mukanya membuat memek meminta kasihan bahwa dia tidak bersalah. oh tuhan!! apakah ini ujianMu buat hamba?

  "sayang.. abang minta maaf!" Zainal cuba meraih tubuhku semula. sebelum sempat dia memelukku, aku melayangkan penampar sulungku. terpusing wajahnya kesebelah kiri. tertahan-tahan nafasku menahan amarah.

  "kau memang gila Zainal!!!!!!" sekali lagi aku tampar muka Zainal. wajahnya terpaling  sekali lagi. dia pegang pipinya yang aku tampar. matanya tajam merenungku. kau ingat aku takut hah?

   "jangan ingat mentang-mentang kau anak orang kaya, kau ada lesen untuk memperbodohkan orang lain. tidak Zainal!!! don't be so silly!! you're such a jerk!! kalau ikutkan hati aku, dah lama aku belasah kau Zainal tapi seorang perempuan yang menjaga kehormatan diri tak akan sekali-kali mencemarkan nama dan kehormatannya. cuma lelaki bodoh macam kau saja yang buat macam tu sebab kau tau kenapa Zainal?? sebab kaulah lelaki sengal yang pernah aku jumpa! pergi matilah dengan pangkat bapak kau tu!" terhambur habis amarah yang meletus-letus. sempat aku beristighfar dalam hati kerana terlepas cakap macam tu. aku tak sengaja. semuanya lahir dari perasaan amarah. Zainal tidak pula membuka mulut. tangannya masih mengusap-usap pipinya. matanya masih tajam merenungku. pandangan penuh benci ke entah apa.

  mendengar bisikan-bisikan sumbang, aku terus jauhkan diri dari semua orang disitu. aku berlari menuju ke tempat menunggu teksi. air mata yang masih bersisa merembes-rembes sebaik sahaja aku masuk ke dalam perut teksi. malam itu aku tak dapat tidur walaupun aku menyewa sebuah bilik didalam hotel. sepanjang malam aku memikirkan kegilaan Zainal Rasheed. esoknya aku pulang ke kampung dengan hati yang terluka. aku memang dilahirkan untuk dilukai. kesiannya nasib...

  sehingga ke detik ini, aku masih tertanya-tanya apakah yang ada pada diriku yang membuatkan Dato' syeikh mahmud melamarku tempoh hari. dia bukannya kenal aku pun. sungguh aku bingung. setahu aku, ayah dah lama kenal dengan dato' sejak aku berumur sepuluh tahun lagi. aku pernah melihat wajah dato' syeikh mahmud melalui gambar yang ayah tunjukkan pada kami sekeluarga bertahun lamanya dulu. dalam gambar tersebut, ayah dan dato' syeikh berdiri rapat. dua-duanya tersenyum gembira. tampak mesra benar. jika dibandingkan antara mereka berdua, ayahku sedikit lebih kacak tetapi agak gelap. manakala dato' syeikh mahmud pula putih melepak dan berjambang panjang. benar-benar seperti orang asia tengah. memang pun...

    ayah mengatakan dia bertemu dengan dato' syeikh dalam satu kejadian yang tidak disengajakan. ayah telah menolong dato' menangkap penyeluk saku yang mencuri-curi dompet milik dato' syeikh semasa berasak-asak dalam lif. ayah yang kebetulan ternampak perlakuan tidak bermoral pencuri tersebut terus menangkap lelaki tersebut sebelum lelaki tersebut sempat melarikan diri. maka dari situlah bermulanya perkenalan dua orang kawan itu. asal saja ayah pulang dari kuala lumpur, adalah dalam seminggu ayah asyik dok memuji kebaikan dato' syeikh mahmud. kami anak-beranak yang sudah asyik mendengar pujian tersebut sudah masak benar dengan sikap ayah yang satu itu. macamlah dato' syeikh mahmud puji ayah. entah-entah ayah seorang aje yang syok sendiri kerana dapat berkawan mesra dengan orang bangsawan. ayah memang perasan.

    mulai dari perkenalan tersebut, tiap tahun ayah pasti akan melawat dato' syeikh mahmud yang tinggal di kota kuala lumpur. tambang teksi dan makan minum semuanya disediakan oleh dato' syeikh. bayangkan... ayah hanya perlu sediakan dirinya sahaja. lain-lain urusan ditanggung beres oleh dato' syeikh mahmud. mewah betul layanan dato' syeikh pada ayah. mungkin juga itulah salah satu sebab ayah terus meneriman lamaran dato' tempoh hari sedikitpun bertanyakan persetujuanku. huh!

    pernah juga beberapa kali ayah ajak kei KL bersama-sama tapi aku tak nak. tak berminat sebenarnya. juga masih rasa segan. hanya abang-abangku sahaja yang mengikut ayah. malah abang-abangku juga kadang-kala tidur di banglo mewah kepunyaan dato' syeikh mahmud apabila tidak balik kampung semasa mereka diberikan cuti. pulak tu siap disediakan bilik buat mereka. memang dah melampau abang-abang aku tu. nakal dan berani. kalau aku, tak berani aku. emak juga tak pernah lagi kesana. sama sepertiku. tidak ada keberanian nak berjumpa dengan orang bangsawan katanya. rasa rendah diri masih begitu menebal. setiap kali ayah balik setelah beberapa hari berada di kuala Lumpur, ayah pasti akan membawa ole-ole dari kuala lumpur kiriman daripada dato' syeikh mahmud buat kami sekeluarga. merasalah juga masakan barat seperti makaroni dan cheese. sedap sangat rasanya.

