Saturday, March 31, 2012

Teaser Jauh Aku Berlari Bab 13


 "jangan pedulikan Fiya!! pergi!! pergi!!" esakanku makin menjadi-jadi.

    "sayang.. buka pintu ni sayang..."

pujukan dan bujukan Zainal tidak mampu menawan rajukku. lama aku berkurung diri didalam biik air. apabila ketukan dipintu sudah tiada, aku segera menguak daun pintu tetapi malangnya Zainal terus menangkapku dan mencempung tubuhku naik ke atas katil.

   "aaaah!! lepaskan Fiya!! lepaskan!!" aku meronta sekuat hati. Zainal tidak langsung mengendah. malah dihempasnya tubuhku diatas tilam. matanya begitu garang seperti ingin menerkamku.

   "boleh tak kau diam?? aku sumbat mulut kau tu karang baru tahu!!" tempikan Zainal menakutkanku namun ego sebagai seorang isteri tidak semudah goyah.

   "sumbatlah!! lelaki pengecut! dayus!!"

   pang!!!

   aku pegang pipiku yang terasa berbirat.

  "kurang ajar!!"

  pang!!!

   aku balas tamparan diwajahnya. dengan kekuatan yang aku ada, terus aku berlari sekuat hati masuk semula ke dalam bilik air.

   "heii!!! tunggu!! kurang ajar punya isteri!! aku bunuh kau!!" makin bergema tempikan zainal. bagaikan sudah kerasukan. nasibku amat baik kerana dapat meloloskan diri daripada amarahnya tadi. aku bersandar didinding. pintu bilik air sudah kukunci. tak mungkin Zainal dapat pecahkan pintu yang  keras.

   "buka pintu ni!!! buka!!"

banyak kali Zainal meranduk daun pintu tetapi gagal. tenaganya tidak seampuh kekerasan daun pintu. dalam kesejukan pagi, aku tertidur diatas lantai disatu sudut bilik air dalam keadaan terduduk. paginya, Zainal sudah hilang dan dua hari dia tidak menampakkan dirinya dirumah ini. pergilah kalau itu mahumu...

Thursday, March 29, 2012

Jauh Aku Berlari bab 12


      p/s: assalamualaikum semua. MT memohon maaf sangat-sangat diatas kelambatan MT mengepost new n3 baru. maka untuk menebus kesalahan yang MT tak dapat elakkan, maka MT sediakan n3 yang panjang berjela-jela untuk tatapan para pembaca yang disayangi sekalian.

P/S: JANGAN LUPE TINGGALKAN KOMEN ATAU SETIDAK-TIDAKNYA JEJAK ANDA DISINI. GUNALAH chat Box MT.

 SELAMAT MEMBACA. 

    hari ini merupakan hari yang sekian lama ku tunggu-tunggu. keputusan SPM yang baru sahaja diumumkan beberapa hari lepas membuatkan aku jadi gemuruh. tidak sabar mahu mengetahui keputusanku. mudah-mudahan usahaku selama ini berbalas dengan sebuah kejayaan. meskipun mungkin Zainal tidak membenarkanku menyambung pelajaran tetapi akan kusimpan kejayaan itu sebagai kenangan terindah semasa bersekolah dulu. semalam, aku telahpun berbincang dengan emak dalam telefon. aku sudahpun memberitahu Zainal mengenai akan hal itu. mujur dia cukup memahami. hari ini aku akan pulang ke kampung halaman untuk mengambil slip keputusan. apa yang menyedihkan, Zainal tak dapat ikut sama. katanya, dia sangat sibuk kebelakangan ini. apa nak buat...

     tanpa sedar, aku terkeluh perlahan. cukup perlahan sebenarnya.

   "kenapa Fiya?"

aku masih diam. tidak bereaksi. mulut bagaikan terkunci. masih terkejut barangkali.

   "Fiya sedih ke sebab abang tak dapat temankan Fiya balik kampung?" dalam keadaan yang hanya ditemani bebelan DJ radio era, sempat telingaku mendengar nafasnya yang meresah. kasihan laki aku. pantas aku menggeleng perlahan. sedar yang aku masih terbawa-bawa dengan rasa sedih setelah apa yang Zainal putuskan semalam. lantas, aku membawa semula diriku kedunia nyata. ya, kami telahpun berada diatas jalan raya besar. lamanya aku melamun seorang diri tadi. kualih pandang kesebelah pemandu. suamiku yang cukup tampan dengan hanya mengenakan baju kemeja pejabat warna biru laut dan seluar slack sedang mengerutkan wajahnya. aku sekadar membalas senyumannya. sedar yang aku sudah membuatnya berasa serba salah. sungguh aku tak sengaja.

   "sorry. Fiya okay, cuma.. fiya rasa tak enak badan bang. sikit aje." aku berkalih sejenak ke kiri cermin kereta. melemparkan pemandangan mata ke bangunan pencakar langit yang berderet disepanjang jalan menuju ke destinasi. berpura-pura mengurut tengkuk dan meregangkan otot leher.

   "betul ni?" mendengarkan soalan seperti tidak puas hati itu, aku sekali lagi mengerling kearahnya. sekadar menggembirakan hatinya dan juga tidak mahu membuatkan perasaannya serba salah. salahku juga kerana berkeras mahu pulang sedangkan tidak ada apa yang perlu dikejarkan dengan slip keputusan SPM ku. "ya, im fine. so fine actually..jangan risau.." sedikit lunak dan manja suaraku dan kukenyitkan sebelah mataku dengan senyuman yang semanis mungkin kupacakkan dibibir. sengaja membuatnya begitu sebenarnya. biar hatinya tertawan dengan kenakalan isterinya ini. biar dia terpesona dengan kejelitaan asli milik isterinya dan selebihnya biar tidurnya bertemankan dengan wajahku yang manis. dan ternyata aku berjaya sebaik terperasan ada senyuman yang disembunyikan dari balik bibirnya. merah bibir itu tanda tidak pernah mencumbui asap rokok.beruntung aku dapat suami yang pembersih. Zainal tidak terus menjawab. matanya hanya sekadar sekejap sahaja menjeling-jeling nakal kearahku kerana memfokuskan pada pemanduannya. tapi yang buat aku tak puas hati ialah jemarinya yang sibuk menjalar kearah pehaku. merenyam merenyit aje kerjanya.

    "abang! ishh... suka sangat buat perkara tak senonoh macam tu!" aku tolak lengannya dari merayap dipeha. geli diperlakukan begitu. bukan jijik tapi tak biasa.  Zainal ketawa lantang. tangannya masih mengagau mahu menjalarkan jemarinya pula kebahuku.

   "i like you.." oh maak! gatal sungguh suara mendesah itu.

    "eeiii.. abang ni! cuba kawal sikit perasaan gatal abang tu boleh tak? bahayalah bang.. you're driving now!!" aku tangkap jemarinya dan kukepit ke ketiak. mulalah dia menarik-narik lengannya tapi sepitanku terlalu ampuh. jangan tak tahu aku ni bekas anak murid silat gayung ayah. haha!

   "janganlah... lepaslah..."

   "ah! tak nak. nanti abang kacau Fiya lagi. bukannya Fiya tak tahu perangai abang yang satu tu." makin kuat sepitan ketiakku pada pergelangan tangannya. malah kedua-dua tanganku menggenggam erat jemarinya. biar tidak terlepas apabila dia meronta kuat.

   "alah.. mana aci. Fiya guna dua tangan, abang pula sebelah aje. tak acilah macam tu..."

   "aci ke tak aci ke, Fiya tak kisah. yang penting abang yang mulakan perangai semacam tu!" dia ketawa kecil mmbuatkan hati terasa mahu mengamuk.

    "kalau abang tak buat macam tu, tak akan berisi perut Fiya tu tau... abang cuma nak jalankan tanggungjawab aje kowt.." lirih suaranya yang aku tahu sekadar bertujuan untuk mempermainkan aku sahaja. bukannya betul-betul pun.

    "yang tu Fiya akui tapi ada ke jalankan tanggungjawab kat tengah jalan macam ni. nampak sangat abang tu tak cuba menahan nafsu abang tu.." entahkan kenapa boleh terluah kata-kata macam tu yang aku tahu telah sedikit sebanyak mengoyakkan ego lelaki tambah-tambah lagi lelaki itu ialah suamiku.

    "ermm... abang tak kisah. abang kan laki Fiya. kat mana-mana tempat pun halal untuk kita berasmara apa. malah abang pun pernah dengar ustaz bagi ceramah, apabila suami mengajak isteri untuk 'bersama' hatta si isteri sedang duduk diatas belakang unta sekalipun, isteri tetap tak boleh menolak inikan pula menafikan hak suami. macam yang sayang buat kat abang tadi tu lah.." ada sedikit keseriusan pada pengakhiran ayatnya. tanpa dia sedar, aku juga sedikit berkecil hati dengan tegurannya. bukannya aku sengaja menafikan haknya tapi aku cuma tak selesa. aku akhirnya penat menahan tangannya. lalu aku letakkan jemari kirinya bersama jemariku diatas pehaku. kalau itulah yang dia nakkan sangat. ambillah. peganglah...

    "kalau ini yang abang nakkan sangat, lakukanlah bang. puaskan nafsu abang tu sekarang juga kalau itu yang abang nak. Fiya rela kalau itu yang abang nak sampai sanggup mengata perangai Fiya.." aku mula emosi. pantang bagiku ada orang menegurku atas sesuatu yang aku rasakan benar. kalau sekadar nak puaskan nafsu dia tu, kenapa dia tolak pelawaanku pagi tadi sebelum kami menunaikan solat subuh berjemaah, sedangkan dia yang beria-ia mengingatkanku sebelum kami tertidur malam tadi. ah! pedulilah..

   mungkin sedar yang aku marah, Zainal membawa jemariku kebibirnya dan mengucupnya berkali-kali. aku langsung tidak menoleh kepadanya. biar dia tahu aku tak suka diperlakukan begitu.

   "abang minta maaf...i didn't mean it.." dah mula dah misi memujuk. huh! lelaki kalau bab mengayat memang nombor satu. tiada bandingan.

   "abang gurau aje yang..."

   "huh.." aku cebirkan bibir. geram masih bersisa walaupun sudah mula mencair. inilah hakikat dan fitrah hati wanita. baru sekali dipujuk oleh orang yang dicintai, sudah mula mencair. tambah-tambah wanita macam aku. lemah lembut dan punya hati yang kekampungan. jenis wanita yang memang mudah memaakan suami.

   "tak elok tau marah-marah macam ni. tak cantik dah isteri abang ni..." apabila Zainal mula mengekek kecil, terus aku tarik tanganku yang berada didalam genggamannya lalu aku mengiring ke tepi mendekati cermin disebelahku.

    "sayang..."

dalam hati aku mengata-ngata laki aku sendiri. padan dengan muka dia. suka sangat memerli orang padahal dia yang salah. ah, biar dia rasakan bagaimana seksanya menanggung keperitan.

   "i'm sorry okay. abang tak bermaksud pun nak kecilkan hati sayang. abang cuma tegur sikit aje. takkan perkara kecil macam tu pun sayang nak merajuk? alahai.. sensitif sangat isteri abang ni sejak akhir-akhir ni. jangan-jangan sayang hamil tak?" terus terbuntang mataku. suka hati aje dia tebak yang bukan bukan. kalau salah, macam mana? tak ke nanti aku juga yang jatuh sedih.

  "apa yang abang merpek ni?" aku tertengok juga wajahnya yang selamba menuturkan kata-kata harapan yang begitu bermakna bagi kami terutamanya padaku. terus meresap perasaan sebak tatkala teringat mimpiku dulu bersama anak kami.

   "bang, boleh tak jangan bagi harapan kosong bang? abang sengaja kan nak buat Fiya tambah sedih. dahlah abang tak ikut Fiya balik..." hampir aku terngongoi. mengada betul perasaan aku semenjak dua menjak ni.

   "sayang.."

aku tidak jawab. entah mengapa hatiku rasa tidak enak. waktu genting begini pulak hati ini dibelenggu ketidaktenteraman. janganlah.

Zainal mula memperlahankan pemanduannya apabila kami mula memasuki selekoh menuju keluar dari jalan besar memasuki lorong yang agak kecil tapi banyak kenderaan.

   "takkan abang sanggup buat macam tu. abang taklah sekejam itu sayang..." bersama lenggok suaranya yang seakan memujuk sekali lagi dia membawa jemari kami kepipinya dan dielus disitu. kasar betul jambangnya yang sudah lebih seminggu tidak bercukur. tapi tambah-tambah seksi wajah Zainal dalam keadaan macam ni.

