Sunday, January 29, 2012

Jauh Aku Berlari 9

   hari sudah berganti, bulan sudah bertukar menjadikan aku wanita yang sedikit cekal. Zainal mengajakku untuk keluar pagi esok. katanya hendak bershopping di bandaraya metropolis KL. terjerit aku kerana terlalu teruja dengan ajakannya. Sebulan yang lepas, shasha sudah dikeluarkan dari hospital dan Alhamdulillah sehingga sekarang keluarga itu tidak lagi menganggu. Mudah-mudahan untuk selama-lamanya. Itulah yang selalu aku doakan sehabis sahaja menunaikan solat. Kadang-kadang aku akan bangun pagi-pagi, bersihkan badan yang berhadas besar dan buat solat sunat hajat. Aku minta dan merayu kepada Allah s.w.t sambil menangis teresak-esak agar diberikan jodoh yang lama dan kekal sehingga ke akhir hayat kami. Zainal pula semakin hari semakin berubah perangainya. Berubah kearah yang lebih gatal sebenarnya. Aku selalu sahaja tewas dalam godaannya. Selalu aku Tanya diriku, bolehkah aku bertahan selamanya begini dengan gaya hidup Zainal yang benar-benar ketandusan belaianku. Rupa-rupanya itulah lumrah seorang lelaki. Tampil hebat bergaya dipejabat setiap hari membuatkan emosiku sering berubah-ubah. Aku takut sekiranya Zainal diperangkap oleh mana-mana gadis yang memburu cinta dan tubuhnya. Tapi Zainal seringkali membisikkan kata-kata cintanya yang Berjaya mengusir rasa bimbang itu. Apalah gunanya aku terus-terusan memikirkan kemungkinan yang belum lagi pasti. Hanya pada Allah aku serahkan segalanya. Dia yang mengetahui segala sesuatu.
  seperti biasa aku akan memasakkan lauk kegemarannya. makanan kegemarannya ialah nasi tomato berlaukkan ayam dan ikan papan goreng. pelik juga selera laki aku ni. aku cuba buat kelainan dalam masakanku. mula mula aku ambil dua pinggan nasi yang sudah sejuk. kemudian masukkan ke dalam kuali panas yang sudah kugoreng dengan tomato. lepas tu, aku garu dan ratakan minyak supaya menggoreng kedalam setiap butir nasi. biar rasanya sedap dan masak. secubit garam dan sedikit ajinomoto kutambah kedalam sebagai penambah rasa. Zainal kata, dia tak boleh makan makanan yang kurang perencah ajinomoto cap adabi itu. aku juga begitu. pointnya ada disitu. kami sama-sama suka makan makanan yang berajinomoto. yeay!
  "hohoho.. dah masak dah..." aku masukkan nasi yang telah digoreng bersama tomato tadi. tak perlu berkuahkan tomato seperti yang terdapat dikedai-kedai. masakan aku ringkas dan lagi lazat. amboi! puji diri sendiri nampak!
  begitu sahaja aku corakkan pinggan Zainal dengan timun cina yang kupotong kecil-kecil dan kontot-kontot.  tiga helai lada besar berwarna merah yang telahpun aku hiris melintang panjang menyerikan lagi dekorasi pinggan yang berisi nasi tomato buat suamiku. harap-harap Zainal menyukainya. mahu juga aku dipuji. pinggan aku pulak tak berhias. cuma ada beberapa hiris lobak merah yang sudah bersalut dengan sos cili diletakkan berbaris ditepi pinggan. "cantik juga!"
  "arrgghh!" jeritku terkejut dengan pelukan dipinggang. alahai... "ouchh..ouchh.. okay abang mengaku salah.. abang tak buat lagi..." rengeknya pabila tanganku tidak henti-henti menampar lengannya. dia ni suka sangat buat aku terkejut. hampir melayang nyawa aku tadi. nyaris-nyaris aje lagi K.O."sakit..yang.." adunya merengek manja. huh! "buat lagi! buat lagi!" ajukku geram. sudah berulang kali jangan buat begitu tapi langsung dipekakkan telinganya. aku bukan jenis perempuan yang mudah melatah ataupun merungut tetapi bila masuk bab kejut-mengejut ni pantang bagiku. aku menghidap penyakit jantung lemah sedari kecil lagi. sebab itulah aku tak larat ikut sukan atau apa-apa acara yang melibatkan kekuatan dan ketahanan jantung. rugi betul jadi aku.
  "duduk!" arahku tegas apabila dia masih lagi mengunjukkan sebelah lengannya yang kutampar. oleh kerana aku jenis perempuan yang berhati lembut, maka terus aku jatuh kasihan melihatnya dengan muka yang sayu. walaupun aku tahu dia hanya berpura-pura memimikkan muka menanggung sakit namun aku tetap jatuh simpati. wajarlah kalau aku selalu dibuli. "bak sini tangan tu, fiya nak tengok.." Zainal duduk dikerusi makan dan meluruskan lengannya diatas meja makan. aku ambil tempat duduk yang sama dengan tubuhnya dan menyelak baju kemejanya yang berlengan panjang. aku lipat lengan bajunya sampai diketiak. mataku berair melihat birat-birat merah yang ketara dikulit lengannya. pantas tanganku mengusap kulit lengannya. "i'm sorry.."ucapku perlahan. sebak sangat rasanya. "it's okay..." jawabnya perlahan juga cukup bergemersik di pendengaranku. "abang dah lama tengok sayang senyum sorang diri tadi... sorry for make you shocked. i was about to make a surprise to you.." sambungnya menambahkan perasaan bersalah dalam hatiku. airmata menitis tanpa dipinta. sudah menjadi lumrah wanita lembut hati mudah mengalirkan airmata. "dont cry... i hate it...please..do it for me.. your lovely husband..." pujuk Zainal lagi. aku bangun dan terus peluk lehernya. aku sembamkan wajahku kebahunya. kami tidak bersuara. bisu. hanya tangisanku yang pecah mengiringi suasana sendu.
  "dahlah tu.. kan abang dah cakap tadi, dont cry..." bisiknya ditepi telingaku. rambutku diselak dan diselitkan ketelinga. "i miss you so much..." bisiknya lagi ditelingaku dan kali ini aku menerima kucupan ditelinga. aku turut rindukan kehangatan dan kemesraannya."i miss you too.." balasku penuh sebak dalam dada walaupun sudah berhenti menangis. hanya esakan sahaja lagi yang tinggal. "and i love you..." ucapnya lalu mengucup pelipisku. "abang nak makan ni.. lapar..." rengek Zainal perlahan dan sengaja diceriakan suaranya. aku tahu dia ingin sangat membahagiakanku. aku semakin cinta padanya. semakin mendalam perasaan sayangku padanya.
  "wah.. sedapnya... nasi tomato dowh! kegemaran abang ni tau...!" ceria sahaja suaranya membuatkan aku terpanggil untuk melepaskan pelukan sebelum bibirku singgah dipipinya yang agak kasar kerana tidak bercukur seminggu. "i love you too... abang duduk sini baik-baik ye, i got a surprise for you. jangan ingat abang sorang aje yang ada surprise..." aku elus pipinya manja sebelum mengerling pada lengannya yang sudah kurang merah. hatiku jadi sedih lagi namun untuk menangis tidak mungkin. aku tidak mahu merosakkan mood suasana yang sudah kembali pulih. "wow! tak sangka pulak abang dapat rezeki besar malam ni..." balas Zainal sebelum menggenggam jemariku dan dibawa ke bibir. matanya yang tersenyum itu sangat mempesonakanku bagai menggoda diriku ditengah waktu isyak begini. "just for you dear.." ulasku manja dan mengucup  lembut bibirnya dan terus menutup matanya dengan kedua telapak tanganku. "pejam mata and jangan buka selagi fiya belum suruh buka." arahku sebelum dia mencuba membuka tanganku yang menghadang penglihatannya. "okay... i like this game.." Zainal masih ketawa. tentu dia suka aku buat macam tadi. ya Allah malunya... kenapa aku gatal sangat ni? dah terjangkit dengan laki aku sendiri agaknya.
  "ingat! jangan buka mata tu dulu sebelum fiya suruh buka tau! jangan mengelat pula!" pesanku tanpa memperdulikan apa jua bentuk tekaannya. apalah sangat surprise yang aku berikan. moga-moga Zainal tidak mentertawakanku lagi. "and dont laugh at me!"
  aku berlari keluar dari dapur dan masuk kedalam bilik tetamu dan mengambil 'hadiah surprise' seperti yang aku katakan tadi. motif aku menyuruhnya menutup mata adalah kerana aku malu dengan diriku sendiri yang mengucup bibirnya tadi. tiada dalam perancanganku mengucup bibir merahnya. aku sendiri yang mencemarnya. dengan debaran dan keterujaan, aku melangkah masuk kedalam dapur makan. "jangan buka dulu!" perintahku apabila mulutnya hendak berkata sesuatu. "hrmm.." aku selak rambutnya setelah tiba disisinya. "good boy!"
  aku ambil bahagian disebelahnya. hadiah yang berbalut cantik dengan riben yang merintangi kertas pembalut menambahkan keindahan luarannya. dalamnya entah hape entah. hik hik hik...
"okay.. now, open your eyes..."
 perlahan-lahan Zainal mencelikkan matanya yang terkatup rapat. wajahnya jelas disimbahi dengan keterujaan melihat tanganku terpampang dengan satu hadiah didepan matanya. "untuk abang..?" tanyanya sambil jari telunjuk menunjuk ke dadanya. aku angguk. lalu hadiah tersebut diambil. "bukalah..."
  "thanks..."
  "sama-sama"
Zainal buka kertas pembalut hadiah yang berwarna coklat keemasan. warna kegemarannya. wajahnya dipenuhi dengan senyuman teruja. sukanya hati ini melihatnya begitu. "frame!" ucapnya sepatah tatkala kertas pembalut hadiah sudah habis terkoyak. aku tahu dia masih belum nampak isi frame tersebut. "tarik frame tu keluar dari kotaknya perlahan-lahan!"
  "okay!"
 bagusnya dia. aku cuma takut rancanganku tidak berjaya sekiranya dia keras kepala.
 "astaghfirullahalazim!!"
aku sudah tergelak. dadanya aku urut perlahan. aku tahu dia terkejut dengan kertas yang melompat kelua tadi. aku letakkan spring supaya kertasnya melompat. barulah surprise. "ala.. rilekslah... kertas aje pun.. bacalah!"
   Zainal ambil kertas yang melompat keluar dari kotak tadi sebaik frame dikeluarkan dalam keadaan membelakang. maknanya dia masih belum nampak gambar dalam frame tersebut. aku sudah puas merancang sedari pagi tadi sebagai membalas jasanya yang akan membawaku keluar bershopping esok. bukan bershopping sebenarnya tapi lebih kepada merayau-rayau dibandar yang sudah lama aku tak jenguk semenjak berpindah ke rumah baru Zainal.
  "terimalah hadiah yang tidak seberapa ini. always remember ya...i miss you... yang ikhlas, nur saffiya alya.."satu persatu Zainal baca tulisanku yang tercatat diatas kertas tadi. "ini aje?" soalnya membuatkanku menjadi lebih malu. wajahku masih menunduk. malunya...
  "i miss you too my lovely sweetheart..."
bisikannya makin menambahkan debaran jantungku. daguku disentuh dan didongakkan. "thanks..i like it!"
dahiku dikucup seperti biasa. sudah tidak terkira bilangannya mengucup dahiku semenjak kami berkahwin.
 "abang tak nak tengok gambar tu..?"
aku perhatikan framenya masih terbalik dan belum diusik. Zainal ambil framenya dan menterbalikkan. terpampang gambar persandingan dimana Zainal memeluk erat pinggangku dan aku pula tersenyum sipu malu. "cantiknya... dari mana dapat gambar ni...?"
 "along yang hantar tadi. fiya minta along cuci dan terus hantar hari ni juga. and that's it." jawabku.
"abang dah lupa gambar ni..." katanya sedih. "takkan dah tak ingat? fiya masih ingat lagi, waktu tu baru habis nikah kat masjid, abang minta along ambik gambar kita tepi kereta pengantin.. ingat?" ah! mudahnya dia melupakan kenangan kami sedangkan padaku semuanya berada dalam ingatanku. "abang tak ingatlah tapi ingat sikit aje.." aku merajuk tapi buat apa. no point. rosakkan mood aje. "abang nak letak frame ni kat atas meja tepi katil. boleh ye...?' pintanya ceria. suka barangkali. aku mengangguk suka. pipiku dicium. "jemput makan bang... nanti dah sedap pula nasinya. bak sini frame ni, fiya nak letak kat sofa..." aku rampas frame yang masih dibelek-beleknya. "hrmm.. bagus juga, abang baru ingat abang lapar sangat." boleh pulak terlupa lapar. macam-macam...
  aku kembali semula kedapur sesudah meletakkan frame yang berbentuk hati diatas meja solek. sengaja aku letak disana supaya apabila dia buka nanti selepas bangun dari tidur, tidaklah dia pandang wajahku yang berada didalam frame. aku mahu dia perhatikan wajahku yang real. romantis juga aku kan? oh ya bercerita mengenai dari mana aku dapat frame ni, sebenarnya telefon along aku tadi dan suruh along singgah sekejap dekat bandar selepas pulang dari kerjanya. nasib aku dapat abang yang cukup sporting. tapi aku gunakan duit aku jugak tau. malah aku gaji along untuk buat semua tu. hasil kerja tangan aku adalah membalut, menggam dan mencorakkan riben berbentuk hati.
  "alhamdulillah..sedap masakan sayang hari ni. lain aje abang rasa." aku sembunyi senyum. memang pun!
  "airnya bang.." aku hulur air suam. Zainal meminumnya rakus. dia ni memang begitu. sudah ku pesan jangan gelojoh sangat tetapi biasalah, masuk telinga kanan keluar  ikut telinga kiri. malam itu aku sediakan pakaianku untuk keluar esok awal-awal. takut tak sempat menggosok esok. pakaian Zainal juga kugosok sama.

