sungguh aku tak menyangka aku sebenarnya dicempung masuk kedalam kamar mandi dalam bilik itu juga. rupa-rupanya bilik pengantin kami sudahpun siap diubahsuai. aku langsung tidak tahu akan itu. setelah aku buka mata kerana mendengar ketawa Zainal yang seperti mahu mengenakanku, terus aku meronta minta diturunkan dan lekas menyelinap masuk kedalam tandas yang terletak bersebelahan dengan kamar mandi sebelum sempat Zainal menangkap pergelangan tanganku. dengan selimut tebal itu sekali aku bawa masuk ke dalam tandas. aku dah tak fikir benda lain. aku harus lenyapkan diri dari pandangan Zainal saat itu. aku tidak sanggup melihat dirinya yang tidak berpakaian. aku malu sangat. lama aku berkurung dalam tandas sehinggalah Zainal siap membersihkan dirinya dan keluar dari kamar. dipujuk dirayu sekalipun aku tak keluar-keluar dari dalam tandas tersebut selagi Zainal masih berada disitu. aku terus mandi dengan meminjam barangan mandian Zainal tanpa sepengetahuannya. itulah balasan pada orang yang kuat mengusik. seusai mandi, aku bergerak ke pintu dan teragak-agak membukanya dari dalam. pintu terkuak sedikit dan lampu dari dalam mencelah masuk kedkamar mandi yang suram. mataku terus terpaku pada suatu titik. leganya hatiku saat ternampak Zainal sedang khusyuk sujud menyembah tuhan yang maha Esa. tampak suci sekujur tubuhnya yang berseragam baju Melayu dan bersongkok. tampak sungguh tampan dan warak orangnya. Zainal memang benar-benar menunaikan janjinya tadi. aku sangka ianya sekadar omongan kosong. mulai saat itu juga aku rasa aku sudah mula jatuh cinta padanya. memang terlalu mudah dari segi nilaian hati kasar tetapi aku tidak berdaya menepisnya. aku terpaku dibalik pintu yang sedikit terselak sambil memandang pada sesusuk tubuh yang sedang mengangkat takbir untuk solat sunat yang seterusnya. ada air hangat yang mengalir dari celah mataku. sungguh indah rasa kasih ini. terlalu sukar untuk kuungkapkannya dengan kata-kata. terlalu agung dan begitu suci hadir tanpa sebarang paksaan. hadir tanpa kuundang. subhanallah...
aku masih berada dalam bilik air sejak tadi. ini semua kerana almari pakaian berada dekat dengan tempat Zainal membentangkan sejadah menyebabkan mustahil untukku lalu didepan Zainal yang sedang mengerjakan solat sunat. tetapi dah naik kematu rasanya kaki menahan kesejukan.
cepat-cepat aku tutup pintu bilik air apabila ternampak Zainal mula melipat sejadah. kemudian aku bersandar membelakangi pintu. rasa malu datang menerpa tiba-tiba. aku segan sangat pada Zainal. melihat pada tubuhku yang cuma berbungkuskan selimut tebal tetapi dalamannya aku tidak berbaju sempurna. sungguh menambahkan rasa malu.
beberapa saat selepas itu pintu yang menjadi sandaranku diketuk berkali-kali berserta dengan laungan namaku.
"sayang... keluarlah! tak sejuk ke lama-lama kat dalam tu?"
aku telan air liur yang meleleh dari kelenjarnya. macam mana ni?
"sayang!! dengar tak ni? are you okay?"
suara Zainal kedengaran cukup risau. tapi aku tidak berani keluar dengan berpakaian sebegini. teralu berani rasanya sekiranya aku melawan rasa hati.
"sayang!! you ok tak dalam tu??"
suaranya semakin kuat dan kekalutan.
"saya ok kat sini! jangan risaukan saya... saya tak apa-apa. awak keluarlah kalau awak nak keluar!"
aku gosok dua belah telapak tangan yang pucat. pagi-pagi begini memang sangat sejuk apatah lagi bila baru sahaja lepas mandi.
"tak elok sayang terdedah pada sejuk pagi-pagi macam ni, takut nanti benih abang tak melekat!" spontan aku terdiam. aku tak faham apa Zainal maksudkan dengan benihnya tak melekat. tapi aku rasa bersalah pulak buat Zainal risaukan diriku.
aku pulas tombol pintu dan tarik daun pintu sedikit kedalam. terkejut aku dengan tangan Zainal yang dihulur hampir-hampir mengenai perutku.
"i got you!"
sepantas kilat, Zainal menyambar tanganku. aku cuba melawan tarikannya. aku tidak mahu dia perasan dengan keadaanku. sebelah tanganku lagi memegang erat gebar tebal. kaki Zainal menolak pintu menyebabkan ianya terkuak luas.
"kenapa ni sayang? tak nak keluar ke?" ada riak tegang pada suaranya. aku terasa dimarahi. cepat saja aku membatukan diri. tidak berani menentang sepasang matanya yang tajam.
"come here sayang... janganlah macam ni. abang risau tau tak! i'm so sorry okay!" tubuhku sudah selamat berada dalam pelukannya. aku tidak sedar entah bila Zainal masuk kedalam kamar mandi. aku kaku dalam pelukannya.
"sayang marahkan abang ke pasal kes tadi?"
dia menggosok belakangku. kejap tanganku memegang gebar. aku menggeleng.
"darling..."
pujuk Zainal lagi namun kali ini terus meresap suaranya mencelah masuk menusuk kedalam kalbu. lembut dan melenturkan. tambah-tambah lagi dengan semburan minyak wangi yang Zainal pakai.
"sayang rasa segan dengan abang ke?"
pertanyaannya menyebabkan rasa segan bertambah. aku mengangguk dalam dakapannya.
"jangan marah ye yang, nanti lekas tua tau!" Zainal tergelak suka. sukanya laki aku ketawa.
"saya tak marahlah awak! boleh tak awak berhenti gelakkan saya?" aku tahan geram. aku tahu Zainal sebenarnya ingin bermesra denganku tetapi aku tidak pandai melayannya. aku kena belajar daripada mak nanti. mak kaya dengan ilmu rumahtangga. kasihan Zainal dapat isteri sepertiku yang kolot tentang cinta.
ketukan dipintu mematikan perasaan indah. kalut aku menolak tubuh suamiku.
"awak! ada orang ketuk pintu lah. saya nak pergi tengok" terangku apabila Zainal masih enggan melepaskan pelukannya. pintu berbunyi lagi.
"Assalamualaikum!! Zainal! mama ni. buka pintu ni kejap! ada yang mama nak cakap pada kamu" ya Allah.mama mertua aku! bagaimana boleh aku terfikir untuk membukakan pintu tadi? nak cari malu agaknya.
oh tidak. aku harus sembunyikan diri. tapi basib baik Zainal bagaikan faham dengan perasaanku.
"biar abang yang bukakan" ucap Zainal sebelum mengucup dahiku.
"urmm. baiklah..."
perlahan-lahan pelukan dileraikan. tanganku dilepaskan dari genggamannya. aku hadiahkan Zainal senyuman tanda berterima kasih.
"wait me here! i'm not finish yet flirting with you!" bisik Zainal sebelum mencium pipiku sebelah kanan yang dekat dengannya. aku buntangkan mata. Zainal tergeak kecil. tangannya kucubit manja. entah kenapa berani sangat aku hari ini mencubit lakiku ini dengan mesra.
"i love you!" bisik Zainal lagi penuh dengan pandangan mata redupnya. tersipu-sipu malu aku. Zainal memang sengaja menggodaku dipagi hari.
"dahlah tu... kesian mama tunggu lama-lama kat luar. mungkin ada hal penting yang hendak mama bincangkan.pergilah..." suruhku penuh kelembutan. Zainal mengangguk kemudian dia ketawa kecil. hidungku dicuit sebelum Zainal berjalan menuju ke pintu. aku pula harus menyembunyikan diri dari pandangan mama. aku malu diusik yang bukan-bukan. aku berlari kesisi katil yang agak tersembunyi dari pintu masuk bilik. Zainal menggelengkan kepalanya melihat kekalutanku.
"don't worry! i'm a sporting hubby" katanya sebelum tombol pintu diselak. aku bersembunyi disisi katil. tidak lama kemudian terjengul wajah mama. terdengar perbualan mereka dimuka pintu. nampak macam serius bunyinya. dengan berhati-hati aku intai mereka dari sebalik bantal yang menimbun tinggi. muka mama nampak serius. tegang suaranya. Zainal pula beria-ia menidakkan. mama menarik tangan Zainal keluar dari bilik dan begitu sahaja aku ditinggalkan sendirian dalam bilik.
setelah pasti Zainal tak akan masuk ke bilik semula dalam waktu terdekat, aku pantas menuju ke pintu dan menutupnya dengan hanya sedikit tolakan kerana sememangnya pintu tadi hanya terkuak sedikit. aku matikan kunci pada tombol. check mate!
lepas tu terkocoh-kocoh aku berlari ke almari pakaian dan dengan kelam-kabut mengenakan telukung. walaupun masih belum kedengaran azan subuh tetapi suasana diluar agak begitu kecoh. hatiku tidak senang. entah apa agaknya yang sedang berlaku diluar.
aku basahkan lidah dengan berzikir. mengingati Allah merupakan salah satu caraku untuk menenangkan fikiran. Alhamdulillah. ianya cukup-cukup berkesan. emosiku kembali tenang buat masa sekarang. aku mara semula ke daun pintu. lock pada tombol pintu kulepaskan. aku tidak mahu Zainal terpaksa mengetuk pintu jika hendak masuk nanti.
sambil menunggu kemunculan semula Zainal kedalam bilik, aku membaca satu surah al-quran yang sekian lama menjadi makanan hatiku. seminit kemudian, kedengaran ayat-ayat suci dialunkan dari surau kampung yang kami panggil surau ar-rahman. jam dinding ku tatap sekilas. 10 minit lagi akan masuk waktu subuh. oh patutlah...
Zainal masuk semula setelah bunyi azan dilaungkan di surau tempat kami menikah semalam. wajahnya manis dengan songkok dibetulkan dan aku merenung lenggok tubuhnya yang merapatiku. aku habiskan bacaan dengan penutup 'sodaqollohulazim'. kitab suci itu kuletakkan ditempat kabinetnya yang terletak di sebelah katil. Zainal duduk disebelahku. kami sama-sama duduk bersebelahan di birai katil. dengus nafas Zainal kedengaran tidak teratur. aku resah mendengarnya.
"err... aw... awak nak solat dekat dalam bilik ni ke?" soalku teragak-agak. tidak berani menegurnya. Zainal tidak menjawab. dia hanya diam sambil bermain-main dengan songkok yang telahpun ditanggal dari kepalanya. aku perhatikan kelakuannya yang senyap tiba-tiba. perasaanku dijentik dengan peristiwa sebentar tadi. mungkin itu yang membuatkannya jadi pendiam. pelik!
Zainal kalih pandang muka aku tepat. pipiku dilagakan dengan hidung mancungnya. kemudian dahiku dikucup mesra. aku terus diam sambil menentang pandangan redup mata kebiruannya.
"mari ikut abang jemaah kat surau. abang tunggu kat luar tau. jangan lama sangat bersiap"
Zainal terus tinggalkan aku begitu sahaja. aku keliru. tadi aku soal, dia tidak pula menjawab. kini tanpa ada ribut badai, dia keluarkan arahan tiba-tiba. mataku hanya mampu menyorot kelibatnya yang menghilang dibalik daun pintu bilik air. tak faham betul aku!
seusai mengerjakan solat subuh yang diimamkan oleh suamiku sendiri, aku lipat sejadah yang kami guna tadi. mak dan mama dan saudara-mara yang juga solat disurau mula berura-ura untuk pulang. aku susun sejadah yang sudahpun dilipat dan kukumpulkan ditepi sudut. ada juga terdengar desas-desus dari jemaah wanita yang memuji keenakan suara imam tadi. aku perasan ada lirikan mata wanita-wanita disitu yang tersengih-sengih melihatku. aku pula hanya diam dan berpura-pura tidak perasan. tidak lama kemudian, aku ajak mak dan mama untuk pulang. mereka tengah menungguku diluar surau bahagian perempuan. kebetulan pintu masuk ke ruangan surau bahagian perempuan terletak dibelakang surau. tidaklah kami terserempak dengan jemaah-jemaah lelaki. takut aku diusik. emak menyarung selipar kekakinya. kemudian diikuti oleh mama dan aku yang terakhir turun dari tangga yang agak kecil itu. aku kagum dengan mama yang langsung tidak merungut akan keadaan surau kampungku yang agak naif. dengar cerita daripada kawan-kawanku, orang kaya biasanya sombong dan berlagak tapi mama tidak. langsung tiada ciri-ciri yang mazmumah itu dalam dirinya. mama kelihatan ikhlas dan bercahaya mukanya yang sebahagian iras wajahnya diwarisi oleh syeikh Zainal, suamiku yang baru berusia dua hari.
"mak tak sangka suami kamu yang imamkan solat kita tadi. sedap suara Zainal kan fiya?"
tanya emak sebaik kami mula melangkah keluar dari perkarangan surau. aku yang tercari-cari seraut wajah tampan suamiku cepat-cepat membetulkan baju kurung baruku. aku tidak mahu mak tercium gerak hatiku yang teringin sangat memerhatikan seraut wajah suamiku yang menawan. sungguh aku sudah mula angau.
"mak cakap apa tadi?" soalku berpura-pura tidak dengar soalannya tadi. mak hanya menggeleng. aku senyum pada emak. akhirnya kami sudah keluar dari perkarangan surau. jemaah lelaki kebetulan pula baru sahaja berura-ura keluar dari dalam surau bahagian lelaki. mataku tertancap pada sesusuk tubuh yang kukenali sedang berpelukan dengan jemaah lain disitu. nampak sangat dirinya sangat disukai oleh orang-orang kampungku. ternyata dia sangat pandai membawa dirinya. kebetulan untuk pulang ke rumah kami harus pusing surau tersebut kerana kedudukan pagarnya yang agak pelik. saat itulah mataku bersabung dengan pandangan Zainal. redup pandangannya yang sarat dengan biasan kasihnya. aku hadiahkan dirinya sebuah senyuman yang sengaja ku lenggokkan biar suamiku itu tergoda. ah! nakalnya aku...
setelah beberapa saat berlalu, aku kembali fokuskan pada langkahan kaki. takut terpijak lumpur kerana keadaan jalan yang becak akibat hujan semalaman.
kami mengayuh langkah untuk pulang ke rumah. sesekali mataku mencuri-curi dari ekor mata menjeling ke arah Zainal. kelihatan dia masih berdiri disitu dan aku dapat rasakan yang dia masih merenungku. kedengaran gelak yang berpadu datang dari surau bahagian lelaki. segera aku palingkan wajah. beberapa orang lelaki menepuk-nepuk bahu Zainal sambil ketawa sopan. Zainal turut ketawa kecil. nampak sengihannya yang melebar sampai sehingga ke telinga. entah apa yang lucu sangat.
sesampai sahaja dirumah, aku terlebih dahulu meminta diri untuk masuk kedalam bilik. masuk sahaja dibahagian ruang tamu, dah ada kanak-kanak kecil yang sibuk menonton TV. ada pula saudara perempuan yang berbual-bual diruang tamu sambil bergelak ketawa. tak solat ke diorang ni? hrmm... datang bulan kut!
baru aku hendak masuk bilik pengantin, telingaku sempat menangkap perbualan emak dan mama yang berlarutan dari surau sampailah kerumah tadi walaupun aku hanya diam sepanjang perjalanan pulang tadi.
"akak suka sangat kalau hari-hari Zainal mengimamkan solat kita. sedap sangat suaranya"
"biasa-biasa aje kak. taklah sedap sangat. itulah perangai Zainal. setiap kali dia cuti semester semasa melanjutkan pelajaran di england dulu, Zainal akan menjadi imam kami. kalau nak harapkan abang-abangnya jangan haraplah. semua pun tak boleh diharap. jangankan nak jadi iman, nak kerjakan solat pun culas. Zainal seorang aje anak yang mendengar kata. sejuk hati saya ada anak macam dia kak" aku berhentikan langkah saat terdengar topik menarik itu. mana tahu ada benda baru bakal aku dapat mengenai diri suamiku sendiri.
"Zainal ni memang anak yang mudah mendengar kata. senang sahaja menjaganya. tidak banyak kerenah bukan macam abang dan kakaknya yang lain. kak, kejap lagi kita sambung sembang ye. saya nak ketandas" emak ketawa kecil sebelum mengangguk perlahan. asyraf, adik kepada raqy yang baru berusia dua tahun asyik bergayut pada baju kurung mama. kadang-kadang menjerit-jerit meminta didukung. aku. senang hati melihat anak kecil itu. begitukah nanti perangai anak aku? entah-entah lebih manja daripada asyraf tak? ah... mengarut!
"akak pun kena sediakan sarapan untuk kita semua. nak harapkan saudara-saudara lain tak elok pula. meh kat nenek asyraf! kita makan cendol yang nenek buat semalam" asyraf beralih kedalam pelukan emak. mama mencubit perlahan pipi tembam budak itu. kanak-kanak yang lain mula buat kecoh dan berlari disana-sini. gamat sungguh rumah tok aji pagi-pagi buta maca ni.
dari depan pintu bilikku, mataku menyorot pandang langkahan kaki emak dan mama ke ruang dapur. tadi mama kat nak ke tandas, tapi kenapa mama ke dapur?
bingung memikirkan masalah yang bukan masalah, akhirnya aku bolos masuk kedalam bilik pengantin. sayup-sayup kedengaran suara lelaki memberi salam. tentu Zainal, ayah dan abah serta abang-abangku dan saudara lelakiku yang baru balik dari surau tadi. aku menjadi gelabah tiba-tiba. dalam beberapa minit sahaja lagi, Zainal akan masuk kedalam bilik. aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan. perlukah aku tunggu didepan pintu bilik sambil tersenyum penuh manis seperti seorang isteri pada seorang suami waktu zaman Rasulullah suatu waktu dulu. aku bingung.
rupanya perasaanku tadi adalah normal bagi pasangan yang baru berkahwin. cuak aje yang lebih sedangkan tiada apa-apa pun yang berlaku selepas itu. mujur sahaja Zainal tidak menyambung acara 'flirting' seperti yang diperkatakannya. ah! hanya aku yang terlebih fikir.
hari ini merupakan majlis persandingan kami yang diadakan disebelah perempuan. majlis resepsi pula akan dibuat di hotel di ibu kota. aku hanya mampu mengikut acara yang telah dirancang. sebetulnya aku langsung tak terlibat dengan majlis persandingan kami. apalah yang aku tahu mengenai dunia sanding. terasa diri amat jahil dan cetek pengetahuan.
"cantiknya kau Nur! cemburu aku tengok bulu mata kau tu yang lentik tau! tentu suami kau puji kau nanti tengok isteri dia ni cantik bagai nak rak" aku senyum saja mendengar celotehan rini. maklumlah sekarang ini yang ada hanyalah rasa cuak yang sangat-sangat. tiada masa nak melayan rasa geram atau marah. lebih-lebih lagi bila memikirkan tidak pernah aku bermimpi bersanding dalam usia muda sebegini. dalam usiaku baru menginjak umur 18 tahun aku berkahwin. entah apalah jodoh yang ditentukan-NYA disana. tapi nak putarkan semula masa itu mungkin sesuatu yang mustahil, aku dahpun sah menjadi isteri pada syeikh muhammah Zainal dalam erti kata yang sebenarnya. semalam kami sudahpun berkongsi pengalaman malam pertama. aku telah menjadi hak milik mutlak seorang lelaki bernama suami mulai saat itu.