     "waaah.. baik betul dato' syeikh tu kan bang? untung abang dapat kawan orang kaya macam dato' tu. sudahlah baik, tak kedekut pulak tu" emak menyuap makaroni yang ayah bawa dari KL ke dalam mulutnya. aku mengangkat muka memandang wajah ayah. aku tahu hati ayah kembang bertaman-taman dengan hanya melihat pada senyuman sengihnya yang sampai ke telinga.

    "hahaha... tengok abangla... mestilah kawan abang orang yang baik-baik aje, kalau tak itu bukan abang namanya" iyelah tu. sikap ayah memang begitu. suka menunjuk-nunjuk. eloklah sangat perangai macam tu. lepas tu aku hanya duduk makan bersama sambil perati mereka makan sambil tergelak. waktu itu aku tak pernah menyangka lelaki bangsawan yang ayah katakan sangat baik itu akhirnya akan menjadi ayah mertuaku tidak lama lagi. oh tidak!!

   jerit tawa dari jalan raya yang tidak berapa jauh dari rumah mematikan lamunan. kelihatan beberapa orang kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan lima hingga tujuh tahun sedang berlari berkejaran. sukanya aku nampak mereka. aku tongkatkan tangan sambil bersandar di atas penghadang. aku nampak mereka mula berlari berkejaran diatas permatang sawah yang luas terbentang. mereka begitu riang hati sekali. galak tawa menghiasi dunia mereka. andainya aku seperti kanak-kanak itu. ah! aku harus ikhlas pada takdir.

   aku masuk kedalam rumah setelah beberapa lama berdiri melangut di luar beranda rumah. aku membersihkan diri awal-awal dan mula menyiapkan keperluan untuk makan malam nanti.

   sambil memasak, aku menghitung-hitung umurku. aku baru sahaja menginjak genap umur 18 tahun iaitu bersamaan dengan awal bulan januari. kira-kira tiga bulan lagi keputusan SPM akan dikeluarkan. tak sabar rasanya melajutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. aku mahu mengikuti jejak Dato' dr. karim, bekas orang kampungku yang telah lama berhijrah ke kuala lumpur atas kecemerlangan beliau dalam bidang kedoktoran. aku mahu berjaya sepertinya. matlamatku agar apabila berjaya nanti, aku dapat membantu beberapa jiranku yang benar-benar daif dan miskin tegar. aku tidak mahu menjadi seperti dato' karim yang berjaya tetapi tidak menyumbang apa-apa kepada masyarakat kampung yang terpencil ini. kalaulah aku dato' karim...hrm... lagi-lagi kalau! lagi-lagi kalau! ishh.. apalah nak jadi dengan kau ni Nur Safiya...

   ###############

    seperti kebiasaannya, aku hanya berseorangan dirumah. abang-abangku semuanya mencari pekerjaan dibandar. ayah sendiri yang paksa. katanya, taklah menjadi kutu rayau dikampung. ayah memang macam tu. suka memaksa anak-anaknya melakukan yang kami tidak suka. tapi alhamdulillah! mujur abang-abangku baik-baik dan warak-warak orangnya. mungkin sebab itu ayah makin mengada-ngada. anak-anaknya juga yang menderita nanti. yang paling membuatkan aku terharu, setiap bulan along, angah dan acik sama-sama mengirim duit belanja rumah untuk kami dikampung. adalah dalam tiga ratus sebulan. itu sudah lebih dari cukup bagi kami disini. kesian pulak abang-abangku nanti di sana. mereka cuma bekerja sebagai buruh kilang. abangku yang ketiga pula bekerja sebagai pelayan disebuah restoran yang terkemuka di KL kerana komunikasinya yang sangat baik dalam berbahasa inggeris. walaupun impiannya untuk menjadi seorang guru bahasa inggeris tidak terlaksana namun acik tidak pernah kecewa dengan takdir. mungkin bukan rezeki katanya. andainya aku mempunyai pemikiran seperti acik, tentu aku dah redha dengan jodoh dan impianku. tapi hati kami berlainan. aku memang agak sedikit keras kepala.