  ######

   "pilihlah mana fiya nak..." aku pandang wajah Zainal. "yahoo...sayang abang.." aku kuatkan pautan pada lengannya. pada mulanya aku malu berbuat begitu namun Zainal memaksaku untuk memeluk lengannya. katanya, tidaklah susah mudah aku diculik. merepek aje. ... kan?
 "amboi.. baru nak sayang ke?" guraunya. aku tidak menjawab kerana aku sudah nampak satu baju yang begitu cantik sulamannya. kain batik tidur yang diperbuat daripada jenis sifon. lembut pulak tu."ambillah kalau sayang nak.." aku tahan tangannya daripada membuka baju itu dari penyangkutnya. "nanti dulu... kita cari yang lain dulu. yang ni fiya reserve" Zainal mengangguk. baguslah kalau faham. beginilah selalunya aku ketika membeli belah. tak kiralah dipekan kampung baru di pahang atau dimana-mana pun, aku suka sangat memilih. walaupun nampak cantik dan begitu memukau pandangan mata, aku tetap berhasrat membuat survey kesemua kedai kalau-kalau ada yang lebih menarik. sudahnya, pusing-pusing satu kompleks beli-belah, aku juga yang kepenatan. pokok pangkalnya, yang aku reserve juga akan menjadi pilihan pertamaku. maksudnya, rugia jelah aku buang waktu keliling satu bangunan cari baju sedangkan yang pertama tu lah yang aku bandingkan. dan kesudahannya, aku penat berjalan, dahaga yang teramat dan pilihan terakhir adalah yang mana kedai aku awal jumpa. memang begini agaknya wanita. suka memilih. bernafsu pada perhiasan dan barangan mewah. mujur aku tidak begitu excited walaupun suamiku mampu membelikanku pakaian dan barangan kemas yang mewah-mewah. cukuplah sekadar kasih sayang dan kesederhanaan dalam kehidupan kamis ehari-hari.
  sesudah pusing dua kedai dan beberapa butik pakaian, aku ajak Zainal kembali ke butik yang pertama kami masuk tadi. "fiya nak beli yang ni lah bang.. amacam? what do you think?" aku minta pendapatnya yang mungkin boleh menggembirakanku. tidaklah aku rasa menyesal setelah duitku dimasukkan kedalam mesin wang. "cantik sangat. sesuai tu dengan body sayang...nampak mengancam walaupun tak seksi sangat. but i like it. lagipun ini pakaian tidur jugak kan. abang luluskan. jom.. kita bayar.." belum sempat aku mengeluarkan suara, Zainal tarik tanganku ke kaunter pembayaran sekali dengan baju tidur ditangannya. "biar abang yang pegang. abang nak jadi pak borong hari ni." Zainal tidak membenarkanku membimbit baju yang telahpun dimasukkan kedalam plastik hitam berjenama butik carlton. aku mahu rampas dari tangannya.    "opss.. tak payahlah... biar abang yang bawak..degil betul awak ni..." lantas pinggangku diraih semula. sudahnya aku terpaksa membiarkan. tengahari itu, kami singgah makan di Pizza Hut yang terletak ditepi jalan TAR. Zainal memesan pizza yang bersaiz besar. kalau tak habis boleh bungkus bawak pulang beritahunya apabila aku mengatakan itu satu pembaziran sekiranya tak habis. aku malu sendiri. laki aku ni punya banyak idea yang  boleh mematahkan setiap patah kataku. memang layak jadi peguam aje dia ni. tapi sekarang kerjayanya lagi mencabar what. Zainal menguruskan bahagian kewangan syarikat yang memerlukan amanah dan sikap teliti yang tinggi. ingin aku melawatnya disyarikat sekali-sekala. insyaallah kalau ada masa aku akan buat surprise.
   "eh, tu macam abang kenal aje..." Zainal menunjuk pada seorang wanita yang agak daring sedang berbual dengan rancak melalui telefonnya tidak jauh dari kami. hanya selang tiga buah meja bulat. pantas mataku juga memandang kearah yang sama. hatiku dicucuk perasaan curiga. siapa dia? cantiknya... sedang berborak dengan ketawa yang begitu galak dan bibir yang digincu tebal. pakaiannya skirt sendat paras peha yang sengaja disilangkan,dengan singlet merah jambunya yang tidak berlengan, begitu seksi dimataku. model ke? aku bertanya-tanya sendiri.
  aku kalih semula pada Zainal, mata kami bersabung. ternyata dia merenungku rupanya dari tadi. "jangan jeling kat perempuan tu. abang tak nak dia perasan abang kat sini.. dia itulah yang abang cerita dekat sayang dulu.." berkerut dahiku seketika. Zainal nampak keresahan. topinya disengetkan ketepi demi melindungi wajahnya sedikit. kebetulan kami duduk dikerusi yang sebari dengan meja perempuan seksi tu.
  "yang mana ni bang?" aku benar-benar tak ingat. Zainal capai dan kemudian genggam tanganku yang kuletak diatas meja.
  "alah.. yang.."
   "ini pesanannya encik... enjoy your meal!" aku dikejutkan dengan suara pelayan. Zainal mengucapkan terima kasih manakala aku hanya senyum. tak jadi Zainal memberitahu."besarnya... tak habislah jawabnya kalau macam ni.." Zainal merungut padahal dia yang beria-ia nak beli yang besar. "kan fiya dah cakap tadi, abang yang tak nak dengar. itulah telinga kuali.." kutukku kaw-kaw. perli pun ada juga. muncungnya memanjang. namun wajahnya tetap menarik dimataku. memang benar tekaanku. wanita-wanita yang berkunjung disini tidak ketinggalan menjeling ke arah kami. sudah tentu Zainal yang dijelingnya. hatiku panas lagi. sakitnya menanggung azab cemburu.
  "sayang.. tak nak makan ke...? mengelamun aje kerjanya..." hidungku dicuit perlahan namun cukup mengembalikanku dari terus mengelamun. gila apa aku ni. suka sangat mengelamun.
"abang baca doa ye.." aku angguk. cepatlah habis makan, tak sanggup aku dengan mata-mata perempuan disini. tak jaga mata. sudahlah baju mereka masya-allah. beginikah budaya melayu yang tinggal di kota? hanya tinggal 1/3 sahaja lagi kain yang membalut tubuh mereka. alang-alang dah pakai baju macam tu kenapa tak telanjang aje. geram pulak aku.
  "hai sayang..." hampir tersembur pizza yang aku baru hendak telan. mana taknya, terkejut aku dengan panggilan daripada seorang wanita yang Zainal katakan koleksi temannya tadi sedang cuba memaut lengan Zainal yang tengah makan. mujur Zainal pandai mengelak. suka-suki aje nak pegang lengan laki aku. tak malu!
  "ziela.. apa you buat kat sini? how are you?err.. meet my wife, nur safiya! and sayang... ni teman abang dulu, ziela dato' baharom " Zainal juga nampak terkejut  tetapi masih beriak tenang. pandai benar dia mengawal perasaannya. entahlah. buat-buat terkejut agaknya. perempuan yang dinamakan ziela menjeling terus kearahku. "hi.. ziela, just call me fiya...nice to meet you ziela" aku hulur tangan sebagai tanda perkenalan. berkahwin dengan seorang anak korporat membuatkan hidupku dipenuhi dengan protokol. "hi.. i'm ziela antasya" dia sambut juga namun itupun setelah hampir lima saat tanganku tidak bersambut ditambah dengan deheman Zainal yang dibuat-buat bagi menyedarkan ziela yang ralit merenung wajahku. apa dia ingat dia tu siapa? aduh.. sabar fiya. sabar...
    "you tak jemput pun i ke majlis you nal, sampai hati you buat i macam ni. mati-mati i ingat you dah tak nak kawan dengan i lagi..." amboi! amboi! bukan main lagi dia merengek. siapa dia ni?
  "sorry... i tak sengaja." itu saja yang Zainal jawab. dia tidaklah sangat melayan perempuan tak cukup kain tu. aku kerling sekilas tubuhnya, tinggi dia ni. aku semakin yakin dia seorang model. cantik, tinggi, daring dan sexy. pakej yang sangat  lengkap untuk bergelar sebagai seorang model yang bergaya dan berjaya. 
  "eee... tak senonohlah awak ni..." Zainal tolak tubuh ziela yang cuba duduk dipehanya. hatiku terbakar dengan rasa cemburu. "i just nak duduk kat peha you, tak salahkan? lagipun dah tak ada kerusi kat sini.." ziela membela dirinya. lawak betul. cara apakah dia mahu menggoda suamiku. ketara betul dia kemarukkan laki aku. oh, baru aku ingat dia nilah perempuan yang Zainal cuba jauhkan diri darinya dulu. 'dewan romantica' terimbas kenangan lama dulu saat kami mula berkenal.
  "ziela!! i said no!! then my answrer will be no!!" tegas suara Zainal membawaku kedunia realiti sekali lagi. "i tak nak!! i nak juga duduk kat riba you! sampai hai you nal.. i really miss you tau tak, but you, you layan i macam ni..?" rayuan gila ziela mula menarik pelanggan lain. aku malu dalam masa yang sama bertambah geram. "ziela, i dont think my husband gonna allow you to do so, then please leave us!" aku arah ziela untuk segera pergi sebelum aku humban dia kedalam tong sampah.   "jangan masuk campur!! this is not your business!" ziela memberontak dan cuba lagi untuk duduk diriba suamiku. Zainal pantas bangkit dari duduknya dan mengarahkan ziela untuk duduk disitu.
  "sit!! you nak sangat duduk kan?? duduklah!! apa you tunggu lagi??" tempik Zainal namun masih menjaga suaranya. tidaklah sekuat dia menempik dato' karim tempoh hari. ziela tidak pula mahu duduk. geram aku dengan budak ni. "hoi!! duduklah!!" Zainal tidak ambil peduli lagi dengan kedegilan Ziela, terus diambil pizza yang baru seulas terusik dan diseret tanganku pergi. mujur juga pizza tersebut dimasukkan kedalam kotak. terus kami keluar dari ruang makan dengan perasaan bengang. rayuan dan jeritan ziela tidak sampai disitu sahaja. kami dikejar sehingga Zainal terpaksa menarikku supaya mempercepatkan langkah. banyak orang yang hairan melihat kami begitu. "Zainal!! tunggu i... jangan tinggalkan i!!" jeritan ziela tidak langsung Zainal hiraukan malah dipercepatkan langkahnya bersama dengan seretan tanganku yang mula terasa pedih. perutku tiba-tiba memulas sakit. aku cuba bertahan namun tidak dapat. sakit sangat bagai ditusuk jarum peniti. "fiya sakit perut bang.." aduku sambil cuba memberhentikan langkahan. Zainal meenurut. kami berhenti sekejap. "nah! pegang pizza ni, biar abang dukung sayang..." belum sempat aku menjawab, Zainal memaksa aku memegang kotak besar berisi Pizza Hut dan tubuhku dicempung. aku tidak mahu tetapi tidak punya pilihan. lagipun aku memakai legging didalam dan baju kurung moden mengikut potongan badan. "fiya rasa tak tahan bang... sakit sangat..." lemah dan bagai sudah tidak berupaya untukku mengeluarkan suara. "tahan..tahan.. abang tahu.. kita ke klinik ya.." pujukan Zainal tidak lagi dapat menenangkan kesakitan yang tiba-tiba menyerang dibahagian pusat. aku lepaskan kotak pizza yang berada diatas dadaku dari genggaman tangan. perutku yang memulas ku picit-picit dengan mudah-mudahan boleh mengurangkan sakit. "allah.. sakit..sakit sangat..." airmata aku tumpah tak henti-henti. bisanya menanggung azab siksa. apakah penyakit ini?
  Zainal terus-terusan memujukku sampailah ketempat parkir kereta.jeritan dan bunyi huru-hara disekeliling perlahan-lahan menjadi perlahan seiring dengan mataku yang semakin tertutup. "sayang.. bertahan.. jangan tinggalkan abang sayang..."
dan pandanganku bertukar menjadi gelap gelita sebaik kulit mukaku terasa disentuh oleh sesuatu yang basah dan lembut.
  bauan yang kuat menusuk hidungku membuatkan lenaku terganggu. perlahan-lahan mataku terbuka. sayup-sayup aku seperti terdengar orang lelaki berkelahi. sesekali ada suara wanita menyampuk. aku kenal suara-suara itu. Zainal! abah dan umi! macam mana aku boleh berada kat sini. allah..tolong beri aku kekuatan untuk berjalan agar aku bisa melihat apa yang sedang berlaku diluar sana. agar aku bisa menghentikan pertelingkahan keluarga itu.
  "abah tak sangka sanggup kamu buat begini pada isteri kamu Zainal!!" hatiku semakin tidak tenang. pertama kali aku dengar abah menjerit. lelaki itu seorang yang tenang. tetapi apa yang sebenarnya sedang berlaku sehingga teruk begini? aku cuba gerakkan kaki untuk bangun dari pembaringan namun tiada upaya untuk bangun. sakit di perut walaupun sudah hilang namun kesannya masih ada. aku gagahkan juga. aku tak sanggup biarkan mereka sekeluarga bergaduh. mesti ada sesuatu yang buruk telah terjadi yang melibatkan Zainal.
 "abah! zainal tak faham lah bah...this is nonsense okay. takkanlah Zainal buat kerja-kerja haram macam tu.. tolonglah bah.. percaya kat Nal. abah kenal macam mana sikap nal kan..? tapi kenapa abah sanggup terima bulat-bulat fitnah tu..? nal kesal dengan sikap abah..." Astaghfirullahalazim... mereka berdua benar-benar bergaduh. suara Zainal merayu begitu hiba. allah.. apa yang terjadi disana? aku mahu lihat. aku mahu tengok. sudahnya, malang tidak berbau,, kakiku tergelincir dari palang katil sewaktu memijak palang besi dibawah katil. sakit yang bukan kepalang membuatkan aku terjerit kesakitan. aku mengerekot dilantai dengan perut yang memulas-mulas. seluruh tubuhku  menggeletar.
   "Masyaallah, Fiya!!!" tubuhku dikencong dan aku pengsan sekali lagi.