    "abang memang nakkan sayang hamil dalam masa terdekat ni. barulah sayang tak sunyi kat banglo tu lagi. abang maksudkannya. sungguh! tapi kalau buat muka monyok macam ni mana nak lekat baby kat dalam peranakan sayang tu. " Zainal gelak lagi. tapi agak kecil dan walaupun hanya perlahan sahaja gelaknya, aku terasa sangat. rasa geram dihatiku masih belum hilang. Zainal memang begitu pandai melencongkan topik. memang selalu sangat buat macam tu. mengingatkanku pada bayiku yang tidak sempat bersamaku didunia ini.

    "abang laparlah. tiba-tiba pula perut ni meragam... alahai..." makin mengada pulak dia. malas aku bila geramku dipermain-mainkan. makin tambahlah geram aku jadinya.

    "abang!! boleh tak jangan ubah topik? Fiya masih geram dengan abang ni!" dia ketawa kuat. berdekah-dekah sampai berair mata. makin kecil hati aku ni dan aku tarik tanganku sehingga genggaman tangan kami terurai.

    "okay..okay. abang salah. alah.. janganlah merajuk macam ni. alahai.. busyuk..busyuk abang ni. meh sini. biar abang bagi kiss sikit." bibirnya dimuncungkan bagai mahu menciumku tetapi dihalakan kearah depan kerana dia sedang memandu. hampir tanganku mahu menarik muncung itik itu. panjang sangat.

   "abang ingat abang seksi ke buat macam tu? huh! perasan handsome lah tu!"dalam geram-geram pun masih boleh terselit rasa lucu melihat suami bercanda bagai budak-budak. Zainal makin memuncungkan bibirnya. makin buat perangai pulak pakcik tua ni.

   "boleh tak jangan buat macam tu. buruklah.." ejekku sengaja supaya dia berhenti dari meneruskan aktiviti tak senonohnya. pulak tu ada mata mata dari sebelah sebelah kereta yang memandang ke arah suamiku. tak pasal-pasal laki aku dijadikan bahan ketawa. tidak! aku tak rela suamiku dijadikan bahan ketawa. suamiku terlalu tak layak dibuat begitu. dia adalah penaungku. dibawah telapak kakinya itulah tertanam syurgaku.

   "abang.. dahlah tu. Fiya dah tak merajuk dah. please.." rayuku penuh manja. sengaja mahu menggoda imannya yang akan menipis bila setiap kali aku buat begitu apalagi ketika saat bersama dimalam indah kami, mulalah tubuh gagah lagi sasa itu me'layu' dalam pelukanku. jangan dia tergoda dengan shasha sudah. aku tidak akan memaafkannya kalau seandainya itu berlaku. benarkah?

   akhirnya Zainal menghentikan perbuatan tidak bermanfaatnya setelah aku pujuk rayu. suami ni nampak aje gagah, garang didepan umum tapi bila dekat dengan isteri yang dicintai, merekalah yang paling manja dan mengada-ngada. jadi wajarlah kalau suamiku termaktub dalam salah seorang golongan lelaki itu. untung aku pandai memujuk.

   sempat aku berbalas senyum dengan seorang pemandu wanita yang kebetulan berhenti didepan lampu isyarat. dia antara yang ternampak muncung suamiku memanjang tadi. issyy.. timbul sedikit rasa segan dengan wanita disebelahku. dahlah cermin tingkap terbuka luas.

   "abang!" panggilku sedikit kuat cukup untuk membuatkan dia memalingkan wajahnya kearahku. tadi Zainal ralit memejamkan mata mungkin kerana terlalu mengantuk setelah semalaman kami tidur-tidur ayam semalam. semuanya gara-gara ajakannya yang tidak pernah henti-henti. baru sekejap mata terpejam dia kembali menginginkan belaianku. mengada betul!

  "kenapa fiya?" ujarnya sedikit geram. mungkin marah akibat diganggu.

    "abang tu lah."

    "aikk!"

Zainal nampak terkebil-kebil.  keningnya mula bersambung tanda terlalu kuat mengerut dahi.

   "apa pulak ni? apa yang abang dah buat?" aku tahu Zainal sudah mulai bengang.

   "abang tu lah tadi. buat muncung panjang macam tu. kalau abang tak buat macam tu, tak adanya saya nak segan kat perempuan sebelah saya ni."

     "biarlah. abang tak kisahpun. kenapa pulak Fiya yang nak segan, bukan fiya yang buat benda tu pun" selamba aje telinga aku ni dengar laki aku cakap macam tadi. ada juga yang kena penyepak kaki aku. dah lama kaki aku ni kehausan menendang tubuh mangsa. dulu, aku selalu berlawan dengan abang-abangku dihalaman rumah. dengan geram aku menampar lembut lengan Zainal yang terdekat. makin berkerut keningnya sebelum perlahan-lahan bibir seksi itu mengukir senyuman nakal. kemudian matanya mulai terintai-intai dan siap melambai-lambai wanita disebelahku dan wanita yang juga nampak begitu daring bersolek indah itu membalas. siap berkirim khabar. waahh.. ada hati nak mengorat perempuan lain didepan mata aku. dah puas hidup agaknya...

  "abang!! eii.. menggatal aje kerja dia!!" terus aku cubit lengannya. panas hati aku ni. yang perempuan tu pun satu hal. tak tahu ke aku ni siapa? amboi amboi. mentang-mentang aku hanya nampak macam adik pada Zainal, dicubanya mengurat laki aku. ah, ada juga yang meletup aku kerjakan. terus aku tekan butang untuk menutup cermin disebelahku. sebelum tingkap habis tertutup wanita tadi melemparkan senyum sinis dan aku balas sinis. K.O!

    "Fiya nak buat perhitungan dengan abang kali ini!" aku panjangkan kepala kedepan suamiku mahu menutup pandangan matanya namun dia buat pulak muka bengang.

    "eh eh! sayang... lampu dah nak hijau tu. alihkan kepala sayang tu cepat.." mendengar arahan yang sedikit tegas itu, dengan pantas aku menarik balik kepala yang terjengul ke depan. sakit otot leherku.

   "benci!" luahku geram. tambah-tambah geram sedari tadi. yang aku tak percaya, kenapa aku begini sensitif. tak pernah aku berperangai begini seingatku. malahan, aku rasa aku sensitif sangat sejak dua menjak ni. entahlah..

   Zainal mengekek. suka hati sangat nampaknya. kereta mula meluncur menyusuri jalan yang jammed.

   "haih.. takkan jealous kot? bukannya abang jual minyak pun tadi. tanya khabar aje... sikit aje.."

  "banyaklah cemburu abang tu. kalau saya buat macam tu dekat lelaki lain, entah apa yang abang akan buat. entah-entah diterajang budak lelaki tu kut." terus meledak ketawa Zainal. apa lucu sangat ke
aku cakap tadi?

   "memang betul pun. jangankan sepak, bunuh pun abang sanggup kalau cinta Fiya jadi taruhan." sesaat bagaikan jantung ini berhenti berdenyut. rasa benar-benar tak senang dengan ujarannya tadi. aku takut Zainal benar-benar berbuat begitu. tiada yang mustahil apabila terlalu obses dengan cinta.
astaghfirullahalazim... banyak kali aku cuba beristighfar. cuba menenangkan gelora hati yang membadai.

    "kenapa? takut?" laju aku menggelengkan kepala. mata tajam memandang kehadapan. bersedia dari emosi dan rohani. Zainal bila-bila masa sahaja boleh melepaskan kemarahannya disini. dalam kereta ini.
 
    "bet.."

   "okay okay... Fiya memang takut. Fiya takkan buat macam tu kat abang." cukuplah sekali hatiku mendengarnya.ego lelaki jangan sekali-kali dilawan. aku dah sekali pernah merasa sengsara dari ego lelaki. cukuplah ayah yang pernah menyiksaku. cukuplah. takkan kubiarkan Zainal mengulanginya.

  "tau takut.."

   "hurmm.." banyaklah abang punya takut. aku dekat sini dah mula mahu menangis. tak suka sangat dengan suasana yang tercipta begini diantara kami. tidak lama kemudian Zainal berhentikan keretanya ditepi jalan secara mendadak. mahu tak meletup dadaku melihat bumper kereta yang hampir-hampir melanggar buntut sebuah kereta berwarna hitam metalik yang turut diparking disitu. janganlah Zainal buat masalah disini. makin kuat aku meramas tangan sendiri. rasa diriku diperhati oleh sepasang matanya. habislah aku. habislah aku. tak sangka pulak ego Zainal tercabar setelah sekian lama tidak bertaring.

  nafas yang dari tadi tersekat-sekat makin merusuh tatkala bahuku disentuh. tidak kasar. tidak juga sopan. sedang-sedang sahaja bagai menarik hatiku untuk berpaling kearahnya. janganlah ada sesuatu buruk menimpaku. perlukah aku berpaling melihatnya. kalau itu yang terbaik, aku tak ada pilihan yang banyak. bismillahirrahmanirrahim...

  aku palingkan pandangan mataku kearahnya.

  "surprise!"

terus aku tekup mulut dengan kedua tangan. rasa tidak percaya. aku terasa bagai mahu menangis. malah aku benar- benar menangis. mujur aku berjaya ditenangkan Zainal. bahuku dipaut rapat ketubuhnya dan aku menangis teresak-esak didada Zainal. buat kesekian kalinya mataku mengalirkan keterharuan buatnya sang kekasih hati.

  "mmmaa..mana abang dapat buah ni?" aku masih lagi teresak sendu. buah belimbing besi yang dikeluarkan dari dalam dahsboard diletakkan diatas telapak tanganku.

   "abang beli kat pasar pagi tadi..."

    "pagi??"

senyuman tersungging dibibirnya membuatkan rasa terharu sangat-sangat.

   "ha'ah. abang cari buah ni kat pasar pagi tadi. sayang nak makan sangat, sebab tu abang tak boleh tidur selagi abang tak belikan Fiya buah yang Fiya nak sangat makan tu" aku jadi malu. aku masih ingat semalam aku tiba-tiba terasa mahu makan buah belimbing besi cicah dengan cili campur kicap. memang sudah agak lewat sewaktu perut tiba-tiba terasa nak menjamah buah belimbing. tak sangka pulak Zainal akan belikan aku buah ini seawal pagi tadi.

   "terima kasih bang. susahkan abang aje.."

    "it's okay. abang tak kisah. abang lagi suka sebab waktu abang jalan-jalan kat pasar tu, banyak aweks yang cuba mengorat abang. rasa bujang sekejap." dia gelak kecil. aku tahu dia hanya bergurau. manakan mungkin Zainal mengkhianatiku. dia amat mencintaiku. terlalu mencintaiku sepenuh hatinya.

   "Fiya ok. selagi abang tak balas huluran cinta diorang tu, Fiya tak kisah sangat. manalah diorang tahu  abang dah kahwin ke tak. tambah-tambah abang masih muda. baru nak genap umur 25 tahun bulan depan..." kucuba menyedapkan hatiku sendiri. wanita sememangnya dikurniakan perasaan yang sangat sensitif. sangat halus dan mudah terasa. sebab itulah wanita dikaitkan dengan perasaan cemburu.

   aku perhati buah belimbing tadi ada diletakkan penanda harga satu ringgit. murahnya...

   "begitulah yang abang suka. tak naklah isteri abang ni kuat cemburu buta. nasiblah abang dapat isteri macam sayang. taklah abang kena hati-hati dengan perempuan selalu."

   "maksud abang?" aku tak faham maksudnya.

   "tak ada apalah. saja nak usik sayang.." nasib baek.

   "hurmm... terliur Fiya tengok buah ni bang. tak sabar nak makan. nyummy nyummy.." sukanya aku dapat buah belimbing ni. dahlah besar. memang dah masak buahnya. kuning emas warnanya. sampai kat kampung nanti, inilah projek pertama aku buat. tak sabar..

   "tapi tak best pulak nanti sebab abang tak dapat temankan Fiya makan sama. tak apa kan?"
aku makin tersenyum besar mendengar luahan ikhlasnya. sukanya apabila diri ini dimanjakan oleh insan yang disayangi apalagi suami sendiri. semakin melimpah ruah kasih sayang dan cinta ini buat dia, suamiku kekasihku yang mulai kucintai.

   "nak buat macam mana bang. dah tak ada rezeki untuk kita makan sama. tapi Fiya boleh MMS gambar Fiya nanti kat abang. bijak tak Fiya?"