   emak dan ayah keluar sebentar selepas bersarapan. hendak bertemu dengan nenek dan tuk aji. fahamlah aku dengan perangai ayah tu. ayah nak hebohkan satu kampung bahawa petang ini rumah kecil kami akan dikunjungi oleh bakal menantunya. inilah kali pertama seorang daripada keluarga kaya-raya itu berkunjung ke rumah ini kerana lamaran dulu dibuat di banglo mewah dato' syeikh mahmud di kuala lumpur sebulan yang lepas sewaktu ayah mempunyai urusan penting di kuala lumpur dan diajak menginap dibanglo milik keluarga Zainal. bagiku tiada apa yang dibanggakan. sebaliknya aku berasa tertindas.

    aku mula mengemas rumah. kukumpulkan semua pinggan mangkuk yang kotor yang telah digunakan semasa menikmati sarapan pagi bersama mak dan ayah tadi. kulonggokkan pinggan dan mangkuk tersebut di sinki yang masih utuh dan bersih biarpun sudah berpuluh tahun usianya berbakti kepada keluarga ini.

  sesudah itu aku menyusun pinggan mangkuk dan beberapa sudu dengan cantik dan kemas diatas kabinet kayu. itupun kabinet yang aku buat sewaktu mengambil subjek kemahiran hidup ketika berada dalam tingkatan tiga. hasil kerja kursus kepunyaan abang-abangku pula semuanya dijadikan sebagai tempat menyimpan kasut dan diletakkan diberanda rumah.
   
   penat mengemas, aku duduk dilantai beranda. menunggu kepulangan mak dan ayah yang akan balik sekejap sahaja lagi. kata emak, mereka aka urusan dengan tuk aji. mungkin pasal pernikahanku nanti. entahah...

  sewaktu perbincangan emak dan ayah semalam, aku tidak menyampuk sedikitpun. tiada keinginan untuk mengetahui apa-apa berkaitan 'bakal lakiku'.

   "esok Zainal akan datang kesini. katanya dia nak jenguk bakal isteri dia. baik sungguh budak tu!" ayah sengaja nak dengarkan aku. emak yang sedang menjahit menoleh sekilas.

  "betul ke bang? kalau macam tu, nampaknya awal pagi esok kita kena kemaskan pondok buruk nilah sebelum Zainal sampai sini!" kalut suara emak. ah! emak terlalu merendah diri.

  "tak usah! bakal menantu aku tu tak macam anak orang kaya lain yang sombong berlagak. Zainal tak kisah dengan keadaan rumah kita. agaknya dia memang dah tak sabar nak jadi suami anak kita agaknya, jadi menantu sulung abang!" ayah ketawa suka. aku hanya pasang telinga. Televisyen yang terpasang tidak sudah menjadi perhatianku. fikiranku terganggu hanya dengan nama 'ZAINAL'. meluat aku dengar namanya.

  "betul juga ayahnya... cepatlah nanti kita dapat cucu kan bang?"  opocot mak kau jatuh di kolam!!!!

   mujur jantung tak terlompat keluar. aku perasan mak menjelingku dengan senyuman bermakna. aku pura-pura tak ambik kisah. mereka ketawa lagi. mak dan ayah benar-benar nampak gembira. cuma aku yang kesakitan. mereka tidak tahu. mungkin juga buat-buat tidak tahu. pedihnya hati...

  "begitulah hendaknya imah oi! abang dah sabar nak sambut menantu sulung abang ni..." dan meletus-letus ketawa mereka. entah apa yang lucu sangat. suka ke mereka nampak aku mengelek anak kecil diwaktu umurku masih benar-benar muda? ah! mak dan ayah dah kena sampuk oleh si Zainal. ZAINAL!!!!!!!!!! aku benci kau!!!!!!!!!

   "mak ayah! Fiya masuk tidur dulu ya! Assalamualaikum!" aku terus melangkah laju masuk kedalam bilik. jelas sekali ketawa mak dan ayah terhenti serta-merta. aku sudah gagal. aku sudah lemas dalam menggapai angan-anganku. aku menangis teresak-esak dalam bilik sampailah aku tertidur. dan malam itu aku bermimpi aku cemerlang dalam SPM. apakah tandanya?
 
   ##############
   
    "safiya!!!!!!"

bagai nak luruh jantung mendengar jeritan ayah dari halaman rumah dan bolehkan pulak aku  dengan jelas dari dapur rumah. perasaan cemas datang tanpa dipinta. kalau begini gayanya tentu ada sesuatu yang ayah tak puas hati. air paip yang mengalir terhenti setelah kepala pili kupulas. aku menunggu kalau-kalau tadi aku cuma terkhayal sekejap. sah! aku bukan berkhayal apabila sekali lagi ayah melaung namaku. otot-otot perut mengecut. k.o kau safiya!

  "ada apa ayah? Nur tengah basuk pinggan ni" tangan menyental-nyental pinggan yang masih berminyak. dahlah pinggan tu yang Zainal guna masa makan tengahari tadi. makin geramlah aku.