sewaktu aku sedang berjalan melalui sebuah belukar, suara tangisan bayi membuatkan bulu romaku meremang. bulu-bulu ditangan juga terasa menegak. tengkuk seperti diletakkan ais batu. sejuk dan dingin sekali. banyak surah-surah pilihan sebagai pelindung keselamatan diri kubaca bisik-bisik sambil mata melilau keserata. kakiku makin cepat melangkah menuju kekereta Zainal yang diparkirkan disatu corot. aku tidak pasti aku sekarang berada dikawasan mana. yang jelas, diserata kawasan tersusun kubur-kubur islam dengan pacakan batu nisan yang mengandungi kalimah suci. selamatkanlah aku ya allah.. jauhkanlah aku daripada syaitan...
  semakin aku mencepatkan langkah, semakin kuat dan makin dekat bunyi tangisan bayi tadi.
aku berlari sekuat hati. yang berada dalam fikiran aku sekarang adalah sampai kekereta. malang nasibku apabila tersadung sebonggol batu dan tubuhku terpelanting disebuah semak.
 "allahuakbar!!! allahuakbar!!"
mengucap aku dalam hati apabila tubuhku yang bergolek betul-betul berhenti di sebelah bungkusan putih yang dalamnya ada bayi sedang menangis hiba. secara tiba-tiba hilang semua rasa takut dan rasa sakit tidak lagi terasa. aku segera duduk bersimpuh dan bawa bayi tadi keatas pangkuan. tak semena-mena si kecil berhenti menangis. bayi tadi malah ketawa suka.
 "ya allah, comelnya baby ni... siapa yang biarkan baby ni kat sini?" sungguh comel sekali bayinya. tanpa berfikir panjang aku bangkit dengan mendokong bayi yang sudah kukucup pipi dan dahinya dengan sepuas hati. iras-irasnya macam muka aku. matanya pula sebijik macam mata Zainal. redup dan bundar cantik. bulu matanya lebat serta alis mata yang panjang. sama juga dengan mata Zainal. jangan-jangan anak kami kut. ah! sudah.. apa yang aku mengarut ni...? hehehe.. tapi entah kenapa aku pasti dan yakin itu anak kami. sudahnya aku terus menganggapnya sebagai anak mama.
  sedang aku bergelak ketawa dengan si kecil, satu tujahan suara menyentakkan gegendang telingaku. suaranya begitu menakutkan dan datangnya dari arah belakang. yang peliknya aku tidak takut. dengan adanya bayi kecil yang tiba-tiba seperti sudah lama ku kenal, aku menjadi kuat dan berani. 
 "kita lawan penjahat tu ya sayang... sayang anak mama ni... tolong mama lawan penjaha tu ya..?" saat aku mengucapkan perkataan 'mama' tadi, terasa seperti itu betul-betul anakku.tersirap terus darahku. mana mungkin?
 tapi walau apapun perasaanku waktu ini, aku rasa sangat gembira.
 "anak mama.. mama sayang anak mama ni...tapi sebelum tu kita kena tumpaskan penjahat tu dulu.." aku seperti diarah untuk bercakap bagitu. bagai telah diprogram sahaja. ah.. macam-macam. "kembalikan anak itu padaku!!" suara yang tadi masih keras tidak sedikitpun menakutkanku. hek eleh.. macamlah orang takut.
 aku matikan langkah. penjahat ni nak kena belasah agaknya? tak sangka aku sebegini berani. bayi yang sangat comel seperti iras wajah kami berdua itu mengekek suka. alahai anak mama... sayang anak mama ni... aku elus-elus seluruh kulit wajahnya. badannya tidak bersarung apa-apa cuma dilitupi kain putih dibawah.
   "okay...time to fight!" aku bercanda dengan si kecil tanpa menghiraukan jeritan-jeritan kasar lagi garang didepanku. dia seperti takut mengapa-apakanku. aku ambil tangan sikecil dan menumbuk kearah penjahat tidak berwajah. pakai topeng barangkali makhluk seekor ni.
  "hiyaa!!nah ambik kau!!" aku laraskan tumbukan sebelum melayangkan tamparan menggunakan tangan si kecil. menangis-nangis si penjahat walhal, bukannya kena pun. melawak aje kerja penjahat ni. bila dah terasa bosan begitu, aku bercadang untuk pulang. lalu aku pun pulang ikut laluan tadi. sampai dikereta si penjahat sudah hilang kerana Zainal ada menyimpan surah yaasin didalam laci didashboard. penakut juga jin penanggal tu! aku mengekek bagai si kecil mengekek. alah.. anak mama kan.. mestilah sama...
   sepuluh minit menunggu, Zainal tiba di kereta dan tidak pula terkejut melihat aku membawa budak kecil. malah pipi si kecil terus dicium dan diagah suka. mengekek-ngekek si kecil apabila papanya mengagah. kami bergerak pulang kerumah apabila hari sudah semakin gelap. tadi, sewaktu dia terkencing, aku baru perasan jantinanya laki-laki. eiihehe.. suka-suka..." aloooii buchuk..buchuk... jangan nangis...jangan nangis..." si kecil menangis apabila air sejuk yang kuguna untuk membersihkan seluruh tubuhnya terkena kulitnya yang putih gebu. sama macam kulit papanya juga. "nanti lepas ni, mama guna air suam pulak ye... sayang.. kena mandi puas-puas tau...tan nak busyuk busyuk..." aku terus ketawa gembira sambil menghayati gelak dan negkekekan si comel. aku mengurus dan memandikan si comel seorang diri. Zainal pula sedang bersembang dengan umi dan abah diruang tamu. mama dan abah bermalam dirumah kami sehari ini. sesudah memandikannya, aku meluru kealmari dan mengambil pakaian kanak-kanak. aku tidak pula terkejut bagaimana pakaian bayi itu boleh berada disana. seperti aku sudah tahu apa yang perlu aku buat dan seperti ianya sudah menjadi rutin padaku setiap hari. aku kucup seluruh wajahnya lagi. matanya yang tersenyum dengan bibir yang segar membuatkan anakku kelihatan sangat sangat comel. "eii.. anak mama ni.. kenapa comel sangat ni...?" tapi aku suka dalam geram-geram begitu. tengoklah siapa mamanya kaaaan..? aku tepekkan bedak kelehernya. kuratakan bedak baby johnson hampir keseluruh tubuhnya sebelum aku mendekatkan hidungku ketubuh kecilnya. "wanginya anak mama ni...ululu... saaaayang.. anak mama..." aku kucup lagi pipi dan dahinya. dia mengekek. entah pukul berapa aku bermain dengan si kecil sehingga terleka dan tidak perasan dengan dunia luar. duniaku malam itu hanya dengan sikecil. Zainal masuk lambat ke bilik. malam itu aku tidurkan anak kami dicelah-celah aku dan Zainal. dua-dua tangan kami sering mengelus tubuh dan pipi si comel. aku pahatkan raut wajah anak kami dalam minda. comelnya muka dia secomel muka aku. sudahnya, aku tertidur setelah puas bermain dengan si kecil.
  aku terjaga. begitu sahaja. pelik dengan keadaan sekeliling. aku nampak Zainal juga masih tertidur namun tertidur dalam duduknya diatas kerusi. aku dapati si kecil sudah tiada disisi. hurmm.. mungkin umi tengah susukan agaknya. aku senyum suka. tak sabar hendak mendukung dan mengucup pipi anakku. aku berkalih mengiring menghadap Zainal. rambutnya yang terselak menutupi dahinya aku tolak keatas. terserlah dahinya yang luas dan bercahaya. perlahan-lahan aku angkat kepala dan kucup dahinya. lena sangat agaknya. tapi yang peliknya kenapa dia harus tidur disikerusi. oh ya, logik juga sebab ruang katil agak kecil dan hanya memuatkan seorang tubuh dewasa. kalau dengan si kecil masih boleh muat. ah, rindunya aku pada anakku. walaupun ruang bilik masih gelap namun aku tahu aku bukan berada dibilik kami. ermm.. mungkin kami sedang bercuti agaknya. siapa tahu...
   lima minit berfikir dan terus berfikir aku dimana, kami dimana, anakku dimana, bila, siapa, bagaimana dan sejak bila aku berada diatas katil ini, aku cepat-cepat hentikan semua mainan perasaan. aku tersenyum tiba-tiba. dimindaku sekarang bertanya-tanya dimana anak aku.hurmm.. mungkin Zainal boleh memberitahuku.
   aku capai bahunya dan menggoyangnya dengan lembut. "bang... anak kita mana? siapa yang ambil?" soalku perlahan. aku goyangkan lagi bahunya. kali ini matanya aku berjaya dan aku lihat dia seperti terpisat-pisat. biasalah... baru bangun dari tidur. "bang... anak kita mana?' soalku lagi apabila matanya sedari tadi tidak lepas merenungku. sudahlah matanya merah dan tiba-tiba mengalirkan airmata. berkerut dahiku kerana terlalu merasa hairan. "kenapa ni...? abang risau baby kita kena culik ke..?" soalku penuh prihatin sambil cuba bergurau. aku lap airmata dipipinya yang semakin melebat. "sa...sayang dah sedar?" tanyanya penuh dengan riak sebak yang aku tahu seperti bercampur baur dengan ketidakpercayaan. "sedar apa pulak ni..? kan fiya baru aje bangun tadi..." rungutku dalam pada suara sengaja ingin bercanda. aku lap lagi airmatanya yang degil. masih mahu mengalir. "kenapa abang menangis? sabarlah.. baby kita ada kat umi kan bang..?"
    Zainal tidak menggeleng tidak juga mengangguk. "habis tu siapa yang ambik baby kita..? abang jangan main-main...fiya tengah serius ni..." dalam pada rasa cuak, aku masih sempat bergurau tetapi serius. aku tidak mahu dia melengah-lengahkan lagi waktu. aku sudah begitu tidak sabar hendak bertemu dengan anakku.
    "abang... jawablah! kenapa diam aje ni? iskk.. macam budak-budak. tetiba aje nak menangis. dahlah baru bangun dari tidur. cepat bagitahu fiya, kat mana anak kita? fiya nak mandikan baby kita.." geram juga aku kat dia ni. macam tak faham-faham dengan jeritan batinku. Zainal menggeleng. "kenapa geleng? oh.. abang tak tahu ke...? takpelah... baik abang sambung tidur... fiya nak pulang ke rumah kita sekarang juga. fiya nak dekat dengan baby... eh, tak! mana boleh! abang pun kena ikut sama. fiya tak pandai drive kereta abang! kalau motor itu lainlah." baru aku mahu bangun dari baring, Zainal menahan tubuhku. "ishh...tepilah! nak jumpa baby pun marah... takkan tak rindu anak sendiri...?" getusku sedikit geram. namun aku terus dipeluk apabila tubuhku sudah bangkit dan berdepan dengannya. beria-ia dia menangis dibahuku. aku jatuh kasihan. mungkin dia bermimpi buruk-buruk yang menakutkan kut malam tadi. aku balas pelukannya dan mengeratkannya lagi. aku cium ubun-ubun kepalanya yang bau harum. aku tak pasti bilik ini samada dihospital atau dimana. tapi aku yakin seperti dihospital. ada mesin pernafasan dan mengira denyutan jantung juga ada terletak elok ditepi katil. "dah okay..?" tanyaku setelah agak lama juga dia menangis. terada ada anggukan dibahu. tahulah aku dia sudah ok. aku lepaskan keluhan lega. aku leraikan pelukan dan mencari-cari jemarinya. sebaik mencapainya, aku sulam jari-jemari kami dan kucerakinkan erat-erat. biar tidak terlerai lagi dengan cantuman jemari kecil milikku dengan jemari kasar yang besar miliknya. lepas tu, aku dongakkan wajahnya. aku buang dan lap air yang membasahi pipinya. aku kucup dahi dan pipinya. "feel much better..?" soalku dalam senyuman paling manis. aku kucup lagi dahinya apabila dia masih diam. mata kami berenungan sesama sendiri. aku nampak mulutnya terbuka dan mengucapkan sesuatu. cara dia membuka mulut bagaikan terasa sangat payah hendak apatah lagi dengan bersuara"say it..." ucapku bagi mendorong supaya dia cepat dapat mengungkapkan kata. matanya terus berair. merah biji matanya bagaikan buah saga."sa..sayaaa..aang..." aku dapat rasai kesukarannya mengucapkan walaupun hanya sepatah kata. "okay.. relax... ambil nafas dalam-dalam.. calm down.. and selawat banyak-banyak..." dan dia ikut cakap aku kecuali berselawat. mungkin dia sekadar menuturkannya dalam hati. "okay, now.. say it out.. im all you ears.." pujukku cukup lembut dalam mengambil hatinya. "ba..baby kita...."
  "kenapa dengan baby kita?" potongku terus. aku tidak sangka pulak dia mahu bercakap mengenai bayi kami yang kiut-miut itu. sekejap lagi kita jumpa ya sayang.. tunggu mama tau..
 "ba..baby..kita.. su..sudah.. meninggal... sa..sayang.."
  "tidaaak!!! abang bohong!! abang bohong kan?? abang cakap bang!!" ngongoiku seperti tidak berakal. "tidaakkk!!! fiya nak anak fiya!! mari bang.. kita balik... fiya nak jumpa anak fiya... marilah... bang marilah!!" aku gamit tangannya sesudah aku turun dari katil. "istighfar sayang... a..abang cakap yang betul..." tidaaaak!!! aku hambur jeritan kepedihan dalam hati sendiri. aku rentap tanganku dari genggamannya. aku mahu pulang ke rumah kami. aku mahu segera ketemu anak kami. aku tidak sama sekali mempercayai berita ini. "mengucap sayang... ya..allah... jangan begini.. sayang kena terima takdir Ilahi..." tanganku tidak berjaya kurentap apabila tubuhku dipeluk erat dari belakang."lepaskan Fiya bang!! lepaskan Fiya!! Fiya nak jumpa anak Fiya!! anak mama!! tunggu mama sayang... lepas bang!! lepaskan tangan Fiya ni..." aku terngongoi dalam pelukan Zainal. aku tak percaya!! aku tak percaya!!
  "jenazah baby kita dah kena kubur sayang... nanti kita datang melawat kubur anak kita ya..."
kepalaku dikucup bertalu-talu. aku menggeleng-geleng. "tak!! Fiya tak nak!! Fiya nak jumpa anak Fiya kat rumah kita!!! kenapa abang tak pandai faham ni?? abang tak rindu anak kita ke bang..." ya allah... aku mahu pergi dari sini. aku mahu tengok anak aku. aku mahu cium pipinya. aku mahu mandikannya. aku mahu tidurkannya. aku mahu tengok dia membesar...
  "sabarlah... kita masih boleh usaha lagi...syy... dah..dah... relakanlah dia pergi.. Allah lebih menyayanginya...yang penting sayang kena harus cepat sembuh dan kita buat anak lagi hari-hari..." dan aku terkulai layu sayu dalam dakapan erat Zainal. tuhan.. benarkah Kau telah ambil nyawanya...?