"amboi dia! baru dipuji sikit dan merah muka nampak" cepat-cepat aku matikan senyuman. aku pedulikan kata-kata sindiran rini tadi. bukannya dia tahu apa yang tersirat dihatiku. kalau aku berfikir tentang suamiku pun belum tentu dia tahu.
"kenapa ni, diam aje? tak bestlah macam ni Nur" dahiku berkerut mendengarnya. mungkin sebab aku tak layan sangat lelucon rini agaknya. sebab tu dia rasa geram dengan aku.
"biarkanlah dia cik puan oi... boleh tak jangan ganggu i rapikan pengantin ni. hishh menyibuk aje cik puan ni kat sini. i nak siapkan kerja i pun tak boleh kalau ada orang yang suka menyibuk"
"suka hati oranglah"
aku kalih pandang ke muka rini yang berubah tegang apabila disindir mak andam. masak dah aku dengan perangai dua cik puan di depanku ni. yang sorang kuat berleter. yang sorang lagi suka membidas cakap orang. bila buku dah bertemu ruas, beginilah jadinya. tambah-tambah lagi mereka berdua sekampung denganku. cuma yang sorang tu teman karibku. aku nak sokong siapa? tapi pertelingkahan kecil mereka sebenarnya tanpa sedar telah sedikit sebanyak membuatkan aku lupa pada ketakutan. ada hikmah sebenarnya...
"dah seminggu kamu tinggal di kampung Zainal. ayah rasa sudah sampai masanya untuk kamu berdua ke kuala Lumpur. ayah tak mahu kerja kamu nanti terbengkalai" spontan tanganku yang rancak menuang air kopi ke dalam cawan ayah terhenti seketika. aku tidak suka dengar ayah bercakap mengenai itu.
"tak apa ayah. Zainal tak kisahpun tinggal lama-lama kat sini. yang penting anak ayah ni selalu disisi saya dan temani saya" Zainal dah mula mengarut.
"ini kopinya ayah... minumlah. bang! jemput minum..." aku sorongkan cawan kaca berisi milo panas didepan Zainal. katanya itu minuman kegemarannya. Zainal tersenyum melihatku dan mengambil cawan tersebut. asap yang berkepul datang dari wap panas milo panasnya dibiarkan singgah ke pipi kasarnya. keningnya dijungkit apabila pandangan kami bersabung. ayah sudah tentu tersengih-sengih melihat menantunya yang mula menggatal.
"thanks sayang... bismillah! urmm sedapnya! pandai sayang buat...bertuah abang dapat isteri macam sayang. dahlah cantik, baik, pandai buatkan abang air pulak tu!" puji Zainal dan membuatkan ayah makin tersengih-sengih. Zainal juga turut sengih sambil pandang muka aku yang mula memerah. Zainal memang suka puji kecantikan aku baik didalam bilik mahupun didepan orang ramai. aku juga yang malu. ayah berdehem yang sengaja dibuat-buat.
"kamu dengar tak tu fiya? mana ada suami sekarang yang suka puji isteri. waktu bercinta bukan main mengayat tapi bila dah kahwin sibuk mengata keburukan isteri sendiri. tapi suami kamu tak macam orang lain. ayah bangga dengan suami kamu. jadi ayah harap kamu dapat hormati suami kamu dan jangan melawan cakap suami kamu. jangan sia-siakan anugerah Allah pada kita sekeluarga terutamanya buat kebahagiaan kamu. bertuah betul kamu dapat suami sebaik Zainal fiya. kalau nak harapkan bekas cinta kamu yang entah belum tahu dapat kenyangkan kamu, memang sampai ke tua baru ayah dapat kembali bernafas..." kenyataan yang disebut ayah diakhir katanya tadi membuatkan aku bingung seketika. aku pandang muka Zainal yang sudah berubah. mati senyumannya. sekejap sahaja ketawa Zainal terhambur. aku tak faham betul. apa ni?
"siapa dia bekas kekasih fiya ayah? ada handsome dari Zainal tak?" ayah menggeleng. Zainal menyengih lagi. aku duduk disebelah Zainal. meja bulat itu cukup-cukup untuk empat orang. raqy yang leka makan kuih pisang goreng tidak hiraukan perbualan orang tua.
"betul ke fiya ada kekasih sebelum ni selain daripada abang?" Zainal bertanya padaku. renungannya bersilih ganti antara aku dan ayah.
"er.. er.. mana ada. fiya tak pernah pun ada kekasih. ayah tu yang reka-reka cerita" aku jegilkan mata kat ayah. ayah sekadar lepas tangan. geramnya aku.
"betul ni?" Zainal sekali lagi meminta kepastian. pantas aku mengangguk. ayah tergelak. pulak!
"betullah tu Zainal. ayah saja nak uji kamu tadi. ternyata kamu bukan seorang yang bertindak tanpa menyiasat terlebih dahulu. bertambah-tambah kepercayaan ayah pada kamu. ayah benar-benar percaya kamu dapat jadi suami yang paling baik buat anak manja ayah nun..." ayah tepuk-tepuk bahu kiri Zainal. aku dapat nampak Zainal tersenyum lega.
"gembiralah tu!"
Zainal tergelak dengan sindiran ayah. nampak sangat matanya bercahaya. matanya tepat merenungiku dengan pandangan redupnya. aku menunduk. tidak berani lama-lama bertentang mata dengan mata kebiruannya yang begitu galak merenungiku.
"ayah... ayah nak tahu tak?"
"apa dia?"
Zainal meneguk milo panasnya sebelum perlahan-lahan meletakkan cawannya yang sudah separuh diminumnya ke meja. kemudian, Zainal merapatkan kerusinya dekat dengan kerusiku. aku mula gabra. tindakan Zainal memang tidak terjangkakan. Zainal melingkarkan tangannya kebahuku. aku masih menunduk. bertambah merah wajahku tatkala bibirnya hinggap di pelipisku.
"sekarang Zainal nak beritahu ayah tidak ada suami yang tak gembira ayah bila dapat tahu isterinya tidak pernah menjalinkan cinta dengan lelaki lain. tambah-tambah lagi apabila isterinya cantik manis dan beragama. ayah nampak tak tu?" Zainal makin mengeratkan pelukan pada bahuku. sekali-sekala bibirnya hinggap dipipiku. basah pipiku dengan air milo yang diminumnya tadi. tapi aku biarkan sahaja tindakannya. takut nanti kalau aku cubit lengannya, ayah pasti tengking aku disitu juga.
"hrmm.. ayah tahu Zainal. ayah makan garam lebih awal dari kamu. ayah tahu bagaimana perasaan kamu sekarang. ayah tahu jiwa lelaki berdarah muda macam kamu. ayah juga pernah laluinya lama dulu. semuanya memang indah diwaktu awal perkahwinan.semuanya terasa manis dan membahagiakan. memang begitulah yang dirasakan sewaktu di awal perkahwinan. tapi bila dah lama berkahwin, sedikit demi sedikit perasaan tu akan mulai luntur. jadi pandai-pandailah kamu jaga keluarga kamu. bimbinglah isteri kamu apabila dia tersilap. cuma ayah mohon sangat pada kamu, jangan persiakan satu-satunya puteri kesayangan ayah ya. ayah mohon sangat. ayah percayakan kamu seratus peratus. tapi iyalah... kalau jodoh kamu berdua tak panjang, kembalikan anak ayah pada ayah secara baik. jangan dia disakiti. jangan kamu kasari dia sepertimana ayah mengasarinya tempoh hari. janji pada ayah ya Zainal... janji pada ayah yang kamu akan menjaga anak ayah dengan sebaik mungkin!"
"ayah..." hampir aku teresak mendengar rintihan hati ayahku sendiri. aku begitu terharu. ayah tidaklah sekejam seperti yang berlaku keatasku tempoh hari. aku sudah cuba melupakan semua itu. tinggalkan segala kenangan pahit agar hatiku bisa menerima kemanisan dalam perkahwinan. itulah sebaik-baik cara untuk menghilangkan rasa dendam dalam hati.
sedar-sedar sahaja, aku lihat Zainal menangis dalam pelukan ayahku. belakang Zainal ditepuk-tepuk sayang. aku dapat rasai hubungan yang sangat akrab antara dua lelaki yang penting dalam hidupku.
"mak su, kenapa pak su nangis? eee... pak su nangis. nanti raqy bagitau mama raqy..." aku geleng kepala meminta raqy supaya diam. akhirnya raqy diam dan meneruskan kunyahannya. lama ayah dan Zainal berpelukan begitu. adakah Zainal begitu mencintaiku sebegitu dalam? aku nampak cintanya dari biasan mata redupnya tapi kenapa aku masih malu dan segan padanya. atau beginikah reaksi seorang wanita muda yang baru mengenali dunia percintaan. tuhan... tunjukkan padaku jalan kebahagiaan kami agar aku dapat sama-sama merasai erti kebahagiaan dalam berumahtangga.
seusai makan malam bersama diatas lantai beralaskan tikar getah, Zainal mengajakku untuk ke luar sekejap sementara menunggu makanan yang baru ditelan, habis dihadam. sambil berjalan, Zainal tidak lepas-lepas menggenggam tanganku. aku hanya tersenyum pada yang melihat kami begitu. malu juga mendengar usikan dari saudara-mara dan abang-abangku yang masih berada dirumah itu walaupun sudah seminggu aku melangsungkan pernikahan.
Zainal tarik perlahan tanganku untuk menuruni tangga yang hanya mempunyai beberapa buah anak tangga. kami menuruni tangga satu-persatu. terasa begitu lambat masa berjalan. setiba di halaman rumah, Zainal menyuruhku untuk duduk di satu bangku sebelum punggungnya dilabuhkan disisiku. rapat dan tiada langsung ruang yang memisahkan kami waktu ini. aku biarkan Zainal memeluk bahuku. kepalaku dipaksa untuk dilentokkan ke bahunya.
"thanks..." bisiknya perlahan ditelingaku. begitu mendayu-dayu suaranya. aku diam sahaja. masih tidak faham untuk apa dia berterim kasih padaku. oh! mungkin juga kerana aku telah memasak masakan kegemarannya malam ini walaupun aku sekadar membantu emak memasakkan lauk yam masam merah untuknya dan yang lain emak yang masak.
"kenapa ni? diam aje abang tengok..." Zainal merungut apabila aku masih belum membuka mulut. tahukah dia bahawa aku masih segan dengan dirinya.
"sorry... saya tak tahu nak cakap apa kat a... abbbang..." satu-persatu mulutku menyebut butiran kata-kataku tadi. entah kenapa aku mula rasa terpanggil untuk memanggilnya abang. mungkin kerana usianya yang jauh lebih tua dariku. dia berusia 24 tahun manakala aku baru sahaja berusia 18 tahun. atau mungkin juga aku mula menghormatinya selain dalam diam mula menitipkan bibit-bibit cinta untuk dirinya.
"hei... say something please..." aku tergeleng. tidak tahu nak cakap pasal apa. entah kenapa dengan lelaki ini mulutku seakan terkunci rapat. bahkan sebelum ini mulutku memang mudah mesra pada orang walaupun merek tidak begitu aku kenali. tapi kenapa dengan suamiku sendiri yang sudah halal dan sah untukku, aku berasa lain. ataukah aku yang masih belum mampu memaafkan kesalahan lelaki ini dulu. tapi bukankah Zainal sudah meminta maaf akan kelancangan tindakannya memelukku didepan umum dulu. aku rasa aku sudah dapat memaafkannya kerana alasannya yang aku rasa agak rasional. Zainal memberitahuku bahawa dia sengaja berbuat sedemikian kerana dia mahu perempuan yang saban waktu mengejarnya percaya bahawa dia sudah mempunyai kekasih hati dan aku yang terpaksa dijadikan mangsanya. patutlah dia sengaja mengajakku untuk berjumpa dengannya dan mengeluarkan kata-kata sinis supaya aku kelihatan marah-marah dan itulah bukti bahawa aku cemburukan Zainal diminati oleh perempuan lain. itulah yang Zainal beritahu aku. entah siapa agaknya gadis yang begitu minat pada suamiku itu sampau begitu sekali. sanggup memalukan diri sendiri semata-mata untuk mendapatkan seorang lelaki. ah! perempuan kalau memang nak dapatkan sesuatu, memang akan terlalu obses pada benda yang dikehendakinya. hara-harap wanita itu tidak lagi mengejar perhatian dari suamiku. tapi aku juga mahu tahu bagaimana rasanya apabila perasaan cemburu mulai merajai hati. aku belum pernah merasainya.
"sayang nak tahu tak satu perkara yang selama ni abang rahsiakan dari pengetahuan sesiapa?" soal Zainal lalu mengembalikan fikiranku ke dunia kami.
"er ya.. kenapa dengan rahsia abang tu?"
Zainal dekatkan pipinya ke pipiku. kedudukan kami sekarang memang bertambah rapat. andai saja kami belum berkahwin, memang dah dicekup ketua kampung. mujur saja kami sudah selamat menikah.
"betul fiya nak tahu?" tanya Zainal lagi. aku terus angguk. Zainal bawa tanganku yang digenggamnya dan dikucup bertalu-talu.
"sebenarnya abang dah lama jatuh hati pada sayang sejak dulu lagi sebelum abang usulkan hasrat hati abang pada ayah untuk melamar anaknya yang cantik jelita ni" sesak nafasku ketika itu. apa yang Zainal cuba sampaikan sebenarnya.
"jadi abang yang lamar fiya? bukan abah ke yang merisik fiya untuk abang? fi.. fiya tak faham... cuba terangkan pada fiya apa sebenarnya yang berlaku?" tiba-tiba aku jadi sebak. entah kenapa. aku tak tahu. yang pasti aku tak tahu dan.. argghh..
Zainal mengelus-elus bahuku yang dipeluknya. aku diam dan menunggu penjelasan darinya.
"ya! memang benar abang yang cadangkan pada abah. abang pujuk abah yang abang dah benar-benar bersedia untuk jadi seorang suami dan jadi ayah untuk bakal anak-anak kita nanti. alhamdulillah, abah percaya pada abang. abah sengaja undang ayah untuk datang ke rumah dekat Kuala Lumpur. sebelum itu abah dah telefon ayah dan merisik sayang untuk abang. ayah bagi lampu hijau dan bila abang dengar berita tu dari mulut abah, abang menjerit kerana terlalu gembira. abang tak malu bila dikatakan gila kerana abang memang cintakan sayang sangat-sangat. abang memang dah lama pasang niat untuk melamar sayang tapi abang tak ada masa kerana abang asyik ulang-alik ke luar negara kerana urusan bisnes. lepas ayah dah setuju dan terima risikan dari abah walaupun belum rasmi, abang terus berbincang dengan ayah pasal perkara yang perlu abang lakukan. abah juga tolong abang untuk mencari tempat yang sesuai untuk kita bersanding kerana abang nak sangat rasai suasan berkahwin dan bersanding dikampung. ternyata impian abang selama ini akhirnya menjadi kenyataan. abang benar-benar bersyukur dapat berkahwin dengan fiya sayang..." Zainal kucup ubun-ubunku seusai menghabiskan kata-katanya.
"tapi.. macam mana abang boleh kenal fiya sedangkan fiya tak pernah pun kenal abang?" soalku bagai orang yang kebingungan.
"i know that honey! sayang ingat lagi tak dulu lima tahun lepas kalau abang tak silap, sayang dan kawan sayang yang baru pulang dari sekolah terserempak dengan budak-budak lelaki yang sesat?" soal Zainal. aku cuba mengingat. ya memang betul aku pernah terserempak dengan sekumpulan lelaki remaja yang sesat dan termasuk kampung kami. mungkinkah dia ada waktu itu?
"fiya ingat. kenapa? macam mana abang tahu atau abanglah lelaki yang sinis bercakap dengan fiya tu?" aku mendengar Zainal tergelak. suka betul dia ketawa sampai ketawa terbahak-bahak. aku cubit perutnya barulah ketawanya mulai mereda.
"abanglah lelaki poyo tu. hahaha..."
"patutlah... perangai orang bandar memang macam tu ke?" sindirku. kalau ayah dengar aku menyindir begini, pasti aku dah dileteri habis-habisan.
"entahlah... abang minta maaf ye... memang abang akui abang budak yang anti-kampung waktu itu. mungkin dah takdir Allah macam tu. kami disesatkan dan termasuk kampung yang abang sendiri pun tak tahu apa namanya. pada mulanya abang dan kawan-kawan abang nak hadir ke suatu majlis perkahwinan kawan abang yang bertemu jodoh dengan kampung sebelah. tapi entah macam mana abang tersalah masuk lorong dan sampailah kami kekampung sayang ni. mujur sayang ada waktu itu dan abang yang memang anti-kampung terus mahu menyinis dengan sayang. yes. i did it but kalau sayang nak tahu waktu itulah hati remaja abang menjadi tidak betul. abang benar-benar tidak percaya abang terjatuh cinta pada gadis kampung tapi abang memang tak dapat nafikan kenyataan tu. abang benar-benar dah angau dengann sayang lepas saja abang balik ke Kuala Lumpur. barulah abang rasa bagaimana rasanya bila dah dilamun cinta. mandi tak basah. tidur tak nyenyak. makan tak kenyang abang jadinya. asyik wajah sayang aje yang abang nampak saban waktu... lepas dah beberapa tahun berlalu dan dah tamat habiskan pengajian abang kat UK, abang terus pulang ke Malaysia dan bekerja kat syarikat keluarga. abang juga akui abang sering diburu oleh gadis-gadis disana tetapi abang tak layan. hati abang dah ditakluki oleh sayang waktu itu. mana mungkin abang dapat cintakan perempuan lain kalau hati abang dah terbagi sepenuhnya kat sayang. pertama sekali abang terjumpa dengan ayah waktu abang pulang dari bekerja dan tiba-tiba ada orang bagi salam. abang terpaku melihat ada seorang lelaki tua yang berkopiah sedang berdiri dihalaman rumah. apa yang paling mengejutkan abang ialah rupa lelaki tersebut sangat menyerupai wajah wanita idaman abang yang asyik masuk dalam mimpi abang. rupa-rupanya lelaki itu adalah ayah kepada sayang sendiri. abang tahu itu apabila abang merisik-risik ayah dan ayah keluarkan kepingan-kepingan gambar dari dalam dompetnya. mahu saja abang jerit pada satu dunia bahawa abanglah orang yang peling bertuah waktu itu. abang perhatikan gambar sayang dan abang-abang sayang yang ayah selalu bawa dalam dompetnya. abang siap ambil gambar sayang dan yang lain semata-mata nak tatap paras wajah sayang setiap hari. memang ayah ada bertanya untuk apa abang ambil gambar anak-anaknya, abang jawab abang suka-suka sahaja. yelah.. mana tahu abang terserempak dengan anak-anak ayah. padahal abang dah merancang lain..." Zainal tergelak kecil lepas itu. aku tak tahu nak cakap apa dah. inikah rahsia disebalik perkahwinan kami? sungguh banyak lagi rahsia yang belum aku ketahui. tapi tidak apa aku akan korek satu-persatu.
"kenapa abang tak cari fiya kat sini akalu benar abang cintakan fiya?" tanyaku lalu mematikan gelaknya. Zainal lepaskan hembusan nafasnya dan ianya menampar halus wajahku.
"abang memang lelaki yang pemalu. abang tak berani melamar sayang tanpa merisik terlebih dahulu. lagipun abang tak kenal siapa sayang waktu itu. melalui cerita ayah, sayang baru sahaja habis SPM. apalagi, terus berkobar-kobar perasaan abang untuk mengahwini sayang. bila ayah dah balik kampung, barulah abang buat keputusan yang paling muktamad. abang dah benar-benar cukup sedia untuk mendirikan rumahtangga tambah-tambah lagi dengan gangguan perempuan-perempuan sepejabat abang yang suka sangat menggoda lelaki bujang macam abang. sebab itulah, waktu kali pertama bertemu dengan sayang di restoran dahulu abang benar-benar terpaku melihat sayang disana. sayang tak ubah seperti bidadari yang didatangkan khas dari kayangan. abang benar-benar terpikat habis dengan sayang. sayang nampak lain sangat dengan dalam gambar yang ayah tunjukkan tu. sebelum jumpa dengan sayang, abang hari-hari dok congak dan renung gambar sayang yang abang dah setkan dalam handset abang sebagai wallpaper supaya abang tidak tersilap orang..."