   "safiya!!! kesini kamu!!!! dasar anak tak sedar diri!!!"

   Ya Allah! apa ni?

  makin bertambah rasa cemas. dada berdebar tidak sekata.
kalau ditunggu lama, bimbang ayah mengamuk.

   "baik ayah! fiya datang!!" aku tinggalkan pinggan mangkuk yang belum habis dicuci. melangkah laju keluar dari dapur dan keluar ke beranda rumah. langkahku terhenti apabila mataku terpandangkan wajah ayah yang sedang bercekak pinggang dekat dengan bangku kayu balak yang diletakkan di tanah halaman rumah. wajah ayah sangat tegang dan merah padam. ada parang panjang yang berada ditangannya. tuhanku! selamatkanlah aku...

   "sini kau!!!"

  "aaa...aaa... ada apa ayah?" masya-Allah! gugupnya.

  jantung terasa macam nak terkeluar. sungguh menggerunkan. kedengaran dengusan ayah yang kasar.

  "kau turun!!! kau turun sini!!!" muka ayah menyinga. rela tak rela, aku berjingkit melangkah longlai menuruni tangga satu persatu. tubuh terasa hendak tumbang. dan sudah takdirnya, emak pulak tak ada kat rumah. terasa nak lari dan selamatkan diri tetapi kaki terpasak kaku setibanya tidak kurang dua meter dari tempat ayah berdiri.

   "ke..kenapa ayah?" tangan menggeletar habis.

   "ayah betul-betul malu dengan perangai kamu safiya! kamu tak seharusnya berperangai bodoh dengan Zainal tadi! ayah benar-benar kecewa dengan kamu!!!" suara ayah dah tak sekasar tadi tetapi suaranya menyatakan bagaimana kekecewaannya. aku tak faham apa yang ayah sedang cakapkan.

    "Nur..nur tak faham ayah!"

serentak itu ayah merengus sekali lagi. dengusan penuh menyindir.

    "kenapa kau malukan Zainal kat sawah tadi? kau tau tak apa yang kau dah buat hah??" jerkahan ayah menggigit jiwaku. apa yang aku buat? tak ada!

    "kenapa kau malukan Zainal Nur? kamu tau tak yang kamu malukan tu bakal suami kamu. kan ayah dah pesan berulang-ulang kali, layan bakal suami kamu baik-baik. jangan sakitkan hati dia walau sedikitpun. tapi apa yang kau dah lakukan safiya? kau telah malukan ayah kau!! kau tau tak!!! ya Allah sakitnya hati aku...apalah malang nasib ayah dapat anak seperti kamu!" masya-allah! hatiku benar-benar terasa. tidak percaya ayah akan cakap macam tu.

   aku gigit bibir. aku betul-betul terasa dengan kata-kata ayah. sekali lagi Zainal memfitnahku. Zainal memang berjaya memanipulasikan ayah. aku benar-benar sedih dan terkilan dengan sikap ayah yang mudah mempercayai kata-kata orang lain tanpa mengetahui kebenaran. bangsat kau Zainal!!!!!!!!!!

   "ayah! apa yang Zainal bagitau dekat ayah tadi? Nur benar-benar tak faham yah!" mujur aku masih boleh menahan sabar, kalau tak aku dah kejar kereta lelaki penyangak tu dengan motor ayah. aku balun kereta dia habis-habis. Ya Allah! geramnya aku pada Zainal. benar-benar membuatkan kebencianku menyala-nyala.

    "jangan pura-pura tak tahu pulak! ayah tak suka anak ayah buat begitu!" ayah merengus kuat. tajam panahan matanya menikam mataku. aku dah menggelegak. tuhan maafkan aku andai menjadi seorang anak derhaka...

   "apa si bajingan cakap kat ayah tadi?? bagitau Nur ayah!!!"

   "kau...kau..."

    "Nur dah tak tahan dengan perangai lelaki penyangak tu ayah! kalau ikutkan hati Nur, Nur bunuh Zainal sekarang ayah!!" nafasku tertahan-tahan. bila-bila sahaja aku boleh meletup kalau tidak kena pada keadaan. apa nak jadipun jadilah!

    "Allahuakbar!!! apa kau cakap tadi Nur safiya???!!!!" aku nampak dada ayah turun naik sangat laju. aku berdiri disitu menunggu jerkahan ayah.
 
    "Nur cakap..." ayah semakin merengus ganas. parang dihunus. aku pejam mata. tuhanku....

    "abang!!!!!"

    "Astaghfirullahalazim...ya Allah ya tuhanku.. . abang? apa dah jadi ni bang???  abang dah gila ke nak bunuh anak sendiri??? Allahuakbar!! bawak-bawak mengucap bang..." aku buka mata. ternampak raut wajah emak dari luar pagar. ayah menghentikan perbuatannya. emak berlari mendapatkan tubuhku. aku turut sama berundur sedikit kebelakang. menjauhi ayah.