bersambung....
p/s:  sila-silalah komen ya… senang hati bila tengok anda komen… hehehe… cakaplah atau rapulah apa sahaja yang penting anda tinggalkan jejak.. tq so much!!


sedutan episod 10:

  "aku nak kau tuntut cerai sekarang juga!! cepat!!! nah... kau ambik telefon ni dan minta cerai dari Zainal!! ambik!!!"

Saturday, January 28, 2012

Jauh Aku Berlari 8

     telefonku dalam kocek berbunyi. ringtonenya aku sangat kenal. "abang!" terjerit aku kerana benar-benar teruja. pantas aku tinggalkan kerja-kerjaku didapur dan aku keluarkan handfone dari dalam kocek seluar. pantas kutekapkan ketelinga setelah menekan butang hijau. "assalamualaikum bang!" sapaku sebelum suara disebelah sana terlantun. perangani budak-budakku sedikit sebanyak masih belum mampu kuhakis sepenuhnya. "heiii!!! im not your abang bodoh!!!" tengkingan kuat perempuan disebelah membuatkan aku hampr-hampir terlompat. badanku terus menggigil. aku tekapkan lagi telefon ketelinga setelah tidak sengaja terjauhkannya tadi. "heloo.. siapa ni?" tanyaku lembut. aku tidak tahu apa yang menjadikanku sebegini tabah. ikutkan hati, boleh saja aku balas tengking perempuan bermulut celupar tadi.
 "aku nak kau tuntut cerai dengan Zainal!! kalau kau melawan, kau akan tahu balasannya nanti!!"
"masya-allah!" aku betul-betul terjerit dengan ugutan wanita tadi. terus aku tekan butang merah. aku tenung telefon yang suamiku beli termasuk SIM kadnya sekali. cuba berfikir dengan rasional. bagaimana dan siapa. perasaanku berkecamuk. dan buat pertama kalinya aku melanggar undang-undangku sendiri. aku lempar telefon blackberry storm kesofa. aku hempaskan tubuh ke sofa sebelum meraup seluruh wajahku. perasaan mula bermain teka-teki. aku benar-benar buntu sekarang. aku perlukan suamiku disisi. aku mahu dapatkan kepastian. siapa perempuan tadi dan bagaimana dia dapat rampas telefon Zainal. aku harus ambil tahu. aku tak semudah itu akan mengalah.
  "bang..pulanglah bang..."
seminit kemudian telefonku berdering lagi. ringtone yang sama. tentu perempuan itu lagi. "argghh!" aku hamburkan kebuntuanku dengan menjerit kuat sehingga bergema satu tingkat banglo mewah Zainal. "ya Allah.. non! ngapain sih teriak-teriakan segala? memangnya non ini kenapa?" entah bila bik Jah berada dimuka pintu. mukanya tampak risau. aku tidak menjawab. perlahan aku menggeleng. aku takkan bercerita perkara ini kepada orang lain selain daripada Zainal.
  aku hanya mahu menyelesaikan masalah bersama-samanya. bik Jah mula melangkah masuk keruang tamu. aku lemparkan senyuman kambing. "bik jah, hari ni bibik tak usah kerja, biar saya yang buat semua kerja bibik ya!" usulku apabila bik Jah duduk disebelahku. tanganku yang bermain-main dengan telefon yang sudah tidak lagi berbunyi masih lagi galak mengusik sana-sini. aku tidak dapat respon daripada bibik. "boleh ya bik?" pujukku lagi. tiba-tiba bik Jah sentuh dahiku dengan belakang tangannya. jelas kelihatan rautnya yang kelihatan tercengang. "kenapa?" tanyaku lagi hairan dengan tingkahnya. bik jah hanya menggeleng sebelum mengangkat punggung hendak beredar. "bibik dengar tak cakap saya tadi?" terkeluar suara aku sedikit tinggi. tidak pernah-pernah emosiku terganggu sebegini selain daripada reaksiku semasa peminangan Zainal dahulu.
  "tapi non..." bibik jah mulai gentar. aku minta maaf bik. tapi aku buat juga untuk menghilangkan rasa bengangku ini. "tapi apa lagi bik?" aku sengaja bertegas. aku hanya perlukan persetujuannya sekali ini saja. bik Jah mulai bermain dengan tangannya. nerbouslah tu. "tapi bik jah takut tuan Zainal marah bibik non.." perlahan dan cukup sayu suaranya. aku jatuh simpati. aku tahu Zainal benar-benar tegas dengan bibik Jah dan bibik Marni yang bertukar-tukar membersihkan rumah kami setiap hari pejabat. tapi aku benar-benar perlukan pemahaman bibik satu kali ni aje.       "bibik jangan risau. saya boleh uruskan suami saya. dah.. bibik boleh pulang atau kalau bibik mahu temankan saya seharian dirumah ni? suami saya belum pulang." pancingku. maklum saja bibik jah dan bibik Marni memang peminat sinetron indonesia. aku perhati setiap kali pukul dua petang, pasti mereka sudah duduk tercongok didepan tv sambil memeluk penyapu. bibik nampak kacau.
 "boleh ya bik. satu kali ni aje. lain kali saya tak minta lagi.." pujukku dan aku yakin bibik jah pasti mengasihaniku. umurnya baru sahaj mencecah 22 tahun. masih muda sebenarnya tapi mukanya agak hitam. mungkin kerana kepayahan mencari secupak nasi ketika masih berada di indonesia. kasihan.. getus hatiku.  "janji?" bibik bagaikan mahukan persetujuan dari pihakku pulak. "janji bik." balasku dalam senyum lebar. sesudah mengucapkan terima kasih kepada bibik, bibik meminta diri untuk pulang. katanya dia boleh mencari kerja lain untuk menimbal balik kerugian akibat tidak diberi kerja untuk sehari ini. melopong mulutku. bibik sudah tersalah anggap. sudahnya, aku memaklumkan padanya yang gajinya tetap berjalan seperti biasa walaupun tidak bekerja kerana aku sendiri yang menguruskan pembayaran pekerja-pekerja dirumah ini.
  Zainal yang amanahkan padaku. sekali-sekala ambik kesempatan tidak apa rasanya. bukannya buat hal tidak baik pun. bibik terus melompat gembira dan berkali-kali berterima kasih kepadaku. terbalik pulak. tadi aku, kini bibik. aku tahu, pekerja seperti mereka benar-benar komited dengan kerja dan sanggup melakukan apa sahaj untuk dikirimkan kepada sanaka saudara dikampung mereka. aku bersyukur kerana mendapat suami yang dapat menjagaku walaupun itu hanyalah penambah rencah dalam sebuah kehidupan.
  alhamdulillah, aku tidak pernah mengalami sebarang masalah kewangan sepanjang aku hidup. biarpun miskin dikampung namun masih boleh makan nasi. tak perlu bermewah-mewah kerana aku memang tidak suka bergaya dan suka hidup dengan serba sederhana. biarlah satu-satunya harga yang mewah dalam hidupku adalah banglo ini. kata Zainal, banglo ini dinamakan atas namanku. tuhan saja yang tahu saat itu. aku gembira dengan hadiah rumah ini namun bukan itu yang aku perlukan. sekalipun bukan nama aku, aku tetap akan gembira kerana hidup bersamanya. seharian aku mengemas rumah. terasa penat sangat. pinggang terasa retak. sampai sekarang aku masih belum dapat jawapan kepada persoalan perempuan pagi tadi. suamiku juga tidak pulang waktu tengahari untuk menjamu selera. aku dapat rasakan ada sesuatu yang telah berlaku. aku dapat hidu bau bacangnya. mungkinkah perempuan itu adalah wanita yang pernah menjadi tunangan suamiku. shasha? tuhan! apakah musibah ini?

   "who is she?"

########

   "so, can you explain to me? tell me what is happening dear!" pujuk Zainal lembut setelah aku melepaskan tangisan didadanya sekembalinya dari kerja. tubuhku erat didakapnya. seluruh kehangatannya dikongsi bersamaku. aku semakin tidak mampu menerima kehilangan suamiku apatah lagi berkongsi dengan wanita lain. "ta..tadi..." aku cuba menerangkan kejadian yang sebenar namun aku tersedu-sedu. susah hendakku memberitahu dalam keadaan diriku yang tersedu hiba begini. "shusshh.. it's okay. abang faham.. bila sayang dah rasa okay, just tell me okay!" pujuknya lagi lembut dari yang tadi. tuhan! aku tak mampu kehilangannya. aku tak mahu!!
  setelah hampir setengah jam aku dipujuk, sedu dan sedan yang susah sangat diusir pergi, akhirnya mereda sendiri. aku rasa aku sudah bertukar menjadi isteri yang terlalu manja. bukan salahku kerana suamiku yang terlalu memanjaiku. tanpa sengaja aku terbiasa untuk semakin lebih manja. "okay.. relax..relax.. now, story kat abang sikit. apa yang sayang sedih sangat ni..?" wajahku didongakkan dan jemarinya yang kasar mengusir air-air jelek yang membasahi pipiku malah hampir keseluruhan wajahku barangkali. "jangan tinggalkan fiya! jangan ye bang!" tiba-tiba aku diterpa rasa yang sangat sedih. terus aku peluk erat batang lehernya sekali lagi. aku kucup lehernya. aku cium semua baunya. aku tidak mahu kehilangannya. tolong aku ya Allah.
  "jangan begini sayang... abang pulak yang takut..." keluh Zainal begitu risau sekali. aku kasihan padanya namun melihat pada keadaanku,  tidak mungkin aku mampu memujuknya saat ini sedangkan hati aku sendiri kusut. sudahlah sepanjang hari tidak tenang, suami pula tidak pulang-pulang sampai kemalam. masuk dini hari baru masuk rumah. mana aku tak risau. entah jangan-jangan memang dia yang sengaja suruh perempuan tu telefon tak. entah apa yang sudah merasukku sampai begitu sekali. tidak! tidak! Zainal takkan sekali melakukannya. dia sangat mencintaiku. tapi bagaimana kalu betul? siapa yang patut aku persalahkan nanti. aku,Zainal atau perempuan bernama shasha itu.
  "kenapa ab..abang balik lambat hari ni? abang tahu tak fiya takut sangat kena tinggal sorang-sorang kat sini. mana janji abang takkan tinggalan fiya seorang diri bang?" tanyaku yang kecewa setelah sudah mampu bertenang. ternyata riaknya berubah. hatiku mulai rasa tak sedap. jangan beritahu aku yang Zainal memang baru balik daripada melawat perempuan tu sama seperti hari-hari yang lepas. aku jadi takut bila memikirkan kemungkinan tersebut. "im sorry.." ucapnya perlahan. rasa dapat menghidu sesuatu. makin tidak enak pulak perasaanku. makin rasa waswas. makin buat jantungku berdegup pantas. "fiya tak perlukan maaf abang, yang fiya perlukan sekarang ialah jawapan abang."   cantasku bila nampak mukanya sengaja buat muka simpati.
   "abang a..ada kerja yang abang kena siapkan juga dekat ofis tadi. im sorry sebab lupa bagitau fiya...im sorry okay!" aku menggeleng pantas. terus aku jauhkan tubuhku. Zainal menunduk. merasa bersalah barangkali. aku tahu Zainal sedang berbohong. dia seperti menyembunyikan sesuatu daripadaku. aku tahu sangat dengan bahasa badannya. dia bukanlah calon penipu mahupun pembohong. dia tidak dikurniakan kejahatan itu. maka dengan cepat aku dapat mengenalpasti sekiranya dia sedang berbohong. aku tidak mahu beralah lagi. sudah hampir seminggu Zainal terpaksa menjenguk bekas tunangnya. bukan atas kerelaannya tetapi kerana dipaksa dan terpaksa atas sesam ihsan dan kemanusiaan.
   aku percaya akan itu tapi kenapa dia harus berbohong sekiranya benar pun dia dari sana. "abang bohong!" ucapku perlahan berserta dengan ketidakpercayaan serta sakit hati. kecewa dengan sikapnya yang sudah mula pandai menipu. "i'm sorry... a..abang..." belum sempat dia habiskan permohonan maaf yang enath sudah keberapa cepat sahaja aku mencantas. "berapa kali fiya cakap, fiya bukan nak abang minta maaf, fiya cuma nak abang jawab soalan fiya tadi. susah sangat ke nak jawab bang...?" tambahku sangat sendu dan makin bertambah rasa kecewaku. airmata yang sangat edgil mahu juga mengalir keluar dari kelopak mata, aku lap bersama air hidung. biarlah wajah aku comot sekalipun. aku tak kira. aku perlukan jawapan. itu sahaja.
  "abang..aa..abang sebenarnya dari hospital tadi..." nah! maka betullah telahanku. Zainal memang dari hospital. aku dapat cium bau ubat dari bajunya tadi. aku merasa sangat-sangat kecewa dengan Zainal. pantaskah dia membohongiku sedangkan kalau dia berterus-terang, aku tidak akan tersiksa begini. "ja..jadi.. abang dan mula pandai bohong dekat fiya..?" entah apalagi yang boleh menterjemahkan rasa kecewaku. ini belum lagi dicurangi, mungkin aku boleh jadi gila agaknya. tuhan! jauhkan benda itu dari hubungan kami. "abang t..tak bermaksud sayang. a..abang terpaksa..." jawapan Zainal membuatkanku tercengang. "terpaksa? sebab kenapa? siapa yang paksa abang menipu ni?" bertalu-talu aku bertanya. itu semua spontan. "Dato' karim.." jawapan Zainal sekali lagi membuatku terkejut. jujur tapi lurus. aku rasa mahu tergelak dengan suamiku. siapakah dia Dato' karim itu sehingga mampu membuli suamiku yang sangat susah dibuli? dan apa kena mengena dia dengan suamiku sehingga berani-beraninya memaksa suamiku menjadi seorang penipu? "siapa Dato' karim tu bang?" seakan pernah aku dengar namanya. atau jangan jangan dia...  "Dato' karim tu er... doktor kat situ merangkap pengarah Hospital Makhota jaya tempat shasha dirawat" Ya Allah! terasa mahu meletup  dadaku menahan debar. "apa se..semua ni bang? jelaskan kat fiya satu satu.. biar fiya faham..."Zainal nampak serba salah. kenapa harus Zainal bersikap begini. apa sebenarnya ni? ya Allah, kalau boleh aku nak sangat jumpa Dato' karim tu. aku nak bagi amaran dekat dia supaya jangan berani-berani memaksa suamiku melawat shasha. tiba-tiba aku mula terfikir sesuatu. apa kena dengan aku ni? kenapa bebal sangat. tentu saja Dato' karim tu papanya shasah. tuhan... permainan apakah yang sedang dimainkan oleh keluarga itu? benarkah mereka benar-benar mahu menghancurkan keluarga suamiku. "kalau sayang nak tahu, Dato' karim tu lah papa shasha. dia minta abang tolong lawat anaknya tiap hari lepas abang balik. mulanya abang memang tak nak pergi tapi dia ungkit jasa dan budi dia dekat kakak abang yang dirawatnya secara high speciality class semasa kaklong accident tahun lepas sampaikan kaklong keguguran. dialah yang banyak menolong memberi nasihat dan semangat buat kami sekeluarga masa tu. tapi abang benar-benar tak sangka dia akan ungkitkan benda ni semula sedangkan abah dah keluarkan belanja dan kos rawatan yang agak berlipat ganda. sekarang ni pula, abang terpaksa lawat shasha. abang tak suka sayang tapi abang kena paksa. sebab tu abang tak sengaja tipu sayang tadi, abang betul-betul tak tahu dah macam mana nak selesaikan kes ni. tolong abang sayang..." rintihan Zainal benar-benar kedengaran sangat berat. aku mula rasa bersalah. menuduhnya tanpa usul periksa. aku ambil tempat disebelahnya. aku tarik kepalanya supaya menunduk. dia nampak seperti terpnga-pinga dengan tindakanku tetapi tidak bersuara. bisu seketika. kasihannya dia. dahlah penat baru balik seharian dengan hati yang resah, aku pulak sengaja menambahkan masalah pada suamiku. maafkan fiya bang... ampunkan fiya. fiya isteri yang tak berguna. aku rebahkan tubuh Zainal perlahan-lahan diatas ribaku. sebaik kepalanya menyentuh pehaku, dia memeluk pinggangku erat. wajahnya dijunamkan keperutku. kasihannya abang...
  aku usap-usap rambutnya sampai detik berlalu begitu lambat. hiba hatiku melihatnya begitu. dia kini seorang suami yang sangat bermasalah dan menanggung beban. aku kenal dia sebagai seorang yang kuat lahiriah dan batiniah. mungkin masalah ini terlalu rumit baginya. aku terkena tempiasnya.. "sayang..." serunya perlahan dan agak sendu. "hrmm..?" aku layan dia bagai kanak-kanak. aku tahu dia sangat-sangat butuhkan ketenangan dan perhatian. aku akan buat itu semua. aku akan pujuk hatinya yang kegelisahan. "abang tak nak tinggalkan fiya.." aku tersenyum. sejuk hatiku ini. terlalu jujur pengakuannya. "fiya tahu... abang suami yang baik. abang tak akan buat fiya macam tu." alahai suamiku! tulusnya hatimu. aku terus belai rambutnya. terasa indah dipeluk begitu. dirinya tak ubah bagai anak kecil yang mengerekot manja. penuh manja bagai meminta simpati daripada aku. "ka..kalau fiya nak tahu... a..abang kena paksa kahwin dengan shasha..." aku tidak bernafas. kaku. hanya degupan jantung yang kedengaran masih mengejam laju. tanpa sedar, airmata datang merambu. aku tekup mulutku daripada meraung. "ta..tapii.. abang tak nak... tolong abang sayang.. abang tak nak.." Zainal mengongoi di ribaanku. "masyaallah! apalagi cobaan ini. tergamak Dato' karim buat abang macam tu!" ini tak boleh jadi. dia ingat dia tu siapa. jangan dia fikir, dengan budi yang ditaburnya dulu boleh digunakan untuk merampas laki aku. tapi kenapa Zainal beria-ia begini. setahu aku, dia seorang yang kuat dan tabah. "kalau abang tak nak, fiya lagi tak nak bang..."aku pujuk dia lagi. Zainal mengangguk. bersetuju dan mungkin terasa disokong. "jangan risau! selagi fiya ada dengan abang selagi itu fiya tak benarkan suami fiya dirampas. besok, fiya nak abang bawa fiya jumpa dengan mereka satu keluarga. biar fiya berterus terang dengan mereka." aku meyakinkan. Zainal segera mengalihkan mukanya menentang mataku. jelas aku nampak raut wajahnya yang terharu. "abang percayakan fiya kan?" tanyaku mahu dia tahu aku amat perlukan kepercayaannya sekarang. dengan kepercayaannya sahaja, aku akan kuat.Zainal sekadar mengangguk. senyuman terharu meniti dibibirnya. aku tunduk dan cium dahinya yang luas. laki aku ni bijak kerana memiliki dahi yang luas. "i love you.. remember that.." bisikku dalam senyuman kepayahan. Zainal merembeskan airmata. aku tidak tahu sejak bila suami aku jadi cengeng begini. sedangkan abah sendiri pernah bercerita padaku tentang keperibadian suamiku yang begitu keras kepala dan tidak berperasaan . tapi yang itu sejak belum berkahwin dengan aku, katanya. adakah aku yang mendorongnya melakukan penghijrahan perasaan?