   "hrmm bijak!" pipiku disentuh dengan telapak tangannya dan kemudian dielus lembut penuh mesra dengan renungan mata kebiruannya yang sangat redup. indahnya rupa lelaki ini. beruntungnya aku dianugerahkan suami yang mempunyai rupa yang cukup kacak lagi tampan. kaya. bertubuh menarik dan paling menggembirakan apabila diri ini dicintai seadanya.

   "abang akan rindukan sayang kat sana nanti. sangat-sangat akan merinduimu.." sebaknya aku dengar. lalu aku bawa jariku menyentuh kedua tangannya yang melekap mesra dikulit pipiku. senyumannya benar-benar menggetarkan sukma wanitaku. andainya kami tertakdir untuk berpisah, aku tak mungkin sanggup kehilangannya. ya Allah kenapa dalam masa-masa indah ini aku harus teringatkan pada andaian yang belum tentu terjadi. apakah ia tanda sesuatu akan berlaku.

  lama kami begitu. saling merenung. bagaikan baru terjatuh cinta antara dua ciptaan Ilahi.

   "bila Fiya dah sampai kat kampung, sayang janji akan call abang okay?"

   "okay" dan lepas itu barulah tamat sesi renung merenung. rasa tak percaya aku dah pandai menggatal dengan lelaki. ini semua akibat pengaruh sinetron indonesia. baik punya cilok!

   "dan buah ini akan jadi saksi atas janji sayang tadi. kalau sayang mungkir janji, abang akan telefon buah ni"

   "hahaha... abang ni luculah sekarang. pandai pulak dia buat lawak macam tu.." leluconnya berjaya membuatkan tawaku pecah. aku ketawa semahunya. ketawalah sebelum anda diketawakan. hahaha. dan mujur muka tampannya tidak terkena tempias airliurku. lalu aku jatuhkan tangan kami dan kubawa kepehanya. kemudian aku tinggalkan tangannya disitu dan kini aku pula yang melekapkan kedua telapak tanganku yang mulus dan berbau harum ke kedua-dua belah pipinya. aku dekatkan wajahku sangat rapat kewajahnya. tidak sampai pun dua inci jaraknya. mahu tergelak tengok reaksinya. tampak tidak percaya dan langsung tidak berkelip merenung mataku. mataku dan matanya bersatu dalam satu panahan aura kasih sayang. bila getara dihati ini sudah tidak mampu dikawal, aku jauhkan semula wajah kami menjadi jarak yang sepatutnya diantara si pemandu dan penumpangnya. begitulah yang sebetulnya. aku jadi kekok tiba-tiba. padan dengan muka aku yang sengaja mencari masalah. aku perasan ata beningnya masih begitu setia merenungku tanpa beralih walau sedikit cuma. hatiku dah jadi tak keruah dah ni. malas mahu berlama-lama dalam mood yang menyeksakan batinku, aku toleh wajahnya sekali lagi dan kali ini aku tunduk sikit memandang paras lehernya. segan dipandang begitu. macamlah ada bidadari yang melekat diwajahku. lelaki.. memang pantang digoda wanita. fitrah lelaki memang suka dilayan oleh wanita.

    "dahlah tu! malulah ada orang tengok" berani aku cakap begitu. namun Zainal tidak menjawab hatta mengeluarkan sebarang suara. hanya nafasnya yang mendengus lembut.  aku cuit lengannya, barulah dia pura-pura tersedar. nampak sangat menipu.

   "you're just so beautiful!"

mendengar bisikan daripada lelaki yang mulai kucintai, hati ini jadi berdegup tidak sekata. meskipun sudah muak aku mendengar kata cintanya namun rasa indah dan getaran bahagia itu masih jelas terasa. denyutannya masih bisa membuatkan hatiku dipalu gendang rabana.

   "thanks... err.. abang buat apa kita singgah lama-lama kat sini, bas Fiya dah nak jalan tu! Fiya taknaklah nanti terlepas pulak bas Fiya and then sampai kat kampung dah nak masuk malam. abang bukannya tahu pun yang musim sekarang musim orang balik kampung. tiket bas semua sudah habis. Fiya tak nak balik naik teksi. buang duit aje!" hidung yang terasa gatal aku picit-picit sedikit. air-cond kuat sangat, sebab tu hidungku terasa gatal.

  "ok. kita berhenti sekejap aje kat sini. abang cuma nak cuci mata sekejap"

   "cuci mata? erk, Fiya tak faham. mata abang masuk habuk ke?"

   "taklah.."

   "habis tu?"

Zainal tidak menjawab malah menyisir-nyisir rambutnya dengan jarinya menggunakan cermin pandang belakang. dah handsome nak tambah lagi buat apa. nak jual minyak ke apa? janganlah... aku juga yang makan hati sepanjang berada semingu di kampung nanti. ah, mustahil laki aku tergamak lakukan macam tu kat aku. aku tahu dia sangat sayangkan aku seperti selalu setiap malam sebelum kami terlena.

   "Fiya tu cantik sangat sebab tu abang sengaja berlama-lama dengan Fiya kat sini. sebab itu abang cakap abang nak cuci mata. dan sebab itulah juga abang tak dapat tahan tadi sampai abang melalut-lalut. memang abang akui sekarang, berdua denganmu pasti lebih baik sayang..." Zainal toleh sekejap kewajahku sebelum meneruskan menyisir rambutnya. panas kurasakan wajahku. sedikit berbahang dengan pesona ayat laki aku tadi. malu.. malu..

   "mengarutlah ajelah abang ni. hrmm.. bang, abang dah handsome dah bang, nak lawa-lawa sangat ni kenapa?" sekejap-sekejap aku toleh ke belakang dan kesisi apabila ada kereta yang membunyikan hon. entah apa yang nak dihonkan padahal kami berada dilot parking yang telah ditempatkan untuk pesinggah di jalan kecil ini.

  "tak adalah.bukannya abang sengaja abang nak berlawa-lawa macam ni. ni first time abang buat macam ni tau. abang bukannya apa sayang, abang cuma rasa nak setaraf dengan Fiya aje. iyelah.. karang orang kata kita tak sepadan pulak. eh e eh, tengok tu kawan-kawan, korang nampak tak duan manusia tu. bini dia cantik tapi laki dia macam hampeh. abang takut orang cakap macam tu. abang taknaklah orang cakap macam tu dekat abang dan takkan benarkan diorang cakap macam tu." rasa nak tergelak pun ada bila Zainal katakan hal yang sebenar. tak tahu ke dia seharusnya aku yang rasa tak layak berdampingan dengan lelaki sehebat dia. bagiku dan bagi semua wanita juga, Zainal adalah satu pakej lelaki idaman wanita. takkanlah Zainal tak mampu menilai itu semua.

   "takkanlah orang nak cakap macam tu bang. memang tak reti menilai orang yang cakap macam tu. abang pun termasuk dalam golongan orang tu sebab tak tahu menilai penampilan diri sendiri."

   "abang cakap apa yang abang rasa aje. tapi seriously, sayang memang menyerlah hari ni. menyesal pulak tak dapat ambil cuti temankan sayang kat kampung."

   "janganlah cakap macam tu. Fiya rasa bersalah pulak. dah.. jom kita gerak!" aku elus bahunya lembut dan mesra sebelum melemparkan senyuman buatnya.

   "cuba jangan buat macam tu dekat abang. sayang tahu kan bagaimana iman abang. nipis senipisnya seperti kulit bawang. kalau sayang buat sekali lagi macam tu, confirm abang bawa sayang lencong masuk hotel kat depan sana tu."

terus aku jadi seram. laki aku ni dah tak betul agaknya. separuh senget.

   "abang jangan nak mengarut eh.  Fiya tak ada masa nak layan lawak antarabangsa abang tu."

   "sampainya hati..." lirih dia bersama senyuman gatal. matanya menjeling-jeling. kereta masih belum digerakkan meskipun enjin kereta tak dimatikan tadi.

   "cepatlah bang kita gerak. bas Fiya dah nak gerak tu!"

    "tak ada maknanya. abang yang tolong booking untuk Fiya hari tu, abang tahulah bila bas sayang nak gerak. don't worry ok. masih banyak masa untuk kita bersama sayang. itupun kalau sayang sudi." Ya Allah, aku rasa suamiku dah tak betul dah. meh sini aku periksa sikit.

   "apa?" tanyanya tidak faham sebaik aku memberikan isyarat tangan. aku ulang sekali lagi. keningnya terus berkerut. buruk!

   "dekatkan telinga abang kesini. sikit aje." pintaku dengan tangan yang memeluk erat lengannya.

   "what are you trying to do?"

    "cepatlah. banyak songeh pulak" perlianku yang selamba membuatkan Zainal terus mendekatkan telinganya hampir kebibirku. tubuhnya sudah sedikit rebah kesebelah tempat dudukku. aku jeling kiri kanan depan belakang dahulu sebelum memulakan ujianku, takut-takut ada mata yang memandang. aku juga yang malu nanti. setelah cukup pasti tidak ada yang sedang memerhatikan kami, aku mengucup lembut cuping telinganya. wangi seharum kasturi. lulur mandian yang dipakainya semalam masih melekat dikulitnya. tak rugi aku beli dulu semasa bershopping. kemudian aku lingkarkan lenganku meliliti lehernya sebelum aku mengucup ubun-ubunnya. rasa syahdu mulai meresap kedalam jiwa. perasaan ini tergugat. terasa mata berkaca-kaca tanpa aku memintanya begitu. aku memberanikan lagi diri ini untuk menunduk kebawah sedikit mengucup pipi kirinya cukup lama. pipi kanannya aku biarkan tidak berkucup. Zainal hanya senyap menikmati sentuhanku pada wajahnya. aku melarikan bibirku disepanjang pelipisnya. tampak berani dan sangat gatal lakunya. biarlah. suami aku juga. bukannya orang lain pun. malah aku juga dapat pahala kerana telah menyenangkan hati suami. lama aku labuhkan bibirku dipelipisnya. lingkaran tanganku dilehernya makin erat dan tangannya turut sama memegang lembut jemariku yang kusatukan disebelah kanan bahunya. aku suka dengan keadaan kami sekarang. indah dan romantis. kali pertama aku lakukan aksi se'daring' ini ternyata satu pengalaman yang sangat manis.

   "abang cintakan sayang. selama-lamanya begitu dan terus akan mencintaimu..." aku dengar bisikannya yang amat syahdu mengiang-ngiang dilubang telinga. Zainal menunduk dan mengucup tanganku yang berlingkar di atas lehernya.

   "Fiya juga sayang sangat dekat abang..." seusai mengucapkan kata-kata keramat yang bukan mudah untuk terlafaz dari mulutku, aku sembamkan seluruh wajahku diatas kepalanya. rambutnya yang telah dirapi bagai tadi telah rosak tanpa aku sengajakan. aku kucup kulit kepalanya yang agak terdedah. rambut suamiku jenis yang tak lebat.

   "abang rasa lemas sayang..." suaranya sedikit serak. baru aku perasan lenganku begitu erat melingkar lehernya sehingga tidak sedar kerongkongnya turut sama terpeluk erat.

   "sorry..." aku longgarkan sedikit pelukanku.

    "it's okay. tak apa pun. abang tak rasa sakit sebab aura cinta dan kasih daripada sayang menyembuhkan luka yang ada." aku sembunyi senyum dengan candanya. lelaki ini memang pandai melontarkan luahan bunga-bunga cintanya. terlintas diruang hatiku mengenai status kehidupannya dulu sebelum bertemu denganku. aku belum bongkar cerita itu dengannya. siapa tahu dalam pada bertunang dengan shasha, dia menjalinkan hubungan cinta dengan gadis lain. siapa tahu. ah! biarkan. yang sudah berlalu usahlah dikenang. aku pun bukannya suci sangat. pernah juga menyimpan minat pada seorang lelaki yang sangat indah peribadinya tetapi sudah meninggal dunia disebabkan penyakit leukemianya.

   "kita gerak sekarang ye bang..." akhirnya aku leraikan pelukan pada lehernya seusai memberikan satu kucupan didahinya. Zainal hanya mengangguk tanpa bersuara. wajahnya sudah bertukar ceria. entah ujian apa entah yang aku buat tadi. yang pasti aku mahu menguji cintanya. ah, usah difikirkan yang sudah berlalu.
#######

     setiba di hentian putra, Zainal mencari petak meletak kereta yang kosong. pusing-pusing masih belum jumpa. akhirnya Zainal memandu kebangunan lain disebelah bangunan terminal hentian putra yang sangat sesak.