   "maak..."  bila terasa bahuku disentuh, aku terus memeluk mak dan menangis teresak-esak dalam pelukan mak.

   "sabar sayang...biar mak tenangkan ayah kamu dulu ya" ada usapan dikepalaku. aku menggeleng. dah tak ada gunanya mak!

    "mak...Nur dah tak tahan dengan perangai ayah mak! ayah suka menuduh Nur tanpa mengusul periksa! bapa jenis apa macam tu mak?"  memang aku dah tak tahan. aku dah fed up. aku mahu memberontak. pedulilah kalau aku mati sekalipun. ayah dah terlebih melampau. ayah langsung tak memikirkan perasaan aku.

   "cakap balik apa kau kata tadi safiya!!!!! cakaaaaappppp!!!!" ayah menempik kuat. giginya diketap manakala tangannya digenggam. aku melarikan diri apabila ayah mula mendekat. cepat-cepat aku menyembunyikan diri di belakang emak. jantung luluh serasa hendak gugur.

   "mak.. tolong mak...nur takut..." dengusan nafasku semakin tidak teratur.

   "sabar sayang... biar mak cakap dengan ayah kamu!" emak maju sedikit ke depan. aku ikut belakang mak. takut hendak memunculkan muka didepan wajah menyinga ayah. matilah aku...

    "abang...sabar bang!!" emak merayu lembut sambil cuba merampas parang panjang dari tangan ayah namun ayah mengelak. cepat ditepisnya tangan mak. aku yang melihat tergamam. janganlah ayah cederakan emak...

    "kau ke tepi  imah!!!" tempik ayah lantang. aku peluk belakang mak erat-erat. dengan takut-takut aku memandang muka menyinga ayah dari belakang mak. ya allah... selamatkanlah kami...

   "sabar bang!!! ingat Allah banyak-banyak!!! berhenti buat kerja gila tu bang!! buang parang tu!!! tolong bang... dengarlah cakap imah ni...." suara emak kedengaran bergetar hebat. menggeletar seluruh badan emak. dapat aku rasai.

   ayah tak menjawab malah makin merapati kami dengan wajah merah padam. cuaknya hati aku hanya allah sahaja yang tahu. berkilau parang ditangan ayah tatkala disimbah cahaya mentari.

    "abang!!!! abang dah tak ada iman ke hah??"

   "aku kata ketepi, ketepilah!!!! bodoh!!!!" aku bagaikan bermimpi apabila ayah menolak emak  sehingga kami sama terdorong kebelakang.

   "aaaahhhh"

  aku dan mak sama-sama gagal mengimbangi badan sebelum terjatuh ke tanah bagaikan nangka busuk. Alhamdulillah! syukur aku sempat memeluk tubuh mak sebelum terjatuh tadi. biarlah aku yang menanggung kesakitan ini kerana aku yang memulakannya. rasa begitu sakit dan sengal mencucuk tulang pinggul. perasaan kecewa yang teramat sangat memuncul.

   "ayah memang kejam!!!!" sehabis daya aku berteriak. aku dah menangis teresak-esak. dengan sekilas kerlingan, kelibat ayah masih disitu. bunuhlah aku ayah....

   sampai hati ayah memperlakukan kami sebegini. semakin bertambah benci dan dendam aku pada si bangsat. Allah... kasihannya aku lihat keadaan emak.

    "mak.. mak tak apa-apa ke mak? fiya minta maaf mak... fiya yang buat mak macam ni.. ampunkan fiya  ye mak..." makin kuat pelukanku pada tubuh mak. emak menangis. hiba hatiku tiba-tiba. tubuh emak kurasakan lemah. otot di lengannya lembik. aku tahu emak juga tidak menjangka ayah akan berkelakuan melampau. semua ini angkara fitnah Zainal. awas kau jahanam!!!!

   "astaghfirullahalazim kahar... apa yang kamu dah buat ni?? hentikannya kaharrrrr!!!! ingat Allah!!!!" aku berpaling melihat pada geranganpada suara tempikan dari kejauhan sebelah rumah jiran, ada orang yang menempik perbuatan tidak berperikemanusiaan ayah. Alhamdulillah... terima kasih ya Allah!

   "tolong pak kudam!! tolong kami..." aku tak mampu menahan hiba. aku dan mak menangis sama. aku peluk tubuh mak kuat-kuat.
   
   "tunggu kat situ fiya! jangan gerak! pak kudam akan tolong kamu... sabar ya...heii kahar. apa yang kamu dah buat ni hah??" pak kudam menempik.

   "pak kudam... saya tak tahu pak kudam! saya tak tahu kenapa saya tak dapat kawal kemarahan saya. saya minta maaf!" ah! berlakon!