  ####

   setelah mandi wajib dan bersolat subuh yang sudah menjadi kemestian pada kami setiap hari kecuali aku datang bulan, kami bersarapan sekejap. hanya bersarap dengan sekeping roti bakar dengan berintikan kaya inti kelapa. setelah itu kami bersiap untuk ke hospital makhota. aku kerling jam bentuk epal didinding. sudah pukul 6.50 pagi. kata Zainal semalam, perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang setengah jam dari kota damansara. kami tiba dihospital swasta milik Dato' dr. karim setengah jam kemudian. kenapa namanya agak biasa kudengar. jangan-jangan dia tu bekas orang kampung aku tak? kalau dialah orangnya, apa agaknya reaksi kami? walaupun mungkin dia tak kenal aku, tapi dia kenal puan nimah hakiah dan encik kahar imran. aku akan katakan kebenaran kalau memang dia adalah lelaki itu.
   keadaan hospital ketika ini masih lengang. hanya ada beberapa orang pelawat. Zainal memarkirkan keretanya agak jauh dari bangunan Hospital. sudah begitu peraturannya barangkali. terpaksa pula berjalan nak kesana. "penat?" tanya Zainal sebaik sahaja tiba di depan lif menuju ke tingkat atas. "tak juga. adalah sikit aje.." jawabku sambil menekan butang lif yang bersimbol segitiga meruncing keatas setelah Zainal mengatakan shasha ditempatkan ditingkat 10. aku tak nafikan perasaan cuak. sebagai manusia, aku juga takut sebenarnya  memikirkan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. namun aku harus berani berterus-terang. sekiranya itu belum mampu menyelesaikan masalah, pandai-pandailah kami guna cara lain. dan semalam Zainal beritahu aku, memang benar shasha yang menelefonku. dia berikan shasha lima minit sahaja untuk menelefonku dan bertanya khabar. tapi bila aku beritahu Zainal mengenai permintaan mengarut shasha, dia nampak terkejut sangat. terus dia marah-marahkan shasha. sebab itulah dia tidak sabar-sabar membawaku ke sini. nasib baiklah hari ini hari cuti."suka sangat dia ni mengelamun...hei! wake up, lif dah nak tutup tu!" tanganku digamit masuk. aku termalu dengan tindakanku lebih-lebih lagi dengan kehadiran orang lain disana. doktor agaknya kerana lelaki itu berbaju jubah putih panjang sehingga paras lutut. aku kuntum senyum pada lelaki itu. Zainal berdiri dibelakangku dan sengaja memaut bahuku penuh kemesraan. bengang barangkali dengan lelaki desebelah kami yang tidak berkelip memandangku. walaupun agak handsome paras rupanya tetapi suamiku seribu kali lebih handsome. setakat ini belum ada siapa yang menandingi kehandsoman Zainal biarpun artis dari luar negara atau dari indonesia yang putih-putih. kalaupun handsome, senyuman kurang manis dan mata kurang redup. Zainal punya pakej yang paling lengkap. mungkin sebab itu shasha sanggup membunuh diri semata-mata kerana pertunangan mereka terputus begitu sahaja. doktor tadi keluar setelah berada diparas 6. cepat-cepat Zainal tekan punat tutup. tidak mahu ada yang masuk barangkali. "amboi.. sukalah dia tu ada orang minat!" tiba-tiba Zainal memerli. aku senyum. tahu sangat laki aku ni naik cemburu.pantas aku menjawab. "abang ingat abang sorang aje ke ada peminat, fiya pun ada juga tau!" balasku dengan senyuman mengejek. Zainal pura-pura besarkan matanya. ada jugak yang aku cucuk nanti. tapi walaupun dalam apa jua mimik muka sekalipun, Zainal tetap menarik. sangat-sangat menarik sebenarnya. untungnya aku dapat laki berwajah kacak. Zainal terus peluk pinggangku dan aku tidak sedar bibirku telah dicemari. dia ketawa selepas meleraikan tautan bibir kami. "gatal betullah dia ni" aku cubit pinggangnya yang separas dengan perutku."aduhh..." Zainal mengadu perlahan. "padan muka!" sebenanya aku tak kisah sangat bila Zainal buat begitu tapi aku malu apabila ada yang melihat rakaman CCTV dalam lif ni nanti. adoii.. mana nak letak muka nanti?
    sampai sahaja di tingkat sepuluh, Zainal memaut pinggangku."tak nak peluk-peluk, fiya tak biasa lagi!" kataku terus-terang. Zainal hanya sengih. lawa senyumannya. aku pegang sebelah pipinya guna tangan kanan. "abang tak marah kan?" Zainal menggeleng saja. aku tersenyum. terima kasih kerana memahami. ah! sukarnya menafikan perasaan ini. cinta yang sangat dalam buat suami yang sudah lebih tiga bulan bergelar suamiku. kami mengacu langkah berpimpinan menuju ke bilik rawatan shasha. bilik ekslusif untuk ahli keluarga dato dr. karim othman. itu kata Zainal. tentu cukup-cukup istimewa layanannya. "dont tell anybody about this ok!" tegas Zainal pagi tadi. katanya dia hanya mahu kami menyelesaikan masalah ini tanpa melibatkan keluarga. aku tahu, dengan masalah dalaman dua buah keluarga ini yang belum lagi berbaik, tidak mustahil masalah lagi besar akan tercetus sekiranya abah atau umi tahu. tiba didepan pintu bilik rawatan shasha, Zainal teragak-agak hendak mengetuk pintunya. katanya dalam bilik itu, ada lagi cabang bilik lain. sekarang ini sahaja, kami sudah berada dalam lingkungan bilik rawatan VVIP tersebut. belum ada satupun katil pesakit aku nampak sedari masuk tadi. mungkin perlu mencelah masuk beberapa bilik supaya dapat tembus ke bilik shasha. rumitnya susun atur Hospital makhota. "jom masuk.." tanganku ditarik masuk kedalam. "silakan masuk puan..." aku tersenyum pada penyambut tetamu yang diletakkan didepan bilik rawatan shasha. "terima kasih cik.." balasku mesra walaupun perasaan terkejut masih ada. melihat pada layanan dan dekorasi bilik rawatan VVIP, aku sudah dapat mengagak betapa eksklusifnya layanan yang diberikan oleh Hospital ini kepada pesakitnya. hatiku tiba-tiba menjadi sakit apabila teringatkan shasha yang cuba merampas suamiku. Zainal sudah habis menulis butir pelawat kedalam diatas satu buku. hanya Zainal sahaja yang perlu menulis pengenalan dirinya. dikhabarkan, shasha sudah terbangun dari tidurnya. pagi pagi lagi sudah mengigau memanggil manggil nama Zainal. hatiku jadi rusuh. begitu berat sekali bebanan perasaan yang ditanggung shasha sejak Zainal memutuskan pertunangan mereka. begitu kuat sangatkah cinta shasha terhadap suamiku? apakah cintanya lebih kuat dari cintaku?
   kami diberikan dua pas masuk. "terima kasih cik...jom sayang, kita kesana. itu bilik shasha.." ajak Zainal dan aku hanya menurut. sempat aku lemparkan senyuman kepada cik Tina, penyambut tetamu disitu. "abang.. fiya takutlah..." luahku apabila sudah berada hampir didepan bilik shasha. Zainal memberhentikan langkahnya. lalu dia menarikku kedalam dakapan. aku membalasnya. walaupun perasaan malu dengan cik Tina yang sedang tersipu-sipu melihat perbuatan Zainal namun aku perlukan semangat yang datang dari aura Zainal. "apa yang nak ditakutkan, abang kan ada.." pujuk Zainal lembut. aku menghembuskan nafas yang memberat. kemana perginya semangatku yang berkobar-kobar sejak semalam. memang benarlah aku ni pengecut orangnya. berani berkata tetapi takut melakukan. "dah.. jangan fikir banyak sangat. nanti fiya pening pulak..." Zainal lepaskan pelukan selepas mengucup dahiku. tanganku diraih dan digenggam erat. "fuhh.. jom!" aku tarik tangannya pergi kedepan mara lagi untuk sampai betul-betul didepan pintu bilik shasha. semalam Zainal ada cerita sedikit mengenai bekas tunangannya. shasha seorang anak bongsu Dato' karim. anak yang ketiga. umurnya baru sahaja 22 tahun dan masih belajar dalam bidang kedoktoran di UM. benar-benar tak kusangka, wanita sebijak shasha sanggup melepaskan nyawa hanya kerana cintanya ditolak mentah-mentah. tapi kalau bukan kerana hendak menikah dengan aku, Zainal tak mungkin memutuskan pertunangan mereka dan aku tak sebahagia ini. shasha juga tidak perlu melalui detik-detik kesukaran dalam hidupnya. adakah aku juga bersalah dalam hal ini?
   "hai shasha... apa khabar you pagi ni?" suamiku menegur sesudah pintu bilik ditutup rapat. aku masih berada dibelakang Zainal namun tanganku erat berada dalam genggamannya. "i makin sihat.. mungkin sebab you asyik jenguk i kat sini kot! duduklah Zainal... i nak you stay by my side. i miss you sangat-sangat  tau..." ceria suara shasha yang berbaring tetapi katil bahagian kepalanya ditinggikan sedikit. aku pulak yang makan hati. Zainal tidak langsung mengulas. "jom sayang.. kita kedepan sikit." Zainal tarik pinggang aku maju lagi kedepan. sempat kujeling shasha yang begitu tajam merenungiku. "siapa benarkan you bawak perempuan ni kesini Zainal, hah?? suruh dia keluar!! pergi kau!!!" teriak shasha berang dengan pandangan makin tajam kearahku. aku terus kecut perut. tentu dia benci sangat dengan aku yang menjadi punca pertunangan mereka terputus dan tidak sampai kemenara pelaminan. "i ada hak sha! abah i ada saham kat syarikat ni. kalau you tak benarkan isteri i masuk sama kat dalam bilik you ni, then this will be the last  time i visit you here! jangan sesekali you cabar i lagi!" suara Zainal juga tegas. shasha tidak menjawab. ada kesayuan dimatanya. aku terus diam. "i datang kesinipun nak bincang dengan you. i nak you jelaskan apa maksud you suruh isteri i minta cerai daripada i. are you mad sha? i tak sangka you ambil peluang semalam untuk sakitkan hati fiya. you tahu tak perasaan isteri i benar-benar terganggu dengan permintaan mengarut you tu? dah berapa kali i bilang sama you that i buat semua ni sebab perasaan ihsan sesama manusia. you yang anggap perhatian yang i beri selama seminggu kat you lebih-lebih. im not your fiancee anymore. take note about it!" hambur Zainal tegas. "tapi i love you nal... kenapa you tak pernah bagi peluang kat i nal? i nak jadi isteri you. please.. i love you so much nal... tolong ambik i jadi isteri kedua you...i tak kisah... i sanggup asalkan i jadi isteri you..." rintih shasha menangis teresak-esak. ya allah. aku tak sangka keadaan akan jadi ribut macam ni. kalaulah aku tak cadang bukan-bukan semalam. "no!! i dont love you sha! tolonglah! dah berapa kali i cakap kat you kan? kenapa you tak pandai nak faham-faham! i dah muak dengan you tau tak!" rengus Zainal dengan mata membuntang. "bang..." belum habis aku berkata, Zainal terus memotong. "mari balik!" tanganku ditarik kearah pintu. "jangan dulu nal! i belum habis lepaskan rindu i kat you hari ni. please... demi simpati you kat i... i sanggup nal..." rayu shasha sebelum sempat kakiku melangkah pergi. aku nampak shasha cuba nagun tetapi dia mengerekot kesakitan. tentu saja kalau shasha larat, dia sudah berlari memeluk dan memujuk suamiku. Zainal tidak mengendahkan malah terus menarik lenganku. "safiya! tolong i... tolong pujuk Zainal.. please...tolong kasihani saya..." rintihan bersalut permintaan shasha membuatkanku terkaku. apakah shasha terlalu cinta mati pada suamiku? tuhan.. siapa yang patut aku dahulukan..? waktu itu juga Zainal memberhentikan langkah. pinggang aku diraih rapat kebadannya. aku dapat rasakan kemarahannya yang tertahan-tahan.
   "apa yang you merepek ni shasha? kami dah nak balik ni. so, please jangan halang isteri i. isteri i tak macam you. hatinya terlalu baik untuk you sakiti. sebab itu sha.. sebab itu i sayang mati dekat fiya. you nampak tak tu sha? so i mohon kat you. tolong hentikan perassan you tu. i tak mampu balas cinta you. hati i hanya satu. dan ianya hanya buat isteri i. kalau you benar-benar cintakan i, lepaskanlah i pergi dengan tenang..." suara Zainal bertukar daripada bengang menjadi sebuah rayuan. shasha makin teresak. sayu. tapi dalam masa yang sama aku tak mampu berbuat apa-apa.   "jom... jangan pedulikan permintaan mengarut dia tu. it's all are her tricks!" beritahu Zainal bagai memujukku supaya mengikuti langkahan kakinya. sampai saja di muka pintu, pintu  diselak dari luar. "eh.. Zainal! awalnya datang?" tegur suara wanita. aku sedia maklum itu tentu mamanya shasha, datin wanda harun. "saja auntie.. oh ya, kenalkan ini isteri Zainal, Nur saffiya namanya. cantik kan?" dalam pada Zainal memperkenalkan aku kepada datin wanda, diselitkan kata pujiannya. aku mula gelabah. jangan fiya! jangan buat malu diri kau!
 "assalamualaikum datin! datin apa khabar?" aku hulurkan tangan dan datin wanda teragak-agak menyambut. sebaik tangan kami bertemu, aku terus kucup belakang tangannya. "kenapa shasha nangis nal, kamu ada sakitkan hati dia lagi ke?" terus datin bertanya pada Zainal selepas menarik tangannya. aku sedikit terasa dengan layanannya. mungkin juga datin wanda tidak merestui perkahwinan kami. "tanyalah dia sendiri. saya malas dah nak layan perangai anak datin tu." Zainal terus mengheretku lagi untuk berlalu dari bilik itu namun kami terhalang lagi dengan kemunculan seorang lelaki tua yang berambut putih yang tiba-tiba menerpa masuk. "apa semua ni? kenapa dengan shasha tu Zainal, kamu sakitkan hati dia lagi kan?" hambur lelaki tersebut tanpa menegur khabar. aku cuba ukirkan senyuman buat lelaki itu namun tenungan tajam pula diberikan. "no comment uncle!" balas Zainal selamba sebelum menarik tanganku untuk pergi. tangan Zainal dipegang oleh lelaki itu sebelum Zainal sempat melangkah. "apa lagi yang uncle nak ni, hah? Zainal letih uncle... cubalah faham perasaan Zainal. jangan terlalu manjakan anak uncle tu. sebab tu lah dia jadi macam tu, sebab uncle terlalu manjakan dia." beraninya Zainal berkata begitu sambil bertentang mata dengan dato' karim yang garang. mukanya diwarisi oleh shasha. anak bapak rupanya. "kurang ajar kau!" dato karim mengangkat tangannya dan melayankan kepipi Zainal. hatiku menjerit jangan!
  pang!!!
 "abang!!!" jeritku serentak dengan jeritan datin wanda. aku hampir-hampir menangis. aku peluk erat tubuh suami yang memegang pipinya yang ditampar. terteleng muka Zainal sewaktu menerima tamparan Dato' karim tadi. kuat sangat kurasa sampai jadi begitu. datin wanda menenangkan suaminya namun ditepis oleh dato karim. malah ditampar jugak pipi datin wanda. "sampai hati abang!!" jerit datin wanda sambil menangis teresak-esak. dia duduk dibirai katil dan menangis sama dengan shasha. takat kemarahanku menjadi-jadi. jelek betul perangai lelaki bergelar 'dato' itu dimataku. kasihan datin wanda. sudahlah risau dengan sikap anaknya, kini suaminya pulak menambahkan luka. bagiku datin wanda baik orangnya cuma terlalu risaukan kesihatan dan perasaan anaknya sebab itu dia bersikap terlalu protective pada shasha dan persuasive ketika bertembung dengan pihak Zainal.
   "kamu jangan lupa apa yang aku dah buat pada keluarga kamu Zainal! aku tak kira.. kamu kena pujuk shasha sebelum kau keluar dari sini. siapa yang benarkan kau bawak perempuan perampas ni ke sini? dalam bilik anak aku pulak tu. ada aku suruh kau Zainal??" tengking dato' karim bagai guruh. tercela peribadinya selaku seorang doktor pakar perunding. hanya kerana membela anaknya, hilang semua sifat mulia dalam diri seorang yang bergelar doktor perubatan. Zainal jadi berang. tangannya terus ditarik dari genggaman dato' karim. mukaku dah pucat. hilang semua semangat yang kukumpul sejak semalam. "dengar sini baik-baik dato karim! i tak suka dengan anak you tu! sepanjang kami bertunang i tak pernah simpan apa-apa perasaan pun kat shasha. i ni hanya tunangan dia sejak kecil and that time i masih kecil so that's mean bukan i yang berikan persetujuan but bila i dah mula membesar, i ada hak pilih jalan hidup i. i tak nak kahwin dengan anak you. i tak nak and i tak nak. jangan pernah ungkit budi uncle pada keluarga i sebab budi uncle dah berbayar. yang lain tu i minta uncle ikhlaskan.. so, i nak balik and dont find me anymore. auntie! kami balik dulu. assalamualaikum!" berubah terus wajah dato karim setelah ditempelak Zainal. "kurang ajar kau budak!! kalau bukan aku yang jaga kakak kau, dah mati agaknya dia tu!" dato' karim masih ingin berlawan. aku tidak mahu pertelingkahan mereka berlarutan kerana aku tahu kesudahannya sangat memalukan dan menjahanamkan. "mari kita balik bang..." aku terus peluk pinggang Zainal supaya cepat-cepat berlalu dari situ, namun suara rayuan shasha membantutkan. "jangan tinggalkan i nal... tolong i.. i tak mahu hidup kalau pergi...pa, kalau papa benarkan Zainal pergi, sha akan bunuh diri pa!" suasana bilik semakin membingit dengan tangisan shasha dan suara datin wanda  yang cuba menenangkan shasha. shasha memukul-mukul segala anggota badannya. "jangan gila shasha!!" tempik dato' karim apabila shasha cuba menusuk dadanya dengan jarum iv line yang dipasang diurat tangannya. diterkam tangan shasha yang cuba membunuh diri. "shasha!! jangan buat begini nak...tolong nal.. tolong pujuk shasha... jangan pentingkan diri sendiri. kalau apa-apa berlaku pada anak saya, auntie takkan maafkan kamu sampai bila-bila Zainal!" rayuan datin wanda menjadi tegas. shasha sudah dapat ditenangkan. dia tidak lagi mengamuk namun masih menangis teresak-esak. "minta maaf auntie, uncle, saya tak dapat tolong dan jangan cuba-cuba kaitkan saya dengan shasha lagi!" kali ini Zainal seperti tidak mampu menahan sabarnya, tanganku ditarik lagi untuk keluar dari bilik rawatan shasha namun terhalang lagi oleh beberapa orang doktor yang secara tiba-tiba datang menyerbu masuk. "tangkap perempuan tu pa! tangkap dia!! aku nak bunuh dia!!" jeritan shasha menyentakkan semua yang berada disana. segera aku berpaling kebelakang. shasha seperti mahu turun dan menerkam kearahku.
 "aahh...!!" terkejut aku dengan keadaan shasha yang terjatuh dari katil. cepat saja aku mahu membantu namun tanganku ditarik kearah Zainal. "dont!" tegahnya sambil merenungku tajam.   "ta..tapi.."
 "no!!" tegasnya lagi membuatkanku terkelu.
tubuhku terus dipeluk untuk menenangkanku. "keluar kau dari sini Zainal!! keluar kau!! bawak isteri kau tu sekali!!" jerkah dato' karim lantang. terus aku tolak dada Zainal. dapat kurasa jantungnya berdegup begitu kencang saat berpelukan sekejap sahaja tadi. shasha mula meronta-ronta dan memekik-mekik saat kami mula melangkah pergi. "dont look at her!" tegah Zainal lagi sebelum sempat aku jatuh kasihan pada shasha. kali ini kami berjaya menerobos keluar dari bilik rawatan shasha. keluar sahaja dari bilik itu, bahuku ditarik lembut dan dipeluk. kami terus keluar dari ruangan VVIP. cik Tina yang berada disitu hanya terdiam sewaktu kami melintas didepannya.
kami hanya berbalas senyuman.
   "suka-suka hati aje nak bunuh diri. dah gila agaknya minah tu!" rungut Zainal sebaik menghidupkan enjin kereta. aku tidak mampu mengulas apa-apa. tiba-tiba Zainal ketawa. aku pandang kearahnya. "ada orang tu beria-ia nak berterus terang, tapi habuk pun tarak!" ketawanya semakin besar. oh! baru aku faham kenapa dia gelak. dia gelakkan aku rupanya. aku turut tumpang ketawa mentertawakan kebodohanku juga diriku yang pengecut. sudah habis kami bergelak ketawa, Zainal mengisyaratkanku supaya mendekati dirinya. 'apa?' soalku melalui gerakan kening. "sakiiit.. sayang..." adunya manja sambil menyentuh pada pipinya. terus aku jatuh kasihan. "fiya cium, nak?" aku tahu dengan bercanda begitu, sekurang-kurangnya dapat menghiburkan hatinya. "nak.." jawabnya suka. biarlah kalau suamiku gatal sekalipun. sudah begitu agaknya lumrah nafsu lelaki. tidak mungkin menolak huluran yang ditawarkan.
  cupp!
lama bibirku melekat dipipinya. lepas tu, aku elus pipinya yang jelas ada kesan tamparan tapak tangan. "kasihan abang..kan?" aduku dalam suara simpati. Zainal hanya diam tapi mengangguk. tanganku yang ligat membelai pipinya diambil dengan tangannya lalu dibawa kebibir sambil mata  kami bertautan kasih. "i love you..." bisiknya dengan sorotan matanya yang redup. i love you too.. ucapku dalam hati kerana sebaik aku menuturkannya melalui mulut, pasti aku akan menangis lagi.