"sampai begitu sekali ke abang buat?" mahu tak terkejut aku. benar seperti yang aku kata. tindakan Zainal benar-benar tidak terjangkakan. patutlah aku perasan Zainal asyik membelek-belek telefonnya sebelum aku dan pelayan restoran tersebut sampai ketempatnya dulu. huh! benar-benar aku tak jangka Zainal terlalu memujaku. cuma aku yang berani mengatakan dia gila. kini barulah aku tahu kebenarannya.
"kalau dah suka, abang akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang abang nak selagi tak bercanggah dengan hukum-hakam agama. kalau abang nakkan zuriat dalam sebulan dua lagi, tak apa kan?" soal Zainal begitu nakal. dia ni suka sangat mengusikku.
"boleh tak ni?" soal Zainal membuatkan aku tarik kepalaku dari bahunya. bukan aku tidak sudi mengandungkan zuriatnya tapi aku malu mahu berbincang dengannya akan hal ini. bagiku ianya amat sensitif.
"atau sayang tak sudi lahirkan zuriat abang? sampainya hati... tak apalah... abang cari yang padan muka sayang" Zainal seperti mahu bangun. lantas aku peluk tubuhnya dan sembamkan wajahku kedadanya yang berbau harum.
"fiya sudi!" ujarku malu-malu. terasa mukaku sekarang dah merah habis. tapi aku tetap beranikan diri untuk berbuat begitu. aku mahu dia tahu aku sudi mengandungkan benihnya. lagi satu hatiku tiba-tiba menjadi pedih apabila mendengar Zainal mahu menduakan aku. aku diam apabila Zainal membalas pelukanku dan mengelus-elus belakangku. dahiku dikucup mesra. lama benar bibirnya berlabuh disitu.
"i'm sorry making you jealous. i didn't meant to. abang sekadar bergurau tadi. i'm sorry k. abang janji tak akan bergurau begitu lagi!" mendengar pujukan dari sang suami, hatiku terus mencair. Zainal begitu pandai memujukku. dia begitu memahamiku. terasa tubuhku dicempung dan kami bergerak menghala ke kereta Zainal yang diletakkan di tepi rumah.
"abang... kita nak kemana?"
"syy.. just follow me! trust me. i just want to make a surprise for you my dear wife" bisiknya dekat dengan telingaku. aku hanya menurut kata hati untuk terus berdiam diri dan membiarkan Zainal mencempungku. bawalah aku kemana saja bang... asalkan abang ada untuk sayang...
bersambung...
Sunday, December 25, 2011
Saturday, December 10, 2011
Jauh Aku Berlari 4
aku tersedar dari lena apabila terasa ada sesuatu yang memerangkap dadaku. mata yang baru hendak terbuka, tertutup apabila merasakan hangatnya tangan yang melingkari pinggangku. kini aku sedar aku sedang berada dimana.
"sayang abang dah bangun ke?... hrmm?"
mendengar sahaja suara garau itu, aku cepat-cepat menyembunyikan wajah kedada Zainal yang terdedah. perasaan malu masih begitu menyelubungi diri apabila teringatkan kembali pada kemesraan suamiku lewat malam tadi. apakah Zainal tidak tidur semalaman dan setiap saat merenung padaku? oh malunya...
"tak ada sebab sayang perlu rasa malu. malam tadi membuktikan sayang menjadi milik abang dan abang milik sayang seorang. terima kasih kerana menjaga kehormatan sayang untuk abang. I really appreciate it dear!" rambutku diselak oleh tangan kasarnya.
"abang rasa puas sangat semalam..."
mendengarkan bisikan yang syahdu ditelingaku berserta dengan usapan lembut tangannya di leherku membuatkan dada berdegup kencang. aku belum bersedia mengulangi detik-detik kami semalam. terdengar pulak ketawa suka Zainal. aku terkaku.
"I love you so much sayang"
kembang hatiku mendengar ungkapan cintanya. pelukan pada tubuhku dipereratkan. meskipun terasa malu namun aku amat selesa dan aman berada dalam dakapannya. sungguh aku sudah sedikit demi sedikit belajar memaafkan lelaki ini dan sekaligus membuka hatiku untuk menyayanginya seperti yang disarankan mak tempoh hari. semalam, Zainal juga membisikkan kata-kata cinta yang sama berulangkali ditelingaku. tidak henti-henti dia menggodaku semalam sehingga akhirnya aku tewas dalam rangkulannya dan beberapa kali juga kami mengulanginya.
"kenapa ni? masih malu dengan abang ke? hrm...? tell me dear!" pujuk Zainal dalam gelak tawanya yang mendamaikan pendengaran. serba sempurna lelaki ini. namun aku tetap diam. mulut terasa berat untuk bersuara. masih terasa janggal untuk bermain kata dengan suami sendiri.
"kejap lagi kita solat sunat sama-sama ye yang. abang nak mengabdikan diri abang pada yang maha Esa kerana menemukan abang dengan sayang. terima kasih sayang kerana sudi menerima diri abang yang telah banyak melukakan hati sayang selama ini...i'm so sorry for that!" Zainal mengucup dahiku. lama bibir panasnya mendarat disitu. tanpa sengaja tanganku perlahan-lahan membalas mendakap tubuh Zainal. terasa panas tubuhnya yang bersatu dengan tubuhku. aku tidak berapa suka Zainal membangkitkan hal itu semasa waktu-waktu penting sebegini.
"abang buat semua tu kerana bersebab. nanti abang ceritakan kat sayang ye... terima kasih kerana sudi menerima diri ini dan pandai...er...pandai...errr...abang malulah nak cakap"
aku tertunggu-tunggu Zainal menyambung kata-katanya. seperti ada benda yang tergantung disitu. nampak ada kekurangan pada kosa kata yang digunakan. entah apa agaknya Zainal nak bagitahu.
"abang malulah nak cakap sayang...kalau sayang nak tahu sayang memang pandai tu... er... pandai yang tu... ishh... malunya abang nak cakap!" entah kenapa aku tersenyum dengan kekalutan Zainal.
"cakaplah wak! saya tak marahpun"
aku berkata perlahan. rasa kantuk lebih menguasai diri.
ubun-ubunku hangat sekali lagi dan ini yang paling lama sehinggakan aku terbuai dengan kehangatan bibir suami sendiri.
"you know sayang? isteri abang ni terlalu bijak menggoda hati abang ni yang tandus. I'm so in love with you safiya Kahar..." setelah menghabiskan kata-kata cintanya, Zainal melekapkan kedua belah tangannya ke kiri dan kanan pipiku kemudian perlahan-lahan Zainal mendongakkan wajahku. takut-takut aku menurut. sedar-sedar sahaja hidung kami berlaga. hembusan nafasnya begitu hangat membelai mesra kulit mukaku. terasa damai hati ini walaupun terasa sangat malu dan segan. kulit kami yang bersentuhan membuatkan perasaan wanitaku terbuai seketika. bagaikan tertayang semula persitiwa kami semalam. terasa indah dan menyeronokkan.
"kita solat sunat tahajud nak?" ajak Zainal tiba-tiba. aku menggeleng walaupun mungkin Zainal tidak nampak. tapi suamiku ini bukan sembarangan orang rupanya. cukup tinggi ilmu didadanya.
baru aku tahu semalam.
"kenapa sayang? kan besar pahalanya tu..." Zainal masih berusaha memujuk. bukan aku tak mahu. aku nak sangat tapi aku tak larat. tubuhku terasa sangat lenguh sana-sini akibat tidak cukup tidur dan letih akibat dikerjakan Zainal semalaman. sungguh aku lega kerana aku sudahpun menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang isteri dalam erti kata yang sebenarnya biarpun baru sehari bergelar isteri pada Zainal. sungguh aku tak menyangka aku terlalu mudah menyerahkan mahkotaku pada suami. lepas ini aku akan cuba mempelajari semua tentang Zainal. alang-alang aku dah serahkan seluruh permataku yang kujaga dan kupelihara dengan elok selama ini, maka sudah tiba masanya aku hilangkan rasa benci padanya sedikit demi sedikit dari sehari ke sehari kerana sikap Zainal tidaklah seperti yang aku sangkakan. dia terlalu lembut dan begitu menjaga perasaanku. contohnya semalam. selepas masuk kedalam bilik, aku terus menonong ke arah sofa dan menjatuhkan tubuh yang kepenatan disitu. aku tak sanggup mendengar bicara Zainal yang selanjutnya. tetapi Zainal menarik tubuhku untuk tidur sama diatas tilam. aku tidak mahu tetapi Zainal menggunakan pengetahuan agama yang ada dalam dada bidangnya. aku terkelu dan malu saat itu. pada mulanya tidak ada apa-apa yang berlaku diantara kami kerana jarak kami berdua agak jauh biarpun berada di atas satu katil yang sama. katil bersaiz king itu juga kata ayah Zainal baru sahaja membelinya semata-mata untuk keselesaanku semasa malam pertama. waktu itu baru mataku hendak terlelap, tiba-tiba sahaja terasa katil opss.. tilam sedikit bergoyang seperti ada yang bergerak. tentu Zainal yang bergerak turun kut. aku biarkan sahaja. lagi bagus bisikku dalam hati. tapi alangkah terperanjatnya aku apabila beberapa saat selepas itu tubuhku terasa ditindih oleh seseorang. terasa hangatnya nafas jenis lelaki menampar lembut pipiku. aku mahu menjerit tetapi bibirku tersumbat oleh bibir Zainal. pada mulanya aku meronta-ronta minta dilepaskan kerana belum bersedia tetapi bisikan kata-kata cinta dari bibir manis Zainal yang begitu indah ditelinga sangat mengasyikkan perasaanku. akhirnya aku merelakan Zainal meneroka mahkotaku apabila beliau memperdengarkan bacaan doa yang meminta dijauhi dari syaitan ditelingaku. aku hanyut dalam arus cinta Zainal.
"kalau sayang tak nak tak apalah... lagipun itu cuma sunat untuk dikerjakan. kalau dikerjakan mendapat pahala, tapi kalau ditinggalkan tidak mendapat apa-apa. tapi sayang tak boleh tinggalkan solat yang wajib pulak eh. ada jugak nanti yang kena ketuk tau!" Zainal gelak kecil. itu aku tahulah. tanpa sengaja, aku tercubit lengannya yang erat memelukku. ingatkan, dia akan menjerit kesakitan tetapi sebaliknya dahiku dikucup pulak dan mengucapkan kata-kata cintanya yang sama dari semalam lagi. aku pulak yang tergamam. tak habis-habis lelaki ni mengulit tubuhku. memanglah tubuhku dikategorikan dalam tubuh yang cantik langsing dan ala-ala model, tetapi takkanlah kerana tarikan itu Zainal begitu teruja apabila bersama denganku. atau Zainal ada penyakit psiko yang menganggap wanita sebagai tempat melepaskan nafsu semata-mata. Ya Allah! minta dijauhkan. benar kata Zainal semalam, aku sudah tewas tidak sampai sehari pun.
lama kami terdiam sambil berpelukan. aku mahu melepaskan namun Zainal semakin mengeratkan. manja benar gayanya. satu perangainya yang membuatkan perasaanku menjadi senang dan ceria apabila bersamanya.
"err... awak..."
ada yang ingin aku pertanyakan padanya.
"kenapa sayang?"
pipiku dibelai oleh jemari kasarnya. rasa hangat pipiku tiba-tiba apabila disentuh begitu.
"errmm... tak apa ke kalau saya panggil awak dengan panggilan awak?" nasib baik mukaku tersembunyi dibalik dada sasanya. aku takut sekiranya ditengking meskipun tidak pernah lagi aku melihat Zainal menengking.
"abang ok aje. yang penting ayah tak tahu. abang tahu ayah tak suka sayang panggil abang begitu, kan?" tekaan Zainal memang betul. apakah Zainal selama ini tahu aku sering dibuli dan dibebeli ayah?
"terima kasih awak. saya masih segan dengan awak. harap awak faham. mengenai ayah pulak, awak jangan risau, saya akan panggil awak abang didepan orang lain" aku berterus-terang. mungkin bagi pasangan lain yang baru sahaja berkahwin, tentu si isteri akan terus memanggil suaminya dengan panggilan abang. itu mereka. aku lain. kami tak sama. perkahwinan kami berbeza. tidak sama dan tidak seangkatan.
"pandai sayang mengantoi orang iye... nakal!" Zainal pisat hidungku perlahan. tak sakit pun. sengaja mahu menyakat. aku tersenyum di sebalik kegelapan dini yang pagi kelam. alangkah baiknya kalau kami dinikahkan dalam keadaan saling mencintai. tentu aku akan memanggilnya abang dan meletakkan kedudukannya sebagai raja dihatiku. sudah takdir hidup aku begini. aku harus terima dan jangan sekali-kali merungut. seperti kata mak tempoh hari, redhailah dengan siapa kamu berjodoh Fiya... sesungguhnya Allah itu maha mengetahui dan maha mengasihi makhlukNya!
"err... terima kasih Zainal" kalutnya aku.
"sama-sama kasih sayang! cuma satu yang abang harap, belajar untuk mencintai abang, terima abang sebagai suami sayang dan paling penting percayalah pada abang kerana itulah kunci kebahagiaan sebuah rumahtangga!" aku terpaku mendengarnya. pandai juga suami aku berceramah. silap-silap kalah ayah kalau digilap lebih kerap.
"saya akan cuba!" itulah jawapan yang terbaik dariku. semoga beliau berpuas hati. sesudah mengucup dahiku sekali lagi, pelukan dileraikan manakala tubuhku dibungkus dengan selimut yang kami kongsi bersama sejak malam tadi. aku berasa terharu.
"awak nak kemana Zainal?"
aku tertarik tangan Zainal menyebabkan Zainal tidak jadi turun dari katil.
Zainal kembali berbaring dan membuka semula selimut pada tubuhku. Zainal mencelah masuk dan memelukku erat sebelum menyelimutkan tubuh kami berdua.
"abang fikir nak bersihkan diri dan buat sujud syukur pada Allah. am I disturbing you?" Zainal mengusap pipiku.
"tak awak. er.. saya minta maaf kerana tertarik tangan awak tadi. saya tak sengaja. er.. awak tak rasa sejuk ke mandi pagi-pagi buta ni?" aku sedikit prihatin padanya. disini tak ada pemanas air. aku risau Zainal tak tahan air sejuk.
"it's okay! abang rasa abang masih boleh tahan sejuknya. biasalah tu kalau tinggal di kawasan kampung. apalah sangat rasa sejuk tu jika dibandingkan dengan balasan yang abang terima nanti. abang nak doa banyak-banyak dekat Allah supaya rumahtangga kita sentiasa mendapat keberkatan dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah" begitu tinggi sekali angan-angan Zainal. mampukah aku melahirkan anak-anak dari benih Zainal? melahirkan mungkin boleh tapi menjaga dan membesarkan anak-anakku sendiri aku tidak yakin akan itu. tambah-tambah lagi umurku masih muda untuk menjadi seorang ibu. apabila persoalan itu menjengah diminda, baru aku tersedar akan kekuranganku yang satu itu.
"awak! awak dah bersedia ke nak jadi ayah? awak tak kisah ke kalau saya lahirkan anak awak dalam usia saya yang masih muda ni? apa pulak kata kawan-kawan awak dekat KL tu nanti... saya tak nak gara-gara saya mengandung awal, awak mendapat malu!" aku berterus terang. Zainal tergelak garau. aku suka akan tawanya. menyenangkan halwa telinga sesiapa sahaja yang mendengarnya. sinaran lampu dari luar khemah yang dipasang menyebabkan aku dapat melihat wajah tampan Zainal tapi sipi-sipi sahaja. tak puas rasanya mahu menatap wajah suamiku sendiri. aku nampak Zainal tersenyum manis. entah kenapa rasa ingin mengusap wajahnya datang menggigit hati. aku tahan permintaan hati yang sangat gatal tika ini. malulah sikit Nur Safiya oii!!!
"abang dah lama bersedia jadi ayah pada anak-anak kita sayang... sebab tu abang tak nak bertangguh lagi. abang kena kerja keras untuk mengandungkan sayang!" kata-kata Zainal memang berbisa dan memakukan. tak ada tepis-tepis lagi. terlalu jujur dan berterus-terang. aku juga yang malu saat ini.
"sayang pulak macam mana? dah sedia lahirkan anak-anak untuk abang dan jadi ibu pada anak-anak kita?" itu soalan yang sangat menyukarkan. bersediakah aku?
"saya terima sahaja rezeki dariNya..."
"maksudnya sayang dah sedia lah ni? gembiranya abang... nampaknya abang kena usaha berkali ganda untuk mengandungkan sayang!" Zainal tergelak lagi. suka dia.
"awak!!"
aku jentik lengannya sekadar mahu menegur. tidak mahu ketawanya kedengaran sampai diluar.
"sorry! i am so happy heard that you're so ready to be the mother of my child!" aku dapat rasakan kegembiraannya itu dari tutur bicaranya. kalau awak gembira, saya akan turut sama gembira Zainal!
"abang nak mandi dululah, nanti tak sempat pulak buat solat sunat. betul ni sayang tak nak ikut?" Zainal melepaskan pelukan dan menyelinap keluar dari selimut tebal. tubuhku terasa kedinginan semula kerana terlalu selesa berada dalam dakapannya tadi.
"saya tak larat awak. saya minta maaf!"
"abang faham sayang. abang dah ada sedikit pengalaman dulu. kalau sayang nak sambung tidur, tidur aje ye. kejap lagi abang akan kejutkan sayang untuk solat subuh sama-sama" apa maksudnya dengan pengalaman dulu? ada sedikit timbul persoalan mengenai itu. nanti aku akan cari tahu cerita hidup Zainal. aku harus tahu setiap sejarahnya kerana aku mahu mengenali dirinya. adakah pengalaman yang dimaksudkannya tadi berupa pengalaman dengan wanita lain. lekas aku beristighfar dalam hati. tidak mahu berprasangka buruk pada Zainal selagi belum mendapat cerita yang sebenar. apa yang aku rasakan sekarang adalah satu perasaan yang tidak pernah aku alami. apakah namanya ini. cemburu?
what??? tak mungkinlah.
"wait me here okay!" Zainal mengucup dahiku sebelum terasa tilam bergoyang. dalam kegelapan, dari bayang-bayang, aku dapat lihat Zainal sedang menuruni katil.
"jangan tidur mati tau. nanti jenuh abang nak kejutkan sayang pulak"
aku mengangguk dalam pada masa yang sama mengetap bibir. tak pernah lagi aku terbabas solat subuh selama ini.
"sayang... dengar tak ni?" hah! oh lupa pulak Zainal tak nampak aku mengangguk tadi waima berjuta kali sekalipun aku mengangguk kerana bilik yang gelap gelita.
"ok... " jawabku perlahan.
"abang pasang lampu ye? satu benda pun tak nampak ni" derapan langkah kaki Zainal kedengaran menuju kesudut yang menempatkan suis lampu. alamaaak. cepat-cepat aku pejam mata. aku tak sedia lagi melihat tubuh suamiku sendiri yang tidak berbaju biarpun kami sudah melakukan lebih daripada itu semalam. tapi itu dalam keadaan gelap. hanya belaian dan sentuhan yang menjadi arah kami waktu itu walaupun dengan tanpa bantuan penglihatan.
kedengaran bunyi suis dipetik.