  "minta maaflah pada anak isteri kamu kahar... aku cuma mahu membantu anak isteri kau yang kau seksa!" pak kudam merampas parang dari genggaman ayah. parang tajam itu dilemparkan jauh-jauh. aku nampak ayah juga turut sama menangis. teresak-esak dia menangis. hatiku beku melihat ayah menangis. tiada lagi rasa kasihan buatnya.

   pak kudam mendapatkan kami. dia duduk mencangkung dihadapan mak. dari raut mukanya menampakkan kerisauannya. kenapa ayah tak sebaik pak kudam?  sekali lagi hatiku menangis.

   "kamu tak apa-apa nimah, fiya?"

    "kami baik-baik saja pak kudam. terima kasih kerana selamatkan fiya dan mak" aku nampak pak kudam mengangguk. terima kasih tuhan kerana memanjangkan umur kami!

    "sama-sama nak... itu sudah menjadi tanggungjawab pak kudam sebagai jiran kamu... bersabarlah dengan perangai ayah kamu. pak kudam perasan perangai ayah kamu berlainan semenjak dua ni. mungkin ayah kamu mengalami tekanan perasaan barangkali. siapa tahu"
ah! ayah sendiri yang cari pasal. tanggunglah sendiri. aku dan mak pulak yang terkena tempiasnya. ayah dah berubah! ayah bukan ayahku yang dulu. ah! go to hell...

   'astaghfirullahalazim...'

   aku nampak ayah masuk kedalam rumah. mak dah bangun perlahan-lahan dari riba aku.

   "biarlah dia macam tu pak kudam. fiya sendiri dah tak berapa kenal dengan perangai ayah sekarang. biarkan saja ayah  fiya tu. semoga dia insaf dengan kejadian tadi"

   "habis tu kamu macam mana?"
hanya gelengan aku mampu berikan. siapalah aku...

   "insya-allah kami akan baik-baik saja pak kudam. pak kudam janganlah risau sangat. fiya akan cuba tangani masalah ayah dengan sebaik mungkin. terima kasih kerana membantu kami!"

  "sama-sama nak. jadi kamu masih nak tinggal disini?" baru aku mahu bersuara, mak segera memintas.

  "nak tinggal kat mana lagi kudam? ini sahaja rumah yang kami ada. tak apalah... mungkin sudah nasib kami macam ni. saya akan cuba lembutkan hati suami saya. dia tengah ada masalah agaknya..."

  "baiklah kalau macam tu. nanti kalau ada apa-apa panggil saja kami dari tingkap rumah kamu tu ha! insyaallah, kami anak-beranak akan datang bantu. ermm kenapa dengan suami kamu tu agaknya imah?"

  "tak tahu saya pak kudam. biarlah... nanti saya akan cuba cari tahu masalahnya..."
kami sama melangkah menuju ke tangga rumah. kelihatan ayah duduk diatas tangga. sedih wajahnya. tubuh emak yang kupapah, terasa berat jadinya. hatiku hancur melihat ayah disitu. aku sangat terluka dengan sikapnya.

   "kenapa ni?"

    "tak ada apa-apa mak"

    "agaknya suami kamu marah mungkin sebab fiya tak ikhlas diperisterikan lelaki kota yang datang kemari lewat pagi tadi. pak kudam lupa pulak gerangan namanya... zinal... er.. zonal ke namanya tu?"
 
  "Zainal..." emak membetulkan. hatiku membara sebaik mendengar nama lelaki keparat itu.

   "ooohh... zainal rupanya. baik sungguh budak tu ya. untung kamu dapat menantu macam tu!" tuhanku... kenapa mereka mudah ditipu Zainal??? mati kau Zainal!!!!!

   "tak tahulah saya pak kudam. eloklah kalau Zainal baik pada pandangan orang-orang kampung, taklah kekok dia berhadapan dengan masyarakat kampung nanti"

   "insya-allah!"
aku terasa dengan mak dan pak kudam. aku mendiamkan diri  sampaiah kami masuk kedalam rumah. aku membiarkan mak mendapatkan tubuh ayah dan memeluknya erat. kaki kuhayun membawa diri yang amat terluka memasuki bilik. teresak-esak aku menangis disitu. tiada lagi harapanku untuk melawan. mahu tak mahu aku tetap menikah dengan Zainal. puaslah hati kau sekarang Zainal... ketawalah... ketawalah...

########################

   hari berganti hari, minggu demi minggu, maka tibalah sudah hari pernikahanku. sepanjang sebulan yang lepas, si Zainal tidak serik-serik menelefonku mengucapkan ketidaksabarannya memiliki diriku. kalau saja aku boleh pecahkan mulutnya, akulah insan yang paling gembira. sekali sahaja lagi dia mengarut, aku jamin bibirnya pecah kali ini. dan kalau aku tak angkat panggilannya, Zainal akan mengadu pulak pada ayah. pengakhirannya aku juga yang ditegur dan disindir ayah. terasa nak cekik-cekik aje leher bajinal tu. merah mata aku menahan marah bercampur sedih. aku sangat terkilan dengan sikap ayah apatah lagi Zainal. aku mahu menjerit sekuat sekuat hati mahu mengatakan... tarik nafas dalam-dalam...            