     "jauh pula abang kena patah balik ke sini" timbul rasa kasihan dekat suamiku kerana dia perlu kembali lagi kesini dengan berjalan kaki dari bangunan hentian putra. aku dah cakap supaya turunkan aku sahaja dimana-mana tadi dan dia boleh terus pulang ke rumah dan terus ke pejabat biarpun sedikit lewat, tetapi Zainal keras kepala. mahu juga temankan aku menunggu bas sehingga aku selamat masuk kedalam bas yang telah dibookingkan untukku. baek punya laki!

   aku baru terniat mahu menanggalkan tali pinggang keselamatan namun niatku terbantut apabila namaku diseru. aku menoleh sekilas pada wajah Zainal

    "apa?" melihat reaksinya yang lain macam , aku tertanya-tanya.

   "i don't know how to say these..." ayatnya terhenti disitu. spontan keningku terjungkit tinggi. benar-benar tidak faham dengan persoalan sekarang.

   "cakap ajelah. im all ears now" pujukku perlahan tetapi memang terselit aura-aura memujuk disitu. aku makin tambah pelik apabila Zainal menghadapkan tubuh badannya menghadapku dan mengambil jemariku lalu dibawa kepangkuannya. jemariku disulam dengan jemari kasarnya.

   "kenapa ni? abang suka sangat buat Fiya rasa cuak macam ni tau!" aku balas juga genggaman tangannya.

   "pandang mata abang dalam-dalam sayang. jangan palingkan wajahmu dari mata abang." aku turut kemahuannya. mata kami bersabung.

   "Fiya tahu tak, bila abang dekat dengan sayang, abang rasa macam nak bermesra dengan sayang aje 24 jam. nak tunjukkan sikap romatis abang yang satu ni. nak katakan pada Fiya yang abang cinta Fiya. dan abang rasa abang dah lakukannya sedari awal pernikahan kita lagi. abang rasa happy sangat. dan bila sayang dan abang terpisah begini, abang ralat sangat sayang. tak tahu nak cakap macam mana tapi abang betul-betul akan rasa kehilangan dan abang akan merindui Fiya nanti selalu. setiap masa. it is very hard for me to let you go alone there dear. sebab tu tadi abang berkeras nak temankan fiya sampai masuk dalam bas sayang. and i am sure you're also reluctant to leave me here without my companionship which is you, kan? say yes please.." tanganku yang terletak diatas pehanya dibawa kebibir. aku terkelu. tergama. terkesima dan terkejut. hanya senyuman yang aku balas bersama anggukan. mungkin faham dengan perasaanku, genggaman jemarinya dieratkan lagi. bagaimana lagi untukku menidakkan cinta ini Zainal andai hati ini telah kau curi dalam diam.

  "yes..." cukup perlahan desisan dari bibirku. senyumannya melebar begitu juga dengan senyumanku.

  "i know you love me that much and i love you much more than that..." Zainal bawa jemari kami kebibirnya. aku terharu sangat. walaupun sudah terbiasa dimanjakan dengan kata-kata romantisnya, aku tetap rasa senang dibelai begitu.

  "cupp!"

 Zainal letakkan semula sulaman jemari kami keatas pehanya sebelum perlahan-lahan menguraikannya. aku seakan enggan dia melepaskan tautan jemari kami. aku genggam semula jemarinya sebelum dia berjaya melakukannya. spontan Zainal menoleh kearahku dan serentak juga panahan matanya menusuk hingga ke tulang sumsum. mendinginkan organ dalamanku yang satu itu.

   "why?" tanya Zainal dengan kerutan didahi. aku terasa seperti mahu menangis saja tengok dia begitu ambil berat terhadapku. namun aku masih enggan bersuara. mata terasa sudah mula merembeskan cairan yang bakal melebat sebentar sahaja lagi.

  "sayang...ke.."

"kenapa abang baik sangat dengan fiya...?" aku terus potong kata-katanya bersama setitis airmata yang terlalu murah jatuh kepipi.

  "hey... don't cry! abang tak nak sayang menangis macam ni...memanglah abang kena baik dengan isteri abang. apa salahnya. kenapa? sayang tak suka abang buat baik dengan sayang atau Fiya lebih suka abang bersikap jahat?" agak tegas suaranya menegur percakapan tidak sengajaku. ah... aku hanya mahu dia tahu aku begitu terharu dengan kasih-sayang yang ditunjukannya. tidakkah dia faham perasaanku saat ini?

  kebetulan ada sebuah kereta yang juga memarkirkan keretanya disebelah, aku tidak jadi untuk memeluknya. Zainal tidak bersuara. aku makin kuat menangis. bodoh!... kenapa dengan aku?? oh air mata, berhentilah! jangan murah sangat untuk turun!!

   dalam pada aku teresak-esak menangis sambil memeluk erat pergelangan tangan Zainal, berkali-kali bibirku menodai belakang tangannya yang sudah basah dengan airmataku.

   "susah abang nak biarkan Fiya balik seorang diri kalau perangai sayang macam ni Saffiya!" teguran Zainal walaupun begitu lembut tetapi amat-amat mengecilkan hati dan perasaanku. tidakkah dia faham kenapa aku jadi emosi begini? dia yang mengatakan cinta kepadaku sehingga aku lemas, kini dia pulangkan semula cinta itu kepangkuannya. mana boleh macam tu!

   "abang..." aku cuba memujuknya.

     Zainal terus tarik tangannya membuatkan kepalaku sama terheret kearah tubuhnya akibat pelukanku pada lengannya yang kuat. kepalaku tersembam dibahunya. sakit!

    "Masya-allah! Fiya, kenapa dengan Fiya ni? dari tadi tiba-tiba aje nangis. abang ada buat salah ke?" tanya dia agak menjengkelkan. sikit pun tidak meminta maaf. lantas, hilang rasa keterharuan tadi. perangainya cepat sangat berubah. ah! aku yang silap menilai. benarkah?

   "Fiya minta maaf..." aku betulkan semula keadaan tubuhku yang senget kesebelah pemandu. Zainal mengeluh perlahan. sakit hati aku dia tak tahu.

   "sayang..." lembutnya suara bila tiba bab mahu memujuk. kenapa harus begini pengakhiran perpisahan kami? bukan ini yang aku hendak. aku dambakan yang sebaliknya. aku hanya mahukan pengakhiran kami dengan sebuah kemanisan sebelum balik kampung. aku mahu jadikan ia sebagai bekalan untukku apabila berseorangan disana nanti. tapi kenapa Zainal tak cuba mahu bertanya?

  "abang minta maaf ok. abang tak sengaja!"

  "hrmm.." aku dalam kepayahan cuba melupakan kesakitan tadi. aku tahu Zainal bukannya sengaja. apakah aku yang terlalu manja?

   Zainal cuba mencapai semula jemariku namun cepat sahaja aku melarikannya daripada dicapai oleh jemarinya yang mahal sangat. memang aku merajuk. aku terlalu kecil hati dengan sikapnya tadi. pertama kali dia kecilkan hati aku setelah kejadian pertama sebelum kami berkahwin dulu. tapi sekarang.. dia ulangi semula perangainya.

   "jangan begini sayang. i know i'm wrong. maafkan abang ye. abang gurau aje kot tadi..."

aku senyap. bermain-main dengan tangan yang sudah lama hilang inainya. tidak terasa usia perkahwinan sudahpun menjangkau lebih daripada empat bulan. tapi sehingga ke detik ini pun Zainal langsung tak tunaikan janjinya untuk membawaku berbulan madu. itu juga salah satu punca aku merajuk besar dengannya tempoh hari. bukan terlalu demand tetapi dia juga yang berkali-kali mengusulkan janjinya seminggu selepas kami menikah dulu.

   "kenapa nak merajuk pula ni? abang ada buat salah ke? tak salah kan abang menegur isterinya."

   "memang tak salah bang. tapi cara abang tegur Fiya tadi tak kena pada tempatnya" aku merengus runcing. kepincangan rumahtangga sudah menampakkan sayapnya. aku tidak mahu perkara itu berlaku. aku mahukan pengakhiran hubungan halal ini hingga ke hujung usia kami. kenapa Zainal tak pernah mengerti perasaanku?

   "okay. abang mengaku abang salah menegur sayang tadi tapi abang tertanya-tanya apakah sayang tak biasa kena tegur macam tu dengan abang. selama ini okay aje, but now sekali kena tegur melengking nak marah. what happen to you Fiya?"

   "ooohh... kalau abang menegur boleh pulak, tapi kalau Fiya tegur abang, abang langsung tak pandai dengar. apa guna abang tegur Fiya sedangkan abang sendiri yang sepatutnya kena tegur. contoh macam tadi masa abang memandu, abang suka main-mainkan Fiya dengan menjadikan ikatan halal ni sebagai aset untuk abang buat macam tu. abang.. walaupun kita dah kahwin bang tapi tak semestinya abang berhak buat macam tu dekat Fiya sesuka hati abang. memang pada awalnya Fiya mengaku Fiya ni kolot dalam percintaan tapi Fiya masih mampu jaga adab Fiya bang. Fiya masih boleh kawal amarah Fiya bila abang menggatal macam tu!" amarahku menjulang tinggi setinggi langit. cuma aku tak tahu bagaimana harus aku lontarkannya sejauh-jauh yang mungkin agar tidak menganggu titik pusat pemikiranku. syaitan tengah bersorak ria sekarang.

   "jadi selama ni Fiya tak ikhlas layan abang, kehendak abang? Fiya tahu tak Fiya dah kecilkan hati abang. berdosa Fiya buat macam ni dekat abang. abang tak rasa itu tindakan salah. nabi juga suka mengusik isterinya dengan bergurau senda, bermesra seperti selayaknya sepasang suami isteri. tapi fiya. fiya menidakkan hak mutlak abang pada seluruh tubuh dan jiwa fiya. semuanya hak milik abang sekarang. bila bercakap pasal hak, jangan sesekali Fiya bangkitkan hak seorang suami. abang tahu apa yang abang buat. abang tahu nafsu abang terlalu kuat tapi alhamdulillah setakat ini abang masih mampu menyalurkan nafsu abang ditempat yang sepatutnya pada isteri abang juga. selama ini abang didik nafsu abang supaya jangan sesekali mengatasi akal fikiran. abang berjaya fiya sampailah fiya muncul dalam hidup abang. abang makin hari semakin ketagih. itu memang lumrah perkahwinan sayang. kalau fiya tanya pada kakak-kakak sepupu fiya yang dah kahwin, mereka akan berkata perkara yang sama Fiya. abang minta maaf sekiranya fiya tak suka dengan apa yang abang buat tadi. insyaallah, di lain masa nanti abang tak akan buat macam tu lagi. takut orang tu mengamuk pulak. yang dia cium peluk kucup habis satu kepala kita tadi tak pula ada abang marah atau tegur..." bibirku terketar menahan perasaan sebu. aku malu dan sebak. aku tak tahu dah nak bereaksi bagaimana. aku masih muda. sebab itu emosiku mudah dipengaruhi oleh perasaan. dia juga yang beria-ia mahu mengahwiniku dulu. aku benar-benar perlukan bimbingan darinya tapi egoku terlalu menjulang tinggi. apakah aku yang terlalu sensitif?

    "Fiya minta maaf bang. Fiya tahu fiya tak sepatutnya marahkan abang. fiya cuma rasa tak selesa bila abang buat macam tu. abang tak perlu pertikaikan keikhlasan fiya selama ini bang. apa yang fiya lakukan pada abang selama ini semuanya atas kerelaan hati dan keikhlasan serta dasar tanggungjawab seorang isteri pada suami. fiya dah berikan cinta fiya dekat abang. fiya dah serahkan seluruh maruah fiya dekat abang. fiya dah buktikan pada abang perempuan kampung macam fiya juga pandai melayan suami. tapi sekarang kenapa abang pertikan semua tu bang? fiya tak kisah abang pukul fiya tapi abang tergamak menuduh keikhlasan fiya. abang meragui cinta fiya dekat abang. abang hanya tahu menokok tambah apa yang abang rasa. abang jahat... abang jahat...allah.. sakitnya hati kecil ni bang... sakit sangat... abang kena ubat luka hati fiya sekarang juga bang!" nafasku turun tenggelam dalam kesayuan. kalut. serba serbi canggung. yang aku tahu menangis menangis dan terus menangis teresak-esak. bila terasa ada sentuhan pada kepalaku, aku terus sembamkan wajahku kedadanya. aku meratapi nasibku sebagai isterinya. tubuhku dipeluk seeratnya. makin mengongoi jadinya tangisanku.