"kenapa pejam mata tu?"
aku masih tidak mencelikkan mata. tidak dapat aku gambarkan bagaimana keadaan suamiku sekarang. bagus kalau dia bertuala, kalau tak harulah jadinya.
"sayang masih segan dengan abang ke? pemalu juga isteri abang ni rupanya"
aku tidak berminat untuk mempersoalkan. cepatlah pergi mandi!
"sayang tau tak sayang terlalu seksi kalau buat macam tu! ini yang buatkan abang susah nak lepaskan sayang ni..." satu kenyataan yang mendebarkan kewanitaanku. Zainal memang pandai menyusun kata-kata. aku tetap pejam mata.
"sayang... abang ta.... err... takpelah... oh ya, abang pergi dulu ya. kamar mandinya mana sayang?" soalan Zainal menyedarkan aku yang aku sekarang bukan tinggal dirumah sendiri. kami sedang tidur di rumah tok aji. seingatku rumah yang dulu agak kecil tetapi sudah diperbesarkan hanya menyediakan satu bilik mandi sahaja. itupun terletak diluar bilik. ya Allah... habislah aku kali ini. rasa nak pengsan datang menerpa. cemas dan kalut aku jadinya. tergopoh-gapah aku bangun.
"tunggu saya! saya nak ikut awak mandi sama!" tanpa rasa malu aku bangun dan turun dari katil tetapi selimut tebal masih membungkus kepala sampailah kekaki. aku langsung tidak menjeling kearah Zainal yang berdiri disatu sudut. tiba-tiba terdengar ketawa Zainal yang galak. langkahku terhenti sebelum tiba dialmari yang menempatkan baju kami.
"sayang...sayang..."
perlu ke aku palingkan wajah dan melihatnya? oh jangan gatal Nur safiya. kau juga yang malu nanti.
"sayang abang nak pergi mana ni? hrmm?" kakiku terpasung mendengar derap langkah Zainal yang mendekatiku. aku harus berani berdepan dengannya. jantung dipalu cemas. sistem pernafasan menjadi cepat. aku pejamkan mata apabila dari ekor mataku kelibat Zainal makin mendekat.
"berhenti awak!" aku beri arahan. dari dalam selimut tebal, aku pegang dada yang terasa mahu pecah. menumbuk-numbuknya perlahan agar rasa cemas cepat surut.
"kalau abang tak nak?"
"jangan!"
derap langkah menunjukkan Zainal masih degil.
"awak! please awak... saya belum bersedia awak!" inilah kali pertama aku berhadapan dengan kes begini. sungguh aku tidak pernah melihat susuk tubuh seorang lelaki dewasa dalam keadaan mereka tidak berbaju hatta tubuh ayahku sendiri. mataku masih terpelihara dengan bayangan itu. kali ini aku akan tewas.
"jangan takut sayang... abang faham keadaan sayang sekarang...ini abang sayang... suami sayang! bukan orang lain... hrmm... hubungan ini sudah halal my dear! lebih dari inipun kita dah lalui semalam kan...?" aku biarkan tubuhku disauk masuk kedalam dakapan Zainal. kepalaku disembamkan kedadanya. kulit mukaku bersentuhan dengan kulit dadanya yang kasar terkena bulu dadanya. ternyata Zainal masih tidak berbaju. ada getaran menjentik tangkai jiwa wanitaku. dahiku terasa dikucup. haba panas dari bibir Zainal menghangatkan perasaanku. Zainal mengusap belakangku. dapat aku rasakan kehebatan cinta Zainal dari sentuhannya.
"sayang nak tahu tak?"
"hurmm..?" tangannya makin galak mengusap belakangku.
"abang sengaja minta tolong sayang untuk tunjukkan kamar mandi tadi. sebenarnya abang dah lama tahu dekat mana kamar mandi tu sayang..." Zainal mengeratkan pelukan. tapi aku tidak terasa aku dipermainkan.
"open your beautiful eyes darling... i want to see it..please demi abang..."
Zainal merayu lagi. aku malu tapi sampai bila aku harus bersikap begini. jangan nampakkan sangat sikap kekampunganku pada Zainal. aku risau sekiranya aku mengungkit semula hinaannya dulu. kepalaku dipanggung. dua belah pipiku ditekap oleh tangan Zainal memaksaku untuk mendongak. mataku masih terpejam. tiba-tiba bibirku terasa dipagut. terus aku tolak dadanya namun tautan makin kuat dan kemas. akhirnya aku lemas. aku membalasnya dalam tidak sedar. tubuhku dicempung dan....
##############
bersambung..
p/s: sekiranya ada rasa jalan cerita ini membosankan atau terlalu berani dan yang sama waktu dengannya. silalah komen agar penulis dapat memperbaiki mutu penulisan. terima kasih kerana sudi membaca.
Jauh Aku Berlari 3
Tepat pukul 11 malam, kami sekeluarga sedang berkumpul diruang tamu bersembang sambil menonton TV plasma yang baru dibeli oleh Zainal sebagai hadiah pada tok aji kira-kira sebulan yang lepas. Zainal memang pandai mengambil hati orang di sekitarnya. tapi hatiku, minta maaf. saya tak semudah itu dipergula-gulakannya.
kami berdua duduk sedikit jauh dari kelompok yang lain. itu yang membolehkan kami berbual seperti biasa tanpa perlu aku berpura-pura memanggilnya dengan panggilan yang membuatkan tekaku meloya. pulak tu, rasa macam nak patahkan aje tangan Zainal yang asyik memaut pinggangku walaupun kami duduk rapat begitu. aku tidak senang dengan Zainal sekarang.yang nyata, bukan salahku semua ini berlaku.
mak, ayah, mama, papa, abang-abangku, adik-beradik Zainal, sepupu-sepupuku yang datang dari jauh, beberapa ahli kerabat terdekat keluarga Zainal, saudara-saudaraku yang mempunyai pertalian darah denganku termasuk juga beberapa orang jiran yang tinggal berdekatan dengan rumah tok aji memenuhi setiap ruang rumah tok aji. ada yang tidur terlentang beralaskan tikar mengkuang yang dibawa dari rumah. ada yang satu keluarga anak beranak tidur ditepi bilik pengantin dengan tangisan anak-anak, bayi dan suara orang ramai yang bergelak ketawa membingit disana-sini. meriah sungguh sambutan perkahwinanku. tak sangka aku sampai sebesar ini kemeriahannya. semua kerana usaha Zainal yang terlebih teruja mahu mewar-warkan perkahwinannya kepada semua rakyat jelata bahawa dia telah beristerikan seorang bidadari yang sudah lama ditunggunya. itu kata ayah semalam. entah dari mana ayah tahu semua benda-benda macam tu. aku sendiri tidak berminat ingin tahu cuma aku berterima kasih pada Zainal kerana dia tidak menyombong dengan orang-orang kampung yang miskin walaupun ada jugak yang berbau hapak datang memeriahkan majlis kami. aku cukup terhutang budi pada Zainal akan itu. dilayan mereka sama rata dengan penuh mesra mengalahkan aku yang dah lama kenal dengan mereka. teman-temanku yang tidak mencari kerja dikota sementara menunggu keputusan SPM dan datang menegurku turut dilayannya dengan baik. siapa sangka Zainal boleh menghilangkan sedikit demi sedikit perasaan tidak senang dihatiku padanya atas keterlanjuran dia memfitnahku dulu. ah! Zainal memang mempunyai aura yang sangat menggoda. bukan aku nak katakan aku gatal atau gedik tetapi tiada siapa yang boleh menyangkal kebenaran kata-kataku tadi. Zainal memang dilahirkan untuk menjadi seorang lelaki yang sempurna lahiriah. mungkin!
"kita masuk tidur ya sayang! abang dah ngantuk sangat ni... tak sabar abang nak baring kat sebelah sayang. it would be very interesting, right honey?"
"apa?"
ya Allah! nak meletup dah aku rasa dadaku ni. ajakan suami untuk masuk sama ke kamar pengantin sangat tadi memang benar-benar arggh. Zinal memang berani. tangannya yang begitu setia melingkar dipinggangku sejak bergelar suami isteri pagi tadi makin erat memaut batang tubuhku. sekali sekala tangannya gatal menjalar keserata pinggang walaupun ditengah keriuhan orang ramai tadi.
"gatal betul?" tanpa disedari aku mendesis perlahan. lebih tepat lagi 'terdesis' sebenarnya.
"apa dia sayang? apa yang gatal tu?"
tangan Zainal melert-leret dipengkal lengan. aku tarik tanganku perlahan-lahan. rimaslah!!
"takde apa pun! ada nyamuk gigit tangan saya tadi. itupun nak bising!" perlahan betul suaraku. aku sangat takut ayah atau sesiapapun dapat mengecam bahasa yang aku gunakan. mati aku kalau benar ayah tahu aku panggil menantu kesayangannya dengan panggilan yang memang tidak patut. tapi bagi aku itulah yang paling patut. Zainal patut diberi pelajaran.
"jomlah... i can't resist thinking about to 'eat' you sayang... i really miss you baby..."
"jangan mengarut boleh tak?"
Zainal tergelak membuatkan ayah mama papa emak dan abang-abangku melihat kearah kami.
Ya Allah! apa aku nak buat ni? help me!! help me!!
"sebenarnya kan ayah... lepas ni Nal nak tinggal dekat kampung ni dalam masa dua minggu lagi. boleh kan?" syukur! Zainal berjaya mengalihkan perhatian mereka. ayah mengangguk sahaja. sudah semestinya. kalau tak, bukan ayah aku lah tu jawabnya. menantu kesayangan dia kan. lepas itu, mereka mula kembali ligat pada kerja dan perbualan masing-masing. aku berasa terhutang budi pada Zainal kerana menyelamatkanku daripada dijerkah ayah tadi.
"thnaks for saving me!"
Zainal hembus nafasnya dipipiku. hangatnya nafas lelaki itu menampar kulit wajahku. wangian lelakinya yang aku rasa berjenama mahal, berlumba-lumba masuk kedalam rongga hidung. aku nikmati sepenuhnya wangian ciptaan Allah itu meskipun pengilangnya adalah manusia biasa.
"why are you so beautiful dear til make irresist from falling in love with you"
Zainal bisik ditelingaku. bisikan dari seorang pria yang sudah menjadi pendamping hidupku. waktu itu aku rasa aku dah melayang pergi jauh meninggalkan dunia. lelaki ini tak habis-habis dengan ayat-ayat romeonya. mujur sahaja kami di tempat awam, kalau tak aku sudah larikan diri tadi. aku pantang mendengar bicara daripada seorang lelaki kota yang suka berbicara sepertinya. kasanova!
"tak ada faedah awak! hati saya beku pada awak" aku memang berterus-terang. pedulilah apa nak jadi sekalipun. aku wajib memberitahunya. ini soal masa depan dan maruah aku. dosa pahala tolak ke tepi. ah! rasanya aku juga sudah gila.
"it's okay honey! abang akan cairkannya suatau hari nanti. i bet it to be by tomorrow morning. waktu itu sayang akan tercari-cari abang. coz you know what? coz i'm a mad lover and I never giving up in making u falling in love with me, your beloved husband!" serentak dengan itu, Zainal kucup pipiku tanpa aku sempat elak. aku mendengus perlahan. Zainal memang benar-benar gatal. aku juga yang menahan malu melihat beberapa pasang mata yang memerhatikan kami terutamanya sepasang mata helang ayah. hampir aku tumbuk muka Zainal. biar pecah muka tampannya. geram dan malu sangat-sangat menyucuk jantung. rimas aku dengan tekanan perasaan begini.
"takkan lari gunung dikejar Zainal. sabarkan darah muda tu sikit, kejap lagi kamu dapatlah apa yang kamu nak sangat tu... betul tak angah?"
ada yang terhambur tawa dengan sindiran along. Zainal apatah lagi, bukan main suka dia bergelak. nantilah kat bilik nanti aku hempuk kepalanya dengan bantal peluk busuk yang aku bawa sekali pagi tadi.
"yalah bang long! adik kita tu bukannya nak kemana lepas ni. paling-paling pun masuk bilik pengantin kut. dah tak sabar ke Zainal?" terhenti terus ketawa Zainal. padan muka. tapi aku yang bertambah geram apabila tangannya sengaja meramas-ramas bahuku. makin membuatkan abang-abangku bantai gelak.
"hish korang ni!!! kenapa gelakkan adik ipar kamu?"
ayah letuk kepala abang-abangku kerana menyindir Zainal. dicuci telinga dua orang anaknya itu dengan semasak-masaknya. aku tidak faham dengan sikap ayah sekarang. sayang betul ke dia pada menantunya ni.
"sekali lagi ayah dengar kamu berdua sindir menantu kesayangan ayah, awas kamu!" ugutan ayah membuatkan abang-abangku terlepas ketawa lagi. aku mengerling pada Zainal yang turut sama tergelak. giginya yang putih tersusun cantik menambahkan pesona pada wajahnya. kacaknya dia! tapi aku benci sungguh dia. hai hati...
"yang kamu gelakkan ayah ni kenapa? ada kamu nampak ayah tengah buat lawak ke hah?" membulat mata ayah. along masih ketawa. yang lain termasuk Zainal sudah berhenti ketawa.
"hahaha... apalah ayah ni... takkan ayah dah tak sabar nak menimang cucu kut?"
"along!!!"
"abang... kenapa jerit-jerit ni? kan tak elok kalau tetamu dengar!" tegur emak yang tiba-tiba datang mencelah disofa. dari dapur agaknya emak tadi. aku menyalam tangan mak dan Zainal juga berbuat perkara yang sama. huh! nak tunjuk alim lah tu. macam bagus sangat. a very fake Zainal!
"budak-budak nilah. suka sangat kacau anak menantu awak tu. cemburu agaknya adik mereka berkahwin lebih awal" muka ayah kelihatan bengang. apabila semua mata memokus pada ayah, terasa pipiku disentuh oleh benda yang hangat. apa ni? Ya ampuun
"Zainal!" tegurku tidak senang. nasib baik tidak ada yang melihat perlakuan melampaunya. Zainal benar-benar suka menggatal denganku. seram sejuk bulu roma di tengkuk. ciuman itu masih melekap kemas. mujur Zainal duduk disofa paling hujung dan agak tersorok dari kebanyakan orang disitu. aku tolak wajahnya kuat. sekali lagi melekap bibirnya dipipiku. oh maaak...
"betul ke apa yang ayah kamu cakap tadi along?" aku tolak kepala Zainal lagi apabila menyedari ayah mahu memalingkan wajahnya ke arah kami. secepat kilat ciuman telah terlerai. "i want you sayang..." ya Allah.... Zainal memang benar-benar gila!
"alaa ayah, mak... kitorang gurau ajelah tadi. ayah ni aje yang suka anggap benda tu serius padahal kami bergurau aje. betul tak acik?" aku tidak bergerak langsung. wajah menunduk. hanya telinga yang terpasang.
"entah! acik di pihak berkecuali."
puk!
"weiii sakitlah angah!!"
"rasakan! orang serius dia main-main pulak!" along, angah mak, ayah, papa dan mama dan beberapa ahli keluarga yang masih setia berborak tergelak melihat dua beradik yang bercengkarama. Zainal mengucup lagi pipiku. Ya Allah sempat lagi tu!
"Zainal!!! nanti orang nampaklah!!" aku tolak kepalanya. mujur dapat.
"biarlah...i lagi suka!" ya allah. nak aje aku pelangkung kepala lelaki ni!
"eleh... acik sokong ayah lah kalau macam tu!" pada masa yang sama ada syara menegur kami.
"uncle!" tegur seseorang dari belakang. aku jauhkan pipiku. blushing..blushing... kali ini kami tertangkap anak saudara Zainal yang baru berumur empat tahun.
"dah..dah! daripada kamu sembang kosong, lebih baik kamu pergi tidur angah along acik!"
masa itulah aku tampar paha Zainal. mujur juga yang lain tidak perasan. entah tidak perasan atau buat-buat tidak perasan. tapi lagi bagus sekiranya mereka tidak perasan. zainal memang suka bikin aku malu!
"awal lagilah mak. lagipun tak ada bilik untuk kami tidur. sampai hati tau!" along, angah dan acik merungut tak puas hati. penat-penat mereka balik ke sini, tapi tak dapat pulak layanan istimewa. pada masa yang sama, Zainal membodek anak buahnya itu supaya tidak memberitahu kepada sesiapa. pelukan tangan sasanya pada pinggangku bertambah kemas. sekali lagi pipiku dikucup apabila raqy meminta Zainal melakukannya. lelaki ni!!!
"boleh tak awak jangan buat macam tu lagi?"
sia-sia sahaja teguraku. makin rakus bibirnya melekap dipipi.
"awal apanya... dah! pergi tidur. carilah mana-mana tempat yang sesuai. tidur kat sofa ni pun boleh" mak mengerling ke arah kami yang langsung tidak masuk dalam perbalahan mereka. mukaku memerah apabila mak tersengih padaku. alamak! mak nampak ke?
aku berpura-pura menutup pipiku dengan kedua tangan sehingga wajah Zainal disebelah terlindung dengan tanganku. sekali lagi mamat ni menggatal, awaslah!!
"yelah...yelah wahai tuan permaisuri agung!" ajuk angah. termati senyuman emak. mak mengalih perhatian dan mencubit bahu angah. terjerit angah menahan kesakitan. Zainal mengucup lagi pipiku setiap kali mata mereka bukan terfokus pada kami berdua. aku cubit tangannya kuat dengan sepuas hati. Zainal mengaduh kuat. padan muka!!!
"kenapa Zainal?" cepat aje ayah menangkap kami tengah bergaduh.
"tak ada apa ayah! tiba-tiba rasa kebas tangan ni ha" Zainal menunjukkan tangannya pada ayah dalam posisi memeluk bahuku. ayah menjeling padaku membawa maksud tentu angkara aku.
"Fiya! kamu..."
"ayah nampak kacaklah malam ni" potong Zainal sebelum sempat ayah menghabiskan katanya. aku perasan muka ayah yang tegang perlahan-lahan menyengih. cepat benar berubah karakter lelaki tua itu apabila menerima pujian dari Zainal. entah ilmu apa yang Zainal pakai.
kalau benar Zainal mahu mempertahanku daripada dibebel ayah, aku amat berterima kasih akan itu untuk kedua kalinya.
"ayah memang hari-hari kacak Zainal, sebab tu mak kamu terpikat kat ayah dulu!" ayah dan Zainal ketawa termasuk beberapa ahli yang menyertai perbualan itu dari awal. yang tak faham pula hanya mampu memandang. aku pulak walaupun mengikutinya dari awal tapi mulutku terasa berat bersuara sedangkan sebelum ini mulutku tak ubah bagai murai yang tercabut ekornya.
"jangan percaya sangat cakap ayah kamu tu Zainal, lebih banyak yang bohong dari yang benarnya" ayah menarik muka. muka mak dipandang tidak puas hati.
"i like the bond between them. kalau boleh abang nak bina bond yang lebih dari itu with you. can we?" aduh! apa yang kau merepek ni Zainal? tapi aku diam saja.
"sayang... can we?" masih belum berputus asa nampaknya.
"hrmm.."
"you promise?"
Ya Allah Zainal ni!!
"jangan nak mengada! siapa yang nak janji dengan awak?"
Zainal tidak lagi bersuara. terasa mungkin. tiba-tiba aku rasa bersalah. bukan maksudku untuk bercakap begitu. huh! bukan bermaksud konon... bukan bermaksudlah sangat kaaan.... memang aku tak bermaksud Zainal unless awak buatkan saya jatuh cinta! kalau saya tak jatuh cinta juga, then lepaskan saya dalam ikatan pernikahan ini.
"mak ayah tak nak masuk tidur ke?" suara along tidak lagi seperti ingin bermain-main. mungkin takut menerima sedas cubitan daripada emak. Zainal tidak lagi mengucup pipiku seperti tadi. dia terasa ke?