bersambung...

p/s: sila tinggalkan komen anda ya. komen anda sangat-sangat diminta. kutukan ke apa ke, MT terima seadanya. MT lagi suka anda komen terus0-terang daripada anda mengutuk dalam hati. berdosa you! hehehe...


sedutan episod 9:

  "abah tak sangka sanggup kamu buat begitu pada isteri kamu Zainal!!!"

Friday, January 27, 2012

Jauh Aku Berlari 7

       bab 7        

  'kuintai ruang dalam hatimu, bila aku nampak ada ruang, maka beranilah aku menapak masuk mengirimkan salam pada si pemilik hati..'


       semalam Zainal sudah memberitahuku kami harus bertolak ke Kuala Lumpur pagi ini kerana ada mesyuarat tergempar yang bakal diadakan di syarikat abahnya esok. sebenarnya ayah yang beria-ia menyuruh kami agar bertolak segera sedangkan Zainal tidak begitu. entah kenapa aku terasa dengan sikap ayah semenjak dua menjak. perasaanku diketepikan sama sekali. aku? tanpa merungut sedikitpun, laju saja tanganku memasukkan baju-bajuku kedalam beg bagasi. barang-barang kelengkapanku dan Zainal kusumbat semuanya sebagai tanda protes. tapi setelah fikir semula, tak ada gunanya aku buat begitu. ayah tak tahupun belenggu perasaan dalamnku. Zainal pula keluar ke ruang tamu berborak dengan ayah. berbual hal lelakilah tu!
     pagi lagi kami sudah bergerak kerana tidak mahu tersangkut di jalan raya. musim cuti perayaan begini, terlalu banyak kereta menggunakan jalan raya. Zainal disebelahku memandu dengan tenang. ada riak keruh di wajahnya. tegang semacam bagai baru sahaja berak kapur. mahu bertanya, takut aku hanya menambahkan masalah. sudahnya aku pendamkan sahaja hasrat hati. biarlah dia selesaikan masalah sendiri. sudah dia beritahuku, jangan terlalu runsing akannya sekiranya dia sedang bermood dingin atau tegang. itu maknanya, dia tidak suka dibebel. aku menurut sahaja aturannya. lagipun aku bukannya tahu sangat mengenai masalah syarikat ni. perjalanan yang mengambil masaa selama 4 jam dari kampung ke Kuala Lumpur bukanlah satu jangka yang singkat. mahunya pinggang pasti akan terasa lenguh sana-sini. dalam keterujaan, terselit rasa bimbang. tidak sabar rasanya melihat mahligai keluarga suamiku yang ayah dok puji setiap kali dia pulang dari melawat Dato' syeikh mahmud.
    "tak nak keluar ke?" aku berpaling ke arah Zainal disebelah. tidak perasan kereta sudahpun diberhentikan distesen R&R. "err.. fiya masih kenyang..." terus terang aku menjawab kerana aku tahu setiap kali singgah berhenti di R&R, tidak lain tidak bukan untuk mengalas perut atau paling tidakpun membuang hajat. aku dengar Zainal gelak besar. berkerut dahiku. "kenapa abang ketawa?" soalku tidak puas hati. aku tak rasa lucu bila aku kaji balik patah kata aku tadi. kenapa agaknya?
   "kita singgah kat sini bukan nak melantaklah yang oii..." belum habis dia menyindir, aku dah potong."habis tu nak melepaskan hajat?" balasku balik. biar dia tahu aku masih terasa dengan kedinginan sepanjang dalam perjalanan kami tadi. walaupun aku kata tak kisah namun aku kisah sebenarnya. siapa tak kisah dengan masalah suami sendiri. bagiku masalah suami, masalah aku juga. balik-balik aku tertanya, kenapa masalah pejabat tidak diluahkan saja padaku. mentang-mentanglah aku tak ada ilmu perniagaan maka dibuatnya aku seperti tidak berguna. aku hanya mahu dia mengerti perasaanku. aku hanya mahu dia jadikan aku sebagai tempat untuknya mengadu dan meluahkan semua masalahnya. tapi kalau macam ni, sampai bila-bila pun aku takkan dapat mengenali personaliti dirinya sepenuhnya. ahh.. aku fikir runsing-runsing begini pun bukannya Zainal faham bahasa tubuhku.
   tanganku terasa digenggam. spontan wajahku menunduk dan mataku merenung pada tautan jemari kami. ada rasa getaran disitu. "i'm sorry..." bisiknya perlahan. tahu-tahu tanganku sudah dibawa ke bibirnya dan dikucup lembut. ada airmata yang bertakung dikelopak mataku. "abang tak sepatutnya libatkan fiya dalam masalah ni. i'm so sorry...abang minta maaf sekiranya mood abang sejak dari semalam sampai sekarang membuatkan sayang terasa jauh dengan abang. im so sorry..." belakang tanganku dikucup lagi. kali ini aku tidak dapat menahan perasaan. ada satu titisan airmata yang degil juga mahu menuruni pipi gebuku.
  "syy.. jangan nangis... abang minta maaf ya..." sebelah tangannya mengelap pipiku. aku pandang wajahnya tunak. raut wajahnya begitu menggambarkan penyesalan. aku nampak keikhlasan dari tutur kata dan bias matanya. "it's okay..." getusku perlahan. tidak mahu memanjangkan masalah yang tidak sepatutnya diperbesarkan. Zainal merapatkan tubuhnya dan dalam masa yang sama menarikku supaya rapat kepadanya, bila wajahku sudah bertemu dengan dada bidangnya, ubun-ubunku dikucup. secara spontan tanganku memaut lehernya. "im sorry and i love you so much..." bisiknya syahdu dipendengaranku. setelah beberapa saat begitu, Zainal jarakkan tubuhnya. matanya masih lagi berada diwajahku.
  "kalaulah kita dalam bilik sekarang, dah lama abang ngap sayang... you look so beautiful today...tambah berdebar jantung abang ni.." tuturnya begitu romantis. tanganku sekali lagi digamit dan dikucup sebelum diletakkan diatas pehanya. paling aku rasa nak pengsan apabila dengan selambanya dia tarik tanganku lagi panjang dan tanpa disangka-sangka diletakkan diatas bahagian kemaluannya. hanya tuhan sahaja yang tahu apa yang aku rasa saat itu. cepat sahaja aku tarik tanganku. muncungku memanjang sambil memandang keluar cermin sisi. tidak betah melihat sengihnya yang astaghfirullah, seperti lelaki yang benar-benar kemaruk dalam berasmara. kenapa perangainya begini? tidakkah dia faham perasaanku. aku masih budak belasan tahun. bagiku, bahagian raba-meraba ialah bahagian yang paling sensitif. statusnya sebagai suami, bukanlah tiket untuk mempermainkan jiwa perempuanku. argghhh!! tanpa sedar aku menjert melepaskan amarah dalam hati. hatiku yang panas menjadi tidak terkawal apabila dia mentertawakan aku.
  " laa... buat apa nak malu. semalam okay aje pun..." usikya dalam sisa ketawa. aku kembali membalas tenungannya. "kenapa dengan abang ni? tak malu ke bangkitkan hal dalam kelambu?" hamburku namun masih terkawal. cuma mukaku yang terasa tegang. melihat wajahku yang bengang, perlahan-lahan sengihan dibibir Zainal meluntur. "a..abang tak bermaksud begitu fiya..." katanya membela diri. macamlah aku tidak tahu. "habis tu apa? sengaja?" entah kenapa aku pantang bila masuk bab-bab begini. walaupun setiap malam kami 'bersama' namun semenjak peristiwa candle light dinner dulu, kemanisan dalam perhubungan intim semakin hari semakin kurang berseri bagiku padahal kami baru sahaja menikah tidak lebih dari dua minggu.
   "sayang... abang memang tak sengaja okay. abang just nak bergurau dengan fiya. itu aje." aku rasa dia sudah mulai bengang dengan sikapku. aku takut lama-lama nanti bila dah berlarutan, masalah lain pula yang timbul. lalu aku bertindak tidak membidasnya lagi. mungkin begini agaknya sifat semulajadi lelaki. suka berbicara mengenai hal-hal dalam kelambu. "apa motif abang buat macam tu tadi?" soalku setelah keadaan dalamanku kembali sejuk. tidak guna aku menyimpan dan terus-terusan memendam perasaan. aku harus beritahu dia apa yang aku suka dan tak suka supaya ianya boleh menjadikan satu iktibar dalam hubungan halal kami. "tak ada motif pun. saja nak usik sayang..." meleret suaranya. aku pejamkan mata.
  " sayang memang tak suka abang buat macam tu ke?" soalnya lagi bagaikan memahami apa yang aku rasa sekarang. pantas sahaja aku mengangguk. " fiya malu bang. malu sangat.fiya tak biasa buat benda macam tu" aku jawab dengan penuh kejujuran. aku lihat wajahnya tersungging senyuman lega. "kalau abang buat macam ni... sayang suka?" soalnya nakal dan  mula mendekatkan wajahnya ke wajahku. tubuhnya sudah membongkok kesebelahku. aku cuba menjarakkan diri daripadanya dengan menyendengkan tubuh rapat dengan dinging pintu kereta. sia-sia sahaja. Zainal tidak berputus asa begitu sahaja. tali pinggang yang melilit dibahu hingga ke pinggangnya dibuka dan terus tubuhnya dirapatkan ketubuhku.
  "abang... janganlah.." rayuku apabila Zainal sudah bermain-main dengan wajahku. Zainal tidak menghiraukan malah galak mengusik wajahku. bibirku pula dilurut-lurut dengan jemari kasarnya. "fiya, i love you." ucapnya dengan sorotan matanya tidak lepas-lepas jatuh ke bibir merahku. mentang-mentang aku guna lipgloss hari ini, aku perasan dia sudah acapkali menelan liur setiap kali anak matanya singgah dibibirku. aku tolak tangannya supaya berhenti bermain di wajahku. setelah berkali-kali aku menahan, akhirnya dia akur. tangannya ditarik perlahan antara rela dan terpaksa aje aku rasa. oleh kerana itu, Zainal merungut perlahan. tidak puas hati barangkali.         entahlah.. aku tak faham dengan perangai lelaki ni. bukannya malam tak ada, nanti bila dah tiba waktu malam, aku dengan relanya akan menjalankan tanggungjawabku sebagai isterinya. kalau dia mahu aku tampil hebat beraksi, aku dengan tidak segan silunya akan melayani permintaannya kerana aku juga turut sama ghairah padanya, suamiku sendiri. kadangkala pernah juga aku terfikir, adakah semua lelaki mempunyai keinginan nafsu seks yang sama. hingga ke hari ini aku masih gagal mendapatkan jawapannya. kalau memang benar semua lelaki berperangai ganjil seperti suamiku, pasti perempuan diluar sana yang ketagih dengan seks bebas, zina dan maksiat, gerenti mereka berebut-rebut ingin mendapatkan belaian berupa aksi panas suamiku diranjang. permintaan Zainal ketika beradu panas digelanggang ranjang, benar -benar membuatkanku lemas. hendak menyebut satu persatu permintaan ganjilnya pun aku rasa malu sangat, inikan pula hendak melalukannya. namun aku layani setiap permintaannya selagi tidak bercanggah dengan syarak. lelaki oh lelaki! aduhai....