   "abang juga minta maaf. abang cepat sangat beremosi sekarang. abang tak tahu kenapa abang tiba-tiba jadi emosi macam ni. maafkan abang ya.. i'm sorry.. i'm so sorry..." makin kuat aku teresak mendengarkan pujukan dan rayuannya. aku memang meminta dimanjakan.

  "abang tak pernah ragui cinta dan keikhlasan sayang, cuma abang ralat sayang. sayang terlalu emosi dekat abang tadi sebab itu abang terikut sama. abang minta maaf... syyyhh.. dah.. jangan nangis... abang tak mungkin dapat benarkan fiya balik kampung once hati abang benar-benar tak dapat berpisah dengan sayang walaupun sehari. fiya tahukan betapa abang menyayangi fiya..." aku angguk dalam dakapannya. tanganku yang terkepit diantara dada kami kulurutkan dan kupeluk pinggangnya penuh erat. dakaplah fiya abang...

     "abang minta maaf tak dapat temankan fiya balik ke kampung..." sudah berpuluh kali Zainal menyatakan rasa bersalahnya sedangkan dia tak bersalah sedikitpun. aku tahu dia benar-benar sibuk semenjak mendapatkan satu tender bersama dengan syarikat industri bumi sdn.bhd yang menelan belanja berjuta-juta. sebagai isteri yang prihatin sudah tentu aku hanya mahukan suamiku sentiasa berjaya dan bahagia. aku bagaikan terpujuk dengan suasana begini. aku angkat mukaku mendongak sedikit supaya mata kami dapat bertentang.

    "abang tak ada salah sikitpun. fiya faham abang sangat busy sekarang. fiya sikitpun tak salahkan abang sebab tak dapat temankan fiya balik kampung. abang jangan susah hati disebabkan perkara kecil ni..." aku elus rambutnya yang tersisir rapi. aku balas tatapan matanya yang semakin kuyu. redup dan berkaca-kaca. alamak... dia menangis ke?

   "abang nangis?" Zainal hanya senyum. aku tahu dia sedih cuma tak pamerkan semuanya. sebagai lelaki sikap ego mesti kena ada walaupun hanya sedikit kerana itulah yang menjadikan golongan ini ketua keluarga yang berhak menerajui pucuk pimpinan rumahtangga. aku senyum membalas senyumannya.

   "feel better now?" senyuman manis meleret-leret menghiasi ruang wajah kami. aku usap lembut pipinya manakala tangannya leka mengusap belakangku bagai memujuk kanak-kanak kecil. indahnya bila kami sudah ada permata hati sendiri.

    "dah hilang rasa marah tadi. abang memang pandai hilangkan perasaan marah fiya dalam sekelip mata hanya dengan kata-kata abang. that's my lovely husband. bila kita dah ada anak nanti, fiya nak abang ajar anak-anak kita dengan tegas dalam lembut. abang tentu suka jadi papa kan?" aku sembamkan semula pipiku beralaskan dadanya. mendengar irama degupan jantungnya yang tenang. ombak dadanya sudah surut dari gelombang ganas tadi.

 Zainal cuit pipiku penuh mesra. "itulah yang abang runsingkan sekarang. abang harap sangat sayang cepat-cepat pregnant. sayang boleh tak sayang dekat kampung nanti tanya-tanya kawan-kawan sayang cara-cara na mengandung dengan cepat? oh i will be so happy after all... " Zainal lepaskan pautan pada pinggangku dan mengusap lembut wajahku. pipiku dioles-oles dengan jemari runcingnya yang putih merah. kulit laki aku memang cantik. putih dan bersih yang diwarisi daripada abahnya. harap-harap anak kami ikut gene papanya.

   "ya Allah! bas Fiya!! cepat bang! fiya dah lewat ni!"

Zainal lihat jam pada dinding dashboard. aku juga. kami sama-sama melihat antara satu sama lain dengan mata yang membulat. tak percaya masa berjalan terlalu pantas.

   "cepaaaat!! fiya dah lambaaat!"

aku terus tanggalkan tali pinggang keselamatan dan bergegas membuka pintu. kami terus keluar dengan tergesa-gesa. Zainal tekan lock kereta dan tanpa disangka-sangka Zainal menarik tanganku dan aku terpeluk tubuhnya kerana tidak sangka dengan tindakannya. dan paling tidak tersangka bila tubuh yang molek ini dicempungnya sambil berlari laju keluar dari perkarangan meletak kereta. ketawa kami bergema seluruh kawasan letak kereta.

    "abang!! buah belimbing fiya tertinggal kat dalam kereta!!"

    "hah?? ya Allah!" keadaan terus kuacar kacir.

 kami tergelak sama semasa Zainal berlari dengan mencempung tubuhku menuju semula kee ekreta yang agak jauh ditinggalkan. dalam jarak 20 meter Zainal mendukungku, aku akhirnya diturunkan kerana kasihan melihat dirinya yang berpeluh. habis basah lencun baju kemeja pejabatnya. kasihan. itulah akibat terlalu sayangkan isteri. aku jadi tersentuh dan sungguh terharu. melihat pada dirinya yang sentiasa mahu membahagiakanku membuktikan cintanya tulus dan terlalu suci untukku.

    tiba di terminal bas yang sangat besar itu, mujur bas yang akan membawaku balik kampung masih terparkir disitu dan masih menungguku. Zainal berterima kasih kepada pemandu bas dan kondukternya atas keprihatinan mereka pada penumpang yang tak sengaja lewat. perasaan sedih mula menyelubungi diri ini sebaik Zainal penuh gagah melangkah keluar dari dalam bas setelah memastikan aku duduk dikerusi yang dtelah di'reserve' untukku. banyak pasang mata yang memandang hairan terutamanya kaum wanita. boleh tak korang jangan tengok suami aku macam nak telan laki aku!

    apabila bas sudah bergerak memulakan perjalanan ke negeri kelahiranku, pahang darul makmur yang tercinta, airmataku merembes laju. hanya senyuman sebak yang mampu aku ukirkan buat sidia kekasih hati yang melambai longlai dicelah-celah ratusan manusia.

  seamat tinggal suamiku... selamat tinggal kuala lumpur... selamat tinggal semuanya. aku akan kembali seminggu lagi... doakan aku selamat perjalanan pergi balik. amin!
#######

     berada di kampung memang tidak membosankan tetapi memandangkan sudah terbiasa dengan suasana di rumah banglo kami di Kuala Lumpur, aku menjadi tak keruan. sudah empat hari aku tidak bertemu empat mata dengan suamiku. hanya telefon yang menjadi medan perhubungan kami. ayah dan mak juga selalu bersembang dengan Zainal di talian.seleraku semakin menjadi-jadi. aku suarakan pada ayah yang aku berselera untuk memakan buah sangkis. jadi ayah terpaksa ke pekan untuk membelinya. mak sudah mula merisik-risik perutku. mak memang syak aku mengandungkan cucu sulungnya. maaf, cucu yang kedua sebenarnya setelah aku sekali keguguran lebihkurang tiga bulan lepas. cepat betul benih Zainal melekat dalam kantung peranakanku. mana taknya, Zainal seorang yang aktif membuat anak. aku terpaksa jadi pelakon pembantunya. ah! lucah lucah!

  aku terfikir-fikir juga. takkan secepat ini aku hamil sedangkan aku baru sahaja keguguran. lagipun putaran haidku memang tidak menentu selepas keguguran dulu. ah, mungkin perasaan emak sahaja barangkali. biarlah kalau emak mengesyaki aku hamil. aku tidak bantah dan tidak pula sokong. malah aku juga belum mengkhabarkan kesihatanku pada Zainal. setiap malam sebelum kami tidur, Zainal akan menghubungiku sampailah masuk kedinihari. kalau bukan aku yang menyuruhnya agar menamatkan panggilan sudah tentu sampai keesokan harinya panggilan masih belum dimatikan. banyak sangat yang diceritakan. bermula dan dia bangun tidur sampailah habis waktu pejabat. semuanya diceritakan satu persatu termasuklah perasaannya yang benar-benar merinduiku. tapi ada satu ceritanya yang membuat hatiku tidak keruan. pagi tadi Zainal didatangi oleh Shasha dan Dato' karim dipejabatnya. mulanya aku menyoal lebih lanjut tetapi Zainal seperti tidak begitu suka aku membuka topik tersebut. dan sudahnya aku pendamkan sahaja perasaan ingin tahuku. biarlah. asalkan Zainal tahu aku masih ada disini yang begitu setia ingin kembali ke pangkuannya. lambat sungguh masa berlalu.

   "ehem! jauhnya termenung anak mak sorang ni.." aku menoleh kebawah tangga melihat mak yang sudah balik dari kerja ladang. ada senyuman yang bergayut dibibir emakku. aku memerhatikan langkah emak yang sedang menaiki anak tangga. sekarang mak sudah berada dianak tangga yang ke-15 kalau aku tak silap. ada pulak sibuk mengira anak tangga. kira bintang lah kalau berani brader!

   "bila mak sampai? tak dengar pun mak bagi salam tadi? ayah tak balik lagi ke? ayah kemana mak?" aku ambil beg kerja yang dihulurkan. kesian aku tengok emak. dah tua tapi masih kuat kerja diladang. sudahlah cuaca sekarang yang panas melampau. merah-merah muka mak.

   "amboi-amboi banyaknya soalan. ayah kamu pergi ke rumah encik ja'afar sekejap. ada hal lelaki katanya. entah hal apa mak pun tak diberitahu. yang kamu ni pula satu hal, dari tengah bendang tu sampailah ke tangga rumah, mak nampak kamu asyik mengelamun aje. mak bagi salam sampai tiga kali pun kamu masih tak dengar.  mengelamun pasal  lakinya lah tu! bahaya betul kena serangan penyakit rindu ni. berbisa!" ada senyuman mengejek yang sedang enak bersungging dibibir orang tua yang melahirkanku.

   "macam mana mak tahu Fiya tengah fikirkan tentang abang Zainal kat KL tu? oh, mak intai Fiya eh" aku dudukkan emak diatas bangku panjang. aku labuhkan juga punggungku disebelah punggung emak. ops.. kemudian aku paut bahunya. memang aku sangat manja dengan mak dari kecil. iyelah, aku satu-satunya anak perempuan mereka. mestilah dimanjakan.

  "hah mulalah tu nak mengarut. mak tahulah. mak lebih awal makan garam daripada kamu" hahaha. tipikal betul. orang tua-tua seringkali gunakan alasan begitu. pandai betul nak bagi jawapan yang bernas.

   "iyelah.. mak kan dah lama kahwin dengan ayah, kalau tak, tak adalah kami adik-beradik lahir, kan mak?" aku cium lagi pipi emak.

   "dahlah tu bergayut dengan mak, cepat masakkan air panas, mak nak guna untuk mandikan kamu. orang muda mengandung macam kamu tak boleh kena air sejuk sangat. kalau nak mandi kena mandi air suam aje" emak menolak lembut cengkaman tanganku dibahunya. aku mencebik.

   "malas lah mak. alah... petua tu dah tak lakulah sekarang mak. petua orang dolu-dolu aje tue..."

    "ya Allah budak ni. melawan cakap pula. dulu masa mak mengandungkan kamu semua empat orang adik-beradik, mak juga kena ikut pantang larang tu. memang banyak kebaikannya Fiya. kamu ni pulak tak takut ke anak kamu mati sama seperti arwah cucu mak dulu? mak tak nak dengar lagi kamu keguguran. kalau anak ini yang sedang kamu kandung ini keguguran, mak akan tuduh kamu yang sengaja gugurkan kandungan kamu!" terkejut aku bila mak cakap macam tu dengan suara yang tegas. tergurislah hati kecilku.

   "takkanlah Fiya sanggup buat macam tu mak. mak kan tahu Fiya dan abang Zainal sama-sama nantikan orang baru dalam rumahtangga kami. sampai hati mak sanggup tuduh Fiya buat macam tu. tak terlintas langsung pun dalam fikiran fiya buat benda-benda macam tu mak..." aku mulai sedih. emak sendiri tidak mempercayaiku. apalah sangat tak mandi air suam tu. bukannya perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan pun kalau aku mandi macam biasa. toksahlah main air suam bagai.

   "mak minta maaf.." sedih pulak aku dengar emak meminta maaf padaku, anaknya sendiri padahal aku yang melawan kata-kata mak. alangkah berdosanya aku.