"dah nak tidur lah ni tapi mama papa Zainal belum mahu masuk tidur. takkan nak tinggalkan begitu aje pulak!" mak mengangkat punggung dari sofa dan mengajak ayah untuk menyertai mama dan papa yang berborak dengan beberapa orang tetamu yang masih belum pulang. mereka duduk agak jauh dari kami sehinggakan tidak terdengar perbualan mereka dari tempat kami duduk. sekali sekala mereka ketawa. ketawa mama dan papa pula bergabung. sekejap pula suara ketua kampung dan ayah bergema. sekejap pulak ketawan tetamu lain yang berselang tawa dengan papa. mungkin ketua kampung dan ahli-ahlinya kut yang meminta sedikit peruntukan daripada papa untuk kemudahan asasi kampung ini. siapa tahu rezeki mereka lalu mendapat derma daripada papa mertuaku. maklumlah Dato' syeikh sangat dermawan, puji ayah lama dulu sampailah sekarang.
dengan telinga yang asyik mendengar ketawa tetamu diluar, kini suara Zainal, angah, along, dan acik pula yang bergema diruang tamu. tiba-tiba aku jadi rimas dengan semua ini. sepatutnya hari perkahwinanku dihiasi dengan kebahagiaan tapi kenapa aku tak merasainya? mungkin juga kerana aku tidak mengikhlaskan diri. sesungguhnya tidak beroleh keberkatan apa yang kita buat tanpa diiringi dengan hati yang suci luhur dan murni. padan muka aku!
dan mulalah aku diumpat oleh abang-abangku. cerita-cerita sewaktu kecilku sehinggalah aku menginjak dewasa, diceritakan semuanya pada zainal. memang aku geram tapi untuk apa aku simpan kegeraman itu kerana aku tahu semua lelaki dihadapanku sekarang sememangnya kaki buli. kaki penindas dan juga kaki bodek. antara mereka berempat, Zainal lah yang 'ter' kehadapan sekali perangainya.
"kenapa dengan kamu adik? monyok aje along tengok!"
alamak! along memang pandai meneka hati seseorang. aku tidak mahu kedinginanku dicium. aku tahu mereka telahpun terciumnya tetapi abang-abangku semuanya sporting. mereka juga terkejut dengan perkahwinan kami yang tiba-tiba ini.
"adik! ok tak ni? adik sakit ke?"
pertanyaan along disertai sekali dengan lingkaran tangan Zainal menyinggah bahu.
"takdelah along... adik ok aje pun. penat kot melayan ramai tetamu tadi."
"yalah... abang faham! kalau kamu penat, pergilah tidur. ajak sekali laki kamu tu ha!"
pantas aku menggeleng. aku tolak tangan Zainal yang melingkar dibahu. lepas tu aku engsot menjauhi lakiku. rimas bila berdekatan dengannya biarpun aura jantannya menarik kalbu. aku harus hipokrit untuk menyelamatkan diri.
"nantilah adik tidur! belum mengantuk lagi bang long"
"hrmm.. ikut suka hati kamulah!" tau takpe!
Zainal tarik tanganku dan sekali lagi aku terduduk diribaannya. ini dah melampau.
hatiku jadi panas. tak suka sewenang-wenangnya diperlakukan sebegitu waima dia dah jadi laki aku sekalipun.
"malu sikit boleh tak?"
keras aku tegur. biar dia terasa dengan kata-kataku. aku memang sengaja!
"tapi...abang cuma nak.."
"tak payah nak tunjukkan sangat kepura-puraan awak tu!"
aku tepis lagi tangannya yang cuba memelukku. tak tahu malu!!
"adik! tak baik cakap macam tu pada suami kamu!! angah tak suka adik angah berkasar pada suami!"
"ah! pedulilah. bukannya adik nak kahwin sangat dengan dia pun!" aku tahu aku berdosa saat terluahnya kata-kata itu dari bibirku selayak seorang isteri. tapi... ada aku kesah? Zainal sepatutnya tahu bahawa aku membencinya.
"kenapa adik cakap macam tu? cuba cakap baik-baik sikit!"
"tak apa Rul... aku tak apa-apa! saya maafkan setiap kata-kata yang terbit dari bibir isteri saya... selagimana saya bernyawa... aku sayang satu-satunya adik perempuan korang ni! aku sayang dia lebih daripada aku sayang diriku sendiri..." terasa tanganku diraih dan spontan mataku terpaku pada seraut wajah tampan dihadapanku. entah kenapa aku seakan merelakan sahaja perlakuan lelaki ini.
"stop! stop! malu aku tengok korang berdua ni tau! seram sejuk tengkuk aku ni"
teguran angah meleraikan perasaan entah apa tadi. aku biarkan Zainal bermain dengan telapak tanganku. aku biarkan Zainal mengucup belakang tanganku.
"hei korang! stop it!"
barulah aku terasa malu.mungkin kerana tadi aku terasa diawangan dikala suami melafazkan kata-kata sebegitu. sesiapa wanita pun pasti akan jatuh cinta pada Zainal. adakah aku jua begitu?
"Zainal! kalau dah tak sabar sangat nak baham adik aku, tu haa.. kat sana bilik pengantin kamu. kat dalam tu nanti, kamu boleh buat apa saja yang kamu nak tapi kat sini tak bolehlah brother. aku ni pun masih kolot benda-benda macam ni. cakap memang beranilah tapi yelah... aku belum kawin macam korang. manalah aku tau benda-benda dalam kelambu ni!"
"angah! awat cakap macam tu kat Zainal? tengok muka adik dah merah!"
tanganku terasa digenggam erat. Zainal bagaikan tahu aku mau sangat bila diusik begitu.
"laa ye ke? tapi apa yang angah cakap tadi semuanya betul. sekadar nak bagi sedikit nasihat pada adik dan ipar kita tu ha"
"tak kisahlah... yang penting ayah tak nampak. tak pasal-pasal kena pelangkung kepala tu nanti"
meletus lagi gelak tawa mereka. Zainal hanya tergelak kecil.
"pergilah korang masuk tidur! nanti along juga yang kena marah dengan ayah nanti"
aku menggeleng. tak suka dipaksa tidur awal. takut nanti aku teriak apabila Zainal cuba melakukan yang tidak-tidak. biarlah malam ini aku tidur lewat sikit dari kebiasaan. biarpun mata dah rasa sedikit memberat tapi aku gagahkan juga diri untuk berjaga.
"tapi laki kamu tu dah mengantuk along tengok! pergilah korang masuk tidur. tak elok pengantin baru terkena embun pagi" Zainal tergelak kecil. pelukan di bahuku dipereratkan. agaknya benar lah dia mengantuk kut. aku sahaja yang tidak perasan kerana tidak melihat wajahnya. tapi tadi ok aje pun. tak nampak macam mengantuk.
"jom sayang... kita masuk tidur..." suara garaunya berbisik panas di cuping telinga. angah dan along tersengih-sengih melihat kemesraan yang Zainal pamerkan. aku pula yang naik segan. Zainal memang lepas bebas. dimana-mana pun dia akan buat apa yang dia nak. sama macam sewaktu pertemuan kali pertama kali kami dulu.
"sayang..."
"awak pergilah dulu" aku tahu berdosa bagiku mengingkari arahan suami untuk masuk tidur.
'Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur (untuk jima’/bersetubuh) dan si isteri menolaknya [sehingga (membuat) suaminya murka], maka si isteri akan dilaknat oleh Malaikat hingga (waktu) Shubuh'
aku tidak tahu siapa yang meriwayatkan sabda nasbi itu tapi itulah yang selalu membelenggu pemikiranku sebelum aku sah menjadi isteri Zainal. aku takut apabila mengingatkan dalil tersebut.
"come sayang..."
ah! Zainal memang tidak pernah mahu berputus asa. macam mana ni? apa perlu aku jawab? aku masih belum mampu menjiwai watakku sebagai seorang isteri yang sebenarnya. aku perlukan perasaan itu untukku menjadi isteri yang baik buat masa sekarang kerana belum ada rasa kasih atau cinta buat Zainal.
"pergilah kamu tidur adik.. Zainal.. korang kan pengantin baru!"
desak along. along ni kan!! sengaja nak buat aku berasa serba salah.
"jom sayang..." ajak Zainal lagi setelah along memaksa. aku tahu Zainal juga mungkin terpaksa. entahlah...
"err..aaa...ab...abang pergilah masuk dulu. kejap lagi Fiya masuk tidur. Fiya masih belum mengantuk. lagipun masih ada tetamu yang belum pulang...apa pulak kata mereka nanti..." aku guna bahasa yang sopan dan lembut. pertama kali aku memanggilnya abang. rasa kebas wajahku sekarang. sebaiknya aku mahu menjaga hatinya seperti yang dipesan mak pagi tadi. baru tadi aku teringat kembali nasihat mak. jangan sekali-kali sakiti hati seorang suami. tak masuk syurga rohku nanti, pesan mak. memang benar kata mak. tapi mana mungkin aku dapat menjadi seorang isteri dalam erti kata yang sebenarnya sekiranya aku masih belum mampu memaafkan lelaki ini.
"okeylah...abang faham. abang tak suka memaksa... tapi kejap lagi kita kena masuk tidur sama-sama ye....?" oh mak! lembut benar bahasanya. biasalah lelaki kota. dah biasa bermain dengan kata-kata. menurut kawan-kawan aku yang balik ke kampung sewaktu bercuti hari raya, lelaki-lelaki di kota kebanyakannya mat-mat romeo. terlalu pandai menggubah bahasa supaya perempuan yang diumpan termasuk dalam jerat asmara yang mereka cipta dan mungkin juga Zainal bekas kasanova dulu. siapa tahu kan?
"pergilah kamu masuk tidur fiya, Zainal! ayah tengok kamu berdua dah letih sangat... pergilah tidur, biar kami yang selesaikan hal-hal kat luar ni!" aku memalingkan wajah melihat ayah yang sudah melabuhkan punggung disofa bertentangan kami. dari panahan ekor matanya, bagaikan mahu aku mengikuti arahannya.
"tak apalah yah... Zainal bukannya mengantuk sangat pun. masih boleh tahan. ayah tak nak masuk tidur ke? nanti badan ayah masuk angin pulak!" ayah ketawa suka. aku tahu ayah senang dengan perangai mesra Zainal yang begitu mengambil berat hal kebajikannya. aku faham disebalik harapan ayah. ayah mahu tumpang kaya dengan kekayaan besannya. betulkan aku andainya aku yang tersalah menilai perasaan ayah aku sendiri!
"kamu berdua yang sepatutnya kena tidur awal Zainal bukan ayah. kamu tak nak raikan malam bersejarah kamu tu ke? ingat! jangan selalu bertangguh, nanti kamu juga yang akan rugi nanti..." aku tidak tahu hendak mana harus kusembunyikan perasaan malu ini. ayah terlalu otak kuning. geramnya!!
"tak apalah yah... takkan lari gunung dikejar!" Zainal tergelak kecil. ayah tergeleng-geleng dengan senyuman dibibirnya. tidak pulak ayah marah pada Zainal sedangkan pepatah itu juga yang membuatkan ayah sedikit angin tadi. penangan Zainal terlalu kuat agaknya.
aku semakin berasa rimas apabila Zainal melingkarkan pulak tangannya kebahuku. tubuhku ditarik supaya melekat kemas pada bahunya. aku cuba mengelak namun sebaik sahaja menerima sedas jelingan tajam yang ayah hadiahkan,cepat-cepat aku menunduk. tidak mahu menimbulkan sebarang sengketa diwaktu larut malam ini.
sebenarnya sejak dari semalam lagi, ayah tak berhenti-henti membebel tentang sikapku yang acuh tak acuh sahaja hendak berkahwin dengan menantu kesayangannya. ayah kata, aku kena layan suami aku seperti seorang raja sama seperti layanan yang mak berikan pada ayah. ah! itu mereka. ayah dan mak kahwin sebab masing-masing saling suka dan mencintai. tidak seperti aku yang masih cuba melawan perasaan benci dan sakit hati yang menebal. bukan mudah untuk mengikisnya. harap-harap Zainal dapat mengikisnya. siapalah yang tidak tertarik dengan ketampanannya. memanglah hati mengatakan benci, tetapi jiwa tidak mampu membohongi diri. aku juga seperti wanita lain yang bernafsu pada lelaki apalagi dia adalah suamiku juga. tidak ada salahnya jika aku terpegun dan tergamam setiap kali saat bertentangan mata dengan Syeikh Zainal Rasheed, lelaki yang baru sahaja bergelar suamiku pagi tadi. wajahnya benar-benar kacak dan putih bersih sama seperti ayahnya yang agak gempal tetapi kacak. tapi... ayah lagi kacak banding dengan papa. dan.. Zainal berlipat kali ganda lebih kacak dan tampan dari mereka. kenapa gatal sangat aku hari ni? Ya Allah tolonglah!
setengah jam kemudian, Televisyen yang terpasang dimatikan. ayah memaksa kami untuk masuk tidur. sempat telingaku dibasuh dan dicuci sebersih-bersihnya. Zainal tidak henti-henti mengangguk apabila menerima nasihat berupa nasihat rumahtangga daripada ayah. bersungguh-sungguh aku nampak mukanya mendengar ceramah ayah. benarkah Zainal mencintaiku?
sekiranya persoala ini terjawab dan terbukti benar, aku akan cuba mencintai lelaki ini dan hilangkan perasaan benci. itulah yang sebaiknya. tetapi aku perlukan masa untuk menilai cintanya.
"come honey... let's go to bed. abang mengantuk sangat ni..." suara Zainal bertambah garau dan serak. mengantuk sangatlah tu agaknya. akhirnya aku mengalah. sampai bila aku harus mengelak. kami menyalami ayah dan dan mak dan menegur beberapa orang yang masih terjaga sambil berborak diruang tamu. mama dan papa sudah masuk tidur kedalam bilik yang disediakan untuk mereka berdua. ayah yang beria-ia menjaga hati besannya. takut mereka tidak selesa tidur di ruang tamu katanya. yelah kut! orang kaya kan..
Zainal berpaut pada tubuhku sampailah masuk dalam bilik. sesekali aku toleh ke belakang, ayah masih lagi merenung kami. aku tahu apa yang bermain dalam kepala ayah sekarang.
"tidur dengan abang ya..." sempat Zainal bisik di telingaku selepas sahaja aku selesai kunci pintu bilik. waktu itu juga aku terasa hendak pengsan. Allah maha mengetahui!

Jauh Aku Berlari 2
jam didinding sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. bosan berkurung didalam bilik, aku menuju kedapur membancuh milo panas dalam teko kecil. kemudian, aku keluar menuju ke anjung rumah. sempat tangan menyambar majalah wanita keluaran november 2011 yang emak letakkan diatas kabinet sebelah televisyen lama. punggung begitu cantik mendarat dibangku yang dibuat daripada batang kayu balak. milo panas ku tuang ke dalam cawan. berasap. setelah beberapa kali meneguk, tubuh kusandarkan kedinding rumah. tanpa melihat, tangan mencapai semula majalah yang kuletakkan disisi dan kubentang majalah tersebut diatas ribaan. aku menyelak majalah tersebut satu-persatu dan berhenti lama setibanya di ruangan Wanita & Kerjaya. aku terlalu suka membaca artikel begini kerana ianya amat membantu dalam memberikan kata-kata berbentuk motivasi. nasihatnya sangat mendalam dan matlamatnya sampai kehati. aku memang suka menceburi bidang psikologi.
beralih pula pada segmen kesihatan wanita dan ibu mengandung. aku baca sedikit sahaja. belum tiba masanya untukku menelaah bidang ini. seram sejuk aku dibuatnya. akhir sekali aku tumpukan perhatian pada perbincangan mengenai masalah dalam rumahtangga. sesi kaunseling bersama pakar itu sedikit sebanyak menyedarkan aku akan rumahtanggaku yang bakal dibina nanti. mudah-mudahan saja aku dapat melaluinya dengan baik. aku masih kosong dari segi keluarga dan rumahtangga. tahu serba sedikit sahaja. jujur aku katakan, aku tak pernah bercinta dan tidak tahu apakah yang mereka rasa apabila dilamun cinta. agaknya bagai ada kupu-kupu dalam perut kut!
aku menyelak ke helaian yang seterusnya. biarpun sudah berpuluh kali aku membaca majalah ini namun aku tidak bosan membacanya. ini saja koleksi majalah terbaru yang kami ada. mak tak suka membazirkan duitnya untuk perkara-perkara yang kurang berfaedah. emak memang berjimat-cermat setiap masa. sebab itulah kami tidak pernah meminta sedekah daripada jiran-jiran atau pada saudara-mara yang lebih kurang dengan kami. emak dan ayah memang pandai merancang perbelanjaan sehari-hari walaupun mereka tidak berpelajaran. itulah faedahnya sekiranya taat pada perintah agama. Allah dah janji akan sayang serta akan memudahkan urusan hambanNYA yang mencintaiNYA. ayah melarang keras isteri dan anak-anaknya daripada membazir. perangai ayah yang satu itu akan aku jadikan sebagai panduan hidup nanti walaupun kadangkala hati terasa untuk merasai bagaimana agaknya hidup dalam keadaan yang serba mewah. mujur aku cepat menyedarkan diri, bahawa hidup ini hanyalah sebuah pinjaman daripadaNYA. maka itu aku tidak pernah walau sekalipun menyesal kerana dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin. biarlah kami miskin harta asalkan tidak mengemis dan tidak menimbulkan masalah pada orang lain. yang paling penting kami sekeluarga hidup bahagia. malangnya, sampail disini sahaja rasa bahagia itu kurasa. kehadiran Syeikh Zainal Rasheed dalam hidupku tidak sampai seminggu lebih sahaja lagi bakal menimbulkan konflik dalaman yang maha dahsyat. semuanya gara-gara lamaran mengejut dato' syeikh mahmud buat anak lelakinya yang terang-terang biadab. Zainal adalah lelaki yang terlalu bebas pada pandanganku. lelaki yang tidak malu memperlekehkan agama dan budaya timur. jantan yang busuk hati. jantan yang suka hati memeluk dan mempermalukan aku. arggggggghhhh!!!!!
fikiran berkecamuk lagi. nafas yang mula sesak kusedut dalam-dalam. hilanglah kau derita!!!
usai menghabiskan bacaan, aku tutup majalah. jiwa masih berkecamuk. fikiran pula melayang-layang mengenang semula saat-saat aku dipeluk oleh Zainal tempoh hari. denyut sakitnya masih bersisa. entah bila akan sembuh. aku tak mahu berdosa padanya apabila aku bergelar isterinya kelak. tapi dapatkah aku melupakan kesalahannya secepat ini? tepuk dada tanya selera Nur Safiya! come on!
arggggggggghhh!!!!!!
"astahghfirullahalazim...Allah!"
cepat-cepat aku beristighfar apabila jiwa semakin tidak terkawal. astaghfirullahalazim... sejahat manapun orang itu aku tak sepatutnya memburuk-burukkan Zainal. tapi amarah itu tercetus dari dalam lahiriah. aku tak tahu kenapa setiap kali aku teringatkan lelaki itu hati ini jadi panas. tambah-tambah lagi dengan fitnah yang dilemparkan padaku, sangatlah menambahkan kebencian.
aku merenung hutan belantara yang jauh nun disana. bergentelayang semua impian diminda. aku semakin tidak yakin mimpi-mimpi itu akan jadi sebuah kenyataan... kesiannya aku!
tangan mencapai gelas kaca dan menghirup milo panas yang masih sedikit berasap. fikiranku kini lebih kepada masalah berat yang semakin membebankan. semua kerana si Zainal biul tu. gara-gara fitnah dajjal Zainal, ayah dah tak percayakan aku lagi. hati ini hancur berkecai-kecai. selepas pertengkaran besar dua hari lepas, aku dah tak bercakap dengan ayah. dengan mak pun aku dah kurang bermesra. mak dan ayah sama saja!! Allah.. ampunkan hamba. tabahkanlah hati hamba selagi termampu.