  "alhamdulillah..." lafaz Zainal dalam satu hembusan lembut. mukanya diraup perlahan. aku tergamam. untuk apa ucapan pujian itu dan kenapa tiba-tiba?. bukanlah aku terkejut dia mengucap kalimah pujian kepada tuhan itu tapi aku cuma tidak mampu menebak apa yang sedang disyukurinya. bukankah 'alhamdulillah' bertujuan kita mensyukuri nikmat tuhan. "sayang tak nak tahu kenapa abang ucap alhamdulillah tadi? hurmm..? don't you curious to know?" pancing Zainal perlahan. dan aku? seperti orang yang mengantuk disorongkan bantal empuk, aku mengangguk pantas. tapi aku malah dipermainkan. Zainal tidak pulak menyatakan sebabnya seperti yang diucap tadi. "kalau sayang nak tahu, kiss dulu kat sini..." arahnya dengan begitu manja mengada-ngada, merenyam dan penuh gedik sambil jari telunjuknya menyentuh pipi kasarnya. masih lagi dengan keinginannya yang tidak tercapai tadi. "tak naklah!" cebikku. padan muka! dia ingat aku mudah kena buli ye? huh! jangan lupa aku jua pernah membuli junior masa sekolah rendah dulu. tidak salahnya aku buli laki aku ni. asyik aku aje yang dibuli. tak adil lah kan?
   "oklah abang akan bagitahu... tapi abang kena patuhi syarat abang dulu" Zainal masih buat muka macam tu. eee.. geramnya. apasal aku dapat laki yang tersangat gatal ni?
   "ok. apa syaratnya wahai beta? amboi..siap bersyarat bagai.." yang akhir-akhir tu aku sambung dalam hati. Zainal berdehem. sekali. kemudian rambutnya diselak. macam model syampu tapi malangnya rambutnya sudah sedia pacak. saja nak test market lebih. "cepatlah bagitahu!" desakku sedikit sakit hati dengan tingkahnya yang aku rasa sengaja hendak melambat-lambatkan waktu. sabar ajelah dapat laki macam Zainal.  dia jungkit kening. masih diam dan seakan mengejekku. mahu tak betah aku duduk dalam kereta ni. kenapa perlu ambil masa yang lama untuk bagitahu aku. aku geram sangat kat laki aku ni.
   "okay okay! abang bagitahu. itupun nak tarik muncung panjang macam angsa. kalau abang kiss sikit, baru tahu!" omelnya apabila mendengar aku mendengus keras. dan untuk keceluparan mulutnya itu aku hadiahkan buatnya satu jelingan yang maha tajam. biar jantung atau mana-mana anggota tubuhnya terhiris bagai hatiku yang sedikit terluka dengan sikap kebudak-budakannya. aku rasa aku lagi matang dari laki aku sendiri sedangkan dia sudah berusia 24 tahun. "mak ai! sakitnya jantung abang ni kena hiris dengan mata awak tu. dahsyat juga awak ni ye? tapi jangan sekali-sekali buat begitu kat lelaki lain selain abang. abang tak nak diorang jatuh cinta kat fiya." seakan bersungguh-sungguh dengan kata-katanya.
   "apa yang abang mengarut sangat ni? kalau tak nak bagitahu tak payahlah bagi harapan!" semburku sedikit pedas. "dahlah tadi tak bagitahu tujuan kita singgah kat sini, masalah lain pulak dia timbulkan. abang sengaja kan nak dera perasaan fiya?" sambungku lagi. dia terdiam. terkelu dan tergamam. terkejut barangkali isterinya mempunyai mulut selaser ini. tidak lama kemudian kepalanya digeleng-gelengkan bersama senyuman serba salah. barulah dia membuka mulut.
   "memang abang tak salah pilih fiya jadi suri hidup abang..." beritahunya cukup mendayu. aku tak tahu nak cakap apa. aku dengar saja luahan hati lelaki laki aku. apa yang hendak sangat mahu diberitahunya."gadis solehah seperti sayanglah tipikal girl yang menjadi idaman setiap lelaki dalam dunia ni fiya."sambungnya lagi. berkelip mata aku dua kali. aku? solehah? alhamdulillah. tiba-tiba terasa tak layak pulak tapi bila laki aku sendiri dah cakap macam tu, betullah tu kut.
  " okay.. first abang nak minta maaf sangat-sangat dekat sayang sebab buat sayang merasa bengang dengan tingkah abang. kedua, abang nak ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjadi isteri buat i. yang sub pointnya pula, abang berhentikan kereta kat sini tadi sebab abang dah tak boleh fokus dalam pemanduan. abang hilang daya tumpuan bila sayang tak layan abang. tambah-tambah lagi sayang terlalu cantik hari ni dengan baju yang abang beli ni. asyik-asyik mata abang ni macam nak tercabut nak nikmati kecantikan sayang tahu tak? kesian kan suami fiya ni...?" dia buat muka sedih. seperti sengaja mahu aku bertanya. lalu aku ikut rentaknya.
    "kenapa pula suami fiya ni perlu dikasihani?" tuntasku semacam melirik manja yang terselit ejekan padanya. "yelah... mana tak kasihannya kalau abang dah angau setengah mati dekat sayang . ini semua gara-gara sayanglah. cantik sangat sampai abang terliur berkali-kali. terus terang abang cakap depan-depan sayang begini. aura sayang terlalu kuat menggoda abang biarpun sayang tak buat apa-apa. abang tak tahu kenapa dan apa sebabnya. yang abang pasti, setiap kali mata abang pandang wajah sayang, hati abang bergelora ganas. nafsu abang tak boleh ditahan-tahan. abang rasa semput kalau abang tahan. lagi satu, abang rasa macam nak cium-cium aje pipi dan bibir awak tu. dahlah bibir warna merah walau tak kena gincu. seksi betul abang tengok tau. nanti bila dah turun dari kereta, boleh tak sayang lap lipgloss tu? abang tak suka orang lain tengok kecantikan fiya even my cousin sekalipun. you're only mine. now and forever." tegasnya. aku benar-benar menghayati luahan hatinya. sampai begitu sekali ke auraku? "kalau abang dah tak suka fiya guna lipgloss, apa lagi yang fiya boleh buat, kan..?" ulasku perlahan. dia suamiku, maka aku wajib ikut setiap arahannya. tanganku yang sedari tadi digenggam dibawa lagi ke bibirnya. alamat baulah tanganku dengan airliurnya nanti. tak apa. liur laki aku jugak kan.
   "abang cuma nak cinta sayang . itu aje." ujarnya begitu bergemersik. rasa bahagia datang dalam sekelip mata. rasa indah datang berkali-kali ganda tatkala tubuhku sekali lagi disauk masuk kedalam dakapannya.erat dan hangat. aku balas pelukannya. aku dakap tubuhnya erat-erat bagai tidak mahu melepaskan. sungguh aku mulai tidak boleh kehilangannya. mataku terasa bergenang bila dahiku berkali-kali menerima ciuman dan kucupan bibirnya. kemaruk sangat bercinta agaknya kami berdua ni. aku pula balas cium pipinya dah dahinya  sekali. tapi dia? membelasah seluruh wajahku dengan bibir seksinya bertalu-talu sehingga naik lemas aku dengan ciumannya.
  tok! tok! tok!
 "allah!" kami sama terperanjat. pantas kami leraikan pautan tubuh kami. aku malu sangat. kantoi dengan ustaz yang berkopiah sambil merenung kami begitu tajam diluar kereta. "jangan risau... kita langsung tak bersalah pun. abang kenal ustaz tu! dia baik!" pujuk Zainal lembut. tangannya sibuk mencari tanganku. pabila dah ditemui, terus digenggam erat. dalam keadaan terlalu gabra dan kalut macam ni, kata-kata Zainal dah tak boleh aku pakai. sentuhannya juga kurang memberangsangkan. aku dah tak tahu nak fikir buat apa. last-last aku menyorok dibelakang Zainal yang membelakangiku dan bermain mata dengan ustaz bersongkok berjanggut panjang. aku tak mampu berdepan dengan masalah begini. mujur saja Zainal boleh bertenang. kalau jadi sama-sama kalut macam aku, habislah kami.
    aku dengar Zainal tekan butang cermin dan betul tekanku, bunyi cermin pintu digulung turun kedengaran. suasana jadi sunyi sepi seketika sebelum ada satu suara garang menegur kami. "assalamualaikum..." aku dengar Zainal menjawab salam itu dengan tenang. langsung tiada perasaan gugup. "kamu ke anak Dato's syeikh mahmud yang baru kahwin beberapa minggu lepas dekat kampung tu?" tanya ustaz itu lagi. "ya ustaz. sayalah orangnya tu, syeikh Zainal dan ini isteri saya..." Zainal pusingkan badannya dan kini mata kami sedang bertentangan. ada tersungging sebuah senyuman manis diwajahnya.
   "see.. he's good what!" perlinya dan dengan selamba menguis hidungku."inilah isteri baru ustaz, nur saffiya alya kahar imran namanya..." Zainal perkenalkan kami sebaik dia memusingkan semula wajahnya. aku angkat wajah yang sedari tadi berselindung di sebalik tubuh gagah suami. tidak sopan pula rasanya. "assalamualaikum ustaz..." tegurku lambat-lambat. ustaz 'janggut' hanya tersenyum kecil. "waalaikumussalam... kamu ni nak baru habis dari berbulan madu di kampung lah ni?" usik ustaz 'janggut'. pandai pulak ustaz ni buat lawak. terserlah wibawanya yang mesra dengan orang. aku cuma mengangguk. terasa pegangan tangan Zainal semakin erat. aku rasa dah berpeluh. "biasalah ustaz.. darah muda! nanti dah tua mana ada masa nak bulan madu lagi" balas Zainal pula. lalu mereka tergelak kecil. aku senyum sahaja. hal lelaki rasanya benda-benda macam ni. aku tak minat masuk campur. "kalau kamu berdua nak tahu, punya terkejut ustaz tengok kamu berdua bercium dalam kereta macam tadi. nasib baik ustaz kenal kamu dan sudah kahwin, sebab ustaz  memang takkan langsung kompromi benda-benda macam ni" luah ustaz. itu sebenarnya tujuan dia menegur kami tadi. mujurlah...
   "kami faham ustaz. terima kasih kerana tegur kami tadi kalau tak malu juga rasanya orang lain nampak. haha.. kantoilah.." bersahutan mereka gelak tapi masih sopan. bukan seperti yang aku selalu tengok dalam tv, bergelak sampai tak ingat dunia. "kalau macam tu, ustaz minta diri dulu la ya. kalau ada kesempatan , insyaallah kita akan jumpa lagi. assalamualaikum.." ucapnya sebelum bersalam dengan Zainal dan kami sama-sama membalas salamnya. "fuuhh..lega.." keluh Zainal. aku juga mengeluh kelegaan dalam hati.
  "jom turun sayang.. alang-alang dah singgah kat sini, baik kita terus makan aje. takyah makan kat rumah abang lagi. sayang boleh terus tidur kalau sayang nak." aku angguk macam belatuk. malas nak bertekak. capek. baru aku berkira-kira hendak buka pintu , suaranya menahanku. "lap lipgloss awak tu.." arahnya. opps.. aku benar-benar terlupa. "oklah..." aku cebik cebik bibir. sehelai tisu aku ambil dari dashboard yang sedia ada kat situ dan kutonyoh-tonyohkan tisu tu ke bibir. entah apa yang dia nak jealous kan sangat. Zainal hanya sibuk perhati. bukannya gincu pun. nasib baiklah aku ni tak suka benda-benda macam ni. "dah.." ujarku bagai mahu memberitahu. "kalau dah, jom... abang haus sangat ni.." rengeknya dan tanpa pamitan pipiku dicuri cium. berdesap telingaku. "abang!!" gerutuku tidak puas hati. dah kena tegur dengan ustaz tadi pun masih lagi dengan sikap gatalnya. dia hanya gelak. itu aje kerja dia ni. gelak gelak gelak. boleh innalillah aku kalau hari-hari macam ni. sudahnya, kami keluar dari kereta dan berpimpinan jalan menuju ke sebuah restoran yang terdapat disitu.