   "tak apa mak. mak tak salah. maafkan Fiya juga. Fiya tahu dah lama dok mak tertunggu-tunggu cucu kan? okaylah, kalau itu yang mak nak Fiya akan panaskan air. amboi... senyum sampai ke telinga dah. gembira sangatlah tu."

    "mak tak sabar nak dukung anak kamu Fiya. harapkan abang-abang kamu, entah bila mak akan dapat pegang anak abang-abang kamu tu." aku juga sedia maklum abang-abangku masih bujang. iyelah, semuanya masih muda dan belum layak memikul tanggungjawab. itu pada pandangan aku seorang sahaja. tapi tak tahulah pulak kalau mereka dah ada awek kat KL tu. siapa tahu.

   "mak masuklah kat dalam dulu, banyak nyamuk kat luar ni. kat dalam balang kat atas meja tu fiya ada masakkan kuih kegemaran mak. kita masuk ye mak..." emak tidak mengikutku sebaliknya mengeraskan tubuhnya ketika aku menarik tangannya untuk bangun sama.

   "nantilah mak masuk. mak nak berehat kat sini kejap. kat sini angin lagi kuat. mak nak sejukkan badan mak sikit. letih sangat hari ni. pergilah panaskan air untuk fiya mandi petang nanti" ada sedikit nafas berat yang aku dengar daripada nafas mak yang berat.

   "kalau macam tu, fiya bawak kuih tu ke sinilah. mak makan kat sini erk!" aku bergegas kedapur sebelum mak menjawab. tentu mak tak mahu menyusahkanku dalam keadaan aku sedang berbadan dua. dan belum pasti lagi samada aku benar-benar mengandung atau tidak. cuma mengikut putaran haidku, sudah terlewat satu minggu. tapi tak pastilah betul ke tak. cuma aku yakin kali ini aku tidak silap hitung. malah seleraku berubah menjadi kuat makan. tak lama lagi jadi drum pulak badan aku. tak nak! tak nak!
#########

    "woi rin! ambil yang sebelah tu lah. bukan yang kau pegang sekarang. itu bukan kami punya. itu harta pak kassim lah ngong!" serta-merta rini terus hentikan perbuatan tidak sihatnya. mujur belum sempat dijoloknya. tak elok mencuri buah jambu air orang lain. berdosa you!

   "ok! ok! alah salah sikit aje pun dah nak kecoh mak buyung ni.." aku baling rini dengan jambu air yang sedang ku jamu. nasib baik pandai mengelak.

   "gila ke apa baling baling orang. aku reportkan pada si cik abang yang hensem di kuala lumpur karang pasal perangai bini dia yang tak semenggah ni, baru padan muka kau!" rin tersengih-sengih tak ubah kerang wangi. sekarang kerang dah tak ada yang busuk.

   "laporlah kalau ada berani. aku sekeh kepala kau tu nanti!"

lepas tu kami tergelak sama. kami makan jambu air bersama milo. hahaha. memang lumrah hidup anak kampung begitu. milo tu sebagai penambah perasa sahaja. kalau tak ada milo, boleh guna susu. tak ada susu boleh guna kicap tapi tak sesuai untuk buah yang dah masak ranum. kicap sesuai untuk buah yang sedang-sedang masak. enak!

    duduk dibatang kayu balak yang sudah ayah leperkan menjadi tempat duduk sambil menghayati keindahan sawah yang luas terbentang nan hijau menyapu mata. sangat menenangkan jiwa. sesekali angin yang lembut menghembus nafasnya ketubuh kami. kami sedang duduk bersila. aku hanya memakai seluar trek panjang dan baju t'shirt hitam. yang semestinya tudung bawal labuh menyelimuti makhotaku sehingga bawah paras dada. rin juga begitu. kami berpakaian sama kerana kami sudah berjanji hari ini untuk itu. makan jambu air sambil bercerita kisah lalu dan kisah-kisah yang berlaku di kampung sepanjang lebih setengah tahun aku meninggalkannya buat kali pertama.

   "eh, esok kau dah nak balik kolumpuhkan? rasa sedih pulak aku sini fiya. semua kawan-kawan kita yang lain dah berangkat pergi berhijrah. tinggal aku aje lagi sorang kat sini jadi penganggur. dahlah result aku cukup-cukup makan aje. lainlah kau, excellent student. jeles aku tengok result kau tu!" rin sedang enak melapah jambu airnya yang kami jolok di belakang rumah bersebelahan dengan rumah pak kassim. tidak ada pagar yang membatasi antara rumah-rumah dikampung ini sebab itu mudah sangat orang nak mencuri.

  "kau janganlah putus asa macam tu aje rin. result kau pun ok apa! 6A 4B kau kata cuku-cukup makan. memang merenglah kau ni weyh. result aku pun bukannya excellent sangat. 9A 1B aje. yang A tu pulak bukan semua A+. ada yang A bulat ada juga A- . bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang. yang lain ada yang gagal. yang itu lebih teruk. memang bukan nyawa-nyawa ikan lagi namanya, K.O lah. tapi aku  kesian sangat dekat anak pengetua tu, berabis dia study, result hampir-hampir nak lingkup."  aku habiskan gigitan yang terakhir sebelum menelannya. sedap!

   "ha'ah. kesian betul dekat budak tu. dahlah nampak nerd."

   "kau ni tak baiklah cakap macam tu. tak nak aku tambah dosa kering." aku menerima tamparan dibahuku. tamparan manja gitu.

   "eleh. pandai pulak dia! kau yang mulakan, aku yang kena tuduh. eeiii...." rin buat aksi mahu mencekikku. terhambur tawa kami. bila dah rasa kenyang, kami naik semula keberanda rumah. hari sudah semakin senja. mak dan ayah belum balik dari ladang. rin pula perlu segera pulang kerumahnya kerana memang begitu didikan ayahnya yang seorang yang juga bekas ustaz kami di sekolah dulu. garang sungguh! urgghh!

   ##########

   ayah, emak dan rini menemaniku ke pekan untuk mendapatkan bas untukku ke kuala lumpur. Zainal sudah berjanji untuk menjemputku di terminal hentian putra. hari mulai memasuki senja. bas baru sahaja bertolak. sengaja aku ambil bas sebelah malam kerana tidak mahu mengganggu kerja Zainal dipejabat pada waktu siang. ada juga Zainal berkeras mahu aku mengambil bas sebelah tengahari tadi tapi aku belum bersiap sedia. kelengkapan dan pakaian yang kubawa ke kampung tempoh hari belum dikemas. sudahnya, Zainal kalah dengan kedegilanku. mak dan ayah tak boleh buat apa-apa. keputusanku muktamad. dan salah satu faktornya adalah kerana aku rasa tidak sanggup meninggalkan perkampunganku sekali lagi. sedih sangat bila meninggalkan orang tuaku sambil berlambaian tangan dengan deraian airmata dipipi. mujur ada rini yang sudi menemani. dia sahabat dunia akhiratku. sentiasa memberi semangat padaku ketika susah dan senang. masih terasa pelukan ayah dan mak tadi. hangat dan membahagiakan. tidak sama dengan pelukan rini mewakili pihak teman dan juga pelukan Zainal yang bersifat suami. semua pelukan berlainan jenisnya. berbagai tujuan dan maknanya.

      isyarat bunyi mesej masyuk membuatkan aku kembali sedar pada keadaan sekeliling. beginilah aku. mudah terlena dalam igauanku sendiri. aku tekan tekan butang pada papan kekunci telefon dan terserlah mesej dari suami kesayanganku.

    + assalamkm sayang... dah naik bas belum?

satu senyuman kecil spontan terbit dibibir. yes!

    - waalakumussalam. dah naik dah. Fiya dah ada kat dalam bas skrg. baru aje gerak tadi. owh ya, abang kat ne skrg? dah sampai belom?

aku peluk beg tanganku yang Zainal hadiahkan sempena hari jadiku dulu. rasanya lambat sangat masa berlalu. kenapa yeah?

   sepuluh saat menanti balasan, sms masyuk lagi.

    +abang masih kat ofis. dah nak balik dah. semak-semak kerja yang abang dah siapkan dari pagi tadi.

owh ye ke? kasihan sungguh... kuat sangat kerja laki aku ni. workaholic sungguh!

   - ok. kalau macam tu take care okay. jangan pergi mana-mana lepas keluar dari pejabat. tunggu Fiya kat tempat dulu ok!

     send!

    sepuluh saat selepas itu.

    breeeeep!

    cek.cek.cek.

    +orait dear. i will. take care to yourself too. sorry for not calling you. i tried my best habiskan semakan kerja ni dulu then kita sembang dalam telefon k. luv you. wasalam.

   aku makin melebarkan senyuman. tidak peduli akan umpatan orang yang duduk disebelahku. hehehe.

   - luv you 2 sweetheart. wasalam.

aku tutup aplikasi mesej dan telefon I-phone 4 milikku yang baru Zainal belikan dahulu, kuletakkan diribaan. bermain-main dengan game mario.
    ######

    sampai sahaja di hentian putra, aku terus seret beg berisi barang-barangku yang hanya sedikit itu menuju ke balai menunggu. kerusi panjang yang menanti didepan disepanjang terminal itu tempatku melabuhkan punggung. dari tadi aku tunggukan panggilan dari hubby tercintaku namun masih belum ada satu panggilan yang kuterima darinya. aku ada membuat panggilan tetapi telefon bimbitnya dimatikan. ya Allah janganlah berlaku apa-apa pada suamiku.

   lima minit menunggu disitu dikerusi panjang tempat aku menyaksikan Zainal ditinggalkan seminggu yang lalu, aku panjangkan leher mencari-cari Zainal kot-kot ada ternampak dia sesat ditengah khalayak ramai begini. kalau-kalau ajelah. sudah tentu Zainal ingat tempat ni. tak mungkin Zainal lupa begitu mudah. entah kemana Zainal pergi menghilangkan diri.

   "ya Allah. mana dia ni?"

 aku heret beg bagasiku yang walaupun kecil tapi agak berat terutama perempuan hamil muda sepertiku. angat tidak disarankan untuk angkat kerja-kerja yang berat. aduh!! mana abang ni?

    akhirnya aku berhneti dekat kerusi panjang disebelah sana. sampai hati Zainal buat aku macam ni. padahal dia sudah berjanji mati akan menjemputku. kenapa harus begini?

    aku telefon sekali lagi nombor Zainal. terseksa menunggu jawapan darinya. hanya kedengaran ring tonenya yang bergema.

   "hello!"

alhamdulillah!

   "hello! abang kat mana? dari tadi Fiya asyik call asyik engaged aje. abang okay?" meskipun aku kecil hati dengan sikapnya tetapi sebagai seorang isteri yang bertanggungjawab aku resah akan keadaannya sekarang.

   "sorry. abang dapat call tadi from dato' karim. er.. abang.. aa.." suaranya tergagap-gagap. kenapa?

  "ok. fiya faham. fiya tak marah cuma kecik hati aje sikit. abang jangan risau. fiya tunggu abang dekat tempat dulu tau!" kali ini sudah banyak kali aku pesan padanya.

   "abang! abang ingat lagi tak tempat tu?"

   "ya ingat. abang ingat.. tapi..tapi abang... sekarang ada dekat rumah dato' karim."

   "apa?? abang ada dekat rumah dato' karim?" aku pegang dadaku yang terasa mahu meletup.

   "a'ah.."

 "abang buat apa dekat situ?? kalau abang tak dapat ambik fiya kat sini kenapa abang janji tadi. abang buat fiya maca orang gila dekat sini!" air mataku mahu merembes. tak! jangan benarkan!

   "abb..abang minta maaf yang... aa..abang terpaksa.." aku dah tak mampu bendung airmata ini lagi. turunlah. gugurlah sampai kering.

   "sayang.. abang tak.." aku terus memintas sebelum dia menghabiskan ayat meminta maaf. aku benci!! benci!!

   "tak apalah bang. shasha tu lebih penting dari fiya kan? oklah.. have a great dating!"

   tap!!

aku tekan butang call off yang berwarna merah. aku tidak mahu menutupnya semasa Zainal sedang menjelaskan padaku. aku tidaklah sebiadab itu.bunyi  telefon bergema lagi. aku sudah tahu siapa pemanggilnya. aku tekan butang call off dan menukar mood kepada no calls. dengan payah dan rasa sakit hati, sebaris mesej larat ku hantar untuknya sekadar untuk menyatakan aku dalam keadaan baik disini.