"Assalamualaikum!!!"
uhuks!... terbatuk-batuk aku bila tiba-tiba diserpa dengan ucapan salam tadi. telapak tangan menepuk-nepuk dada yang terasa pedih. peritnya ulu hati.
"Assalamualaikum!!! orang rumah ada tak? boleh patik pacal yang hina ini naik?""
alamak! lupa pulak ada orang kat bawah rumah. terdengar gelak tawa dari bawah rumah. aku kenal benar dengan gerangan orangnya. memang nak kena budak ni. sambil mengurut-urut tekak yang terasa perit, aku segera bangkit dari bangku dan menoleh kebawah halaman rumah. masing-masing membalas senyum apabila mata bertatapan. tekak terasa perit nak bersuara.
"ehmm...ehhmmm....waalaikumussalam saudari harlini... silakan masuk menghadap beta wahai hamba yang hina dina" rini makin tergelak. ceria aje muka dia macam selalu. aku pulak berasa gembira kerana ada jugak kawan yang boleh diajak berborak dikala kesunyian. aku segera berdiri dihujung atas tangga, menunggu rini yang sedang memanjat anak-anak tangga. ayu betul gadis yang bernama harlini binti ustaz kasbul. rini hanya berpakaian baju kurung biru penuh krim dan bertudung labuh putih. aku pulak hanya memakai kain batik longgar dengan T-shirt lengan panjang. dasar orang kampung! bukan...
ayah rini merupakan ustaz terlebih garang yang mengajar kami disekolah menengah dulu. sebab itulah rini nampak seorang yang mementingkan agama. setiba rini diatas rumah, kami bersalaman dan seperti biasa berpelukan. memang itu budaya yang kami amalkan sedari kecil.
"kau tengah buat apa tadi? termenung aje aku tengok kau sampaikan aku lalu kat depan pagar pun kau tak perasan..."
"oh yeke? minta maaflah ye cik saudari rini, saya tak perasan pulak tadi. hehehe..." rini menyengih.
"haih... takkanlah budak top student kat sekolah dulu tiba-tiba berperangai macam ni kut! ke kau dah terkena rasukan angau putera kota tu"
"apa?? Ya Allah budak ni!!"
aku cubit bahu rini. termelatah dia macam maknya, makcik rogayah yang kaya dengan kemelatahnnya. sedas jelingan aku hadiahkan.
"kau ni ade ade ajelah... ada ke cakap macam tu? takde masa nak layan lelaki miang gatal tu! uweeekkk... tak hingin aku"
"yelah....yelah.. aku gurau ajelah! itupun nak marah. tapi kau buat apa tu tadi?" budak ni masih tak juga luas hati. nak siasat ke apa budak ni.
"aku tengah ambik angin kat sinilah tadi. boring bangat kat dalam tue... takde kawan nak borak. nak tengok TV, aku tak ada mood pulak. mak dan ayah aku pulak ke kebun. eh... sorry, sorry.. lupa pulak nak jemput kau minum. kau kan tetamu tak hormat aku. haha... nah! minumlah...sedap tau milo ni. aku baru bancuh tadi" aku hulur milo panas yang kutuang kedalam cawan yang satu lagi. sengaja bawa lebih tadi. dah agak ada orang akan datang.
"yang kau terkocoh-kocoh ni kenapa? sengaja nak alihkan topik lah tue!" aku jungkit bahu.
"forget it! tak berfaedah pun! nah... ambillah air ni! special for you tau" aku suakan gelas kaca pada rini. dia tidak teragak-agak untuk mengambil dan terus menghirup. yelah... bukan dekat jarak rumah kami. adalah dalam 600 meter. mesti rini penat. nasib baik tak panas berjalan tanpa payung di pagi-pagi begini. aku tengok aje rini minum dengan sedikit gelojoh. haus sangat agaknya. kesian...
"slurrpp... sedapnyaaaa... caya ah! pandai betul kau bancuh air Nur, sdap sangat. terima kasih yerr ! hehehe nampaknya kau dah layak jadi isteri ni. jadi ibu buat anak-anak si orang kota tu pun lebih dari boleh" Ya Allah budak ni
"ini yang aku paling tak suka ni. boleh tak jangan kaitkan aku dengan babun tu.eii.. kau ni kan..."
"adoiiiiii maaakkkk"
"syyy.. diamlah!"
segera aku tekup mulut rini. melalak pagi-pagi macam ni. tak elok pulak didengari jiran disebelah rumah kami. suasana perkampungan kan...
"ada ke patut cakap macam tu, kan dah kena. itulah mulut gatal sangat.. "
"sakitlah... sampai hati tau!" rini menggosok bahunya. rasa bersalah pula kerana tercubit kuat bahunya tadi. untuk kali yang kedua pulak tu. sorry!
"sorry rin! tapi kau suka sangat mencarut yang bukan-bukan. mana tak aku mencubit"
"hek eleh.. bergurau sikit pun tak boleh! kedekut"
"memang tak boleh!!" aku mengamuk. rini menjeling geram. akhirnya aku tak dapat tahan, kami tergelak sama. masing-masing menggelengkan kepala. faham dengan kerenah biul otak kami. maklumlah kami memang sekepala hampir dalam segenap hal. itu yang membuatkan persahabatan kami sentiasa mesra seperti belangkas.
"jom masuk kat bilik aku! kita lepak kat sana ajelah. kat sini cam tak best aje" aku tarik tangan rini masuk kedalam rumah.
"tadi kata bosan kat dalam!" aku berhenti melangkah. aku pandang rini dibelakang. mengajuk nampak!
"itu masa aku takde kawan. kau kan dah ada kat sini. jomlah masuk!" aku tarik lagi tangan rini. putus jugak kang tangan anak ustaz kasbul ni nanti. rini rentap lengannya. terlepas.
"tunggulah kejap... air aku tak habis lagi ni..." rini terkocoh-kocoh meneguk air milo suamnya. aku bersandar didinding. menggeleng aku dengan perangai bodoh-bodoh rini. kadang-kala aku turut berbuat perkara sama. kami kan masih budak. normallah kut berperangai begini.
"kalau macam tu.. kau habiskan dululah milo kau tu wahai tuan puteri. hamba berangkat dulu ya"
"ee... tunggu jap! engkau ni kan Nur safiya..." rini menyeringai. aku mengekek sambil melangkah masuk dan terus menuju kebilik. rini terkocoh-kocoh mengejar. seperti biasa, kami akan duduk bersama dibirai katil sambil bercerita. bantal peluk dijadikan sebagai alas punggung. sangat tak sopan. bermulalah sudah sesi meluah dan menasihati. aku luahkan segala rasa derita yang aku tanggung pada rini. sesungguhnya dia seorang pendengar yang sangat baik juga penasihat yang baik. sekurang-kurangnya kekusutan akan sedikit sebanyak berkurangan setelah itu. mudah-mudahan...
"Nur...aku rasalah kan, kau kena buat seberapa banyak solat istikharah lah Nur. siapa tau syeikh Zainal tu jodoh kau yang Allah dah aturkan. manalah tau kan..." ini dah masuk kali yang ketiga rini menyuruh aku melakukan perkara yang sama. aku kehilangan mood. malas sentuh topik jodoh-jodoh ni.
"macam ustazah terlebih pulak kau ni rin. rin, bukan aku tak buat apa yang kau suruh segala tu. aku dah buat rin. bangun tengah-tengah malam buta semata-mata nak solat tazkirah tapi i still tak dapat jawapan and yet my heart still can't accept this. the most important is I will lose my dream. a dream that led me to be so strong person whenever i met a failure. aku tak boleh lupakan impian aku begitu aje rin. kau pun tau kan aku teringin sangat nak further study sampai masuk U and then buat master. aku rasa sayang sangat kalau aku tamatkan pengajian aku begitu aje. sia-sia aje usaha gigih aku selama ni. tak berbaloi tau tak. takkan kau tak terfikir macam yang aku fikir rin?" mata kami bertentang. rini mengukir senyum. aku tak balas, hilang keupayaan untuk mengekspresikan raut muka. rin tepuk-tepuk tangan aku. aku biarkan saja.
"Nur safiya.. nur safiya...buat apa kau dok susah-susah hati fikirkan pelajaran kau tu. dah dapat calon laki yang kaya-raya, mustahil dia tak mampu banjirkan kau dengan kemewahan yang melimpah ruah. kau cuma sebut aje apa yang kau nak. kereta... ting!! Zainal akan sediakan untuk kau. atau kau berangan nak ada kondominium...klik!! dah terpapar kondo depan mata kau. apa lagi yang kau nak runsingkan Nur? Zainal boleh sediakan semua kemahuan kau Nur. kau tu aje yang menolak tuah! tak fahamlah dengan kau ni!"
paarrpp!!
"aduuhh...sakit tau!" rini menggosok bahunya yang menjadi mangsa tamparan emosiku. kesian jugaklah kat dia. tapi siapa suruh mulut celupar sangat.
"sejak bila mulut kau pandai membebel ni?" aku dah mula berbahang.
"aku cakap yang betullah! betul apa aku cakap tadi. kau tu aje yang suka fikirkan keburukan orang lain berleboh-lebihan. mesti merah bahu aku ni. ishh!"
"padan muka! cakap lagi macam tu. aku cili mulut kau tu nanti"
bengangnya aku dengan rini ni. nak membantu ke apa. makin tambah panas lah aku.
merengus dah aku ni bila rasa tak puas hati. kedatangan rini semakin menambahkan masalahku sahaja. tidak seperti selalu.
"Nur! boleh tak kau cuba bukak mata kau tu luas sikit. you know what Nur, berkahwin tak akan menghalang kau daripada sambung study. you can continue your study what asalkan kau pandai membahagi masa antara pelajaran kau dengan rumahtangga. Zainal tentu faham perasaan kau, kemahuan kau. percayalah cakap aku ni. takkanlah dia nak biarkan isteri dia tak berpelajaran and jadi orang bodoh. lainlah kalau tujuan dia kahwin dengan kau hanya untuk membuat hidup kau sengsara. itu lain kira. tapi aku rasa tak mungkin lelaki yang kaya-raya akan buat begitu. mustahil. apatah lagi mereka berketurunan arab tentu saja bakal mertua kau dah didik bakal suami kau tu lengkap dengan agama. lagipun, apa pulak kata orang-orang kampung kalau kamu tak jadi kahwin, malu ayah kau nanti Nur. aku pun akan malu jugak terkena tempiasnya sebab kau kawan rapat aku!"
"ahhh.. pandailah kau! kau tak rasa apa yang aku rasa rini sebab tu kau boleh cakap senang. cuba kau ambik tempat aku, tentu kau juga akan merasai perasaan tak suka macam aku... rupa-rupanya kau masih tak kenal aku lagi sepenuhnya rin..." aku jatuhkan badan diatas tilam. bergoyang katil usangku. mujur tidak patah. ada betul juga kata-kata rini tapi aku yang tidak pernah terfikir akan itu. aku asyik berburuk sangka pada Zainal. tapi aku tak mahu memikirkan kebaikan lelaki itu. lelaki yang telah sewenang-wenangnya memfitnahku. entah apa tujuan si bebal tu fitnah aku sampaikan mak dan ayah percaya. ahhh.. semua masalah yang timbul disebabkan Zainal.
"kau fikirlah baik-baik Nur. aku hanya mampu nasihatkan kau aje. terpulanglah pada kau samada nak percaya atau let it go just like that" rini beri gambaran dengan memetik jarinya. aku tidak mampu membalas. tidak lama selepas itu, rini turut sama membaringkan tubuhnya disebelahku. pandangan kami menumpu pada tingkap yang terbuka luas memaparkan bukit-bukau yang nampak berbalam-balam nun jauh sana. lama kami diam. aku ligat memikirkan nasihat rini tadi. makin aku fikir makin aku bingung. Allah.. bantulah hambamu...
bibir ku kemam. mujur sahaja luka dibibir dah sembuh tempoh hari. sampai sekarang, masih terbayang-bayang kelakuan gila ayah waktu itu dan tak mungkin aku akan melupakannya.
setiap kali memikirkan fasal itu, hatiku membengkak dan menjadi keras. bukan ayah yang aku marahkan sebaliknya Zainal. dia yang menjadikan ayah bertukar rupa.
"rin..."
"hrmm.." rini berkalih pandang muka aku. aku turut berbuat sama.
"aku tak mampu nak fikir lebih-lebih rin. aku takut apa yang kau cakap tadi tak menjadi kenyataan. bagaimana kalau apa yang kau sangkakan tak betul rin? aku juga yang akan merana nanti. jangan fikir orang kaya semuanya baik-baik. bukan semua. lebih banyak yang jahat daripada yang baik. malah ada yang sanggup berbunuhan sesama ahli keluarga sendiri kerana sikap dendam dan tamak pada harta. itu yang aku takutkan sebenarnya. aku tak mahu keluargaku dicemuh oleh orang lain kerana aku berkahwin dengan orang yang berpangkat tinggi, berkedudukan, berharta, punya keturunan bangsawan. sedangkan aku hanyalah seorang gadis kampung yang masih muda. terlalu muda untuk dijadikan sebagai pendamping hidup seorang lelaki kota. aku tak kuat rin. aku takut aku akan tersungkur dan tak bangun-bangun lagi" akhirnya aku tekup dua mata dengan tangan. mengelap airmata yang mula membanjiri kelopak mata. rini memeluk aku.
"nangislah Nur... lepaskan semua rasa kecewa yang kau rasa. aku minta maaf sebab mendesak kau tadi. sebenarnya semalam ayah kau datang kat rumah. dia minta tolong aku supaya pujuk-pujukkan kau. sebagai seorang yang lebih muda, aku kesian tengok keadaan ayah kau waktu dia meminta tolong. aku cuma nak tolong ayah kau sebenarnya... tak ada maksud lain.. aku minta maaf ya... tapi pertimbangkanlah harapan besar seorang ayah Nur. insya-allah! banyak hikmah yang akan kau temui nanti Nur! ingatlah sesungguhnya anak-anak yang menyejukkan hati ibu-bapa mereka sangat dicintai oleh Allah dan Rasul... marilah kita menjadi sebahagian darinya... insya-allah Nur! sangat banyak keberkatannya..."
sesungguhnya aku tak dapat menyangkal nasihat rini lagi. adakah aku yang ego selama ini kerana terlalu memikirkan diri sendiri sampai sanggup mengenepikan harapan besar seorang yang bergelar ayah? tuhan... ampunkan hamba!
telefon bimbit rini berbunyi. aku hanya pandang rini yang bertekak dengan seseorang dalam talian. aku dapat agak rini sedang bertelingkah dengan kakaknya yang bermulut becok. rina agak sombong dan tak suka bergaul. disekolah dulu, rina hanya berkawan dengan pelajar-palajar yang hot-hot dan top-top sahaja tapi aku tak kisah. asalkan dia tak buat hal dengan aku.
"aku pulang dululah Nur! si becok suruh aku pergi kedai taukeh lim, suruh aku belikan sabun kain. pulak tu suruh aku cuci kain yang berlonggok kat rumah. eii sengal betul. pemalas betul si becok tu padahal minggu ni turn dia cuci kain dan jaga rumah. nasiblah aku dapat kakak macam tu. kau untung Nur! tak ada kakak yang macam si becok tu. malas aku nak layan kerenah dia tu yang manja dan mengada tak kira masa...eii bengangnyaaku..." aku pegang perut. takut pecah ketawa. benar. rini nampak betul-betul bengang. ya betul juga kata rini. nasib baik aku tak ada kakak yang macam tu. aku cuma ada tiga orang abang dan hanya aku seorang anak perempuan pada lelaki bernama en. kahar imran dan puan nimah hakiah. apa Rini cakap tadi? oh ya! rin cakap aku beruntung. wait... beruntungkah aku? aku rasa ya sebab abang-abang aku semuanya baik dan benar-benar bertanggungjawab. tapi bila fikiran teringatkan Zainal. oh! aku benar-benar bernasib malang... kesiannya awak Nur safiya... i feel so sorry for you!
######################
sesudah menunaikan solat fardhu Asar, aku melangut di beranda rumah. beginilah kerja anak-anak dara di kampung apabila bersendirian. hendak membantu mak dan ayah di kebun sayur, ayah larang. katanya anak dara muda seperti aku tidak boleh selalu berpanas terik, nanti bila kulit jadi hitam, pengantin lelaki tak nak kahwin. ah! karut betul!
"selama sebulan lebih ni, ayah tak benarkan kamu berpanas. kamu dengar tak Nur!!" itulah antara arahan ayah yang aku rasa terlampau merepek.
"kenapa pulak yah? ah! bosanlah kalau macam tu. Nur tak naklah!" aku jawab begitu. siapa yang tak bengang kan? cuba awak disuruh berkurung dirumah selama seminggu. tentu awak tak tahan kan? inikan pulak disuruh berkurung sampai sebulan lebih. dahlah aku jenis kutu rayau yang suka melepak kat rumah kawan-kawan seumurku.
"ah!! ayah tak peduli! mulai esok kamu dah tak boleh merayau lagi. awas Nur! kalau ayah dengar dari kawan-kawan ayah kamu keluar dari kawasan rumah ni. ayah tak teragak-agak kahwinkan kamu hari ini juga! jangan cuba naikkan kemarahan ayah!" Astaghfirullahalazim.. apa yang ayah aku merepek ni.
"ayah memang dah berubah. apa rasional ayah buat begitu yah? ayah tak langsung fikirkan hati dan perasaan fiya. yang ayah tahu asyik nak paksa.. paksa.. paksa... fiya boleh mati tau kalau macam ni!" panas dah darah muda aku.
"jangan buat muka macam tu. ayah tak suka tengok. dahlah! ayah nak masuk tidur ni! mengantuk. pergi masuk bilik kamu. malam dah tua ni!" ayah angkat punggung dari sofa kiriman Dato' syeikh tahun lepas.
"ayah!"
aduh! terpanggil pulak.
"kamu nak apa lagi hah?" ayah berpaling kebelakang. matanya menyorot tajam. aku dah imun. nak tak nak aku terpaksa suarakan ketidakpuas hati.
"kenapa ayah seksa Nur macam ni ayah. ayah tahu tak ayah dah menyeksa anak ayah sendiri tanpa ayah sedar? ayah langsung tak pernah cuba fahami hati anak ayah. apa salah Nur ayah? hah...?" ada getar pada suaraku. sedih sangat. ayah cuma memandangku sahaja. diam dan tak menjawab.
"dahlah. pergi masuk tidur! jangan lupa pasang kelambu kamu!" ayah atur langkah menghala kebiliknya. terjelepuk terus aku disitu. apa yang dah jadi dengan ayah aku?