     "Zainal gila!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"    

     Alhamdulillah!  puas hati aku!. tengok jam didinding rumah. dalam setengah minit aku menjerit tadi. jangan aku jadi gila macam Zainal sudah!

   "dah gila ke apa kamu ni!!!"

alamak!

   aku tak perasan ayah merenungku tajam dari muka pintu. terus aku berlari menyusup masuk kedalam bilik. senangnya hati setelah menghina Zainal. memang patut aku melakukannya. memang terlebih harus aku membencinya tapi adakah ianya berkekalan?

################

     aku ditatarias oleh mak andam yang dibawakan dari kota. rupa-rupanya majlis kami akan dibuat dirumah tok aji. rumah datukku sebelah emak. cantik rumah itu ditambah baik serba-serbi disana-sini. bertambah luas dan besar rumah itu jadinya. ayah dengan bangganya mengatakan, itu semua hasil kerja keras bakal menantu dia yang rajin membantu menyiapkan rumah itu bermula dari dua bulan lepas. mahu tak membulat mata aku sebaik sahaja mendengarnya. biar betul? dua bulan? maksudnya Zainal sekeluarga dah merancang pernikahan ini sejak sekian lama. Ya Allah! apakah ini suratan buatku?

   "subhanallah... cantiknya kau Nur, macam bidadari aje akak tengok!"  merah dah muka aku. mak andam yang kupanggil kak baidah tersenyum sejenak. matanya ralit memerhatikan segenap wajahku yang baru siap disoleknya. katanya muka aku tidak perlu dibanjiri dengan solekan yang mahal-mahal. muka aku dah cantik asli dan memikat jejaka-jejaka diluar sana katanya. aku tahu mereka hanya mahu membuatkan aku berasa yakin pada diri.

   mendengar pintu bilik dibuka, senyuman kak bidah makin melebar. aku tak pasti siapa gerangannya yang datang kerana aku membelakangi pintu. harap-harap bukan lelaki keparat tu.

   "dah siap ke baidah?" aku terpana mendengar suara itu. Ya Allah...

    "dah puan! tengoklah bakal menantu puan ni! cantik sangat...Nur! boleh berdiri sekejap!" pinta kak baidah. aku mengikut sahaja. teragak-agak aku berdiri dari kerusi yang baru lima belas minit berbakti padaku.

  derapa kaki semakin menghampiri kami. deras jantung memalu dada. hanya sekali aku melihat wajah bakal mak mertuaku. itupun Zainal yang beria-ia mengajak mamanya datang kerumah lima hari lepas. mahu tak mahu aku relakan diri berjumpa dengan mamanya. tekaanku silap kerana puan habibah sangat baik dan penuh mesra. aku tidak kekok dengannya.

  tiba-tiba bahuku terasa disentuh. perlahan-lahan tubuhku dipusingkan. senyuman kak baidah malah semakin lebar. sebaik bertentangan mata dengan bakal mak mertuaku, aku menunduk malu. aku sedar wajahku ditatapnya dengan penuh memerhati.

  "subhanallah...cantiknya anak mama ni... kamu benar-benar cantik sayang... patutlah anak mama asyik angau sejak ternampak dengan kamu... nampaknya mama akan dapat cucu yang sangat comel tak lama lagi..." apalagi, menyerbu darah naik ke muka. aku dapat rasakan wajahku merah padam. kak baidah dan puan habibah tergelak suka.

  "tengok tu puan... makin merah muka bakal menantu puan, makin cantik wajahnya. beruntung puan dapat menantu secantik dia tau!"

  "tengoklah anak siapa yang pandai memikat. anak aku juga!"

   "waahh.. pandai betul Zainal cari isteri ye puan! dahlah cantik, baik pulak tue..."

   "terima kasih baidah. ya saya rasa bertuah sangat dapat menantu macam Nur... terima kasih sayang kerana mencintai anak mama. janji dengan mama yang kamu akan mencintai anak mama sampai keakhir hayat kamu ye sayang... Zainal sangat mencintai kamu sayang..." mama membawa tubuhku kedalam dakapannya. aku terkelu dan terdiam. beratnya permintaan mama.

   ###################

   "aku terima nikahnya Nur Safiya Alea binti Kahar Imran dengan maskahwinnya sembilan puluh sembilan ringgit tunai!"

  "sah?"

   "sah!"

   "sah!"
 
  "jadilah isteri yang soleh ye nak... mak yakin anak mak mampu. jangan kecewakan harapan mak dan ayah kamu. kami sangat sayang pada kamu..." mahu tak mahu aku mengangguk. mak memelukku. aku menangis dalam pelukan mak. Nur tak janji mak tapi Nur akan cuba...

   terdengar suara riuh orang ramai yang membanjiri masjid di kampung tempat kami dinikahkan.