    +salam bang. maaf andai berkurang ajar tadi. fiya nak nyatakan disini fiya balik ikut teksi. tak usah jemput fiya lagi. FULLSTOP!

   dah! finish!

 terduduk lemah diatas bangku panjang. meratapi nasib diriku pacal yang hina. terfikir juga aku untuk apa Zainal ke sana. ah!! sakitnya hati aku!!

tiba-tiba perasaan takut mula menyelubungi diri. aku takut shasha sudah mulai memulakan permainannya. perempuan sepertinya tidak mungkin akan mengalah. sanggup menggadaikan maruah semata-mata mendapatkan apa yang dinginkan. ya Allah kau selamatkanlah rumah tangga kami..

   aku  seret lagi bagasi aku menuju ke tempat menunggu teksi. dan sungguh tak ku sangka aku terserempak sekali lagi dengan pakcik drebar dulu, pak dakrol. kebetulan dia hantar penumpang disitu tadi.

   "dari mana dan nak kemana nak saffiya?" bersama senyuman ikhlas, lelaki tua itu mengambil bagasi yang kuletakkan disebelahku dan mempelawaku masuk ke dalam teksinya. pertama kali aku buat begini dalam sejarah hidupku. pertama kali aku menaiki teksi malam-malam buta begini. sudah pukul 10 malam tapi limbahan cahaya yang memandikan Kuala lumpur menampakkan hari masih siang.

   "err.. saya dari kampung pakcik. ni nak balik rumah lah ni... pakcik hantarkan saya dekat taman damansara boleh?"

   "boleh. masuklah.."

aku loloskan tubuhku di tempat duduk belakang. hati masih sedih mengingatkan kepulanganku tidak disambut oleh sidia. aku usap perutku yang tiada tanda-tanda membukit. mungkin perasaan emak sahaja kot. mana mak tahu aku hamil. aku baru teringat ujian kehamilan yang selalu artis-artis buat untuk menguji kandungan mereka. semangat terus membakar jiwa. tapi apalah gunanya sekiranya membawa musibah kepada kami. Zainal sekarang sedang cuba dikawal oleh shasha melalui bapanya dato' karim. huh! licik!

    sepanjang perjalanan yang memakan masa tidak lebih dari setengah jam, teksi pak dakrol berhenti betul-betul didepan pondok jaga. maksudnya aku harus berjalan kaki sejauh 200meter lagi sebelum sampai ke rumah bangloku. yes! rumah banglo itu atas namaku! kalau aku diceraikanpun aku tak akan pergi dari rumah bangloku. never!

   selepas membayar tambang teksi yang sengaja aku lebihkan bayarannya diatas jasanya menghantar aku dengan selamat, aku bimbit beg tanganku disebelah kanan, manakala disebelah kiri menjinjit beg bagasiku. berat tu taklah berat tapi aku takut berlaku sesuatu yang tidak enak pada 'kandungan'ku.

  sudahnya aku berhenti didepan pondok pengawal itu sahaja sambil menunggu Zainal pulang. aku tak salahkannya. Zainal tak bersalah. shasha dan bapanya yang jadi dalang dalam permaslahatan ini. sekiranya benar Dato karim memang bersubahat dalam menjahanamkan rumahtanggaku, lelaki tua itu memang digelar lelaki bacul. tak guna otak. hanya kerana mahu menjaga hati anak kesayangannya yang gedik itu, rumahtanggaku dipertaruhkan. senang-senang hati aje mereka memperlakukan keluarga kami. dia ingat dia Dato' dia boleh buat apa saja yang dia hendak. huh!

   "assalamualaikum..." aku letakkan bagasi diatas kerusi yang memang disediakan diluar pondok itu. seorang pengawal perempuan dan lelaki yang aku rasa berketurunan indonesia membalas salamku.

   "eh non! kok, turunnya disini. ngapain tidak minta dihantarin sampai didepan rumah non aja. susah-susah aja non bawak beg itu non. berat itu non. baya-baya non itu nggak pantes bawa beg beratan begitu."

   "nggak apa-apa kok. sudah biasa di kampung. lagian non mahu nunggu suami non. kejap lagi dia datang." aku labuhkan punggung dikerusi yang sama. letih sangat angkut beg yang tak seberapa nak berat ni.

    kami bercerita serba-sedikit mengenai nama dan rumah yang aku tinggal. ternyata mereka berdua adik-beradik yang sanggup mengembara ke malaysia untuk membantu keluarga mereka di jakarta yang sangat miskin. miskin itu masih dikira ok. kita disini memanggil golongan kita miskin pada tahap mereka memanggil golongan mereka itu bertaraf sederhana. yang daif dimalaysia dikatakan miskin di indonesia. apatah lagi yang daif di indonesia. memang hidup melarat sangat. payah. kasihan aku dengar cerita merek beradik. ayah ibu meninggal sewaktu melawat saudara di acheh dulu. tragedi Tsunami  disember 2004 itu telah meragut nyawa orang tua mereka. masih muda usianya dua-duanya. aku panggil kakak kerana umur mereka tua 10 tahun dariku. Zainal juga kena panggil mereka kakak kerena umur Zainal muda tiga tahun dari umur mereka berdua. yang satu abang. satu lagi adik perempuannya.

   setengah jam menunggu kunjungan kereta Zainal, sebuah kereta masuk kekawasan perumahan elit itu. aku kenal sangat keretanya. dalam hati aku sudah bersorak gembira. hilang sudah rasa sakit dan kecil hati pada suamiku mendengarkan keperitan yang dialami oleh dua beradik abang dan kakak tadi. kehidupan ini belum lagi diuji dengan ujian yang sebegitu perit tetapi aku sudah menyalahkan kemampuan diri. alahai...

   aku mendekati kereta suamiku yang masih berada dilaluan tempat mempunch kad masuk kereta. melihat aku yang tersenyum penuh makna disitu, matanya membulat. jernih matanya dari biasan cahaya lampu kalimantang dapat kunampak berkaca-kaca. kasihan. tentu suamiku makan hati dengan keluarga shasha merangkap bekas tunangannya.

     "eh, sayang... kenapa sayang ada kat sini? kenapa tak masuk kat dalam rumah kita" macam terkejut nampak hantu aje nada suaranya. aku tahu dia tak sangka aku berada disini malam-malam buta begini barangkali. biasalah, aku mana pernah keluar malam tanpa seizin dan tanpa dirinya. boleh sesat aku dekat KL metropolitan ni. lalu cermin depan keretanya diturunkan. aku pamer senyum. Zainal terus menekan gear kereta dan diberhentikan keretanya ditepi jalan setelah masuk kedalam kawasan perumahan elit ini. aku minta diri daripada kakak dan abang guard. lantas aku bergegas mendapatkan suamiku. lesu sangat wajahnya. kasihan...

  "abang... lambatnya balik!" ada nada merajuk dan ingin dipujuk disitu tapi aku tak letakkan sepenuh harapan untuk dipujuk. aku tahu hati lelakinya mungkin tentu gelisah sekarang. aku harus faham. tidak ada gunanya aku menuding jari menuduh suamiku yang bersalah. anggap sahaja semua itu takdir yang telah tersurat di loh mahfuz.

  Zainal terus buka pintu kereta dan loloskan tubuhnya keluar dari kereta mewahnya. tubuhku yang sedia berdiri ditepi pintu kereta yang terbuka diraih kedalam dakapannya.

   "how im missing you so much honey. abang minta maaf tak dapat jemput fiya. abang minta maaf.." sebak kedengaran suara lelakinya. berkali-kali dai meminta maaf menandakan dia tak sengaja buat begitu melupakan janjinya ditengah hatiku bersorak keriangan. biarlah. aku kasihan lagi. kasihan..kasihan.. aku juga kasihan kerana aku yang melihat dia kasihan... kasihani kami ya Allah!

   "fiya tunggu abang balik. tak larat bawa beg ni. berat. tolonglah anagkat untuk kita.." mengada-ngada!

beg bagasiku beralih arah. tanganku kini sudah ringan. aku campakkan beg tanganku diatas tempat duduk pemandu.

   "jom! kita pulang kerumah idaman kita!" bagaikan tidak ada apa-apa yang berlaku. aku sekadar berlakon. dengan selamba aku memaut pinggangnya dan menolak tubuhnya yang sasa supaya masuk kedalam kereta. Zainal berkeras tidak mahu.

   "abang... Fiya dah maafkan abang. i understood now. berjanji tidak semestinya akan mampu ditepati. abang jangan terasa. fiya cakap begini untuk pengajaran untuk kita juga!"

 Zainal peluk sekali lagi tubuhku erat kedalam dakapannya. sekali sauk, tubuhku sudah bersatu dengan tubuhnya dalam satu pelukan yang benar-benar menghilangkan rinduku.

  "jom!"

"nanti kat rumah abang jelaskan..."

   "emm.. up to you bang!" aku dah pasrah sekarang. yang penting aku tidak akan mudah menyerah kalah. dalam diam aku menyusun strategi untuk menumpaskan rancangan jahat shasha. selepas kami membersihkan diri, Zainal mengajakku mengambil angin dibalkoni tingkat dua. sejuk terasa kulit apabila angin berseru. malam itu kami berbual sehingga kepagi. Zainal ceritakan semua yang berlaku dari pagi tadi sampailah detik dia terjumpaku didepan pondok pengawal keselamatan. rupa-rupanya kisah antara shasha dan Zainal belum habis. Dato' karim telah membincangkan masalah tekanan yang dialami oleh shasha dirumahnya tadi. aku terkajut apabila Zainal mengatakan Dato' karim memaksa dirinya untuk menjalinkan perkahwinan dengan anak tunggalnya.

  "jadi.. jadi, apa abang jawab?"  rentak jantung ini sudah berdebar tidak sekata. aku tenung matanya dalam-dalam. mataku dalam matanya.
 
   "gilalah kalau abang nak kahwin dengan perempuan tak betul tu! tak sanggup abang kahwin dengan dia. eeeii.. geli.."

mendengarkan jawapan darinya, terus aku memeluk erat tubuh Zainal. dia yang terpinga-pinga dengan tindakanku membalas juga pelukanku. malam itu kami lampiaskan rindu dendam yang membara. aku tertidur keletihan selepas itu...

   #####

   sejak kebelakangan ini kami banyak bertelagah walau hal sekecil hama. akulah yang akan mengalah pada pengakhirannya. sikap Zainal juga berubah semenjak dua menjak ini. sudah kurang mesranya berbanding dengan sebelum-sebelumnya. selalu pulang lewat malam. kadang-kadang masuk dinihari barulah muncul mukanya dipintu banglo. tapi aku pendam semuanya.

    aku memujuk diriku sendiri. katanya urusan pejabat meningkat dan bertambah semenjak syarikat abah berkongsi tender dengan syarikat terkaya dan terbesar di Malaysia dalam bidang eksport bahan-bahan mentah dari luar negara. satu hari itu kira-kira waktu malam yang begitu larut dengan hujan yang turun dengan begitu lebat diluar, Zainal baru pulang dari pejabat. terkocoh-kocoh aku berlari dari ruang tamu menuju ke muka pintu apabila terdengar bunyi enjin kereta masuk ke perkarangan halaman banglo. aku hanya memakai baju tidur dengan melapisinya dengan jaket panas. sejuk sangat dalam hujan-hujan tengah-tengah malam buta ni. aku selak pintu dan kutolak perlahan. memang mataku sudah mula memberat tetapi kugagahkan juga menunggu kepulangan suami tercinta.

   "ya allah!"

mahu tak pecah jantung aku melihat  laki aku terkocoh-kocoh berlari dari garaj dalam keadan ribut macam ni. lagipun jarak antara garaj dengan pintu banglo boleh sampai 10 meter. sudahlah gelap kat luar tu. ishh.. laki aku ni, sengaja nak main hujan agaknya. kenapa tak gunakan saja payung yang berada dikereta.

   aku menyarungkan topi jaket kekepala berniat mahu menunjukan muka kedepan sedikit dari pintu namun niatku untuk menapak keluar benar-benar terpasung dan mati tatkala satu suara yang sangat kukenali  menjerit-jerit memanggil nama suamiku.

   "Nal!! tunggu I Nal! ishh... tak sukalah kena tinggal macam ni!" satu lagi kejutan yang hampir-hampir membuat aku mahu rebah. kelibat shasha yang nampak samar-samar berpayung baru sahaja muncul dibalik kereta.

    "abang!!

   laungku kuat melawan bunyi bising hujan. Zainal sudah tiba diperkarangan rumah. wajahnya langsung tiada senyuman. tidak seperti malam-malam yang lepas.

   "kenapa abang bawak shasha balik sini?" terus terang aku bertanya. sakit sungguh hatiku memikirkan yang bukan-bukan. mujur saja mereka tidak bercengkarama.