"allah.. kuatkanlah hamba! hamba mohon padaMu ya Allah!" aku raup wajah yang terasa panas. tangisan yang tersimpan terhambur elok tanpa ada esakan. malas nak berbalah dengan ayah dah. tinggallah aku seorang disofa bertemankan televisyen yang terpasang. jiwa terasa kacau. buntu sebuntu-buntunya. apa sebenarnya yang ayah cuba lakukan? ah!!!! ayah memang melampau!!!!!!!!
itulah kisahku beberapa hari lepas. sebab tu aku tak berpeluang melawat rumah teman-temanku. sampai hati ayah buat aku macam ni... sob...sob...sob...
aku mula berfikir mengenai masa depanku. dapatkah aku menjadi seorang isteri yang solehah pada Zainal. aku amat berharap Zainal tidak memaksaku nanti. aku mahu hakku sebagai seorang isteri terbela. jangan Zainal ingat mentang-mentang dia anak orang kaya dan memegang status suami, maka hakku sebagai isterinya lebih-lebih lagi orang kampung diketepikan dengan sewenang-wenangnya. aku tidak sebodoh itu Zainal!
masih segar diminda akan kejadian buruk beberapa minggu yang lepas. aku rasa tak ubah bagai kain buruk diperlakukan sesuka hati oleh lelaki itu sebegitu. kalau tak kerana hormatkan ayah, dah lama aku tinggalkan bumi malaysia. bukannya susah pun nak cari wang untuk beli tiket kapal terbang. kerja sebulan dua di restoran dekat KL dah cukup untuk beli tiket sehala.
senja itu aku benar-benar dah tak larat. terasa benar-benar dipermalukan didepan orang ramai. tergamaknya Zainal memperlakukanku sebegitu. itukah lelaki yang ayah sanjung tinggi? lelaki gila nak mampus itu ke yang ayah aku katakan budiman? sumpah! terlalulah jauh panggangnya dari api. dekat dengan api neraka adalah. sikap sebenar Zainal benar-benar memualkan. menyakitkan hati di tahap tertinggi. aku rasa macam nak cekik-cekik aje leher Zainal.
"i'm sorry! just now was one of my plan. so, how do you find it my dear? you like i peluk you, kan? just admit it dear! i know orang kampung macam you mesti inginkan belaian mesra dari lelaki kota kan?" bisik Zainal betul-betul di cuping telingaku dan segera melepaskan pelukan pada tubuhku. aku yang masih menangis tak berlagu tidak menunggu sesaat lagi, dengan hati yang retak berjuta-juta terus aku berlari sekuat hati. malangnya.... entah macam mana Zainal sekali lagi meraih tubuhku kedalam pelukannya. aku rasa nak pengsan aje waktu itu. Zainal memang syaitan bertopengkan manusia. orang yang lalu lalang kat situ pulak tak ada sorang pun yang datang menolong meskipun aku menjerit bagai orang gila meminta dilepaskan. dunia ini memang sangat sangat sangat tak adil padaku!!!!
"sayang... dahlah tu! abang janji tak akan buat macam tu lagi! abang janji sayang..." sekali lagi Zainal berlakon sampai tiada satu pun yang menyedari mereka telah ditipu bulat-bulat. perasaan marah yang membuak-buak tiba-tiba datang dan tanpa dapat dikawal lagi aku menyiku perut lelaki bangsat tu. serta merta pelukan terlepas. aku mendepaninya.
"sayang..." Zainal semakin galak berlakon. mukanya membuat memek meminta kasihan bahwa dia tidak bersalah. oh tuhan!! apakah ini ujianMu buat hamba?
"sayang.. abang minta maaf!" Zainal cuba meraih tubuhku semula. sebelum sempat dia memelukku, aku melayangkan penampar sulungku. terpusing wajahnya kesebelah kiri. tertahan-tahan nafasku menahan amarah.
"kau memang gila Zainal!!!!!!" sekali lagi aku tampar muka Zainal. wajahnya terpaling sekali lagi. dia pegang pipinya yang aku tampar. matanya tajam merenungku. kau ingat aku takut hah?
"jangan ingat mentang-mentang kau anak orang kaya, kau ada lesen untuk memperbodohkan orang lain. tidak Zainal!!! don't be so silly!! you're such a jerk!! kalau ikutkan hati aku, dah lama aku belasah kau Zainal tapi seorang perempuan yang menjaga kehormatan diri tak akan sekali-kali mencemarkan nama dan kehormatannya. cuma lelaki bodoh macam kau saja yang buat macam tu sebab kau tau kenapa Zainal?? sebab kaulah lelaki sengal yang pernah aku jumpa! pergi matilah dengan pangkat bapak kau tu!" terhambur habis amarah yang meletus-letus. sempat aku beristighfar dalam hati kerana terlepas cakap macam tu. aku tak sengaja. semuanya lahir dari perasaan amarah. Zainal tidak pula membuka mulut. tangannya masih mengusap-usap pipinya. matanya masih tajam merenungku. pandangan penuh benci ke entah apa.
mendengar bisikan-bisikan sumbang, aku terus jauhkan diri dari semua orang disitu. aku berlari menuju ke tempat menunggu teksi. air mata yang masih bersisa merembes-rembes sebaik sahaja aku masuk ke dalam perut teksi. malam itu aku tak dapat tidur walaupun aku menyewa sebuah bilik didalam hotel. sepanjang malam aku memikirkan kegilaan Zainal Rasheed. esoknya aku pulang ke kampung dengan hati yang terluka. aku memang dilahirkan untuk dilukai. kesiannya nasib...
sehingga ke detik ini, aku masih tertanya-tanya apakah yang ada pada diriku yang membuatkan Dato' syeikh mahmud melamarku tempoh hari. dia bukannya kenal aku pun. sungguh aku bingung. setahu aku, ayah dah lama kenal dengan dato' sejak aku berumur sepuluh tahun lagi. aku pernah melihat wajah dato' syeikh mahmud melalui gambar yang ayah tunjukkan pada kami sekeluarga bertahun lamanya dulu. dalam gambar tersebut, ayah dan dato' syeikh berdiri rapat. dua-duanya tersenyum gembira. tampak mesra benar. jika dibandingkan antara mereka berdua, ayahku sedikit lebih kacak tetapi agak gelap. manakala dato' syeikh mahmud pula putih melepak dan berjambang panjang. benar-benar seperti orang asia tengah. memang pun...
ayah mengatakan dia bertemu dengan dato' syeikh dalam satu kejadian yang tidak disengajakan. ayah telah menolong dato' menangkap penyeluk saku yang mencuri-curi dompet milik dato' syeikh semasa berasak-asak dalam lif. ayah yang kebetulan ternampak perlakuan tidak bermoral pencuri tersebut terus menangkap lelaki tersebut sebelum lelaki tersebut sempat melarikan diri. maka dari situlah bermulanya perkenalan dua orang kawan itu. asal saja ayah pulang dari kuala lumpur, adalah dalam seminggu ayah asyik dok memuji kebaikan dato' syeikh mahmud. kami anak-beranak yang sudah asyik mendengar pujian tersebut sudah masak benar dengan sikap ayah yang satu itu. macamlah dato' syeikh mahmud puji ayah. entah-entah ayah seorang aje yang syok sendiri kerana dapat berkawan mesra dengan orang bangsawan. ayah memang perasan.
mulai dari perkenalan tersebut, tiap tahun ayah pasti akan melawat dato' syeikh mahmud yang tinggal di kota kuala lumpur. tambang teksi dan makan minum semuanya disediakan oleh dato' syeikh. bayangkan... ayah hanya perlu sediakan dirinya sahaja. lain-lain urusan ditanggung beres oleh dato' syeikh mahmud. mewah betul layanan dato' syeikh pada ayah. mungkin juga itulah salah satu sebab ayah terus meneriman lamaran dato' tempoh hari sedikitpun bertanyakan persetujuanku. huh!
pernah juga beberapa kali ayah ajak kei KL bersama-sama tapi aku tak nak. tak berminat sebenarnya. juga masih rasa segan. hanya abang-abangku sahaja yang mengikut ayah. malah abang-abangku juga kadang-kala tidur di banglo mewah kepunyaan dato' syeikh mahmud apabila tidak balik kampung semasa mereka diberikan cuti. pulak tu siap disediakan bilik buat mereka. memang dah melampau abang-abang aku tu. nakal dan berani. kalau aku, tak berani aku. emak juga tak pernah lagi kesana. sama sepertiku. tidak ada keberanian nak berjumpa dengan orang bangsawan katanya. rasa rendah diri masih begitu menebal. setiap kali ayah balik setelah beberapa hari berada di kuala Lumpur, ayah pasti akan membawa ole-ole dari kuala lumpur kiriman daripada dato' syeikh mahmud buat kami sekeluarga. merasalah juga masakan barat seperti makaroni dan cheese. sedap sangat rasanya.
"waaah.. baik betul dato' syeikh tu kan bang? untung abang dapat kawan orang kaya macam dato' tu. sudahlah baik, tak kedekut pulak tu" emak menyuap makaroni yang ayah bawa dari KL ke dalam mulutnya. aku mengangkat muka memandang wajah ayah. aku tahu hati ayah kembang bertaman-taman dengan hanya melihat pada senyuman sengihnya yang sampai ke telinga.
"hahaha... tengok abangla... mestilah kawan abang orang yang baik-baik aje, kalau tak itu bukan abang namanya" iyelah tu. sikap ayah memang begitu. suka menunjuk-nunjuk. eloklah sangat perangai macam tu. lepas tu aku hanya duduk makan bersama sambil perati mereka makan sambil tergelak. waktu itu aku tak pernah menyangka lelaki bangsawan yang ayah katakan sangat baik itu akhirnya akan menjadi ayah mertuaku tidak lama lagi. oh tidak!!
jerit tawa dari jalan raya yang tidak berapa jauh dari rumah mematikan lamunan. kelihatan beberapa orang kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan lima hingga tujuh tahun sedang berlari berkejaran. sukanya aku nampak mereka. aku tongkatkan tangan sambil bersandar di atas penghadang. aku nampak mereka mula berlari berkejaran diatas permatang sawah yang luas terbentang. mereka begitu riang hati sekali. galak tawa menghiasi dunia mereka. andainya aku seperti kanak-kanak itu. ah! aku harus ikhlas pada takdir.
aku masuk kedalam rumah setelah beberapa lama berdiri melangut di luar beranda rumah. aku membersihkan diri awal-awal dan mula menyiapkan keperluan untuk makan malam nanti.
sambil memasak, aku menghitung-hitung umurku. aku baru sahaja menginjak genap umur 18 tahun iaitu bersamaan dengan awal bulan januari. kira-kira tiga bulan lagi keputusan SPM akan dikeluarkan. tak sabar rasanya melajutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. aku mahu mengikuti jejak Dato' dr. karim, bekas orang kampungku yang telah lama berhijrah ke kuala lumpur atas kecemerlangan beliau dalam bidang kedoktoran. aku mahu berjaya sepertinya. matlamatku agar apabila berjaya nanti, aku dapat membantu beberapa jiranku yang benar-benar daif dan miskin tegar. aku tidak mahu menjadi seperti dato' karim yang berjaya tetapi tidak menyumbang apa-apa kepada masyarakat kampung yang terpencil ini. kalaulah aku dato' karim...hrm... lagi-lagi kalau! lagi-lagi kalau! ishh.. apalah nak jadi dengan kau ni Nur Safiya...
###############
seperti kebiasaannya, aku hanya berseorangan dirumah. abang-abangku semuanya mencari pekerjaan dibandar. ayah sendiri yang paksa. katanya, taklah menjadi kutu rayau dikampung. ayah memang macam tu. suka memaksa anak-anaknya melakukan yang kami tidak suka. tapi alhamdulillah! mujur abang-abangku baik-baik dan warak-warak orangnya. mungkin sebab itu ayah makin mengada-ngada. anak-anaknya juga yang menderita nanti. yang paling membuatkan aku terharu, setiap bulan along, angah dan acik sama-sama mengirim duit belanja rumah untuk kami dikampung. adalah dalam tiga ratus sebulan. itu sudah lebih dari cukup bagi kami disini. kesian pulak abang-abangku nanti di sana. mereka cuma bekerja sebagai buruh kilang. abangku yang ketiga pula bekerja sebagai pelayan disebuah restoran yang terkemuka di KL kerana komunikasinya yang sangat baik dalam berbahasa inggeris. walaupun impiannya untuk menjadi seorang guru bahasa inggeris tidak terlaksana namun acik tidak pernah kecewa dengan takdir. mungkin bukan rezeki katanya. andainya aku mempunyai pemikiran seperti acik, tentu aku dah redha dengan jodoh dan impianku. tapi hati kami berlainan. aku memang agak sedikit keras kepala.
emak dan ayah keluar sebentar selepas bersarapan. hendak bertemu dengan nenek dan tuk aji. fahamlah aku dengan perangai ayah tu. ayah nak hebohkan satu kampung bahawa petang ini rumah kecil kami akan dikunjungi oleh bakal menantunya. inilah kali pertama seorang daripada keluarga kaya-raya itu berkunjung ke rumah ini kerana lamaran dulu dibuat di banglo mewah dato' syeikh mahmud di kuala lumpur sebulan yang lepas sewaktu ayah mempunyai urusan penting di kuala lumpur dan diajak menginap dibanglo milik keluarga Zainal. bagiku tiada apa yang dibanggakan. sebaliknya aku berasa tertindas.
aku mula mengemas rumah. kukumpulkan semua pinggan mangkuk yang kotor yang telah digunakan semasa menikmati sarapan pagi bersama mak dan ayah tadi. kulonggokkan pinggan dan mangkuk tersebut di sinki yang masih utuh dan bersih biarpun sudah berpuluh tahun usianya berbakti kepada keluarga ini.
sesudah itu aku menyusun pinggan mangkuk dan beberapa sudu dengan cantik dan kemas diatas kabinet kayu. itupun kabinet yang aku buat sewaktu mengambil subjek kemahiran hidup ketika berada dalam tingkatan tiga. hasil kerja kursus kepunyaan abang-abangku pula semuanya dijadikan sebagai tempat menyimpan kasut dan diletakkan diberanda rumah.
penat mengemas, aku duduk dilantai beranda. menunggu kepulangan mak dan ayah yang akan balik sekejap sahaja lagi. kata emak, mereka aka urusan dengan tuk aji. mungkin pasal pernikahanku nanti. entahah...
sewaktu perbincangan emak dan ayah semalam, aku tidak menyampuk sedikitpun. tiada keinginan untuk mengetahui apa-apa berkaitan 'bakal lakiku'.
"esok Zainal akan datang kesini. katanya dia nak jenguk bakal isteri dia. baik sungguh budak tu!" ayah sengaja nak dengarkan aku. emak yang sedang menjahit menoleh sekilas.
"betul ke bang? kalau macam tu, nampaknya awal pagi esok kita kena kemaskan pondok buruk nilah sebelum Zainal sampai sini!" kalut suara emak. ah! emak terlalu merendah diri.
"tak usah! bakal menantu aku tu tak macam anak orang kaya lain yang sombong berlagak. Zainal tak kisah dengan keadaan rumah kita. agaknya dia memang dah tak sabar nak jadi suami anak kita agaknya, jadi menantu sulung abang!" ayah ketawa suka. aku hanya pasang telinga. Televisyen yang terpasang tidak sudah menjadi perhatianku. fikiranku terganggu hanya dengan nama 'ZAINAL'. meluat aku dengar namanya.
"betul juga ayahnya... cepatlah nanti kita dapat cucu kan bang?" opocot mak kau jatuh di kolam!!!!
mujur jantung tak terlompat keluar. aku perasan mak menjelingku dengan senyuman bermakna. aku pura-pura tak ambik kisah. mereka ketawa lagi. mak dan ayah benar-benar nampak gembira. cuma aku yang kesakitan. mereka tidak tahu. mungkin juga buat-buat tidak tahu. pedihnya hati...
"begitulah hendaknya imah oi! abang dah sabar nak sambut menantu sulung abang ni..." dan meletus-letus ketawa mereka. entah apa yang lucu sangat. suka ke mereka nampak aku mengelek anak kecil diwaktu umurku masih benar-benar muda? ah! mak dan ayah dah kena sampuk oleh si Zainal. ZAINAL!!!!!!!!!! aku benci kau!!!!!!!!!
"mak ayah! Fiya masuk tidur dulu ya! Assalamualaikum!" aku terus melangkah laju masuk kedalam bilik. jelas sekali ketawa mak dan ayah terhenti serta-merta. aku sudah gagal. aku sudah lemas dalam menggapai angan-anganku. aku menangis teresak-esak dalam bilik sampailah aku tertidur. dan malam itu aku bermimpi aku cemerlang dalam SPM. apakah tandanya?
##############
"safiya!!!!!!"
bagai nak luruh jantung mendengar jeritan ayah dari halaman rumah dan bolehkan pulak aku dengan jelas dari dapur rumah. perasaan cemas datang tanpa dipinta. kalau begini gayanya tentu ada sesuatu yang ayah tak puas hati. air paip yang mengalir terhenti setelah kepala pili kupulas. aku menunggu kalau-kalau tadi aku cuma terkhayal sekejap. sah! aku bukan berkhayal apabila sekali lagi ayah melaung namaku. otot-otot perut mengecut. k.o kau safiya!
"ada apa ayah? Nur tengah basuk pinggan ni" tangan menyental-nyental pinggan yang masih berminyak. dahlah pinggan tu yang Zainal guna masa makan tengahari tadi. makin geramlah aku.
"safiya!!! kesini kamu!!!! dasar anak tak sedar diri!!!"
Ya Allah! apa ni?
makin bertambah rasa cemas. dada berdebar tidak sekata.
kalau ditunggu lama, bimbang ayah mengamuk.
"baik ayah! fiya datang!!" aku tinggalkan pinggan mangkuk yang belum habis dicuci. melangkah laju keluar dari dapur dan keluar ke beranda rumah. langkahku terhenti apabila mataku terpandangkan wajah ayah yang sedang bercekak pinggang dekat dengan bangku kayu balak yang diletakkan di tanah halaman rumah. wajah ayah sangat tegang dan merah padam. ada parang panjang yang berada ditangannya. tuhanku! selamatkanlah aku...
"sini kau!!!"
"aaa...aaa... ada apa ayah?" masya-Allah! gugupnya.
jantung terasa macam nak terkeluar. sungguh menggerunkan. kedengaran dengusan ayah yang kasar.
"kau turun!!! kau turun sini!!!" muka ayah menyinga. rela tak rela, aku berjingkit melangkah longlai menuruni tangga satu persatu. tubuh terasa hendak tumbang. dan sudah takdirnya, emak pulak tak ada kat rumah. terasa nak lari dan selamatkan diri tetapi kaki terpasak kaku setibanya tidak kurang dua meter dari tempat ayah berdiri.
"ke..kenapa ayah?" tangan menggeletar habis.
"ayah betul-betul malu dengan perangai kamu safiya! kamu tak seharusnya berperangai bodoh dengan Zainal tadi! ayah benar-benar kecewa dengan kamu!!!" suara ayah dah tak sekasar tadi tetapi suaranya menyatakan bagaimana kekecewaannya. aku tak faham apa yang ayah sedang cakapkan.
"Nur..nur tak faham ayah!"
serentak itu ayah merengus sekali lagi. dengusan penuh menyindir.
"kenapa kau malukan Zainal kat sawah tadi? kau tau tak apa yang kau dah buat hah??" jerkahan ayah menggigit jiwaku. apa yang aku buat? tak ada!
"kenapa kau malukan Zainal Nur? kamu tau tak yang kamu malukan tu bakal suami kamu. kan ayah dah pesan berulang-ulang kali, layan bakal suami kamu baik-baik. jangan sakitkan hati dia walau sedikitpun. tapi apa yang kau dah lakukan safiya? kau telah malukan ayah kau!! kau tau tak!!! ya Allah sakitnya hati aku...apalah malang nasib ayah dapat anak seperti kamu!" masya-allah! hatiku benar-benar terasa. tidak percaya ayah akan cakap macam tu.
aku gigit bibir. aku betul-betul terasa dengan kata-kata ayah. sekali lagi Zainal memfitnahku. Zainal memang berjaya memanipulasikan ayah. aku benar-benar sedih dan terkilan dengan sikap ayah yang mudah mempercayai kata-kata orang lain tanpa mengetahui kebenaran. bangsat kau Zainal!!!!!!!!!!
"ayah! apa yang Zainal bagitau dekat ayah tadi? Nur benar-benar tak faham yah!" mujur aku masih boleh menahan sabar, kalau tak aku dah kejar kereta lelaki penyangak tu dengan motor ayah. aku balun kereta dia habis-habis. Ya Allah! geramnya aku pada Zainal. benar-benar membuatkan kebencianku menyala-nyala.