  "mama sayang anak mak ni..."emak kucup dahiku dan kedua pipiku.

   "dahlah tu imah oiii... kejap lagi Zainal nak sarung cincin tu, kan tak elok kalau mereka nampak kamu menangis. apa pulak kata orang nanti..." cerianya suara ayah.  mak tersenyum padaku. ayah juga yang turut sama bersimpuh disisiku selepas mewalikan aku tadi dan setelah berpelukan dengan suamiku tadi, ayah terus kesini.

   "ayah harap kamu dapat menerima suami kamu fiya. maafkan kesalahan ayah selama ini. ayah lakukan semua itu kerana ayah sangat menyayangi kamu dan menantu ayah. dia lelaki yang sangat baik fiya.. percayalah cakap ayah ni" aku ambil hati ayah dengan tersenyum padanya. kalaulah ayah tahu siapa sebenar Zainal. ah! tak mungkin ayah akan tahu.

   mak mentuaku dan suamiku datang menghampiri kami. Zainal duduk sopan bersimpuh didepanku. lututnya yang panas bertemu dengan lututku. aku menunduk. tidak berani melawan panahan mata nakalnya. Zainal terlebih segak kacak dan tampan hari ini. baju melayu berwarna putih susu yang sedondon denganku sangat menyerlahkan ketampanannya. semua wanita mengatakan aku sangat bertuah memiliki seorang suami yang sangat tampan dan baik.

  "salam tangan suami kamu Fiya..."

aku menurut arahan ayah. ada nada geram pada suara itu. macam mana aku boleh mengelamun sehinggakan tidak tersedar Zainal menghulurkan tangan meminta disalami.

  "maafkan saya..." perlahan aku membuka mulut. jelas terdengar Zainal ketawa kecil. lembut pula suaranya. garau dan seksi. benar-benar lelaki. teragak-agak aku menyambut huluran tangannya dan perlahan kubawa kebibir. mahu saja aku bangun dan tinggalkan majlis ini tapi aku bukan orang yang pentingkan diri-sendiri. aku bencikan Zainal tetapi dalam masa yang sama aku tak mampu menghalang perasaan minat pada kekacakannya. jelas sekali aku masih belum matang dalam mengawal perasaan. tarikan ketampanannya membuatkan hatiku berkurang beku.

    "akhirnya kau jadi milikku!"

ada bisikan yang begitu halus berbisik ditelinga.

  "apa yang kamu bisikkan tu Zainal?"

   mungkin kerana tersentak dengan teguran tadi, Zainal mengundurkan wajahnya dari telingaku. aku dapat rasakan kedinginan yang mula mencengkam perasaan.

  "cium dahi isteri kamu Zainal! macam tak biasa pulak dia"

   "baik mama!"

    aku masih kabur dengan kata-kata mama tadi. macam tak biasa? apa maksud mama? hampir aku tanyakan padanya.

   terasa tangan sasa yang berurat hijau tebal itu menggenggam erat tanganku. dan terasa panas belakang tanganku saat dikucup oleh bibir seorang lelaki. sentuhan pertama dari seorang lelaki yang membuatkan hatiku berasa hangat. lama. buatkan hati dan jantung berdegup tidak sekata.

  "I love you Nur safiya alea!"

  aku terkelu saat tubuhku diraih kedalam pelukan Zainal. erat tubuh sasanya mendakapku. terasa otot-otot didada dan lengannya yang sasa menampung segenap tubuhku. terasa dahiku dicumbu. kedengaran suara orang ramai pura-pura batuk dan ada yang gelak. tidak sanggup aku menanggung malu. pertama kali dalam hidupku aku didakap oleh seorang lelaki selepas aku mencapai umur dewasa. ayah sendiri tidak pernah memelukku sebegitu. Zainal adalah lelaki yang pertama.

  terasa panasnya dahi saat bibir lelaki itu menempat disitu. tersentuh hatiku seketika. apakah benar Zainal mencintaiku?

  "abang tak sabar nak tunggu malam.. sayang terlalu cantik... i love you so much..."telingaku dicium. aku terasa mahu pengsan.

  "dah dah lah tu Zainal! sambung acaranya malam nanti"

   "ala mama ni, tak sporting la.." Zainal merungut. aku pulak yang makan hati. sporting taik kucing kau Zainal!

   "mama tak kira! mama tak nak kamu berperangai macam dulu-dulu!" suara mama seakan menyembunyikan sebuah rahsia. aku semakin penasaran. apakah rahsia mereka?


bersambung...
 

2 comments:

RinsyaRyc said...

kemain sakit ati lagi die dngan zainal sebelum nih. . hahahaa

AnimeLovers Chu said...

Apa jenis ayah tu X guna