   "ya allah. kejutan apa yang abang cuba buat ni? are you trying to tell me that there's spomething between you and her?" asakku berang. aku perlukan jawapan itu sekarang juga.

   "abb.."

    "aduh!!! sial kau payung!!" jeritan shasha membantutkan perbualan kami. serentak aku berpaling menoleh kearah shasha yang terhenjut-henjut menghampiri kami. wajahnya menyinis apabila pandangan kami bertembung.

   "are you okay?" Zainal seakan-akan begitu risau dengan keadaan shasha. ataukah mungkin 'benar-benar' risau bukan setakat 'seakan'akan'? suara syaitan mula mengganggu pemikiranku. perasaan cemburu mula datang menyengat-nyengat. sakit sangat hati ini mahu melawan perasaan curiga yang menggila. Zainal mahu mendapatkan shasha namun belum sempat dia melangkah, aku segera menyambar pergelangan tangannya. malam ini merupakan malam yang bersejarah buat kami kerana inilah yang pertama kali kami tidak bersapaan mesra sesudah Zainal sampai dari pejabatnya. malah tangan kasar yang berada dalam cekupan tanganku tidak mendapat ciuman daripada bibirku. dahiku pula tidak menerima kucupan bibirnya. aku mula dapat merasakan kepincangan rumahtangga kami.

   "apa ni? abang nak tolong shasha lah!" bentak Zainal lalu menarik kuat pergelangan tangannya dan terlepas begitu sahaja. Zainal terus menghampiri shasha. aku terasa mahu menangis. sakit sangat hatiku dibuatnya. langkah Zainal terhenti sebaik dua kali melangkah. dia tiba-tiba berpaling dan memandangku dengan riak yang sukar untuk kujelaskan. pelik sungguh perangainya malam ini. aku segera mendekatinya sambil mataku sesekali menoleh shasha yang sudah hampir ke perkarangan rumah. sampai sahaja didepan suami, riak di wajahnya berubah. nafasnya mendengus keras.

   "bang.. what happen to you?" entah apa yang merasukku, aku terus menyambar lengan Zainal yang sasa. lengan yang selama ini menjadi bantalku ketika berada diatas ranjang. aku pandang langsung kedalam anak matanya. nampak biasan cinta disitu tapi seperti ada yang tidak kena dengannya. cepat-cepat anak matanya dilarikan dari merenungku. sedikit sebanyak hatiku semakin pedih.

   "tak ada apa-apa. im okay!" Zainal mahu menolak pelukanku pada lengannya tapi aku menguatkannya. aku tarik tubuhnya supaya mendekati pintu. hujan kuat dengan angin yang bertiup menyebabkan tempat kami berdiri tadi terkena biasan air hujan yang makin menggila lebatnya.

   shasha  sudah sampai diantara kami. dia sengaja mendekatkan dirinya dengan Zainal. aku berdiri disebelah kanan Zainal manakal shasha disebelah kiri Zainal. mereka kini berdiri agak rapat diantara satu sama lain. hampir hampir bersentuhan. atau mungkin lebih dari itupun mereka sudah buat dibelakangku. tuhan! kuatkan hamba. aku menjadi geram dengan shasha. mana perginya sifat malunya sebagai seorang wanita? bukankah dia seorang wanita yang bijak yang bakal bergelar doktor perubatan. malas mahu memeningkan kepala dengan persoala-persoalan yang benar-benar membingungkan dan menyakitkan, aku memokuskan fikiranku kepada suamiku sahaja. dan barulah aku perasan apa yang telah berlaku pada suamiku.

    "ya allah...  abang! kenapa boleh basah sampai macam ni?" mana tak terkejut aku dengan tubuh badan Zainal yang basah terkena air hujan sampai menitis-titis air hujan jatuh dari dagunya. walaupun tidaklah terlalu basah tapi cukup untuk kelihatan basah. kot yang tersarung di tubuhnya sudah entah melayang kemana. tinggal baju kemeja biru lautnya dengan sengaja disingsing sehingga ke siku. semua itu aku tak perasan tadi.

    "tak ada apa-apalah!"

aku meluat dengar Zainal cakap macam tu tadi. nampak sangat ada sesuatu yang sedang disembunyikannya.

   "and you, why are you here?" aku menyoal pulak bagi pihak shasha. shasha pula langsung tak basah. mukanya merah dan bersinar. berkilat-kilat dengan make-up seperti nak ke disko. malah mataku dijamukan oleh penampilannya yang cukup menjengkelkan. hanya berskirt tube paras peha menampakkan auratnya yang haram dipertunjukkan didepan lelaki bukan muhrimnya. nampak sangat ada unsur penggoadaan suamiku. mustahil lelaki normal seperti Zainal tidak terliur melihat wanita berpakaian seseksi shasha sedangkan malam-malam aku turut sama memakai pakaian yang sama untuk kupersembahkan kecantikanku buatnya sebagai penambah perasa dalam hubungan asmara kami. dan shasha masih memegang payung yang kukhaskan buat Zainal dan kuletakkan dicelah kerusi kereta. wah... bukan main istimewa layanan Zainal pada shasha.. sakitnya hati aku!

  "suka hati I lah... rumah ni bukan rumah kau pun. rumah Zainal!" amboi! suka-suka hati aje dia cakap macam tu. dia tak tahu nama rumah ini diletakkan atas nama aku, Nur Alya Saffiya Binti Imran kahar!

   mahu saja aku balas dan nyatakan kebenaran itu tapi aku tidak mahu memanjangkan masalah. cukuplah masalah yang ada ini.

  "Nal, kaki i sakitlah...I jatuh tadi...sebelum pulang nanti, kita singgah sekejap kat klinik ye?" shasha sengaja mahu menarik perhatian Zainal. shasha tunduk dan menggosok pehanya yang putih melepak. skirtnya diselak sedikit keatas sehingga membuatkan aku terasa mahu bungkus batang tubuhnya dengan sweaterku. berani betul!

   aku mahu lihat reaksi Zainal bagaimana. adakah dia juga sama dengan lelaki-lelaki hidung belang di luar sana yang tidak pernah mengira halal dan haram. aku intai juring mata Zainal dari arah tepi. ternyata dia turut sama memandang kearahku. mata kami bertatapan. 'abang kenapa abang mulai berubah?'

   "Nal, bolehlah ye.. please!" shasha merengek sekali lagi menyebabkan aku melarikan pandangan mataku kewajah shasha semula.

    "apa maksud kau datang ke rumah aku malam-malam buta macam ni shasha?" sungguh diri ini tidak mampu menanggung perasaan geram.

   "kau diam!!" membuntang mataku. beraninya dia menengkingku depan-depan suamiku. dan mana pulak perginya sikap protective Zainal yang selama ini aku bangga-banggakan?

   "hantar i kat klinik dulu tau, then hantar i kat rumah papa!"

    "hrmm.."

sakit hati aku bila Zainal sengaja mahu menampakkan aku terasa dipinggirkan. Zainal cuba menarik lengannya dari pelukanku tapi aku takkan biarkan dia menolong shasha. itu akan menyebabkan hatiku bertambah sakit. alah, setakat terpelecet sikit aje pun dah nak kecoh bagai dipatuk ular. jengkel aku dengan perangai dia ni.

   "alah.. tak perlu bantu dia bang, dia kan bakal doktor. taulah macam mana dia nak rawat diri dia sendiri." sengaja aku mengatakan begitu. aku juga sudah tidak sesabar dulu. jangan dia ingat mentang-mentang dia bekas tunangan Zainal, maka dia boleh berbuat sesuka hati. tidak! selagi aku mampu bersabar, aku akan cuba pertahankan rumahtangga kami sebaik yang boleh meskipun sudah ada menunjukkan tanda-tanda keruntuhan masjid yang kami bina.

  "Nal, tengoklah isteri you tu, kurang ajar betul cakap macam tu dekat I.." adu shasha dengan alunan suara yang memang melenggok-lenggok. ya allah, pandainya perempuan ni berlakon.

 "kau tu yang kurang ajar!" balasku geram. nak aje aku halau dia keluar berambus dari kawasan rumah aku tapi bila memikirkan dia masih tetamuku maka aku terpaksa melayaninya juga. cuma bila aku dah hot sangat, jangankan usir malah aku campak terus dia keluar dari pagar banglo nun di sana.

  "jaga mulut kau tu kalau tak nak aku lempang!!" shasha menuding pada wajahku benar-benar diaras mataku. pandangannya sangat penuh dengan kebencian dan dendam. aku boleh merasakannya.

  "you must've now that now!!" terjahnya lagi. aku mencebik. dengan selamba aku memeluk tubuh suamiku didepannya. terus berubah riak wajahnya. ketara sangat. masam dan meloyakan. Zainal pula berusaha meleraikan pelukan.

  "kenapa?"

aku jadi hairan dengan tingkahnya.

  "kenapa dengan abang ni? abang rimas ke sayang peluk abang?" provokku sinis. rasa kecewa dan terluka dengan sikapnya yang jelas-jelas sudah berubah hala. Zainal hanya diam. tidak berkutik malah menjauhkan sedikit dirinya dariku. hatiku mula jadi panas. amarah datang secara bergumpal-gumpal.

    astaghfirullahalazim...


   "served your right!" shasha terus ketawa terbahak-bahak. aku tahan dan hembus nafas yang menjahanamkan diriku. sabar. sabar. bawak bertenang. aku kena pandai kawal perasaan.

  "kenapa kau gelak shasha? lucu sangat ke hah?"

perlahan-lahan gelak shasha mulai 'menyumbang'.

   "suka hati akulah nak gelak ke apa ke. kau apa tau? huh!!" shasha merengus membuatkan aku mahu menjerit mengatakan ada seorang wanita yang sudah hilang rasa jati dirinya.

   "ok then. kalau kau dah anggap macam tu, then aku pun boleh aje halau kau dari sini kalau aku nak!"

  "hey! kau jangan cuba berkurang ajar dengan aku eh!! kau belum tau siapa aku!!aku boleh buat apa saja yang aku nak termasuk suami kau!"

   "kau!!" aku tuding wajah shasha tepat kebatang hidungnya.

   "yang korang bergaduh ni kenapa?? bising tau tak??" suara Zainal yang  agak lantang menyergah cuping telingaku membuatkan pelukan pada lengannya terlerai. rasa hendak menangis juga ada. lutut mulai menggigil.

   "abang..."

 sampai tak terluah apa yang aku mahu tanyakan. Zainal hanya mempamerkan gelengan. renungannya agak tajam. itu tidak cukup untuk menjawab apa yang bermain dalam fikiranku. kenapa dia berubah sampai sebegini?

   "Nal, takkan you biarkan I kesejukan kat luar? dan kau safiya, kau tak nampak ke kami berdua ni basah. tepi! i nak masuk!" telingaku terus berdesing. rasa jelik sangat dengan perawakan wanita ini yang layak ku panggil kakak. apa dia tidak punya perasaan malu?

   "heii!..." belum sempat aku membangkang perintah mandor shasha, Zainal terus mendiamkanku. dan tindakannya benar-benar membuktikan dia menyokong kata-kata shasha.

   "abang..."

  "dah, jangan cakap apa-apa lagi! i'll explain to you later... " sukar untukku mempercayai kata-kata itu tadi keluar dari mulut suamiku. sungguh, aku benar-benar tak sangka dia akan memperlakukanku sebegini.

   "sha, jom, kita masuk dulu. nanti i hantar you balik lepas i tukar baju" melihat senyuman sinis dibibir shasha menambahkan rasa sakit hatiku. beraninya dia berdua-duaan dengan suamiku.

   Zainal terus mengheret bahuku masuk ke dalam ruang tamu dengan pakaian basahnya.

    hampir-hampir aku mengamuk. entah bagaimana aku boleh hilang sabar, aku lepaskan pautan lengan Zainal dari bahuku menyebabkan kami berdua nyaris-nyaris terjatuh. shasha terus mendekati kami akibat sedikit jeritan Zainal.

  pang!!!

 aku terdiam. terkelu. termalu.

"sampai hati abang..." dengan airmata yang turun berjurai-jurai tambah hati yang digilis-gilis, aku bawa kakiku meninggalkan ruang tamu itu. aku mahu bersendirian. aku berkurung didalam kamar. aku dengar panggilan, rayuan Zainal tapi aku biarkan.

  "pergi!!! pergi!!!! tinggalkan aku!!!"

tak semena-mena ketika aku baru mahu masuk kedalam bilik air, aku tergelincir. ya Allah...


bersambung...