"jangan pura-pura tak tahu pulak! ayah tak suka anak ayah buat begitu!" ayah merengus kuat. tajam panahan matanya menikam mataku. aku dah menggelegak. tuhan maafkan aku andai menjadi seorang anak derhaka...
"apa si bajingan cakap kat ayah tadi?? bagitau Nur ayah!!!"
"kau...kau..."
"Nur dah tak tahan dengan perangai lelaki penyangak tu ayah! kalau ikutkan hati Nur, Nur bunuh Zainal sekarang ayah!!" nafasku tertahan-tahan. bila-bila sahaja aku boleh meletup kalau tidak kena pada keadaan. apa nak jadipun jadilah!
"Allahuakbar!!! apa kau cakap tadi Nur safiya???!!!!" aku nampak dada ayah turun naik sangat laju. aku berdiri disitu menunggu jerkahan ayah.
"Nur cakap..." ayah semakin merengus ganas. parang dihunus. aku pejam mata. tuhanku....
"abang!!!!!"
"Astaghfirullahalazim...ya Allah ya tuhanku.. . abang? apa dah jadi ni bang??? abang dah gila ke nak bunuh anak sendiri??? Allahuakbar!! bawak-bawak mengucap bang..." aku buka mata. ternampak raut wajah emak dari luar pagar. ayah menghentikan perbuatannya. emak berlari mendapatkan tubuhku. aku turut sama berundur sedikit kebelakang. menjauhi ayah.
"maak..." bila terasa bahuku disentuh, aku terus memeluk mak dan menangis teresak-esak dalam pelukan mak.
"sabar sayang...biar mak tenangkan ayah kamu dulu ya" ada usapan dikepalaku. aku menggeleng. dah tak ada gunanya mak!
"mak...Nur dah tak tahan dengan perangai ayah mak! ayah suka menuduh Nur tanpa mengusul periksa! bapa jenis apa macam tu mak?" memang aku dah tak tahan. aku dah fed up. aku mahu memberontak. pedulilah kalau aku mati sekalipun. ayah dah terlebih melampau. ayah langsung tak memikirkan perasaan aku.
"cakap balik apa kau kata tadi safiya!!!!! cakaaaaappppp!!!!" ayah menempik kuat. giginya diketap manakala tangannya digenggam. aku melarikan diri apabila ayah mula mendekat. cepat-cepat aku menyembunyikan diri di belakang emak. jantung luluh serasa hendak gugur.
"mak.. tolong mak...nur takut..." dengusan nafasku semakin tidak teratur.
"sabar sayang... biar mak cakap dengan ayah kamu!" emak maju sedikit ke depan. aku ikut belakang mak. takut hendak memunculkan muka didepan wajah menyinga ayah. matilah aku...
"abang...sabar bang!!" emak merayu lembut sambil cuba merampas parang panjang dari tangan ayah namun ayah mengelak. cepat ditepisnya tangan mak. aku yang melihat tergamam. janganlah ayah cederakan emak...
"kau ke tepi imah!!!" tempik ayah lantang. aku peluk belakang mak erat-erat. dengan takut-takut aku memandang muka menyinga ayah dari belakang mak. ya allah... selamatkanlah kami...
"sabar bang!!! ingat Allah banyak-banyak!!! berhenti buat kerja gila tu bang!! buang parang tu!!! tolong bang... dengarlah cakap imah ni...." suara emak kedengaran bergetar hebat. menggeletar seluruh badan emak. dapat aku rasai.
ayah tak menjawab malah makin merapati kami dengan wajah merah padam. cuaknya hati aku hanya allah sahaja yang tahu. berkilau parang ditangan ayah tatkala disimbah cahaya mentari.
"abang!!!! abang dah tak ada iman ke hah??"
"aku kata ketepi, ketepilah!!!! bodoh!!!!" aku bagaikan bermimpi apabila ayah menolak emak sehingga kami sama terdorong kebelakang.
"aaaahhhh"
aku dan mak sama-sama gagal mengimbangi badan sebelum terjatuh ke tanah bagaikan nangka busuk. Alhamdulillah! syukur aku sempat memeluk tubuh mak sebelum terjatuh tadi. biarlah aku yang menanggung kesakitan ini kerana aku yang memulakannya. rasa begitu sakit dan sengal mencucuk tulang pinggul. perasaan kecewa yang teramat sangat memuncul.
"ayah memang kejam!!!!" sehabis daya aku berteriak. aku dah menangis teresak-esak. dengan sekilas kerlingan, kelibat ayah masih disitu. bunuhlah aku ayah....
sampai hati ayah memperlakukan kami sebegini. semakin bertambah benci dan dendam aku pada si bangsat. Allah... kasihannya aku lihat keadaan emak.
"mak.. mak tak apa-apa ke mak? fiya minta maaf mak... fiya yang buat mak macam ni.. ampunkan fiya ye mak..." makin kuat pelukanku pada tubuh mak. emak menangis. hiba hatiku tiba-tiba. tubuh emak kurasakan lemah. otot di lengannya lembik. aku tahu emak juga tidak menjangka ayah akan berkelakuan melampau. semua ini angkara fitnah Zainal. awas kau jahanam!!!!
"astaghfirullahalazim kahar... apa yang kamu dah buat ni?? hentikannya kaharrrrr!!!! ingat Allah!!!!" aku berpaling melihat pada geranganpada suara tempikan dari kejauhan sebelah rumah jiran, ada orang yang menempik perbuatan tidak berperikemanusiaan ayah. Alhamdulillah... terima kasih ya Allah!
"tolong pak kudam!! tolong kami..." aku tak mampu menahan hiba. aku dan mak menangis sama. aku peluk tubuh mak kuat-kuat.
"tunggu kat situ fiya! jangan gerak! pak kudam akan tolong kamu... sabar ya...heii kahar. apa yang kamu dah buat ni hah??" pak kudam menempik.
"pak kudam... saya tak tahu pak kudam! saya tak tahu kenapa saya tak dapat kawal kemarahan saya. saya minta maaf!" ah! berlakon!
"minta maaflah pada anak isteri kamu kahar... aku cuma mahu membantu anak isteri kau yang kau seksa!" pak kudam merampas parang dari genggaman ayah. parang tajam itu dilemparkan jauh-jauh. aku nampak ayah juga turut sama menangis. teresak-esak dia menangis. hatiku beku melihat ayah menangis. tiada lagi rasa kasihan buatnya.
pak kudam mendapatkan kami. dia duduk mencangkung dihadapan mak. dari raut mukanya menampakkan kerisauannya. kenapa ayah tak sebaik pak kudam? sekali lagi hatiku menangis.
"kamu tak apa-apa nimah, fiya?"
"kami baik-baik saja pak kudam. terima kasih kerana selamatkan fiya dan mak" aku nampak pak kudam mengangguk. terima kasih tuhan kerana memanjangkan umur kami!
"sama-sama nak... itu sudah menjadi tanggungjawab pak kudam sebagai jiran kamu... bersabarlah dengan perangai ayah kamu. pak kudam perasan perangai ayah kamu berlainan semenjak dua ni. mungkin ayah kamu mengalami tekanan perasaan barangkali. siapa tahu"
ah! ayah sendiri yang cari pasal. tanggunglah sendiri. aku dan mak pulak yang terkena tempiasnya. ayah dah berubah! ayah bukan ayahku yang dulu. ah! go to hell...
'astaghfirullahalazim...'
aku nampak ayah masuk kedalam rumah. mak dah bangun perlahan-lahan dari riba aku.
"biarlah dia macam tu pak kudam. fiya sendiri dah tak berapa kenal dengan perangai ayah sekarang. biarkan saja ayah fiya tu. semoga dia insaf dengan kejadian tadi"
"habis tu kamu macam mana?"
hanya gelengan aku mampu berikan. siapalah aku...
"insya-allah kami akan baik-baik saja pak kudam. pak kudam janganlah risau sangat. fiya akan cuba tangani masalah ayah dengan sebaik mungkin. terima kasih kerana membantu kami!"
"sama-sama nak. jadi kamu masih nak tinggal disini?" baru aku mahu bersuara, mak segera memintas.
"nak tinggal kat mana lagi kudam? ini sahaja rumah yang kami ada. tak apalah... mungkin sudah nasib kami macam ni. saya akan cuba lembutkan hati suami saya. dia tengah ada masalah agaknya..."
"baiklah kalau macam tu. nanti kalau ada apa-apa panggil saja kami dari tingkap rumah kamu tu ha! insyaallah, kami anak-beranak akan datang bantu. ermm kenapa dengan suami kamu tu agaknya imah?"
"tak tahu saya pak kudam. biarlah... nanti saya akan cuba cari tahu masalahnya..."
kami sama melangkah menuju ke tangga rumah. kelihatan ayah duduk diatas tangga. sedih wajahnya. tubuh emak yang kupapah, terasa berat jadinya. hatiku hancur melihat ayah disitu. aku sangat terluka dengan sikapnya.
"kenapa ni?"
"tak ada apa-apa mak"
"agaknya suami kamu marah mungkin sebab fiya tak ikhlas diperisterikan lelaki kota yang datang kemari lewat pagi tadi. pak kudam lupa pulak gerangan namanya... zinal... er.. zonal ke namanya tu?"
"Zainal..." emak membetulkan. hatiku membara sebaik mendengar nama lelaki keparat itu.
"ooohh... zainal rupanya. baik sungguh budak tu ya. untung kamu dapat menantu macam tu!" tuhanku... kenapa mereka mudah ditipu Zainal??? mati kau Zainal!!!!!
"tak tahulah saya pak kudam. eloklah kalau Zainal baik pada pandangan orang-orang kampung, taklah kekok dia berhadapan dengan masyarakat kampung nanti"
"insya-allah!"
aku terasa dengan mak dan pak kudam. aku mendiamkan diri sampaiah kami masuk kedalam rumah. aku membiarkan mak mendapatkan tubuh ayah dan memeluknya erat. kaki kuhayun membawa diri yang amat terluka memasuki bilik. teresak-esak aku menangis disitu. tiada lagi harapanku untuk melawan. mahu tak mahu aku tetap menikah dengan Zainal. puaslah hati kau sekarang Zainal... ketawalah... ketawalah...
########################
hari berganti hari, minggu demi minggu, maka tibalah sudah hari pernikahanku. sepanjang sebulan yang lepas, si Zainal tidak serik-serik menelefonku mengucapkan ketidaksabarannya memiliki diriku. kalau saja aku boleh pecahkan mulutnya, akulah insan yang paling gembira. sekali sahaja lagi dia mengarut, aku jamin bibirnya pecah kali ini. dan kalau aku tak angkat panggilannya, Zainal akan mengadu pulak pada ayah. pengakhirannya aku juga yang ditegur dan disindir ayah. terasa nak cekik-cekik aje leher bajinal tu. merah mata aku menahan marah bercampur sedih. aku sangat terkilan dengan sikap ayah apatah lagi Zainal. aku mahu menjerit sekuat sekuat hati mahu mengatakan... tarik nafas dalam-dalam...
"Zainal gila!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"
Alhamdulillah! puas hati aku!. tengok jam didinding rumah. dalam setengah minit aku menjerit tadi. jangan aku jadi gila macam Zainal sudah!
"dah gila ke apa kamu ni!!!"
alamak!
aku tak perasan ayah merenungku tajam dari muka pintu. terus aku berlari menyusup masuk kedalam bilik. senangnya hati setelah menghina Zainal. memang patut aku melakukannya. memang terlebih harus aku membencinya tapi adakah ianya berkekalan?
################
aku ditatarias oleh mak andam yang dibawakan dari kota. rupa-rupanya majlis kami akan dibuat dirumah tok aji. rumah datukku sebelah emak. cantik rumah itu ditambah baik serba-serbi disana-sini. bertambah luas dan besar rumah itu jadinya. ayah dengan bangganya mengatakan, itu semua hasil kerja keras bakal menantu dia yang rajin membantu menyiapkan rumah itu bermula dari dua bulan lepas. mahu tak membulat mata aku sebaik sahaja mendengarnya. biar betul? dua bulan? maksudnya Zainal sekeluarga dah merancang pernikahan ini sejak sekian lama. Ya Allah! apakah ini suratan buatku?
"subhanallah... cantiknya kau Nur, macam bidadari aje akak tengok!" merah dah muka aku. mak andam yang kupanggil kak baidah tersenyum sejenak. matanya ralit memerhatikan segenap wajahku yang baru siap disoleknya. katanya muka aku tidak perlu dibanjiri dengan solekan yang mahal-mahal. muka aku dah cantik asli dan memikat jejaka-jejaka diluar sana katanya. aku tahu mereka hanya mahu membuatkan aku berasa yakin pada diri.
mendengar pintu bilik dibuka, senyuman kak bidah makin melebar. aku tak pasti siapa gerangannya yang datang kerana aku membelakangi pintu. harap-harap bukan lelaki keparat tu.
"dah siap ke baidah?" aku terpana mendengar suara itu. Ya Allah...
"dah puan! tengoklah bakal menantu puan ni! cantik sangat...Nur! boleh berdiri sekejap!" pinta kak baidah. aku mengikut sahaja. teragak-agak aku berdiri dari kerusi yang baru lima belas minit berbakti padaku.
derapa kaki semakin menghampiri kami. deras jantung memalu dada. hanya sekali aku melihat wajah bakal mak mertuaku. itupun Zainal yang beria-ia mengajak mamanya datang kerumah lima hari lepas. mahu tak mahu aku relakan diri berjumpa dengan mamanya. tekaanku silap kerana puan habibah sangat baik dan penuh mesra. aku tidak kekok dengannya.
tiba-tiba bahuku terasa disentuh. perlahan-lahan tubuhku dipusingkan. senyuman kak baidah malah semakin lebar. sebaik bertentangan mata dengan bakal mak mertuaku, aku menunduk malu. aku sedar wajahku ditatapnya dengan penuh memerhati.
"subhanallah...cantiknya anak mama ni... kamu benar-benar cantik sayang... patutlah anak mama asyik angau sejak ternampak dengan kamu... nampaknya mama akan dapat cucu yang sangat comel tak lama lagi..." apalagi, menyerbu darah naik ke muka. aku dapat rasakan wajahku merah padam. kak baidah dan puan habibah tergelak suka.
"tengok tu puan... makin merah muka bakal menantu puan, makin cantik wajahnya. beruntung puan dapat menantu secantik dia tau!"
"tengoklah anak siapa yang pandai memikat. anak aku juga!"
"waahh.. pandai betul Zainal cari isteri ye puan! dahlah cantik, baik pulak tue..."
"terima kasih baidah. ya saya rasa bertuah sangat dapat menantu macam Nur... terima kasih sayang kerana mencintai anak mama. janji dengan mama yang kamu akan mencintai anak mama sampai keakhir hayat kamu ye sayang... Zainal sangat mencintai kamu sayang..." mama membawa tubuhku kedalam dakapannya. aku terkelu dan terdiam. beratnya permintaan mama.
###################
"aku terima nikahnya Nur Safiya Alea binti Kahar Imran dengan maskahwinnya sembilan puluh sembilan ringgit tunai!"
"sah?"
"sah!"
"sah!"
"jadilah isteri yang soleh ye nak... mak yakin anak mak mampu. jangan kecewakan harapan mak dan ayah kamu. kami sangat sayang pada kamu..." mahu tak mahu aku mengangguk. mak memelukku. aku menangis dalam pelukan mak. Nur tak janji mak tapi Nur akan cuba...
terdengar suara riuh orang ramai yang membanjiri masjid di kampung tempat kami dinikahkan.
"mama sayang anak mak ni..."emak kucup dahiku dan kedua pipiku.
"dahlah tu imah oiii... kejap lagi Zainal nak sarung cincin tu, kan tak elok kalau mereka nampak kamu menangis. apa pulak kata orang nanti..." cerianya suara ayah. mak tersenyum padaku. ayah juga yang turut sama bersimpuh disisiku selepas mewalikan aku tadi dan setelah berpelukan dengan suamiku tadi, ayah terus kesini.
"ayah harap kamu dapat menerima suami kamu fiya. maafkan kesalahan ayah selama ini. ayah lakukan semua itu kerana ayah sangat menyayangi kamu dan menantu ayah. dia lelaki yang sangat baik fiya.. percayalah cakap ayah ni" aku ambil hati ayah dengan tersenyum padanya. kalaulah ayah tahu siapa sebenar Zainal. ah! tak mungkin ayah akan tahu.
mak mentuaku dan suamiku datang menghampiri kami. Zainal duduk sopan bersimpuh didepanku. lututnya yang panas bertemu dengan lututku. aku menunduk. tidak berani melawan panahan mata nakalnya. Zainal terlebih segak kacak dan tampan hari ini. baju melayu berwarna putih susu yang sedondon denganku sangat menyerlahkan ketampanannya. semua wanita mengatakan aku sangat bertuah memiliki seorang suami yang sangat tampan dan baik.
"salam tangan suami kamu Fiya..."
aku menurut arahan ayah. ada nada geram pada suara itu. macam mana aku boleh mengelamun sehinggakan tidak tersedar Zainal menghulurkan tangan meminta disalami.
"maafkan saya..." perlahan aku membuka mulut. jelas terdengar Zainal ketawa kecil. lembut pula suaranya. garau dan seksi. benar-benar lelaki. teragak-agak aku menyambut huluran tangannya dan perlahan kubawa kebibir. mahu saja aku bangun dan tinggalkan majlis ini tapi aku bukan orang yang pentingkan diri-sendiri. aku bencikan Zainal tetapi dalam masa yang sama aku tak mampu menghalang perasaan minat pada kekacakannya. jelas sekali aku masih belum matang dalam mengawal perasaan. tarikan ketampanannya membuatkan hatiku berkurang beku.
"akhirnya kau jadi milikku!"
ada bisikan yang begitu halus berbisik ditelinga.
"apa yang kamu bisikkan tu Zainal?"
mungkin kerana tersentak dengan teguran tadi, Zainal mengundurkan wajahnya dari telingaku. aku dapat rasakan kedinginan yang mula mencengkam perasaan.
"cium dahi isteri kamu Zainal! macam tak biasa pulak dia"
"baik mama!"
aku masih kabur dengan kata-kata mama tadi. macam tak biasa? apa maksud mama? hampir aku tanyakan padanya.
terasa tangan sasa yang berurat hijau tebal itu menggenggam erat tanganku. dan terasa panas belakang tanganku saat dikucup oleh bibir seorang lelaki. sentuhan pertama dari seorang lelaki yang membuatkan hatiku berasa hangat. lama. buatkan hati dan jantung berdegup tidak sekata.
"I love you Nur safiya alea!"
aku terkelu saat tubuhku diraih kedalam pelukan Zainal. erat tubuh sasanya mendakapku. terasa otot-otot didada dan lengannya yang sasa menampung segenap tubuhku. terasa dahiku dicumbu. kedengaran suara orang ramai pura-pura batuk dan ada yang gelak. tidak sanggup aku menanggung malu. pertama kali dalam hidupku aku didakap oleh seorang lelaki selepas aku mencapai umur dewasa. ayah sendiri tidak pernah memelukku sebegitu. Zainal adalah lelaki yang pertama.
terasa panasnya dahi saat bibir lelaki itu menempat disitu. tersentuh hatiku seketika. apakah benar Zainal mencintaiku?
"abang tak sabar nak tunggu malam.. sayang terlalu cantik... i love you so much..."telingaku dicium. aku terasa mahu pengsan.
"dah dah lah tu Zainal! sambung acaranya malam nanti"
"ala mama ni, tak sporting la.." Zainal merungut. aku pulak yang makan hati. sporting taik kucing kau Zainal!
"mama tak kira! mama tak nak kamu berperangai macam dulu-dulu!" suara mama seakan menyembunyikan sebuah rahsia. aku semakin penasaran. apakah rahsia mereka?

Subscribe to:
Posts (Atom)