#######
   hari-hari aku akan memasakkan makanan tengahari, makan malam dan paling penting adalah sarapan pagi kami. sudah lebih tiga minggu kami tinggal dirumah yang baru dibeli oleh suamiku. mahalnya harga banglo mewah ini, hampir mencecah 1.2 juta harganya. pertama kali aku dibawa masuk kedalam rumah ini adalah waktu malam kerana Zainal sendiri yang mahu kami sama-sama merasmikan rumah banglonya. kejutannya hampir sama dengan apa yang berlaku di hotel tempoh hari dengan tambahan aku diajak menari suka-suka dengan suasana malam yang romantik. candle dipasang disetiap penjuru rumah dan tidaklah terang sangat. cukup untukku dapat melihat dan menikmati sepenuhnya kekacakan suamiku. baru aku perasan selain mempunyai lesung pipit yang dalam dipipinya, dibawa dagunya yang terbelah dua, dan seksi mengancam terdapat satu tahi lalat yang agak kecil dan bagi sesiapa yang tidak pernah rapat dengan Zainal sudah tentu tidak tahu kewujudan tahi lalat tersebut.
   "selamat pagi sayang..."
pinggangku setangkas itu dipeluknya dari belakang dan melekapkan tubuhku pada dadanya. rambutku yang kubiarkan lepas dicium. sudah kuhafal perilaku lelaki ini. dia suka sangat akan rambutku. beria-ia dia suruh aku menjaga rambutku dan menyampunya kerana dia benar-benar angau pada makhotaku. tapi walau bagaimanapun, Zainal mengatakan rambutku itu jatuh ditangga yang kedua selepas bibir mongelku. ada ada saja suamiku. pelukannya aku balas dengan menggenggam erat tangan yang berada diperutku.
  "hari ni abang ada mesyuarat kan, jadi fiya dah masakkan sarapan kegemaran abang supaya abang lebih banyak buah fikir nanti bila teringat fiya kat rumah ni." bisikku manja. pelukan pada pinggangku terasa dieratkan lagi. kucupan jatuh lagi diubun-ubunku.
"thanks sayang... makin hari makin dalam cinta abang pada isteri abang ni... pandai buat hati abang ni meronta-ronta selalu mengingini kemesraan dari sayang." balasnya nakal. aku suka dengan kenakalannya. tidaklah rakus sangat. cuma bagi remaja sepertiku, aku rasa ianya cukup gatal dan merenyam. tapi tak apalah. suamiku juga.
  "jom.. temankan abang makan. sayang pun kena jaga makan tu, nanti tak larat pula layan abang malam-malam" buntang terus mataku. aku palingkan tubuh dan memukul-mukul dadanya. tanganku ditangkap. "betula apa abang cakap, tengok apa jadi kat sayang malam yang lepas tu, tak tahan dengan belaian abang... abang juga yang kempunan malam tu" ungkit Zainal. sertam-merta wajahku memerah. aku tidak tahu hendak membalasnya. "tak apa abang faham, yang itu kan dah nak masuk round ke tiga, tentulah isteri abang ni tak larat kan?" ejeknya lagi bagai sengaja mengejek pada kelemahanku. mana tidaknya, malam itu buat pertama kalinya Zainal benar-benar bernafsu berahi besar. aku hanya mampu melayaniku dua gilir sahaj kerana aku benar-benar sudah tidak larat. keghairahan dan aksi manja mesra Zainal benar-benar memenatkanku. akhirnya aku terlonglai dalam pelukannya selepas menamatkan sesi kedua. bial Zainal merayu lagi untuk kali yang ketiga sesudah kami bersolat subuh, aku meminta maaf kerana tidak mampu. mujur suamiku sangat memahamiku. itulah yang membuatkan aku benar-benar sayang padanya.
  selepas bersarapan, aku mengikut Zainal naik keatas bilik. aku memakaikan tie dan memasangkan butang baju kemeja pejabatnya. setelah sampai dimuka pintu, kami berpamitan. seperti biasa aku akan menyalami dan mengucup lembut tangan kasar lelaki kesayanganku sebelum tubuhku dibawa kedalam pelukannya. dahiku dikucup dan aku akan mengucup pipinya. aku melambai Zainal yang sudah bergerak pergi. aku masuk kedalam rumah dengan perasaan senang hati dan bahagia sekali. terima kasih ya Allah kerana memberikanku bahagia. semoga bahagia ini berkekalan.

  #####

   baju-baju pejabat Zainal yang sudah kubasuh bersih kulipat satu-persatu sebelum menyusunnya didalam almari. biasanya aku buat kerja mengemas rumah, mencuci dan sebagainya pada setiap hujung minggu kerana Zainal tidak membenarkanku melakukannya setiap hari. malah dia ada mengupah cleaner dari indonesia untuk buat kerja-kerja tersebut pada hari pejabat.
  bosan melayan perasaan sorang-sorang, aku segera turun ke ruang tamu di tingkat bawah. butang on pada TV plasma 21' inch itu aku tekan dengan berhati-hati. sudah menjadi kebiasaanku begitu sejak kecil lagi. aku amat memelihara barang dalam rumah dan rasa-rasanya belum pernah lagi aku rosakkan barang-barang atau perkakasan dirumah kampung mahupun disekolah atau dimana-mana pun. mungkin sudah sikapku begitu. Zainal selalu juga merungut akan sikapku yang satu itu. katanya kalau benda tu dah memang akan rosak, maka ia akan rosak juga. lagipun duit kan ada. boleh beli yang baru, protesnya. ketika itu dia suruh aku ambilkan remote astro yang terampai di atas meja perabot. aku ambil dan jalan mara kearahnya kerana aku tak suka baling-baling benda. nak tahu tak apa dia cakap, Zainal cakap kenapa tak baling aje menatang tu, kan lagi senang kalau terus baling kat dia. tak buang masa. itulah katanya. aku tidak terus melenting. aku bimbing dia. aku kata padanya supaya menjaga sesuatu barang dengan sebaiknya. tetapi Zainal seperti yang sudah sedia maklum memang sangat keras kepala dan sukar dilentur. suka sangat memberi dalih. maka bermulalah peperangan kecil kami. tapi perselisihan faham itu tamat
sampai disitu sahaja kerana aku pandai ambil hati dia. pujuk hatinya yang merajuk mengalahkan budak-budak. dan hadiahnya, aku di'culik' Zainal dan mencempungku masuk kedalam bilik. maka berlakulah lagi hubungan badan diantara kami. alhamdulillah., sampai sekarang Zainal masih melayaniku sebaiknya. mudah-mudahan untuk selama-lamanya.
 
####

   aku terjaga dari tidur sebaik bahuku terasa digoyangkan perlahan. mataku yang terkatup perlahan-lahan kucelikkan. berdasarkan pada haruman perfume hugo boss, aku sudah dapat mengagak siapa gerangannya. "kenapa tidur kat sini? kan tak selesa tu.."  bebel Zainal agak berbaur simpati sebelum mengucup dahiku. aku pejam mata saat bibirnya menyentuh kuit mukaku. lelaki ini suka sangat memanjakanku. "bila abang balik?" soalku dalam suara yang sedikit serak. mulut yang mahu menguap kututup dengan telapak tangan.
  "baru je tadi." jawabnya sambil mengambil tempat duduk disisiku. aku sudah jatuhkan kaki dari sofa yang lembut. kami duduk berdekatan. Zainal tarik pinggangku agar lebih rapat. aku dengan manjanya melentokkan kepalaku didadanya yang sasa. selalu sudah ku dengar degupan jantung suamiku. setiap malam pasti aku akan berada dalam pelukannya dan lenaku ditemani oleh degupan jantung suami sendiri. "fiya dah siapkan makan tengahari, sorry tak sambut abang tadi. penat sangat sampai tertidur..." aduku manja dan mengemaskan lagi pelukan pada pinggangnya. aku cium dadanya yang sedikit berpeluh. "aduh!!" Zainal mengadu tida-tiba. "kenapa bang?" aku mulalah panik. aku sentuh dadanya yang aku kucup tadi. "abang sakit dada ke?" soalku risau. mana tak risau kalau lelaki kesayanganku jatuh sakit. lebih-lebih lagi dekat dada. maunya aku pengsan sekiranya suamiku terkena serangan jantung. aku semakin cemas. seminggu lepas Zainal pernah dimasukkan dalam hospital kerana menghidap penyakit gastric ulcer. dua hari ditahan dalam wad dan dua hari itulah aku berkampung didalam biliknya. mengingatkan itu, jantungku hampir-hampir berhenti. takut aku sekiranya penyakitnya menyerang lagi.
   Zainal masih diam tetapi wajahnya seperti menahan sakit yang tertahan-tahan. "jangan buat fiya begini bang... bagitau fiya abang sakit kat mana..biar fiya sembuhkan.." aku mulai merembeskan airmata. aku tidak mahu terjadi apa-apapun pada suamiku yang benar-benar aku cintai. cepat-cepat aku leraikan tienya dan kucampak begitu saja. aku tak fikir benda lain lagi. aku hanya fikirkan nyawa suamiku. Zainal pula semakin kuat mengerang. keadaan menjadi semakin kalut. aku menangis sepuas-puasnya di dada suamiku sebaik melekapkan wajahku ke dadanya yang sudah terdedah. aku cium dan kucup dadanya bagi menghilangkan kesakitan yang dialaminya. "tahan bang..tahan.. demi fiya, abang kena bertahan." akhirnya aku tenggelam dalam tangisan. basah dada Zainal dengan airmataku. sedang aku menangis teresak-esak tanpa dapat berfikir dengan waras, tubuhku terasa dipeluk sebelum dahiku dikucup. makin kuat aku menangis. "i love you.. i love you.. i love you.. jangan tinggalkan fiya..." bisikku penuh perasaan didadanya. hilang terus erangan Zainal. namun aku masih memeluknya. usapan dibelakangku juga semakin rancak. keadaan berlarutan sehinggalah laungan azan isyak di tv bergema. perlahan-lahan aku dongakkan wajah. sebak hatiku melihat ada airmata yang menitis dipipi lelaki kesayanganku sebaik sahaja bertentangan mata. aku leraikan pelukan dan lap pipinya yang sedikit berair dengan belakang tanganku. kemudian aku cium dagunya yang kebiruan.
   "dah tak sakit..." beritahunya lembut dengan panahan mata yang tersenyum untukku. dan ternyata khabar baik itu benar-benar melegakan perasaanku. sekali lagi aku sembamkan mukaku ke dadanya yang bidang. aku kucup dadanya bertalu-talu dan pinggangnya aku peluk seerat mungkin. "abang terasa digoda... jangan buat abang begini nanti abang tak dapat tahan..." bisikan itu membuatkanku untuk mendongak untuk mencari kejujuran dalam anak matanya. "yes.. it's true! aura kasih sayang dan cinta sayang membuatkan abang lemas. you've stolen my heart and don't give it back. keep it always inside your heart coz everytime your heart beating, it pumps twao heart. my heart..and.. my lovely wife heart. i love you too.. i lone you too.. i love you too my darling.." berserta lafaz cintanya, Zainal menunduk sedikit dan menyentuhkan dua bibir kami. aku biarkan kerana aku mahu rasai kenikmatan bercinta dengannya. habis sahaja azan isyak, Zainal meraup kedua pipiku dan mencium dahiku sebelum jatuh kepipiku. akhir sekali, bibirnya hinggap dan bertaut erat dibibirku. aku mulai lemas dengan cumbuannya. akhirnya aku balas kucupan suamiku dengan penuh rasa bahagia. malam itu kami habiskan masa dengan bercerita mengenai kesihatan dan penyakit gastriknya. kami kongsi perasaan, rasa cinta dan impian masing-masing. banyak benda yang aku pelajari dari malam itu. Zainal sukakan kanak-kanak dan mahukan aku supaya cepat-cepat melahirkan anak untuknya, dan untuk itu aku katakan aku sanggup bang.  tersingkap lagi satu rahsia bahawa Zainal sebenarnya pernah ditunangkan dengan seorang perempuan sejak kecil lagi tetapi Zainal memutuskannya kerana mahu mengahwiniku. debaran bertambah lagi apabila Zainal menceritakan bagaimana susahnya dia menerangkan kepada bekas mertua tak jadinya itu akan keputusannya memutuskan pertunangan mereka dengan tiba-tiba. perempuan tersebut mengamuk dan berjanji akan menghancurkan hidup Zainal sekeluarga. aku menangis teresak-esak diatas pangkuan dadanya. dengan berbantalkan lengannya yang berotot kemas, aku peluk tubuh suamiku sebagaimana takutnya aku melepaskannya kepangkuan wanita lain. selepas kami 'bersama', Zainal keluar sekejap kerana mendapat panggilan daripada bekas mertua tak jadinya mengatakan bahawa anak perempuannya telah membuat cubaan membunuh diri dan kini ditempatkan di bilik ICU kerana mengalami kekurangan darah aku diajak pergi sama namun aku belum bersedia, apatah lagi bila teringat cerita Zainal semalam. hatiku menjadi semakin resah gelisah. hanya kepada Allah aku pohon pertolongan. sehingga ke pagi, Zainal masih belum pulang. telefonnya pula dimatikan. mujur hari ini hari ahad. aku hanya berdoa agar semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat. tidak lupa juga aku selitkan doa agar perempuan merangkap 'bekas tunang' Zainal cepat sembuh.


bersambung...

p/s: kadangkala hidup ini perlu diteruskan dengan pengorbanan. cinta itu memerlukan pengorbanan.


 sedutan episod 8:



    pangg!!!

 "abang!!! sampai hati abang!!!"



 hehehe..belum taip lagipun tapi memang itu konflik nanti dalam episod depan. harap dapat tunggu.